Google Search :

google search:
Google

Tuesday, May 31, 2016

Ugut letak jawatan tapi isu 1MDB semua senyap

KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar tindakan beberapa pimpinan komponen BN yang mengugut untuk meletakkan jawatan gara-gara Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016.

Namun, katanya ketika negara berdepan skandal melibatkan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiada pula mana-mana parti komponen kerajaan yang berbunyi.

"Komponen BN, MCA, MIC ugut nak letak jawatan kalau diterima enakmen tersebut. Sepatutnya mereka ugut letak jawatan ketika negara berdepan isu 1MDB. Sepatutnya mereka berani memberi amaran kepada kerajaan untuk meletakkan jawatan dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

"Ke mana mereka ketika negara sedang bergelut dengan kemelut 1MDB yang tak selesai, derma yang dipulangkan, bebanan rakyat GST termasuk isu melanda anak-anak muda kita yang tiada kerja?.

"Semua ini masalah rakyat yang perlu diberi perhatian bukan menyekat hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran dan agama mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Pemuda Pas ke-57 di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:MIC akan dapat pandangan PM berhubung RUU Persendirian]

Menurutnya lagi, Pas sentiasa bersedia mengadakan dialog dengan mana-mana pihak untuk memberi penjelasan.

"Kita bawa usul ini dan kita sedia beri ruang untuk dibahas. Inilah kelebihan yang ada pada Pas. Kita bukan gopoh-gapah. Kita beri ruang.

"Beberapa bulan akan datang adalah waktu yang perlu dijadikan masa dan ruang untuk dikaji akta tersebut. Pas bersedia mengadakan sebarang dialog dengan mana-mana pihak untuk memahami tanggungjawab kita untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah," katanya.

Katanya lagi, Muktamar kali ini menjadi medan meraikan kejayaan Pas apabila Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya telah membentangkan RUU tersebut di Dewan Rakyat, minggu lalu.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ugut-letak-jawatan-tapi-isu-1mdb-semua-senyap-1.527177

Tips mencuba mendapat rezeki anak

Lama mencuba? Betulkah timing anda?
Mari baca.
1. Jangka hayat sperma : purata 72 jam
2. Jangka hayat ovum : purata 24 jam
3. Satu kitaran haid : purata 28 hari
4. Hari pertama kitaran haid : hari pertama keluar haid
3. Hari Ovulasi : Hari ke 13-15 dalam kitaran haid

Tips
====

1. PRE-CONCEPTION (PERSEDIAAN)
• pastikan anda dalam kondisi yang baik untuk mengandung
• sekiranya baru gugur, beri ruang 3-6 bulan untuk rahim bersedia
• sekiranya kandungan sebelumnya melalui C-Ser, beri ruang 2 tahun untuk rahim bersedia dan luka sembuh sepenuhnya bagi mengelakkan komplikasi
• makan supplemen folic acid sekurang-kurangnya sebulan sebelumnya
• kurangkan pengambilan kafein
• jangan stress

2. ANGGAR TARIKH OVULASI (TIMING)
• hari pertama darah haid keluar dikira Hari Pertama kitar haid. Catat tarikh ini.
• hari ovulasi kira-kira pada hari ke 13-15. Anggar tarikh ovulasi anda. Ingat, jangka hayat ovum hanya 24 jam. Jadi kena sharp-shoot tarikh ini.

3. AMBIL CUTI (BERTENANG)
• ambil cuti 3-5 hari jika anda dan pasangan hidup berPJJ. Salah seorang sahaja ambil cuti dan duduk bersama pasangan satu lagi dalam tempoh bercuti.
• waktu cuti perlulah jatuh sekitar tarikh ovulasi; jika jatuh pada hari minggu, panjangkan cuti pada hari ke 11-16.
• boleh juga ambil cuti Every Other Day (EOD) jika jarak perjalanan tidak begitu jauh (pagi jumpa pasangan dan petang balik semula) jika tak penatlah hehe
• lagi best jika dapat ambil cuti umrah 2 minggu pergi menunaikan umrah di Makkah, dan timing flight pergi-balik pada waktu ovulasi. Boleh doa depan Kaabah.

4. HUBUNGAN INTIM
• adakan hubungan intim sekurang-kurangnya setiap 72 jam (ingat, jangka hayat sperma ialah 72 jam atau kurang! Manakala jangka hayat ovum ialah 24 jam sahaja!)
• sebaiknya adakan setiap hari atau setiap selang sehari
• sasarkan pada tarikh-tarikh jangkaan ovulasi
• contohnya jika hari ke 11-16 kitaran haid jatuh pada tarikh 11hb - 16hb, maka adakan hubungan dalam tarikh tersebut. Lebih kerap lebih tinggi peluang.

5. BOOST-UP SPERMA BERKUALITI - untuk lelaki
• jangan minum alkohol!
• jangan merokok!
• berat badan sihat (elakkan obesiti)
• elakkan mandian rendaman air panas atau sauna

6. ELAKKAN PELINCIR JIKA BOLEH
• sesetengah pelincir mungkin boleh merencat atau membunuh sperma, maka peluang mungkin lebih rendah.

Cuba dan usaha untuk 6 bulan. Jika sudah berusaha mengikut timing yang betul namun tiada hasil, dapatkan konsultasi doktor O&G.

Semakin meningkat usia, tahap kesuburan berkurangan dan komplikasi ketika mengandung dan ketika bersalin semakin meningkat. Takpe. Kalau umur lebih 35 tahun, dapatkan konsultasi O&G. Jangan putus asa. Rezeki itu Allah tentukan.

Info diverifikasi oleh Dr Muhammad Izzat (Registrar O&G HKL)

Saya doakan anda yang sedang mencuba akan segera berjaya. Amiin.

Rentak politik Abdul Hadi semakin mengejutkan

Tulisan di bawah merupakan pandangan seorang pemantau politik bebas.

Jemput baca

----------------------------------------------------------------

Rentak politik Abdul Hadi semakin mengejutkan

Langkah politik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin hari semakin sukar dibaca, tapi semakin mengagumkan. Setiap kali beliau melontarkan idea, para pengkritik beliau akan mencari pelbagai alasan mencemuh beliau, tapi lazim pada akhirnya, beliau akan terbukti benar dan para pengkritiknya terpaksa mengubah topin mencari peluru yang lain terhadap beliau.

Lihatlah bagaimana Abdul Hadi bertegas menolak Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bertujuan menyelamatkan Umno dengan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ketegasan Abdul Hadi telah menyelamatkan PAS daripada berpecah seperti PKR sekarang. Pemimpin PKR yang pernah mencemuhnya kerana enggan menyokong Deklarasi Rakyat kini terpaksa menelan kata-kata sendiri apabila berpusing 360 darjah menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penjara agar PKR menjauhi agenda Dr Mahathir.

Pada 27hb Mei 2016, sehari selepas Abdul Hadi diberi laluan oleh Umno untuk membentangkan usul persendiran, Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia melakukan satu kejutan politik lagi di luar sangkaan lawan mahupun kawan.

Abdul Hadi telah memilih Adun Meru Dr Abd Rani Osman sebagai calon PAS bagi PRK P.093 Sg Besar.

Tiada siapa menjangkakannya. Malah, ramai yang terbeliak mata. Ramai yang enggan mengakui, tapi langkah politik Abdul Hadi ini dikira antara langkah yang terbijak bagi PAS, yang menyebabkan kawan dan lawan tersentap.

Strategi Abdul Hadi ini boleh juga dikenali sebagai serampang lima mata.

Pertama, Abd Rani adalah seorang doktor – ahli professional sebagai calon PAS di Parlimen P.067 Kuala Kangsar Dr. Najihatussalehah Ahmad. Dengan pencalonan kedua-dua doktor ini, Abdul Hadi telah menjawab tohmahan kepada PAS bahawa parti tidak lagi menghargai golongan professional, dan golongan professional kekal bersama PAS. Yang keluar hanya golongan yang kehilangan jawatan. Malah Abdul Hadi menggunakan cara ini untuk mendidik ahli-ahli parti pentingnya istiqamah dan parti menghargai mereka yang istiqamah seperti yang ditunjukkan Dr Rani.

Kedua, pencalonan Abd Rani adalah signal Abdul Hadi kepada Umno dan para penfitnahnya bahawa beliau sedikitpun tidak berganjak daripada usahanya untuk menumbangkan Umno, meskipun diberi laluan untuk membentangkan usul persendirian di parlimen.

Ketiga, dengan PRK yang diadakan bulan Ramadan, Abdul Hadi sudah tentunya memahami bahawa sukar untuk parti memperkenalkan seorang calon yang baru apabila rakyat beragama Islam sibuk dengan ibadah puasa. Mengambil Dr Rani yang pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Selangor sebelum ini dilihat sebagai langkah bijak Abdul Hadi untuk menjimatkan masa parti untuk memperkenalkan calon PAS kepada masyarakat Sg Besar. Begitu juga Dr Najihatussalehah. PAS tidak perlu menghabiskan masa memperkenalkan calon kerana beliau memang dikenali di Kuala Kangsar. Penglibatan beliau sebagai Ketua Dewan Muslimat Negeri dan penglibatan pelbagai NGO banyak membantu beliau.

Fokus jentera parti kini boleh digunakan sebaik mungkin untuk menjelaskan isu-isu semasa, kezaliman Umno dan juga kunjungan Ramadan.

Di Meru, Dr Rani juga dikenali sebagai ustaz kerana kebolehannya memberikan kuliah dan khutbah. Tidak hairan jika seorang ustaz dapat memberikan kuliah dan membaca khutbah, tapi amat jarang bagi seorang doktor yang mempunyai kebolehan sedemikian. Di bulan Ramadan, sudah tentu Dr Rani dapat memperkenalkan diri dengan lebih mudah apabila beliau menyampaikan tazkirah dan juga kuliah-kuliah agama beliau yang memukau sempena Ramadan.

Bukan itu sahaja, malah kerja-kerja kempen diyakini dapat dipermudahkan berlatar-belakangkan rekod cemerlang dan sikap mesra alam Dr Rani. Rakyat Sg Besar akan lebih mudah diyakini bahawa Dr Rani adalah pilihan terbaik buat mereka dengan berita-berita baik mengenai prestasi beliau di Meru yang sudah pasti akan ditiup ke sana melalui cakap-cakap warung dan sanak-saudara di Meru.

Keempat, pencalonan Dr Rani juga dapat meningkatkan kesatuan jentera kempen PAS Selangor dan usahasama antara semua adun PAS. Abdul Hadi, setelah melalui zaman perpecahan PAS, kini memahami pentingnya PAS mempunyai satu pasukan jentera yang bersatu hati dalam menghadapi PRK kali ini yang penuh dengan politiking antara pembangkang dan juga parti-parti komponen BN.

Kelima, dengan pencalonan Dr Rani, Abdul Hadi menyediakan ruang alternatif bagi:

a. Ahli yang tidak suka pada DAP dan parti proksinya Amanah, tapi juga tidak suka pada Umno,

b. Ahli PKR yang tidak suka pada DAP,

c. Ahli Umno yang serik dengan Najib tapi enggan mengundi mereka yang rapat dengan DAP,

d. Undi ahli Umno yang ingin menyelamatkan Umno dengan menumbangkan Najib

e. Undi orang Islam atas pagar yang ingin melihat Islam diperjuangkan untuk mengundi calon PAS.

f. Undi kaum India berdasarkan kemesraan Dr Rani bersama kaum India

g. Sebahagian kaum Cina yang meraikan prestasi wakil rakyatnya berbanding parti

Apakah PAS boleh menang dengan Dr Rani? Tidak pasti. Tapi jangan pandang rendah faktor kemesraan calon yang tidak boleh diukur mana-mana pihak. Yang pasti, dengan mencalonkan Dr Rani, Abdul Hadi telah meletakkan PAS di posisi boleh menang, dan jika tewas pun, keputusan itu boleh dibanggakan.

Azjah Sulaiman
Pemantau politik bebas
Universiti Jalanan

Penulis dan bahan bacaan

Dalam merancang karya yang mahu ditulis, ada beberapa perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Antaranya:

1.  Rangka kerja penulisan
- Bagi mengelakkan situasi nasib-nasib siap dan nasib-nasib terbit, kerja penulisan dirancang terlebih dahulu. Daripada logline tiga baris, kita kembangkan dengan meneliti plot, watak, latar tempat dan masa.

Kesemua elemen ini kemudiannya disatukan dalam jalan cerita yang juga sudah dirancang dahulu oleh penulis, baik dalam kepala mahupun di atas kertas. Tempat mahu hantar karya juga sudah dirancang sekali. Law of universal attraction. Kita beritahu diri sendiri, mahu tulis untuk penerbit mana dan isu bila.

2. Bahan rujukan yang mencukupi
- Sebelum proses menulis dimulakan, sediakan bahan rujukan penting awal-awal. Kenapa? Sebab kita nak elak situasi proses menulis terhenti separuh jalan, atas faktor tak cukup kajian tadi.

Macam kerja menulis yang kita selalu buat (laporan, minit mesyuarat, dll), kebanyakannya tersangkut apabila ada bahan yang tidak mencukupi. Kita terpaksa bangun dan dapatkan semula material ini.

Dalam hal pekerjaan harian, kita ada desakan yang tinggi. Jadi, nak tak nak kita siapkan juga. Menulis karya, satu-satunya punca desakan utama adalah kita sendiri. Masa tersangkut inilah segala macam rasa negatif suka muncul.

3. Kumpulan sokongan
- Atasi masalah rasa keseorangan menukang karya tadi dengan mencari kumpulan sokongan yang betul. Rakan seperjuangan. Apabila rasa 'down', terus hubungi kawan-kawan ini dan cari semula semangat yang sedang acah-acah goyah.

Sumber sokongan lain, mentor. Kadang-kadang, tanya khabar sahaja pun dah boleh berpanjangan dengan pelbagai tip yang boleh diaplikasi.

Keluarga yang mengetahui minat dan menyokong juga sangat membantu. Bercerita kepada mereka selalunya melegakan, sebab jarang kita tak dapat feedback jujur. Apabila kepala dah ringan, tangan mulalah laju nak menulis lagi.

Adios, jom sambung tulis.

Rahmah Mokhtar,
Awat mood melankolik semacam awal petang ni?

PENJELASAN MENGENAI PINDAAN 355

Oleh DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Saya telah mengemukakan usul mengikut perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen, Usul Persendirian. Usul yang berkait dengan Rang Undang-Undang. Mengikut peraturannya dibolehkan usul ini dibawa dengan syarat-syarat yang saya terangkan kemudian.

Pertama usul ini untuk menjelaskan lagi Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3: Islam adalah Agama Persekutuan. Pada masa yang sama agama lain bebas, di sana masih banyak perkara-perkara yang tidak bebas bagi orang Islam. Bagaimana agama lain bebas, Islam tak bebas?

Islam agama Persekutuan. Di antaranya ialah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Usul saya ialah berkait dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang pada hari ini lebih rendah daripada Mahkamah Majistret. Tidak wajar Islam agama yang tinggi, agama persekutuan, Mahkamah Syariah yang berkait dengan orang Islam, rendah daripada Mahkamah Majistret.

Dengan sebab itu, saya kemukakan usul ini supaya kita naikkan bidang Mahkamah Syariah dengan meminda Jadual 9, 355 Perlembagaan, yang boleh dibuat secara ‘simple majority’, bukan dua pertiga majoriti, ‘simple majority’, majoriti mudah, dengan lebih satu undi yang ada dalam Parlimen, bukan dua pertiga.

Berkait dengan Jadual itu, bukan benda asas dalam Perlembagaan, maka dikemukakan mengikut peraturan. Sebenarnya saya pernah kemuka tahun 1995. (Tahun) 1995 saya kemukakan dua kali pada masa itu dan dalam penggal ini sudah dikemukakan dulu.

Oleh kerana usul ini mengikut ‘Standing Order’ Parlimen mestilah terlebih dahulu diusulkan oleh seorang Menteri Kabinet, syarat dia begitu. Seorang Menteri Kabinet mengusulkan supaya ahli Yang Berhormat daripada Marang mengemukakan usulnya, syaratnya begitu.

Kena ada sokongan. Bila ada Menteri Kabinet yang bawa usul ini, maka saya boleh bawa usul. Bawa usul, belum lagi dibahas, itu dulu.

Dan kita telah mengadakan rundingan. Oleh kerana dulu gagal, kita buat rundingan melalui Kerajaan Negeri Kelantan, melalui proses perundingan Kerajaan dengan Kerajaan. Dirundingkan kerana perubahan ini bukan sahaja memerlukan Parlimen, termasuklah rundingan, Menteri buat rundingan, sehingga pihak pengamal undang-undang, termasuklah Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara terlibat dalam perbincangan ini.

Dan akhirnya, bersetuju ini tanggung jawab orang Islam, tak ada kena mengena orang bukan Islam. Tanggung jawab orang Islam tanpa mengira parti politik, tanpa mengira fahaman politik. Kewajipan orang Islam mesti mengangkatkan kedudukan agama mereka sendiri.

Dalam usul ini pun ada menyebut berkait dengan orang Islam sahaja. Saya baca, saya baca ini:

“Bahawa Dewan ini membenarkan, memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Marang untuk mencadangkan satu Rang Undang-undang Ahli Persendirian, bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah, Mahkamah Syariah, Bidangkuasa Jenayah Pindaan 2016 seperti berikut:
1. Menggantikan Seksyen 2 dengan Seksyen berikut:
1: Menurut Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seorang penganut agama Islam, agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam butiran 1 senarai negeri di bawah ke-9 di bawah Undang-Undang Persekutuan. Dan
2. Memasukkan selepas Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
2(a) Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah, berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh Undang-Undang Syariat, berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain daripada hukuman mati. "

Hukuman mati tak boleh, itu pun kalau dijatuhkan hukuman mati, sekadar itu sahaja. Hukuman mati memerlukan majoriti dua pertiga. Dengan sebab itu kita ambil yang majoriti mudah dahulu. Maka, ini orang Islam sahaja.

Di mana, kita berunding dan mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen yang menganut agama Islam sebagai tanggung jawab agama. Ini bukan kerana parti, kerana apa, tidak. Tanggung jawab agama orang Islam. Maka akhirnya kita berhasil. Dan kita tak mahu pihak agama lain terlibat sama dalam perbahasan ini. Biar orang Islamlah bincang.

Perlembagaan telah mengatakan Mahkamah Syariah tak boleh hukum orang bukan Islam, sudah ada. Itu memerlukan dua pertiga, ini orang Islam sahaja dan akhirnya dibenarkan saya bawa usul ini. Dengan sebab itu semalam saya bawa usul dan lulus peringkat yang pertama. Dibacakan dalam pertama, belum lagi diundi.

Diundi secara belah bahagi, boleh undi, dengan speaker tanya boleh? Secara tanya boleh dibuat untuk bacaan kali pertama, itu speaker dah buat. Dan speaker mengikut peraturan Parlimen.

Kemudian saya bacakan kali yang kedua, mesyuarat yang akan datang. Ini barulah ada perbahasan. Perbahasan ini barulah kita akan dapat dengar penjelasan-penjelasan daripada kami.

Dan kami merasa kesal kerana DAP menunjukkan sikap yang anti Islam, terang-terang saya sebut, anti Islam, nak bermusuh dengan orang Islam, tak beradap dengan orang Islam. MCA, GERAKAN, MIC, banyak parti-parti bukan Islam tak setuju, tapi ada adab dia, ada adab dia. DAP ini tak tunjuk adab dia. Dia melenting dan terus menentang dalam perkara yang berkait dengan orang Islam, tak berkait dengan dia pun.

Saya rasa kesal dengan PAN yang digunakan oleh DAP, ini orang Islam pula yang telah melanggar sempadan agama dia sendiri demi kepentingan politik. Jadi itulah penjelasan saya. Ada apa-apa soalan?

Wartawan 1
Dato' Seri, ini banyak ada pihak yang mengatakan bahawa, tiba-tiba benda ini dibawa dalam masa Pilihan Raya Kecil yang akan berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi,  ‘political gimic’ .....yang akan dibibitkan selepas pilihanraya.

Tuan Guru: Kalau gimik politik ini patutnya menakutkan PAS, kerana orang bukan Islam tak undi PAS. Kalau gimik politik la. Kena baca secara negatif bukan positif. Menunjukkan keterbukaan kita terhadap orang bukan Islam. Dan kita perlu memberi penjelasan, tak berkait dengan pilihan raya. Dan saya nak sebut tadi, kita dah pernah bentang tahun 1995, dan kali yang, Parlimen yang dahulu pun sudah dibenarkan. Kemudian, saya nak sebut lagi Titah Agong. Agong menyebut dalam titahnya, persidangan Dewan baru-baru ini supaya menaikkan Mahkamah Syariah. Agong sebut dalam titah ucapannya, menaikkan taraf Mahkamah Syariah. Saya lupa nak sebut dalam ucapan awal saya tadi.

Wartawan 2
Dato' Seri, adakah ini merupakan satu bentuk kerjasama antara PAS dengan Umno?

Tuan Guru: Kerjasama dalam perkara yang baik. PAS tidak masuk Barisan Nasional. Kita kerjasama dalam perkara yang baik dan nak menunjukkan proses demokrasi yang betul. Demokrasi yang kita tidak, kata orang membuta tuli, semua kita lawan belaka, semua, sampai semua. Ada yang betul kita sokong, kita kerjasama. Yang tak betul kita lawan. Ini proses. Ini termasuk dalam Budaya Politik Matang yang kita nak tunjukkan. Ya.


Wartawan 3
Dato' Seri, dengan kata lain, maknanya PAS tidak akan tunduk kepada desakan dan bantahan daripada DAP itu sendiri?

Tuan Guru: Dan kita telah tidak tunduk. Telah tidak tunduk. Dan kita sudah berbincang dengan DAP beberapa kali dalam isu undang-undang jenayah syariah. Dan beberapa tahun yang lalu, kita sudah membuat keputusan, kita bersetuju untuk DAP tidak bersetuju. Dan menjadi hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengemukakan apa-apa yang ada di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Itu persetujuan telah dibuat, bertulis, saya boleh dedah balik, di ‘sign’ (tandatangan) oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada masa itu. Kita dah ‘sign’ dengan sebab itu hak dia ah dia tak bersetuju. Jadi masalahnya mengapa dia campur urusan orang Islam? Itu saya nak tanya. Campur urusan orang Islam dia ada adablah.

Wartawan 4
Jadi banyak DAP ini melakukan yang bukan Islam terhadap.... So, jadi, Dato' Seri nak laksanakan balik .... Sebab benda ini hanya untuk orang Islam sahaja. So, sense of a kedua-dua, dua-dua undang-undang yang berbeza.

Tuan Guru: Kita telah mengadakan dialog dengan orang bukan Islam dan berlaku secara yang sangat positif. Yang terkini secara praktikal di Acheh, ini bukan Mahkamah Syariah, Undang-undang di Acheh. Dia takut pada undang-undang ini bukan Mahkamah Syariah. Ini Mahkamah Syariah bukan undang-undang. Undang-undang tak sampai lagi. Dia dah daripada awal dah sekat ini tak betul. Ini, kita nak menaikkan taraf Mahkamah Syariah. Undang-undang di Acheh. Bila ada hukuman Takzir mengikut undang-undang Syariah di Acheh, orang bukan Islam diberi pilih, antara Takzir dengan hukum undang-undang yang ada pada hari ini. Undang-undang yang ada pada hari ini ialah hukum penjara, kita tak boleh nak buat pembetulan. Undang-undang Takzir, disebat 20 ke berapa puluh saya tak ingat, sebat. Bila dia tahu sebat Islam ni macam sebat cikgu sekolah, tak boleh pecah kulit, tak boleh mencederakan, tak boleh, cuma di tengah khalayak untuk mendidik masyarakat. Orang bukan Islam di Acheh yang saya dilaporkan, awak nak mana undang-undang ini? Dia pilih undang-undang Islam . Kerana dia sekejap sahaja, kena sebat macam murid sekolah, lepas itu boleh keluar. Kena penjara lama. Apa takutnya? Ini satu gimik politik DAP untuk pilihan raya sebenarnya. Dia (gimik) untuk pilihan raya bukan kita, untuk pilihan raya. DAP untuk pilihan raya, dan biar dia sokong PAN. Ataupun DAP bertanding ataupun biar PAN bertanding bagi pihak DAP.

Wartawan 5
Dato' Seri, nak tanya sikit. Semalam, Dato' Husam dia kata dia hantar surat kepada Dato' Seri mengenai pemecatan, tarik balik pemecatan beliau sebagai ahli PAS?

Tuan Guru: Saya belum terima surat lagi, saya kena tengok surat dululah.

Wartawan 5
Tapi Dato' Seri... itu dia terima tak?

Tuan Guru: Itu saya kena baca dulu surat dia.

Wartawan 5
Ada kemungkinan tentang ...?

Tuan Guru: Kemungkinan itu benda satu andaian yang saya tak boleh nak buat. Tengok surat dia dulu apa isi surat dia. Memang sebarang tindakan disiplin yang berkait dengan pemecatan, digantung, boleh dibuat rayuan kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bukan kepada saya, bukan kepada saya, kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Tak apalah, kalau dia nak tulis surat kepada saya pun tak apa.

Wartawan 5
Dato' Seri, beliau mendakwa, pemecatan itu....

Tuan Guru: Itu dakwaan dia, di mana mereka yang jadi Jawatankuasa Disiplin ini di kalangan ilmuwan, bukan sebarangan orang yang sebahagian besarnya PhD, taraf dapat PhD. Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Dr Sufian (dan) lagi beberapa orang lagi, itu yang merupakan orang yang bukan daripada kalangan Jawatankuasa PAS Pusat. Itu menunjukkan kebebasan dan ketelusan disiplin.

Wartawan 6
Dato' Seri, satu lagi.  .......... ahli PAS menarik diri daripada bertanding untuk dua kerusi Pilihan Raya Kuala Kangsar dan Sungai Besar?

Tuan Guru: Saya bersetuju kalau dia bertanding, biar dia bertanding, dia bertanding di situ. Kita tetap bertanding. Kalau dia bertanding lebih baik. Atas nama PAN ke, atas nama DAP ke, lebih baik. Masuklah.

Wartawan 7
Dato' Seri, memang tak ada peluang untuk berunding bahawa PAS dengan Pakatan Harapan untuk bertanding kedua-dua kerusi? Maksudnya tak ada....

Tuan Guru: Pakatan Harapan ini, orang yang kita anggap sebagai khianat kepada PAS. Antaranya dalam isu kanun jenayah ini. Dalam isu usul ini. Di mana mereka mengatakan kalau 76A mereka tak boleh terima, itu majoriti dua pertiga. Kalau 355 kita bawa usul ini, tak jadi masalah. Ini mereka sebut di hadapan saya sebelum mahkamah. Tapi bila rakan dia DAP tak setuju dia ikut DAP, senang sahaja, saya dedahkan di sini.

Wartawan 7
Jadi memang tak ada perundingan dengan mereka tentang kerusi Kuala Kangsar dengan Sungai Besar, bahawa sesiapa yang akan bertanding?

Tuan Guru: Itu kalau ibarat orang meninggal dunia, nyawa sampai ke halkum, dan dia sudah dekat sini. Sebab itu sudah diputuskan daripada awal, sejak awal. Saya tak mahu, nak sebut sedia kala itu teruk sangat. Sejak awal ini kawasan PAS bertanding, orang tak mahu bertanding di situ, takut nak bertanding. Jadi, kita dah bertanding berapa kali di situ? Kadang-kadang meningkatkan undi. Mereka akan undi sehingga sampai ke peringkat Kuala Kangsar daripada 7,000 jadi 1,000 (majoriti undi). Yang Sungai Besar itu sampai kepada 399 (majoriti undi) turun undi kerana di situ ada 20 Cawangan PAS di Sungai Besar, 20 cawangan. Kita tanya PKR, berapa cawangan dia? Tak diberitahu cawangan dia berapa. Kita ada senarai ahli kita. Dia tak beritahu ahli dia banyak mana. Jadi, kalau atas asas nak suruh orang PAS bekerja bagi pihak dia, ini jentera-jentera PAS tak boleh terima, kerana terang-terang saya sebut banyak kawasan pilihan raya, kita beri kepada rakan kita ini. Dia masa pilihan raya dia datang, lepas pilihan raya dia tak datang. Jadi orang PAS yang bekerja. Sudah beberapa kali pilihan raya orang PAS yang bekerja kuat. Orang PAS bekerja sepanjang masa. Bila mari pilihan raya dia datang nak kekuatan. Ini bukan Sungai Besar dengan Kuala Kangsar saja, kawasan lain begitu juga. PAS sudah banyak, banyak, nak kata ehsan, tak boleh bertanding dah, beri kawasan-kawasan untuk bertanding.Ya.


Wartawan 8
Sekiranya Pakatan Harapan menentang pakatan yang kita harapkan ini akan menjelas akan peluang memandang PAS lebih tua .....

Tuan Guru: Kita tidak memberi apa-apa harapan kepada ...... Kita yakin dengan kekuatan kita sendiri. Ini parti yang baru nak bertunas. Kita dah berakar umbi dah bertunjang di situ.Ya.

Wartawan 9
Ada something ....

Tuan Guru: Akan diumumkan malam ini. Malam ini, saya akan umum di Sungai Besar. Dato' Tuan Ibrahim akan umumkan di Kuala Kangsar. Senarainya 4 orang. 4 orang calon, senarai dia.

Wartawan 10
Calon selain di kawasan itu ke atau di kawasan yang bertanding itu?

Tuan Guru: Saya difahamkan begitu. Dan insya-Allah saya akan lihat petang ini. Petang ini saya akan ke Kuala Lumpur untuk melihat keputusan akhir yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan perbincangan mereka dengan Negeri dan kawasan-kawasan. Cumanya, semua calon-calon ini diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak, Majlis Syura Ulamak meluluskan calon-calon ini.

Wartawan 11
Dato' Seri, nak raih undi bukan Melayu macam mana?

Tuan Guru: Undi bukan Melayu kita ada Dewan Himpunan. Kita ada Dewan Himpunan, penyokong-penyokong PAS di kalangan bukan Islam. Kalau di Perak itu ada bekas Adun DAP, dia dah masuk Dewan Himpunan kita, yang ada pengaruh dia, kaum India ada, Dewan Himpunan. Dan mereka dah turun, saya difahamkan mereka dah turun. Dan undi di Sarawak memberi isyarat. Memberi isyarat kepada kita bahawa bukan semua undi kaum Cina mengundi DAP, bukan Cina DAP, tidak. Kita tak boleh hukum orang Cina dengan sikap-sikap DAP, tak boleh. Orang Cina bukan semua macam DAP. Tidak.

(*Terdapat perkataan tidak dapat dikenalpasti kerana kualiti rakaman audio. **Susun atur huruf dan suntingan oleh Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim dari sidang media Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang, Terengganu pada Jumaat, 27 Mei 2016)

Monday, May 30, 2016

AKTA 355 MAHKAMAH SYARIAH: PAS SARAWAK SOKONG RUU PERSENDIRIAN

Oleh: Tuan Haji Jofri Jaraiee (Pesuruhjaya PAS Sarawak) | 30 Mei 2016.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dalam bab kebebasan beragama di mana setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Fasal (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Jelas dalam Perlembagaan Persekutuan semua penganut agama bebas mengamal ajaran masing-masing dan begitu juga dengan Islam mereka juga berhak untuk melaksanakan perundangan syariah dalam negara ini tanpa sebarang sekatan selagi tidak melanggar Perlembagaan.

Mengapa ada sesetengah pihak yang cuba menghalang dan menentang  pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedangkan ianya untuk umat Muslim saja.

Tujuan pindaan Akta 355 ialah untuk memperkasakan bidang perundangan syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan berakar kukuh kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.

Dimana kebebasan penganut agama Islam untuk melaksanakan perintah Allah sekiranya ada pihak yang berusaha untuk menghalang hasrat dan keinginan penganut agama Islam mengamalkannya?

Sepatutnya penganut agama lain selain Islam jangan cuba mencampuri urusan agama Islam dan sudah tentu mereka juga tidak suka kalau umat Muslim mencampuri urusan agama mereka.

Mereka juga perlu menghormati dan tidak mencampuri urusan agama yang berkaitan dengan Islam. Apa hak mereka menghalang umat Muslim melaksanakan ajaran agama mereka sendiri?

Kalau ada penganut non Muslim hendak melaksanakan perundangan mengikut kepercayaan agama mereka tiada siapa pun hendak menghalang tetapi mengapa apabila penganut agama Islam hendak melaksanakan perundangan syariah ramai cuba mencampuri urusan yang berkaitan dengan agama Islam.

Di mana kebebasan penganut agama Islam untuk mengamalkan ajaran agamanya mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan?

Kita mengesa agar mereka terutama non Muslim yang tiada kaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355 jangan cuba mencampuri urusan perundangan agama Islam. Mereka perlu belajar menghormati agama Islam kalau mereka mahu agama mereka juga dihormati.

PAS Sarawak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS kerana ianya hanya berkaitan dengan urusan agama Islam dan tiada kaitan dengan penganut agama lain.

Wakil Rakyat sepatutnya bersikap profesional dan jangan terlalu emosi dengan RUU ini sebab ianya boleh dibincang dalam sidang Parlimen akan datang.

Berilah peluang untuk RUU ini dibahas di sidang parlimen dan sekiranya bercanggah dengan perlembagaan ianya boleh diperbetulkan tidak perlu dijadikan isu politik untuk meraih sokongan kerana rakyat Malaysia mahu kehidupan yang aman dan damai tanpa sebarang provokasi perkauman yang melampau.

Malaysia akan aman dan damai apabila rakyatnya dapat menghormati dan tidak mencampuri urusan agama dan adat resam berbagai kaum di negara ini. - HARAKAHDAILY 30/5/2016

- Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak juga Yang Dipertua PAS Kawasan Miri.

RUU Akta 355: Kejayaan Bersama Umat Islam

Terang Rembulan (22)

Sebaik Tan Sri Speaker Dewan Rakyat menerima pembentangan Usul Persendirian oleh presiden PAS untuk Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) pada hari Khamis lepas, saya terus menghulur dan menggenggam erat tangan YB Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan mengucapkan tahniah tertinggi kepada beliau.

Saya melihat beliau tunduk menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran. Begitu juga YB ustaz Idris bin Ahmad, naib presiden PAS yang berada di sebelah tuan guru yang turut mengesat air mata. Hati saya sebak sekali. Nyata dan terlalu nyata, tuan guru presiden sedang bersujud dengan hatinya kepada Allah mensyukuri nikmat kemenangan yang benar daripada Allah untuk perjuangan menegakkan Islam di bumi bertuah ini.

Di luar sana, saya tahu ribuan umat Islam yang mengikuti perkembangan sidang Parlimen secara langsung itu turut menangis kegembiraan. Ia dikongsi bersama oleh ahli PAS dan bukan ahli PAS yang turut berjuang untuk matlamat yang sama, menegakkan syariat Allah di bumi umat Islam ini.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah antara pemegang khazanah susur galur sejarah perjuangan para ulamak menegakkan ugama Islam di bumi tanah Melayu dan Nusantara ini. Dari zaman remajanya lagi, beliau menelaah dan merasai denyut nadi perjuangan generasi awal di zaman penjajahan barat ke atas Tanah Melayu.

Zaman mudanya adalah menyambung sirah perjuangan terdahulu. Hari ini tuan guru adalah murabbi umat yang memimpin perjuangan Islam di dalam dan luar negara. Saya yakin, beliau merasai kenikmatan berjuang yang tidak mungkin dinikmati oleh kita semua.

Tuan Guru bagaikan ingin berkongsi kejayaan ini bersama rakan-rakannya yang telah pergi lebih awal. Wajah-wajah al marhum Tuan Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Nor, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, ustaz Hasan Syukri, Tuan Guru Harun Taib dan ramai lagi pastinya hadir di hadapan. Semoga Allah membalas jasa mereka.

Saya ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh yang terlibat bagi memastikan kejayaan penuh bermakna ini. Bermula daripada speaker Dewan Rakyat, pihak kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan, pegawai-pegawai yang berkerja keras sehinggalah rakyat dan seluruh umat Islam yang begitu memberikan sokongan yang nyata kepada usaha yang tidak mengenal penat dan lelah ini, saya kalungkan tahniah dan terima kasih paling hangat. Semoga Allah mengasihi kita semua.

Khusus buat ahli-ahli PAS yang berjuang di saf hadapan demi menegakkan ugama dengan segala upaya dan kepunyaan, semoga Allah membalas kalian dengan ganjaran tertinggi. Semoga ia menjadi azimat perjuangan yang menambahkan lagi semangat dan keyakinan untuk terus mara ke hadapan dan mengajak umat untuk bersama menjunjung kewajiban melaksanakan pengajaran al Quran yang syumul dan adil.

Ia adalah buahan daripada tanaman generasi terdahulu yang telah meninggalkan kita. Mereka pulang kepada Allah dengan istiqamah dan husnul khatimah lalu turut mewariskan kita dengan kejayaan yang kita kecapi ini.

Ia hari bersejarah yang telah tercipta apabila kerajaan Malaysia yang selama ini berkeras menolak atau berdolak-dalih atau sinis terhadap hukuman syariah Islam akhirnya membenarkan usul persendirian oleh ahli parlimen PAS itu dibentangkan di parlimen. Ia adalah kejayaan dalam percubaan keempat yang telah diusahakan oleh PAS selepas kali pertama cuba dibentangkan usulnya lebih 20 tahun lepas berkait undang-undang murtad.

Ia juga sejarah yang bakal tercipta nanti apabila usul ini diluluskan oleh parlimen selepas melepasi perbahasan usul dalam mesyuarat akan datang. Saya yakin dengan majoriti ahli Dewan Rakyat adalah beragama Islam, usul persendirian yang akan dibawa oleh pihak kerajaan nanti akan menang dan diluluskan. Ia adalah pindaan undang-undang yang hanya melibatkan umat Islam sahaja.

Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) adalah penjara kepada pelaksanaan hukum Syariah Islam yang sebenar. Undang-undang yang ada di dalamnya adalah tunduk kepada perlembagaan negara yang kekuasaannya mengatasi kedaulatan al Quran dan al Sunnah. Ia nyata bertentangan dengan Islam. Ia syirik yang nyata.

Pindaannya nanti akan melepaskan rantaian yang mengikat. Hukum-hukum al Quran dan Sunnah akan mengambil tempatnya di dalam kehidupan. Ia ibarat membenarkan wanita Islam memakai tudung selepas lama dihalang berbuat demikian di negara-negara yang lebih sekular.

Walaupun ikatan itu tidak terungkai sepenuhnya kerana masih terdapat beberapa hukumah jenayah syariah yang masih tidak melepasi pindaan ini, ia hakikatnya seperti bukaan pintu pertama yang sekian lama tertutup rapat. Saya yakin dengan kekuatan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi dendangan umat Islam hari ini dan selepas izin Allah taala, pintu-pintu seterusnya akan berjaya dibuka dengan penuh kejayaan.

Kejayaan membawa usul untuk meminda akta 355 ( bidang kuasa mahkamah syariah) ini adalah menyusuli kejayaan PAS dan seluruh pejuang ugama di dalam perjuangan berikut:

Pertama, kejayaan memimpin umat Islam untuk menolak sistem sekularisme yang bertentangan dengan ugama. Sistem yang ditanam dan dipaksa oleh penjajah dan dipertahankan oleh UMNO itu semakin hari semakin luntur dan ditolak.

Kedua, kejayaan memahamkan umat Islam tentang kewajiban kembali kepada ugama Allah. Ia bukan satu pilihan, bahkan satu kewajiban yang mesti dipatuhi. Memilih cara hidup selain Islam adalah syirik dan dosa yang mesti ditinggalkan.

Ketiga, kejayaan mendorong umat Islam untuk menyokong usaha-usaha ke arah pelaksanaan syariat Islam. Jika tidak kerana desakan yang meluas, sudah pasti agak sukar untuk kita melihat kerajaan UMNO BN bersedia untuk menerima dan insya Allah menyokong pindaan ini.

Keempat, kejayaan meyakinkan UMNO bahawa pindaan akta ini bukanlah berkisar soal politik semata-mata yang bertujuan meraih undi dan kemenangan. Bahkan ia adalah satu kewajiban umat yang mesti dipikul bersama.

Kelima, kejayaan mendekati ahli dan penyokong umno, bahkan pemimpin umno juga agar turut bersama memberi sokongan kepada usaha bersejarah ini.

Keenam, kejayaan merapatkan hubungan dengan kumpulan-kumpulan Islam yang aktif berdakwah dan berjuang sehingga mampu bersatu tenaga menyokong dan mendesak kerajaan untuk menerima pindaan undang-undang ini.

Saya yakin kejayaan-kejayaan di atas adalah besar. Ia adalah 'al nasr' menuju 'al fath' atau kemenangan menuju pembukaan yang lebih besar dan berkuasa untuk Islam. Saya berharap PAS terus berjaya mengekalkan rentak kejayaannya dan terus istiqamah memikat hati semua pihak untuk turut bersama berjuang.

Berjuang untuk Islam adalah paling benar dan asli dalam kehidupan di dunia ini. Hidup ini penuh persaingan dan perjuangan. Manusia memilih untuk berada di medan mana yang mereka sukai. Tetapi yang nyata daripada perkhabaran langit melalui para rasul adalah bahawa semua persaingan dan perjuangan adalah batil dan sia-sia melainkan perjuangan menegakkan Islam di bumi-NYA.

Bersama PAS beristiqamah menuju kemenangan.

**Artikel adalah untuk siri kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

PERTANYAAN MALAIKAT DI DALAM KUBUR

Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.

Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku

Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu din. Islam agamaku

Tanya : Ma Imamuka? Apa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku

Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku

Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku..

Jawabannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?
Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.
Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.
Astaghfirullahal 'Adzim..
Ampunilah kami Ya Allah..
Kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat..
Sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu..
Tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu..
Sementara kami selalu melanggar larangan-Mu..
Ya Allah...
Izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu..
Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu..
Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus..
Agar kami tidak sesat dan tersesatkan..
Aamiin..
.
Ya Allah haramkanlah neraka atas jasadku, kedua orangtuaku, dan semua orang yg mengucap Aamiin dikomentar serta jauhkanlah kami semua dari azab kubur AAMIIN....
.
Sudah baca Like, komen Aamiin,  lalu bagikan dengan ikhlas!

Dr Ridhuan Tee Abdullah,keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu memusuhi Islam

BANGI, Isnin – Penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, hari ini mengumumkan keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, apabila menentang usaha memperkemas undang-undang syariah menerusi pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Beliau yang juga ahli seumur hidup parti itu selepas keahliannya diterima pada tahun 2000 setelah empat tahun menunggu, juga menyifatkan MCA sebagai sebuah parti yang terlalu perkauman.

“Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam. Dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada MCA.

“Dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan masuk Melayu.

“Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia adalah musuh saya juga,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau kesal dengan MCA yang sepatutnya sudah memahami Islam dan cara hidup bangsa Melayu setelah Malaysia merdeka hampir 60 tahun, turut menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari negara ini dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.

“Mereka bukan sahaja buat-buat tidak faham, malah menghina bangsa pribumi yang mahukan hak di bumi sendiri. Jika MCA dan Gerakan mahukan cara hidup yang lebih baik cari bumi sendiri.

“Hormat sikit pribumi di sini. Ini tanah mereka, mereka berhak mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka, sedangkan MCA, Gerakan, DAP dan yang lainnya tiada hak untuk campur tangan,” katanya yang mengulas tindakan parti terbabit menentang usaha memperkemaskan undang-undang Islam di negara ini.

Terbaru, MCA, Gerakan, SUPP dan MIC menyertai sebuah lagi parti perkauman, rasis dan cauvinis DAP, menentang dan membantah usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Malah pemimpin MCA, Gerakan, SUPP dan MIC mengugut akan meletak jawatan daripada Kabinet sekiranya rang undang-undang itu diluluskan.

“Saya minta menteri daripada MCA, Gerakan dan MIC meletak jawatan dengan segera. Tidak perlu menunggu hari lain. Dasar muka tak malu. Menang pilihan raya atas ehsan undi Melayu dan mendapat kerusi Kabinet, langsung tidak bersyukur.

“Saya juga berharap kerajaan tidak meluluskan permohonan koperasi Kojadi milik MCA menjadi bank koperasi. Jika diluluskan ia adalah pengkhianatan kepada Melayu dan Islam, sedangkan Sarawak lebih berhak daripada mereka. Saya berharap kerajaan yang dipimpin UMNO bertegas dalam hal-hal seperti ini. Biar ada telur,” katanya.

“Senario dalam MIC pula lagilah teruk. Tidak ada satu pun kerusi majoriti. Semuanya undi ehsan orang Melayu yang beragama Islam. Malangnya mereka masih tidak belajar memahami Melayu dan Islam,” katanya.

Ridhuan Tee turut mempertikaikan apakah sumbangan MCA, Gerakan dan MIC kepada Islam setelah bangsa Melayu memberi undi dan kemenangan kepada mereka.

“Orang Melayu terus ditipu. Peliknya, orang Melayu dan parti politik Melayu masih buta. Bangunlah wahai Melayu Islam.

“Inilah masa untuk kita bersatu menentang musuh yang sebenar. Dulu mereka bersatu dalam senyap, hari ini secara terbuka, kita masih berpolitik,” katanya.

Sunday, May 29, 2016

ugut dan gertak tidak akan mendapatkan rasa hormat, sebaliknya ia hanya mendatangkan rasa jijik

Timmy say status

Timny say :-Permainan cabar-mencabar dan perlumbaan nak tunjuk siapa kow tow kat siapa antara parti-parti bukan Islam telah bermula dan tidak akan berakhir sampai bila-bila.

Mereka saling mencabar tanpa memikirkan kesannya pada sesiapa selain agenda politik sempit mereka.

Ya, kamu nak orang hormat suara minoriti, tapi bukan dengan cara menyerang atau menghina kehendak suara majoriti. Belajarlah hormat orang lain dahulu, sebelum minta orang lain hormati kamu. Menggunakan cara ugut dan gertak tidak akan mendapatkan rasa hormat, sebaliknya ia hanya mendatangkan rasa jijik.

Kamu bantah kerana kamu takut. Tapi apakah ketakutan kamu benar atau ia sekadar ilusi? Kebanyakan masa, Ilusi yang kamu takut itu cumalah bayangan kamu. Manusia umumnya takut pada perkara yang dia tidak tahu.

Cuba fikir kalau ada orang war-warkan bahawa besok kamu akan kemalangan maut, sehingga kamu percaya dan tidak berani keluar dari rumah, apakah itu wajar? Semenangnya tidak wajar. Tapi itulah yang kamu sedang lakukan sekarang kerana perlumbaan politik sempit kamu.

Debatlah secara sihat di parlimen. Yang ini, kamu ada kuasa demokrasi untuk tidak mengundi.

Ramai rakyat tak sokong GST yang mengubah hidup setiap rakyat, kamu lulus juga.

Tapi usul RUU ini untuk penjenayah dan orang jahat, yang bilangannya teramat sedikit jika dibandingkan dengan rakyat yang baik, apa pula yang kamu risaukan?

Nasib rakyat biasa kamu tak kisah, nasib penjenayah kamu pula ambil berat? Apa pertimbangan kamu sebenarnya?

Cukuplah dengan mainan persepsi dan saling mencabar dari sudut siapa kow tow kepada siapa. Bukan sahaja ia tidak sihat, ia juga menyebarkan permikiran yang bersifat emosi dan tidak rasional.

RUU hudud: Presiden MIC pula mahu letak jawatan Kabinet

May 29, 2016 Berita Utama,

Utama 0

SUBANG JAYA, Ahad – Presiden MIC hari ini menyatakan kesediaannya meletak jawatan daripada pentadbiran kerajaan, – mengikut jejak langkah MCA, Gerakan dan SUPP – jika semua usaha mereka menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan dan negeri lain, menemui jalan buntu.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, beliau akan membangkitkan mengenai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Malah, beliau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penjelasan lanjut mengenai RUU berkaitan Mahkamah Syariah yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Beliau menekankan bahawa pembentangan RUU Persendirian itu bakal membuka jalan bagi perlaksanaan hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.

“Jika selepas semua usaha kami, hudud masih dilaksanakan, saya akan meletakkan jawatan dalam kerajaan,” katanya pada mesyuarat luar biasa (EGM) MIC, hari ini.

Mesyuarat itu dicemari kekacauan apabila penyokong bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel cuba untuk menyertainya, tetapi dihalang.

Subramaniam berkata, MIC dan beberapa komponen Barisan Nasional (BN) lain termasuk, MCA, Gerakan dan Parti Bersatu Sarawak (SUPP) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

“Perbicangan bertujuan mancari kata sepakat bersama komponen BN lain mengenai isu ini, selain pendirian kepada kerajaan berhubung kebimbangan kami jika hudud dilaksanakan.

“Berdasarkan kajian kita, RUU itu seolah-olah menjurus kepada pelaksanaan hudud dan kita tidak mahu hudud dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong serta Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan di negara ini.

Saya menyokong penuh pencalonan Dr Najiha sebagai calon PAS PRK P067 Kuala Kangsar

KENYATAAN MEDIA

Alhamdulillah Timbalan Presiden PAS Ust. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat pengumuman yang dinantikan oleh banyak pihak malam tadi telah menjawab teka-teki siapakah calon bagi mewakili PAS bagi P067 Kuala Kangsar.

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen  Kuala Kangsar yang diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

1. Dengan ini saya menegaskan bahawa saya menyokong penuh dan menerima keputusan Majlis Syura Ulamak dan  kepimpinan PAS Pusat . Tentunya keputusan ini adalah mengambil kira pelbagai kepentingan bagi memastikan PAS dapat mencipta sejarah dengan mendapat kemenangan yang selama ini diimpikan oleh ahli dan penyokong PAS di Kuala Kangsar dan seluruh negara

2. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, calon BN hanya memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan saya dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Saya melihat pencalonan Dr. Najihatussalehah Ahmad akan melonjakkan lagi sokongan semua pihak kepada PAS dan beliau mampu mencipta satu kejutan di Kuala Kangsar.

3. Saya akan berada dalam jentera kempen dan akan berkerja keras sesuai dengan tugas yang telah diamanahkan bagi memastikan kemenangan untuk calon PAS.

4. Sehubungan dengan itu saya menyeru seluruh jentera PAS untuk berganding bahu bagi menjaya segala bentuk kempen yang sedang dan akan di atur.

5.Khususnya bagi jentera di peringkat Unit Peti Undi (UPU) saya berharap mereka dapat menunjukkan prestasi kerja yang terbaik sebagaimana yang telah mereka berikan kepada usaha kempen saya sebagai calon PAS dalam PRU ke 13 yang lepas.

6.Apa lagi dengan bantuan dari petugas luar yang gigih dari negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis , Pulau Pinang dan Sarawak tentunya memberi nilai tambah yang sangat besar nilainya.

7. Selepas kita berusaha dengan gigih jangan kita lupa kebergantungan dengan kita memanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya menurunkah rahmatnya sehingga kita dapat mencapai kemenangan yang diimpikan. Seluruh ahli dan petugas PAS hendaklah sentiasa mendekàtkan diri kepada Allah dengan melazimi solat berjemah dan melakukan amal maaruf dan nahyi mungkar .

8. Jauh sekali untuk menjadi sebahagian dari mereka yang suka menyuburkan budaya fitnah dan umpatan yang menghapuskan segala amalan baik yang dilakukan.

Aamin Ya Rabbal Alamin..

Dato' Drs. Khalil Idham Lim
Mantan Calon PAS Kuala Kangsar PRU 13/2013

Saturday, May 28, 2016

Kenapa takut sangat

Akta 355  baru baca dah bising. Ada yg ugut, ada yang kata bertentangan dgn perlembagaan, ada yang kata akan berlaku krisis Perlembagaan. Ada yang kata bertentangan dengan Perlembagaan. Ada yang kata akan gugat keharmonian kaum. Ada yang kata kenapa tdk bincang dgn pembangkang. Ada yang kata ini modal Pas di PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar. Ada yang kata Pas jual agama. Ada yang kata Pas kena kencing dgn Umno. Ada yang kata ini tektik utk Pas bantu Umno terus berkuasa. Ada yang kata kenapa tidak bcg dengan org bukan Islam. Ada yang kata ini tidak menepati maqasid syariah. Macam2 lagi alasan mereka yang menentang.  Ada yang keras, ada yang halus. Semuanya matlamatnya tidak setuju.

Pada hal perkara yg dibawa tdk menyentuh hak agam lain. Ini hanya memperkukuhkan Bidang kuasa Mahkamah Syariah saja. Itu sahaja. Saya tertanya2 adakah mereka yang menentang ini, jika diandaikan Mahkamah Syariah tdk ada lagi di dalam Perlembagaan sejak dahulu, dan baru sahaja hdk diluluskan penubuhannya sekarang, adakah puak2 ini akan bersetuju utk menubuhkan Mahkamah Syariah?. Tepuk dada tanya Iman. Catatan perjalanan drp Kuala Kangsar ke Banggol Besi Pendang hdk makan kenduri rumah Ust Mej (B) Mokhtarudin. Jam 7.12 mlm.

mengapa Akta 355 perlu dipinda dan seluruh rakyat, ahli Parlimen wajib sokong

R. Hass:
Mari kita fahami isu mengapa Akta 355 perlu dipinda dan seluruh rakyat, ahli Parlimen wajib sokong.

HUKUMAN PALING TINGGI boleh dikenakan terhadap pesalah khalwat, berzina atau bersekedudukan menurut Enakmen Jenayah Syariah negeri adalah denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali atau kombinasi mana-mana hukuman itu.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) mengehadkan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undang-undang berkaitan jenayah syariah dan mahkamah syariah hanya dibenarkan menghukum dengan hukuman disebutkan.

Akta 355 adalah undang-undang yang diluluskan Parlimen dan berkuatkuasa di seluruh negara. Apa-apa pindaan Akta 355 perlu mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen.

Jika ada Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang berlawanan akta itu, maka undang-undang itu akan menjadi ultra-vires (melampaui) dan terbatal setakat mana yang berlawanan. Ini termaktub dalam Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, selagi Akta 355 tidak dipinda, apa-apa percakapan mengenai hendak melaksanakan hukum hudud di negara ini adalah omong kosong dan retorik politik saja.

Walaupun ada pemimpin berpendapat belum sampai masanya hukuman hudud dilaksanakan di negara ini, tetapi berdasarkan masalah gejala sosial semakin meruncing mutakhir ini, perlu diadakan undang-undang lebih tegas, tinggi kadar hukumannya dan mampu mencegah umat Islam terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merosakkan keturunan umat Islam ini.

Melihat statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi yang meningkat dari tahun ke tahun, menjadi suatu keperluan mendesak supaya diwujudkan undang-undang yang benar-benar mampan.

Dari 1999 hingga 2003, daripada 70,430 kes, sebanyak 30,978 pendaftaran anak luar nikah membabitkan anak orang Islam. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi (12,836), diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439) dan Johor (8,920).

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara tahun 2007 mencatatkan sebanyak 16,100 pendaftaran anak luar nikah berbangsa Melayu, meningkat sebanyak 16, 541 tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

Manakala statistik kes pembuangan bayi yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga 2010. Ia menunjukkan aliran peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007.

Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi 2011, dalam bulan Januari saja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar utama Malaysia.

Tidak dinafikan, kes kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi berpunca daripada perbuatan seawal berkhalwat, kemudian menjurus kepada mukadimah zina, berzina dan bersekedudukan.

Sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat dan umat Islam, kepimpinan Perdana Menteri perlu segera mengadakan transformasi undang-undang jenayah syariah di negara ini, dengan meminda Akta 355 bagi memberi lebih kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap penjenayah syariah.

Jika hukuman bagi kesalahan mendera binatang di bawah Akta Binatang 1953 (semakan 2006) ada ura-ura hendak dinaikkan kadar denda RM200 kepada RM50,000, mengapa tidak jumlah hukuman kesalahan penjenayah syariah ditingkatkan, sekurang-kurangnya dengan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau 20 sebatan.

Dengan hukuman lebih tinggi, dapat menggerunkan masyarakat daripada melakukan perbuatan yang akhirnya menjerumuskan diri mereka kepada perbuatan zina, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi.

Pada masa ini, denda serendah RM5,000 tidak mampu membangkitkan rasa gerun kepada pesalah. Ia juga menggambarkan seolah-olah kesalahan jenayah syariah adalah kesalahan kecil, boleh diulang semula kerana hukumannya lebih ringan berbanding kesalahan mendera binatang.

Padahal, kesalahan dalam Enakmen Jenayah Syariah adalah kesalahan membabitkan perlanggaran terhadap hukum syarak.

Tidak dinafikan mahkamah syariah sudah mengalami banyak perubahan dari segi pentadbiran,

prasarana, kakitangan sokongan serta mendapat pengiktirafan.

Persoalannya, bagaimanakah mahkamah syariah boleh turut membantu menyelesaikan masalah umat Islam jika hukuman yang diperuntukkan terlalu ringan dan boleh diperlekehkan?

Maka, selaras perkembangan zaman dan situasi masyarakat Islam, sudah tiba masanya transformasi perundangan syariah dilakukan dengan mengkaji semula dan mempertingkatkan kadar hukuman bagi pesalah syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Tuan Musa Awang

Isu Calon Pilihan UMNO/BN: JANGAN GADAIKAN ISLAM DEMI KEPENTINGAN POLITIK

#Share n #Viral

*Teguran Terbuka*

1. Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad baru sahaja meninggalkan kita. Tanah Pusara nya masih merah. Sudah pasti, pemergiannya masih meninggalkan kesan bagi insan yang cukup dekat dengan beliau iaitu isterinya.

2. Hari ini UMNO, BN mengumumkan calon yang akan bertanding atas tiket mereka bagi kerusi Kuala Kangsar ialah Datin Mastura balu kepada Allyaharham. Jujur saya nyatakan bahawa ramai dikalangan umat Islam dinegara ini merasa terkejut dan masih mencari  rasional kenapa UMNO/BN sanggup meletakkan seorang wanita yang baru kehilangan suaminya sebagai calon.

3. Cukup-cukup melukakan. Saat baru kehilangan insan tercinta, beliau diarahkan oleh pemimpin UMNO/BN (yang tidak mempertimbangkan batasan agama dan syarak) untuk menjadi calon dalam PRK Kuala Kangsar ini.

4. Menurut Islam,  jelas Allah SWT menyebut di dalam Surah al-Baqarah tentang kewajipan wanita yang kematian suaminya untuk ditahan dalam tempoh iddah.

Disebutkan pada ayat 234 Surah al-Baqarah yang maksudnya:

"Dan orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri, (hendaklah para isteri itu) menahan dirinya (ber-iddah) selama empat bulan sepuluh hari."
(Q.S Al-Baqarah : 234)

Seluruh ulama' juga bersepakat tentang kewajipan beriddah selama 4 bulan 10 hari ini (al-Mughni).

Di dalam tempoh iddah kematian suami, salah satu perkara yang perlu dilakukan isteri balu adalah  berkabung atau hidad selama tempoh iddah. Perkara ini juga dapat difahami dalam satu hadis Nabi SAW:

لَايَحِلُّ لِامْرَأًةٍ تُؤْمِنُ بِا اللهِ وَلْيَوْمِ الْاخِرِانْ تُحِدَّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ (اَيْ ثَلَاثِ لَيَالٍ) اِلَّاعَلَى زَوْجٍ ارْبَعَةَ اَشْهُرٍوَعَشْرًا
Artinya:
“Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk (hidad) berkabung atas mayat lebih dari tiga hari tiga malam kecuali suaminya, yaitu selama empat bulan sepuluh hari.”

Para ulama mazhab sepakat atas wajibnya wanita yang ditinggal mati suaminya untuk melakukan hidad (berkabung). (Rujuk Fatwa Kontemporari, al-Qardhawi)

Bahkan Saidina Umar R.A pernah menyuruh perempuan yang sedang ber-iddah supaya pulang dari Baida’ dengan melarang mereka daripada menunaikan haji. Hal ini kerana iddah itu adalah hak Allah SWT dan hak manusia dari sudut menjaga benih dan nasab suami, sedangkan hak haji itu hanya khusus untuk Allah SWT sahaja.

Hal ini juga dapat difahami melalui kisah yang masyhur yang diriwayatkan dari Zainab Bt Kaab berkenaan kisah Al-Fira'iah tentang ketegasan Rasulullah SAW dalam menyuruh Firai'ah untuk tinggal di rumah, hingga tamat iddahnya.

Walaupun terdapat beberapa pengecualian untuk keluar atas keperluan yang dharurat, ianya mestilah dengan sebab yang kukuh, namun menjadi calon pilihanraya pastinya beliau akan terdedah dengan belbagai perkara yang terkadang melangkaui batasan syarak.

5. Islam menggariskan perkara ini dengan sangat teliti. Ini menujukkan keprihatinan ajaran Islam agar tidak melukakan perasaan keluarga suaminya dengan keluar terus (selepas kematian itu). Bahkan di dalam masa iddah, dia dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan tidak berhias serta berlebih-lebihan.

6. Antara tujuan dari panjangnya waktu iddah ialah menunjukkan rasa bersedih (berduka) atas kematian suami. (al-mughni)

7. Nanti saat berkempen calon UMNO/ BN ini semestinya perlu berhadapan dengan masyarakat, bersalaman tidak kira lelaki atau perempuan, terdedah dengan fitnah yang banyak pada dirinya, apatah lagi ini adalah pilihan raya. Persoalannya diamanakah pertimbangan agama Islam dalam diri pucuk pimpinan UMNO sekarang ini? Dimanakah ilmuan dan agamawan UMNO? Adakah cukup sekadar membisu demi survival politik semata-mata?

8. Apakah hanya dengan bermain politik simpati cukup untuk memancing undi rakyat? Terbukti kini UMNO/BN sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik mereka.

9. Sebagai penutup, PAS kini terus konsisten membawa aspirasi rakyat. Buktinya pada Pilihanraya kecil ini, PAS mengetengahkan calon yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, berkaliber serta profesional untuk berkhidmat kepada rakyat. Politik matang dan sejahtera PAS wajar menjadi pilihan rakyat untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

*Hafez Sabri*
_(Ketua Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia, juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak)_

Friday, May 27, 2016

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERAK

CALON PRK P067 PILIHAN TERBAIK BUAT RAKYAT

1) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menerima dan menyokong keputusan PAS Pusat yang meletakkan Ketua Dewan Muslimat Perak, Dr Hjh Najihatussalehahah Binti Ahmad sebagai calon P067 Parlimen Kuala Kangsar.

2) Dr. Hjh Najihatussalehah Binti Ahmad merupakan anak jati Perak yang dilahirkan di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak. Mendapat Tarbiyyah langsung dari ayahanda beliau
Allahyarham Ustaz Ahmad bin Hj Mat Isa, yang merupakan anak didik kepada Almarhum Ustaz Abu Bakar al-Bakir.

3) Beliau merupakan lepasan Sarjana Muda Perubatan, Universiti Malaya yang sangat aktif dalam kepimpinan bermula dari zaman sekolah sehingga menyambung pelajaran di Universiti. Malahan beliau turut aktif dalam penglibatan bersama NGO di Perak.

4) Penglibatan beliau dalam pentas politik PAS di Perak cukup diketahui umum. Beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak bermula 2011, juga memegang taklifan Ketua Dewan Muslimat PAS Parit sejak dari tahun 2003. Malahan beliau kini merupakan Pengerusi Lujnah Perpaduan PAS Pusat merangkap AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

5) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah melancarkan Jentera Pemuda PAS Perak. Kami menyatakan kesediaan dan kesungguhan untuk menggempur Parlimen Kuala Kangsar bagi memenangkan calon PAS.

"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Mohd Akmah Hj Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

USUL PRIVATE BILL; KENAPA PERLU TUNGGU OKTOBER?

Saya mengikuti sedikit sebanyak perbahasan dewan rakyat hari ini. Tentunya isu paling gempar adalah berkenaan private bill dari MP Marang. Alhamdulillah, pindaan RUU Mahkamah Syariah sudah berjaya dibaca buat kali pertama, kejayaan tertinggi buat perjuangan menegakkan syariat Islam di Malaysia sepanjang sejarah. Catatan bersejarah juga adalah kali pertama usul persendirian dari pembangkang diterima oleh pihak kerajaan.

Cuma isu yang sengaja dimainkan sekarang adalah, kenapa usul ini dipilih untuk dibawa ke sesi persidangan Oktober pula? Kenapa tidak diteruskan alang-alang sudah berpeluang?

Isu ini timbul kerana kita hanya ambil berita sekerat. Hanya ikuti dari laporan-laporan media punya bermacam niat lain. Saya yakin jika kita cuba memahami situasi dewan ketika usul ini diizin untuk dibaca oleh speaker, saya rasa semua boleh menerima pendirian MP Marang tersebut.

Ini kerana;
1. Belumpun lagi usul itu dibaca, rakan pembangkang dari Dap dan Pan sudah bising dan menunjukkan sikap tidak senang. Antara alasan yang dikemukan adalah kenapa terlalu tergesa-gesa? Isunya sangat besar kerana melibatkan perubahan undang-undang? Kenapa tidak bincang dulu dengan berbagai pihak?

Persoalan ini asasnya sangat tidak relevan, kerana menjadi kebiasaan parlimen berbincang berkenaan perubahan undang-undang. Itulah peranan utama dewan rakyat. Kalau bukan dewan ini, dewan mana lagi perlu dibahas? Lagipun senarai usul telah dibekalkan awal bagi setiap ahli parlimen dan ini bukan kali pertama ia tersenarai. Sebagai ahli parlimen, sangat tidak profesional jika todak bersedia dari awal. Usul ini telah dibawa ke mahkamah, telah ditubuhkan jawatankuasa khas. Di mana tergesa-gesa itu?

Apapun, TGHH melihat dari aspek dakwah. Oleh kerana mereka dilihat masih belum bersedia ekoran menyangka mustahil kerajaan akan mengizinkannya sepertimana sesi lepas, maka TGHH beri peluang untuk mereka sekali lagi mengkaji soal syariat Islam. TGHH mungkin tidak mahu ia dibincang di bawah pengaruh emosi dan tanpa fakta lengkap. Mudah-mudahan mereka boleh mengkaji sedalamnya berkait syariah Islam dari segala aspek.

2. Tempoh masa yang sempit. Hampir jam 3 petang baru diizinkan untuk dibaca. Mesyuarat dijadual berakhir 5 petang. Jika diteruskan huraian usul mungkin tidak dapat dilanjutkan kepada perbahasan. Ia juga mungkin akan mengundang fitnah dan prasangka ahli dewan bukan Islam kerana usul di no.15 diawalkan mengatasi turutan nombor sebelumnya.

Maka lebih baik jika penerangan tentangnya ditangguh terus ke sesi Oktober nanti dalam tempoh masa yang lebih luas. Biarlah perbincangan ini dilihat lebih matang.

3. Ada MP-MP muslim yang dilihat tidak bersetuju ia dibentang. Kemungkinan atas pengaruh emosi separa sedar. TGHH bimbang jika diteruskan dalam keadaan gawat itu, akan terpacul kata-kata yang boleh menjejaskan akidah mereka. Biarlah mereka diberi masa yang luas untuk mengatur kata agar lebih berhemah sebagai seorang muslim.

Adakah kita masih berpeluang? Kenapa tidak? Keadaan telah mendesak pihak kerajaan untuk tidak lagi menolak usul ini. Kini semua mata akan tertumpu kepada reaksi. Secara politiknya tiada ruang lagi untuk mereka berundur. Kalau mereka kemudiankan, akan terdedah sikap mereka dihadapan rakyat sekalian. Kita tidak rugi apa-apa.

Apapun, kita sudah melakar sejarah baru hari ini. Kita telah bersabar hampir 70 tahun untuk saat seperti ini. Maka tidak salah untuk terus bersabar menunggu beberapa bulan lagi untuk langkah-langkah seterusnya. Tidak perlu terburu-buru dalam perkara yang begitu penting ini. InsyaAllah, dengan tenang dan cermat kita mengangkat martabat Islam.

(Alang Ibn Shukrimun)

Thursday, May 26, 2016

Sejarah Terukir Indah, Kami Bersamamu Tuan Guru

Catatan Khas:

1. Hari ini, 26 Mei 2016 adalah detik yang begitu bersejarah buat PAS kerana Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Ahli Parlimen Marang telah diberikan laluan oleh pihak kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian yang bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

2. Antara pimpinan PAS yang turut hadir bersama di dalam dewan ialah Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim, Bendahari PAS, Tuan Haji Mohamad Noor, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah, Setiausaha Politik Presiden, Dr Samsuri, Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhtar Suhaili.
Kesemua 14 orang Ahli Parlimen PAS juga berada di tempat masing-masing ketika usul dibentangkan.

3. Sesungguhnya, perjuangan itu destinasinya jauh, lama masanya, penuh  onak ranjau yang menguji kita semua. Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian ini dihantar oleh Tuan Guru Presiden PAS seawal sidang Mac 2015, kemudian sidang Jun 2015, dan sidang kali ini adalah percubaan kali ketiga.
Pada tahun lepas, Tuan Guru Presiden PAS cuba dihalang untuk membawa usul ini apabila DAP khususnya mengugut dengan perpecahan Pakatan Rakyat.
Tuan Guru  Presiden PAS juga disaman oleh pihak NGO tertentu yang memaksa beliau menangguhkan dahulu hasrat untuk menghantar usul tersebut pada sidang Oktober 2015, sehinggalah urusan Mahkamah diselesaikan.

4. Tidak sampai hati ini untuk menulis kembali apa kata nista, kutukan, gelaran, dan perli yang dilemparkan kepada Tuan Guru Presiden PAS apabila beliau menghantar Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian ini. Beliau dituduh pro-UMNO, ditipu UMNO, dibeli oleh PM Najib dan bermacam lagi tuduhan.
Walaupun demikian, beliau tidak pernah berganjak, tidak kenal erti putus asa  untuk terus berusaha sehingga berjaya. Kerana perjuangan itu bukanlah sekadar dinilai bila menangnya.?, tetapi apa usaha yang sudah dibuat.?

5. Sesi pembentangan usul hari ini bermula pada jam 2.30 petang tetapi tergendala lebih 30 minit kerana Ahli Parlimen DAP dan PAN (yang membawa lari kerusi PAS) telah berganding-bahu menentang dan cuba menyekat daripada usul ini dibentangkan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Bayangkan, belum pun lagi usul itu dibacakan oleh  Tuan Guru Presiden PAS, mereka sudah pun bangkit mempertikaikan mengapa tiba-tiba usul ini diberi keutamaan dan mendesak undi belah-bahagi dibuat di peringkat itu.
Tan Sri Speaker menerangkan dengan panjang lebar berpandukan Buku Peraturan Mesyuarat yang sememangnya memberikan keizinan kepada pihak kerajaan untuk mendahulukan usul yang kerajaan kehendaki.

6. Saya masih ingat, dahulu, golongan yang menentang inilah yang begitu galak bertanya mana Undang-Undang Hudud.? Mereka memperlekehkan PAS kerana kononnya sudah ditipu dan diperangkap UMNO.
Kini, apabila Rang Undang-Undang Ahli Persendirian Marang berjaya dibentangkan, mereka menuduh pula ini adalah agenda politik sempena PRK, sedangkan RUU ini sudah pun dihantar ketika PAS dalam Pakatan Rakyat pada tahun 2015 lagi.

7. Daripada raut wajah Tuan Guru Presiden tergambar kegembiraan beliau yang tidak terhingga pada hari ini. Beliau tidak menghiraukan pun segala halangan yang mendatang, beliau tetap Istiqamah berjuang.
Bukankah ini ciri pejuang sejati, ulama pewaris Nabi.?
Permata ummah inilah yang memimpin kita semua agar tetap berada di landasan wahyu Al Quran dan as-Sunnah.

8. Jika ada yang bertanya, mengapa pula  Rang Undang-Undang Ahli Persendirian ini ditangguhkan perbahasannnya pada sidang akan datang..?
Ini jawapannya, hari ini adalah hari terakhir Sidang Dewan Rakyat bagi sesi kali kedua tahun ini.
Masih terdapat 2 Rang Undang-Undang Kerajaan iaitu RUU Pertahanan Awam, dan RUU Pengangkutan Jalan yang berada di giliran lebih atas perlu diselesaikan perbahasannya.
Rang Undang-Undang Ahli Persendirian yang dibentang oleh Tuan Guru Presiden PAS itu baru sahaja dikemukakan kepada Ahli Dewan pada hari ini, maka bukankah lebih elok perbahasannya dibuat pada sidang Oktober nanti agar kesemua pihak dapat membuat persediaan yang secukupnya. PAS bukanlah golongan yang gopoh dalam berjuang, kita perlu cermat dalam bertindak dan usaha pelaksanaannya juga secara tadarruj (berperingkat), bukan mengejut sekaligus.

9. Rang Undang-Undang Ahli Persendirian Marang ini adalah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah agar kuasanya diperluaskan. Ia adalah selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Seruan yang sama bagi memperkasakan Mahkamah Syariah telah dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda ketika merasmikan sidang Parlimen pada Mac lepas.
Kepada DAP, usahlah begitu menggelupur kepanasan kerana RUU ini melibatkan urusan hal ehwal ummat Islam sahaja.
Atas semangat demokrasi yang dilaung oleh DAP itu, mengapa pula mahu dihalang usaha PAS melaksanakan syariat Islam dengan menggunakan hak demokrasi kami.?
Kepada Ahli Parlimen Muslim samada daripada UMNO, PBB, PKR, PAN dan DAP, ayuh bersama PAS bagi memartabatkan Islam di tanah air tercinta ini.

10. Sekalung tahniah dan penghargaan buat Tuan Guru Presiden PAS atas kejayaan membentangkan usul hari ini. Kami bersamamu untuk terus melangkah ke hadapan.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
(9.12 malam, Pejabat PAS, Tingkat 14, Menara Parlimen)

PAHALA USUL INI BERKEKALAN, INSYAALLAH...PAS TAWAU...MENCETAK QIADAH MASA DEPAN

Hari Ini Dalam Sejarah PAS: Muktamar Tahunan PAS Terima Usul PAS Ke Sarawak  (25 Mei 1990)


PADA hari ini dalam tahun 1990, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-36 telah dibuka oleh Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan tema 'Maju Bersama Islam' yang berlangsung pada 25-27 Mei 1990 di Taman Melewar telah bersetuju dengan usul PAS Kawasan Tawau supaya PAS berkembang ke Sarawak. Selain merupakan muktamar pertama setelah Ustaz Fadzil Mohd Noor dilantik sebagai pemimpin tertinggi PAS, muktamar ini juga adalah yang terakhir sebelum PAS menghadapi Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990. Dalam muktamar ini, PAS telah membincangkan persiapan terakhir dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1990 termasuk isu hubungan PAS-APU, kedudukan DAP dan juga pengembangan PAS di Borneo.

Sebelum ini, PAS telah beberapa kali merancang untuk berkembang di Sarawak, tetapi tidak menjadi kenyataan. Pada akhir 1961, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Zulkifli Mohammed telah membayangkan rancangan PAS untuk berkembang di Borneo, termasuk Sarawak. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-10 pada 5-6 Januari 1962 pula bersetuju supaya PAS bergerak di Sabah dan Sarawak. Namun begitu, ketika PAS Sabah ditubuhkan pada Ogos 1964, PAS tidak berbuat demikian di Sarawak sehingga Konfrantasi Indonesia memuncak pada awal 1965. Perubahan politik Sabah ekoran kemenangan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 21 April 1985 telah mendorong Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 25 Mei 1985 memutuskan untuk membuka semula PAS Sabah dan pada September 1985, PAS mengumumkan untuk membuka sayapnya di Sabah dan Sarawak. Sehingga PAS Sabah berjaya ditubuhkan pada 19 Mei 1986, tidak ada sebarang usaha serius untuk menubuhkan PAS di Sarawak.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-36 pada 25-27 Mei 1990, PAS Kawasan Tawau yang melihat bahawa "tidak ada keupayaan badan-badan Islam untuk menangani masalah umat Islam di Sarawak," telah mendesak PAS supaya segera berkembang di Bumi Kenyalang itu. Penerimaan usul PAS Kawasan Tawau kemudiannya diperbaharui oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-39 pada 11-13 Jun 1993 untuk PAS segera masuk ke Sarawak. Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Penaja PAS Sarawak telah ditubuhkan pada 1994 diketuai oleh Ustaz Mansor Din. Mulai sesi 1995, PAS Pusat telah melantik Pesuruhjaya PAS Sarawak secara rasmi dengan Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi sebagai pesuruhjaya yang pertama.

PAS Sarawak kemudiannya mengorak langkah dengan melancarkan penubuhannya secara rasmi pada 26 Mei 1996. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik di Hotel Impiana, Kuching ini menandakan bermulanya sejarah rasmi PAS Sarawak. Pendaftaran PAS Sarawak kemudiannya diluluskan pada 25 September 1996. Sejak ditubuhkan, PAS Sarawak telah dipimpin oleh beberapa pesuruhjaya iaitu Ustaz Mansor Din (Pesuruhjaya Penaja, 1994-1995), Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi (1995-2003), Haji Adam Ahid (2003-2009 dan 2010-2015) dan Ustaz Othman Mustapha (2009-2010). Ekoran kematian Haji Adam Ahid pada 17 Ogos 2015, mulai 18 September 2015, Haji Jofri Jaraiee dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang baru.

PAS Sarawak yang mula berkembang pesat melalui penubuhan Dewan Pemuda PAS Sarawak pada 2001, diikuti oleh Dewan Muslimat dan Dewan Ulamak PAS Negeri, telah pun mempunyai tujuh buah PAS Kawasan iaitu Petra Jaya, Barang Lupar, Sibu, Mukah, Miri, Bintulu dan Santubong. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November 1999, buat pertama kali PAS bertanding di Sarawak di Parlimen Batang Lupar, sebelum PAS Sarawak menyertai Pilihan Raya Negeri pertama kali pada 25 September 2001. Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang terkini pada 7 Mei 2016, PAS Sarawak telah meletakkan 11 calon termasuk calon wanita dan bukan Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Mei 2016

Pindaan Akta 355 SEJARAH TERCIPTA; USUL PERSENDIRIAN MEMINDA AKTA 355 DIBENTANGKAN DI PARLIMEN OLEH PRESIDEN PAS

Allahuakbar....Alhamdulillah usul selesai utk first reading. Perbahasan ditangguhkan pada sesi seterusnya.

*Pindaan Akta 355*

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua, Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 telah berjaya dibentang oleh Yb Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di parlimen hari ini atas usul  412 dari Yb Menteri.

Meskipun terdapat bantahan keras dari Ahli-Ahli Parlimen DAP yang cuba menghalang usul pindaan ini dibentang, namun keputusan Tan Sri Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul pindaan Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Perbahasan bagi menyempurnakan bacaan kali pertama ditangguhkan ke persidangan akan datang. Persidangan akan datang yang terdekat bagi penggal keempat ini ialah mesyuarat ketiga yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober 2016 akan datang.

Alhamdulillah, semoga Allah swt mempermudahkan urusan perjuangan ini.

Allahu Akbar !!

_Nasrudin bin Hassan_
_Ketua Penerangan PAS Pusat._
RUU Meluaskan BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA DIBENTANGKAN DI DEWAN RAKYAT

Alhamdulillah. Pembentangan Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Ahli Parlimen Marang YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dibacakan pada hari ini di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Speaker Tan Sri Pandikar Aman Mulia membenarkan Usul Kerajaan untuk RUU Ahli Parlimen Marang didahulukan dalam senarai peraturan mesyuarat meski dibantah oleh Ahli-ahli Parlimen DAP, PSM dan PAN.

Rang Undang-undang (RUU) pindaan itu adalah untuk menambah bidangkuasa Mahkamah Shariah di Malaysia.

Allahu Akbar, Wa Lillahil Hamd!

@Muhtar Suhaili As-Sarawaki, Live dari Parlimen Malaysia.

#mantiip

Wednesday, May 25, 2016

Jangan mengambil sikap menyusahkan

RM792 juta janji di PRN Sarawak, berapa banyak pula untuk PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar?

Menurut Menteri di JPM Datuk Seri Azalina Othman, kerajaan BN telah menjanjikan 400 projek bernilai RM792.34 juta untuk Sarawak sempena pilihanraya negeri.

Berapakah jumlahkah yang kerajaan pusat BN bakal janjikan pula sempena pilihanraya kecil (PRK) Sg Besar and Kuala Kangsar yang bakal menjelang memandangkan dua PRK ini menjadi referendum penting bagi nyawa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Di pilihanraya umum ke 13, kempen BN dikatakan dibantu menggunakan dana derma saudagar Arab. Dana siapa pula yang bakal digunakan untuk kedua-dua PRK kali ini? Dan dana mana pula yang digunakan ketika di PRN Sarawak?

Melihat cara BN berkempen dengan janji RM792 juta di Sarawak, tidak dinafikan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar bakal menyaksikan satu petempuran sengit antara BN dan PAS.

Saya percaya tiada siapa di kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana PM and pemimpin BN membuat kenyataan seperti “GST diterima rakyat”, “Rakyat percaya tiada salahlaku pada derma RM2.6 bilion”, “BN sememangnya menjaga rakyat”, “Rakyat percaya PM tidak terlibat dengan 1MDB”, “BN kerajaan yang bersih” dan sebagainya sekiranya BN memenangi PRK ini seperti yang terjadi di Sarawak.

Diharapkan pihak pembangkang yang tidak sudi membantu PAS, jangan mengambil sikap menyusahkan sambil memudahkan kerja BN mencapai kemenangan di kedua-dua PRK ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
25 Mei 2016

Tuesday, May 24, 2016

Anda semua dapat gaji Beli apa?

Dapat gaji beli lembu. Anda semua dapat gaji Beli apa?

Siapa sangka lelaki berusia 33 tahun ini yang memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu tahun lalu hanya bersekolah sehingga darjah enam.

Itulah yang dibuktikan Saipol Azmir Zainuddin hasil kerja keras dan ketekunannya memulakan ternakannya dengan hanya seekor lembu.
“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil,” katanya.

“Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” katanya.
Katanya, dengan gaji pertama sebanyak RM750 sebulan, dia membeli seekor anak lembu berharga RM450 untuk diternak dan dibiakkan.

“Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.
“Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.

“Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri,” katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung Endah, Banting, Selangor, baru-baru ini.

Penerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 itu yang sudah berumah tangga dan memiliki lima cahaya mata boleh berbangga dengan kejayaannya apabila kini mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu dianggap sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu terutama menjelang Aidiladha.

Saipol Azmir berkata, ketika berusia 19 tahun, dia mula menjual lembu secara serius dan sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri sebelum mendirikan rumah tangga, setahun kemudian.
“Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan.
“LPP dan PPK Kuala Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara. Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti WhatsApps dan Facebook,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa tahun mengumpul wang hasil jualan lembu, dia membeli tanah seluas lebih 0.8 hektar untuk menempatkan ternakannya.

“Kebanyakan lembu di sini baka tempatan, bukan diimport dari mana-mana negara. Sambutan sangat menggalakkan terutama apabila tiba musim korban.
“Saya akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah. Lembu di sini juga ditandakan supaya pembeli tidak rasa tertipu ketika ia dihantar ke destinasi mereka kelak.

“Biasanya lembu yang mengalami masalah kesihatan akan saya kuarantin bagi mengelak ia berjangkit kepada ternakan lain,” katanya.
Dia yang juga Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda PPK Kuala Langat dan mempunyai enam pekerja berjaya membina sebuah kandang fidlot yang boleh memuatkan sehingga 500 lembu.
“Kos infrastruktur kompleks kandang dan ladang rumput napier saya berjumlah RM500,000 dan sudah beroperasi sepenuhnya.

“Ini memberi petanda positif kepada saya untuk terus bergerak maju pada masa depan.
“Saya juga menawarkan kursus ternakan kepada mereka yang berminat. Golongan muda boleh mengambil kesempatan ini untuk memulakan projek ternakan masing-masing,” katanya.
SUMBER : Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/

Seminar Khas Penerangan Kebangsaan

"InsyaAllah kita akan tunjukkan satu eksesais yang baik dalam isu Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Eksesais bagaimana kita berpolitik, kita boleh bercatur politik dengan pihak lain, jangan main-main dengan pihak kita. Menang kalah perkara lain, pasang surut dalam perjuangan itu biasa, kita yakin bahawa kita makin maju insya-Allah.

“Sebaik eksesais untuk pilihan raya yang akan datang, yang lebih memberi peluang kepada parti kita insya-Allah untuk menunaikan tanggung jawab menyelamatkan negara dan ummat semuanya, Islam adalah penyelamat kepada Malaysia dan rakyat masyarakat majmuk,”

-Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Seminar Khas Penerangan Kebangsaan.
Shah Alam
22 Mei 2016.

RATIB UG TERUS DIJAJA, SUDAH-SUDAHLAH!

Alhamdulillah. Semalam Mesyuarat AJK PAS Pusat Kali Ke-12 untuk sesi 2015-2017 dan saya adalah Ahli Mesyuarat. Saya hadir dan berpartisipasi hampir kesemua mesyuarat.

Saya sahkan pendirian PAS ialah tidak bergabung dengan Umno-BN bahkan kita akan terus konsisten menegak keadilan dan menentang kezaliman serta memperjuangkan siasah Islamiyah. Bahkan inilah pendirian kita dalam semua mesyuarat.

Apa yang kita seru dan mahu ialah semua pihak termasuk Ikatan, Umno, PKR, PBB, DAP, PAN, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PRS, SPDP, SUPP, PBS, PCM dan semua parti politik, NGO dan rakyat Malaysia bersama PAS membangun Malaysia ke arah wujudnya masyarakat dan pemerintahan yang ada padanya nilai-nilai hidup Islam. Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur.

Apa yang pasti, PAS akan mengatakan yang benar itu benar dan menyebut yang salah itu salah. PAS akan mengiyakan yang benar dan menidakkan yang bukan. Kita akan menyokong keadilan dan menentang kezaliman tidak kira siapa jua pelakunya. Dan prinsip yang sihat inilah yang kita akan pegang utuh dalam semua tindakan dan keputusan politik tanpa ada piawaian berbeza (double standard).

Kesian kepada PAN yang sudah habis hujah menjustifikasikan kewujudannya, dan DAP yang tidak kunjung padam dendam kesumatnya terhadap PAS. Saban hari terus meratib UG dan memburuk-burukkan PAS dengan kononnya PAS ingin bergabung dengan Umno-BN. Hakikatnya PAN dan DAP tidak mahu (bahkan bimbang) PAS menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar!

Sekalipun benci, berlaku adillah. Itu lebih hampir kepada taqwa!

Wallahu a'lam bissawab.

FB Muhtar Suhaili As-Sarawaki

Hendak lawan PAS biar nafas panjang

USTAZ IDRIS AHMAD | 24 Mei 2016.

DULU kita marah kepada pemimpin Umno yang marah pada kakitangan kerajaan yang tidak sokong Umno. Mereka kata kakitangan ini lawan kerajaan. Pada hal kita lawan parti bukan lawan kerajaan.

Erti Lawan kerajaan ialah tidk laksanakan polisi kerajaan. Jadi guru tidak masuk kelas. Jadi pegawai tidak masuk pejabat. Ini baru lawan kerajaan. Berapa ramai orang PAS yang dapat khidmat cemerlang walaupun aktif PAS. Ini bukti orang PAS bukan lawan kerajaan.

Tiba-orang hari ini ada pula manusia yang tiru perangai segelintir pemimpin Umno tidak tahu beza antara program parti dengan program kerajaan.

Majlis Perundingan Islam yang melibatkan tokoh agama daripada PAS dan pertubuhan dakwah yang lain telah dituduh PAS membantu Umno. Kenapa tidak tuduh pula mereka yang terlibat PAC di Parlimen dan DUN ini membantu Umno. Kesian ya. Mungkin mereka ini kecil hati kerana tidak pilih mereka agaknya.

Carilah hujah lain untuk lawan PAS. Hendak lawan PAS biar nafas panjang.

Pemerhatian saya banyak yang tersungkur di kaki Umno bila tidak mampu hendak lawan PAS. PAS tidak bimbang jatuh bangun dalam perjuangan.

Bagi mereka yg menghayati perjuangan dan faham fitrah perjuangan akan tenggelam dan timbul dengan bahtera perjuangan Islam. Mereka yang tidak sabar akan terjun daripada bahtera perjuangan. Terpulanglah, kita tidak boleh paksa orang mengikut perjuangan kita. Perjuangan kita untuk persediaan mati. – HARAKAHDAILY 24/5/2016

Monday, May 23, 2016

7 doa yang patut setiap ibu amalkan demi anak-anak

Kami ingin kongsikan kepada anda senjata yang paling utama dan berkuasa bagi umat islam lebih-lebih lagi untuk seorang insan yang dianugerahkan gelaran ibu. Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan.Kami tahu, perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa melayu pun tidak mengapa.Yang penting apa?Ikhlas.Berharap.1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degilIbu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19:“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan solehKetika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.  Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.  Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakalAmalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud: “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” 4. Doa supaya anak rajin  kerjakan solatIbu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat.  Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku.  Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.  Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya. 5. Doa anak taat perintah AllahSupaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;Surah Al-Baqarah ayat 128.“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah)  di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini.  Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.6. Doa agar anak dengar kataAmalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.“Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim. Atau Al-Hasyar ayat 22-24“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Dialah  Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.  Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. 7. Doa memohon rahmat dan keberkatanJika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.Surah Al-Imran ayat 8-9“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.  Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya.  Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

Klik untuk artikel penuh:
http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/41272-7-doa-yang-patut-setiap-ibu-amalkan-demi-anak-anak

Menyembuhkan luka rakyat Palestin

Dalam usaha menyembuhkan luka rakyat Palestin, masih belum hilang parutnya, terhiris lagi menitiskan darah-darah merah.
Dalam membilang waktu menantikan Ramadan, teruji lagi damainya bumi barakah ini..

14 hari menanti Ramadan, berikan kedamaian buat mereka meniti Ramadan dengan penuh kegembiraan walau serba kekurangan. Berikan mereka ruang menikmati Ramadan dengan senyuman bukannya tangisan hiba.

Hulurkan Sumbangan Melalui:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

#GazaUnderAttack 
#PrayForPalestin 
#SaveGaza 
#ramadhan 
#amanpalestin 
#palestin

Luahan hati

PEMBUNUH!

Sesapa yg ikut plus arah utara area lps tol simpang ampat ptg td mesti sangkut jem trok kn. Sesapa yg ikut lorong kecemasan time tu, dukacita aku nk maklumkn bahawa korg adalah PEMBUNUH. Ya pembunuh, tp jgn risau sbb kemungkinan besar korg xkn kena tangkap dan hukum gantung. Tp pasti ada balasan utk korg kalau x di sini, mesti di sana nnt akan diadili seadil2nya.

Kepada PEMBUNUH2 yg terlibat, aku nk cerita jenayah korg so baca dan hadam betul2. Buat yg lain ambil pengajaran dan jgn sesekali jadi PEMBUNUH mcm diorg.

Eksiden tu jadi betul2 dpn kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat so aku x terlibat secara langsung. Ceritanya moto LC150 yg dinaiki oleh 2 beradik tu terlanggar belakang iswara yg rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. Impak perlanggaran tu menyebabkn diorg tercampak ke lorong tengah lebuhraya. Lori sayur yg berada di belakang diorg mengelak dan menyebabkn lori tu terbalik melintang lorong tgh dan lorong kanan.  Uncle yg bwk lori sayur tu xmengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberikn kpd dia sbb dpt mengelak 2 org rider tersebut smp dia sendiri terbalik.

PEMBUNUH2 sekelian,jenayah korg bermula di sini. Lorong tgh dan lorong kanan terus tertutup dan xdpt dilalui. Tggl satu lorong. Dan bila jd mcm ni PEMBUNUH2 ni buat apa yg diorg sll buat; gunakan lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung. Dhla guna lorong kecemasan, bila smp tpt kejadian drive slow, smbl tgn pgg henpon nk ambil gmbr. Korg nk ambil gmbr bukti jenayah korg ke ape?
Eksiden berlaku lbh kurg pkl 3:30 ptg, dan ambulans pertama yg smp adalah lbh kurg SEJAM kemudian! SEJAM weh, perjalanan yg biasanya ambil masa xsmp 15 minit. Ambulans tu ambil rider pertama dan tggl lg sorg rider.
Ambulans kedua smp slps 2 JAM SETENGAH! Eksiden pkl 3:30 dan ambulans kedua dgn bomba smp dkt2 pkl 6 weh!Semua disebabkn PEMBUNUH2 ni yg dgn tanpa segan silu guna lorong kecemasan.
Kedua2 rider tu suffer from head injury. Bleeding. Time kami smp diorg stil respond dan separa sedar. Kami tgk sendiri condition diorg deteriorate dlm masa menunggu ambulans smp. Apa yg kami blh buat cuma try stop bleeding dan elakkn diorg dari pengsan/tido. Masa ambulans smp diorg dh kurg response dan semakin lemah. Skrg diorg kt Hosp Seremban dan kami pn xtau apa condition diorg skrg. Harap2 diorg selamat walaupn harapan agak tipis.

Kepada PEMBUNUH2 sekelian, aku harap korg sedar. Lorong kecemasan meant exactly for times like this. Tp disebbkn keBANGANGan korg org yg xbersalah jd mangsa. Aku xdoa benda ni jadi kt korg blk, cukupla korg sedar dan xbuat lg. Dan kpd yg lain2 yg suka guna lorong kecemasan, igtlah yg korg juga mungkin akan jd PEMBUNUH suatu hari nnt. Ya dari dulu aku mmg sgt2 benci kt org2 yg suka guna lorong kecemasan time jem, tp hr ni aku rasa perasaan benci tu dh smp tahap maksima. Korang  dh jd PEMBUNUH!

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"