Google Search :

google search:
Google

Saturday, October 29, 2016

Husam seorang Profesional atau...

Setiap sidang DUN mahupun Parlimen. Soalan mestilah dihantar sebelum sidang bermula. ADUN dan MP sepatutnya akur dengan prosedur dan peraturan dewan.

Dato Husam dilihat galak menulis surat terbuka di media-media sosial, mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan dan Pas. Saya kira beliaulah yang paling pantas menghantar soalan dan notis yang lengkap untuk kerajaan negeri menjawab persoalan berbangkit dalam sidang DUN. Tapi hampa tiada soalan dihantar oleh Dato Husam (mengikut kenyataan speaker). Profesional atau Jakun?

Sidang DUN ada peraturan. Setiap Adun dan exco ada giliran perbahasan dan pengulungan masing-masing. Tetapi Dato Husam bangun tanpa izin terus melontarkan pertanyaan sehingga mengganggu peengulungan EXCO. Profesional atau Jakun?

Dato Husam banyak membawa maklumat salah ke dalam Sidang DUN. Sebagai contoh ( mendakwa Kijang Kuari dijual, membawa laporan audit berkenaan KPK yang belum ada pengesahan). Bila diperbetulkan tetap berkeras dengan maklumat salah tanpa memohon maaf. Profesional atau Jakun?

Dato Husam galak meminta laluan walaupun laluan telah diberi. Bangkit satu soalan, bila mahu dijawab, beliau bangkitkan soalan lain. Tidak fokus kepada penyelesaian setiap persoalan. Sebagai contoh, semasa adun Pulai Chondong mula memberi penjelasan berkenaan Kijang Kuari, Dato Husam bangkitkan laporan Audit berkenaan KPK walaupun laporan berkenaan belum disahkan. Profesional atau Jakun?

Mungkin inilah peluang Dato Husam mempersembahkan kuasa 10 beliau. Dunia melihat kejakunan dan emosi yang tidak stabil yang ditunjukkan Dato Husam dalam persidangan DUN kelantan yang mewakili PAN.

FB : Syahid Izani

Thursday, October 27, 2016

mereka sepakat menyerang kelantan..

TUKAR KELANTAN
Ramai yang bertanya kepada saya apa itu "tukar kelantan".
TUKAR KELANTAN adalah satu agenda sulit gabungan beberapa parti politik yang didalangi Umno Kelantan, Amanah, Dap dan Pkr serta beberapa Ngo termasuk Samm dan Royalti untuk menjatuhkan Pas Kelantan dan menaikkan UMNO dan Amanah.
Beberapa siri perjumpaan sulit antara pimpinan Umno, Amanah, Pkr dan Dap telah diadakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan bagi membincangkan strategi ampuh untuk menawan Kelantan dari Pas. Umno tahu tanpa bantuan Amanah adalah amat sukar untuk Umno menawan Kelantan.
Begitu juga dengan Amanah. Tanpa bantuan dari Umno adalah amat mustahil Amanah mampu menawan Kelantan. Jadi kerjasama ini sangat penting. Strategi serangan telah diatur disamping agihan kerusi dalam Dun Kelantan termasuk 4 kerusi Exco diperuntukkan kepada Amanah jika Umno menang. Persetujuan agihan 45 kerusi Dun Kelantan antara Umno dan Amanah turut dibincangkan dalam beberapa siri pertemuan di Kelantan.
Jutaan ringgit juga telah disalurkan oleh pimpinan Umno Kelantan kepada beberapa orang pimpinan tertentu dari Amanah untuk gerak kerja sulit ini.
Kami amat berharap impian Umno dan Amanah untuk menawan Kelantan tercapai. Inilah impian kami dari Umno selama lebih 20 tahun. Tanpa bantuan Amanah cita-cita kami tidak akan tercapai. Doakan kejayaan kami.
Ghazali Ibrahem
Umno Kota Bahru
1 Sept 2016.

Tuesday, October 25, 2016

Surat Kepada Tun Dr Mahathir

October 24, 2016 4610 0
Facebook Twitter 

Oleh:  Azman Hussin

KEHADAPAN Tun Dr Mahathir,

Pada tahun 2001, dalam menghadapi gelombang Reformasi, tuan berkata, “apakah untuk mendaulatkan pemerintahan mengikut undang-undang, maka mereka perlu bertindak menyalahi undang-undang dengan merusuh di jalan-jalan, menyekat perjalanan kereta, memaksa kedai-kedai ditutup dan mengganggu  keamanan rakyat?”

Itu petikan ucapan tuan di Perhimpunan Agung Umno pada 21 Julai 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, yang telah dibukukan dengan tajuk Melayu Mudah Lupa (Pelanduk Publications, 2001).

Hari ini tuan pula yang bersekongkol dengan golongan yang tuan kecam ini untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, hanya kerana tidak bersetuju dengan Datuk Seri Najib, tuan Perdana Menteri, yang kononnya menyeleweng wang negara. Hari ini tuan menggalakkan perkara yang sama, iaitu melakukan tunjuk perasaan dan demonstrasi untuk menyuarakan bantahan.

Tidakkan perkara ini pelik, tuan?

Tuan boleh menyatakan situasi dahulu tidak sama dengan apa yang berlaku hari ini. Perdana Menteri melampaui batas dengan menggelapkan wang negara berbilion-bilion. Ia tidak sama dengan apa yang tuan hadapi dahulu. Itu mungkin hujah-hujah tuan.

Tetapi, baca pula ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pesanannya buat rakyat Malaysia ketika itu. Kata beliau, “apa upaya pemimpin untuk membanteras rasuah sekiranya beliau sendiri meluluskan rm1.8 bilion untuk syarikat anaknya sendiri. Bagaimana beliau boleh menghapuskan rasuah apabila beliau menolak ke tepi bukti perlakuan rasuah seorang menteri kanan, padahal bukti tersebut disokong dengan dokumen di mana menteri tersebut menerima hadiah, wang dan saham?”

Tuan boleh menjawab itu hanya tuduhan tidak berasas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi apa yang didakwa ke atas Dato’ Seri Najib juga adalah satu tuduhan, tuan.

Jika tuduhan-tuduhan seperti ini dijadikan hujah, maka individu pertama yang patut digulingkan secara tidak demokratik adalah tuan sendiri suatu ketika dahulu.

Malahan dakwaan-dakwaan ke atas tuan lebih dahsyat dan lebih banyak lagi berbanding Perdana Menteri hari ini, yang tidak mahu saya ulangi lagi tuduhan-tuduhan itu di sini.

Merenung tindakan-tindakan tuan hari ini, ia boleh membawa anggapan kepada orang awam, bahawa tuan adalah Machiavelli yang sanggup menunggang apa saja untuk sampai ke matlamat tuan, untuk mencapai kepentingan-kepentingan peribadi tuan.

Kenapa saya berkata begitu? Tindakan-tindakan tuan hari ini sudah terlalu jauh dengan apa yang pernah tuan pegang dahulu.
Apakah agenda sebenar yang tuan telah deklarasikan sebagai menyelamatkan Malaysia?

Apakah yang tuan mahu selamatkan, sedangkan tindakan-tindakan tuan hari ini bakal TUNM_ANWARmerosakkan lagi negara ini. Apakah tidak menjahanamkan negara dengan menyerang Perdana Menteri sepanjang masa sehingga melibatkan campurtangan kuasa-kuasa asing? Realiti ini pernah tuan sebutkan dahulu, dan ia boleh disemak dalam ucapan-ucapan tuan ketika menangkis serangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Contohnya, Tuan pernah berkata, di perhimpunan yang sama, “pemerintahan menjadi lemah dan tidak dapat bertindak dengan tegas. Tekanan ke atas pemerintah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk orang asing. Dengan itu, bukan sahaja pemulihan ekonomi tidak dapat dijayakan, tetapi kebebasan yang begitu dibanggakan dahulu pun hampir tiada lagi. Inilah hasilnya daripada reformasi dan demonstrasi jalanan. Apakah kita hendak melihat semua ini dibawa ke negara kita oleh puak reformasi ini?”

Saya bersetuju dengan tuan. Apabila pemerintah lemah akibat pemberontakan rakyatnya sendiri, negara akan mudah diperkotak-katikkan. Pelbagai puak, sama ada daripada dalam atau luar, yang berniat jahat akan mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan politik negara. Akan ada puak yang akan menangguk di air keruh.

Perkara ini sebenarnya sedang berlaku. Tuan pun tahu. Tidak logik jika tuan tidak menyedari bahawa DAP hanya mahu memanipulasi tindakan tuan untuk menjatuhkan kerajaan, sedangkan pada masa dahulu, tuan jugalah yang memberi amaran akan ancaman DAP ini kepada orang-orang Melayu. Tuan lebih tahu perkara ini berbanding orang lain.

Tuan, pelbagai pihak sedang bersatu dalam pakatan politik yang disertai tuan, sama ada sekularis, liberalis, pluralis, LGBT dan sebagainya. Mereka ini sedang memanipulasi tuan, menjadikan tuan sebagai kayu hulu kapak untuk menebang pokok kayu.

Tuan sendiri tentu sedar yang tuan sedang diperkudakan, tetapi tuan menerimanya asalkan kehendak tuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tercapai.

Tindakan-tindakan tuan ini seolah-olah tuan adalah desperado, sehingga saya terpaksa membenarkan tuduhan-tuduhan yang diperkatakan oleh ramai orang bahawa tuan sebenarnya mahu menyelamatkan empayar perniagaan kroni-kroni tuan yang terancam dengan pentadbiran baru. Kononnya empayar perniagaan kroni-kroni tuan terjejas teruk, dan mereka adalah dalang sebenar di sebalik tindakan tuan hari ini.

Tuan boleh mendakwa tuan bertindak untuk menyelamatkan negara, tetapi tuan tidak dapat menutup hakikat sebenar bahawa tindakan tuan itu telah menghancurkan lagi negara ini.

Apakah kesalahan besar yang dilakukan kesalahan Perdana Menteri hari ini sehingga tindakan tuan begitu keras?
Mari kita renungkan keadaan ini pula.

Suatu masa dahulu spekulator matawang, George Soros menuduh pentadbiran Malaysia di bawah tuan terdapat pelbagai penyelewengan, rasuah dan kronisme yang melibatkan angka berbilion-bilion, yang menyebabkan ekonomi dan matawangnya tidak sihat dan mudah diserang.
Itu juga kecaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke atas tuan.

Ia ada logiknya. Tetapi rakyat Malaysia ketika itu, tetap mempertahan tuan untuk menyelamatkan negara. Bayangkan jika rakyat berpaling tadah kerana terpengaruh dengan dakwaan tersebut, sudah tentu negara ini akan terpaksa tunduk kepada IMF seperti ancaman tuan.

Saya fikir, begitu jugalah sepatutnya tuan bertindak hari ini, jika benar Perdana Menteri menyeleweng sekalipun. Ini terpaksa dilakukan bukan kerana mahu menyelamatkan Perdana Menteri, tetapi untuk menyelamatkan negara sebagaimana rakyat suatu masa dahulu mahu menyelamatkan negara daripada campurtangan asing. Mereka bukan mahu menyelamatkan tuan, tetapi mereka terpaksa menyelamatkan tuan untuk menyelamatkan negara, walaupun mungkin tujuan tuan menyelamatkan negara adalah untuk menyelamatkan kroni-kroni tuan yang tergugat selepas matawang negara diserang.

Ironinya, apa yang tuan lakukan hari ini adalah sebaliknya.

Apabila saya membelek-belek semua ucapan Dato’ Seri Anwar yang dibukukan di bawah tajuk Pesan Buat Rakyat Malaysia (tanpa penerbit) dan membandingkan apa yang tuan lakukan hari ini, saya percaya tuduhan-tuduhan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa tuan menyeleweng wang negara dan mengamalkan kapitalis-kronisme, adalah munasabah.

Ya, adalah tidak logik tindakan tuan begitu gila sehingga sanggup bersekongkol dengan musuh politik tuan dan mengundang campurtangan media-media asing, jika benar sekalipun Perdana Menteri bersalah dalam isu-isu yang tuan bangkitkan.

Saya tidak fikir, jika benar sekalipun tuduhan-tuduhan tuan ke atas Perdana Menteri, negara akan bankrap kerana tuduhan-tuduhan ke atas tuan dahulu adalah lebih berat dan hakikatnya negara tidak juga bankrap di bawah pentadbiran tuan.

TUNM_SELAMATKANMALAYSIA3Jika benar sekalipun Perdana Menteri bersalah, saya tidak percaya tuan sanggup meletakkan Perdana Menteri lebih bahaya daripada DAP kepada orang-orang Melayu berdasarkan prinsip tuan selama ini. Negara terlepas kepada cengkaman orang-orang bukan islam adalah lebih bahaya daripada ancaman yang tuan sebutkan hari ini.

Apakah yang sebenarnya tuan sembunyikan di sebalik tindakan tuan hari ini? Itu persoalan sebenarnya, kerana adalah tidak logik tuan menyerang Perdana Menteri sebegitu nekad dengan menubuhkan parti baru, mengundang campurtangan asing dan meletakkan rakyat dalam keadaan berpecah-belah sehingga mudah diperkotak-katikkan.

Orang yang waras tidak akan mempercayai dakwaan tuan untuk menyelamatkan negara kerana adalah jelas natijah tindakan tuan itu adalah sebaliknya.

Saya cuba mencantum semua teka-teki ini, mencari klu atau pertunjuk kepada permasalahan ini. Mari kita lihat kemungkinan-kemungkinan ini.

Apakah benar negara ini sedang dicengkam kapitalis-kapitalis yang menjadi kaya-raya ketika tuan menjadi Perdana Menteri dahulu seperti yang berlegar dalam minda ramai orang? Maksud saya, adakah kerana kapitalis-kapitalis ini gagal menguasai ekonomi negara seperti dahulu, maka mereka mengeksplotasi tuan untuk menentang kerajaan hari ini?

Ramai orang berkata yang tuan menggunakan dasar-dasar penswastaan untuk merompak kekayaan negara dengan membahagikan projek-projek besar negara kepada kroni-kroni tuan itu. Apabila Perdana Menteri seterusnya cuba menamatkan perkara ini, dengan menubuhkan 1MDB misalnya, kapitalis-kapitalis ini bertindak menyerang kerajaan dengan menggunakan orang-orang berpengaruh seperti tuan. Adakah benar begitu?

Maksudnya, tuan membangkitkan pelbagai isu ke atas Perdana Menteri untuk menarik sokongan rakyat kepada penentangan tuan, tetapi matlamat tuan adalah lain, iaitu menyelamatkan empayar perniagaan kroni-kroni tuan, yang mungkin juga tuan mempunyai kepentingan di dalamnya.

Saya mulai nampak dan faham kenapa kedudukan tuan begitu kuat dahulu walaupun terjadinya perpecahan selepas Datuk Seri Anwar dipecat. Ya, apa yang patut dirisaukan jika tuan dapat memegang undi orang-orang Cina melalui kapitalis-kapitalis tadi yang menggunakan persatuan-persatuan bangsa mereka.

Ya, tuan memberikan mereka kekayaan, dan mereka pula memberikan tuan sokongan politik. Benarkah begitu?

Masih saya ingat sebelum PRU12, sahabat baik tuan, Tun Daim Zainuddin pernah meramalkan Penang, Perak dan Selangor akan tumbang kepada pembangkang. Ia benar-benar berlaku. Adakah kerana Tun Daim tahu yang kapitalis-kapitalis Cina ini sudah mengarahkan orang-orang Cina yang ramai di negeri-negeri tersebut menyokong pembangkang?

Atas alasan yang sama, kerana pengaruh tuan dan kapitalis-kapitalis itulah antara faktor orang-orang Cina beralih kepada pembangkang hari ini.

Merumuskan semua ini, tuan telah menjatuhkan Perdana Menteri selepas tuan dan kini tuan mahu melakukan perkara yang sama ke atas Perdana Menteri seterusnya, adalah tidak salah jika saya beranggapan tuan melakukan semua ini kerana tuan tidak dapat memaksa Perdana-Perdana Menteri selepas tuan mengikut telunjuk tuan.

Dan apa kehendak tuan itu adalah apa yang dimahukan oleh kapitalis-kapitalis tadi.

Kekecewaan tuan tidak dapat menaikkan karier politik anak tuan, Dato Seri Mukhriz, juga dikatakan antara faktor tuan bertindak seperti hari ini. Ia ada asasnya. Apabila seseorang itu tidak mempercayai sesiapa lagi untuk menjaga kepentingannya, tentulah orang itu akan mengharapkan anaknya sendiri untuk melakukannya.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru, tuan.

Tuan boleh bercakap apa saja, tetapi saya sebagai rakyat biasa negara ini, saya tidak akan menelannya bulat-bulat.
Tuan boleh katakan 1MDB adalah suatu masalah besar negara, tetapi apa yang saya nampak 1MDB-lah yang menimbulkan masalah kepada kroni-kroni tuan sehingga tuan mahu menggagalkannya. Negara tidak akan bankrap kerana 1MDB dan Perdana Menteri, tetapi serangan-serangan tuanlah yang boleh menjahanamkan negara ini.

Tuan boleh menentang apa saja, tetapi tuan tidak boleh menentang pegangan tuan sendiri selama ini, yang kini tuan sedang lakukan. Hakikatnya tuan sedang ditentang atau menentang prinsip-prinsip perjuangan tuan sendiri suatu masa dahulu.

Apa yang saya nampak, krisis yang berlaku hari ini adalah perang kapitalis melawan kerajaan yang tidak tunduk kepada kemahuan mereka dengan menyelindungkan agenda ini di sebalik agenda menyelamatkan negara dan rakyat. Rakyat telah dikelirukan untuk memperjuang agenda kapitalis dengan meruntuhkan negara mereka sendiri supaya mudah tercampak ke dalam penguasaan kapitalis.

Maka adalah sepatutnya saya sebagai warganegara biasa negara ini bertindak menentang tuan untuk mengelakkan agenda-agenda kapitalis di belakang tuan itu berjaya.

Akhir kalam, saya ingin memetik kata-kata tuan sendiri, “orang asing dan media mereka tidak ada niat baik terhadap kita. Mereka bukan ingin tukar kerajaan ini dengan kerajaan yang lebih adil dan demokratik. Yang mereka ingin lihat ialah negara kita ini mengalami nasib buruk seperti yang berlaku kepada negara-negara tertentu, di mana kerajaan tidak mampu menstabilkan negara, menjamin keselamatan dan memulihkan ekonomi. Mereka hanya ingin melihat kerosakan dan masalah yang menimpa negara lain menimpa negara kita juga. Mereka ingin kita menjadi ‘client state’ boneka mereka.”

Tuesday, October 18, 2016

PAS paling berpengalaman lawan UMNO

Saya tertarik dengan suara2 sindiran dari pihak diluar Pas yg kononnya PAS sedang ditipu oleh UMNO dalam isu RUU 355. Umno tidak akan beri laluan yg mudah kpd PAS kata mereka. Ini adalah kerana UMNO terpaksa juga menjaga hati MCA, MIC dan Parti2 bukan Islam yg masih sekawah dgn UMNO dlm BN. Pas pasti dipermainkan dengan berbagai cara sehingga cadangan pindaan rang Undang2 itu tidak dapat dibentangkan di Parlimen. Kesimpulannya kata mereka PAS ditipu. Masih belum cerdik kah Pas dengan permainan UMNO?. Itu lah kalimat akhir mereka dlm usaha yg berterusan untuk memperlekehkan dan memperlecehkan usaha Pas sebelum ini.

Saudara2 ku diluar sana ( diluar Pas). Suka saya perjelaskan bahawa betapa kuatnya jerutan kekeliruan yg membelit saraf2 otak mu. Dalam keadaan kamu tidak mengenali PAS kamu telah membuat satu analisa dangkal terhadap PAS. Kamu jgn ingat kamu boleh kenal PAS sebagaimana dgn mudahnya kamu mengenali  DAP, PKR, UMNO dan PAN atau parti2 lain di Malaysia ini. Sudah acap kali saya sebut. Untuk kamu mengenali PAS kamu harus terlebih dahulu mengenali ISLAM yg menjadi ruh kepada perjuangan PAS. Kalau sebahagian bekas pemimpin Pas yg sekian lama bersama Pas itu pun gagal mengenal pas, sehingga mereka dilontar keluar oleh Allah dari jendela Pas, maka masakan kamu yg tidak pernah bersama Pas dengan mudah dapat mengenali Pas dan membuat rumusan sambil lewa sebegitu.

Saudara2 ku..sebagai parti yang lebih tua dari mana2 parti pembangkang di negara ini, maka sudah pasti Pas paling kenal siapakah UMNO berbanding mereka. Pas paling berpengalaman mendepani UMNO dlm gelanggang politik tanahair. Tahukah kamu..isu memertabtkan hukum dan undang2 Allah, bagi PAS tiada kaitan pun dengan umno. Umno ada ke atau tidak ada, hukum Allah wajib didaulatkan selagi masih ada ruang. Umno beri laluan atau tidak itu bukan soal utama bagi kami yg cintakan Islam. Keutamaan kami ialah sesepit mana pun lorong yg dibuka, kami tetap menyusupinya untuk membawa Islam. Soal samaada laluan itu merupakan tipu helah umno untuk menipu pas atau tidak itu bukan soalnya. Kerana Pas sudah sedia maklum sebagai parti yg berteraskan Nasionalisme sakular tidak mudah untuk umno memberi lalun kpd agenda2 Islam, khususnya jika agenda Islam itu dtgnya dari PAS. Pas bukan setakat kenal sifat sakular umno itu sahaja, bahkan Pas turut mengenali sakularnya DAP,PAN dan parti2 sakular yg lain. Perlu diingat bahawa bagi PAS, Islam adalah segalanya2. Pas sanggup bertahaaluf dgn DAP dulu pun kerana Islam. Kemudian Pas membatalkan tahaaluf itu juga kerana islam. Masih belum jelaskah kepada kamu kecintaan PAS kepada Islam?. Jika kamu anggap kesungguhan PAS dalm Isu RUU 355 itu sebagai satu kebodohan kerana pastinya nanti akan ditipu oleh UMNO. Maka apakah kamu tidak merasakan penolakan kamu terhadap usaha memperkasakan undang2 Allah itu sebagai bukti kamu sedang ditipu oleh Syaitan dan musuh2 Allah?.

Berjaya atau tidak RUU itu dibawa ke Perlimen itu soal yg kedua. Tapi sekurang2nya;
1. Pas dilihat sebagai sebuah Parti yg benar2 mahukan Islam. Parti yg konsisten dengan Islam.
2. Masyarakat memperolehi Ilmu tentang undang2 Islam melalui program2 dialog yg disampaikan oleh Pas ke seluruh Negara.
3. Jika betul UMNO menipu, maka khalayak ramai dikalangan org2 Islam khususnya  akan lebih membenci parti sakular itu. Dan UMNO akan terus diingat sebagai PENIPU.
4. Isu RUU355 telah mendedahkan busuk hati pihak2 tertentu terhadap Islam. Yg akhirnya pengundi akan menolak mereka dlm PRU akan dtg.
5. Pas memperolehi pahala yg besar kerana tetap berkata benar di hadapan PEMERINTAJ YG ZALIM.
Jika isu ini menyebabkan pas dapat pahala. Maka kamu yang menentang nya dapat apa?. Jelas kamu tertipu dengan perasaan dan kejahilan kamu sendiri.

Jika pembentang RUU 355 itu dinafikan pembentangannya di Parlimen, maka sudah pasti masyarakat yg cintakan islam khususnya ahli2 PAS akan rasa kecewa. Tapi perlu di ingat kecewa hati para sahabat tatakala dilarang masuk ke kota Makkah bagi mengerjakan Haji dlm periatiwa Sulhu Hudaibiyyah sedangkan mereka telah berada dipintu masuk kota makkah, lebih sakit berbanding kekecewaan kita. Namun yakinlah. Sebagaimana Sulhu Hudaibiyyah telah menjadi gerbang kepada Pembukaan Kota Mekkah ( Fathul Makkah) pada tahun berikutnya. Maka Insyallah..RUU 355 ini akan menjadi gerbang kepada kemenangan Islam untuk PRU yg akan dtg.

UMS
18.oct.2016
Riau.

Monday, October 17, 2016

PAS Pahang Tetap Dengan Pendiriannya

PAS Pahang tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi yang ditandingi pada PRU 13 yang lalu kepada mana-mana komponen Pakatan Harapan.

Kerusi yang ditandingi PAS pada PRU 13 yang lalu adalah hasil muafakat dalam Pakatan Rakyat. Kini PAS dan PKR masih lagi berada di dalam Pakatan Rakyat, maka semua kerusi antara PAS dan PKR adalah berdasar kepada status quo.

Namun suasana politik terkini memungkinkan Pakatan Harapan akan bertanding di kerusi PAS melalui komponennya samaada PAN atau DAP.

PAS Pahang menegaskan bahawa jika sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS bertanding, PAS Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di kerusi PKR bertanding.

Kerana PKR adalah komponen Pakatan Harapan, maka diharapkan PKR dapat berbincang sebaik mungkin untuk rakan-rakan Pakatannya tidak menganggu kerusi PAS bertanding.

Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Pahang baru-baru ini, kerana jentera PAS telah bekerja di setiap DUN PAS bertanding sejak bertahun lalu dan lebih agresif lagi apabila hampir pilihanraya. Jika PAS menarik diri untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya PAS yang kini sedang bersemangat untuk menghadapi PRU 14.

PAS tidak mungkin akan menerima Pakatan Harapan selagi di dalamnya ada DAP dan PAN. Walaupun di dalamnya ada PKR yang sangat mesra dengan PAN, tapi masih bertahaluf dengan PAS, PAS tidak mungkin akan bertolak ansur untuk membenarkan Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS.

PKR dan DAP boleh berbincang sesama mereka untuk memberikan kerusi mereka kepada PAN, bukan ambil kerusi PAS, PAS tidak akan bertanding di kerusi PKR bertanding, namun PAS Pahang tegaskan sekali lagi bahawa PAS Pahang akan bertanding di mana-mana kerusi sekalipun termasuk kerusi yang ditandingi PKR jika ada salah satu kerusi PAS dicerobohi oleh Pakatan Harapan.

PAS bukan sahaja bersedia untuk bertanding 3 penjuru, malahan beberapa penjuru sekali pun dan inilah juga kesediaan di peringkat akar umbi PAS, PAS nekad untuk bertegas apatah lagi setelah pengerusi DAP Pahang mengeluarkan kenyataan menghina kepimpinan PAS dan menghalau PAS keluar dari bumi Pahang dalam ucapannya di Raub baru-baru ini. Kenyataan ini sangat menghiris hati ahli PAS.

Keutamaan PAS ialah perjuangkan prinsip Islamnya demi kebaikan rakyat. PAS tetap akan menentang UMNO dan BN dan sesiapa sahaja yang menghalang PAS dari perjuangkan prinsipnya. PAS tidak akan berganjak walau seinci pun, InsyaAllah PAS akan terus mengharungi cabaran politik Negara bersama rakan di dalam "Gagasan Sejahtera".

Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Wednesday, October 12, 2016

Sejarah Ranjau dan liku perjuangan Pas..

Walaun Tak Pernah Lupa...

1959 - Pilihanraya Umum Pertama selepas merdeka..

1 Februari 1966 - Kerajaan Perikatan telah mengharamkan PAS menggunakan simbol Bulan
Bintang dan bendera bertulis Allah-Muhammad..

.. Julai 1967 - Wakil Parlimen Pasir Mas Hulu, Abdul Samad Gul Ahmad Mianji dibunuh ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid
Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu beliau sedang membuka pintu
kereta, beliau diserang dengan kapak. Beliau dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu dan di sanalah beliau menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga
sekarang. .

25 Oktober 1969 - Yang Dipertua Agung PAS Dr. Burhanuddin Al-Helmi pulang ke rahmatullah di
Taiping, Perak setelah sekian lama menderita akibat penyiksaan yang dikenakan ke atas beliau semasa dalam tahanan..

8 Mac 1970 - YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis dalam tahun 1968, meninggal dunia dalam
satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis .

Jun 1971 - Nama PAS sekali lagi bertukar daripada Persatuan Islam Se Tanah Melayu kepada Parti Islam Se Malaysia dengan huruf
singkatannya (PAS) dikekalkan.

1 Januari 1973 - Yang Dipertua Agung PAS, Dato’ Mohd. Asri berjaya membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di
negeri Kelantan dan negeri-negeri lain.
Penyertaan ini akhirnya membawa PAS menyertai gabungan Barisan Nasional pada tahun 1974, yang memaksa parti pemerintah mengguna simbol ‘Dacing’ menggantikan ‘Kapal Layar’..

13 Disember 1977 - PAS memulakan kembali hidup ‘sendirian’, disingkirkan dari kerabat Barisan Nasional (BN). Alasan penyingkiran, PAS
tidak mematuhi keputusan Dewan Tertinggi BN agar memecat anggota Parlimennya yang tidak
mematuhi arahan Whip Barisan, ketika Rang Undang-udang meletakkan Kerajaan Kelantan di bawah ‘pentadbiran darurat’ dibentangkan di
Parlimen. Whip Barisan mengarahkan supaya anggota Parlimen PAS menyokong usul tersebut..

18 Januari 1985 - Tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap.
Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS
cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, Saudara Osman Talib syahid. Kejadian berlaku sehari sebelum hari
pembuangan undi (19 Januari 1985)..

19 November 1985 - Tragedi hitam yang menyayat perasaan umat Islam telah berlaku di Memali, Baling, Kedah. Peristiwa Memali yang melibatkan ahli-ahli dan penyokong PAS
pimpinan As-Syahid Ustaz Ibrahim
Mahmood@Ibrahim Libya. Seramai 14 orang kesemuanya ahli dan penyokong PAS termasuk Ustaz Ibrahim, syahid, 161 orang termasuk kanak-kanak ditahan. RM15,000.00 hingga
RM20,000.00 wang yang dikumpul termasuk wang kebajikan PAS dirampas polis..

27 Oktober 1987 - Kerajaan Umno Barisan Nasional menangkap borong berpuluh-puluh pemimpin parti-parti pembangkang, anggota ‘Team B’ Umno, pemimpin pertubuhan sosial,
ahli akademik dan lain-lain. Tangkapan ISA tersebut terkenal sebagai “Operasi Lalang 87”,
antara yang ditahan peguam Haji Suhaimi Said, pimpinan PAS dari Pahang dan belasan pemimpin
PAS lain antara 91 yang ditahan..
Beberapa laporan polis telah di buat atas kes ugutan bunuh terhadap TG Nik Abdul Aziz padan May 2, 2010, Antaranya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri, yang di ketuai oleh Us Nasarudin Hassan..

Tuesday, October 11, 2016

PAS DIGILAI KERANA ISLAM

Usah hairan kenapa PAS hari ini begitu diminati oleh semua pihak. Tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, semua mengharap PAS bersama gagasan mereka. Walau parti-parti baru tumbuh bak cendawan selepas hujan, namun PAS juga yang dicari.

Ini semua kerana keteguhan PAS berpegang dengan prinsip Islam. Selepas kepimpinan PAS bertukar wajah pasca muktamar tahun lepas, PAS dilihat semakin proaktif mencanangkan agenda Islam, sehingga sanggup berdiri di atas kaki sendiri dengan berani mengisytihar bebas dari pakatan sebelum ini.

Alhamdulillah, tidak lama selepas perpisahan itu, PAS mengisytiharkan blok politik baru bersama parti serpihan Umno dan puluhan NGO-NGO lain. Desas-desus mengatakan PAS bakal berkubur selepas keluarnya beberapa bekas pimpinannya meleset sama sekali. Terbaru, sebuah lagi parti mengisytihar diri bersama dengan blok tersebut.

Apa pembaharuan yang PAS lakukan? Tidak ada sebarang perubahan baru. Rahsianya hanyalah istiqamah dengan Islam yang benar. PAS mengambil langkah berani berputus dengan rakan tahaluf kerana memelihara Islam. PAS membuka ruang taawun dengan pihak kerajaan juga kerana maslahah Islam. Malah, penubuhan blok ketiga juga kerana memenuhi tuntutan Islam.

Dari segi undang-undang, PAS membawa agenda Islamisasi melalui usul pindaan akta 355. Dalam bab ekonomi, PAS membentang dokumen hijau. Dalam bab kebajikan, PAS terus menjadi juara dengan Jabatan Amal dan Yayasan Amal. Semua ini adalah mengikut panduan wahyu Ilahi yang dinamakan Islam.

Sangat dangkal kenyataan Salahudin Ayub baru-baru ini yang mengkritik ketegasan Presiden PAS mensyaratkan hanya pihak yang mahu menerima perjuangan Islam sahaja diterima untuk bekerjasama. Bagi beliau, PAS sengaja tidak mahu bergabung kerana mensyaratkan sesuatu yang mustahil diterima parti lain.

Tidakkah kita sedar kenapa PAS begitu laku? Tidak kita fikir kenapa keahlian PAS naik mendadak? Tidakkah kita perhatikan kenapa semakin banyak pihak cuba mendekati PAS?

Kerana PAS perjuangkan ISLAM!

Justeru PAS perlu teruskan langkah kehadapan. PAS tidak boleh undur lagi. PAS kena teguh dengan tekadnya memartabatkan Islam di bumi ini.

PAS hanya ada Islam. Islam adalah segala-galanya bagi PAS. kalau PAS berkendur tentang Islam, tiada nilai lagi PAS. Kalau PAS tukar kiblat perjuangan, PAS akan lenyap ditelan arus.

Ancaman musuh itu biasa. Ramalan pihak lain jangan dipercaya. Pujuk rayu itu bisikan syaitan. Desas desus dan ugutan dunia usah diambil peduli. Mereka sebenarnya takut matlamat kita. Mereka tahu apa kekuatan sebenar kita.

Musim ini roda Islam sedang bergerak menuju ke atas. Islam semakin bernilai dan diminati umat manusia. Siapa yang bersama Islam maka mereka juga akan ke atas. Siaoa yang menolak Islam, giliran mereka akan tersungkur ke bawah.

Maka jadikanlah pesan Saidina Umar ini sebagai pedoman:
قوم أعزنا الله بالإسلام مهما ابتغينا العزة بغير ما أعزنا الله أذلنا الله
"Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Seandainya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya Allah akan jadikan kita kembali hina."

Giliran Islam akan tiba. Ini janji Allah.

(Alang Ibn Shukrimun)

Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/

Monday, October 10, 2016

ANAK TARBIAH IM IRAQ SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS


Oleh: Asri ed-Diwanie
Al-Mursyidul Am PAS kini, Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang telah berumur 77 tahun adalah seorang yang mempunyai pengalaman dalam tarbiah dan perkaderan. Pengalaman beliau bersama Jama'ah Ikhwan di Iraq dengan beberapa orang sahabat yang lain termasuk Tuan Guru Dato' Mohamad Daud Al-Iraqi, Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, menjadikan beliau mahir dalam mengendalikan perkaderan dalam PAS. 

Semenjak di zaman pemudanya, beliau aktif dalam membina generasi pelapis untuk parti. Beliau telah mengemudi Dewan Pemuda PAS Perlis sejak berumur 24 tahun lagi dan menjadi kepimpinan tertinggi di Perlis sebagai Pesuruhjaya dan beberapa jawatan penting di peringkat pusat serta merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak sebelum perlantikan semalam sebagai Al-Mursyidul Am.

Tuan Guru Dato' Mohamad Daud Al-Iraqi, mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang ketika itu Tuan Guru Haji Hashim Jasin sebagai timbalannya, pernah menyebut kepada saya bahawa beliau, Tuan Guru Haji Hashim Jasin dan beberapa sahabat lain dapat mengikuti secara langsung tarbiah Ikhwan di Iraq pada zaman Dr Abdul Karim Zaidan setelah mereka bertapak disana pada tahun 1964. Di Baghdad, mereka banyak mengadakan halaqah ilmu, termasuk halaqah kemahiran bahasa arab dan ilmu siyasi.

Tidak peliklah, apabila rombongan mereka pulang ke tanah air, kebanyakan mereka berjaya membina kader-kader pelapis sama ada dalam bidang ilmu dan politik. Ucapan Tuan Guru Haji Hashim Jasin sarat dengan ilmu dan pengalaman walaupun dengan nada bersahaja dan kadang-kadang ucapannya bersemangat.

Ketika beliau menyampaikan ucapan perasmian penutup di Ijtimak Tarbawi 4.0 Pemuda PAS Malaysia di Yayasan Al-Nahdhoh Pulau Pinang pada Disember 2014, antara ucapannya yang menusuk tajam ke dalam diri saya sebagai anak muda ialah berkenaan kisah anak muda di zaman Nabi yang berebut ingin pergi berjuang. Saya transkripsikan balik ucapan asal beliau dalam loghat utara tersebut yang sehingga kini menjadi pedoman buat diri saya, kata beliau:

"Kita terlampau ketinggalan jauh dalam bidang pembangunan kerohanian kita jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang mendokong Islam di zaman Nabi, di zaman selepas daripada Nabi, terlampau jauh.

Saya buat contohlah kepada kita, saya teringat semasa nak perang Uhud, Nabi berjaya himpunkan seramai lebih kurang 1,000 tentera Islam yang dipimpin untuk dibawa pergi ke kawasan Uhud bagi menentang 3,000 orang kafir yang dipimpin oleh Abu Sufian dan Khalid bin Al-Walid.

Tengok ya, Nabi dah bawa dah 1,000 bersedia untuk berdepan dengan 3,000, tapi di sebalik itu, Abdullah bin Ubai bin Salul berjaya memujuk daripada tentera yang 1,000 ini ajak balik. Tak guna perang, takleh lawan dengan Quraisy yang banyak tu, jom kita balik! 300 orang daripada 1,000 cabut balik!.

Berjaya Abdullah bin Ubai ini, sedangkan bilangan tentera Islam dahla sedikit, lari balik lagi 300, tinggal 700. Nabi check tengok 700 tu, check check tengok ada budak-budak, budak kecik nak masuk perang bersama.

Nabi kata, hari ni budak-budak pi balik tak payah perang. Tiba-tiba seorang budak yang bernama Rafi' kalau tak salah ingatan saya, dia kata; Ya Rasulullah, walaupun saya kecik tapi saya pandai panah (memanah), saya johan, johan Mekah, johan Madinah, panah, saya pandai. Nabi pun tau dia memang ahli panah. Dia (Rasulullah) kata; kamu boleh ikut, hak lain kena balik.

Tiba-tiba ada sorang lagi dia kata; Ya Rasulullah, kalau boleh pilih dia untuk pi perang, patut saya pun kena pilih. Apa kelebihan kamu? Saya bab wrestling ni, hari-hari kami wrestling, mushora'ah (bergusti), tak pernah dia menang, saya dok menang dia kalah, Rafi' dia kalah. Nabi kata; kalau hang kata hang kuat, cuba la tengok. Cuba-cuba, menang dia sungguh. Kawan nu pandai memanah dia pandai, kuat wrestling. Nabi kata kamu berdua boleh ikut serta.

Soalannya, kisah ini berlaku tentera Islam dah tinggal 700, suruh balik pulak setengah yang budak-budak tinggal dua orang ja yang masuk bersama. Ada diantara yang dok kuat dengan facebook ni, waktu tu lah (kiasan), dia pandai ulas tu, dia kata; budak dua orang ni yang hidup ditengah masyarakat yang selalu berperang, selalu bergaduh memang lah dia suka begitu. Dia pi perang tu kerana suka, suka bergaduh, sebab tulah mereka minta kat Nabi nak pergi berperang.

Malangnya, mereka tak boleh menyemai ataupun menyelami lebih daripada itu!. Keadaan begitu, orang buat itu. Dia tak reti dah nak nilai!. Dia tak reti dah nak nilai pengorbanan pada jalan Allah, kesungguhan, keyakinan dia kepada Allah yang menyakini bahawa kebenaran itu hanya dari Allah, dia tak reti! walaupun budak budak dia reti.

Yang Abdullah bin Ubai bin Salul dengan 300 orang cabut balik tak hidup ka ditengah-tengah orang yang dok perang?. Pasai apa cabut? Pasai apa budak-budak ni mahu? Tentulah ada sesuatu!. Sebab itu saya kata jangan kita cuba lari daripada sistem nilai yang ditentukan oleh agama kita kepada kita bagi menjawab persoalan-persoalan yang ada".

Cerita ini bagi saya membekas dalam jiwa anak-anak muda yang hadir ke Ijtimak Tarbawi pada ketika itu dengan riak dan aksi penumpuan mereka kepada ucapannya. Kini, beliau ditaklifkan sebagai Al-Mursyid Am, sudah tentu berat bagi beliau untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Namun, yakinlah, pada hakikatnya Allah telah memilih beliau untuk tugasan ini dan beliau pasti mendapat nusrah-Nya. Sama-sama kita memberi sokongan padu dan sentiasa patuh kepada arahan dan keputusan Majlis Syura Ulamak.

Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

RUU355 DAN DOKUMEN HIJAU

Ramai yang kritik PAS, tak ada agenda lainkah selain menegakkan hukum Islam? Sementalah kini musim PAS sedang berhempas pulas meyakinkan orang Islam untuk menyokong usul pindaan akta 355. Lagilah ramai yang pandang serong dengan menganggap PAS kolot; tidak ada benda lain dalam kamus perjuangan mereka selain dari hudud!

Nah! Beberapa hari lalu PAS telah keluarkan Dokumen Hijau. Dokumen ini memberi cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. Ini bukti PAS sedar dan prihatin masalah negara.

Perjuangan PAS nak membetulkan perundangan negara tidak membuatkan PAS menutup mata akan kepincangan lain dalam negara. Perjuangan PAS adalah holistik mengikut kemampuan semasa yang ada, mengambil inspirasi dari ajaran Islam sendiri yang bersifat syumul merangkumi setiap cabang hidup manusia.

Itu belum lagi diterangkan peranan PAS dalam pendidikan rakyat. Belum lagi dicerita penglibatan PAS dalam isu kebajikan, pengurusan bencana, kesedaran sosial, alam sekitar, isu perpaduan ummah, pengurusan krisis antabangsa dan sebagainya.

Kenapa perlu prejudis terhadap PAS? Sepatutnya jika benar PAS memiliki kekurangan, kita sebagai muslim sama-sama perbaiki dan menutup keaiban, bukan mengorek keaiban dan menjaja kepada umum; suatu tindakan yang tidak akan memajukan ummah.

Berbalik kepada Dokumen Hijau, inilah budaya politik yang PAS cuba bawa. Politik idea. Bukan politik kritik dan kutuk sahaja. Kerja mendedahkan penyelewengan dan salah urus kerajaan semata-mata tidak membawa negara ke arah yang lebih baik. Negara perlukan idea dan solusi. Rakyat perlu dididik untuk memilih pemimpin yang berwawasan dan membawa gagasan yang jelas, bukan beretorik dengan janji-janji kosong sahaja.

Kalau tidak mampu sekalipun membawa idea lain untuk selesaikan masalah negara, sekurang-kurangnya cubalah bincang idea PAS ini. Cadangkan pindaan-pindaan yang perlu dalam Dokumen Hijau jika perlu.

Sama juga dengan RUU pindaan akta 355 yang di bawa oleh Presiden PAS, kalau ada klausa-klausa yang perlukan penambahbaikan, cadangkan terus. Bukan terus menolak kerana mengandaikan sedikit masalah teknikal yang mungkin timbul.

Belajarlah berpolitik dengan matang. Kita orang Islam jangan ikutkan sangat nafsu musuh Islam.

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Sunday, October 9, 2016

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am baru parti itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.

*Bekas pesuruhjaya PAS Perlis dilantik Mursyidul Am baru*

_Pada 09-10-2016 07:10_
_Ditulis Oleh Nur Atiqah Abd Samad_

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS hari ini memutuskan untuk melantik bekas Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am baru parti itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.

Pelantikan itu dibuat selepas pemangku jawatan tersebut Datuk Ahmad Yaakob menolak untuk menerimanya ekoran komitmen terhadap kerajaan negeri Kelantan.

Menurut Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh, lantikan itu dibuat selepas mengambil kira alasan kukuh yang diberikan Ahmad, selain mahu individu lain yang dapat memberi nasihat kepada Kelantan.

"Mesyuarat Majlis Syura Ulama memutuskan pengganti kepada Datuk Haron Din adalah Haji Hashim Jasin dari Perlis.

"Pelantikan ini adalah cadangan daripada pemangku mursyidul am Datuk Ahmad Yaakob dan cadangan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

"Faktor yang menyebabkan Datuk Ahmad menolak untuk dilantik sebagai Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama dapat menerima alasan-alasan iaitu kesibukan beliau untuk mengurus kerajaan Kelantan. (Dan) memerlukan seorang Mursyidul Am yang boleh memberi nasihat kepada Kelantan," katanya kepada Antarapos selepas selesai bermesyuarat hampir dua jam.

Menyuarat tersebut turut disertai Ahmad dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hashim, 77, memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis selama 37 tahun iaitu bermula tahun 1971 sehingga 2008. 

Bekas ADUN Sanglang itu kini menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS. 

Ahmad sebelum ini menolak untuk mengambil alih jawatan tertinggi parti itu, dan mahu memberi laluan kepada individu yang lebih layak berbanding dirinya.

Kerusi itu kosong selepas Allahyarham Haron meninggal dunia pada 16 September lalu akibat komplikasi jantung, di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat.

Sebelum ini pemerhati politik berkata, Ahmad keberatan untuk menerima jawatan itu kerana dua penyandangnya sebelum ini, Allahyarham Haron dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah individu yang disegani dan ramai pihak meletak harapan yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang akan menggantikan mereka kelak.

Friday, October 7, 2016

PAN Mengesahkan Lagi Mereka 'Talibarut' DAP

Kenyataan akhbar Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad, di dalam Berita Harian yang menolak usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali dengan Akta 355, mengesahkan lagi peranan parti itu sebagai 'tali barut' DAP. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menilai alasan-alasan yang diberikan, yang kesemuanya dangkal semata-mata hanya untuk memuaskan hati 'tuan' politik mereka.

Pakar-pakar perundangan telah menjelaskan dengan panjang lebar, bahawa usul meminda Akta 355 tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, malah memperkukuhkan semangat federalisme kerana memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri. PPP melihat Pengarah Komunikasi PAN tersebut hanya mereka-reka alasan dengan menyatakan pindaan itu akan menggugat perpaduan negara kerana dikatakan tidak selari dengan perlembagaan.

Selain daripada itu, alasan yang dikemukakan beliau bahawa pindaan itu hanya akan memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman yang berkaitan hukum Taazir sebagai cadangan yang kurang bijak, secara jelas menunjukkan beliaulah yang jahil tentang ruh Perundangan Syariah. Biarkan Hukum Taazir adalah hukuman yang ditentukan oleh pemerintah, tetapi penggubalan undang-undang berkaitan Hukum Taazir tidak terlepas daripada ruh Perundangan Syariah dan peranan fatwa.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal juga apabila beliau memfokuskan usaha untuk mengangkat Mahkamah Syariah hanya dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran Mahkamah Syariah, dan pada masa yang sama menolak cadangan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut. Usaha meningkatkan kecekapan itu adalah selari dengan cadangan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah, malah PPP dimaklumkan perkara yang berkaitan dengan kecekapan itu telahpun dan sedang diusahakan oleh JAKIM sejak empat tahun lalu.

Jelas sekali, PAN sedang mencari seribu alasan untuk menolak usaha meminda Akta 355 ke arah memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah. Ketika seluruh umat Islam di negara ini mengalu-alukan usul tersebut yang turut disokong oleh para mufti, amatlah menjengkelkan bila PAN pula yang menolakkan. Tindakan mereka menolak usaha memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah akan dilihat oleh generasi sepanjang zaman sebagai 'talibarut' kepada pihak-pihak yang anti Perundangan Syariah.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

6 Oktober 2016
5 Muharram 1438

Isu tukar status tanah MADA: Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

MB Kedah ni tak pikiaq ka. Nasi adalah makanan utama rakyat Malaysia. Apa akan jd jika negara pengeksport beras menghentikan eksport beras ke negara kita?

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH

1. Kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa status 'Kedah Jelapang Padi' menyekat pembangunan negeri serta meletakkannya berkedudukan miskin, adalah kenyataan yang memalukan rakyat kedah.

2. Sewajarnya selaku ketua kerajaan, beliau perlu berbangga dengan sumbangan rakyat Kedah memenuhi permintaan beras negara, bahkan berikhtiar mempertingkat pengeluaran padi sehingga melebihi 30 peratus seperti yang disasarkan.

3. Persoalan untuk dihadapkan kepada Menteri Besar, apakah jaminan penukaran status tanah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); daripada "pertanian" kepada "industri" dapat memajukan negeri Kedah?

4. Mengikut laporan Statistik Kedah Sejahtera 2011, keluasan tanah tanaman Padi bagi Kedah adalah 108,693 hektar. Jika benar berlakunya pertukaran status tanah, berapakah keluasan tanah yang tinggal kepada MADA untuk tanaman padi?

5. PAS Kedah mencadangkan supaya diadakan satu kajian terperinci mengenai pembangunan ekonomi berhubung penggunaan tanah komersial kerana Kedah perlu juga mempertahankan 'food seceurity' negara.

6. Buat masa ini kerajaan disaran supaya melihat semula cadangan pembinaan kawasan industri untuk perkilangan kerana realiti ekonomi tidak menentu seperti ketidakstabilan nilai ringgit,  pemberhentian pekerja, penutupan kilang-kilang serta pelbagai kegawatan. Dikhuatiri pertukaran status tanah MADA umpama 'Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran'.

6. Mengalihkan lokasi pertanian padi sedia ada bukanlah kerja mudah. Kerajaan seharusnya mengoptimumkan kawasan industri sedia ada di negeri ini, di samping meningkatkan produktiviti.

7. Nasib para petani juga hendaklah difikirkan akibat pertukaran status ini menjadikan mereka hilang mata pencarian.

Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi
7 Oktober 2016.

Wednesday, October 5, 2016

Hormati Islam dan Tidak menentangnya

Sekali Serban Dililit. 53

*TOLAK DAP JOIN PAS:*
*Untuk Memimpin Perubahan*

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_

*Keputusan PAS dinanti*

1. Semua parti pembangkang sedang memerhati dan menanti keputusan PAS. Sebahagiannya menyatakan sukar membaca strategi PAS. Mereka menaruh harapan agar PAS menyertai barisan yang mereka bentuk untuk menentang UMNO dan BN dengan formula satu lawan satu.

2. Secara mikronya saya melihat mereka sedang mengalami gangguan delusi di pentas politik tanahair, barangkali kesan dari tindakan terburu-buru menubuhkan parti - parti baru yang kononnya akan membawa mereka menang cepat mengatasi UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

3. Justeru itu tidak pelik apabila mereka menyerang PAS bertali arus dengan tujuan mahu melunturkan pengaruh dan sokongan PAS. Mereka hina dan perkecilkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh bersaing dan seiring dengan mereka untuk menuju garis kemenangan pilihanraya umum ke 14 kelak.

*Hormati Islam dan Tidak menentangnya*

4. 1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada PAS. Kononnya PAS makan dedak UMNO, mesra UMNO, masuk perangkap UMNO, ditipu oleh UMNO dan sebagainya. Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada PAS. Namun realitinya, PAS tidak mudah untuk diperdaya oleh mana - mana pihak. Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu *Manhaj Perjuangan Islam yang dianut* dan *prinsip kebenaran yang didukung.*

5. Sebetulnya, PAS sangat berlapang dada dan mudah berkira bicara dengan mana - mana pihak asal sahaja dasar dan prinsip perjuangan Islamnya dihormati dan tidak ditentang. *Tiada yang lebih penting bagi PAS selain Islam.* Pemimpin dan ahlinya yang Istiqamah hanya meletakkan Islam sebagai _hadaf_ (matlamat semasa) dan redha Allah swt sebagai _ghayah_ (matlamat akhir).

*Gerakan Perubahan.*

6. Perubahan adalah suatu yang wajib dilakukan bagi membebaskan tanahair tercinta dari kemungkaran politik, kefasadan ekonomi, kebejadan sosial dan kerakusan pemimpin yang tamak haloba. Namun perubahan yang dimaksudkan mestilah ke arah yang lebih baik dan tiada yang lebih baik selain Islam.

7. Perubahan yang mahu dilakukan juga adalah perubahan total dengan *meruntuhkan jahiliah dan membina Islam serta keadilannya di atas runtuhan jahiliah.* Kita tidak boleh melakukan perubahan hanya pada ranting tapi mengekalkan dahan yang reput. Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliah kemudian membiarkan jahiliah baru terbina di atas runtuhan jahiliah lama.

*PAS Memimpin Perubahan*

8. PAS sudah berpengalaman menyertai pelbagai bentuk pakatan politik. Antaranya ialah  Perikatan, APU, CCC, Barisan Alternatif, PR dan kini Gagasan. Mengolah segala pengalaman yang dimiliki, PAS menegaskan secara muktamad bahawa kini sudah sampai masanya PAS memimpin perubahan. Suatu perubahan yang menuju Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara dan Keredhaan Allah swt.

9. Siapa pun boleh mengharapkan PAS sebagaimana mereka juga pada bila - bila masa boleh datang kepada PAS untuk menyertai gagasan memimpin perubahan ini. Syaratnya terlalu mudah malah senang untuk dihafal iaitu hormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

*DAP Menentang Islam*

10. Realitinya, DAP masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Maka polisi semasa PAS ialah menolak DAP dan mana - mana parti yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP. Justeru itu, sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama PAS ialah meninggalkan DAP dan datang kepada PAS dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah iaitu *menghormati prinsip perjuangan PAS* dan *tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.*

_Inilah Penyelesaian Kita_

Sekian.

KRONOLOGI SAMAN PAS KAW. SRI GADING MEWAKILI PASTI AL GHAZALI TERHADAP MAHADZIR

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Perbicaraan sebutan mahkamah kes saman Pas Sri Gading(PSG) terhadap Mahadzir Md Zili (MMZ) merupakan suatu hikmah yang besar kepada PSG ,kerana Allah SWT telah memberi kurniaan ilmu dan pengalaman melalui perbicaraan dan berkaitan langsung dengan undang-undang.

Dengan perbicaraan ini PSG dapat mempelajari dan mendalami sejauh mana kebersediaan PSG terhadap satu satu kes.

Disini ana cuba membawa shbt untuk meneliti kronologi ringkas kes sebutan hari 1 dan 2 .

HARI PERTAMA : 3 Oktober 2016 / ISNIN

Saksi Mr.Ng (Tuan Rumah) :
Saksi jelas menyatakan bahawa perjanjian pertama dibuat adalah dengan Dr Sukri dan membuat pengesahan.
Bukti ini kuat dimahkamah yang menyatakan bahawa pada asalnya perjanjian tuan rumah adalah dengan Dr Sukri.

Saksi kedua kes ini adalah Dr Sukri.
Ketiadaan dokumen perjanjian yang pertama membawa kita diasak oleh PF (Peguam Faiz) yang menunjukan bahawa rumah ini penyewanya MMZ bukan Dr Sukri.

Saksi ke tiga Ust Hashim
( Hari 1 dan 2) :

Rumusan yang ana perhatikan bahawa Peguam Faiz cuba membawa bahawa apa yang dituntut oleh Pas Sri Gading adalah kosong kerana banyak dokumen yang menyokong kepada tuntutan, tiada.

PA (Peguam Hj Abdullah) menekan semula dan memberi ruang kpd Ust Hashim menjelaskan bahawa kuasa pasti adalah dibawah Pas Sri Gading.

Sblm perbicaraan ditangguhkan, hakim memanggil peguam Pas Sri Gading dan MMZ ke kamarnya.

Apabila keluar, peguam Pas Sri Gading memaklumkan, hakim menasihatkan kes ini diselesaikan melalui perundingan.

Hari Ketiga- 5/10/2016.

Setelah berlaku perundingan, akhirnya, satu persetujuan dicapai ;
MMZ akan memulangkan semua peralatan Pasti (19 item) spt yg dituntut, dlm keadaan baik. Mana2 item yg rosak atau hilang akan diganti yg baru dan penggantian itu mestilah tidak kurang nilainya RM5k mengikut harga pasaran.

Kes ditutup.

Sekian.

BERISTIQOMAH SEHINGGA KEMENANGAN

Ulasan ;
Sebenarnya kita adalah pemenang kes ini kerana :

1) Kita tuntut hak kita yg sah disisi Islam, walaupun tak diakui disisi undang2.

2) Kita tuntut 2 perkara :

a) Rm20k.
b) Peralatan Pasti.

Kita menang, sbb tu peralatan Pasti terpaksa dipulangkan.
Kita tak dpt Rm20k, bukan sbb kita kalah, tapi maklumat tuntutan kita tak lengkap.Mahkamah mementingkan fakta, bukan andaian...

Jika kita kalah, kita takkan dpt apa pun tuntutan.

Kita telah menyelesaikan kewajiban menuntut hak Parti kita bila ditanya diakhirat nanti, sedangkan mereka akan bergelut diakhirat nanti memikul dosa2 penipuan ini.

Bersabarlah Wahai Pejuang, Sebenarnya Kita Mendapat Banyak Ilmu Yang Tak Ternilai Drp Kes Ini.

YDP PAS Seri Gading.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN.

Saturday, October 1, 2016

KEMBALI PADA MAHA PENCIPTA...

TGHA juga seperti kita, menunggu kehancuran sistem democrazy oleh Imam Mahdi.. Sbb tu dia dah tak join BERSIH sbb ianya takde hasil dan akan memburukkan lg keadaan.. Belajar dari sejarah lampau, Arab Spring diapikan2 oleh konco2 Roth, dan akhirnya negara yg hancur bertambah hancur.... Jgn kita terpedaya dgn Malay Spring..

Ingat! walaupun demokrasi penuh tipu muslihat, NAMUN kita boleh memanipulasinya sekadar yg mampu.. TGHA sedar akan hal ini.. Bayangkan kita ditempat beliau.. bolehkah kamu hancurkan sistem ciptaan Roth ini?? Sedangkan negara penuh maksiat dan rakyat bercerai berai? Dan hari2 kita gunakan sistem Roth? Bank,sistem riba etc.. Kemudian kamu dicaci maki kerana tak sokong Mahathir jatuhkan Najib? Mahathir tu nak selamatkan siapa sebenarnya?

DEMOKRASI adalah perjudian getir buat gerakan agama utk mendaulatkan Islam melaluinya. TGHA sedar akan hal ini.. Demokrasi adalah perangkap. Demokrasi adalah jerat. Kalau begitu bagaimana? Bagaimana mahu keluar dari perangkap yg memenatkan ini? KEMBALI PADA MAHA PENCIPTA...

Org ramai hatta orang Islam sendiri tak akan menyokong konsep NEGARA ISLAM jika mereka tak dijelaskan dgn baik apakah itu hukum Islam.

Non muslim tak jadi masalah. Mereka masih minoriti.
Jika org Islam khasnya org Melayu tak yakin dgn agama sendiri, bagaimana org bukan Islam nak yakin dgn undang2 Islam?

Katakan kita boleh pakai prinsipnya yg paling mudah, iaitu suara ramai. Bagaimana jika dlm 10 orang, sorang sahaja yg faham kalimah 'LAILAHAILLALLAH' dan yg lain tidak?

Jika 'bermain' demokrasi, adakah yg sorang itu akan menang? TIDAK SAMA SEKALI. Sebab itu jika 9 org tadi adalah org2 yg bodoh, maka negara akan diperintah oleh org2 yg bodoh dan undang2 bodoh.

Itulah DEMOKRASI. Maka tugas sebenar PAS ialah memasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' kepada hati semua umat Islam yg masih khayal dgn racun Freemason.

Jika majoriti org Melayu/Islam dapat dimasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' yg menjadi hak mereka yg hilang akibat racun penjajah, ke dlm hati mereka, nescaya tanpa perlu ceramah PAS yg berapi-api, mereka akan berbondong2 masuk ke dlm sistem Allah.

PAS perlu mengkaji senario politik global. Belajar apa itu Freemason dan Illuminati. DAN SIAPA PROKSI-PROKSI MEREKA DI SINI.

Dan mereka akan dapat melihat siapa lawan siapa kawan.

Inilah percaturan TGHA di akhir zaman... dan kini beliau sedang hebat dimaki oleh bani Melayu..

Neil

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"