Google Search :

google search:
Google

Wednesday, November 30, 2016

KENYATAAN PRESIDEN UMNO ITU SATU MUSLIHAT

Kenyataan Media PAS Kedah 30 Novembr 2016.

1) Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib bahawa hubungan tegang antara UMNO dan PAS kian mengendur adalah bersifat muslihat politik untuk cuba memerangkap PAS supaya mengikut rentak parti itu. Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa PAS sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara.

2) Apa yang sebenarnya berlaku ialah PAS sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan “amar makruf nahi mungkar” dalam apa jua situasi dan dalam berhadapan dengan sesiapa juga. PAS tidak pernah berkompromi dengan BN dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat dalam pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi angkara BN, isu 1MDB, kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu dalam negara mutakhir ini.

3) Keterbukaan PAS menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) tidak menjadikan PAS larut serta terjebak dengan politik berasaskan ideologi nasionalis, sosialis mahupun sekularis. PAS teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan halatuju politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum.

4) Jika Umno/BN sebagai parti yang memerintah mengumumkan bahawa mereka sudah memalu gendang untuk hadapi Pilihanraya Umum ke 14 dengan meletakkan sasaran menang 134 kerusi Parlimen maka PAS sebagai pembangkang juga lebih awal meletakkan sasaran untuk menumbangkan BN yang sudah terlalu lama berkuasa sehingga menyusahkan rakyat. Di Kedah, PAS bertekad untuk kembali mengambilalih pentadbiran Wisma Darul Aman.

5) Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung kini mungkin menjadi persidangan terakhir mereka sebagai kerajaan di Pusat jika PRU14 diadakan dalam masa terdekat. Sebenarnya, itulah doa dan harapan sebahagian besar rakyat Malaysia kini.

Dr Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah.

Monday, November 28, 2016

Pas sebuah jamaah Islam yg besar di Malaysia.

🌲Kalam Tarbiah🌲

Sahabatku...

PAS tidak sama dgn Jamaat Islami di Pakistan. Utk menjadi ahli Jamaat Islami seseorang mesti melalui empat tapisan baru sah jadi ahli yg dipanggil karkun.

Berbeza dgn PAS yg hanya meletakkan syarat Islam shj utk menjadi ahlinya.

Maka ramai Orang Menyertai pas dgn berlatar belakang dan fikrah yg berbeza dan tujuan yg pelbagai.

Ada dikalangan mereka menyertai PAS tanpa memahami tujuan sebenar perjuangan PAS. Sebagaimana termaktub dalam perlembagaan....

"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."

Namun ada yang masuk PAS dengan berbagai tujuan lain.

➡Ada yang masuk kerana ketokohan seseorang.

➡Ada yang masuk kerana benci kerajaan.

➡Ada yang pilih PAS kerana peluang berniaga, tidak kurang juga yang mahukan pengaruh.

➡Ada juga sertai PAS sebab ikut kawan.

➡Semestinya ada juga yang masuk sebagai agen musuh untuk melihat PAS runtuh.

Semua tujuan yang lain dari maksud apa yang termaktub dalam perlembagaan tidak akan mampu istiqamah hingga kemenangan.

Sedar atau tidak, tapisan Allah sedang dan akan terus berjalan sehingga hari kiamat. Sesi dahulu adalah tapisan, sesi ini juga tapisan, sesi akan datang terus ditapis!

👉mereka yang masuk PAS kerana taajub dengan seseorang, sudah pasti berundur bila Ust Fadzil Noor atau TG Nik Aziz meninggal.

👉Yang masuk PAS sebab benci kerajaan, sudah pasti meluat bila kerajaan beri kerjasama kepada PAS.

👉Yang memilih PAS untuk keuntungan peribadi, tidak teragak untuk tinggalkan PAS apabila difitnah teruk.

👉Yang mahu pengaruh, akan cari wadah lain jika gagal melebarkan pengaruh.

👉Yang ikut kawan, juga akan keluar jika kawan itu keluar.

👉Yang memang mahu PAS runtuh, mustahil akan duduk lagi setelah paku-paku dan skru dicabut satu persatu.

Mereka yang teguh dengan tujuan PAS tidak akan lari selagi tujuan itu tidak lari.

Tidak keluar walaupun tokoh sanjungan mereka cabut lari.

Tetap setia walau kawan jadi lawan atau lawan jadi kawan.

Tidak berganjak walau PAS tidak lagi popular.

Masih tenang walau tidak diberi mandat.

Terus semangat walau orang sekeliling tinggalkan PAS.

Dan akan semakin kuat berpaut apabila melihat ada org PAS sendiri  yang sedang mengkhianati PAS.

Namun berjagalah. Kadang-kadang tujuan asal boleh berubah di pertengahan jalan.

Yang asal pilih kerana Allah mungkin akan tergelincir setelah ditabur kenikmatan jawatan dan kemewahan.

Yang asal pilih kerana benci kerajaan juga boleh berubah setelah mengenali Islam dan mengikuti pengisian tarbiyah.

Tepuk dada, tanyalah iman. Apa matlamat sebenar kita bersama PAS?

Istiqamah sehingga kemenangan

LAJ TARBIAH PAS BAGAN SERAI
5 Syawal 1435h/21 Julai 2015

Thursday, November 24, 2016

SEKAT SEGERA KEKEJAMAN MYANMAR TERHADAP MINORITI MUSLIM ROHINGYA

1. Myanmar yang baharu hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak. Tindakan membunuh, menyiksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan.

2. Kelakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.

3. Tanpa campur tangan badan dunia dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Hazegorvina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani penyelesaian segera.

4. Junta tentera Myanmar mesti menyedari, disebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India. Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar.

5. PAS menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung. PAS juga menyeru seluruh umat Islam menggandakan munajat dan mengajak seluruh warga dunia mengutuk tindakan jahiliyah Myanmar.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
23 Safar 1438H / 23 November 2016

Wednesday, November 23, 2016

PAKATAN NEGARA-NEGARA ISLAM ASEAN PERLU DITUBUHKAN MENGHADAPI KEMELUT ROHINGYA

Isu Rohingya merupakan isu antarabangsa dan kemelut paling buruk kerana jenayah terhadap penduduk Rohingya tiada kesudahan. Walaupun parah, tiada reaksi dari para pemimpin anggota ASEAN. Hanya kedengaran bantahan di kalangan rakyat bawahan tapi tidak diendahkan.

Sebenarnya, pihak kerajaan ASEAN rata-ratanya mempunyai masalah dalam negara persis masalah Rohingya. Seperti Indonesia pernah mempunyai masalah dengan Timur Timor dengan berakhirnya tertubuhnya kerajaan Timor Leste pada 20 Mei 2002. Barangkali inilah tindakan paling aman yang dapat membendung masalah Indonesia-Timur Timor.

Namun, masalah Filipina dengan penduduk Moro tiada kesudahan. Bilangan penduduk Moro adalah satu pertiga dari jumlah penduduk Filipina. Angkatan bersenjata dari kalangan bangsa Moro menentang kerajaan Filipina tiada pula kesudahan. Justeru, Filipina menjemput Malaysia menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut Filipina-Moro. Akhirnya, Undang-undang Asas Bangsamoro telah digubal yang mengiktiraf kepimpinan Moro yang terhasil dari rundingan kerajaan Filipina dengan Kumpulan Pembebasan Bangsa Moro (MILF).

Namun, penyelesaian Filipina tidak juga reda. Malah, konflik merebak ke Lahad Datu, Sabah apabila kumpulan dari bangsa Moro yang mendakwa waris Kesultanan Sulu menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia. Muncullah satu kemelut baru dan konflik panjang antara Malaysia dan sebahagian kecil bangsa Morro. Masalah ini tidak selesai dan mengheret pihak tentera Malaysia menumpukan kawalan rapi di Sabah.

Begitu juga Selatan Thailand terutamanya wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani yang mempunyai kemelut dengan Kerajaan Thailand. Banyak kes sudah berlaku semenjak tahun 1960-an lagi dan paling parah pada 2004. Isu paling popular adalah penahanan penunjuk perasaan di bulan Ramadan yang berakhir dengan tragedi kematian ratusan penduduk Selatan Thailand. Isu ini bagaikan isu etnik yang saling berbalas serangan antara kerajaan Thailand dan pemberontak.

Dengan pelbagai masalah yang timbul di ASEAN, para pemimpin anggota ASEAN bersikap tunggu dan lihat. Lebih mencari titik persefahaman antara anggota ASEAN dari memilih sikap masuk campur urusan negara lain. Bahkan, rantau ini sudah mempunyai kes-kes peringkat antarabangsa membabitkan Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly sehingga mengundang campur tangan Amerika Syarikat.

Apabila timbul isu Rohingya, ia tentu sekali tidak menarik minat anggota ASEAN. Malah, isu Rohingya tidak masuk dalam agenda dalam Mesyuarat Anggota-anggota ASEAN. Namun, ini tidak bermakna negara-negara Islam boleh berlepas tangan dari isu Rohingya. Usah hanya diharapkan suara dari ASEAN. Negara-negara Islam yang merupakan anggota ASEAN boleh berpakat dan bersatu menjuarai isu Rohinggya.

Negara-negara Islam ASEAN yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei sepatutnya menubuhkan sekretariat atau badan keamanan untuk memastikan kaum Rohingya dapat pembelaan sewajarnya. Tindakan ini merupakan tindakan untuk menjamin keselamatan serantau. Bukan hanya menyediakan penempatan pelarian Rohingya sebagaimana amalan sedia ada.

Bayangkan jumlah penduduk Rohingya mencecah angka 1.4 juta orang merupakan bilangan yang ramai. Jikalau kesemua mereka merupakan pelarian, negara-negara ASEAN bakal mempunyai masalah bagi menampung bilangan yang ramai. Tindakan yang wajar adalah membela penduduk Rohingya agar dapat kekal di sana sekaligus mengelak penduduk Rohingya dari menjadi pelarian antarabangsa yang sudah mencecah angka lebih 800,000 orang.

Pakatan negara-negara Islam ASEAN sudah sepatutnya wujud kerana mereka bukan sahaja berkongsi agama, mereka juga berkongsi budaya hidup melayu. Malah, geo-politik Indonesia, Malaysia dan Brunei yang pernah diberi jolokan Kepulauan Melayu merupakan pakatan yang paling serasi dan kuat bagi menghadapi kemelut rantau ini termasuklah isu Rohingya.
Dr. Muhammad Atiullah bin Othman

Monday, November 21, 2016

Waspada wahai pengkhianat, kita ada akhirat

USTAZ ABD RAZAK MUTHALIB
18 November 2016

SIAPA pengkhianat yang tercatat dalam sejarah Islam? Ramai. Bermula semenjak zaman Rasulullah SAW, zaman sahabat, khalifah sehinggalah ke hari ini, pengkhianat tetap wujud. Namun, mereka muncul dalam pelbagai watak dan berlainan cerita.

Khianat zaman Nabi SAW

Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW wujud pasangan pengkhianat suami isteri yang terkenal, bahkan terpahat namanya dalam al-Quran. Itulah Abu Lahab, si pengkhianat yang dilaknat. Satu surah diturunkan memberi ancaman atas kejahatan yang dilakukannya bersama isteri ke atas Rasulullah SAW. Surah Al-Masad menjadi bukti.

Ada juga watak pengkhianat seorang wanita. Kisah Zainab binti Al-Harith juga tidak boleh dilupakan. Seorang wanita Yahudi yang mengambil kesempatan menghidangkan daging kambing yang dicampuri racun. Lalu Rasulullah SAW pun memakan bahagian paha yang menjadi kegemaran Baginda SAW. Turut makan bersama Baginda SAW ialah seorang sahabat bernama Basyar bin Al-Barra' bin Ma'rur.

Selepas menjamah daging tersebut, Baginda SAW memuntahkannya semula dan berkata: "Daging ini memberitahu ku yang ia beracun". Lalu, wanita Yahudi tersebut dibawa berjumpa Rasulullah SAW. Baginda SAW bertanya mengapa dia melakukan sedemikian? Zainab mengaku dia telah memasukkan racun dan berkata: "Aku berkata kepada diriku, sekiranya dia (Muhammad) seorang raja, aku boleh berehat daripadanya (selepas mati akibat racun), tetapi sekiranya dia seorang nabi, maka dia pasti memberitahu ku perihal racun tersebut".

Rasulullah SAW memaafkannya. Tetapi akhirnya beliau dibunuh sebagai hukuman kisas selepas kematian Basyar bin Al-Barra' akibat memakan daging beracun tersebut. (Rujuk: Al-Mubarakfuri, Al-Rahiq Al-Makhtum, (Riyadh: Dar Ibn Jauzi, 2000), m/s 383)

Lihatlah, peranan khianat boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak pernah memilih jantina. Walaupun Zainab binti Al-Harith seorang wanita, namun apabila kejahatan menguasai dirinya, apa sahaja ruang yang ada akan digunakan bagi memusnahkan orang-orang yang tidak disukai.

Banyak lagi siri-siri pengkhianatan terhadap Rasulullah SAW yang dilakukan oleh golongan Yahudi yang terdiri dari kaum Bani Qainuqa', Bani Nadhir, Bani Quraidhah dan juga Yahudi di Khaibar.

Ombak murtad era Abu Bakar

Semasa zaman pemerintahan Abu Bakar Al-Siddiq sebagai khalifah pertama, beliau juga menghadapi detik getir pengkhianatan yang dahsyat. Ombak murtad yang diharungi beliau begitu kuat. Islam menghadapi tentangan ibarat sebuah kapal di tengah samudera yang dilambung ombak dari arah kiri, kanan, depan dan belakang.

Bukan calang-calang orang yang sanggup dan berani mengemudi kapal dalam situasi begini. Namun, ALLAH mengurniakan kepada umat ini seorang nakhoda yang cerdas, tangkas, berani dan tegas. Setinggi mana pun gelombang murtad yang melanda ketika itu, beliau tetap berdiri teguh menghadapi dan memerangi mereka. Itulah Abu Bakar Al-Sidiq.

Ibn Jarir Al-Tabari di dalam Tarikhnya menggambarkan bagaimana peristiwa pengkhianatan dengan murtad ini berlaku. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, Musallamah Al-Kazzab di Yamamah, Al-Aswad Al-Unusi di Yaman, Thalihah bin Khuwailid dari bani Asad, telah murtad semuanya. Diikuti dengan murtadnya seorang wanita, Sajjah binti Al-Harith dari Bani Tamim di Semenanjung Arab. Gejala murtad ini merebak dengan pantas di dalam setiap kabilah seperti kabilah Qadha'ah, Al-Harith, Hawazin, Amman, Hadramaut dan Tuhamah.

Namun, perancangan teliti dan berbekalkan semangat serta tanggungjawab mempertahankan kesucian Islam, Abu Bakar Al-Siddiq bersama sahabat yang lain berjaya mengekang dan mematikan hasutan murtad ini.

Perjuangan Abu Bakar memerangi jenayah murtad di zamannya sentiasa menjadi sebutan apabila sejarah beliau diingati. Akhirnya, hayat khalifah pertama ini berakhir dengan tragedi pengkhianatan juga. Seorang pengkhianat Yahudi telah meletakkan racun di makanannya. Setahun selepas peristiwa ini, Abu Bakar pun wafat.

Najis khianat tetap wujud

Kesan perjuangan Abu Bakar dirasai khalifah kedua, Umar Al-Khattab. Pada era ini, pengkhianatan semakin reda. Umar banyak melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbirannya. Wilayah Islam juga dapat dikembangkan dengan luas. Islam menguasai negeri Syam, Iraq, Yaman, Mesir dan lain-lain lagi. Bahkan, di era ini juga panji Islam dapat berkibar megah hingga menguasai dua kuasa terbesar iaitu Rom dan Parsi.

Namun, najis khianat tetap wujud dan mengotori lantai riwayat hidup Umar Al-Khattab. Sejarah mencatatkan kisah tragis bagaimana hayat khalifah kedua ini berakhir di tangan seorang pengkhianat Majusi. Abu Lu'lu' telah menikam Umar Al-Khattab ketika beliau menunaikan solat Subuh. Si pengkhianat inilah yang= dijulang, disanjung dan dipuja oleh puak Syiah hingga ke hari ini.

Pengkhianatan era Uthman

Kapal Islam bertukar nakhoda. Uthman bin Affan mewarisi khilafah yang ditinggalkan oleh Umar Al-Khattab. Walaupun menara Islam berdiri megah dan semakin tinggi ketika ini, tidak bermakna ia sunyi dari tiupan angin pengkhianatan.

Muncul di era Uthman seorang lelaki berbangsa Yahudi yang telah meniup bara fitnah hingga meletusnya api kebakaran yang dahsyat. Abdullah bin Saba' atau disebut Ibn Al-Sauda' adalah watak lelaki pengkhianat yang jahat.

Menzahirkan keislamannya di zaman pemerintahan Uthman, tetapi menyembunyikan pengkhianatannya. Dalam diam-diam dia telah menyalakan api fitnah dalam kalangan umat Islam. Mempengaruhi umat Islam dengan menabur pembohongan di atas nama Islam. Menghasut umat Islam ketika itu untuk mempertikaikan kelayakan Uthman sebagai khalifah. Hasutannya membawa mesej bahawa Ali yang lebih berhak menjadi khalifah. Akhirnya apabila api fitnah yang ditiup oleh Ibn Sauda' ini menyala marak, penentangan secara terbuka berlaku dan membawa kepada tragedi pembunuhan Uthman bin Affan secara zalim.

Bacalah kisah Abdullah bin Saba' dan kita akan tahu bagaimana pengkhianatannya yang sangat dahsyat. Laman riwayat sahabat terpalit dengan kekotoran fitnah yang dilempar olehnya hingga membawa kepada pertumpahan darah. Manusia inilah yang sebenarnya menjadi pengasas kepada Syiah yang wujud sekarang tetapi cuba dinafikan oleh mereka. Namun, catatan sejarah ini tidak dapat dipadamkan lagi kebenarannya.

Tidak puas hati

Apabila Ali bin Abi Talib mengambil alih peranan khalifah, beliau juga tidak selamat dari kejahatan pengkhianat. Api fitnah yang dinyalakan si Yahudi Abdullah bin Saba' masih marak menyala. Dia dan pengikutnya masih tidak puas hati dengan hanya membunuh Uthman, tetapi sebenarnya ingin membunuh Islam sendiri dan melenyapkannya.

Golongan pengkhianat ini yang membunuh Uthman, tetapi kemudian mereka juga yang berpura-pura menuntut supaya pembunuh Uthman mesti dihukum. Menangislah mereka dengan tangisan air mata buaya di atas kematian Uthman. Mereka mencurahkan lagi minyak di atas api fitnah yang mereka sendiri nyalakan. Umat Islam ketika itu dihasut untuk bangkit menentang Ali bin Abi Talib kerana fitnah bahawa beliau tidak menuntut bela di atas kematian Uthman dan tidak berusaha mencari pembunuhnya. Padahal hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Ali bin Abi Talib terpaksa berhadapan dengan golongan ini. Kisahnya agak panjang untuk diceritakan di ruang yang terbatas ini. Pengkhianatan dan fitnah Abdullah bin Saba' dan pengikutnya inilah akhirnya mencetuskan sejarah hitam di era khalifah yang keempat. Perang Jamal, pembunuhan Zubair Al-Awwam, pengkhianatan khawarij, peristiwa Nahrawan dan hingga membawa kepada tragedi pembunuhan Ali bin Abi Talib. Khalifah keempat ini telah gugur di tangan si pengkhianat dari golongan Khawarij, Abdul Rahman bin Muljam.

Pengkhianat elit

Demikianlah kisah pengkhianatan yang tertulis dalam lembaran sejarah Rasulullah SAW dan empat khalifah utama. Ia tidak mungkin dipadamkan lagi. Kekal sebagai peringatan bahawa berwaspada dengan pengkhianat.

Pengkhianatan tetap berterusan diwarisi pelbagai watak di dalam suasana berbeza. Di zaman sekarang, pengkhianatan boleh berlaku dengan cara yang lebih elit. Mengaut keuntungan harta, menyeleweng khazanah negara untuk kemewahan diri dan sanak saudara, itu juga adalah pengkhianatan kepada amanah yang diberikan rakyat jelata. Waspada wahai pengkhianat. Kita ada akhirat!
Via-Sinar Harian
_______________________________________

MOGA PANKIANAT BACA ARTIKEL INI

Sunday, November 20, 2016

Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga

Keyataan Media PAS Kedah 20/11/2016.

1. PAS Kedah bersama rakan-rakan politik tidak akan memberi laluan mudah kepada BN mempertahankan kerajaan Negeri apatah lagi memperolehi majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

2. Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di konvensyen parti itu, yang mahu meraih majoriti dua pertiga dalam PRU14, adalah kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata. Ia dibuat hanya untuk menyuntik semula keyakinan kepada ahli-ahli Umno yang semakin bercelaru ekoran perpecahan besar yang melanda parti itu sehingga tertubuhnya parti Bersatu. Bukan rahsia lagi, para pemimpin Umno Negeri termasuk Ahmad Bashah sendiri terpaksa turun ke akar umbi untuk memujuk ahli-ahli supaya tidak meninggalkan parti.

3. Sejak diberi mandat semula pada PRU13, BN nampaknya masih kabur dalam merancang pembangunan ekonomi dan urustadbir negeri yang berkesan. Sebagai perbandingan terhadap kegagalan sasaran pendapatan kerajaan Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dicapai 92 peratus pada tahun 2010 dan 98 peratus pada tahun 2011. Sedangkan di zaman BN, sasaran hasil negeri yang berjaya dicapai pada tahun 2014 hanya 79 peratus, manakala 2015 sebanyak 55 peratus.

4. Sebagai kerajaan yang mendakwa mereka terbaik, BN sepatutnya mengemukakan cadangan bagaimana kaedah menjimat perbelanjaan disamping mengurang kebergantungan kepada kerajaan pusat menerusi hutang. Selain itu hendaklah berfikir bagaimana menambah rezab kerajaan bukan dengan mengurangkan milikan Negeri. Semasa Kerajaan PR dijatuhkan dahulu, kedah memiliki rezab sejumlah RM208.9juta (2013). Hari ini rezab Kedah tinggal RM43.31juta. Ke mana ia dibelanjakan?

5.Dalam persidangan DUN Kedah baru-baru ini, ADUN pembangkang, khususnya PAS, telah memperlihatkan mutu perbahasan yang tinggi, jitu dan memahami sepenuhnya isu pentadbiran kerajaan Negeri. Justeru, jika mereka diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui Kedah pada PRU14 nanti, ia tidak membawa masalah yang besar terhadap rakyat.

6. Semoga impian rakyat Kedah untuk melihat berlaku perubahan besar dalam kepimpinan kerajaan negeri akan dapat direalisasikan pada PRU14 nanti.

DR AHMAD FAKHRUDDIN BIN FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
20 November2016.

Thursday, November 17, 2016

Fitnah berterusan: Pejabat Presiden PAS Terima Komisen Lombong?

Cuba Kerja Kuat Sikit Lagi Wahai Pemfitnah.
Saya ada beberapa soalan buat puak pemfitnah dalam isu ini, dan saya sertakan juga jawapan sekiranya mereka tidak mampu jawab;

1. Kenapa tidak dedahkan gambar TGHH sedang solat?
Maklumat yang kami dapati adalah, Tuan Guru Presiden dijemput untuk solat hajat di tapak lombong ini. Lalu, kenapa tidak dimasukkan gambar TGHH tengah solat hajat tersebut? Kenapa hanya gambar TGHH melihat peta/pelan itu sahaja yang disebar sedangkan ianya dibuka dan ditunjukkan oleh individu lain dan TGHH hanya melayan sahaja melihat pelan tersebut.

2. Perjanjian ataupun 'surat aku janji' yang disebar tersebut diarahkan oleh TGHH?
TGHH tidak tahu menahu berkaitan surat perjanjian itu. Dan sekiranya ia benar wujud, maka kenapakah diwujudkan Pejabat Presiden PAS di Taman Melewar sedangkan PAS telah lama beroperasi di Pejabat Agungnya di Jalan Raja Laut.
Keduanya, siapakah Zuraidin Abdullah? Benarkah dia bertugas sebagai Pemegang Amanah Pejabat Presiden PAS? Tahún bila dia masuk bertugas? Wujudkah individu ini di Pejabat Presiden PAS tengan jawatan sedemikian?
Ketiganya, andai kata Surat Aku Janji ini benar wujud, maka naif sangatkah semua yang terlibat untuk menulis dengan jelas di dalam perjanjian tersebut "Pejabat Presiden PAS" ? Sengaja mendedahkan parti dan individu kepada risiko dan bahaya?

3. Projek ini luluskah?
Ia hanya diluluskan dalam mesyuarat JKSM sahaja iaitu Jawatankuasa Mineral yang dihadiri antaranya oleh wakil Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa wakil lain. Sedangkan kelulusan mutlak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) adalah ditolak. Ia tak lulus langsung.

4. Bila MMK tolak, apakah pemohonnya marah dan mengamuk?
Ya, inilah isu yang sebenarnya. Pemohon telah mengamuk akibat permohonannya ditolak dan telah meminta sebuah parti politik yang memang hidup dengan isu fitnah, untuk mencemarkan terus imej TGHH yang pada asalnya dijemput oleh mereka untuk solat hajat sahaja.

Bahkan, pemohon itu sendiri telah menyertai parti pecahan PAS tersebut sebelum daripada tersebarnya gambar TGHH tersebut.

Dan, yang penting juga untuk dinyatakan di sini adalah, pemohon telahpun mengugut untuk mencemarkan imej TGHH dengan gambar tersebut sejak sebelum Hari Raya Korban lalu lagi sekiranya permohonan lombong mereka ditolak oleh MMK.

5. Apapun, puak pemakan fitnah tetap percaya akan cerita tersebut dek kerana mendalamnya benci mereka kepada TGHH. Jadinya?
Sekiranya benar dakwaan puak pemfitnah, di mana bukti transaksi duit yang bernilai jutaan itu?

#mohon sebarkan agar fitnah kembali tidur. TQ

Tuesday, November 15, 2016

Penghapusan istilah bumiputera & bukan bumiputera seperti termaktub dalam perlembagaan

konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh 6 November lalu, DAP...membentangkan 22 dasar yang akan dilaksanakan jika pakatan itu menang pada PRU-14. Konvensyen turut dihadiri pimpinan PKR & Amanah.

Antara dasar yang dibentangkan ialah:

1. Penghapusan sekatan berkenaan tanah rezab Melayu.
2. Penghapusan istilah bumiputera & bukan bumiputera seperti termaktub dalam perlembagaan.
3. Pengagihan peruntukan pendidikan secara adil.
4. Penggubalan Akta Anti Lompat Parti.

Aku dari dulu cakap, kalau DAP dan sekutu-sekutu dia tak sentuh bab kepentingan Melayu, rasanya deme dah menang besar, bukan saja kat Perak ni, satu Malaya deme perintah. Tapi mereka terutamanya DAP sampai hari ini tak boleh menahan diri daripada mempersoal, memperlekeh dan memperkecilkan hak & kepentingan orang Melayu.

Kalau kita belek Perlembagaan DAP sendiri, dah digariskan terang-terang visi mereka untuk hapus istilah bumiputera dan bukan bumiputera. Nampaknya kali ini mereka nak menDAPkan perlembagaan negara pulak. Umum mengetahui kenapa wujud istilah bumi & non bumi dalam Perlembagaan yg semua kaum setuju ketika negara dibentuk dahulu. Ia berkisar penjagaan kepentingan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini. Penghapusan istilah ini seolah-olah mahu menidakkan atau menghapuskan terus kepentingan dan hak orang bumiputera yang tergaris dalam Perlembagaan. Lagipun dah enam dekad istilah ini wujud, kenapa tiba-tiba sekarang sibuk nak hapuskan?

Bab tanah rizab ini juga memang amat "diminati" DAP sejak sekian lama. Ada sebab kenapa Undang-undang tanah Rizab Melayu diwujudkan khususnya sekatan² urusniaga. Pertama, bagi melarang tanah² ini dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu; dan melarang apa-apa urusniaga persendirian (Private dealings) yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu di antara orang Melayu dan bukan Melayu.

penghapusan ini untuk memastikan tanah rizab Melayu akan lebih tinggi dan akan beri keuntungan kepada orang Melayu. Orang Melayu tak kaya sebab tanah rizab Melayu harganya murah,

itulah sebenarnya matlamat pengenalan undang² tersebut. Iaitu untuk cuba mengekalkan nilai tanah pada harga yang agak murah dan kompetetif bagi orang Melayu. Dan harga yang tidak terlalu tinggi ini bertujuan supaya orang Melayu tidak lekas tergoda melepaskan pegangan tanah mereka kerana tawaran harga yang tinggi. Selain itu, sekalipun transaksi jualan beri keuntungan kepada pemilik, maka akan ada orang Melayu dalam pasaran tersebut yang berpeluang untuk menjadi pembeli sekaligus mengekalkan status tanah tersebut sebagai Tanah Rezab Melayu. Sebab itulah harga Tanah Rezab Melayu selalunya akan mempunyai penilaian yang lebih rendah berbanding tanah bukan Rezab Melayu walaupun kedudukannya terletak bersebelahan.

Pendek kata, kita kena kembali kepada objektif kenapa undang² Tanah Rizab Melayu itu diwujudkan - untuk memelihara identiti Malayu dan memastikan pemilikan Melayu kekal zaman berzaman. Nampaknya ada usaha secara halus untuk menggagalkan matlamat polisi ini. Seolah-olah mahu memastikan orang Melayu dikeluarkan sedikit demi sedikit dari pasaran hartanah dan terus menerus dibiarkan tidak berupaya untuk membeli dan memiliki aset hartanah. So kepada Nga, jangan letak maruah dan kehidupan orang Melayu ini adalah pada harga sekeping tanah.

Bab nak agihan pendidikan secara adil ni aku malas nak ulas panjang, Rasanya korang pun tahu kenapa. Dulu pun pernah persoal kat Parlimen kenapa peruntukan Masjid/surau lebih besar berbanding rumah ibadat yang lain. Tengok betapa dia punya level rasis memang tahap dewa!

Bab deme nak wujudkan Akta Anti Lompat ini lawak sedikit. Punya berdegar2 gelar orang 'katak'. lompat keluar dari Pas pi masuk AMANAH yg DAP taja tu nak gelar apa pulak?

Ni la yg orang tua2 selalu sebut, berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!

Monday, November 14, 2016

kisah DAP terhadap PAS yang selama ini tidak diketahui serta imej sebenar DAP

* Sebenarnya kita kena faham Tahaluf Ialah Kerjasama atau persefahaman diantara dua pihak ataupun lebih dalam PERKARA-PERKARA YANG DISEPAKATI

* Sebelum DAP menang dan mengusai Pulau Pinang, Lim Guang Eng meyakinkan orang Islam dengan berkata bahawa

“ Kita tidak perlu takut kepada Undang-undang Hudud kerana hudud hendak menghukum orang yang jahat sahaja dan kita yang tidak jahat tidak perlu takut"

* Kemudian selepas kali pertama mengusai Negeri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menambahkan lagi kepercayaan orang Islam kepada DAP dengan  memberi ucapan Islamiknya yang berbunyi
“ Tuan-tuan jangan bimbang, saya akan memberi keadilan  kepada semua sebagaimana Umar Abdul Aziz yang memberi keadilan kepada semua rakyat "

* Seterusnya Pada 9/3/2012 DAP dengan sombong dan angkuhnya meluluskan Piliharan Raya Kerajaan Tempatan semasa sidang DUN Pulau Pinang walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Pas. Dan sekaligus mengkhianati Persetujuan bersama kononnya dipegang oleh DAP selama ini.

*  27/1/14 Adun PKR dari Kajang Meletak jawatan dan mengosongkan kerusi tersebut tanpa membincangkan terlebih dahulu dengan PAS serta merahsiakan daripada Pas tujuan sebenar kekosongan tersebut iaitu untuk pelantikan Menteri Besar.Sedangkan PAS tidak bersetuju dengan Tujuan mereka yang Matlamat menghalalkan Cara

* Rakan Pakatan Rakyat yang lain mengenepikan keputusan Pas yang menolak “Kajang Move" serta pelantikan Datuk Sri Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru sebaliknya PAS terpaksa mencadangkan Yb Azmin Ali setelah pemecatan Yb Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak bermaruah

* Pas menolak Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar atas dasar pegangan Islam yang dibawa serta lantikan itu tidak memenuhi tuntutan Syara'. Sebagaimana sabda Baginda dalam hadith sahih iaitu apabila mendapat berita tentang pelantikan Anak Perempuan Raja Kisra sebagai pemimpin selepas kematian  bapanya.  Baginda bersabda yang mafhumnya
“ Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik orang perempuan sebagai pemimpin "

* 13 Mac, Pemimpin DAP yang tidak serupa bikin ini, yang tidak seIslamik dahulunya iaitu sebelum memenangi pilihan raya dengan angkuhnya berkata
“ DAP konsisten menentang Hudud". Kata-kata ini dikeluarkan semasa taklimat oleh wakil PAS Kelantan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan Hudud di bangunan Parlimen.

* 19/3/2015 Sidang DUN Kelantan tetap meluluskan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 pindaan 2015 walaupun mendapat tentangan DAP yang sebelum ini pernah meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan walaupun tidak dipersetujui oleh Pas.

* Mereka tetap meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PRKT) dan “Kajang Move" yang bertujuan untuk kepentingan peribadi dan kekuasaan mereka,walaupun mendapat bantahan Pas.Sebaliknya Hukum Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan demi Allah dan kepentingan umat Islam ditentang habis-habisan.

* 23/3/2015 DAP terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan President PAS ( Bermaksud putus hungan dengan Pas) serta menuduh President PAS sebagai tidak jujur,mengkhianati rakan Pakatan Rakyat, tidak bermaruah dll.

* Ekoran itu pada 27/3/2013 DAP Sarawak terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan PAS

* 30/3/2013 DAP Sabah turut menurut jejak yang sama untuk memutus hubungan dengan PAS iaitu 3 bulan sebelum PAS melangsungkan Muktamar pada Jun 2015 dan sebelum cadangan untuk batal Tahaluf dengan DAP.

*  4-6/6/2015 , PAS hanya baru MENGUSULKAN/MENCADANGKAN untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

* 11/7/2015 iaitu sebulan kemudian Barulah PAS memutuskan hubungan dengan DAP melalui keputusan Majlis Syura Ulama.
Sekaligus menangkis tuduhan GHB yang menuduh PAS terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan DAP.

* Pimpinan PAS yang kalah dalam muktamar menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atas alasan kecewa dengan PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

.........................................................

TUAN-TUAN

* Perpecahan DAP dengan PAS adalah bukan kerana Jawatan, kerana Kuasa dan lain-lain tetapi Kerana Menegakkan Hukum Agama.

* Perbincangan kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Pusat berkaitan kepentingan Islam iaitu Hudud dituduhnya DAP bahawa PAS ingin bergabung dengan Umno, Tetapi perbincangan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berkaitan Jambatan ke-2 dan Kerajaan Selangor berkaitan Air dan sebagainya maka tidak pula PAS tuduh mereka bersekongkol dengan UMNO

* Cadangan President PAS untuk mewujudkan Unity Government yang pada asalnya dipersetujui oleh DAP dan PKR telah diseweng oleh puak ini dengan tuduhan bahawa PAS mahu bergabung dengan UMNO. Sedangkan cadangan PKR untuk Konsensus Nasional dan Save Malaysia oleh DAP tidak pulak PAS menuduh mereka sebaliknya.

* Banyak Isu yang berkaitan dengan Agama Islam akan ditentang oleh DAP, dan yang menyedihkan terdapat segelintir daripada kalangan Islam yang membenarkan atas alasan bersikap terbuka

* Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama selain daripada itu bebas di Amalkan.Tetapi DAP masih menghalang kebebasan orang Islam mengamalkan Ajaran kita sedangkan mereka bebas beragama tanpa halangan daripada kita.

* PAS tidak bermasalah sekiranya bukan Islam tidak menyokong Hudud tetapi menjadi masalah apabila DAP mula MENENTANG hudud,iaitu bererti menentang pegangan orang Islam

* DAP juga menentang pengharaman Arak di kawasan majoriti Melayu semasa pimpinan  Datuk Hassan Ali sebagai Exco Agama.

* DAP juga menentang Cadangan pihak Daerah untuk mengasingkan tempat duduk pasangan yang bukan mahram semasa menontong wayang di Bandar Seri Iskandar Perak.

* DAP tetap membina sebuah gereja yang besar di Prai Pulau Pinang yang bermajoriti Melayu walaupun mendapat bantahan dari pegawai kerajaan negeri yang beragama Islam semasa mesyuarat.

* Isu kalimah ALLAH banyak diwakili oleh Peguam DAP dalam membenarkannya.

* Isu pengunaan pembesar suara semasa azan turut dibangkitkan DAP

* Isu merobohkan pusat penternakan Khinzir di Kedah suatu masa dahulu turut mendapat tentangan DAP.

* DAP pernah mendesak PAS untuk buang perkataan Islam suatu masa dahulu, akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Boleh dikatakan DAP akan iktiraf Islam yang kita perjuangkan jika memenuhi kehendak kumpulan 25% minoriti Cina ini. Mereka  selesa dengan GHB yang meringankan tanggungjawab Islam.Dimana Gah dan Rasa Mulianya 55% Islam berbanding 25% yang menentang ini.?

Jadi bagi ada yang tawar hati dengan PAS dan ingin berhijrah ke wadah baru yang dikatakan GHB ini,dinasihatkan jadilah orang yang bijak untuk berfikir, dapatkan maklumat yang cukup dalam segenap sudut.Janganlah sampai mudah diperalatkan sehingga sanggup menggadai prinsip atas nama keterbukaan. Dan janganlah terlalu mengharapkan janji-janji kemenangan yang segera sedangkan redha Allah dilupakan. Siapa yang berani jamin bahawa DAP akan sewenang-wenangnya memberikan kebebasan Islam yang diperjuangkan oleh GHB sedangkan PAS majoriti Islam serta mempunyai keahlian yang lebih 1 juta orang dan mengusai negeri pun masih ditekan oleh DAP. Apatah lagi GHB.

Sebaliknya Kekalah dalam Jamaah Islam dan Bekerjalah untuk mendaulatkan Islam,serta yakinlah dengan kemenangan dengan pertolongan Allah. Angkat dan letakkan kemuliaan Islam pada tempat yang sepatutnya.

Percayalah janji Allah berbanding janji orang Kafir.Masakan Allah tidak menolong kita sedangkan kita bersungguh-sungguh untuk Agama Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (Agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan AgamaNya)?”

Sunday, November 13, 2016

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK

Kisah Sejarah Malaysia yang digelapkan dari pengetahuan umum...

Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)...

1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.

2. Dalam artikel ini, gua mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.

3. Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.

4. Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.

5. Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan.

6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa.

7. Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu.

8. Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.

9. Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan.

10. Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.

11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.

12. Pada tahun 1986, Dr M mula gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula didagang jual kepada pemodal asing.

13. Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM didalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.

14. UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal.

15. Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.

16. Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem konsesi beray sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada Dr M dan proksi mereka.

17. Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana mereka UEM itu menyiapkan PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang melampau naik sehinga 70% dari kos estimated yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini.

18. Dr M malah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut.

19. Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion setahun dan terus meningkat tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut...

20. Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selamna berpuluh tahun ini pergi?...

21. Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lepas... Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar 'PAMPASAN', sesuatu yang sangat tak masuk akal...

22. Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di Lembah Klang sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa...

23. Panjang lagi kisah ni cuma gua pendekkan bagi pembaca mudah hadam.

24. Sape yg bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau share suruh bace ni... dan tanya balik kenapa negara Malaysia masa baru nak bangun tahun 60-70an masih miskin dgn sumber yg tak banyak akan tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ni...

25. Tetapi bila Malaysia jd maju kaya bawah DrM keadaan menjadi terbalik. Segala diswastakan dan dicaj tol kutip hasil titik peluh rakyat... Kat mana logiknya?... Nampak sgt DrM ni TIDAK AMANAH uruskan sumber negara...
credit to
https://www.facebook.com/mirovsky.mirovsky

PAS:Pokok Besar Yang Tidak Dapat Diendahkan

Jom baca analisa terkini politik

Jikalau Amanah betul dapat menggantikan PAS, Pakatan Harapan terutamanya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan pening kepala seperti hari ini.

Tidak akan kita kedengaran suara seorang ahli politik PKR yang mempertikaikan kelayakan “Tok Haji yang rasuah” menjadi pemimpin, tapi memilih membutakan mata pada kelayakan seorang pemimpin yang dipenjara kerana kesalahan jenayah moral untuk diangkat sebagai perdana menteri.

Tidak akan kita terlihat cubaan seorang pemimpin tertinggi PPBM melonggokkan pihak yang tidak bersama Pakatan Harapan sebagai kumpulan penyokong perdana menteri, tanpa menyedari betapa terdesaknya kelakuan beliau di mata orang awam.

Hakikatnya, walaupun terlalu pahit ditelan sesetengah pihak di dalam Pakatan Harapan, ialah PAS dengan kekuatan akar umbi dan pengaruhnya tidak boleh diendahkan sekiranya pihak pembangkang ingin mencapai kemenangan.

Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa semua pihak agar tidak terlalu mendesak PAS adalah bukti jelas kepada perkara ini.

PAS terus hidup subur, walaupun cuba dicantas dengan pelbagai cara sejak 2015 menggunakan politik persepsi. Pokok baru yang cuba ditanam pihak yang cuba mencantasnya gagal bertumbuh, malah pokok baru itu tidak dapat berdiri jika tidak berpaut pada tuannya.

Kecenderungan pokok baru ini untuk mengacau kerusi PAS, yang akan menyebabkan parti Islam itu bertindak-balas mengacau semua kerusi yang lain, menjadi liabiliti kepada parti rakan. Kerusi PAS dan DAP boleh dikatakan saling esklusif, oleh itu impaknya akan kurang. Ini berlainan dengan kerusi-kerusi PKR, yang kebanyakkan dilepaskan PAS kepada PKR kerana tahaluf.

Inilah dilemma PKR.

Apakah pula dilemma PPBM?

PPBM mengharapkan sokongan ahli Umno yang bencikan perdana menteri. Apakah kumpulan ahli Umno ini lebih sudi bersama parti yang mendekati PAS, atau parti yang mendekati DAP? Para pemimpin PPBM yang majoritinya bekas Umno sudah pasti boleh menjawab soalan ini dengan tepat.

PPBM sedar mereka akan bertempur dengan Umno di kawasan majoriti Melayu melebihi 85%, lantas memerlukan bantuan PAS jauh melebihi DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi PPBM tiada jentera pilihanraya kerana ia masih baru.

Inilah dilemma Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Oleh itu, tidak perlu hairanlah mengapa tandatangan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan ditangguhkan.

Hampir semua parti pembangkang, barangkali selain Amanah, sedar jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS, semua bakal hancur bersama. Yang berbeza ialah nasib PAS, kerana ia akan terus hidup subur meskipun kemenangan tidak dikecapi kerana parti ini mempunyai akar tunjang yang mendalam dan menjalar jauh.

Jika mahu bekerjasama dengan PAS pula, semestinya Islam perlu diletakkan di depan dalam segala urusan – yang sudah tentu menimbulkan keresahan pihak tertentu di dalam Pakatan Harapan. Bukan itu sahaja, PAS juga akan mewajibkan syarat agar kerusi-kerusi tradisinya tidak dikacau seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar melainkan PAS memberi laluan.

Azmin barangkali mengetahui bahawa usaha mendesak PAS kembali bekerjasama dengan parti yang cuba sedaya upaya mencantasnya dan parti yang hidup dengan mencuri ahli-ahlinya adalah keterlaluan. Oleh kerana demikian, begitulah nada kenyataannya.

Apakah PAS memerlukan PPBM dan PKR? Tidak semestinya kerana PAS boleh bertahan sehingga bila-bila meskipun tewas.

Apakah PPBM dan PKR memerlukan PAS? Jawapannya hampir ya kerana PPBM hanya mempunyai 1 peluang untuk membuktikan diri di kawasan majoriti Melayu, manakala susah dibayangkan apa yang akan berlaku kepada PKR jika mereka kehilangan Selangor selepas 2 penggal menerajuinya.

Timmy Say :FMT 13 Nov 2016

Wednesday, November 9, 2016

Bersatu dengan tali Allah

*TUAN GURU HASHIM JASIN*

09 November 2016

AQIDAH menjadi tali penghubung yang mengikat hubungan antara sesama manusia yang lebih kuat dari ikatan dan pertalian darah dan keturunan. Inilah yang disebutkan oleh Allah bahawa setiap orang Mukmin adalah bersaudara, dan hubungan mereka seperti susunan batu-bata dalam binaan sebuah bangunan. Mereka saling kukuh-mengukuh antara satu sama lain.

Dalam sejarah Islam, ia bermula dalam sebuah masyarakat yang begitu fanatik dan taksub perkauman dan perpuakan. Islam datang dengan menyatukan seluruh perbezaan darah dan keturunan kepada persamaan aqidah. Semangat perkauman yang kuat sebelum ini telah luntur akibat kekuatan iman sehingga para Sahabat yang berkulit hitam dari Habsyah seperti Bilal bin Rabah dan Sahabat imigran dari Yaman seperti Ammar bin Yasir mendapat kemuliaan setanding bangsawan Quraisy.

Kerana iman yang menjadi asas perpaduan, tidak ada lagi rasa terpisah antara golongan bangsawan dengan hamba sahaya. Persoalan kelas ekonomi dan sosial telah diruntuhkan oleh kekuatan iman. Golongan hamba sahaya dan orang miskin yang selama ini dipandang jijik oleh bangsawan Quraisy Mekah, telah mula mendapat pembelaan di atas semangat iman sehingga Abu Bakar mengorbankan hartanya bagi memerdekakan Bilal.

Kita sudah biasa mendengar nama-nama seperti Salman al-Farisi, Suhaib ar-Rumi, Bilal al-Habsyi dan lain-lain yang menunjukkan mereka bukan berbangsa Arab. Bahkan, di kalangan Ansar wujud Aus dan Khazraj, manakala tidak kurang juga Bani Israel dari keturunan Qainuqak, Quraizah dan Nadhir yang beriman. Mereka disatukan oleh Rasulullah SAW bersama Muhajirin dari Mekah dengan hablillah (tali Allah), sehingga menjadi sumber kekuatan dalam kebangkitan Islam.

Inilah kekuatan iman yang bertunjangkan tali Allah. Apakah tali Allah ?

Itulah Islam, agama suci yang menjadi cara hidup yang sempurna untuk manusia. Orang-orang yang telah beriman, diperintahkan oleh Allah supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Islam menjadi asas yang menyatukan semua orang beriman.

Perbezaan kerana warna kulit, daerah, status ekonomi, keturunan, bahkan pegangan politik tidak sepatutnya mengasingkan kumpulan-kumpulan orang yang beriman.

Sebagai mana kita merasai manisnya iman apabila mengenangkan nasib saudara seagama di Palestin, Chechen, Kashmir, Bosnia, Rohingya dan lain-lain, sehingga kita sanggup menghulurkan bantuan, menyuarakan tuntutan dan membela nasib mereka, begitulah sepatutnya rasa keimanan berkembang dalam diri kita. Kita tidak pernah mengenali atau bertemu dengan saudara seaqidah dari Chechen dan Bosnia, tetapi kita menyatakan solidariti. Kenapa ?

Nah! Hari ini di hadapan kita orang Melayu menjadi bangsa yang beragama Islam. Bangsa-bangsa lain seperti Cina, India dan Bumiputera juga mempunyai minoriti Islam. Telah lama kita dipisahkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah. Islam menyerukan perpaduan semua manusia atas semangat taaruf, sedangkan Islam memerintahkan orang yang beriman bersatu atas dasar aqidah (hablillah). Perbezaan sedia ada tidak menjadi halangan kerana kita mempunyai ‘penawar’ yang menyatukan iaitu Islam.

PAS telah mendukung Islam sebagai cara hidup yang syumul meliputi soal politik, ekonomi dan sosial. Islam yang diperjuangkan oleh PAS bukan hanya ibadat dan ritual semata-mata, tetapi sebagai sistem hidup. Dalam pada itu, terdapat kumpulan-kumpulan politik dan NGO yang turut disertai oleh umat Islam. Umat Islam hari ini ada dalam Umno, PKR, Bersatu, PAN, DAP dan lain-lain. Kita memperkatakan tentang kerjasama dan perpaduan. Tetapi mengapa umat Islam tidak mahu menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka ?

Jika kita bersedia memilih Islam sebagai alat menyatukan kita, sudah pasti umat Islam boleh menjadi kuat dan kukuh. Kita lupakan dahulu soal semangat kebangsaan atau ideologi yang kita anut, sebaliknya kita kembali kepada Islam sebagai tali Allah. Atas dasar iman, kita telah diperintahkan bersatu dan dilarang berpecah belah. Orang-orang Islam dalam PAS, Umno, PKR, Bersatu, hatta DAP dan PAN juga sewajarnya bersatu hati atas nama Islam, dan melupakan semua kepentingan sempit.

Saya menyeru semua umat Islam dan mereka yang beriman, khususnya di negara ini, supaya bersatu dengan berpegang teguh pada tali Allah. Kita kembalilah kepada Islam yang sebenar dan kita binakan kekuatan melalui perpaduan atas nama Islam. Kerjasama politik atau tahaluf siyasi adalah ruang yang sangat terbuka untuk semua orang, tetapi ia mestilah didasarkan atas nama Islam dan dipimpin oleh Islam. Bergerak di atas dasar al-Quran dan Sunnah akan menyatukan seluruh perbezaan kita dan mengembalikan kekuatan kepada kita !

Monday, November 7, 2016

MENGAPA PAS MENGAMBIL SIKAP BERKECUALI DALAM MENGUNDI TIDAK PERCAYA PADA BAJET 2016?

PAS tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan percen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yg diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat di dalam Bajet 2016.

Begitu juga, hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan FELDA melalui Bajet 2016. PAS tidak bersetuju dengan BRIM, tapi pada masa yang sama, PAS dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif yang lain di PRU14 nanti.

Dan sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu??? Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku "goverment shutdown", selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya, namun Obama terus berkuasa.

"Goverment Shutdown" menyebabkan 800 ribu kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara dan 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang.

Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan keadaan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan perdana menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tidak akan meletakkan jawatan walaupu bajetnya ditolak

Friday, November 4, 2016

PAS tolak pelawaan PAN sertai Bersih 5.0


MUHAMMAD ARIF ISMAIL | 04 November 2016.

KOTA BHARU: PAS menolak pelawaan Parti Amanah Negara (PAN) supaya gerakan Islam itu menyertai perhimpunan Bersih 5.0 pada 13 November ini di Kuala Lumpur.

Bahkan lebih teruk lagi, parti serpihan itu turut menyatakan komitmen berkenaan sebagai syarat untuk PAS menyertai Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Sebaliknya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk bergabung bersama Pakatan Harapan atau pun Umno.
"Cuma kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar dan prinsip PAS, kita terbuka dalam perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu Jalan Dato' Pati di sini pagi tadi.

Mengenai perhimpunan Bersih pula, beliau sekali lagi menegaskan PAS tidak akan menyertai program berkenaan serta mengarahkan ahli agar tidak terlibat.

Walaupun PAS menyokong beberapa tuntutan Bersih, namun parti itu mempunyai agenda lebih besar iaitu mengubah sistem sedia ada bukannya pemimpin.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS hanya akan menyokong sebarang perhimpunan yang menepati dasar serta prinsip parti itu dalam usaha memartabatkan Islam.

"Cuma penyertaan kita tidak seperti digambarkan dalam himpunan Bersih sahaja, bahkan semua usaha kita, mengambarkan apa yang PAS perjuangkan," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Bersih kerana membuat tuntutan. Sebaliknya PAS lebih fokus terhadap perubahan melalui sistem demokrasi.

Bercakap pada majlis lain pada petang tadi katanya Bersih bukan lagi nama program seperti ketika peringkat awal diwujudkan, sebaliknya sekarang sudah menjadi sebuah NGO.

Katanya Bersih sudah menjadi sebuah NGO yang didominasi pihak lain.
"PAS tidak terlibat sebagai penganjur himpunan tersebut, kita juga tidak tahu sejauh mana perancangan mereka.

"Kita tidak mahu hanya dijadikan alat bagi mencapai sesuatu, biar pun kita juga tidak setuju dengan pengurusan pilihan raya yang dikendalikan SPR.

"Kita bantah melalui pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkaitan kerana ia dianggap lebih berkesan," katanya.

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"