Google Search :

google search:
Google

Monday, December 26, 2016

Surat untuk YB Rafizi

Assalamualaikum YB,,

Selama ni, saya cuba memahami segala tindakan YB terhadap PAS. Kenapa YB menyerang PAS?Apa salah PAS terhadap YB? Dua soalan ni selalu bermain difikiran saya dan ianya saling berkait diantara satu sama lain. Seingat saya la, tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang melancar serangan direct terhadap YB. Sehingga kini dan hari ini, PAS masih menghormati hubungan tahalul siyasi dengan PKR.

Alhamdulillah, ceramah YB semalam telah menjawab segala persoalan yang bermain difikiran saya.

Tak sangka, rupa-rupanya YB marah sangat kepada PAS kerana PAS tidak bertindak seperti yang YB rancang dalam langkah Kajang dan YB membawa emosi itu sehinggalah sekarang!.. YB!Pas bukan khadam YB yang hanya menurut segala permainan politik YB. Malah tindakan PAS ketika itu adalah wajar dan ia juga telah termaktub dalam perjanjian PR yang membolehkan bersetuju untuk tidak bersetuju.

YB juga mengatakan sepatutnya Langkah Kajang adalah smooth jika PAS berhikmah dan tidak bersikap keras. YB pliz, jangan salahkan orang lain diatas kelemahan kita sendiri. Sepatutnya YB ada backup plan dan bersedia dengan segala kemungkinan.  Untuk makluman YB sikap keras PAS adalah betul berdasarkan keputusan mahkamah terhadap Dato’ Khalid Ibrahim. Membuktikan penilaian PAS adalah sangat tepat.

Sepatutnya YB tidak membawa emosi peribadi ke medan politik. Yang lepas biarkanlah berlalu letakkanlah kepentingan rakyat dihadapan.

YB juga ada memaklumkan, yang Datuk Seri Anuar Ibrahim meminta YB dan beberapa pimpinan PKR yang lain untuk memujuk ahli PAS yang kalah dalam pemilihan supaya menyertai PKR.Saya rasa la YB, mungkin dulu DSAI telah nampak  apa yang akan berlaku hari pada harini. Sebab itu dia mengarahkan supaya memujuk ahli PAS yang kalah tersebut untuk masuk PKR.

Persoalan pokoknya, bila sudah memengang jawatan beberapa penggal dalam parti maka mereka merasakan jawatan tu satu hak  milik. Ada lagi satu parti yang menganggap Jawatan ni satu hak milik. YB tahu parti mana?Parti umno. Second citizen, first citizen tak perlu timbul pun. Malah pimpinan yang kalah tak perlu pun keluar daripada PAS, duduk sahaja dalam PAS . Berjiwa besarlah kalau nak jadi pemimpin.

Jika DSAI sendiri telah mengeluarkan arahan memujuk pemimpin yang kalah tersebut supaya masuk PKR.Apa lagi saya boleh kata YB, natijahnya ialah apa yang kita hadapi pada harini. Bubarlah PAN sahabat jika kita mahu mengalahkan BN. Saya percaya ramai penyokong2 PAN sebelum ini telah pun sedar. Politik PAN bukanlah untuk menyelamatkan rakyat. Politik PAN  hanyalah politik untuk menyelamatkan karier politik individu.

Masalah peribadi dan emosi peribadi jangan dicampur adukkan dalam masalah politik. Jika dicampur adukan rakyatlah yang akan menjadi mangsa YB. Sebelum ini, saya jangkakan rakan sembang di kedai kopi lebih penting daripada rakyat tapi saya silap. Realitinya, rakan sembang dalam kereta selama 4 jam adalah lebih penting daripada rakyat.

Saya begitu kecewa dengan YB. Sebagai akauntan, YB semestinya sudah terlatih supaya membuat keputusan secara objektif . Elakkan elemen bias yang boleh override professional judgement, inilah yang terkandung dalam MIA-by law Fundemental Principal yang saya belajar. ICAEW juga ada Five fundamental principal code of ethics yang YB belajar. Bagi saya, YB adalah akauntan yang gagal.

Sekian.

Friday, December 23, 2016

HEBAT TOK GURU KITA

Hebat Tok Guru kita. Dalam penat-penat gagah bawa RUU355 ke sidang Dewan. Dalam sakit-sakit, sampai juga ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Myanmar. Baru lagi rasanya  tengok gambar Tok Guru lelah pucat di sudut wad. Sedar-sedar  sampai pula di Tehran . Dengar-dengar petah berucap menyatukan umat.  Patutnya, baru lepas baik sakit, berehatlah. Belek kitab belek facebook di rumah saja. Macam  Dr. MAZA, Dr Zuraimi dan Dr Juanda.

Persidangan di Tehran menyerlahkan segala-gala walaupun musuh nista. Dalam ramai-ramai negarawan muslim, Tok Guru kita yang didamba pandangannya. Dalam ramai-ramai ulama, Tok Guru kita dipilih berbicara di negara kuasa besar Islam sedunia.  Bukan sebagai pendengar tetapi berdiri sebagai tokoh bicara. Krisis Bosnia, Perang  Teluk , Perang saudara Afghanistan, sengketa Acheh,  Konflik  Yaman dan banyak lagi, Tok Guru kita dah jadi macam wakil PBB. Kalau ada Khalifah, beliaulah duta ke sana-sini. Siang bekerja untuk ummah. Malam mengabdi kepada Rabbi.

Ramainya orang sakit hati pada Tok Guru. Tok Guru dipukul disindir dari kedai kopi hingga bilik mufti. Kalau musuh politik satu cerita. Ini ilmuwan hadis berceramah di sana-sini bawa title Dr dan Phd pun nanar jiwanya. Aduh, sakit hendak memikirkan ini semua.

Pemergian Tok Guru nampak bercanggah dengan ketuanya di KUIS. Inipun dijadi hujah seolah kerja Tok Guru tak betul belaka.  Merdeka jiwa ulama dari Kampung Rusila ini.  Di negara kita, Tok Guru merdeka mengutarakan idea politiknya. Caci maki bertimbunan di media sosial tidak jadi kudis gatal mengganggu perjalanan siasahnya. Ideanya bukan sekadar membina agama. Malah kekuatan minda dan semangatnya mampu menyelamatkan bangsa dan negara. Tetapi pepatah ada berkata. Dekat berbau tahi,nanti bila  jauh baru berbau bunga.

Hebat bacaan politik ulama haraki ini. Merdeka jiwanya demi Islam seantero dunia. Mata hatinya terang nampak permainan kuasa besar dunia dengan proksi. Perang dicetuskan  umat yang jadi mangsa. Licik Mossad, licik CIA. Sedang merekalah dalang persengketaan kita. Media mereka memprojekkan pertembungan Sunni-Syiah. Umat kurang maklumat mudah terpedaya. Tapi Tok Guru kita nampak rencana mereka.

Apakah nanti Tok Guru  dibidik oleh mereka? Setelah Tok Guru mendedahkan wajah sebenar di topeng durjana. Mereka tentu bimbang umat ini kembali bersatu. Pasti nanti Tok Guru kita dijadikan seteru. Puas hatilah musuhnya nanti,  andai badannya kelak tersungkur diragut peluru?

Hebat Tok Guru kita di sisi manusia. Apalagi di sisi Allah Yang Maha Esa. Kita semua jadi saksi di akhirat nanti. Pasti. Moga Allah pelihara dan beri kesihatan kepada Sang Murabbi.

Sunday, December 18, 2016

Jawapan Pemergian TGHH ke Persidangan di Iran

Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit  tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini.

TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas. Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

Friday, December 16, 2016

Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report

16 Disember 2016.

KUALA LUMPUR: PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.

Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY

Wednesday, December 14, 2016

PAS Mungkin Bertanding Di Kerusi DAP Pada PRU14

: Mohd Amar

KOTA BHARU, 14 Rabiulawal 1438H, Rabu – PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi tradisi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama, maka tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.

Jabatan Pilihan Raya PAS kini sedang melaksanakan kajian di kerusi-kerusi dimiliki DAP dan parti itu (PAS) akan membuat keputusan sama ada untuk bertanding di kerusi DAP itu berdasarkan hasil kajian berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohd Amar berkata Jabatan Pilihan Raya PAS membuat kajian berkenaan kerana berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.

“Kalau kajian itu mendapati kita ada peluang besar untuk menang, mungkin kita akan bertanding sebab kita dengan DAP tak ada sebarang persefahaman dan kerjasama, jadi tak salah kita bertanding di kerusi yang ditandingi DAP,” katanya.

Ditanya mengenai Parti Amanah Negara (PAN) yang menasihati PAS supaya tidak bermimpi untuk terus kekal memerintah Kelantan, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata parti itu sebenarnya yang sedang bermimpi kerana mereka masih belum mempunyai sebarang rekod di pentas politik negara.

“Kita bercakap pun kita dah ada asas untuk kita bercakap, tapi mereka tak ada rekod politik lagi di Malaysia ini, tapi tiba-tiba Presiden (PAN, Mohamad Sabu) kata nak rampas Kelantan dan Terengganu, itulah sebenarnya bermimpi.

“Kita (PAS) bercakap sebab kita ada pengalaman dan pernah menang di Terengganu dan kita memerintah di Kelantan jadi kalau kita kata kita nak pertahankan Kelantan, kita nak kuasai Terengganu, kita berasaskan rekod. Itu realiti yang kita pernah ada,” katanya. – Bernama

Maklumat Salah, Tindakan Pun Salah

*Daripada mana awak dapat maklumat mengatakan Pas hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat Pas dapat RM90 juta?. Daripada mana awak dapat maklumat Pas tidak bersuara mengenai 1MDB,  RM2.6 bilion, DOJ?. Jawapannya daripada FB, wasap, ceramah orang yang benci kepada Pas, portal,  laman web.*

*Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin Pas? Awak baca Harakahdaily? Awak baca harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah  di markaz Pas? Awak dengar ceramah Pas? Jawapannya semuanya tidak.*

*Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.*

*Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, saraf musuh.*

*Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan Pas jangan pula fitnah Pas. Kritiklah Pas dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum.*

* Ust Hj Idris Hj Ahmad *
* 14/12/16  *

Tuesday, December 13, 2016

AIRMATA DAN DOA RAKYAT JEMBEL MENGIRINGI PERTABALAN SULTAN MUHAMAD V


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Allahuakbar. ,,,Allahuakbar, laungan takbir bergema dimana -mana , membesarkan sang penggenggam nasib , pencipta buana yang maha perkasa. Ribuan rakyat Kelantan yang berdesakan di kiri kanan jalanraya menuju ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan seribu keterujaan pada pagi dimana hari bersejarah dilakarkan .

Ada yang memisat- misat mata, cuba menyeka airmata yang mengalir perlahan dan menahan sebak. Perasaan bercampur baul, gembira dan sedih melihat Sultan yang merajai hati rakyat itu berdesut di aspal dengan diiringi skuad pengiring. Kesedihan itu mungkin bertandang sekaligus dengan jngatan pada almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sangat rapat dengan Tuanku Sultan Muhammad V.

Tak sukar membaca perasaan rakyat Kelantan pada Sultan mereka. Satu-satunya Sultan yang paling hampir dengan denyut nadi rakyat, memancing pesona masyarakat siber dengan visual-visual kezuhudan Sultan dan tidak membina tembok kaca dengan rakyat. Syukur ya Rabb, kini dalam sejarahnya negara ini mempunyai YDPA yang solat berjemaah di masjid, melazimi majlis-majlis ilmu, membaca mathurat pagi dan petang, rapat dengan asatizah, mampu menyembelih binatang korban,mampu menjadi imam solat dan mempunyai fikrah Islam.

Sultan Muhammad lahir pada tahun 1969 dan beliau merupakan anak sulong , ditabalkan sebagai Putera Mahkota pada tahun 1985. Semasa hayat almarhum Tuan Guru Nik Aziz, baginda sering bertamu ke Pulau Melaka dan berdamping dengan ulama kesayangan ummat itu. Dengan penampilan sederhana, Tuanku sering muncul dimana-mana masjid untuk solat berjemaah tanpa protokol dan skuad pengiring. Guratan wajahnya tenang berdoa dan membaca al Quran usai solat dan tak pelik jika rakyat Kelantan yang kental berugama menyayangi Baginda.

Kadang sosok ini muncul tiba-tiba di teratak rakyat miskin , menziarahi yang uzur terlantar. Tak kekok menurunkan jenazah rakyat jembel ke liang lahad serta mendoakan rakyat dalam pelbagai situasi. Semasa Kelantan diterjah banjir pada penghujung Disember 2014, Baginda turun ke medan operasi untuk membantu tanpa sorotan lensa. Dalam rintik hujan, mencicip kopi hangat daripada cawan polistrine, menenangkan rakyat yang diuji dengan bah besar kedua selepas banjir Merah 1926.
Harapan kepada Tuanku Sultan Muhammad sangatlah besar, rakyat yang terdera dengan pelbagai kesusahan hidup akibat polisi dan salahurus negara oleh politisi yang rakus. Citra dan harapan untuk melihat tanah leluhur ini dipayungi angin kesejahteraan Islam, apatah lagi dengan serangan pelbagai kumpulan anti Islam yang semakin berani memunculkan wajah tengik mereka.

Semoga tanahair ini semakin membaik dengan ruh pengamalan Islam dan membumikan Syariah. Sultan Muhammad V menaiki takhta dengan iringan doa seluruh rakyat yang cintakan kedamaian dan pemberdayaan segenap upaya untuk melaksanakan Islam yang syumul. Selasa 13 Disember , laungan takbir menggema dimana-mana belahan negara ini,dijalanan, masjid, kedai makan, warung pisang sesikat sehinggalah ke Istana Negara Kuala Lumpur. Ada segunung harapan dan sebanjaran nuansa untuk melihat tanah watan ini dalam pengampunan dan kerahmatan Tuhan.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian Dan Kebudayaan Pusat)

Pendedahan mohamad razali bekas pengarah strategik hal ehwal orang melayu islam dap

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/31/Pendedahan-mohamad-razali-bekas-pengarah-strategik-hal-ehwal-orang-melayu-islam-dap/
*Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman mendedahkan perancangan-perancangan sulit parti itu untuk menawan Putrajaya* dan apa yang bakal dilakukan selepas DAP dapat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di Putrajaya.

_Di antara kandungan ceramahnya :_
*_Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium.Di Malaysia ini, kami sempat buat di tiga tempat saja. Satu di Pulau Pinang. Lepas itu kami buat di Hotel Shangg di Johor dan  satu lagi di Selangor, di Hotel Quality Shah Alam. Lain semua di luar negara._*

*_Tugas utama saya Tuan-tuan dan Puan-puan. Tugas utama saya semasa saya berada dalam Kerajaan Negeri adalah merancang bagaimana nak mengusir orang Melayu ni keluar daripada Pulau Pinang.Saya tak tuduh orang lain, saya tak kata orang tu baik, orang tu tak baik. Saya adalah orang yang terlibat secara langsung isu tanah-tanah orang Melayu di Pulau Pinang ini. Isu di Pokok Asam di Jeletong, isu di Balik Pulau, Bayan Mutiara, pelupusan masjid yang berharga RM 125 juta ini. Sayalah orang yang terlibat secara langsung yang merancang supaya kita tukar tapak masjid itu ke bangunan komersial. Sayalah orangnya._*

*_Saya telah membuat rombongan ni pergi ke Medan antara Ivory Property dengan Kerajaan Negeri. Kita telah pergi ke Medan berbincang, tiga hari dua malam di sana.Kami telah berbincang tiga hari dua malam. Itu tidak diberi open tender. 2009..kita dah setdah nak bagi dekat Ivory Property. Harga sekaki tanah di Pulau Pinang, di tempat itu berharga RM420 sekaki tanah harganya. Bayangkanlah, projek itu bernilai lebih RM1 billion pada masa itu.Sekarang lebih lagi. Memang tak diberi open tender, dah diset kita akan bagi dekat Ivory Property.Sayalah orang yang terlibat. Sayalah orang tengah antara Kerajaan Negeri dengan Ivory Property untuk projek Bayan Mutiara. Begitu juga dengan projek-projek lain yang sedang rancak sekarang.Sedang diusahakan terutamanya di bahagian Batu Feringgi tu, Island Resort Moon Light Bay..semua itu merupakan sayalah orang yang terlibat.Walaupun tak dapat kelulusan disebabkan lereng bukit tapi saya berjaya menggunakan kuasa yang ada kat saya mempengaruhi Kerajaan Negeri supaya memberi kelulusan kepada Ivory Property._*

*_Merampas tanah-tanah orang Melayu, merobohkan kedai-kedai orang Melayu, sayalah orangnya. Kalau kami tahu dia tu tak sokong Pakatan Rakyat, tak sokong DAP, kami akan pastikan kedai dia akan diroboh wlaupun dia ada lesen ke apa, kita akan cari teknikal apa pun untuk merobohkan kedai dia atau sekurang-kurangnya saman dia, bagi denda. Macam tu cara kami.Kalau dia tu merupakan penyokong Pakatan Rakyat, you tak ada lesen pun tak ada masalah, kita akan benarkan you berniaga.Contoh saya boleh bagi. Tuan-tuan kalau pi ke Pulau Pinang, pergilah ke Jalan Yong Len brhampirn dengan Hotel Sunway, di sana merupakan penyokong-penyokong tegar DAP yang berniaga di sana. Mereka tidak mempunyai lesen ke apa, tak ada.Disebabkan mereka hardcore DAP, kita sanggup tutup jalan daripada pukul 4 (petang) hingga 12 (malam) untuk memulakan mereka berniaga. Sebab depa penyokong DAP. Kalau penyokong UMNO ke Barisan Nasional ke, padah akan menanti dia. Sampai macam tu saya buat._*

*_saya duduk dua minggu di asrama gereja. Kiri kanan paderi-paderi daripada luar negara. Saya sanggup duduk.Banyaklah paderi-paderi yang saya bertemu di sana ni. Mereka ingat saya ni orang India sebab muka nampak macam orang India. Sebab saya pun tahu empat bahasa. Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Tamil pun saya tahu, bahasa Mandarin pun saya tahu.Jadi, mereka ingat saya ni orang India. Ada seorang paderi tu, semasa dia berjumpa saya, dia dok bercakap bahasa Tamil dengan saya, dia ingat saya India. Dia pun tak tanya nama saya, dia dok panggil saya brother ja. Saya pun panggil dia brother balik.Saya tanya kat dia, apa you buat kat sini hampir lima tahun. Nama dia Martin. Beliau ni fasih berbahasa Melayu, cukup fasih paderi ni. Dia kata, dia dok di Sibu ni hampir lima tahun.Tanya kat dia, apa you buat lima tahun kat sini? Adakah ditugas nak ajar cara-cara nak sembahyang orang Kristian ke?Dia kata, tak. Yang tu bukan tugas dia. Tugas utama dia adalah untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Sibu._*

*_Kami dibekalkan sehari Tuan-tuan dan Puan-puan, RM5,000 oleh DAP. Setiap hari pukul 8 pagi, saya akan pergi ke pejabat ambil duit RM5,000. Duit itu saya kena guna habiskan sebelum pukul 10 malam. Saya kena habiskan setiap hari RM5,000.Nak habis duit bukannya susah, senang je.Very easy. Kebanyakan saya laburlah di rumah-rumah panjang dan juga kawasan-kawasan orang Melayu.Kita pun guna politik wang juga. Siapa kata DAP tak guna politik wang. Kita guna lagi banyak. Kekuatan atau kewangan DAP sekarang ini terlalu kukuh.Saya berani jamin, saya berani kata, DAP merupakan satu parti yang paling kaya di Malaysia ni. Paling kaya. UMNO pun tak kaya macam DAP ni._*

*_Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir? Ada pula setengah-setengah wakil luar negara yang saya tak pernah kenal langsung. Saya tanya kat rakan saya, pasal apa semua paderi ni hadir. Sedangkan ini cuma makan malam DAP saja? Dia kata, dia pun tak tahu. YB (Jeff) yang jemput.Saya rasa malam tu tak puas hati lah. Saya Setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik, siapa orang-orang putih ni? Dia kata, mereka merupakan Ketua Paderi daripada beberapa negara asing.Rasa satu sangsi kat saya ni. Majlis makan malam DAP, pasal apa Ketua Paderi luar negara dan dalam negara hadir. Inilah penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.Majlis pun bermulalah dengan ucapan Ahli Parlimen Jelutong ni. Sebelum ni Tuan-tuan dan Puan-puan, ucapan dia sama. Saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam, saya boleh terima, tak ada masalah bagi saya, no problem. Tapi pada malam tu, dia kata benda yang sama juga, saya tak boleh nak terima langsung. Dia mmpertikaikn, dia kata agama Islam merupakan satu agama pengganas,terorist religion. Dia mmpertikaikan kenapa al Kitab tidak dibenarkan masuk ke Semenanjung Malaysia. Macam-macam dia mempertikaikan._*

*_Pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.Paderi yang saya maksudkan itu inilah yang duduk di tengah-tengah berbaju orange, beliaulah Ketua Paderi daripada Afrika Selatan. Lepas tu, paderi tu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh-mubaligh Kristian datang ke Semenanjung Malaysia. Dia kata, projek mereka di Sabah dan Sarawak telah berjaya.Lepas ini mereka akan fokus di Smenanjung Malaysia. Tentang dana, no problem. Kita akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO-NGO Kristian._*

*_Guan Eng ni Tuan-tuan dan Puan-puan, dia merupakan seorang pemimpin yang mempunyai dua watak yang cukup berbeza. Saya dok lama dengan dia. Di hadapan Tuan-tuan dan Puan-puan, itu merupakan watak lakonan sahaja.Di belakang itu adalah watak real Lim Guan Eng. Siapa yang rapat dengan dia yang biasa tengok watak sebenar Lim Guan Eng. Beliau mempunyai satu kumpulan gangster yang cukup-cukup jahat di Pulau Pinang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk Lim Guan Eng.Saya tahu sebab saya bersekongkol dengan mereka pada masa itu. Saya bersekongkol dengan dia pada masa itu, saya tahu siapa-siapa dia ini. Dia kata, “You don’t against me.”Saya kata, “No, saya tetap dengan pendirian saya tak tarik balik laporan polis itu.I stick which my decision, I won’t pull out this report.”“Ok never mind Razali, if you don’t want pull out, I will make sure after this your life in Penang were be miserable.” Saya akan pastikan kehidupan kamu di Pulau Pinang akan huru-hara.“Never mind..whatever you to do I don’t care.” Saya letak phone.*_

*_Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi Pas menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, diacall saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.“Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?.”“Abang, ini isu agama bang.”“Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi.” Dia kata.“Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik.”“Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?” “Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu.”Saya kata dia, “Isu agama.”“Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku Pas tak ada apa. Hang DAP tahu apa?”.Sampai tahap tu dia kata kat saya.“Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik.”Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. “Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik.”“Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang?. Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu.”RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja.Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.Tapi dia kata, “Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup.”Saya tanya kat dia, “Apa dia?.”“Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO utk membuat laporan polis tu.”Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, “Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?”“Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa.”Pemimpin Pas, ingat Tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden Pas sekarang.Dulu, pada masa kejadian tahun lalu,_* beliau merupakan *Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Mohamad Sabu*..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.

*_Isteri saya kerja di bank. Kata orang nak jumpa, ingat customer dia pun turun ke bawahlah. Dua orang paderi datang. Niat mereka cukup baik, dia datang nak tolong family saya. Tahu paderi tu kata apa, “Kami tahu sekarang ni your husband is not working. We are here to help you. We willing to help you and enjoy your family.”Dia serahkan satu sampul surat, penuh dengan wang, tak tahu banyak mana. “Ni gunakan untuk bulan ni. Kami sanggup bagi tiap-tiap bulan untuk you. Kalau boleh you pujuklah husband you supaya dia tarik balik laporan polis tu._*

*_Yang Dipertua Negeri di kalangan orang Cina saja kita mahu. Kenapa Yang Dipertua Negeri untuk orang Melayu saja? Kami pun rakyat Malaysia juga, kenapa kami tidak diberi hak? Dia tanya, pasal apa kami tidak diberi hak?Kita pastikan, kalau kita dapat tawan tempat ni, Putrajaya ni, kita akan pastikan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak selepas ini, TYT adalah daripada kalangan orang Cina.Sistem Raja Berperlembagaan..ni mungkin ramai orang dok bercerita benda ni. Kita akan hapuskan. Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Is it you want role by pirates our country?, dia tanya._*

*_Tuan-tuan tahu tak dalam satu mesyuarat, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng kata apa, “Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu.The most racist are Malays.” Dia kata, nilai seorang Melayu ni, “Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja. No more than that value.” Dia kata, orang Melayu Singapura pun kita boleh tipu, apa lagi orang Melayu Malaysia,nothing for us. Kita boleh beli dengan RM100. Boleh letak harga pula_*

*_Israel..dah keluar banyak isu dah. Hubungan Israel dengan Anwar Ibrahim lah, hubungan Israel dengan PKR, itulah..inilah, banyak orang dah tahu dah.Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad. Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang. Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP._*

*_Kita tengok Bersih, saya ambil contoh Bersih. Tempat yang paling suci untuk orang Islam, Mekkah dengan Madinah pun, dikotori oleh siapa? Puak-puak ni. Adakah DAP buat di tempat terkunci ada DAP buat Bersih. Adakah orang India buat Bersih di Batu Caves, adakah? Tiada.Tengok, siapa yang menjadi barua DAP ni. Tempat yang paling suci orang Islam ni. Dua tempat tu sampai dicemari macam tu ke. Disebabkan politik ke. Sampai macam tu nak tunjuk kesetiaan dekat DAP._*

*_ Ada satu kejadian berlaku di Pulau Pinang pada tahun 16 Jun 2010 di Jalan Burma. DAP buat satu majlis makan malam. Kita panggil Mat Sabu sebagai penceramah undangan kita. Saya panggil dia. “Abang Mat, 16 ni kena buat.” Dia kata okay. Saya tanya kat dia, “Abang nak mai berapa orang?”. Dia kata nak mai lebih kurang 10 orang. Kita pun sediakanlah dua meja makanan halal. Meja kedua untuk penyokong dia. Meja pertama, saya, Lim Guan Eng, Mat Sabu dengan pemimpin DAP yang lain duduk. Majlis bermula dengan ucapan pemimpin DAP. Lepas itu, Lim Guan Eng bagi ucapan. Last sekali Mat Sabu. Ucapan Mat Sabu biasalah, dengan lawak jenaka dia, it’s normal.Tetapi, di tengah-tengah ucapan dia, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Mat Sabu. Walaupun saya masa tu berfahaman DAP, tak pernah terlintas di hati saya nak kata benda tu.Saya cukup terkejut. Tak sangka pemimpin Pas ni sanggup kata benda tu. Tahu dia kata apa. “Saya lebih rela makan babi dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib.” Dia kata macam tu, penyokong dia yang duduk kat belakang tu, takbir lagi. Depa takbir juga untuk tu pun._*

Sunday, December 11, 2016

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1438H PRESIDEN PAS

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

_"Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."_ (al-Anbiya’: 107)

Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyempurnakan seluruh ajaran dan syariat Islam dengan membimbing dan memimpin seluruh umat manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia hingga akhirat.

Bersama Baginda adalah kaum yang Allah namakan sebagai Muslim, menjadi umat wasatiyah dan terbaik di kalangan manusia, menunjukkan teladan mengharmoni dan mensejahterakan kehidupan di muka bumi.

Hakikatnya, dunia akhir zaman ini tersangat berhajat kepada umat Islam yang akan mengembalikan secara teguh seluruh seruan dan akhlak Rasulullah S.A.W untuk menyelamatkan dunia yang sedang dihimpit oleh pelbagai kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia yang jauh dari hidayah Allah.

Jelas hari ini rintihan manusia dihina, diperdagang, didera, disiksa hingga dibunuh oleh mereka yang memperhambakan. Dirampas segala hak hasil usaha, harta, kediaman, perekonomian dan tanah air oleh penjajah dengan pelbagai wajah yang sangat rakus.

Juga segala amanah diwarnai kecurangan, penyelewengan, rasuah, skandal dan salah guna kuasa oleh pemimpin yang seumpama serigala. Selain pelbagai penyimpangan agama yang menyesat dan membingungkan dari tujuan ubudiyah.

Hingga membekaskan kepada dunia hari ini dengan bayangan hitam jenayah, ketakutan, penderitaan dan bida'ah yang tiada kesudahan, pembelaan serta penjernihan.

Maka, didatangkan Islam yang pernah ditegakkan Baginda Rasulullah S.A.W sebagai penyelesaian terhadap segala kebejatan ini. Menukarkan air mata derita kepada kegembiraan, kemungkinan kepada jaminan, serta sengsara kepada bahagia di dunia dan akhirat.

Justeru, umat Islam mestilah bersatu padu terlebih dahulu dengan berpegang kepada sunnah Rasulullah dan menggenggam erat syariat Allah. Seterusnya bangkit sebagai umat yang akan menebarkan rahmat ke seluruh alam ini.

_"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."_ (an-Nur: 55)

Inilah salawat akbar umat ini ke atas Baginda, yang tidak hanya diterima hadirnya dengan keraian berhimpun bercerita riwayat mengenang semata-mata. Tetapi menegakkan seluruh usaha Baginda ke atas umat manusia secara istiqamah hingga tertegaknya keadilan melalui syariat Allah S.W.T.

_"Inilah Penyelesaian Kita"_

*ABDUL HADI AWANG*
Presiden PAS
11 Rabiul Awwal 1438H | 11 Disember 2016M

Sumber: https://pas.org.my/kenyataan-berita/10226-perutusan-maulidur-rasul-1438h-presiden-pas

Kedah..MELAYU MUDAH LUPA??? Koleksi Mahathir hina Islam

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

HINA DAN PECAT ULAMA'

Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNO terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini.

"Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).

Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

"Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

"Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

"Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

"Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

"Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

Allah kata (berfirman):
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"

(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):

"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"

"Ulama'  itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-

Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)
dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM  bagi umat Islam  berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir.

Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?

.

Roslan Alan at Saturday, October 29, 2011

Alkisah sekumpulan burung merpati

Tulisan khas untuk ahli PAS…
Baca la sampai habis...sedap cerita ni...

Satu masa dahulu, terdapat sekumpulan merpati yang terbang dibawah pimpinan seorang raja di kalangan mereka untuk mencari makanan.

Burung terkecil yang terbang di barisan akhir mengeluarkan bunyi memberitahu ia ternampak bijiran makanan tertabur di bawah sebuah pokok.

Kumpulan merpati tersebut berhenti dan turun untuk menikmati bijiran yang dijumpai.

Tiba-tiba ada benda berat terjatuh ke atas mereka.

Kumpulan merpati itu terkejut untuk mendapati mereka kini terperangkap di dalam satu jaring.

“Habislah kita kali ini. Maafkan saya. Saya tak patut suruh henti makan bijiran ini,” kata burung terkecil itu penuh kekesalan.
Kumpulan merpati itu bertambah panik apabila melihat pemburu burung sedang berlari ke arah mereka.

Raja burung merpati menyuruh semua anak-buahnya bertenang dan memberikan satu idea bijak.

“Mari kita memegang jaring ini dengan paruh kita dan terbang bersama jaring ini. Bersama, saya yakin kita dapat menahan berat jaring ini,” kata Raja burung.

Pemburu burung semakin menghampiri kumpulan merpati, tetiba kumpulan merpati terbang ke langit bersama jaringnya.

Pemburu burung terpegun dan marah kerana kehilangan semua hasil tangkapannya selepas susah payah menabur bijiran di lantai untuk menipu burung.

Kumpulan merpati tersebut terbang dan singgah di perkarangan satu masjid, di mana rakan Raja burung, seekor tikus menginap di sana.

Raja burung meminta tikus untuk menggigit jaring supaya anak-anak buahnya dapat melepaskan diri. Tikus memulakan kerja dengan sepenuh hati dan tidak lama kemudian, semua burung merpati bebas.

Mereka mengucapkan terima kasih pada tikus dan terbang semula ke langit bersama Raja burung dengan megah dan lebih bersatu padu – dan lebih bijak melihat mana satu perangkap, dan mana satu makanan sebenar.

Pengajaran: Tak kira betapa sukarnya cabaran yang kita terpaksa lalui di dalam jamaah kita, kita akan mencapai kemenangan sekiranya kita bersatu dan bersama-sama menghadapi masalah bersama.

Senyum.
~ TITM ~
#istiqamah
#berdiri_teguh_bersama_ulamak

PAS Pilihanku

1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 10 Disember 2016 telah bersetuju untuk meluluskan gerakerja penambahan keahlian PAS secara besar-besaran di seluruh negara.

2. Kempen ini dinamakan PAS PILIHANKU dan YB Dato' Iskandar Abdul Samad selaku Naib Presiden PAS telah dilantik sebagai Pengerusi manakala Jabatan Setiausaha PAS Pusat akan bertindak sebagai Jawatankuasa Perlaksana. Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS akan melaksanakan tugas sebagai Timbalan Pengerusi.

3. Kempen ini dijangka akan dilancarkan pada 21 Januari 2017 di Shah Alam dengan sasaran menghimpunkan 10,000 ribu anak muda.

4. Terdahulu, PAS telah melancarkan Pendaftaran Keahlian secara atas talian (online) pada 24 November 2016 yang lalu bagi mereka yang ingin memohon menjadi Ahli PAS Daftar Terus (Seumur Hidup).  Sila ketik (click) ke https://keahlian.pas.org.my untuk proses permohonan tersebut.

5. Pendaftaran secara atas talian ini telah mendapat sambutan yang sangat baik apabila kira-kira 800 borang permohonan telah diisi untuk menyertai PAS dalam tempoh 10 hari yang pertama sistem ini dilancarkan.

6. Borang permohonan juga boleh dimuat turun (download) melalui pautan di bawah ;
https://www.pas.org.my/keahlian/borang

7. Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Kaunter Pendaftaran Keahlian PAS dan Kaunter Daftar Pemilih mestilah dibuka di semua peringkat dalam setiap program yang melibatkan PAS bersama masyarakat.

8. Seluruh ahli PAS adalah diseru untuk terlibat dalam kempen ini. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Sekian. Wassalam.

"PAS PILIHANKU"

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Sekretariat Kempen PAS Pilihanku
11 Disember 2016

Saturday, December 10, 2016

Perang Mahathir Dan Istana..

Kita tidak boleh lupa bahawa Mahathir yang mengisytiharkan perang ke atas Almarhum Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, dan memanggilnya penyeludup. Sultan Ismail telah mengimport Lamborghini Diablo atas nama anaknya dan Mahathir merampas kereta apabila ia tiba di Lapangan Terbang Subang.

Sultan begitu murka dia meminta pegawainya untuk pergi ke pejabat Kastam di Subang dan mengambil kereta dengan paksaan. Pegawai Kastam hanya berdiri dan memerhatikan pegawai Sultan memandu kereta ke luar. Mahathir kemudian mengumumkan bahawa Sultan adalah penyeludup kerana dia tidak membayar apa-apa cukai ke atas kereta tersebut.

Sebenarnya Sultan dan Putera Mahkota dibenarkan sebilangan kereta bebas dari cukai. Dan Kerajaan Negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan yang memutuskan ini. Mahathir tidak jelaskan kepada rakyat tentang perkara ini. Sebaliknya beliau memberitahu rakyat bahawa Sultan Ismail Petra ayahanda Sultan Kelantan kini dan Agong adalah penyeludup.

Kerajaan Kelantan digugat dengan isu Lamboghini (1992)

Tambahan (lagi kepada melancarkan perang khianat terhadap jenayah raja yang saya nyatakan di atas – yang saya akan tunjukkan secara terperinci kemudian), adalah penampilan Mahathir pada konvensyen DAP hujung minggu lalu dan perjanjian dengan Lim Kit Siang serta Mahathir terlibat dalam Bersih dan kuning yang sedang digunakan sebagai identiti Bersih.

Kuning adalah warna diraja dan sebab kenapa Bersih menggunakan warna kuning pada tahun 2007 adalah untuk menunjukkan kesetiaan kepada Agong ketika itu (DYMM Sultan Terengganu). Pada tahun 2007, Bersih adalah sebuah gerakan untuk menyerahkan Petisyen Pilihan Raya kepada Agong dan kemudian terpulang kepada baginda untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan mengenainya. Hari ini, Bersih adalah mengenai untuk menewaskan Najib, Umno dan Barisan Nasional dan untuk memadam dominasi politik Melayu dan menggantikannya dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP.

Sebab DAP membubarkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan adalah supaya mereka boleh menendang PAS keluar dari gabungan itu. Dan sebab yang mereka lakukan ini adalah untuk menentang RUU355, yang melibatkan pindaan Syariah bagi Negeri Kelantan.

Anda tidak mahu mengundang masalah dengan Sultan ini: DAULAT TUANKU!

Sultan Kelantan adalah ketua agama Islam di negeri itu. Mengapa DAP, parti yang dikawal oleh orang-orang Kristian Evangelist, memberitahu Kelantan apa yang boleh dan tidak boleh lakukan mengenai undang-undang syariah di negeri ini? Kit Siang dan DAP telah melancarkan perang salib terhadap syariah sementara itu, mereka mengabaikan peranan dan kuasa Sultan Kelantan dalam perkara ini. Dan Mahathir telah menjadi Barua DAP, parti yang menganggap Islam sebagai musuh dan memberitahu Kelantan apa yang boleh dan tidak boleh buat.

Sebab itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan Sultan Kelantan Murka. Ditambah lagi dengan perkara-perkara lain dan Mahathir bernasib baik memandangkan hukuman mati tidak dikenakan kepadanya. Kita akan bercakap tentang punca utama kepada semua sebab-sebab mengenai mengapa Mahathir dibatalkan jemputan ke majlis pertabalan Agong selepas menerima jemputan sebelum itu.

Kerabat DiRaja Kelantan

Pada tahun 1975, Majlis Raja-Raja melantik Sultan Yahya Petra sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia mengantikan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah Kedah yang menamatkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Agong. Malangnya, Sultan Yahya tidak melengkapkan tempoh beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong. Beliau mangkat di Kuala Lumpur pada 29 Mac 1979. Beliau telah digantikan oleh anaknya – Tengku Ismail Petra yang kemudian memerintah sebagai Sultan Ismail Petra – kadang-kadang dikenali sebagai Sultan Ismail II Kelantan.

Sultan Ismail Petra berkahwin dengan Tengku Anis – anak perempuan Tengku Abdul Hamid dari Pattani dan Tengku Azizah (anak perempuan Tengku Seri Maharaja Muhammad Hamzah yang dinyatakan sebelum ini). Sultan Ismail Petra memerintah Kelantan dari tahun 1979 hingga 2010. Pada tahun 2009, beliau dimasukkan ke hospital dan terlantar di katil. Pada tahun 2010, Majlis Raja-Raja di Kelantan menyingkirkan Sultan Ismail Petra dari takhta dengan memihak kepada anak sulungnya – Tengku Muhammad Faris Petra yang kemudiannya memutuskan untuk memerintah sebagai Sultan Muhammad V Kelantan. (Orang Dua Belas)

credit Malaysia Today

Thursday, December 8, 2016

KERAJAAN PAS KELANTAN DIGUGAT DENGAN ISU LAMBORGHINI SULTAN KELANTAN (23 MAC 1992)

Sendiri mahu ingat la....

Dalam tahun 1992, usaha menggugat Kerajaan PAS Kelantan telah melalui tahap yang lebih mencabar apabila berita tentang kereta Lamboghini Daiblo 'dilarikan' oleh Sultan Kelantan didedahkan kepada umum.

Isu kereta Lamboghini ini telah berbangkit kerana permusuhan Umno dengan Istana Kelantan yang menyebabkan baginda Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bertindak membawa keluar kereta tersebut dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 Mac 1992, tetapi mula disensasikan pada 23 Mac 1992.

Serangan peribadi terhadap Sultan Kelantan ini berkait rapat usaha Umno menggugat Kerajaan PAS Kelantan yang dituduh oleh mereka menang kerana campur tangan Sultan Kelantan dalam politik kepartian.

Isu Lamborghini ini bermula apabila Sultan Kelantan bertitah kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dalam bulan November 1991 tentang hasrat baginda untuk membeli kereta tersebut dari Itali dengan wang baginda sendiri dengan dikecualikan cukai import.

Pada 2 Mac 1992, ketika kereta tersebut telah tiba di Subang, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Kastam enggan membenarkan kereta tersebut dikeluarkan dari Kompleks Kargo sehingga Sultan Kelantan membayar duti import yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

Usaha Sultan Kelantan untuk berunding dengan pihak kastam dan Menteri Kewangan telah gagal sehingga 16 Mac 1992, yang menyebabkan baginda bertindak pada 19 Mac 1992 untuk mengambil sendiri kereta tersebut di Kompleks Kargo Subang itu.

Isu Sultan Kelantan dimainkan oleh Umno sejak akhir 1990 apabila mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990 yang didakwa berpunca dari pergeseran Sultan Kelantan dengan Umno dan hubungan rapat baginda dengan pakatan PAS-APU.

Pada 1 Disember 1990, Perhimpunan Agung Umno telah meluluskan usul untuk menyekat Raja-raja Melayu dari terlibat dalam politik, yang diikuti oleh siri-siri penghinaan terhadap Sultan Kelantan seperti perhimpunan haram di hadapan Bangunan Umno Kelantan diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ibrahim Ali yang diikuti pula oleh kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Che Alwi Che Ahmad yang menuduh Sultan Kelantan berpolitik.

Far Eastern Economic Review pada 28 November 1991 melaporkan serangan Umno terhadap Sultan Kelantan dan Raja-raja Melayu secara terbuka di media.

Untuk melegitimasikan tindakan Umno terhadap Sultan Kelantan dalam usaha mereka menggugat Kerajaan PAS Kelantan ini, maka isu kereta Lamboghini ini menjadi senjata terbaik Umno.

Walaupun isu ini pada asalnya hanyalah isu pentadbiran antara Istana Kelantan dengan Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Kewangan, tetapi pada 23 Mac 1992, rakyat Kelantan dikejutkan oleh pendedahan kepada media kononnya Sultan Kelantan telah 'melarikan' kereta tersebut tanpa membayar cukai.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Mac 1992 ketika mengulas isu ini menyifatkan ia adalah satu penganiayaan terhadap Sultan Kelantan sekali gus memalukan Kerajaan PAS Kelantan, sedangkan sejak 2 hingga 21 Mac 1992 Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk berunding dengan Menteri Kewangan, tetapi ia tidak dilayan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 23/3/2016

credit Jebon Bon

Ini sudah melampau, kempen untuk boikot *PASTI*

Untuk orang PAS, kita mohon jangan hantar anak² ke sekolah IKRAM/PAN, hasil didikan di sini akan melahirkan khadam² DAP yang menolak hukum Allah.
RANGKAIAN SEKOLAH-SEKOLAH MUSLEH IKRAM / PAN

SEKOLAH RENDAH:
1.SRI Al-Azhar, Jitra, Kedah
2.SRI Al-Islah, Sg Petani, Kedah
3.SRI Al-Itqan, Bayan Lepas, P. Pinang
4.Sekolah Tahfiz Islah, Tok Bedu, P. Pinang
5.SRI Al-Furqan, Kuala Kangsar, Perak
6.SRI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
7.SRI Al Hidayah, Seri Iskandar, Perak
8.SRI Al-Amin, Gombak, Selangor
9.SRI Al-Amin,Taman Keramat, Kuala Lumpur
10.SRI Al-Amin Bangi, Selangor
11.SRI Al-Amin Kuching, Sarawak
12.SRI Hira’, Klang, Selangor
13.SRI As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan
14.SRI Hidayah, Johor Bharu
15.SRI Aman Kota Bharu, Kelantan
16.SRI Al-Amin Kuala Terengganu, Terengganu
17.SRI Al-Amin Dungun, Terengganu
18.SRI Al-Amin, Kemaman, Terengganu
19.SRI Al-Amin, Kerteh, Terengganu
20.SRI Al-Amin WP@Wangsa Maju
21.SRI Aman, Wakaf Bharu, Kelantan
22.Sri i-Musleh, Melaka
23.SRI Al-Amin Paya Besar, Kuantan
24.SRI Al-Amin Nilai
25.SRI Al-Amin Cheras Selatan
26.SRI Aman Machang, Kelantan

SEKOLAH MENENGAH:
1.SMI Al-Azhar, Jitra, Kedah
2.SMI Al-Islah, Sg Petani, Kedah
3.SMI Al-Itqan, Pulau Pinang
4.SMA Tahfiz Islah, Tok Bedu, P. Pinang
5.SMI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
6.SMI Al-Amin, Gombak, Selangor
7.SMI Hira’, Jeram, Selangor
8.SMI Al-Amin, Bangi, Selangor
9.Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan
10.SMI Hidayah, Johor Bharu
11.SMI Aman, Kota Bharu, Kelantan
12.SMI Al-Amin, Kemaman, Terengganu
13.SMI Al Amin Bestari d’Merlimau, Melaka

Pas 4 All

credit  Syam Woo Sung

Tuesday, December 6, 2016

Dekat Mana Salah TGHH Ustaz Idris Hj Ahmad

4/12/16
Apa masalahnya TGHH hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini. Ada yang kata munafik kepada Pas. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.
Persoalanya dekat mana yang salah TGHH?. Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya?. Adakah TGHH baca ayat Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul?. Adakah TGHH terkeluar tajuk? Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama?. Adakah Salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam. Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah. Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno.
Ada yang tafsir ayat "Jangan kamu cenderung dengan kezaliman". Seolah-olah TGHH sokong orang zalim, maka ia akan disambar oleh api neraka. Salah kerana TGHH duduk sebaris dengan PM, nanti akan disambar oleh api neraka. Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka.

Kesimpulannya, marah kerana yang pergi itu TGHH. Yang berucap itu pemimpin Pas, kalau pemimpin mereka Ok. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di "taqdiskan" (disucikan). Fahamlah dengan kaca mata Islam,bukan emosi. Rujuklah Quran, Sunnah, Sirah. Pas tidak akan tunduk kepada sesiapa. Selagi tidak bertentangan dengan Islam dan syariat Pas akan terus bekerja untuk menegakkan Islam. Pas tahu jalannya sukar dan jauh. Mereka yang ada agenda yang jahat akan terpelanting. Kalau Umno BN ada strategi dan ada agenda tersendiri,  Pas juga ada strategi dan tawakkal kepada Allah SWT. Perancangan Allah lebih hebat.

CUKUPLAH puluhan tahun menyusahkan dan menyulitkan ulama² seluruh dunia.
Org Islam jom lah solat fardhu BERJEMAAH di masjid² kita di seluruh daerah dan Dunia.
*Allah pasti bantu*

Monday, December 5, 2016

Politik Dakwah: Langkah Berani Tuan Guru Presiden PAS

1. Apabila tersebar sahaja gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang duduk sepentas bersama PM Najib Razak dalam Himpunan Solidariti Rohingya, terus pelbagai telahan dan andaian dibuat, bergantung kepada perspektif mana ia dilihat.? Samada daripada sisi positif ataupun negatif.
Bagi UMNO, ini adalah peluang terbaik mereka untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka pun bersama PAS membela isu ummat Islam Rohingya. Dalam suasana realiti politik semasa, UMNO perlu mengikut rentak tari pendirian PAS kerana mereka begitu takut kehilangan sokongan orang Melayu-Islam yang boleh menjadi penentu samaada kekal atau tumbangnya Kerajaan BN pada PRU 14 nanti.?

2. Bagi Pakatan Harapan pula, khususnya DAP dan PAN semestinya ini akan dijadikan modal serangan terbaru terhadap PAS.
Maka, dikeluarkanlah dalil oleh juak mereka bahawa adalah haram bersama pemimpin zalim, diungkit semula kisah Amanat Haji Hadi dan segala macam modal kitar semula.
Pada masa yang sama, di Konvensyen DAP para pemimpin PH bersuka ria berada sepentas dengan Tun Mahathir, mantan Presiden UMNO dan PM yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun.
Lawak bukan.?
Seandainya yang berada di atas pentas bersama PM Najib itu adalah Mohd Sabu, Lim Kit Siang atau Wan Azizah maka mereka pun pasti mendabik dada ini politik jiwa besar mereka.
Politik jenis apa sehingga tak boleh langsung duduk semeja antara pemimpin kerajaan dan pembangkang.?
Sebenarnya ada banyak sahaja gambar kemesraan pimpinan DAP bersama pemimpin UMNO, siap berpeluk dan mencuit pipi lagi.
Mungkin dalam benak pemikiran penyokong PH sudah dimind setkan  bahawa apa jua yang PAS buat tetap salah perlu diserang, manakala apa yang pemimpin PH buat semuanya benar, perlu dipertahan.
Mereka yang menyerang itu entah-entah, tidak mendengar pun isi kandungan ucapan Tuan Guru Presiden PAS.
Mereka hanya tahu menyebar, mengedit gambar untuk dijadikan bahan troll dan sajian kutukan perang politik persepsi di alam maya.

3. Bagi PAS, Himpunan semalam adalah medan Politik Dakwah kerana PAS tidak pernah memisahkan unsur Dakwah dan Tarbiah daripada Siasah (Politik). Politik Dakwah adalah Ciri Kedua dalam gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.
Tuan Guru Presiden PAS memanfaatkan sepenuhnya ruang yang diberikan untuk menyampaikan mesej dan pendirian PAS dalam isu Rohingya.
Ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanya 10 minit tetapi ianya jauh lebih berisi dan berfakta berbanding ucapan PM dan TPM yang berucap dengan nada lenggok suara seperti masih berada di atas pentas retorik Persidangan Agung UMNO yang baru selesai sehari sebelumnya.

4. Ucapan Tuan Guru Presiden PAS itu turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui TV arus perdana.
Beliau berucap di hadapan para Menteri, Menteri Besar, Mufti dan para penyokong Kerajaan dan NGO yang hadir.
Bukankah ini peluang dakwah percuma secara terbuka yang dimanfaatkan oleh PAS.?
Tidak ada pula kedengaran dalam ucapan Tuan Guru Presiden PAS itu yang mengampu, memuji mahupun membela UMNO.
Beliau hanya memfokuskan ucapan berkenaan isu Rohingnya sahaja.
Tuan Guru Presiden PAS memulakan ucapan dengan membaca firman Allah, Ayat 39-40 Surah Al Hajj yang bermaksud;

_"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu._
_(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."_

5. Seterusnya, Tuan Guru Presiden PAS menegaskan isu yang berlaku di Myanmar ini bukan sahaja memerlukan campur tangan Malaysia tetapi kesemua negara yang menandatangan piagam hak asasi manusia PBB, piagam Geneva, negara-negara ASEAN yang berjiran, anggota OIC, dan semua pejuang hak asasi manusia.
Kita kini berada di dunia langit terbuka, sebaran media yang memberi maklumat tanpa sempadan dan rasa perikemanusiaan.
Islam mendahului semua agama dan ideologi lain dalam mempertahankan hak asasi manusia.

6. Dalam satu persidangan di Belanda selepas Perang Dunia Kedua, mereka merujuk terjemahan Al Quran bagi menggubal undang-undang antarabangsa. Al Quran mengajar umat Islam menghormati hak orang yang dizalimi termasuk bukan Islam.
Dalam Surat At Taubah ayat 6 yang bermaksud,

_"Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui."_

7. Dalam hubungan antarabangsa, Islam mendahulukan perdamaian, maka langkah diplomatik dan diplomasi hendaklah didahulukan. Tuan Guru Presiden PAS mendesak Kerajaan Malaysia bersama Kerajaan negara lain campurtangan dalam menyelesaikan isu Rohingya ini dan juga suku kaum lain yang dinafikan hak kerakyatan oleh Kerajaan Myanmar.

8. Di mana rasa hati masyarakat antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar dunia.? Mereka campurtangan di Iraq kerana ada petroleum yang banyak, campurtangan di Afghanistan bagi membawa hasil Asia Tengah melalui Lautan Hindi. Mereka mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata sehingga mengenepikan kepentingan kemanusiaan. 

9. Umat Islam berhimpun atas nama kemanusiaan dan persaudaraan Islam. Perkara ini menebusi sempadan politik dan agama. Kita wajib bersatu dalam isu sebegini, kita boleh berbalah tetapi dengan beradab dan berakhlak. Kita perlu mewujudkan ummat yang bersatu, masyarakat madani sepertimana Firman Allah ayat 13 Surah Hujurat yang bermaksud;

_"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari Adam dan Hawa, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu berkenal-kenalan.."_

Taaruf dengan makna berkenalan dan membentuk masyarakat madani kerana satu negara dan satu kaum tidak boleh hidup bersendirian. Kita memerlukan makanan, pakaian, pengangkutan dan segala kemudahan yang tidak mungkin boleh dihasilkan oleh satu pihak sahaja.

10. Apa yang berlaku di Myanmar itu bukanlah masyarakat madani maka  masyarakat antarabangsa wajib campurtangan dengan mendahulukan diplomatik dan diplomasi kemudian langkah darurat yang perlu difikirkan bersama demi menyelamatkan mereka khususnya golongan wanita, orang tua, dan kanak-kanak. Jangan kita hari ini lebih sibuk menjaga hak binatang, hidupan liar lebih penting daripada manusia yang dibunuh dan diseksa. 

11. PAS melalui Tuan Guru Presiden PAS telah menyatakan pendirian tegas dalam isu ini. Semestinya kita mengharapkan Kerajaan bertindak lebih berani dan tegas kerana kuasa ada di tangan mereka.
PAS tidak pernah berdiam diri dalam isu ini, bahkan kita sudah beberapa kali berdemontrasi dan menyerah memorandum kepada Kedutaan Myanmar sejak beberapa tahun lalu.
Jadi, tak usahlah PAN bising kononnya isu ini 'dihijack' oleh parti tertentu.

12. Usul tergempar isu Rohingya oleh YB Kuala Terengganu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, tetapi PAS pula yang dipersalahkan kerana kononnya sebab tidak ada YB PAS bangun berdiri mempertahankan usul PAN.
Untuk makluman, isu penolakan usul itu dibangkitkan pada hari terakhir sidang sebaik sahaja pindaan usul RUU 355 dibacakan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Para Ahli Parlimen PAS hadir dalam sidang media bersama Tuan Guru Presiden di luar dewan pada ketika itu.
Lagipun sejak bila pula PAN masih berharap kepada pertolongan PAS.?

13. PAS memperjuangkan isu Rohingya ini sudah begitu lama semenjak sebelum wujudnya PAN lagi di atas muka bumi ini.
Boleh dikatakan hampir setiap kali sidang Parlimen, Tuan Guru Presiden PAS mengemukakan soalan isu Rohingya bahkan dalam ucapan perbahasan beliau juga turut menyentuh isu antarabangsa ini.
Maka, harapnya kepada PAN khususnya YB Kuala Terengganu yang bising isu 'hijack' ini sedarlah diri kerana kerusi yang dia  sedang wakili sekarang itu pun dimenangi atas tiket PAS bak kata pepatah Melayu, "ayam berkokok berderai derai, ekor sendiri bergelumang tahi".

_Catatan oleh;_
_Syed Ahmad Fadhli,_
_Pegawai Pusat Penyelidikan PAS_

Sunday, December 4, 2016

JAWAPAN KEPADA MEREKA YANG KELUAR DARI PAS LALU MENUDUH PAS NAK BERGABUNG DENGAN UMNO / BN

- baca sampai habis, baru tahu maksud perjuangan PAS.
In Shaa Allah.

Peringatan dari Firman Allah, ertinya;
"Hai orang-orang yang beriman! barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(TQS al-Maidah [5]: 54.

Ibnu Katsir mengatakan, mereka adalah orang yang berpaling dari menolong agama-Nya dan menegakkan syariah-Nya. Diterangkan pula oleh beliau, orang tersebut kembali dari kebenaran kepada kebatilan.
Cipta satu tanggapan atau persepsi negatif (tak kira betul atau tidak) kepada individu atau satu kumpulan supaya mereka dibenci atau tidak disokong lagi atau buatkan mereka berpecah belah, itulah cara perang saraf yang digunakan puak Yahudi zionis laknatullah menghancurkan kerajaan islam. Jangan kita ikut cara itu. Allah merekod segala-galanya.

Dah puluhan tahun PAS dituduh nak bergabung dengan BN tapi kesudahannya dalam PRK, PRN dan PRU, PAS tetap tentang dari dulu kini dan selamanya selagi mereka tak mahu menerima perjuangan PAS untuk melaksanakan pentadbiran negara kita ikut dasar islam termasuklah melaksanakan hukum—hakam Allah secara berperingkat dan berhikmah. Itulah yang membuktikan tuduhan kamu adalah satu perang saraf, menyebar persepsi jahat.

Allah tahu Firaun tidak akan beriman jika diberikan nasihat secara baik sekalipun, namun Allah tetap perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun pergi berdakwah kepadaNya (firaun) dengan lemah lembut.
Firman Allah di dalam Alquran, ertinya;
“Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut” (QS. Thaahaa: 43-44)

Ustaz Nasrudin Tantawi berkata: “Tak takutkah Tok Guru pergi berucap dalam majlis yang ada ramai pemimpn BN/UMNO tu, nanti orang kata nak bergabung, berUG lah".

”Bukan senang dapat undangan berucap depan pemimpin UMNO/BN, Ana kena pergi, Ana nak pergi”. Bukankah Rasulullah S.A.W. ada bersabda. Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi shallallahu‘alaihi wa sallam bersabda;
أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
“Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran (berkata yang baik), di hadapan penguasa yang zalim.” (HR. Abu Daud no. 4344, Tirmidzi no. 2174, Ibnu Majah no. 4011. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan).
"Ana nak pergi”, tegas Tok guru.
Tolong rujuk ucapan Tok Guru kepada pemimpin-pemimpin negara dalam majlis yang kamu ejek dan perlekeh berpakaian sedondon tu. (Alumnai pelajar Al azhar), Tok Guru suruh pemimpin kembali mentadbir negara ikut dasar Islam yang sebenar? Ke tak dengar pun? Ikut2 apa orang kata tok leh...
So, berdosakah Tok Guru nak ikut CONTOH sebagaimana perintah Allah kepada Nabi-nabiNya juga Rasulnya?

Dari dulu kini dan selamanya, In Shaa Allah PAS ditubuhkan untuk mengajak rakyat malaysia termasuk pemimpinnya supaya bersatu berhijrah dari pentadbiran juga berhukum-hakam Taghut kepada cara islam (Allah). PAS boleh bergabung dengan siapa sahaja yang bersetuju dengan dasarnya tapi maaf siapa yang menentang dasar islam, PAS tak boleh bersama dalam agenda politik, namun begitu dalam perkara kebaikan untuk semua rakyat PAS boleh bekerjasama dengan siapa sahaja. Kerana apa yang PAS tentang ialah kemungkaran atau kebatilan juga kuffar, musyirikin dan munafiqin yang menentang syariat Allah, bukan hanya kebaikan untuk umat sejagat.
Firman Allah, ertinya;
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya".
(A-li'Imraan 3:103)

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
(A-li'Imraan 3:104)

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar".
(A-li'Imraan 3:105)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul".
(Al-Mumtahanah 60:1)

"Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka)".
(Al-Mumtahanah 60:2)

QS. 3. Aali 'Imraan : 28.
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu)."

QS. 4. An-Nisaa' : 144.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?"

QS. 5. Al-Maa-idah : 57.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman."

Semoga kita semua mendapat panduan juga pengajaran darinya (Firman Allah). In Shaa Allah..
TAKBIR!!

Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya

Selesai HSUUR dalam 11.30 pagi.Himpunan yang dapat menghimpunkan banyak ngo Islam di Malaysia untuk sepakat dan bersetuju mengenai isu etnik Rohingya yang di tindas.Saya tidak berhajat menghurai siapa yang hadir di atas pentas.

Saya dan rakan-rakan/Jabatan Amal Malaysia yang bertugas di dalam dewan himpunan.JAM di tugaskan khas menjaga hadirin yang hadir dalam dewan yang di putuskan dalam meeting induk penganjur.Suatu penghormatan kerana di dalam meeting dan perhimpunan itu juga ada Polis,DBKL dan agensi-agensi beruniform kerajaan yang lain.

Semenjak dari bermulanya majlis pada jam 8.15 pagi,Pengerusi Majlis sudah menyebut 'Unit Amal'(mungkin dia tidak tahu sudah menjadi Jabatan Amal) mohon mengawal hadirin.Selepas beberapa ketika apabila di tengah-tengah majlis berjalan,nama Unit Amal lagi di sebut.Dalam pada ucapan dari ngo MC berhubung terus dengan Unit Amal untuk kelancaran kemasukkan hadirin yang masuk terlalu ramai.

Di bawah yang hadapan pentas utama berkumpul geng 'baju merah dato Jamal'.Bentuk tubuh yang besar dan sado,muka nampak garang namun bila berhadapan dengan kami JAM mereka juga tolong membantu untuk menenangkan geng mereka dan hadirin yang masuk berpusu-pusu.Ada ketikanya Dato Jamal sendiri berbincang dan berharap kami dapat membantu untuk mengawal hadirin.

Sehingga tamat majlis,kesemua JAM yang bertugas mengawal hadirin tetap teguh Istiqomah berdiri demi kelancaran hadirin yang masuk dan keluar.Semua dapat beri kerjasama dan hadirin nampak berpuas hati dengan tugasan kami.

Bila tamat majlis,kami perlu memegang tangan untuk melepaskan VVIP dan wakil-wakil ngo untuk turun dari pentas dan keluar dahulu,berlaku tolak menolak sedikit dari hadirin namun alhamdulillah keadaan terkawal.Tidak ada kata-kata celaan,ketegangan atau bergaduh kerana 'insiden' itu.

Tahniah pada semua Jabatan Amal Malaysia yang sebahagian besar dari Selangor dan Wilayah serta ada yang dari Pulau Pinang yang turun bertugas.Suatu 'dakwah bil hal' (dengan perbuatan) berjaya di tunjukkan hasil tarbiah daripada para ulamak dan pemimpin di dalam Pas

BerAmal Kerana Allah
Terus Istiqomah Bersama Islam
Ini Penyelesaian Kita

HIMPUNAN SOLIDARITI ROHINGYA : BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA.

1. Hari ini Presiden parti saya diberi peluang berucap dalam Himpunan Solidariti Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa.

2. Ucapan TG Hj Hadi Awang bukan sahaja di dengar oleh puluhan ribu hadirin namun turut ditonton secara 'live' di seluruh negara.

3. Saya duduk sebaris bersama-sama Dato' Takiyuddin Hassan dan sdr Ir Muhtar Suhaili As-Sarawaki betul-betul di belakang TG Presiden PAS. Dalam keadaan kesihatan Tok Guru yang kurang baik maka perlu juga berada berdekatan dengannya.

4. Tok Guru cukup tenang sepanjang masa sama ada sewaktu mendengar ucapan mahupun ketika menyampaikan ucapannya sendiri.

5. Peristiwa ini mengingatkan saya kepada peristiwa bersejarah yang pernah dilakukan oleh almarhum Ustaz Fadzil Nor yang duduk sepentas bersama Dr Mahathir Mohamad di atas isu yang melibatkan umat Islam di Palestin pada 9 Mei 2002.

6. Pada waktu itu, terdapat media cuba untuk menggambarkan bahawa ia adalah titik tolak kepada penyatuan UMNO dan PAS malah terdapat cadangan-cadangan agar PAS dan UMNO meneruskan perbincangan ke arah penyatuan parti Melayu di Malaysia.

7. Kedua-dua himpunan ini dilihat sama walaupun isunya berbeza namun ia dilihat sebagai ke arah penyatuan UMNO dan PAS.

8. Saya percaya kepada kebijaksanaan almarhum Ustaz Fadzil Nor dan TG Hadi Awang. Ustaz Fadzil Nor ada lenggok tersendiri yang sudah pasti tidak sama dengan lenggok TG Haji Hadi. Namun kedua-duanya ada pendekatan yang tersendiri.

9. PAS akan terus komited dan konsisten dengan dasar perjuangannya walaupun ada pihak yang semakin kuat mewiridkan bahawa PAS dan UMNO akan bergabung.

10. Himpunan Solidariti Rohingya membuka ruang kepada PAS untuk terus mendapat kepercayaan rakyat melalui budaya politik baharu yang lebih dekat dengan hati rakyat Malaysia.

Sekian. Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
4 Disember 2016.

Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama lain?

Posted on Friday, December 02 @ 15:47:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu parti yang benar-benar memperjuangkan Islam.

Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang dibuatnya sangat bagus. Sikap kematangan berpolitik harus menilai sesuatu dengan 'mata hati' bukan dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang Presiden PAS menekan dalam muktamar lalu politik matang dan sejahtera. Pasal itu sikap PAS dengan UMNO tidak seperti dulu, kini membuka ruang dakwah dan PAS tidak membangkang membabi buta. Ada perkara baik daripada UMNO perlu kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang pandangan dan pendapat politik.

Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk kepentingan Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.

Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah nabawiyyah.

Ada forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari tertipu dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk makluman anda sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat perseketaan Saidina Ali dan Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan berdasarkan banyak sumber. Jangan kita membaca satu sumber lalu kita menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan dalam membuat rumusan. Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan penulis sirah. Saya mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang saya simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup di sini.

Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.

Sebelum ini mereka berhujah kata mereka  lihat DAP buat pada Islam. Setelah DAP memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap tahun.

Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO yang nama sahaja Islam tetapi mereka perosak agama.

Saya telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6 juta untuk semua sekolah dan pendidikan Islam bagi tahun 2016.

Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh agama lain seperti KRISTIAN dsbnya?

Kenapa DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada sekolah-sekolah agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap MALAYSIAN-MALAYSIAN dimana semua agama mendapat peruntukkan sama?

Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada sekolah-sekolah agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?

Itu saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada pemimpin-pemimpin mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan bulanan 30k, 20k dan 15k melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.

Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?

Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak menghabiskan duit ke tempat lain.

Apa bezanya dengan DAP?

Haji Hassan Omar

Friday, December 2, 2016

Umno Kena Suluh Diri

ust Idris Hj Ahmad
2/12/16

Tidak perlulah merintis dan mengeluh setiap kali PAU mengenai nasib Melayu di negara ini

Umno perlu muhasabah kenapa Melayu masih ketinggalan walau pun Umno sudah 70 tahun wujud.

Selagi pemimpin Umno menganggap menjadi pemimpin untuk mengumpul kekayaan, bukan satu amanah maka inilah hasilnya

Tindakan Umno memalukan bangsa dan agama Islam di kaca mata bangsa lain dan agama lain.

Perlu ingat Melayu tidak akan selamat tanpa Islam. Pembawaan Umno yang hanya retorik dan menjadikan Melayu sebagai umpan ia tidak mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang.

Umno jangan ambil kesempatan dengan meniupkan emosi di kalangan orang Melayu supaya terus berpaut dengan Umno.

Sampai bila Umno hendak berlakon dipentas PAU untuk gambarkan Umno sebagai pembela Melayu

Umno jangan menyalahkan orang lain dan menuding jari ke pihak lain,  kenapa Melayu masih merempat di bumi sendiri.

Siapa yang menjadi broker dan orang  perantaraan  dalam syarikat bukan bumi untuk mendapat projek kerajaan. Semuanya sudah menjadi rahsia umum.

Siapa yang menjadi Ali Baba yang telah turun temurun sejak sekian lama. Berapa banyak syarikat Melayu dan usahawan sejati yang gulung tikar angkara permainan pemimpin Umno.

Suluh diri, muhasabah diri lebih baik daripada menyalahkan orang lain.

.

Thursday, December 1, 2016

Dap musuh Islam

Bukti 1

Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular.

Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2

Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Bukti 3

Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015.
Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4

DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar.
DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5

Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001.
DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia.
Malah DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6

DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7

DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8

DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9

DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10

Pimpinan DAP yang “Islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha Islamisasi.
Isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka  dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

ISLAM MESTI MEMIMPIN.

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"