Google Search :

google search:
Google

Wednesday, September 13, 2017

ABU DZAR DAN FASTAQIM

Abu Dzar al-Ghifari, seorang sahabat terkenal sebagai seorang yang zuhud dan wara'. Dengan kezuhudan yang tinggi itu, beliau turut dikurniakan hati yang cekal dan sangat ikhlas terhadap Islam.

Ketika perang Tabuk, Nabi perintah supaya tiada orang Islam berkecuali dari perang itu. Kecuali sesiapa yang tidak memiliki kenderaan, maka tidak boleh turut serta kerana perjalanan yang sangat jauh, paling jauh dalam sejarah perang Nabi SAW.

Abu Dzar ikut bersama pada awalnya, tetapi disebabkan haiwan kenderaan beliau yang lemah, beliau tertinggal jauh di belakang keseorangan. Para sahabat yang kasihan menyatakan perkara itu kepada Nabi tetapi baginda berkata:
"Biarkan dia. Jika Allah menghendaki kebaikan padanya, dia akan sampai juga tapi jika sebaliknya, maka Allah akan rehatkan kamu daripadanya."

Akhirnya Abu Dzar ambil keputusan turun dari haiwannya dan berjalan kaki mengejar rombongan tentera Islam. Rasulullah SAW ketika melihat kelibat Abu Dzar datang berseorangan dari belakang, merasa sangat terharu lalu bersabda:
"Rahmat Allah terhadap Abu Dzar. Beliau berjalan keseorangan, mati keseorangan dan dibangkitkan keseorangan."

Kisah Abu Dzar mengajar erti tekad yang tidak ada tolok bandingnya. Kenderaan bukanlah alasan untuk beliau meninggalkan kewajipan jihad. Perjuangan Islam tidak meletakkan keselesaan atau status kewangan tertentu sebagai syarat kelayakan. Ingat firman Allah SWT:
"انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ"
Keluarlah kamu dalam keadaan ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta-harta dan diri-diri kamu di jalan Allah. Demikian adalah yang yang terbaik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.
[At-Taubah:41]

Reaksi Rasulullah SAW terhadap Abu Dzar juga menarik untuk diamati. Rasulullah menyuruh sahabat membiarkan sahaja Abu Dzar menguruskan dirinya. Menunjukkan bahawa Islam tidak berhajat kepada manusia. Kerana Allah telah menjamin akan menjaganya. Tetapi terserah kepada manusialah, samada berusaha untuk menjadi sebahagian dari pendokong Islam ataupun tidak.

Nyata Abu Dzar memberi contoh seorang pejuang Islam tulen. Jika beliau masih hidup,  selayaknya beliau menerima anugerah Tokoh Fastaqim.

Itu baru kisah seorang sahabat. Ada lagi kisah sahabat yang buta, sakit, tua, masih belum cukup umur dan berbagai masalah lagi tetapi kecintaan terhadap Islam melupakan segala yang membelenggu diri. Mereka sangat bimbang jika diri tidak tersenarai sebagai salah seorang yang menyumbang kepada Islam.

Justeru, kukuhkah alasan kita untuk tidak hadir nanti?

Letakkan di tepi soal bagaimana untuk ke sana. Katakan pada diri dahulu, "saya akan hadir, InsyaAllah."

(Alang Ibn Shukrimun)

Sunday, September 10, 2017

PAS BERSAMA ISLAM DAN KONTRAK SOSIAL

Minda Presiden PAS

Kita mendoakan Rahmat Allah kepada semua pejuang kemerdekaan kerana jasa mereka yang sangat besar meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Negara tercinta ini.

Walaupun ada perbezaan pendapat selepasnya dari segi pendekatan meletakkan kedudukan Islam, tetapi kita sudah terlepas daripada penjajahan dan banyak ruang dan peluang masih ada untuk membebaskan belenggu yang sengaja ditinggalkan supaya Islam tidak diizinkan pelaksanaan sepenuhnya. Umat Islam sendiri dihalang daripada beramal dengan seluruh ajaran Islam, sedangkan penganut agama lain tidak dihalang untuk beramal dengan agama masing-masing.

Sepatutnya terpulang kepada umat Islam menafsirkan agamanya yang sebenar daripada perkataan Al-Din yang merangkumi segala aspek cara hidup bermasyarakat. Tafsiran yang berbeza dengan kehendak wakil penjajah dalam Suruhanjaya Reid yang sudah pergi, apabila mereka meletakkan Islam dalam ruang perkataan ‘religion’ yang jauh bezanya dengan ‘Al-Din’.

Para pemimpin bukan Islam yang terlibat bersama dalam PERIKATAN pula menerima kedudukan agama masing-masing yang dibebaskan mengikut Perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid itu. Adapun kalangan Islam teguh berkonsepkan tiada paksaan beragama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua kaum dan penganut berbagai agama.

Islam dengan objektif mengikut takrifnya yang tepat, mempunyai pendekatan dari segi kedudukan Islam dengan maksud yang dipercayai umat Islam mengikut kitab suci Al-Quran. Bersama dengannya adalah konsep Raja Berperlembagaan yang diperkasakan oleh Islam mengikut kedaulatannya dalam proses pembinaan yang belum selesai sebelum kedatangan penjajah lagi.

Namun menjadi kewajipan untuk disempurnakan selepas kemerdekaan dengan meletakkan Islam yang mampu menangani perkembangan semasa yang berubah dan tetap mampu menyelesaikan semua masalah di sepanjang zaman. Beginilah apabila Islam yang sebenar ditegakkan pentadbirannya yang berasaskan akidah, berkonsepkan syariat dan akhlaknya.

Walaupun PAS hanya satu-satunya kerusi pembangkang, namun tetap bersepakat mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara dan kaitannya dengan Raja Berperlembagaan dan terus mendesak perubahan mengikut konsep kerajaan Islam. Maka PAS tidak menyokong pindaan Perlembagaan yang dilakukan di zaman Tun Mahathir dahulu, kerana sebenarnya sekadar mengambil kuasa sahaja tanpa konsep Islam yang sebenar. 

Kebebasan beragama bagi penganut agama lain telah dijamin oleh undang-undang yang dinaungi dalam Perlembagaan yang menjadi undang-undang dasar negara, sepatutnya tidak lagi membimbangkan mereka, setelah penerimaan pemimpin MCA dan MIC yang bergabung dalam PERIKATAN di masa itu.

Lebih sepatutnya mereka berterima kasih kepada umat Islam yang menerima mereka dari segi saudara kemanusiaan dan hidup bersama dalam masyarakat majmuk yang sama-sama ditindas pejajah. Mereka telah menyaksikan betapa satu kelompok kecil keluarga bukan Islam boleh hidup aman di tengah masyarakat Melayu yang majoriti penduduk Islam. Walaupun syariat Islam belum lagi diberi peluang sepenuhnya dilaksanakan, tetapi inilah bayangan syariat yang mencipta akhlak Islam dalam hubungan masyarakat majmuk.

PAS menerima kemerdekaan dengan satu kerusi dalam PRU Pra Kemerdekaan pada tahun 1955, tetap mengiktiraf konsep demokrasi dan terus menyertai PRU selepasnya bersama Islam yang dihayati oleh kepimpinan ulama’. Walaupun tidak memuaskan kerana masih ada kelemahan dalam system Demokrasi Barat yang tidak beriman dan budiman, namun tetap menerima konsep tersebut dengan positif yang masih ada bersamanya.

Maka PAS dengan sabar, rebah dan bangun, menang dan kalah, sehinggalah jatuh kerajaan negeri yang dikuasainya di Kelantan dan Terengganu, kembali semula memerintah di Kelantan dan kembali semula di Terengganu dan jatuh semula, namun tetap mengambil pendekatan demokrasi dan berundur daripada gerakan yang boleh merosakkan, contohnya tindakan di atas nama BERSIH yang tidak bersih lagi terhadap Islam dan kedaulatan negara secara umum, serta ada dalang dibelakangnya.

Kekuatan PAS tidak bergantung kepada ukuran kerusi seperti parti lain yang boleh mati kalau tidak ada kerusi. Namun pengaruh PAS terus berkembang dan makin kuat jati diri ahli dan pengikutnya makin bertambah dan berkualiti. Adapun yang bersifat sampah dalam PAS boleh merosakkan perjuangannya, sama ada terbuang atau dibuang. PAS juga tidak rebah kalau ada pemimpin yang rebah dalam perjalanan perjuangannya.

PAS terus tegak bersama Islam yang ditegaskan dalam Perlembagaan yang telah diterima oleh semua parti politik yang ada di masa awal kemerdekaan. Maka PAS memandang adanya parti yang baru lahir selepas kemerdekaan yang cuba untuk merungkai Perlembagaan yang berkonsep kontrak sosial di antara rakyat dan kerajaan, khususnya terhadap Islam dan kedaulatannya. Adapun kepada PAS ditambah kuat lagi dengan perjanjian di hadapan Allah bagi menegakkan Islam yang sempurna.

Kalangan yang cuba mengugut PAS berasaskan kerusi pilihanraya atau kedudukannya dalam kerajaan, sepatutnya mengenali siapa PAS dalam sejarahnya. Bahawa PAS tidak boleh dikuburkan dengan jatuh kerajaan atau hilang kerusinya, bahkan PAS bangkit semula setelah ditendang keluar daripada BN pada tahun 1978 yang dikatakan tinggal dua kerusi batu nisan di Kelantan dan kosong kerusi di Terengganu.

Tiba-tiba PAS bangkit semula, sehingga Pengerusi BN di masa itu terpaksa memanggil kalangan berjenama Islam bagi menyelamatkan diri kerana kebangkitan semula PAS. Rupanya bukan bangkitnya hantu kubur, tetapi bangkit bersama Islam yang mulia dan tidak boleh dipadamkan cahayanya. Sebaliknya pemimpin BN yang mengkhianati PAS pula yang terpelanting keluar daripada partinya sendiri.

Melukut ditepi gantang,
Buka sanggul mencari kutu,
Orang takut akalnya hilang,
Jumpa tunggul disangka hantu.

PAS tidak mengharapkan Pakatan Harapan kerana mengenali semua mereka yang terlibat dengan penubuhannya yang tidak boleh dipercyai harapannya, kerana hanya bergantung harapan dalam kabinet bayangan dan konsep matlamat menghalalkan cara yang lemah.

Harapan PAS bersama Islam berpandukan janji Allah SWT:

وَلَا تَهِنُواْ فِي ٱبۡتِغَآءِ ٱلۡقَوۡمِۖ إِن تَكُونُواْ تَأۡلَمُونَ فَإِنَّهُمۡ يَأۡلَمُونَ كَمَا تَأۡلَمُونَۖ وَتَرۡجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا يَرۡجُونَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (النساء: ١٠٤ (

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam menghadapi lawan (yang menentang kamu) itu; kerana kalau kamu menderita sakit atau susah, maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya atau susah seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada Hari Akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisa’: 104)

Keyakinan PAS tetap bersama Islam yang berwawasan dunia sehingga Akhirat, bukan sahaja mempertahankan apa yang sudah dicatat dalam Perlembagaan itu, bahkan berusaha dan berjuang supaya disempurnakan mengikut Al-Quran dan kebijaksanaan Sunnah Rasulullah SAW, serta bekerjasama dengan sesiapa yang mahukan konsep kesempurnaan Islam ini ditegakkan.

Dalam masa yang sama, PAS mengajak umat Islam dan bukan Islam dalam masyarakat majmuk menolak kumpulan yang bersekongkol menghalang usaha yang mulia ini untuk kebaikan bersama. 

Bagi umat Islam menjadi kewajipan aqidah, syariat dan akhlaknya menegakkan kepimpinan Islam dan mempertahankannya dalam negara ini supaya menjadi teras kedaulatannya.

PAS tidak mengira siapa sahaja yang mendukung cita-cita ini walaupun kehilangan kerusinya, kerana pergantungan PAS kepada Islam bukannya kerusi dan siapa orangnya. Kerusi hanya alat dan wadah melaksanakan kewajipan, apabila ada orang di atas kerusinya yang boleh menunaikan kewajipan, kita wajib menolongnya. Maka jangan dapat kerusi sahaja tanpa menunaikan amanah menegakkan Islam, tanpa menafikan betapa pentingnya kerusi yang dapat, dan PAS boleh berpijak bersama Islam kalau dinafikan kerusinya sekalipun. PAS tetap berusaha mendapatkan kerusi bagi memimpin atau menjadi pembangkang yang menasihat, bukan merosak.

Bagi yang bukan Islam pula sudah cukup bersama kegagalan ideologi ciptaan manusia timur dan barat yang hanya untuk kebahagiaan segelintir manusia sahaja. Cukuplah menjadi hamba kepada segelintir manusia yang berkuasa dengan ideologi masing-masing, silalah pula memberi peluang kepada Islam yang telah menjadi agama kepada negara ini dalam lingkungan mentadbir dan mengurus berkonsepkan Islam yang adil terhadap semua dengan jaminan kebebasan beragama kepada penganut agama lain daripada Islam yang sudah dicatat dalam Perlembagaan Negara.

Kalangan bukan Islam juga wajib menolak parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsep sekularisma seperti DAP dan kumpulannya (PH) yang memisahkan urusan kehidupan daripada agamanya sendiri dan boleh menukar agamanya dengan apa sahaja dan menjadi alat kepada siapa sahaja, demi kepentingan politik sementara.

Mereka sudah menunjukkan sifat negatifnya dengan hanya mentadbir negeri, belum lagi negara dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini, lebih-lebih lagi menunjukkan keberaniannya mahu merungkai perkara asas dalam Kontrak Sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara. Berbeza dengan PAS di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun dicekik dan dijerut lehernya, namun tetap tidak dapat dicucuk hidungnya.

Ahli PAS tidak boleh terikut dengan mereka yang tidak senang dengan pendekatan Islam bersama Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan dan konsep Ta’awun yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Sunnah yang tidak sama dengan pembangkang di negara lain yang semata-mata membangkang dan berebut kerusi untuk memerintah tanpa mengira benar atau salah dan jauh sekali halal dan haramnya.

PAS tidak perlu terikut dengan propaganda pihak lain yang kononnya bimbang PAS ditipu oleh Umno, atau Umno ditipu oleh PAS, kerana Islam mengajar penganutnya bahawa urusan ikhlas dan niat menipu tidak mengira PAS atau Umno dan sesiapa sahaja adalah perkara tersirat yang menjadi urusan ilmu Allah dan balasannya dari Allah, urusan kita apa yang zahir sahaja.

Namun Allah mewajibkan perdamaian didahulukan dengan sesiapa sahaja termasuk musuh yang menentang Islam yang sedang berperang apabila bersedia menerima Islam secara damai tanpa membelah hati sanubarinya. Inilah maksud firman Allah:

۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١ وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٢ وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٦٣ الأنفال.

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63)” (Surah Al-Anfal: 61-63)

Kalau berdepan dengan musuh, inilah konsepnya. Maka kita dalam satu negara Malaysia dan masyarakat majmuk bukannya musuh. Maka PAS tetap beristiqamah dengan konsep Islam didahulukan dan kerusi dibelakangnya, dengan mengenal siapa yang menentang Islam dan menghalang perjalanannya dan siapa yang boleh menerima Islam, bukan sekadar siapa yang menjanjikan kerusinya sahaja. PAS tetap beristiqamah bersama Islam, PAS bukan parti mengampu dan menumpang.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 19 Zulhijjah 1438 / 10 September 2017

Tuesday, August 29, 2017

PAS jentera agama

Diterbitkan: 29 Ogos 2017
Ditulis oleh ROSLI ABDUL JABAR

Yang PAS nak, ialah Islam menang, bukan PAS. PAS cuma peralatan atau jentera yang bekerja untuk Islam menang. Sampai bila? Sampai Islam menang.

Bukan semestinya PAS memerintah baru disebut Islam menang, sesiapapun memerintah jika ia melaksanakan Islam secara keseluruhannya maka itulah kemenangan Islam.

Tanggung jawap PAS ialah berdakwah dan sebagai wadah politik Islam bagi tujuan menegakkan sistem Ilahi yang pastinya akan memberikan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Islam itu agama, agama itu ilmu, ilmu perlukan kefahaman, untuk faham wajib belajar, maka dakwah itu ialah mengajar dan memberi faham kepada yang tidak faham.

Bila faham barulah timbulnya keyakinan pada Islam, bukan yakin kepada yang lain. Bila dah yakin maka ia akan mencetuskan semangat berkorban dan berjuang untuk menegakkan Islam. Bukan semangat kepada yang lain.

Perngorbanan akan sia-sia jika tiada diberikan pahala, dan tiadalah pahala jika tidak dilakukan kerana Allah swt dan tiadalah sesuatu itu dilakukan kerana Allah melainkan bertepatan dengan syariaatNya.Syariaat itulah yang hendak ditinggikan, bukan dirinya.

Syariaat itu yang mengawal PAS, bukan sebaliknya. Syariaat itulah yang mengarahkan PAS berjuang, PAS hanya menjadi suruhan Syariaat untuk tegakkanNya, PAS cuma menjadi alat untuk tegakkan Syariaat bukan Syariaat menjadi alat PAS untuk kekuasaan politik.

Hari ini ada orang marahkan PAS, ada orang rimas kerana PAS nak tegakkan syariaat Allah, orang kata PAS lambatkan kemenangan untuk kalahkan UMNO/BN jika terus menerus pertahankan prinsipnya untuk tegakkan Syariaat Allah.

PAS tak peduli semua tu, sebab yang kawal PAS ialah Syariaat bukan manusia. PAS bukan berjuang untuk tegakkan sebuah negara yang serupa dengan kerajaan UMNO/BN yang tidak laksanakan Syariaat Allah. Teramat rugi perjuangan begitu.

Yang PAS nak ialah tertegaknya Syariaat Allah, Syariaat perintahkan kita supaya menyokong sesiapa sahaja yang nak tegakkan SyariaatNya, jika ada yang berhasrat untuk laksanaknnya, PAS pasti akan sokong, kerana yang diperjuangkan oleh PAS  adalah SyariaatNya.

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang

Adun Tanjung Lumpur

Saturday, August 26, 2017

AMANAT KEPADA PETUGAS PAS HADAPI PRU 14

1. Hadis Nabi: 'Islam datang dalam keadaan dagang, Ia akan kembali dagang, maka beruntunglah orang yang dagang. Para Sahabat bertanya: Siapakah orang yang dagang itu? Nabi bersabda (lebih kurang maksudnya):Mereka yang membaiki urusan manusia di saat rosaknya masyarakat.'

2. Islam datang ke tengah masyarakat jahiliah. Ada 38 orang Islam ketika itu, Abu Bakar minta berceramah. Nabi sebut: Kita sedikit. Abu Bakar minta juga, Nabi akhirnya benarkan. Abu Bakar terima kesan negatif dari perkara itu.

3. Ayat Quran yang menyebut tentang 'celaka dua tangan Abu Lahab' turun di awal Islam. Ayat 'Apabila datang pertolongan Allah' turun di Madinah, tetapi ayat dan surah dalam Al-Quran terletak berdekatan. Apa hikmahnya?

4. Umat Islam sedikit, masyarakat jahiliah ramai. Kini, di akhir zaman, umat Islam sedikit dan jahiliah bertambah. Ia kembali seperti asal. Namun yang sedikiit inilah yang beruntung. Ini disebut supaya kita tidak rasa kecewa andainya kita tidak dapat kerusi dalam PRU 14.

5. Dalam hadis lain disebut 'ghuraba' ialah golongan yang soleh tetapi minoriti, berada di tengah majoriti yang tidak soleh. Orang yang menolak orang soleh ini lebih ramai dari yang mengikut orang soleh.

6. Saya bawa perkara ini di ambang PRU 14. Kita nak menang, tapi kalau tak menang? Maka hadis ini jadi panduan.

7. Allah boleh tolong kita dengan pelbagai cara. Antaranya orang yang kita tak pernah termimpi dia akan berubah, dia boleh berubah. Sebab itu, kita lihat dalam sirah Nabi ada beberapa tahap dakwah:

i. Asalnya dakwah rahsia, organisasi rahsia. Ia berlaku di rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam.
ii. dakwah terang, organisasi rahsia.
iii. Selepas hijrah, dakwah dan organisasi terbuka.

8. Sekarang, mungkin boleh dipraktikkan ketiga-tiga tahap ini menurut orang tertentu dan situasi tertentu.Contohnya di Perlis, ada orang yang kuat lawan PAS tapi sekarang nampak dekat dengan kita. Justeru, tahap dakwah rahsia, organisasi rahsia ini boleh digunakan dalam situasi dan figur tertentu.

9. Saidina Umar asalnya keluar rumah untuk membunuh Nabi SAW tetapi apabila beliau mendengar awal ayat surah Taaha, dia akhirnya bersedia menerima Islam.Umar kata Islam betul, Muhammad betul, sedangkan dia belum mengucap lagi. Inilah yang disebut Al-Iman al-aqli. Secara akal, dia boleh terima, cuma belum mengucap. Orang ini mudah mendapat iman zauqi iaitu iman yang dirasai dalam hati.Perkara ini mesti diberi perhatian, dan ia termasuk dalam jihad.

10. Perkara yang kedua, jihad ada rukun.
Dimulakan dengan Al-uzlah iaitu asingkan diri dari tempat yang tidak membawa kita taat kepada Allah.
Kedua, assamtu, iaitu tidak bercakap banyak, terutama dalam perkara yang tidak perlu.
Ketiga, asahr, berjaga malam dengan qiamulail.
Keempat, alju'-berlapar.

Semua perkara ini dilihat secara zahir seperti negatif sahaja tetapi ia membawa kepada kesan yang positif.

11. PAS cantik, ramai orang nak pinang. Syarat yang kita letak ialah apa sahaja yang kita buat, mesti menguntungkan Islam. Kalau tidak untungkan Islam, kita tolak.

12. Kita putus tahaluf. Orang lihat seolah-olah kita tutup pintu kepada sesetengah parti. Kita tutup pintu, bukan selak. Ertinya ada ruang lain dalam persefahaman politik, dengan syarat menguntungkan Islam.

13. Sekarang bangkit kembali gerakan perselisihan mazhab. Ini mengganggu perjalanan menegakkan Islam. Belajarlah dari 2 ekor anjing yang berebut tulang. Bila datang serigala, anjing ini halau serigala dahulu.

Ini di antara beberapa perkara yang mesti diberi perhatian oleh petugas PAS bagi menghadapi PRU 14 akan datang.

Tuan guru Ust Hashim Jasin
Murshidul Am Pas

Thursday, August 17, 2017

INILAH GERAKAN ISLAM

Mereka yang mengaku Islam dari segala penjuru menyerang PAS. Mereka kutuk setiap tindakan politik PAS. Mereka perlekeh usaha dakwah PAS. Mereka hina PAS dengan tuduhan lebai jumud. Lebih hebat lagi mereka sanggup memfitnah PAS. Tidak lain tidak bukan; inilah satu gerakan terancang untuk menjahanamkan PAS.

Sedarkah mereka, dalam zaman kita ditinggalkan Nabi s.a.w. sudah lebih 1400 tahun, maka para ulamalah yang menjadi tonggak kekuatan agama ini. Ulamalah pewaris kerja buat Nabi. Ulamalah sepatutnya menjadi tempat rujukan hidup kita. Tetapi malangnya, mereka prejudis dan sinis terhadap peranan ulama. Ulama bagi mereka wajar membuka kitab di masjid sahaja.

Sedarkah mereka, PAS adalah organisasi terbesar yang menghimpunkan ribuan ulama dan para asatizah.  PAS bukan parti TG Fadhil Noor. PAS bukan parti TG Nik Aziz. PAS bukan parti TG Haji Hadi. PAS bukan hak mutlak seorang ulama. Sebaliknya, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang didokongi diperkuatkan oleh ribuan alim ulama di seluruh negara.

Majlis Syura Ulama adalah tonggak kekuatannya. Mereka faqih menafsir kitab suci. AJK Pusat tidak kurang ulamanya. Di peringkat negeri, MTD dan cawangan kecil sekalipun PAS tak ketandusan ulama dan asatizah tua dan muda. Mereka terdiri daripada lepasan pondok, universiti dalam negeri dan luar negara.  Mereka bersifat mata rantai. Ulama yang telah berusia dan ulama muda bergandingan membimbing kami di kampung-kampung dan setiap cawangan sekecil mana pun – sesuatu yang tiada dalam mana-mana organisasi di negara ini.

Ribuan di kalangan mereka merupakan lulusan Syariah, Usuluddin, Feqah, Hadis dan pelbagai disiplin ilmu Islam. Mereka bergerak dalam masyarakat; menjalankan kerja dakwah, memimpin NGO, pondok-pondok dan menjadi tenaga pengajar di jabatan kerajaan, masjid, surau dan menitipkan ilmu melalui corong-corong radio dan saluran tv.

Merekalah yang menjadi imam dan da’i di mana sahaja mereka berada. Mereka ditolak ke depan untuk menjadi imam. Merekalah dijemput dipanggil untuk berdoa dan mengepalai tahlil. Merekalah yang datang menyempurnakan jenazah orang-orang yang pernah mencemuhnya.

Parti yang dibarisi dan disokongi oleh ulama dan asatizah di segenap peringkat ini masakan begitu jahil untuk memahami al-Quran dan tuntutannya. Hanyalah tiupan-tiupan syaitan yang merasuk telinga para sekularis da liberalis. Sehingga seburuk ucapan kafir penentang Islam ditatang, dan sekotor ucapan munafikun diangkat dan didendang. Ulama pewaris Nabi pula dilayan macam petualang.

Apabila hati menjadi gelap. Allah menjelaskan di dalam al-Quran:  ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar. Ada akal tetapi tidak berfikir. Malangnya firman-firman ini dipandang sepi. Firman dan sabda tidak lagi dijadikan panduan.

Oleh- Salam Muhammad @ BayangDiair

Saturday, August 12, 2017

Tolong Tunjuk, Dimana PAS Bersekongkol?

Tak tau lah atas clue apa depa cakap PAS bersekongkol dgn umnobn. Yg cipta lagu si dap yg kuat menyanyi dan menari kaldai dan khadumb Pan pkr.

Tuan Guru Presiden PAS telah menulis dalam surat terbuka dengan nada seorang negarawan dengan ungkapan yang sangat jelas dan nyata;

“Kejayaan penjajah menjatuhkan kerajaan Melayu Islam Melaka apabila adanya sekelompok tertentu yang menjemput penjajah supaya menjatuhkan kerajaan…”

“Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau mebuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita.”

“Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing untuk mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, moral mereka paling tidak beriman dan budiman, kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman.”

Saya tertanya-tanya, maksud dari perenggan mana merujuk kepada surat terbuka Presiden PAS yang didakwa oleh pihak Pakatan Harapan telah menunjukkan PAS bersekongkol dengan penyelewengan 1MDB serta ada sesuatu kepentingan PAS dalam 1MBD yang ingin disembunyikan bersama Umno!

Apabila Tuan Guru telah meletakkan asas pendirian PAS dengan begitu jelas dan cantik, maka tugas kepimpinan PAS yang lain terutama Pimpinan PAS Pusat adalah untuk mempertahankan pendirian PAS dan memberikan penjelasan kepada khalayak dari pelbagai sudut yang berbeza. Saya tak nampak kecelaruan di kalangan pimpinan PAS dalam isu ini.

Yang mencelarukan keadaan ialah DAP, PAN, PKR dan yang sewaktu dengannya. Kita jangan terperangkap dalam kecelaruan mereka apabila menulis secara terbuka di media maya kononnya pimpinan PAS tak sepakat dalam isu 1MDB dan DOJ padahal kita sendiri adalah seorang aktivis dan juga ahli PAS yang sepatutnya bersama mengambil peranan untuk hadam sebaiknya kenyataan Presiden dan seterusnya bersama mempertahankannya. Jangan jadi terlalu rapuh pendirian sehingga jatuh terperangkap dengan rentak dan gendang tari PH. Ada juga yang menulis dengan nada mengeluh. Kenapa perlu jadi lemah dan mengeluh? Teruskan istiqamah dengan rentak kita. Bukan kita tak tahu bahawa hobi pusing dan spin adalah kerja PH.

Pendirian PAS sangat jelas dalam isu penyelewengan, salah laku, rasuah, pembaziran, penipuan dan pengubahan wang haram termasuk isu dalam 1MDB.

Dari awal lagi PAS mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan salahlaku 1MDB secara menyeluruh dan telus.

Tiada siapa yang boleh dilindungi dan pesalah wajib diheret ke muka pengadilan. Kita ada BNM, SPRM, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Institusi Kehakiman sendiri untuk melaksanakan fungsi menegakkan keadilan dan undang-undang supaya negara dibersihkan dari dakwaan skandal kewangan terbesar ini.

Dari dulu lagi PAS diburukkan dengan tohmahan dan fitnah menerima dana dari 1MDB. Ini adalah wirid harian pimpinan PH untuk menyerang PAS. Apa saja ruang yang boleh spin serta pusing, mereka akan guna.

Mereka dengan kerja mereka. Kita tetap berdiri teguh mempertahankan pendirian Presiden PAS.

Dr Azman
2 Julai 2017

Sunday, June 25, 2017

Fitnah PAS Nak UG Dengan UMNO Bila Kalah Nak Ajak PAS Berpakat

*PENDEDAHAN DAN MENJAWAB FITNAH bahawa PAS mahu bergabung dengan UMNO*

Nota: *Boleh rujuk Pimpinan PAN yang khianat PAS,rujuk NUAR BERAHIM dan NAJIB Razak..

*ATGNA meninggal  dalam PAS... ATGNA suruh ikut dan patuh pada TGHH

ATGNA lantik Ust mohd Yaakub sbg pengganti.

* Cadangan UG juga benar berlaku, cadangan itu DIBAWA OLEH TOK GURU HAJI HADI..ia satu CADANGAN yang baik serta bernas untuk sosial politik MALAYSIA,

*TETAPI UG disalah anggap dan dimomokkan oleh PANkhianat yang dulunya ada dalam PAS*

*UG adalah cadangan supaya SEMUA Parti Politik UMNO,PAS,PKR,DAP dan parti2 lain UNTUK sama2 membina negara dengan mengambil sikap politik secara matang,ia bukan masuk umno dan sampai masa pilihanraya kita akan berlawan pula memilih pemerintah yang baru dengan pilihan rakyat ..

*Cadangan UG pada awal nya semua pihak bersetuju.*

*TETAPI* dengan rasa tidak senang dan seolah........

*bacaan POLITIK TOK GURU HAJI HADI lebih kehadapan dari NUAR BERAHIM*..maka ia menjadi suatu tamparan dan tidak menyenangkan NUAR BERAHIM yang cita2nya mahu menjadi PM atau TPM.

*..lalu NUAR BERAHIM wujudkan 16 Sept..

*Ada apa dengan 16 Sept cadangan NUAR BERAHIM..??*

_16 Sept untuk mengambil alih pemerintahan dengan cara mengajak ahli2 parlimen Sabah dan Sarawak dengan tawaran dan imbuhan supaya MP BN LOMPAT parti_

*... lalu cadangan itu digagalkan selepas pihak UMNO dapat menghidu dan terus membawa lari MP2 mereka keluar NEGARA atas alasan lawatan kerja,padahal di sana ada tawaran dan imbuhan yang lebih dari NUAR BERAHIM tawarkan ..

*walaupun PERSIAPAN Nuar Berahim sudah banyak dipersiapkan sehinggakan KABINET BAYANGAN sudah dikeluarkan..
*PAS mengambil sikap tidak bersetuju kerana ia bertentangan dengan cara serta sterategi yang ISLAM ajar kerana ambil MP LOMPAT dan ketidak senangan PAS dalam kabinet BAYANGAN itu non MUSLIM yang dominan*

..lalu *GAGAL* lah 16 Sept.. hasil kekecewaan itu puak pembangkang yang berkiblatkan NUAR BERAHIM menggerak untuk menjatuhkan TOK GURU HAJI HADI dan kumpulan pro Tghh..kerana dilihat ianya menyebabkan terbantut cadangan2 NUAR BERAHIM..

*Almarhum TOK GURU NIK AZIZ CUBA DIPERALATKAN...*

*Almarhum Tok guru Nik Aziz diperalatkan supaya bertembung dengan Tok guru Haji hadi...

*antaranya mereka lagakan dengan ISU UG*, bahawa Tok Guru Haji hadi serta kumpulan pro nya dalam AJK PAS PUSAT dan ahli majlis syura INGIN BAWA PAS BERGABUNG DENGAN UMNO

*..almarhum Tok Guru Nik Aziz sering uzur dan tidak hadiri mesyuarat majlis syura,maka digarakkan HUSAM MUSA dengan menggunakan perantara2 yang diletak menjadi setiausaha dan pengawal2 pribadi...

*untuk MEMPENGARUHI almarhum tok guru Nik aziz..lalu tok guru nik aziz berang dengan cadangan GABUNGAN PAS -UMNO lalu dibuat sidang media bahawa tidak bersetuju dan marah kepada USTAZ NASARUDIN MAT ISA* yang dikatakan orang PERANTARA..

*RANCANGAN untuk melagakan DUA Tok Guru GAGAL..*

Dlm sidang media Tok Guru Nik aziz yang marah pada cadangan bergabung dengan umno (UG disalah tafsir)..

*maka pimpinan PAS PRO TOK GURU HAJI HADI DAN MAJLIS SYURA SEDAR akan perkara pelik dan bertentangan dengan apa sebenarnya UG telah berbincang dan satu rombongan bertemu Tok Guru Nik Aziz untuk memberi penjelasan sebenar.......

* dan akhirnya  "ORANG2 HUSAM" dijauhkan dari tok guru nik aziz kerana........ *didapati  menjalankan KERJA KOTOR iaitu melagakan Dua Tok Guru dan memecahbelahkan Jemaah..*

*TOK GURU NIK AZIZ menarik balik kemarahan dia pada USTAZ NASA..*

Selepas pada TOK GURU NIK AZIZ sedar yang dia ditipu dan dibawa berita tidak betul dari "ORANG2 HUSAM" lalu

*diadakan sidang media untuk TOK GURU NIK AZIZ bg menarik balik apa yang almarhum kata pada USTAZ NASA =

*boleh layari dalam youtube yg dimuat naik sidang media itu "NIK AZIZ TARIK BALIK TUDUHAN PADA USTAZ NASARUDIN MAT ISA"...

* lalu terpakulah puak2  NUAR BERAHIM kerana KEGAGALAN perancangan mereka.

*KONSESUS NASIONAL 1 (KN) Diwujudkan..*

Konsesus ini diwujudkan oleh nuar berahim setelah gagalnya 16sept...

*hasil KAJI dan SELIDIK cadangan UG yang dibawa oleh TOK GURU HAJI HADI dilihat bagus dan tepat......

*..maka NUAR Berahim menciplak/copy UG itu dengan cadangan konsesus nasional KN..tujuannya tidak mengambil cadangan UG kerana UG itu bukan dari CADANGAN NUAR....

Konsesus Nasional adalah sama dengan UG, .......cuma KN dibawa oleh NUAR BERAHIM...

*tetapi KN gagal setelah tidak mendapat PERSETUJUAN Dari PM BARU (NAJIB)*

*..maka KN ini kurang menyerlah kerana orang2 PAS pun tidak sempat menghadam kerana banyak isu2 YANG MENGGEGARKAN negara ketika itu yang cuba dimainkan oleh PKR supaya mengabulkan KN..

*....ketika itu isu CINCIN RM 24JUTA, BEG TANGAN MAHAL..(WALAUPUN SEKARANG 2016 KEPUTUSAN MAHKAMAH adalah cerita FITNAH dan RAFIZI dah minta maaf di mahkamah)..
dan PRU13 juga menghampiri...

*PERANCANGAN PKR BOCOR LAGI..*

Sebelum PRU13 NUAR BERAHIM ingin meneruskan juga KN tetapi pada mulanya membelakangkan PAS dan DAP..

*.KN ITU gabungan PKR-BN sahaja.Dengan perancangan awal SELANGOR DISERAH PADA UMNO DAN NUAR BERAHIM JADI TIMBALAN PEDANA MENTERI lepas PRU13, .....apa perancangan dia..di selangor KERAJAAN PR memerintah dengan gabungan bersama 3 parti.

Jadi NUAR merancang supaya PKR mendapat dominan 26 kerusi dimenangi,sekali gus dengan kerusi PKR banyak begitu memudahkan dia MEMERINTAH Dengan GABUNGAN PKR-BN..

*TETAPI* Keputusan PRU13 tidak begitu dengan hanya PKR perolehi 14 kerusi sahaja dan PAS serta DAP dapat 15 kerusi diikuti BN16.

*..perancangan KN GAGAL lagi kerana target NUAR hendak kerusi menang yg banyak tidak kesampaian...walaupun begitu dia cuba lagi,.......

.......lalu NUAR Berahim *secara SENYAP membelakangi DAP mengajak PAS sertai gabungan mereka itu PKR-BN-PAS=35 kerusi* dan dapat majoriti besar untuk memerintah Selangor tanpa DAP yang hanya 15 kerusi..

*PAS parti bersifat menjaga amanah serta pegang pada janji..*

PAS tidak bersetuju dengan ajakan NUAR BERAHIM itu kerana PAS berpegang pada Janji dan TIDAK MAHU KHIANATI DAP,.....

*maka gagal lah perancangan NUAR sekali lagi, PAS juga tidak mahu mengeruhkan suasana sesama PR (PAKATAN RAKYAT) yang dilihat sudah berada pada tahap terkuat serta menghampiri jatuhkan UMNO

*..lalu PAS tidak melaga-lagakan DAP dan PKR ketika itu, *

*Tetapi NUAR Berahim memotong PAS dan bagitahu DAP bahawa PAS ajak bergabung dengan UMNO.

*,tetapi dengan tidak munasabah PAS hendak bergabung dengan umno di selangor memandangkan PAS pun bertanding sedikit daripada PKR

*..maka DAP ambil sikap kurang selesa sedikit dengan PKR kerana dapat menghidu bahawa PKR cuba khianatinya,oleh kerana PAS parti ISLAM dia tidak lagakan api yang baru hendak menyala dan PKR pun mempunyai  kerusi sedikit sahaja dimenangi (DAP meminta exco lebih banyak dan kuasai kerajaan selangor dari dalam)...

*3-4 kali bacaan dan strategi Nuar Berahim gagal..tapi dia TERUSKAN LAGI..KAJANG MOVE...*

KAJANG MOVE adalah untuk membolehkan NUAR BERAHIM jadi MB SELANGOR utk ambil alih dari Tan Sri Khalid Ibrahim, pada awal perbincangan PR...

*PAS tidak bersetuju untuk KAJANG Move begitu juga DAP mengambil sikap berkecuali,
*PKR juga akur keputusan mesyuarat PR kerana alasan diadakan KAJANG MOVE tidak kukuh kerana untuk tukar MB sahaja dan jika diadakan PRK merugikan duit dan rakyat kerana baru sahaja PRU...

*SELANGOR mahu diserah PADA Umno..*

*Kenapa mahu buat Kajang Move dan Nuar mahu jadi MB, padahal NUAR Berahim ada niat disebalik nya iaitu DIA MAHU JADI MB dan akan serah SELANGOR pada UMNO dan NUAR jadi Timbalan Perdana Menteri.*

Maka ADUN Kajang meletakkan jawatan ADUN tanpa persetujuan BERSAMA dalam PR..

*tetapi untuk menjaga hubungan PR ini,PAS teruskan juga kerjasama dan syarat diberi jika berlaku PRK tiada pentukaran MB, maka sebulat suara setuju,jika tidak PAS akan boikot PRK Kajang ..

*Malahan kes LIWAT Nuar diserang oleh umno dengan menjatuhkan hukuman, maka NUAR hilang kelayakan BERTANDING lalu diletakkan Wan Azizah...

*selesai PRK sekali lagi PKR khianat dengan mahu MENUKAR juga MB untuk digantikan dengan Wan Azizah..*

*DIREKA FITNAH untuk menjatuhkan TAN SRI KHALID IBRAHIM..*

Dibuat roadshow keliling negara fitnahkan Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa dia telah sabotaj kerajaan negeri dengan berpakat dengan kerajaan pusat (UMNO), menyebabkan beliau dipecat dari PKR..

*LEBIH MENARIK ALMARHUM TOK GURU NIK AZIZ menyebelahi Tan Sri Khalid dengan mengatakan BUKTIKAN dahulu baru boleh pecat dan tukar*

*...PAS tetap membela Tan Sri Khalid kerana cara ISLAM mesti dibuktikan baru boleh dijatuhi hukuman.

*TETAPI* tetap terlucut jawatan MB Tan Sri khalid kerana tidak mendapat majoriti sokongan selepas 2 orang adun PAS mengkhianati PARTI dengan melanggar keputusan dibuat dan membuat SD akur janji untuk sokong wan azizah sbg MB, tetapi KUASA SULTAN lebih besar maka  baginda MEMINTA cadangan lebih pada 3 nama calon MB baru dan nama Wan AZIZAH ditolak.

*AZMIN ALI dilantik yang tidak disenangi sebahagian penyokong PKR kerana lebih cenderung pada PAS berbanding PH...

*(JANGKAAN Tepat bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM TIDAK BERSALAH DAN Rafizi serta Saifudin Nasution meminta MAAF di dalam mahkamah baru2 ini)

Sambung lagi..

NUAR IBRAHIM rupa2nya  mahu jadi MB atau WAN AZIZAH jadi MB untuk membolehkan PROJEK KN  berlangsung dengan jaya,jika mereka dapat kuasai SELANGOR, maka akan diserah pada UMNO dan NUAR BERAHIM mahu jadi TPM...
...*tetapi apakan nasib UMNO dan najib tidak terpedaya dengan NUAR IBRAHIM kerana mereka sudah pun tahu,tiada keuntungan jika dia bersama NUAR IBRAHIM kerana hasil kajian perisikan, PEMBANGKANG kuat kerana PAS dan tenaga gerak kerja berada PADA PAS.

*..jika dia terima juga NUAR jadi TPM nya,bermakna dia menempah malapetaka pada umno dan pkr...

*NUAR Berahim dipenjara dan REFORMASI tidak ada lagi sbagaimana 1998 apabila PAS mengerahkan ahli nya membela NUAR BERAHIM yang dizalimi oleh MAHATHIR.

* ...hari ini juga ramai ahli PKR terpesona dengan MAHATHIR pula, maka ramai otai2 reformasi yg boikot PKR  kerana mengenangkan saat REFORMASI 1998 ramai yg disumbat dipukul diterajang kerana membela NUAR BERAHIM)...

*Mahathir datang kepada Pembangkang adalah HANYA untuk JATUHKAN najib dan SELAMATKAN UMNO ...

*NUAR BERAHIM ADAKAN RUNDINGAN SEMASA PRU13 BARU2 INI ORANG TENGAH YUSUF KALLA.*

Rundingan Nuar mahu masuk dalam kerajaan BN jadi TPM,.....,

*PASAL tu ketika PRU ada perundingan antara NUAR BERAHIM dan mewakilkan YUSOF KALLA bekas Menteri Indonesia berunding dengan NAJIB untuk KONSESUS NASIONAL te tapi Najib tidak tandatangan surat perjanjian itu, sebaliknya pendedahan Najib selepas itu mengatakan NUAR IBRAHIM telah pun menandatangi surat itu atas kesungguhan dia mahu bersama UMNO dan menjadi TPM..

*Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi Konsisten dengan matlamat serta dasar pejuangan PAS*...

*kita berpolitik secara MATANG,dalam isu ummah dan kepentingan rakyat kita PAS boleh bersatu dengan sapa2 sahaja tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit*, hanya pengkhianat dan musuh2 sahaja akan merasa dukacita dan sakit hati..

TOK GURU NIK AZIZ sedar perkara ini..

*Akhir umur Tok Guru Nik Aziz sempat tahu perkara ini dan NUAR BERAHIM pernah kerumah tok guru Nik Aziz tetapi tidak dilayan sebagaimana dahulu lagi.

* setelah arwah tok Guru kenal siapa dia ..Almarhum Tok Guru berpesan dalam  KULIAH DAN SIDANG MEDIANYA pada akhir2 umurnya

*MENYERU DAN MENYURUH semua ahli PAS dan pengikut PAS supaya IKUT TOK GURU HAJI HADI DAN BERISTIQOMAHLAH DENGAN PAS*,

*Arwah Tok Guru Nik Aziz juga selepas  berita pengkhianatan NUAR BERAHIM serta PRO nya diketahui..

*arwah tidak lagi mengeluarkan apa2 keputusan sebelum mendapat keputusan dari TOK GURU HAJI HADI dan  selalu berpesan apa  juga keputusan Tok Guru Presiden umumkan, itu jugalah pandangan almarhum.*

HUSAM MUSA juga mengalami nasib yang sama seperti NUAR Berahim..
Almarhum TOK Guru Nik Aziz kecewa dengan Husam..

*almarhum  juga berpesan APA yang dikatakan oleh NIK ABDUH itu adalah *"Photostat ambo"*

Tanggal hari yg barokah Jumaat Tok Guru NIK AZIZ tinggalkan kita semua dengan

BERISTIQOMAH HINGGA AKHIR HAYAT DALAM JAMAAH PAS*...

Andai kamu cuba berterusan memFITNAH kami, UMPAMA kamu cuba buka Pekung kamu sendiri..

semoga jika ada yang rasa tertipu sebelum ini dengan fitnah2 serta tohmahan2 itu kembalilah dan berpolitiklah secara matang dan sejahtera.

Monday, June 12, 2017

15 TIPS RAYA DIKAMPUNG SANGAT PENTING YANG RAMAI ORANG TAK PERASAN

Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya x berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang x ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, tilam@toto pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.
Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dgn org lain..jgn harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati …yg tua yg muda…jangan rasa kita hebat.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

#BersamaPASmemacukegemilanganislam
#istiqamahhinggakemenangan

Saturday, June 3, 2017

Almarhum Haji Yusof Rawa sentiasa konsisten membangkitkan mengenai gejala riddah dan kemurtadan

Waktu beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS Pusat, Almarhum Haji Yusof Rawa sentiasa konsisten membangkitkan mengenai gejala riddah dan kemurtadan yang dialami oleh masyarakat Islam di Malaysia, termasuk yang diakibatkan oleh gerakan Kristianisasi.

Hakikat ini terbukti bila dilihat kepada kandungan ucapan-ucapan dasar Almarhum Haji Yusof Rawa di dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS.

Di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-30 pada 13 April 1984, Almarhum Haji Yusof Rawa berkata: “Kita yakin masalah pembebasan ummah masih menjadi persoalan yang serius dalam kehidupan umat Islam sekarang. Gejala riddah dan kemurtadan yang dialami oleh masyarakat Islam kini tetap merupakan ancaman yang meletak umat Islam di persimpangan yang mengharukan. Kerana itu perjuangan pembebasan ummah kekal menjadi dasar dan keutamaan dalam perjuangan kita. Tetapi walau apa pun keutamaan dasar dan program yang diatur bagi melaksanakan dasar itu, ia tidak akan keluar dari garis besar perjuangan, iaitu iqamat al-din, perjuangan menegakkan agama Allah dan mendaulatkan hukum-hukumnya.”

Di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-32 pada 26 September 1986, Almarhum Haji Yusof Rawa berkata: “Kita ingin mengulangi bahawa untuk memelihara aqidah umat Islam, kita wajib mempergiatkan lagi penyebaran pengetahuan mengenai batas-batas iman dan kufur. Ilmu mengenai perkara ini wajib dipelajari dan diketahui oleh setiap orang Islam secara fardhu ain, sekira-kira mereka dapat memelihara dan menjaga iktiqad dan kepercayaan mereka.”

Di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33 pada 10 April 1987, Almarhum Haji Yusof Rawa berkata: “Oleh itu kita akan terus memerangi gejala riddah dan semua aliran yang meruntuhkan... Kesan kepada keselamatan negara yang timbul daripada masalah pendatang haram, penyalahgunaan dadah dan penyebaran ajaran Kristian serta ancaman pengaruh Zionis yang berpengkalan di Singapura adalah sukar untuk dijangkakan... Mereka juga mungkin menjadi sebahagian daripada anggota gerakan Kristian antarabangsa yang cergas dan masuk ke negara ini secara berprogram.”

Di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-35 pada 31 Mac 1989, Almarhum Haji Yusof Rawa berkata: “Gerakan Yahudi untuk menghancurkan Islam dan umatnya tidak pernah berhenti sejak dari kejatuhan Khaibar. Gerakan gereja antarabangsa juga tidak pernah berhenti sejak dari kejatuhan Rom. Dendam mereka terus membakar kedengkian yang sedia ada kepada mereka. Mereka akan menggunakan apa juga kesempatan melalui berbagai-bagai gerakan politik atau tentera untuk menghancurkan umat Islam dan aqidah umat Islam. Gerakan isytisyraq atau orientalis dengan menggunakan bidang pemikiran dan penulisan untuk merosakkan kesucian aqidah tauhid.”

Lebih dari ini, Almarhum Haji Yusof Rawa juga pernah mendedahkan pada tahun 1987 mengenai betapa seramai 66,000 orang Melayu didapati tidak beragama Islam, yang diikuti dengan ceramah pemimpin PAS seperti Haji Mohamad Sabu mengenai ancaman Kristianisasi di Malaysia.

Dr Mujahid sudah bacakah segala kenyataan ayahanda dia mengenai gejala riddah dan kemurtadan ni sebelum menulis mengenai Almarhum? Takkanlah Dr Mujahid nak kata ayahanda dia, Almarhum Haji Yusof Rawa, dan Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, adalah pembohong pula?

Siapa sebenarnya pengkhianat?

Masa Anwar kena tuduh di mahkamah kerana kes Liwat I dulu,Tok Guru Haji Hadi tulis buku bab Qazaf pertahankan Anwar berdasarkan prinsip undang2 jenayah Islam. Lepas dibebaskan kali pertama,Anwar kena pulak sekali lagi!

Masa LGE mula2 kena siasat kerana kes banglonya,Tok Guru Haji Hadi pemimpin pertama yang kata dia tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Masa DAP nak diharamkan sebelum PRU13,Tok Guru tawarkan DAP bertanding guna logo PAS.Masa krisis MB Selangor hasil dari Langkah Kejang,Tok Guru tanpa berbelah bagi beri sokongan kepada Azmin sebagai MB walaupun Tok Guru boleh ambik kesempatan dengan lebihan kerusi yang ada pada PAS di Selangor.Bila Azmin jadi MB, kuota exco PAS ditambah dari 4 kepada 3. Pandai sungguh Azmin membalas budi.

Jiwa besar Tok Guru tidak pernah dihargai oleh DAP dan PKR. Pimpinan DAP penuh mulut menuduh Tok Guru penyebab pecahnya Pakatan Rakyat. Nyanyuk,bodoh...jadi mainan bibir pimpinan DAP.

Masa PRK Sungai Besar,Azmin jemput Dr Rani ke Majlis Berbuka Puasa. Pergilah orang tua tu kerana menghormati Menteri Besar.Tiba2 tanpa ada rasa malu alah Azmin malukan Dr Rani di depan orang...dia kata dia sokong calon PAN di Sungai Besar.

Yang jahat dan buruk,semua diletak atas kepala Tok Guru. Yang molek dan bagus semua dapat kat DAP,PKR dan PAN.

Atas kapasiti peribadi ambe bercakap:cukuplah kita nak mengalah dan merendah diri dengan puak2 ni.Baik buruk, kalah menang biarlah kita tanggung sendiri. Terlentang sama2 minum embun,tertiarap sama2 kita makan pasir!
Lahaulawala quwwata illabillah!
#istiqamah
#berdiri_teguh_bersama_ulamak
#SkuadAbabil

Tuesday, May 30, 2017

Pas azam bawa sistem Islam dalam pentadbiran

SHAH ALAM – Pas berazam mahu mengembalikan sistem Islam dalam pentadbiran negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat hanya dapat mengecapi kehidupan yang lebih adil dan menikmati perubahan sistem yang lebih baik dengan sistem Islam.

“Meskipun sejarah menunjukkan bahawa keagungan tamadun manusia berlaku di zaman Islam, namun sikap anti-Islam atau Islamphobia yang dicanangkan oleh Barat yang kini berjaya meresap masuk ke akal fikiran manusia, telah menjadikan mereka bertindak dan berhujah secara tidak rasional apabila terdengar sahaja perkataan "Islam."

“Anehnya, mereka boleh menerima sistem komunisme, kapitalisme, sosialisme dan pelbagai lagi asalkan ia bukan bernama "Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, sekiranya umat tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, kita hanya akan melakukan perubahan yang separuh masak.

Menurutnya lagi, umat di negara ini hanya sekadar merubah dari satu kegagalan sistem ciptaan manusia kepada satu lagi sistem ciptaan manusia yang lain yang juga akan berhadapan dengan pelbagai kelemahan dan kepincangan.

“Di dalam apa-apa perubahan, sepatutnya kita mengambil peluang untuk meruntuhkan sistem jahiliah dan menegakkan sistem Islam di atas keruntuhan tersebut.

“Islam menawarkan pakej lengkap dalam usaha melakukan perubahan. Gagasan Islam tidak bersifat ancaman, dan jauh lagi bersifat paksaan. Sebaliknya gagasan ini mengemukakan cadangan dan pilihan,” katanya lagi.

Sunday, May 28, 2017

Politik Persepsi Yang Jijik

Politik persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu.  Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno  Perikatan, kemudian Umno Bn.  13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin pakatan harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak masuk umno".  inilah tag line yang paling popular.

Paling kelakar sekali menuduh PAS, sekiranya BN menang  PRU 14, semuanya berpunca daripada PAS kerana PAS tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini. Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baru, kemudian sertai Pakatan Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN. Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi PAS yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan.

Cyber trooper  mereka cukup cekap dibantu pula oleh portal  popular yang memang dulu kini selamanya tidak pernah bersama dengan PAS untuk agenda Islam. Ucapan pemimpin PAS akan diambil sekerat dan diletakkan tajuk supaya memburukkan PAS. Isi keseluruhan tidak diambil. Etika  kewartawanan sudah dibuang ke laut China Selatan. Manakala ucapan pemimpin mereka akan disucikan seperti air mutlak  oleh cyber trooper mereka. Walau pun kadang -kadang mengguris perasaan hati umat Islam.

Jika ada gambar pemimpin PAS  bersama dengan pemimpin Umno walau pun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk umno. Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan umno. Jika ada pemimpin Dap, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah. Maka terus cyber trooper mereka akan membersihkan tindakan ini, seperti suci di dalam debu. Ini program kerajaan tidak ada masalah.  Jika pemimpin kesayangan mereka tidak apa, kalau pemimpin PAS, maka macam-macam ayat yang dihemburkan. Sehingga ada yang menuduh akan disambar oleh api neraka, kerana hadir program kerajaan. InsyaAllah pengikut PAS tidak sebodoh itu hendak melebelkan seorang kerana berpegang tangan dan berlaga perut di dalam program kerajaan.

Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada umno selepas kalah PRU 14. Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana.

Generasi muda yang berumur 20 tahun tidak menerima kaedah ini. Mereka mahu penyelesaian. PAS akan buktikan dengan amalan walau pun tidak sempurna tetapi lebih baik daripada pemimpin BN dan Pakatan Harapan. Biar rakyat menjadi saksi. Walau pun mereka nampak gagah tetapi tidak kekal. Benar kata Syed Qutb "Kebatilan walau pun nampak kuat, ia akan musnah. Manakala kebenaran walau pun nampak lemah ia akan menang". Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2 Ramadhan 1438/ 29 Mei 2017

Thursday, May 18, 2017

Ulama menyenaraikan LAPAN pendekatan untuk berhubung dengan bukan Islam

PERTAMA : TAHALUF
Mengadakan persefahaman bersama pihak bukan Islam dalam titik persamaan dengan mereka, seperti menentang kezaliman, penyelewengan dan menghadapi puak pelampau. Dimana hubungan ini dilakukan dalam batas-batas tertentu.

KEDUA : ZIMMAH
Orang bukan Islam terima Islam sebagai konsep negara dan sanggup menjadi rakyat serta menghormati undang-undang Islam, iaitu HUDUD dan QISAS.

KETIGA : MU'AHADAH
Hubungan negara yang bersedia untuk mengadakan perjanjian dengan Kerajaan atau Negara Islam.

KEEMPAT : SULH
Berdamai dengan negara yang menjadi musuh perang dalam tempoh tertentu.

KELIMA : MUWADA'AH
Gencatan senjata sementara waktu yang diizinkan oleh syarak.

KEENAM : HIMAYAH
Meminta perlindungan dari musuh yang baik seperti Nabi mendapat HIMAYAH dari Abu Thalib, serta menyuruh sahabat ke Habsyah untuk mendapat perlindungan daripada Rajanya.

KETUJUH : TA'AWUN
Bertolongan dalam perkara baik dengan pihak lain yang diizinkan oleh syarak.

KELAPAN : ISTIANAH
Meminta pertolongan ketika kita dalam keadaan lemah, mereka berperang sesama mereka. Mereka memerlukan bantuan dan kita membantu untuk melawan musuh mereka.

Nabi SAW mengadakan semua muamalah tersebut dan tidak bergantung dengan satu hubungan sahaja.

Setiap hubungan haruslah dikaji sejauh mana hubungan tersebut dapat memberi manfaat dan kebaikan untuk Islam.

Hubungan-hubungan tersebut haruslah dengan syarat tidak menggadaikan PRINSIP dan MATLAMAT.

Hari ini kita mengadakan hubungan tahaluf bukan bererti mati dengan tahaluf.

#MAMPUCentre
#martyr_warrior
#SEJAHTERAbersamaISLAM
#BPMSLillahhitaala

PAS pertahankan prinsip Islamnya

Jika nak suruh PAS buang prinsip Islamnya, memang PAS tak nak. Sebab berjuang ni penat, ahli PAS tak nak penatnya menjadi sia2 dari muda sampai tua, dari kaya sampai miskin, dari sihat sampai sakit, dari tegak sampai bongkok berjuang, tiba-tiba jadi sia2 kerana buang perjuangan demi Islam.

PAS pertahankan prinsip Islamnya bukan sebab PAS ekstrem, tapi sebab PAS yakin ini adalah dasar yang akan memberikan keadilan kepada semua kaum dan agama. Itu jaminan Allah SWT, tiada sebab untuk PAS buang dasarnya kerana Islam adalah terbaik demi keadilan dan keamanan seluruh rakyat Malaysia.

Ugut PAS akan kalah, fitnah, caci maki dan sejarah kelam PAS, tak pernah menakutkan PAS untuk istiqamah dengan prinsipnya. Biar kita hilang sesuatu kerana Islam jangan kita kehilangan Islam kerana sesuatu.

Monday, May 15, 2017

Biar tin Milo jadi saksi di hadapan Allah

"Dr... sampai bila PAS nak bergantung kepada kutipan derma untuk biaya aktiviti parti?" Tanya seorang kawan yang tak terlibat dalam mana-mana organisasi parti.

Sampai kiamat Syeikh! Selagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini ada dan perjuangannya teguh atas dasar Islam, maka selagi itulah mereka yang cintakan perjuangan Islam akan terus menghulurkan derma selama mana ada bulan dan matahari.

Walau PAS dah perintah Kelantan, ahli dan penyokong PAS Kelantan terus menderma. Ketika PAS perintah Terengganu dan Kedah, ahli PAS di kedua-dua negeri ini terus menderma.

Saya tertarik bila dimaklumkan di Muktamar Alor Setar baru-baru ini bahawa PAS Kedah melancarkan kempen derma 50 sen sehari bagi setiap ahli PAS di Kedah untuk menyiapkan bangunan Kompleks PAS Kedah yang berharga sekitar RM2 juta.

Dalam masa yang sama jangan ingat PAS debek sangat dan bergerak semata-mata dengan derma orang ramai. PAS juga ada aset-aset berharga yang menjadi sumber pendapatan. Kalau pergi shoping di Mydin Kuala Ibai, Kuala Terengganu, cuba tanya bangunan supermarket itu siapa pemiliknya.

Derma antara sebab menjadikan ahli PAS rasa bahawa mereka adalah sebahagian dari parti. Ahli PAS majoritinya lebih berfikir untuk memberi dan bukannya untuk menerima. Jatuh bangun parti ini adalah hasil dari pengorbanan susah payah ahli. Malah saya biasa dengar ada ahli PAS yang hadir ke tempat ceramah bersungut hampa apabila dalam majlis tersebut tak dibuat kutipan derma. Mereka dah siap  bawa duit untuk derma.

Semasa Himpunan Fastaqim H60k di Kota Bharu tahun lepas, seorang sahabat hampa apabila pemungut derma tak sampai ke tempat dia berada. Lalu 'nak lepas geram' dia masukkan beberapa keping note RM50 ke dalam tabung sebuah masjid yang dia singgah solat dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Dungun.

Ibarat sebuah masjid yang siap dibina oleh kontraktor dengan peruntukan kerajaan dibandingkan sebuah masjid yang dibina secara gotong-royong melalui kutipan derma. Tentu sekali ikatan hati kita dengan masjid yang dibina hasil susah payah sendiri akan lebih dekat dan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

Malah derma bagi orang PAS bukan sekadar dengan duit. Mereka bagi sumbangan lembu, kerbau dan kambing untuk disembelih bila ada program besar. Mereka hulur beras, kelapa, sayur, rempah ratus untuk kenduri. Mereka wakafkan kereta untuk kegunaan parti. Mereka beli komputer dan perabut untuk pejabat parti. Mereka wakafkan tanah untuk dibina premis parti. Mereka hulur simen, pasir dan batu-bata bila PAS nak buat bangunan. Yang ada kemahiran, mereka hulurkan sumbangan tenaga secara percuma. Belum lagi dikira yang diberi pinjam untuk kegunaan program parti secara percuma.

Bila kita nak buat jamuan laksa sambil menderma, ada tokey laksa yang marah sebab tak bagitahu dia. Sebabnya dia nak bagi 200 kg laksa secara percuma saja. Tokey ikan akan hulur ikan secara percuma untuk buat kuah laksa.

Ada sahabat yang kerja jual tanah lot. Ada 4 lot tanah, 3 lot untuk dia dan baki 1 lot untuk parti. Ada sahabat kerja jual gas. Hasil jualan setiap tong gas, 10 sen dia peruntukan untuk parti. Ada sahabat yang buka car wash.  RM1 bagi setiap kereta yang dicuci dia masukkan dalam tabung parti. Ada sahabat yang kerja doktor gigi. Paginya dia kerja doktor gigi, petangnya habis duit hasil cabut gigi dibelanjakan untuk parti.

Ada yang masukkan RM2 dalam tabung sebab dia cuma kerja NGO (Nnoreh Getah Orang). Ada pula seorang sahabat Jabi yang berkemampuan membelanjakan lebih 50k seorang diri untuk biaya pengundi luar Jabi ketika PRU 13.

Biarlah orang hina kita dengan pelbagai gelaran termasuklah gelaran parti tin milo. Dengan izin Allah, tin milo tersebut akan jadi saksi di hadapan Allah nanti.

Tak betul tuduhan ahli parti bagi derma untuk pemimpin bermewah-mewah. Saya dah diamanahkan pegang jawatan dalam parti dari peringkat DUN, Kawasan, Negeri dan sekarang di PAS Pusat. Kita tak dibayar elaun dari mana-mana sumber apatah lagi dari duit derma walau 1 sen. Kalau ada bukti pemimpin yang makan duit derma, tolong adukan secara rasmi untuk tindakan Lembaga Disiplin PAS. Jangan main serkap jarang begitu.

Dr Azman Ibrahim
15/5/2017

Saturday, May 13, 2017

HANYA TAHALUF SIYASI YANG BATAL

Dlm kerajaan Selangor adalah kerjasama utk rakyat dsbnya5. Dgn kerajaan persekutuan juga kerjasama utk rakyat dsbnya. Contohnya Kerjasama utk RUU355. Bukan tahalluf antara parti.

HANYA TAHALUF SIYASI YANG BATAL

Oleh: Dr Tanaka Mustaf

1) Majlis Syura Ulama PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR batal serta merta. Apa maknanya? Maknanya, tiada lagi tahaluf siyasi dengan PKR. Apa ertinya? Ertinya tiada lagi kerjasama politik dengan PKR.

2) Habis tu? Bagaimana dengan exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor? Menggeleparlah sekalian manusia yang tidak sabar-sabar mahu mengambil alih kerusi exco yang dipegang wakil rakyat PAS.

3) Sabar. Nanti dulu. Yang dibatal itu adalah tahaluf siyasi, kerjasama politik. Itu saja. Tidak bermakna kerjasama dalam bentuk lain terbatal juga. Kerjasama ekonomi, kerjasama sosial, kerjasama isu semasa, kerjasama majlis kenduri, kerjasama sukan, kerjasama itu dan ini... banyak lagi kerjasama selain kerjasama politik.

4) Kerjasama politik ini lebih kepada kerjasama politik kepartian, yakni kerjasama saat pebahagian kerusi, kerjasama saat kempen pilihanraya, kerjasama jentera pilihanraya, kerjasama supaya tak bertembung dalam pilihanraya dan sebagainya. Yang ini terbatal, dan PAS dah taknak bekerjasama dalam politik kepartian ini.

5) Adapun kalau PKR nak bekerjasama dalam isu RUU355, silakan. Jika nak bekerjasama dalam isu ekonomi rakyat, silakan. Nak buat majlis hari jadi jemput pemimpin PAS, silakan. Alaaaahh... macam PAS dengan UMNO laa... takde tahaluf siyasi pun. Takde kerjasama politik pun. Tapi bekerjasama dalam isu-isu yang menjadi kepentingan rakyat dan umat.

6) Jadi, PAS enggan keluar dari kabinet kerajaan Selangor mungkin atas dasar menjaga kepentingan rakyat. Jika tidak bekerjasama dengan PKR pun, PAS bekerjasama dengan Azmin.

7) So, disebabkan ada lagi bentuk kerjasama lain selain kerjasama politik (tahaluf siyasi) walaupun tidak rasmi seperti tahaluf siyasi, maka anda tak perlu gelepar dan meroyan lebih kut. Rileks-rileks sudah.

Sekian.

p/s: Satu lagi saya rasa laa... PAS sengaja tak nak keluar dari kerajaan Selangor sebab nak bagi wakil rakyat AMANAH meroyan.

PAS Pusat merakamkan rasa simpati dan kesedihan yang amat mendalam atas pemergian Dr Nurul Huda Ahmad.

Lajnah Kebajikan PAS Pusat merakamkan rasa simpati dan kesedihan yang amat mendalam atas pemergian Dr Nurul Huda Ahmad. Meninggal dunia dalam kemalangan yang tragis ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia ke Marang Terengganu setelah menghabiskan tugas oncall di hospital. Masyarakat dan negara kehilangan seorang bakal pakar kanak-kanak yang telah berada ditahun ketiga pengajian Sarjana Perubatan. Lebih memilukan bila memandang kepada 3 anak kecil berusia antara 2-8 tahun yang ditinggalkan ibu buat selamanya.

Cara terbaik untuk 'membela' pemergian Dr Nurul Huda ialah dengan mewujudkan  satu Garis Panduan Amalan berkaitan  Hours of work (jumlah jam kerja), shift work and  rostering hospital doctor (jadual dan giliran tugasan doktor di hospital)  yang memberikan penyelesaian yang praktikal untuk menguruskan sindrom keletihan melampau akibat jam kerja yang lama serta meminimakan risiko yang mungkin berlaku akibat keletihan, antaranya kecelakaan jalan raya ketika memandu pulang selepas bertugas.  Garis panduan ini perlu diguna pakai untuk semua samada Doktor Pakar, Pegawai Perubatan termasuk juga Pegawai Perubatan Siswazah. 

Ini penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja kesihatan terjamin.

Saya setuju jika semua Pegawai Perubatan  dan Doktor Pakar yang selesai oncall (postcall) 24 jam, mendapat sehari cuti secara automatik atau paling kurang setengah hari off.

Ada sesetengah hospital yang sedia memberikan postcall bekerja hingga jam 12 tengah hari tetapi peraturan ini tidak diseragamkan dan ianya bergantung kepada budi bicara Pengarah Hospital.

Masalah sindrom keletihan selepas postcall memang disedari semua personal bidang perubatan dan melibatkan semua samada Pakar, Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah.

Kena ada perubahan dasar dan bukannya penyelesaian sementara. Untuk buat perubahan dasar, mereka yang berautoriti mesti mengemukan satu garis penyelesaian dan polisi yang meyakinkan.

Kita akui bahawa keperluan tugasan oncall bergantung kepada justifikasi, tenaga pekerja dan aktiviti harian serta mingguan sesebuah jabatan di hospital terbabit. Cabaran Pegawai Perubatan bukan hanya terhadap risiko sebegini tetapi memikul harapan tinggi rakyat kepada institusi perubatan dan kesihatan.

Bagi seorang ibu dan isteri yang berkerjaya doktor seperti Almarhumah Dr Nurul Huda, adakalanya mereka korbankan kesihatan dan keselamatan diri semata-mata kerana keluarga. Hati ibu yang dah beberapa hari terpisah dengan anak-anak semestinya rasa kerinduan kepada anak-anak itu mengatasi segalanya sehingga mengambil risiko untuk memandu pulang juga walaupun badan keletihan. Saat yang paling berharga dan bahagia bagi seorang ibu dan isteri adalah berada bersama anak-anak dan keluarga tersayang.

Semoga Allah merahmati dan mengampuni Almarhumah Dr Nurul Huda serta rakan sejawat yang telah pergi ketika menggalas tugas yang sangat mulia ini.

Dr Azman Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Pusat
12 Mei 2017

Thursday, May 11, 2017

MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017

memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah

Wednesday, May 10, 2017

PAS KONSISTEN DAN KOMITED MEMPERJUANGKAN ISLAM

PAS terpaksa memutuskan hubungan Tahalluf Siyasi mereka bersama beberapa rakan Parti lamanya demi mencapai mardhatillah...
PAS tidak pernah rasa gusar dan takut akan cemuhan dan tohmahan dari rakan Parti lamanya kerana apa yg di perjuangkan PAS selama ini adalah Islam...

Setelah DAP dan Parti serpihan PAS iaitu Amanah(PAN) telah menyerang PAS secara tidak langsung demi mencari kekuatan untuk menumbangkan UMNO pada pilihan raya akan dtg dgn pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap PAS,PAS tetap dgn pendirian untuk terus melangkah serta bekerja keras agar apa impian yg PAS hendak perjuangkan tercapai...PAS tidak sombong dgn kedudukannya malah tetap dgn prinsip dan dasarnya yg tidak pernah berubah dari era penubuhannya lagi...

PAS tidak akan tunduk dgn mana-mana parti yg membelakangkan dasar yg Parti itu perjuangkan selama ini termasuk lah PKR....

PAS sudah sekian lama menentang UMNO semenjak PAS keluar dari gagasan UMNO dahulu..Sehingga kini PAS tetap lawan mana-mana parti yg tidak meletakkan Islam sebagai Hukum Perlembagaan dlm Negara...

Oleh itu PAS kini telah melakukan sedaya upaya dan usaha yg sebaik mungkin demi memperjuangkan Hukum Islam,

Dengan tema "membangun bersama Islam & Bersama kepimpinan Ulama"PAS juga telah melonjakkan dirinya agar PAS berpolitik secara matang dan sejahtera...

Dengan tema inilah PAS teruskan langkah mengharungi liku-liku perjalanannya sebaik mungkin...berdasarkan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA(BPMS)...

PERJUANGAN PAS UNTUK MENDAPAT MARDHATILLAH DAN KEMENANGAN YG HAKIKI MENGIKUT SYARAK..

Monday, May 8, 2017

Politk Matang dan Sejahtera

Ceramah PAS menerangkan isu -isu semasa berkaitan isu Ruu355, isu hukum haram Gst, isu politik antarabangsa dan sebagainya manakala ceramah PAN hanya mengenengahkan isu fitnah dan persepsi terhadap PAS... PAS terima duit 90 juta, PAS dah tak serang UMNO, Muktamar PAS dapat liputan dari media cetak dan elektronik seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3.

Penceramah PAN nak supaya PAS ikut cara mereka yang dikatakan sentiasa menyerang UMNO (walaupun sebenarnya aku tak nampak pun mereka menyerang UMNO dalam ceramahnya). Itu terpulanglah dengan pendekatan masing - masing. Terbaru isu TGHH bersama Ahmad Shabery Cheek dalam Majlis Pelancaran Tukun Tiruan Rig To Reef (R2R)

Sebenarnya Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang di aplikasikan dalam politik PAS hari ini amat sesuai dengan zaman dimana UMNO dalam keadaan lemah dan sudah menampakkan hasilnya apabila orang ramai sudah tak takut dengan politik PAS hari ini. Sebagai bukti keahlian PAS sentiasa bertambah dari sehari ke sehari.

Adakah dengan cara politik PAN hari ni membuatkan orang ramai makin berebut -rebut nak isi borang dan menjadi ahli PAN? Sebenarnya PAN mengamalkan politik tahun 80an dimana zaman UMNO tengah kuat dan sentiasa membuli pembangkang dan hasilnya keahlian PAN tak boleh menyaingi parti baru iaitu PPBM. Orang ramai perlu tahu politik begitu tidak berlaku di negara yang mengamalkan demokrasi secara matang.

BPMS telah membuahkan hasilnya... Untuk pemimpin dan ahli PAS teruskan dengan Politik Matang dan Sejahtera ini kerana nak menang pilihanraya PAS kena dekati orang ramai... Pedulikan dengan kritikan PAN.

Hidup Kena Beristiqomah Mati mencari Redha Allah

PemudaSelatKlang
09 Sya‘ban 1438 H
06 May 2017
#MAMPUCentre

Sunday, May 7, 2017

3 pemuda berganding mantapkan jentera PAS

PAS mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang baharu termasuk senarai pesuruhjaya negeri bagi sesi 2017 / 2019 yang antara lain menyaksikan Datuk Iskandar Samad yang mengekalkan jawatan Naib Presiden 'digugurkan' sebagai Persuruhjaya PAS Selangor.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Sallehen Mukhyi dilantik ganti Iskandar untuk jawatan itu.

Orang lama PAS,Datuk Mustapha Ali yang merupakan bekas Setiausaha Agung PAS kini tidak lagi jadi Pengarah Pilihanraya PAS.

Jawatan itu kini disandang oleh Setiausaha Politik kepada Presiden PAS yakni Dr Ahmad Samsuri Mokthar.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pertama selepas Muktamar PAS dekat Alor Star hujung minggu lalu menjelaskan Iskandar diberi tanggongjawab baru bersama dua Naib Presiden PAS lain.

Beliau akan kawal selia bahagian tengah dan selatan semenanjung iaitu Selangor, Negri Sembilan, Malacca and Johor untuk pilihanraya umum ke 14.

Datuk Nik Mohamad Amar kawasan timur manakala Idris Ahmad bahagian utara.

Dua Naib Presiden itu juga bukan Persuruhjaya PAS Negeri.

Mustapha Ali pula kini akan berfungsi sebagai penasihat kepada parti.


Berikut adalah senarai AJK PAS Pusat yang diumumkan parti itu pada Ahad:

Setiausaha Agung: Datuk Takiyudin Hassan

Bendahari: Razman Zakaria menggantikan Mohammad Nor Mohamad

Ketua Penerangan: Nasrudin Hassan

Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menggantikan Datuk Mustafa Ali

Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi

Ahli Jawatankuasa Pusat yang dilantik:
Ahli Jawatankuasa 1 : Mohd Sanusi Md Nor
Ahli Jawatankuasa 2 : Saiful Bahri Mamat
Ahli Jawatankuasa 3 : Mohamad Hussain
Ahli Jawatankuasa 4 : Dr Mohd Khalid Kassim
Ahli Jawatankuasa 5 : Zainal abidin Kidam
Ahli Jawatankuasa 6 : Datuk Dr Abdul Hakeem Johari
Ahli Jawarankuasa 7 : Wan Rohimi Wan Daud

Selain mereka ada 18 orang Ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang menang bertanding jawatan semasa pemilihan di muktamar PAS.

Pesuruhjaya PAS Negeri:

1. Kelantan - Datuk Ahmad Yaakob

2. Terengganu - Datuk Husin Awang menggantikan Saiful Bahari Mamat

3. Perlis - Mohd Shukri Ramli

4. Perak - Razman Zakaria

5. Selangor - Sallehen Mukhyi menggantikan Datuk Iskandar Abdul Samad

6. Sabah - Paumin @ Mohd Aminuddin Aling

7. Sarawak - Jofri Jaraiee

8. Wilayah Persekutuan - Mohammad Noor Mohamad

9. Melaka - Kamarudin Sidek

10. Kedah - Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi

11. Johor - Abdullah Hussin menggantikan Datuk Dr Mahfodz Mohamed

12. Pulau Pinang - Mohd Fauzi Yusof

13. Pahang - Rosli Abdul Jabar

14. Negeri Sembilan - Mustafa Daharun

Takiyuddin juga memberitahu mesyuarat hari ini  tidak menyentuh secara menyeluruh berhubung kerjasama politik atau tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Rakyat ( PKR) kerana menunggu keputusan daripada Mesyuarat Majlis Syura Ulama (MSU).

Menurut beliau usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR yang diluluskan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 itu hanya diberi tumpuan "sepintas lalu".

"Ia hanya sepintas lalu.Kami menunggu keputusan MSU yang sehingga kini masih belum diketahui bila akan diadakan, " katanya.

Takiyuddin juga kata , mesyuarat kali ini turut tidak menyentuh mengenai pergolakan politik yang berlaku di Selangor setelah PAS mengambil keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

"Bulan Jun nanti kita akan adakan mesyuarat PAS Pusat, pada masa itu kita akan bincangkan mengenai masalah politik semasa yang berlaku," katanya.

Tambahnya lagi, PAS tidak akan mengambil berat mengenai andaian, analisa atau telahan pihak luar yang mengatakan PAS akan rugi besar jika tetap untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

" Itu andaian...itu analisa...pihak luar berhak membuat andaian mereka. Dipihak PAS, kami tahu apa yang kami lakukan dan kami ada alternatif serta perancangan terhadap apa yang kami buat.

" PAS sudah wujud selama 66 tahun, kita akan mengambil kira setiap keputusan yang diambil. Kami juga ada jabatan penyelidikan untuk membuat perancangan atas setiap keputusan yang dibuat," katanya.

Bercakap mengenai nama-nama di dalam Ahli Jawatankuasa Kerja PAS bagi sesi kali ini, beliau yakin nama yang tersenarai mampu menguatkan parti itu dalam menempuh pilihan raya umum akan datang.

Kebanyakan nama yang dilantik merupakan daripada golongan profesional dan berkebolehan untuk menghadapi PRU akan datang.

amukan jemaah masjid kepada seorang pemandu yang membunyikan hon tanpa henti ketika solat Jumaat

KENYATAAN MEDIA PAS JOHOR

Hari ini masyarakat telah dikejutkan dengan penularan satu video amukan jemaah masjid kepada seorang pemandu yang membunyikan hon tanpa henti ketika solat Jumaat diadakan. PAS Johor amat menyesali perkara seperti ini berlaku dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Ia menunjukkan kegagalan sistem nilai dan toleransi masyarakat secara keseluruhannya. Sekiranya perkara ini tidak diubah dan ditangani dengan baik, ia akan membarah dan meruntuhkan hubungan sesama kaum dan agama di negara ini.

Masalah parkir yang sesak ketika upacara-upacara besar adalah perkara biasa di Malaysia dan ianya boleh diselesaikan dengan mewujudkan sistem parkir yang lebih tersusun dan sistematik serta makluman kepada para pemandu kenderaan mengikut keadaan setempat.

Sikap tidak bertoleransi juga terserlah kepada pemandu yang terlibat. Membunyikan hon ketika solat dikerjakan hanya menunjukkan betapa tiadanya toleransi lebih-lebih lagi ketika satu upacara agama dilakukan. Ianya sememangnya hanya akan mengundang ketidakpuashatian  dan kemarahan kepada jemaah surau tersebut.

Tiada sikap toleransi yang ditunjukkan oleh segelintir jemaah masjid yang agak agresif terhadap pemandu tersebut juga sesuatu yang sepatutnya dielakkan. Tidak perlu bertindak secara kekerasan dan merosakkan harta benda kerana Islam mengajar kita bersabar adalah lebih baik. Walaubagaimanapun, kejadian sebenar hanya diketahui oleh mereka yang terlibat. Keadilan perlu dilaksanakan walau siapa yang melakukannya.

Di dalam kes seumpama ini, masyarakat dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan mengapi-apikan lagi keadaan teutama melalui media sosial. Serahkan kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat dan membuat hukuman.

Tahniah kepada pihak yang berkuasa termasuk PDRM, Majlis Agama Islam Johor, pihak pentadbiran Surau dan ketua komuniti masyarakat Cina tempatan yang berjaya menyelesaikan isu ini dengan pantas dan berkesan.

Justeru PAS Johor mengharap agar semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama untuk kembali kepada sikap yang bertoleransi sesama kita. Hormatilah semua amalan agama-agama yang ada di Malaysia ini supaya kita semua dapat mencipta sebuah Malaysia yang lebih sejahtera.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
 
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
5 hb Mei 2017
9 Syaaban 1438H

Saturday, May 6, 2017

Bersama Hidup Sejahtera Di Bawah Naungan Islam

Oleh: Dr Azman Ibrahim

PAS mengajak ke arah membina sebuah negara yang sejahtera dengan Islam. Semua bangsa dan agama akan diraikan dan dilindungi di bawah sistem Islam. Sebagaimana kita menerima hakikat bahawa wujudnya kepelbagaian bangsa adalah ciptaan Allah kepada mahkluknya, begitulah juga kita menerima hakikat bahawa manusia ada pelbagai pegangan dan kepercayaan agama. Menghormati kepercayaan orang lain adalah perintah agama dan dalam masa yang sama kebenaran Islam mesti disampaikan kepada seluruh manusia. Tetapi tiada paksaan sesiapa pun untuk memeluk Islam.

Insiden kes pukul di masjid yang baru berlaku hanya sekadar kes terpencil yang tak perlu diapi-apikan sehingga nyalaannya marak membakar sentimen perkauman dan keagamaan. Tiada siapa yang akan untung akhirnya.

Ianya boleh diselesaikan secara damai dengan melihat kepada punca kejadian tanpa diseret dengan emosi dan luapan kepanasan yang tak perlu.

Mungkin laluan kereta Camry itu terhalang. Tapi bertindak membunyikan hon secara tak wajar boleh ditafsirkan orang bahawa pemandu kereta sengaja menimbulkan provokasi yang tak perlu. Tambahan pula di situ tempat ibadat. Kalau ada pemandu Islam yang membunyikan hon bertalu-talu depan gereja pun tetap tak wajar sama sekali.

Kalau pemandu Camry tersebut memang tinggal berdekatan dengan masjid yang berkenaan, tentu dia sedia maklum, orang Islam bila sedang solat, kamu tekan hon macam mana sekali pun, orang tak akan berhenti solat sehinggalah selesai. Lantas perbuatan tekan hon berkali-kali memang ada unsur provokasi dan gangguan yang tak wajar. Apatah lagi bila disusuli dengan kata-kata yang tak manis terhadap para jemaah. Seseorang perlu menasihatinya supaya lebih bertolak ansur dan belajar menghormati agama orang lain.

Sangat baik kalau dapat diadakan pertemuan susulan antara pihak masjid dan pemandu Camry tersebut. Saya yakin segalanya akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling harmoni. Ada sikit sebanyak salah faham, boleh sama-sama berlapang dada demi keharmonian dalam masyarakat. Tak ada siapa yang untung andai hidup saling membenci.

Islam tak pernah anti dengan mana-mana kaum kerana kita semua anak cucu Nabi Adam belaka. Bila kita asalnya dari Datuk yang sama, maknanya kita adalah 'worih-waroh' belaka. Sama-sama hidup menumpang atas muka bumi Allah. Saling kenal mengenal dan saling memerlukan antara sesama kita. Lantas apa perlunya permusuhan. Islam jangan diganggu gugat dan kita orang Islam memang tak ganggu orang lain.

Mari bersama kita hidup sejahtera di bawah naungan Islam.

*Penulis ialah AJK PAS Pusat

Friday, May 5, 2017

menjadi Nelayan sekiranya ISLAM berjaya ditegakkan

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi Nelayan sekiranya ISLAM berjaya ditegakkan.

SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.

Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.

Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.

Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.

Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.

Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.

Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.

Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.

Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.

Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.

Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.

Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.

Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.

Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.

Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.

Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.

Oleh: Subky Latif

TULISAN YANG HEBAT DARI AYAHANDA Subky Latif

Saya tidak pernah mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz bercanggah pandangan dengan Tuan Guru Haji Hadi, bahkan saya rasa, Tuan Guru Haji Hadi adalah orang paling dihormati Tuan Guru Nik Abdul Aziz

KETIKA era kepimpinan ulama PAS diperkenalkan pada tahun 1982, muncul ke baris depan empat tokoh ulama di tengah sekumpulan ulama tua dan muda bagi memimpin parti Islam itu.

Mereka ialah Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan paling muda dari mereka ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Awang. Syukur saya sempat bersama kepimpinan keempat-empat mereka ke tengah dan ke tepi.

Semua mereka saling hormati menghormati dan saling memerlukan antara sama lain. Dua dari mereka adalah senior dalam parti iaitu Haji Yusof dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mereka terkenal sebagai tokoh amat sederhana dalam era kepimpinan sebelumnya. Dua lagi antara 10–15 tahun muda dari yang senior itu dikira radikal masa itu, lantang dan cepat mendapati perhatian ramai dalam dan luar parti.

Sebelum Majlis Syura Ulama dibentuk sebagai tonggak ulama bagi kepimpinan ulama itu jawatan dalam parti ialah Haji Yusof adalah presiden, Ustaz Fadzil adalah Timbalan Presiden, Ustaz Hadi Naib Presiden dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Ketua Dewan Ulama. Setelah Majlis Syura Ulama dibentuk Haji Yusof menjadi Mursyidul Am yang pertama merangkap Presiden.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjawat jawatan Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi kekal timbalan presiden dan Naib Presiden. Mereka adalah anggota Majlis Syura yang kanan dari 12 orang. Gabungan dari dua yang sederhana dan dua yang radikal menjadikan pimpinan ulama PAS itu  mampan dan sempurna. Tidaklah mereka sebanding dan setanding dengan kehebatan empat khalifah rasyidin yang masyhur itu ialah Abu Bakar as- Siddiq, Umar al-Khatab, Usman ibni Affan dan Ali Abu Talib, tetapi mereka mencontohi setiakawan sesama khalifah itu. Kajayaan dan kekuatan Rasulullah s.a.w. itu sendiri banyak dibantu oleh kesetiaan sahabatnya yang empat itu.

Tanpa ditentukan oleh baginda, keempat mereka adalah khalifah mengikut giliran. Tidak ditentukan siapa dulu jadi khalifah dan siapa kemudian. Tetapi setiakawan dan kerukunan yang ditunjukkan oleh tarbiyah baginda, salah seorang dari mereka menjadi ganti apabila khalifah itu pergi dulu. Haji Yusof sebagai ahli perniagaan tidak terkenal sebagai Tuan Guru tetapi beliau cukup ilmu untuk menjadi Tok Guru.

Justeru tiga sahabatnya penuh masa terlibat dalam pendidikan dan dakwah, maka Haji Yusof tidak memburu jawatan Mursyidul Am itu. Umum pun merasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz calon yang sesuai untuk menjadi Mursyidul Am. Dengan kesihatannya yang dihadapinya dan faktor usianya beliau berpuas hati jadi Presiden saja. Lagipun dalam banyak perbicangan tentang hukum beliau banyak memberi lalu kepada yang tiga lagi itu memberikan pendapat. Beliau lebih suka jadi orang tua kepada semua. Banyak yang merasakan dia adalah pimpinan sementara. Tetapi rakan-rakan yang lain mengiranya adalah Amir yang perlu dipatuhi dan disantuni. Saya menghadiri usrah pimpinan. Semua tidak mahu jadi naqib kepada usrah kerana mereka ada Amir. Sebagai Presiden beliau mahu memberi laluan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau Ustaz Fadzil.

Kedua-duanya menolak kerana mereka ada Amir. Kedua-duanya berkata kepadnya, “Anta adalah Amir, anta mesti mengepalai usrah.” Dengan segala keberatan beliau memikul amanah itu. Itulah apabila jawatan Mursyidul Am itu hendak diisi, Tuan Haji Yusof mahu ia dipegang oleh orang lain memadai beliau jadi Presiden yang dijawatnya sejak awal. Tetapi mereka mahu Amirnya juga sekali pun beliau sudah jadi Presiden. Tuan Guru Nik Aziz sedia jadi Timbalan Mursyidul Am. Selagi Haji Yusof ada kesetiaanya kepada Mursyidul Am yang ada itu. Dalam tempoh kepimpinannya beliau terus-menerus uzur. Maka banyak urusan Presiden itu dijalan oleh Ustaz Fadzil dan urusan Majlis Syura Ulama dijalankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Setelah sekitar empat bulan tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat parti, Haji Yusof mengambil keputusan meletak jawatan.

Ustaz Fadzil mulanya enggan hadir semasa pengumumannya meletak jawatan kerana tidak mahu dilihat pengunduran diri itu atas kemahuannya. Ustaz Fadzil tidak tahu keputusannya meletak jawatan itu. Ia diputuskan setelah berbincang dengan Ustaz Hassan Shukri dan saya yang menziarahinya di Pulau Pinang. Setelah penggalnya sebagai Mursyidul Am tamat, beliau tidak sedia dicalonkan lagi. Sejak itu, Presiden dan Mursyidul Am dijawat oleh orang yang berlainan. Saya sempat pula berkhidmat dengan Ustaz Fadzil. Tetapi tidak banyak bercampur Mursyidul Am Nik Abdul Aziz, kerana beliau menjadi Mursyidul Am hampir sama banyak masa dengan Menteri Besar Kelantan.

Penguasaan politik di bawah Ustaz Fadzil adalah lebih ketara dibanding dengan zaman Haji Yusof Rawa. Kerana Haji Yusof acap uzur maka beliau banyak menjalankan pimpinan. Maka zaman Haji Yusof itu tidak dapat dikira zamannya sendiri kerana banyak yang dijalankan oleh Ustaz fadzil. Tetapi zaman Ustaz Fadzil boleh dikira zamannya sendiri. Sekali pun Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah Timbalan Presden tetapi tidak memberi pandangan sendiri atas isu politik melainkan menjelaskan apa yang disarankan. Dalam mengendalikan parti timbalan boleh memberikan pandangan dan nasihat kepada Presiden.

Ustaz Hadi tidak akan mendahului Ustaz Fadzil baik dalam urusan dasar mahu pun pentadbiran. Dalam isu politik Ustaz Fadzil banyak mendapatkan pandangan dari Mustafa Ali dan Ustaz Hassan Shukri. Ustaz Hassan Shukri sesungguh boleh menjadi penasihat kepada semua orang. Beliau banyak pengalaman bersama Dato’ Asri Muda dan segala tepak terajang politik pada zaman itu banyak dalam poketnya. Baik diminta atau tidak diminta Ustaz Hassan Shukri boleh menyampai pandangan dan nasihat dari zaman Asri, zaman Haji Yusof dan zaman Ustaz Fadzil. Dia juga menjadi rujukan bagi Ustaz Hadi dalam banyak perkara. Ustaz Fadzil banyak bercakap dan mendengar semua orang. Perbualannya tidak tinggal kosong tetapi menjadi bahan baginya menyaran sesuatu perkara. Boleh dikira beliau disenangi oleh semua dan bantuan besar kepadanya didapatinya dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi.

Untung Haji Yusof, Ustaz Fadzil dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah mereka disokong oleh sekumpulan ulama penting dalam parti dan tokoh- tokoh profesional. Tetapi pada zaman Ustaz Hadi kebanyakan ulama dan profesional itu kebanyakan sudah tiada. Ramai yang di baris depan semasa Tuan Guru Haji Hadi belum ada dalam tahun 1980-an dan 1990-an. Antaranya tidak menghayati wawasan kepimpinan ulama dalam tahun 1982 dulu.

Pimpinan Tuan Guru Haji Hadi berdepan dengan banyak ujian. Antara ujian yang ditimbulkan ialah tidak sama hala tuju antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan Tuan Guru Haji Hadi. Saya tidak pernah mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz bercanggah pandangan dengan Tuan Guru Haji Hadi, bahkan saya rasa, Tuan Guru Haji Hadi adalah orang paling dihormati Tuan Guru Nik Abdul Aziz baik dalam ilmu dan pimpinan. Saya diberi Allah peluang bekerja di bawah keempat-empat pimpinan ulama, dengan gaya pimpinan yang berbeda itu moga-moga memandu saya menghayati kepimpinan ulama. Syukur saya setakat ini dapat menjadi penolong kepada perjuangan Islam dalam semua masa.

Mp pembangkang menyalahkan Mp Marang membawa Ruu355?

Kenapa Khalid Samad, Husam Musa, Mahfuz Omar dll Mp pembangkang menyalahkan Mp Marang membawa Ruu355? Adakah menjadi kesalahan Mp Marang membawa Ruu355?

Walaupun sudah di perjelaskan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Asyraf Wajdi Dasuki kekangan dan halangan yang akan mengambil proses yang panjang jika pihak kerajaan yang membawa Ruu355 (Umno juga takut nak bawa kerana bimbang dengan parti komponennya seperti Mca, Mic, Gerakan dan parti bukan Islam di Sabah dan Sarawak dalam BN yang pernah mengugut untuk keluar dari BN)

Sebenarnya ini kerana mereka bimbang jika Pas berjaya bawa Ruu355 maka Pas akan dapat mileage politik dari orang Melayu Islam yang menjadi pengundi majoriti di Malaysia. Tengok saja sambutan orang ramai di perhimpunan Ruu355 yang khabarnya kehadiran mencecah hampir 300k atau mungkin lebih.

Jadi pada mereka biar Umno yang dapat miliege politik jangan Pas yang dapat dalam erti kata lain biar Umno menang jangan Pas yang menang maka sebab itulah mereka mempertikaikan kenapa Mp Marang yang bawa Private Members Bill walaupun sebenarnya tak menjadi kesalahan pun jika sesiapa nak bawa. Itulah hati busuk yang keluar dari bekas pemimpin Pas yang terbuang.

Hidup Mulia Beristiqomah
Mati Redha Allah di cari

Panglima Jihad
Selat, Klang
#MAMPUCentre
#Lebai_walaun

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"