Google Search :

google search:
Google

Tuesday, February 28, 2017

Pasca H355 : DAP dan Khadamnya Panik

Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Sehari dua ini suhu di pentas politik tanahair meningkat tinggi. DAP dan sekutu rapatnya PAN begitu aktif menyerang PAS dan kepimpinannya.

2. Tidak semena-mena mereka melipatganda serangan ke atas PAS. Bermula kenyataan
i- kononnya mereka boleh menghimpunkan lebih ramai rakyat berbanding H355 kalau mereka mahu.
ii- PAS bakal berpecah lagi,
iii- Kelantan akan jatuh ke tangan PAN
iv- dan terbaru mereka menganggap PAS hari ini tidak sama dengan PAS zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

3. Secara teliti jika kita perhatikan corak serangan mereka, jelas menggambarkan mereka sedang panik atau gabra berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat khasnya ummat Islam dari pelbagai latar bersama perjuangan PAS untuk memperjuangkan Islam di Malaysia.

4. Membandingkan PAS sekarang di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kononnya jauh berbeza dengan zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah satu contoh ketara betapa mereka mula panik dan serba tak kena dalam tindakan mereka.

5. Mereka lupa, zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu adalah zaman Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga sebagai Presiden PAS. Beliau menjadi Presiden PAS pada masa itu sehinggalah sekarang.

6. Tiada dasar dan prinsip perjuangan PAS yang berubah kecuali beberapa pendekatan diubahsuai berdasarkan keperluan dan tuntutan semasa.

7. Tahap mental dan kekejangan saraf DAP semakin parah. Mereka panik bila hasrat mereka mahu memecahkan PAS gagal. Meskipun berjaya membuatkan G18 meninggalkan PAS dan menubuhkan parti baru. Nyata DAP tidak yakin malah tidak berjaya menjadikan parti baru itu menggantikan tempat PAS.

8. Lebih menarik, PAS terus membina kekuatan dan saiz pengaruhnya makin melebar dan meluas. Gagasan Sejahtera mula mengembangkan blok ketiga dipersada politik tanahair.

9. Sementara pilihanraya umum semakin hampir, masa mereka kian suntuk lalu mereka mula kelihatan berusaha keras untuk kembali memecahkan keutuhan PAS dengan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan.

10. Pada masa yang sama, mereka mahu menutup pergolakan rumahtangga mereka yang sedang retak menanti belah dengan melemparkan batu ke arah rumah orang lain. Politik buruk yang sedang dipraktiskan oleh mereka sekarang, mempotretkan wajah mereka yang sebenar.

Sekian

AYUH BANGKIT SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA MEMBANTAH CAMPURTANGAN DAP DALAM URUSAN FATWA PENANG

Oleh: Zaharudin Muhamad

Saya baru memahami secara detail berkenaan campurtangan kerajaan negeri Pulau Penang yang dipimpin oleh YB Lim Guan Eng terhadap isu fatwa di Pulau Penang sewaktu berceramah bersama-sama dengan Al-Fadhil ustaz Fauzi selaku Pesuruhjaya PAS Penang, Ustaz Afnan Hamimi selaku Ketua Pemuda PAS Penang dan Asookan selaku ketua DHPP PAS Pulau Penang di sana semalam.

Setahu saya, tidak ada mana-mana fatwa di dalam sebuah negara demokrasi perlu mendapat izin daripada pihak berkuasa yang bukan Islam sama ada di negara Islam hatta di negara Barat.

Dalam kes Pulau Penang, saya melihat satu pencerobohan yang sangat serius terhadap kebebasan Islam bukan hanya terhadap kebebasan individu muslim, bahkan sekatan terhadap kebebasan Institusi Islam itu sendiri apabila fatwa dikawal oleh EXCO Pulau Penang yang majoritinya adalah non-muslim serta diketuai oleh seorang yang bukan Islam.

Bagi saya, campurtangan ini bukan lagi menjadi isu Pulau Pinang  bahkan ia menjadi isu orang Islam di Malaysia  yang majoritinya adalah muslim.

Saya berharap ada satu serahan memorandum besar-besaran perlu di adakan di hadapan Komtar bukan oleh orang Islam Pulau Penang sahaja, bahkan oleh orang Islam seluruh Malaysia.

Saya ucapkan tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Yusni Mat Piah dan ustaz Afnan Hamimi yang telah mengetuai delegasi PAS Pulau Penang membuat laporan polis terhadap sekatan itu yang dilihat sebagai bercanggah dengan perlembagaan perseketuan.

Tolong sebarkan, tolong bangkit wahai orang Islam seluruh Malaysia.

SUMBER:

*FB ZAHARUDIN MUHAMAD*

CUMA BEBERAPA BULAN TANGGUH, KINI RAKYAT MENDOKONG PINDAAN AKTA 355

Masih lagi duk main isu tangguh...

Selalu tengok bola sepak?  Bola ada dikaki tapi pertahanan lawan dah berkumpul depan gol, mustahil boleh lepas,  kalau terus sepak juga ke pintu gol nanti satu stadium sorak boo, kata bangang.

Jadi berundur dan ambil sedikit masa, bagi kacau bilau pertahanan,  bagi sikit kelegaan biar ada ruang menyerang,  baru sumbat gol.

Dalam beberapa bulan penangguhan,  usul pindaan Akta 355 telah menjadi topik yg paling hangat diperkatakan,  sesi penerangan seluruh negara,  pandangan mufti mufti dari seluruh negara,  pandangan profesional dari persatuan2 peguam muslim dan yg terlibat dalam kehakiman syariah.

Rakyat yg asalnya memandang serong ruu355 kini majoriti sudah faham dan menyokong.

300 ribu orang berhimpun di Kuala Lumpur menyokong. Bukan di Kelantan atau Terengganu.

Sekitar 100 (seratus)  orang sahaja berkumpul menyatakan penentangan kepada RUU355 walaupun byk media maya pro PH memberi publisiti positif dan berulang ulang kpd gerakan anti syariah ini.

Parti komponen BN, MCA yg dulu lantang anti RUU355, kini mengambil pendirian RUU355 urusan orang Islam sahaja,  tak patut campur tangan. Begitu juga parti komponen BN dari Sarawak.

Tinggal DAP sahaja lagi melampau lampau menjadi 'ketua' dalam menentang RUU355. PKR dan PAN serta Tun Mahathir seperti dijangka tunduk kepada kemahuan DAP.

Sekalipun pemimpin PPBM, TS Muhyiddin Yassin,  Mukhriz terus cuba memujuk PAS.

Pemimpin muda dalam PPBM, Syed Sadiq,  yg panik dgn kegagalan memancing PAS bersama PH,  menyeru dalam sidang meja bulat PH agar pemimpin pemimpin PH segera buat kunjungan ke rumah DS TGHH,  Presiden PAS di Rusila. Rumah itu rumah kampung yg tiada tembok besi atau batu setinggi 10-20 kaki,  atau ada kawalan keselamatan. Sesiapapun boleh rapat ke tangga dan panggil,  beri salam.

Ini ditambah kenyataan 'pakar strategy' Rafizi Ramli disidang itu bahawa PH kurang beri tumpuan kepada orang melayu. 

Semua ini berlaku dalam tempoh beberapa bulan sahaja bila DS TGHH meminta tangguh perbahasan di Parlimen ekoran waktu yg sangat terhad yg mustahil dapat merubah mood ahli ahli parlimen ketika itu yg nampak jelas mahu menggagalkan RUU355.

Ada pihak yg mahu mematikan segera usul ini.  Bahas dan tekan speaker supaya undian segera.  Atas alasan banyak lagi 'perkara lain yg lebih penting', jangan buang masa Parlimen!  Seperti kata Nazri Aziz,  'orang bodoh sahaja bincang syariah/hudud'!!!.

Tujuan usul ini supaya diluluskan.  Bukan untuk buat gimik 'nah kami sudah bentang,  tapi mereka yg tolak.. '. Sekadar mempolitikkan.

Maka jika perlu diberi masa agar dapat diusahakan perubahan sikap dan pendirian,  maka ruang itu perlu diambil.

Sekarang ahli parlimen berhak mengundi menolak RUU355.

Tetapi rakyat yg menjadi pengundi kini memerhati dan fokus kepada peel perangai ahli ahli parlimen mereka.

Kita buat carta pemimpin pemimpin yang menentang usaha RUU355. Kita beritahu semua rakyat.

Mereka undi tolak syariah, Pilihanraya Umum PRU14 kita beramai ramai tolak mereka pula.

Penentang syariah haram dipilih menjadi pemimpin kita.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
22 Februari 2017

PAS lebih berbahaya daripada komunis

Pendirian Tun Dr Mahathir Terhadap PAS Tidak Pernah Berubah (Tun Dr Mahathir Anggap PAS Lebih Berbahaya Daripada Komunis Sejak Dari Tahun 1978 Lagi?

Sejak 1978 hingga sekarang, sudah tidak terkira banyaknya selaran, kritikan dan kutukan yang Tun Dr Mahathir hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah sekalipun beliau meminta maaf di atas perlakuan beliau ini tidak sebagaimana yang beliau lalukan ke atas DAP. Jika masih ada di kalangan pimpinan PAS yang mahu bekerjasama dengan PPBM, khususnya mereka yang hanya mula berjinak-jinak dengan PAS pada era 1990-an, ketahuilah bahawa pendirian Tun Dr Mahathir terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah

Saya tidak pelik dengan pelbagai kenyataan negatif yang dihamburkan oleh Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir, terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS, walaupun pada masa yang sama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin, dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz, masih cuba mendekati PAS.

Ini kerana sejak beliau belum menjadi Perdana Menteri lagi pun Tun Dr Mahathir telah menunjukkan sikap permusuhan yang luar biasa terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Contoh ketara adalah tuduhan terbuka yang beliau buat pada tahun 1978 bahawa “PAS lebih berbahaya daripada komunis”.

Ekoran tuduhan ini, Dewan Ulama’ PAS Pusat pun membuat keputusan mendesak Tun Dr Mahathir menariknya balik. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir, di dalam surat balas beliau kepada surat Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Datuk Nik Abdul Aziz, bertegas mempertahankan tuduhan beliau ini.

Sejak 1978 hingga sekarang, sudah tidak terkira banyaknya selaran, kritikan dan kutukan yang Tun Dr Mahathir hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah sekalipun beliau meminta maaf di atas perlakuan beliau ini tidak sebagaimana yang beliau lalukan ke atas DAP.

Kesimpulannya ialah: Jika masih ada di kalangan pimpinan PAS yang mahu bekerjasama dengan PPBM, khususnya mereka yang hanya mula berjinak-jinak dengan PAS pada era 1990-an, ketahuilah bahawa pendirian Tun Dr Mahathir terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah.

Jika Tun Dr Mahathir mahu bekerjasama dengan PAS, beliau perlulah terlebih dahulu didesak untuk menarik balik segala selaran, kritikan dan kutukan yang beliau hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS serta memohon maaf di atas segala kezaliman yang beliau lakukan terhadap PAS.

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Saturday, February 25, 2017

SIAPA NURUL HAQ SHAHRIR, MAJLIS DAKWAH NEGARA UNTUK 'FATWAKAN' RUU355 LANGGAR SYARIAH?

Tiba tiba sahaja Free Malaysia Today menerbitkan artikel 'Usul Hadi Langgar Syariah,    Kata Bekas Pakar JAKIM' bertarikh 25 Februari  2017 yang memuatkan pandangan seorang yang bernama Nurul Haq Shahrir yang dijenamakan sebagai seorang 'pakar'.

Sepantas kilat hari yg sama juga tulisan itu dimuatkan dalam Blog Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.  Malah sempat artikel yg panjang lebar  itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dalam masa sehari sahaja. Begitu bersungguhnya!

Pakar berkenaan dikatakan salah seorang ahli panel 'transformasi undang undang Islam' di bawah Majlis  Dakwah Negara. 

Majlis Dakwah  Dakwah Negara ini salah satu organisasi di bawah Yayasan Dakwah Islamiah  Malaysia,  YADIM. 

Saya telah cuba mencari apa apa maklumat di alam maya jika pernah memuatkan apa apa tentang individu yang bernama Nurul Haq Shahrir yg mendapat perhatian  istimewa dari Lim Kit Siang ini. Malangnya tiada.

Tinjauan ke laman Majlis Dakwah Negara juga tidak menemui namanya.  Maka tidaklah boleh kita menganggap pandangannya mewakili Majlis Dakwah Negara.  Malah beliau disebut 'Bekas Pakar JAKIM' menunjukkan beliau bukan lagi seorang kakitangan dari JAKIM.

Malah pandangannya bahawa RUU 355 melanggar syariah adalah sangat pelik, ganjil dan bercanggah  dengan pendirian JAKIM,  YADIM malah Majlis Dakwah Negara sendiri.

YADIM melalui artikel di laman rasminya bertajuk antara lain "Pindaan Akta 355 tak rampas hak penganut agama lain ", " Pindaan Akta 355: Usaha Mengangkat Martabat Mahkamah Syariah " dan "Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pandangan" adalah jelas menegaskan pendirian YADIM yg merupakan induk kepada Majlis Dakwah Negara berhubung soal Pindaan Akta 355.

Dalam satu artikel di laman Islam dan Melayu  bertajuk "Majlis  Dakwah Negara Syor Kerajaan Laksana Undang Undang Jenayah Islam" memuatkan  pandangan Pengerusi  Majlis Dakwah  Negara  sendiri, Prof.  Emeritius Dato' Dr.  Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Laman Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  menyiarkan penjelasan pelbagai persoalan  tentang RUU 355 , yang memuatkan soal jawab oleh Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam usaha memberi faham kepada rakyat  mengapa RUU355 perlu disokong.

JAKIM sendiri terlibat aktif dalam siri penerangan berhubung Pindaan Akta 355.

Hampir kesemua mufti negeri negeri dan wilayah di Malaysia kecuali Mufti Perlis menyatakan sokongan kepada Pindaan Akta 355.

Hampir  kesemua NGO berkait profesion kehakiman syariah,  pegawai mahkamah,  para peguam muslim,  peguan syarie mendokong pindaan Akta 355.

Tiba tiba nama yang tidak dikenali yg membawa pandangan ganjil yg bermaksud "Pindaan Akta 355 Langgar  Syariah" yg dilonjakkan dan diberi publisiti oleh Free Malaysia Today dan sepantas kilat diterjemahkan ke bahasa Inggeris pada hari yang sama dimuat naik ke blog Lim Kit Siang,  Pengerusi DAP, ketika umat Islam semakin mengenali sikap DAP yg anti kepada usaha memperjuangkan Islam.

Siapa yang sonsang sebenarnya sekarang?

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
26 Februari 2017

Wednesday, February 22, 2017

ustaz ustazah tak boleh kutuk PAN

Makin menjadi2 pula PAN sekarang ni..

Tak cukup..
Isu UG..
Isu 90 juta..
Isu Lebai berharta..
Isu Lebai banyak kereta..
Isu pemimpin PAS ada isteri cantik..

Para ustaz ustazah tak boleh kutuk PAN. Kena update selawat zikir kata nasihat mutiara kata saja..

Kalau update bab politik tak layak jadi Ustaz dan Ustazah. Sebab pecah belahkan orang katanya..

Sebijik macam Umno jadinya.. Dulu itulah hujah Umno. Tok Imam Tok Guru tempatnya hanya di Surau dan Masjid, tak sesuai sembang politik tak layak masuk Parlimen.

Kami ahli PAS yang istiqamah tidak pernah lupa siri pengkhianatan PAN terhadap jamaah ini..

Seawal isu Langkah Kajang lagi.
Masih segar diingatan bagaimana teganya ADUN Morib dan Hulu Kelang membelakangkan presiden dan mengkhianati PAS kerana terlebih wala kepada presiden parti kawan..

Siri2 pengkhianatan ini kekal segar dalam ingatan. Kami bukan Melayu yang mudah lupa!

Ciptalah isu apapun realiti yang tidak akan pernah terpadam dalam lipatan sejarah, PAN adalah parti serpihan dan tempat longgokan manusia yang mengkhianati perjuangan PAS. Itu pasti..

Dan kami tidak akan pernah lupa hancurnya Pakatan Rakyat atas kemahuan DAP dan wujudnya Pakatan Harapan juga atas kehendak DAP..

Merealisasikan kehendak DAP adalah satu misi dan yang pasti DAP telah berjaya melemahkan kuasa Melayu Islam dengan menaja perpecahan umat Islam atas nama perbezaan politik..

Sedang mereka DAP MCA Gerakan tidak pernah bergeser antara satu sama lain. Saban hari mereka bagaikan isi dan kuku..

Merekersenyum tersengih menyaksikan runtuhnya kekuatan ummah ini.

dR PAS

Copyright Wardah Umairah

Tuesday, February 21, 2017

Betulkah PAN - UMNO Kelantan buat pakatan sulit?

Nak letak mana muka? kemaruk kuasa yg tak dapat nak dibendung..
Posted on Tuesday, February 21 @ 23:42:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah...

Percanggahan pendapat antara pimpinan UMNO KELANTAN berhubung cadangan kerjasama yang sedang dijalankan oleh pimpinan tertentu UMNO Kelantan dengan PARTI AMANAH NEGARA ( AMANAH) semakin membarah.

Ada diantara Ketua Umno Bahagian mula menyuarakan ketidak puas hati berkaitan kerjasama yang bakal dibentuk oleh Umno Kelantan di bawah pimpinan Datuk Seri Mustafa Muhamad dengan Pengerusi Amanah Kelantan yang dipimpin Dato Wan Rahim WAN Abdullah untuk menawan Kelantan dari Pas.

Antara pimpinan Umno yang melahirkan kekecewaan atas kerjasama yang bakal dibentuk ialah Setiausaha Umno Negeri Kelantan merangkap Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Rahimah Mahammad, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Mas, Datin Shuhanie Deraman, Ketua Pemuda Umno bahagian, Nor Azmawi Ab Rahman dan Ketua Puteri Umno bahagian, Wan Harinawati Wan Daud.

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, ada berkata beliau pernah mengemukakan cadangan dalam beberapa siri perjumpaan bersama pemimpin Umno Kelantan pada beberapa bulan lalu untuk membentuk gagasan kerjasama dengan UMNO Kelantan bagi menghadapi PAS dalam Pru 14 akan datang. Katanya, secara peribadi beliau tidak mahu melihat Kelantan terus diperintah oleh Kerajaan PAS yang korup dan bermasalah.

“Sebenarnya, saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama lagi mengenai cadangan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PAS.

“Kerjasama ini tidak bermakna kita tidak bertanding. Ada tempat kita letak calon dan UMNO akan bantu kita, ada tempat kita ( AMANAH) akan bantu UMNO.

Namun, saya pun tidak boleh tunggu terlalu lama dan rasa sudah tidak boleh tahan (sabar) kerana sehingga kini tiada sambutan balas daripada pemimpin UMNO negeri ini.

Tetapi persoalannya mampukah UMNO Kelantan menawan Kelantan tanpa bantuan Amanah setelah 25 tahun menjadi pembangkang di Kelantan?

Dalam politik tidak ada yang mustahil. Apa yang penting ialah pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sedia buka ruang perbincangan dan menjalin kerjasama dengan AMANAH bagi mencapai matlamat yang sama.

Mereka juga perlu berusaha memperkukuhkan kedudukan UMNO Kelantan serta sedia menjalin kerjasama dengan AMANAH dan dengan meninggalkan segala perangai buruk dan sikap pentingkan diri yang selama ini menjadi penghalang utama kemaraan UMNO untuk menumbangkan Pas di Kelantan.

Oleh itu pemimpin yang terlibat perlu berubah sikap demi masa depan UMNO di Kelantan. Mereka sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan lebih bersedia membuka ruang perbincangan bersama AMANAH atas tujuan yang sama iaitu kembali memerintah Kelantan.

Untuk UMNO kembali memerintah Kelantan bukanlah sesuatu yang aneh atau pelik, tetapi yang aneh atau pelik ialah jika tiada usaha dijalankan untuk menjalinkan kerjasama bagi mencapai kemenangan biarpun sejarah membuktikan Pas boleh dikalahkan

Ghazali i...
Penganalisa umno Kelantan

Al Kisah Seorang Penagih dan Ustaz

polis berjaya menangkap 2 orang suspek dlm kejadian merogol n bunuh..

seorang imam dilaporkan oleh saksi melalui kawasan pembunuhan berdekatan ngan laluannya dari masjid ke rumah nya..
dan seorang penagih dadah dilaporkan oleh saksi melalui keluar dari kawasan pembunuhan..

maka polis pun menjalankan siasatan keatas 2 suspek ini hingga pada satu dialog persoalan polis..

kamu kenal penagih yg menjadi suspek pembunuhan ini..
imam:saya kenal tn..
polis:dia terlibat banyak kes dadah n pecah rumah. kami syak dia melakukan pembunuhan, apakah kamu rasa dia adalah pembunuh dan perogol..
imam:memang saya tahu dia banyak kes, tapi saya tak tergamak menuduh dia sanggup melalukan perbuatan terkutuk rogol hingga kepada pembunuhan tn..saya tak nampak dan saya rasa serahkan siasatan pada tn..
polis: ok..

dan polis pula menyiasat pada penagih pula hingga pada soalan yg sama..

kamu kenal imam yg juga adalah suspek pembunuhan ini..
penagih:saya tak kenal tn.
polis: dia sorang imam yg dan selalu menjadi ceramah, membantu orang dan warak orangnya..kami dilaporkan saksi, imam tersebut melalui kawasan pembunuhan.. adakah kamu rasa imam tersebut melakakukan pembunuhan..
penagih:seorang iman yg warak pun, kalu ada perempuan cantik bersorangan, mereka juga pastinya akan tercabut sarban n merogol, mungkin sebab takut bocor rahsia, perempuan itu dibunuh oleh iman itu..macam saya, walaupun banyak kes n jahat, saya tak sanggup lakukan perkara terkeji begitu..
polis: ok..

setelah polis menjalankan siasatan n ujian dna.. jelas penagih itu yg bersalah berdasarkn bukti yg ada pada mangsa bunuh tersebut..dan imam hanyalah seorang suspek yg kebetulan pulang dari masjid kerumahnya sahaja..

sekian..

point of story..
semua percakapan itu adalah bukti zahirnya diri sendiri... apabila diri itu seorang yg baik, mereka akan menyangka orang yg buruk akhlak juga sebaik mereka.. tetapi apabila seseorang itu buruk n huduh akhlaknya, mereka akan menyangka orang warak juga seburuk mereka...

jadi lihatlah pada panyam..
mereka menuduh n menfitnah orang dengan dasyat, sebenarnya itu lah zahir yg wujud didalam diri mereka..
lihat pada ahli pas, mereka tetap menyangka orang jahat juga ada baik n ikhlas, kerana sebenarnya itu lah zahir yg wujud didlam diri mereka ..

semoga kita memperkatakan yg baik pada orang, kerana perkataan yg baik itu bukti kita
dari golongan yg baik.. jgn menjadi orang yg kuat bersangka buruk pada orang kerana sangkaan buruk itu adalah diri kita..

selamat cerita ini membawa keinsafan buat semua..

Monday, February 20, 2017

USTAZ NOR AZLI TALIBAN MENANG SAMAN KEATAS FITNAH YANG DILEMPARKAN KEPADANYA, "KELUAR PAS KAFIR"

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam telah menolak rayuan Ahmad Syihan Ismail ke atas keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan tuntutan Ustaz Norazli bin Musa kerana fitnah yang dilemparkan ke atasnya pada tahun 2015 dalam satu tazkirah pada bulan puasa. Dalam penghakimannya Hakim Yang Arif Dato Ahmad bin Bache bersetuju bahawa Plaintif iaitu Nor Azli Musa telah berjaya membuktikan 3 elemen penting iaitu kata-kata iatu adalah fitnah, ianya ditujukan kepada Plaintif dan ianya telah diterbitkan oleh Defendan. Mahkamah mendapati bahawa "cermah di Jelai semalam Nor azli taliban kata sapa keluar jemaah Islam PAS jatuh kafir" adalah satu fitnah kerana kata-kata yang asal adalah "barangsiapa yang keluar Jemaah Islam barang sejengkal maka akan keluarlah Islam dari tengkuknya". Defendan tidak pernah berada di dalam tazkirah tersebut. Hanya abangnya sahaja yang berada di dalam tazkirah tersebut. Kesemua 4 saksi Plaintif menunjukkan bahawa Ustaz Nor Azli bin Musa tidak pernah mengucapkan kata-kata yang disebar dan disiar oleh Defendan.

Dalam penghakimannya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan tiada campurtangan Mahkamah Tinggi diperlukan untuk melihat kembali keputusan Mahkamah Sesyen. Oleh yang demikian Defendan perlu membayar sebanyak RM50,000 sebagai gantirugi, kos sebanyak RM8,000 dan juga permohonan maaf di facebook dan juga di akhbar tempatan. Setakat hari ini Defendan masih belum lagi menyelesaikan apa-apa terma Penghakiman yang diperolehi oleh Plaintif.

Mahkamah Tinggi juga mendapati selepas penyebaran dan penerbitan kata-kata fitnah tersebut, Defendan telah berterusan menghina dan mencaci Plaintif melalui lama Facebooknya. Dalam pada itu, Defendan dalam pembelaan menafikan beliau mempunyai akaun laman Facebook. Tetapi tiada sebarang bukti yang dibawa oleh Defendan untuk menunjukkan bahawa akaun yang ddidaftar di bawah Ahmad Syihan Ismail adalah bukan akaun beliau.

FB Dinie Putra Norikmar

Sunday, February 19, 2017

PINDAAN AKTA 355: SEBENARNYA..

Mereka takut bukan kerana isi pindaan akta ini. Ia kecil dan tak pun menyentuh mereka walau sedikit. Hidup mereka akan kekal aman seperti biasa.

Tetapi, yang mereka takutkan ialah kembalinya umat kepada Islam. Produk mereka tidak lagi akan laku dan laris. Sekular, liberal, kapitalis, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama semuanya akan menuju kubur dan dikambus.

Yang mereka takutkan ialah kesatuan umat Islam. Dengannya, perancangan buruk mereka ke atas umat Islam akan pecah terburai dan gagal. Itu baru UMNO sokong usul PAS di parlimen dan sokong H355. Bagaimana selepas ini jika orang-orang UMNO dan pemimpinnya mula menerima dan rela jika PAS menang lebih baik dan lebih besar sehingga 40 kerusi parlimen atau lebih? Bukankah kesatuan hati umat Islam itu besar kesannya untuk kesejahteraan Malaysia.

Saya sentiasa beriman sepenuhnya bahawa awlawiyat dan keutamaan adalah pada kesatuan umat Islam. Sekarang hampir terbukti bahawa usaha PAS membawa usul persendirian pindaan akta 355 di parlimen telah pun digerakkan dan didahului oleh sebuah kesatuan umat yang besar yang belum pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara.

Anda menuntut aulawiyat dan keutamaan dalam perlaksanaan syariat Islam? Nah, inilah aulawiyat perlaksanaan. Kesatuan umat di atas nama Islam. Membina kesatuan itu lebih sukar daripada melaksanakan syariah Islam. Hari ini PAS menghampiri kedua-duanya dengan izin Allah.

Saya mengimpikan kemenangan Islam yang disambut oleh PAS, UMNO dan seluruh umat Islam. Kemenangan hasil kesedaran, hormat menghormati, kasih sayang dan persaudaraan Islam tanpa rasa dengki, kecewa dan tewas oleh sesiapa pun. Begitulah penduduk Mekah dilayan oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam pada hari 'fathu Makkah' walaupun mereka masih lagi ahli syirik. Nah, inikan pula kita sesama umat Islam.

Yang tertinggi adalah iman dan ilmu. Iman yang bersinar menjelmakan taqwa. Ilmu yang banyak menjelmakan fiqh. Dengannya wujudlah para ulama yang bertaqwa dan faqih dalam ugama.

PAS sentiasa meninjau permasalahan umat dari semua sudut. PAS membina diri dan ahlinya dengan iman dan ilmu yang dituntut ugama.

Sekarang tiba masanya PAS menggabungkan kuasanya dengan kuasa umat Islam seluruhnya. Ia bukan angan-angan. Ia adalah tuntutan demi kekuatan dan kejayaan umat menuju ugama dan redha Allah.

Wednesday, February 15, 2017

200,000 PENYOKONG RUU 355 DIJANGKA SERTAI #H355


SALMIYAH HARUN | 15 Februari 2017.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 penyokong RUU 355 dijangka akan membanjiri Padang Merbok pada 18 Febuari ini sebagai menyatakan solidariti ummah terhadap pindaan akta itu yang akan dibentangkan pada Mac ini.

Pengarah Himpunan 355 Nasrudin Hassan berkata, jangkaan jumlah kehadiran penyokong pada hari itu nanti berdasarkan kepada gelombang rakyat yang dapat disaksikan dari seluruh negara.

Katanya, walaupun tapak Padang Merbok hanya dapat menampung sekitar 40,000 hingga 50,000 peserta tetapi pihak PDRM dan DBKL akan memberi kerjasama untuk membuat sekatan jalan di beberapa kawasan sekitar bagi menampung jumlah peserta.

"Kita minta kerjasama PDRM dan DBKL yang akan membuat sekatan jalan bermula di Jalan Parlimen bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengikuti himpunan itu nanti," katanya.

Bercakap di dalam sidang media di MyHarakah Bazaar, katanya seramai 2500 hingga 3000 anggota Unit Amal akan bertugas bagi membantu peserta himpunan.

Manakala seramai 2000 sukarelawan dan 500 skuad khas bagi memantau perjalanan program agar tidak berlaku provokasi dan perkara yang mencurigakan.

Himpunan yang dijangka akan bermula jam 2.00 petang Sabtu ini akan menampilkan seramai 21 pemidato bagi mengisi ruang program yang akan berakhir kira-kira jam 11 malam.

Antara tokoh dan individu yang dijemput iaitu Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengarah Yadiem Dr Yusri Mohamad, dan Pengerusi Kongres Rakyat Mohd Azmi Abd Hamid serta Datuk Dr Hassan Ali.

Manakala beberapa NGO yang akan mengambil bahagian pada sesi sebelah petang di himpunan itu antaranya, wakil Petubuhan Ayahanda Malaysia, Permata, Iktihad, Batas, Serikandi, Ameerah dan beberapa wakil Ahli Parlimen Islam.

Sekretariat himpunan turut mengadakan munajat perdana, solat Maghrib, Isyak berjemaah dan tazkirah kemudian diikuti pidato oleh tokoh-tokoh terkenal sehingga jam 11.00 malam.

"Para peserta digalakkan membawa sejadah, air wuduk, dan alas duduk. Saya ingatkan pemandu bas yang membawa peserta datang lebih awal supaya tidak berlaku kesesakan," kata Nasrudin. - HARAKAHDAILY 15/2/2017

Tuesday, February 14, 2017

LEBIH BAIK UMNO KEDAH JAGA RAKYAT, DARI CABAR PAS

Respon Ketua Pemuda PAS Kedah kpd persoalan yg dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Kedah.

1. PAS sebagai sebuah gerakan Islam sentiasa tegas dan istiqamah memegang prinsip, dan terbuka menerima rundingan demi kemaslahatan rakyat. Setiap tindakan PAS diikat dan dipertimbang dengan nilaian syarak melalui pendekatan yang hikmah.

2. Sekali lagi , desakan Ketua Pemuda Umno Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin supaya PAS Kedah menyatakan pendirian kerjasama dengan BERSATU, menunjukkan kekeliruan dan kedangkalan dirinya apabila tidak memahami perbezaan antara walak, kerjasama dan ikatan dalam politik. Malahan UMNO sendiri tidak berprinsip apabila masih takut menyatakan sokongan terhadap pindaan Akta 355 kerana takutkan MCA dan MIC serta parti komponen BN yang lain.

3. Mungkin serangan semberono Shaiful ini bertujuan menonjol menjadi calon PRU nanti atau mengampu pihak tertentu. Elok kiranya beliau urus partinya sendiri yang sedang menghadapi masalah keyakinan rakyat, perpecahan dalaman yang "parah", serta pentadbiran negeri Kedah yang lemah dibawah pemerintahan BN.

4. Ingin ditegaskan bahawa walak kami adalah kepada perkara dasar, di mana ia kewajipan semua ahli dan pimpinan serta peringkat organisasi dalam PAS. Ikatan atau _tahaluf_ pula tertakluk oleh keputusan hukum diputuskan Majlis Syura Ulamak PAS. Manakala dalam soal kerjasama atau _taawun_, ada keterbukaan diberikan parti, namun wajib dilakukan atas tujuan takwa dan kebaikan. Bahkan PAS Kedah hanya pernah sepentas dengan pimpinan Bersatu khususnya Dato' Seri Mukhriz hanya sekali dalam program Himpunan Derita Rakyat Kedah 2, akhir Disember tahun lepas.

5. PAS Kedah tidak memperalatkan mahupun memaksa mana-mana pihak, sebaliknya bertemu dan menjalin hubungan atas kerelaan dan kesedaran berkaitan kepentingan rakyat dan juga negeri. Ia sesuai dengan kewujudan serta peranan PAS sebagai parti politik dan dakwah.

6. Maka, tidak perlu Dato' Shaiful pertikai PAS Kedah yang sentiasa patuh kepada arahan tertinggi parti, kerana kesedaran bahawa keputusan yang dilakukan oleh Majlis Syura Ulamak berpaksikan nilaian syarak dan bersumberkan Alquran dan Sunnah yang menjadi rujukan parti PAS. Pemuda Umno Kedah jangan dilihat bersikap kebudak-budakan di mana hanya seronok dengan jawatan dan kebendaan, tetapi gagal memberikan idea bernas dalam melaksanakan tanggungjawab dan mandat yang diberikan rakyat, sehingga kemiskinan, pengangguran, jenayah dan masalah sosial masih "tegar" di negeri Kedah.

7. Umno-BN Kedah sebenarnya lemah, lesu dan dan gagal menunaikan mandat rakyat, selama 4 tahun memerintah kembali Kedah dan hanya tunggu dekat pilihanraya, baharu bergelut untuk turun menyantuni kehidupan rakyat. Selain kontang idea untuk memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, berlaku pembaziran dan pemborosan, isu air tidak berkesudahan, pengurusan tidak cekap, tanah hampir tergadai, kehidupan rakyat terbeban, janji PRU13 tidak tunai, isu peruntukan 30 juta 1 parlimen, dan banyak masalah lain sehinggakan Umno sanggup menggadai prinsip untuk menjaga kroni dan "tauke".

8. Sudah berkali saya ulangi, kelemahan pemerintahan Umno-BN Kedah tidak mampu menyaingi sepenggal PAS mentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Kampus Induk KUIN, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Bantuan Kafalah, program-program kem bina insan, Aman Central, Hotel Adya adalah antara kegemilangan di bawah Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sedangkan Umno terkenal dengan politik cantas, kroni, pembaziran dan ketirisan dalam pengurusan kewangan.

9. Eloklah Umno kedah uruskan masalah dalamannya dahulu, disamping menegaskan pendiriannya terhadap pindaan Akta 355 untuk mengangkat dan memartabatkan Mahkamah Syariah serta menunaikan janji PRU 13 yang masih belum terlaksana. Tempoh setahun ini, sudah pasti "durian runtuh" atau "projek atas angin" banyak akan diluluskan sebagai janji manis utk PRU 14 yang makin hampir.

10. Dewan Pemuda Pas Kedah mengajak seluruh rakyat untuk tidak terpengaruh dengan persepsi buruk yang sengaja dimainkan, tetapi hendaklah mendapatkan maklumat dari sumber yang betul. Pengalaman sepenggal memimpin kerajaan bersama rakan Pakatan Rakyat terdahulu memberikan kematangan PAS untuk kembali memerintah Kedah dan keyakinan bahawa panduan Islam, Iman dan taqwa mampu untuk mencegah penyelewengan, salahguna kuasa dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

*USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT*
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Monday, February 13, 2017

PAS PARTI YANG PELIK

-oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

Pertama yang pelik pada PAS ialah PAS dimusuhi oleh kedua-dua belah pihak. PAS dimusuhi oleh pemerintah dan PAS juga dimusuhi oleh blok pembangkang. Apa yang tak kena pada PAS ini? BN serang PAS bermati-matian. Blok pembangkang juga serang PAS siang dan malam. PAS ini dikelilingi oleh musuh. Adakah PAS tak pandai berkawan? Peliklah PAS ini kerana mengelak daripada manusia spesis kawan makan kawan.

Dalam keadaan kawan dan lawan berjuang demi Putrajaya, PAS pula berjuang demi redha Allah. Orang lain kata PAS ini gila kerana berjuang untuk kalah. Yang peliknya, orang gila inilah yang sibuk mencatur gerakan massa. Orang tak gila pula sibuk mencatur kabinet bayangan, Orang gila inilah yang tidak duduk sebelum berlunjur. Orang tak gila pula  burung terbang dipipiskan lada.

Yang peliknya, dalam mengharapkan redha Allah, orang PAS-lah yang berjuang pelik-pelik. Orang lain berjuang apabila dihulurkan habuan. Ada duit minyak ada duit tambang. Ada bekal, ada makanan, ada upahan. Orang PAS pula turun ke medan sambil menghulurkan wang. Orang lain berjuang kerana rasa partinya akan menang. Orang PAS berjuang walaupun tahu partinya selalu kalah berjuang.

Peliklah PAS ini. Orang lain berimankan undi non-muslim penentu pemenang. PAS pula beriman dengan pertolongan Allah. Allah kata pertolongan-Nya dekat. Orang PAS yakin kemenangan itu semakin hari semakin dekat walaupun sudah menjangkau puluhan tahun. Inilah peliknya orang PAS. Mereka tak pernah ragu dengan janji Allah.

Orang lain mengangkat pakar yang berkiblatkan akal. PAS pula mengangkat pakar ilmu wahyu. Gahnya orang lain dengan kajian dan data yang bersumberkan hukum akal. PAS tidak. PAS dilihat lekeh kerana bersumberkan hukum wahyu. Orang lain sudah merasakan mereka telah jauh ke depan kerana akal. PAS pula yakin mereka sentiasa ‘evergreen’  kerana selari dengan wahyu.

Ya PAS memang pelik.  Orang lain takut menuntut syariah kerana takut hilang sokongan rakyat. PAS tegas dengan Islam. Kamu nak benci, bencilah. Kalau nak kalah, kalahlah. Orang PAS memang pelik. Ketegasannya gila-gila. Keyakinannya gila-gila. Pengorbanannya gila-gila. Kerja pilihanayanya gila-gila. Istiqamahnya gila-gila. Ini pelik orang PAS.

Puncak  segala kepelikan ini teringat aku akan hadis Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing,pelik). Dan ia akan kembali asing (pelik) pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing (pelik)".

orang Islam perlu bersatu

kita orang Islam perlu bersatu..
Lupakan keinginan diri demi Islam..
PAS telah sediakan jalan melalui RUU355 untuk kita daulahkan kekuatan umat Islam..
Musuh Islam seperti komunis,liberal, sekular dan puak munafik akan terus berusaha dengan pelbagai cara untuk elakkan orang Islam bersatu...

Kita tidak akan hidup lama untuk berjuang di jalan Allah..
Himpunan RUU355 ini, mungkin kali terakhir buat diri kita..

Kibarkan panji atas nama Islam...

Mari hadir ke RUU355 ,himpunan utk menunjukkan bahawa umat Islam masih boleh bersatu..jangan biarkan maruah kita diperlekehkan(PAS peneraju kebangkitan UMMAH)
Bangsa Indonesia telah berjaya berhimpun sehingga 7 juta orang walaupun terpaksa berjalan kaki ratusan kilometer , kita lebih mampu dari mereka,usaha ke jalan Allah ?masa utk umat Islam bersatu dgrkn ucapan utk menaikkn semangat utk membela Islam https://www.youtube.com/watch?v=oQy7JN0--zQ

Sunday, February 12, 2017

Ridhuan Tee Bawa Hujah DAP Anti-Islam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.

Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular, katanya.

“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.

“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.

Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.

“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?,” soalnya.

Saturday, February 11, 2017

Bagaimana DAP menguasai Kerajaan di peringkat Persekutuan?


Persoalan itu dilontarkan oleh penyokong-penyokong PAS, PAN, PPBM & PKR peringkat akar umbi yang cuba untuk menghilangkan kebimbangan orang melayu. Umat melayu khususnya penyokong UMNO sangat bimbang jika kerajaan BN tumbang, maka kerajaan baru akan dikuasai oleh DAP....kata mereka.

Sedangkan hakikatnya penguasaan DAP cuma sekitar 50-60 kerusi sahaja...mana mungkin DAP bakal menguasai kerajaan pusat?

Pemikiran dangkal dan cetek itu perlu diperbetulkan dengan penjelasan berfakta.
Disini saya ingin tegaskan bahawa DAP tidak perlukan jumlah majoriti besar untuk menguasai kerajaan peringkat persekutuan. Mari kira renung beberapa kemungkinan yang boleh berlaku.

(1). Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah 112 dan keatas. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan? Jika PKR menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan. Parti manakah yang dominan dalam Pakatan? Sudah tentu DAP. Apakah jawatan yang selayaknya diberikan pada DAP? Adakah sebagai PM? TPM pasti dan tentunya salah satu Jawatan yang bakal diberikan pada wakil dari DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kenapa jawatan Speaker? Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan.

(2). Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & PKR 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada PKR. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri? Tentulah DAP.... Di Pulau Pinang usah diceritalah, DAP menguasai sepenuh malah hal ehwal agama islam pun mrk campurtangan. Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%. Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, PKR, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP.

Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:
(1). Jawatan TPM diterajui oleh DAP
(2). Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya.
(3). Speaker dewan rakyat milik DAP
(4). Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP
(5). CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP

Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Perak suatu ketika dulu dan MB Selangor kini yang langsung tiada agenda islam & melayu.

Bersediakah orang melayu menerima hakikat itu?
Relakah hak & maruah sebagai tuan tergadai lagi kerana Perak, Penang & Selangor menjadi bukti hak & maruah melayu semakin dihina dicaci & diketepi.


Orang melayu perlu yakin bahawa masa depan agama akan terus terpelihara jika memilih antara UMNO dan PAS sahaja. Tidak pada yang lain. Namun

Namun UMNO sudah lemah, hanya PAS sahaja parti yang belum dikuasai DAP...
Adakah anda sanggup biarkan PAS jatuh dan biarkan musuh Islam menguasai Islam??

*FIKIRKANLAH*

Friday, February 10, 2017

Demam Purple:Dataran Merdeka ke Padang Merbok

Oleh : Tuan Ibrahim bin Tuan Man,Pengerusi Sekretariat H355_

1. Alhamdulillah, hari ini secara rasminya telah dimuktamad dan diluluskan Padang Merbok Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka sebagai lokasi yang dibenarkan untuk Himpunan 355 pada 18 Feb 2017 kelak.

2. Sebelum ini, pihak Sekretariat H355 telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Dataran Merdeka sebagai lokasi Himpunan 355 tetapi ianya telah ditolak oleh pihak DBKL. Malah rayuan pihak kami juga telah ditolak.

3. Namun kami Sekretariat H355 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana akhirnya pihak DBKL membenarkan Himpunan 355 diadakan di Padang Merbok yang terletak tidak jauh dari lokasi asal iaitu Dataran Merdeka. Malah keluasan antara keduanya juga tidak jauh berbeza.

4.  Rombongan Sekretariat H355 yang diketuai oleh Pengarah Himpunan 355 YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Setiausahanya sdr Kamaruzaman Mohamad  hari ini telah menemui En Norazam bin Mohamed Nor Timbalan Pengarah (Hortikultur) DBKL di pejabat beliau Menara DBKL 3 Jalan Raja Abdullah Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa perkara penting berkait kelancaran Himpunan 355 kelak.

5. Pada jam 2.30 petang tadi pula, pertemuan bersama ACP Mohd Sukri Kaman, OCPD Dang Wangi telah dilangsungkan bagi tujuan yang sama dan mendapat permit himpunan dari pihak PDRM.

6. Justeru itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir mengimarahkan Himpunan 355 dan men"purple"kan Kotaraya Kuala Lumpur dengan semangat kesatuan dan kemuliaan ummah dan pastinya ia bakal menjadi himpunan bersejarah ummat Islam serta seluruh rakyat (tanpa mengira agama dan bangsa) yang menghormati hak ummat Islam untuk beramal dengan syariah Islam yang diwahyukan oleh Allah swt. Tuhan Yang Maha Mencipta.

7. Himpunan 355 ini bukan sahaja aman tetapi sarat dengan pengisian yang akan membina spiritual, mental dan fizikal secara santai melalui acara dan aktiviti menarik yang akan dipersembahkan kepada peserta himpunan. Bahkan himpunan ini dianjurkan dengan penuh semangat persaudaraan lantas memupuk kesejahteraan melalui usaha memperkasakan syariah Islamiyah.

8. Himpunan 355 ini secara rasmi ya akan bermula seawal jam 2.30 petang sabtu 18 Feb 2017 sehinggalah bersurai pada jam 11.00 malam.

Antara aktiviti menarik ialah :

i - Pentas Anak Muda bersama selebriti undangan dan hiburan yang Islamik

ii - Ceria Ilmiah bersama Ybhg Ustaz Azhar Idrus dan soal jawab agama

iii - Solat Asar, Maghrib dan Isyak berjamaah

iv - Solat, Munajat dan Tazkirah dipimpin oleh Sohibus Samahah Dato' Dr Zulkifli Al Bakiri Mufti Wilayah Persekutuan

v - Bayan Amal Islami oleh pimpinan Jamaah Tabligh.

vi - Selawat cinta Rasul saw. pimpinan para Habaib Hafizahumullah.

vii - Pidato pimpinan masyarakat, ngo dan tokoh-tokoh negara.

viii - Deklarasi Himpunan 355

ix - Pidato YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.

9. Para peserta Himpunan 355 disarankan datang awal bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Pihak penganjur tidak menyediakan parking khas bagi kenderaan sebaliknya mengesyorkan supaya kenderaan seperti bas serta lainnya menurunkan penumpang di Masjid Negara dan seumpamanya. Kemudian disarankan agar kenderaan mengambil parking masing-masing diluar kawasan ibukota sebelum masuk kembali sebelah malam untuk mengambil penumpang.

10. Kenderaan besar boleh juga mengambil parking dipinggir ibukota, kemudian peserta masuk ke lokasi menggunakan kenderaan awam seperti LRT dan Komuter.

11. Peraturan dan Arahan Am buat peserta Himpunan 355 akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Nasihat saya agar semua hadir dengan tertib dan mempamerkan akhlak mulia. Tidak melakukan provokasi, sebaliknya memelihara ketenteraman awam, menjaga kebersihan, tidak merosakkan harta awam dan alam sekitar. Beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan petugas Himpunan 355 yang menjalankan khidmat mereka mengurus himpunan yang besar ini.

12. Kami juga ingin tegaskan bahawa himpunan ini bukan demonstrasi atau perarakan yang mencetus huru hara dan gangguan kepada ketenteraman orang ramai, sebaliknya ia satu himpunan aman selaras dengan akta Perhimpunan Aman. Langkah ini diambil bagi mengelak sebarang pertembungan dengan pihak berkuasa dan memastikan himpunan ini berjalan dengan jayanya.

_Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera_

Sekian

Tuesday, February 7, 2017

PAS KEDAH TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO/BN

Kenyataan Media PAS Kedah

1) PAS Kedah menolak hasrat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah untuk menjalin kerjasama dengan PAS, kerana melihat ianya dibayangi kelicikan muslihat politik Umno.

2) PAS ingin menyarankan kepada Umno/BN yang menunjangi kerajaan Kedah hari ini supaya memberi perhatian penuh kepada kebajikan rakyat akibat daripada polisi-polisi mereka yang membebankan rakyat seperti rasionalisasi harga petrol dan diesel, sistem percukaian GST serta kegagalan mengawal harga barangan keperluan harian. Kerajaan negeri juga belum dapat menamatkan kegusaran rakyat berhubung masalah bekalan air bersih, ancaman perjanjian dengan operator air yang berat sebelah serta kerisauan terhadap tanah bersejarah dan "green belt" dalam bandar yang mahu dikomersialkan. Hal tersebut sewajarnya yang perlu jadi keutamaan kerajaan berbanding percaturan politik kepartian.

3) PAS juga melihat kenyataan Pengerusi UMNO Kedah itu sebagai usaha untuk mengalih perhatian daripada membincangkan soal agihan RM30 juta bagi kawasan parlimen dimenangi Umno/BN. Ahli-ahli Umno akar umbi mula bertanya ke manakah peruntukan itu disalurkan dan bagaimana dibelanjakan? Sehingga kini jumlah yg terlalu besar itu belum terjelma dalam bentuk pembangunan atau kebajikan rakyat.

4) PAS sedang memberi fokus mengangkat suara rakyat Kedah, di samping menyelami permasalahan yang dihadapi mereka saban hari melalui setiap ruang dan peluang yang ada. Bagi kami, sebarang percaturan politik kepartian mestilah meletakkan keutamaan "Islam yang memimpin."

Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
Bertarikh: 7 Februari 2017

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"