Google Search :

google search:
Google

Sunday, April 30, 2017

Tahaaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan

Pukul 5:57 petang, laungan Allahuakhbar! bergema di Dewan Dato' Fadzil Noor apabila Perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Zulkifli dijemput oleh Pengerusi Tetap Muktamar untuk membentangkan Usul Tahaaluf Siasi. Usul ini adalah usul yang dibawa bersama Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat, dan 21 kawasan secara keseluruhannya.

Negeriku tidak kurang hebatnya dengan Kawasan Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus, dan Dungun terselit dalam senarai pembawa usul. Tahniah awok kite kerana tegas menyatakan pendirian. Memang nelang!

Dalam pembentangan yang penuh semangat, Ustaz Zulkifli menyentuh Syarat Tahaaluf Siasi yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulama (MSU) iaitu:

1. Tahaaluf mestilah dijalankan sebagai wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.

2. Tahaaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

3. Intima' hendaklah diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan Tahaaluf.

4. Tahaaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.

5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaaluf secara mutlak.

6. Mandat membuat penilaian Tahaaluf mestilah dibuat oleh MSU.

Banyak pelanggaran syarat berlaku sepanjang Tahaaluf Siasi PAS dengan PKR melalui pendedahan kronologi-kronologi pengkhianatan mereka. Antaranya, PKR sokong calon PAN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, gagal memberi sokongan kepada kita dalam isu RUU355 malah menentangnya, dan kenyataan-kenyataan terbuka pimpinan PKR memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap kita yang jelas tidak menunjukkan semangat setiakawan.

Pada pukul 6:17 petang, Ustaz Zulkifli membacakan usul ini:

Maka, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 yang berlansung pada 29 April hingga 1 Mei 2017 bersamaan 2 hingga 4 Sya'aban 1438, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman, kami mengusulkan supaya Tahaaluf Siasi antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan MSU menurut peruntukan perlembagaan PAS.

Serentak itu juga, dewan sekali lagi bergegar dengan  laungan Allahuakbar!! Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!!

Selepas itu Ustaz Fadli Shaari, perwakilan Pasir Mas mengambil tempat sebagai pembahas usul yang pertama. Pengkhianatan PKR didedahkan satu persatu diiringi dengan fakta yang cukup kemah. Padu dan cukup bertenaga pembahasan anak muda ini. Berderau bulu roma. Antara perbahasan menyokong usul terbaik pernah aku ikuti. Alhamdulillah, PAS tidak pernah ketandusan pemuda yang hebat.

Sepatutnya pembahas usul ada dua orang tetapi Pengerusi Tetap buat keputusan cukuplah dengan seorang. Padan doh tu. Sangat sempurna dah pembahasan dari Perwakilan Pasir Mas.

Perwakilan yang menyokong usul diminta bangun dan mereka yang memenuhi dewan semua bangun termasuklah semua AJK PAS Pusat dan Ahli Majlis Syura Ulama yang berada di atas pentas. Pengerusi Tetap minta sesiapa yang menyokong usul supaya kata setuju dan semua jawab setuju. Tiga kali Pengerusi Tetap tanya dan tiga kali jugalah dewan bergema dengan jawapan setuju.

Akhirnya, jam 6.28 petang, Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat ke-63 sebulat suara meluluskan usul Tahaaluf Siasi PAS dengan PKR ditamatkan!

Alhamdulillah. Tahniah kepada semua Muktamirin dan Muktamirat kerana tegas menyatakan pendirian. Sama-sama kita tunggu keputusan yang akan dibuat oleh MSU nanti. Bagi pihak diri sendiri begitu puas hati.

Kepada PKR, sayonara diucapkan. Bercerailah kita tanpa talak. Cukup sampai di sini. Mana mungkin tangan kanan bersalaman jika tangan kiri mung tumbuk aku.

Allahuakhbar!!
Allahuakhbar!!
Allahuakhbar!!

#AkuPemudaPas
#BersamaKepimpinanUlama

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Muktamar Tahunan Ke – 63

الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام , وفضلنا على كثير من الأمم. والصلاة والسلام على سيدنا محمد نبي الرحمات, وعلى آله وأصحابه أفضل الصلوات وأزكى التسليمات. 

Mukaddimah

Yang dihormati Pengerusi Tetap, Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin Mursyidul ‘Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Yang Amat Berhormat Dato Ahmad Yaakob Timbalan Mursyidul ‘Am PAS (YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim), Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato’ Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,  seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, tetamu jemputan, pimpinan NGO, pengamal media, wakil-wakil Kedutaan Asing, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian.

Saya mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua para hadirin dan hadirat yang bersama dengan kami pada hari ini. 

Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT : 
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۖ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١
Maksudnya :  “Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan apa yang di bumi; hanya Allah-lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” [at Taghaabun : 1]

Marilah juga pada hari ini, kita sama – sama mendoakan kebaikan berpanjangan, rahmat dan keampunan Allah, kepada sahabat dan pimpinan seperjuangan yang telah meninggalkan kita, murabbi kita al-marhum Tuan Guru Dato Dr Harun Din, mantan Mursyidul ’Am PAS yang meninggalkan kita untuk bertemu dengan Tuhan Rabbul Jalil. Semoga beliau dan sahabat -  sahabat seperjuangan yang lainnya juga mendapat kebahagiaan di sana, dihimpunkan bersama para muttaqin, syuhada dan solihin.
al – Fatihah.                                                                                     

Hadirin-hadirat sekalian,
A. TEMA MUKTAMAR  : SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

1. Dunia kini mengeluh kerana dikepung dan dikongkong krisis ekonomi, politik dan moral. Kedengaran rungutan kezaliman di sana-sini, pencabulan terhadap hak asasi manusia, rasuah dan merebaknya pelbagai jenis jenayah dan maksiat.

2. Agama dianggap urusan peribadi tanpa hidayah dan dipisahkan daripada urusan duniawi. Politik pula dianggap urusan dunia dan peluang meraih kepentingan peribadi, keluarga dan puak.

3. Ekonomi negara yang diurus secara tidak adil telah mencetuskan kesusahan hidup rakyat apabila peluang pembahagian harta berpusing di kalangan orang tertentu sahaja, sehingga berlakunya salah guna kuasa dan harta negara diambil secara salah. Maka berlaku kebocoran daripada pendapatan negara, sedangkan majoriti rakyat yang berpendapatan rendah semakin terbeban dengan harga barangan keperluan yang makin meningkat.

4. Kerajaan pula mengambil penyelesaian secara mudah tanpa kajian mendalam dan menyeluruh, lalu meningkatkan kadar cukai sedia ada atau melaksanakan cukai baharu seperti GST dan apa-apa sahaja. Maka berlakunya kesan sampingan dengan peningkatan inflasi, kekurangan pendapatan dan sempitnya peluang pekerjaan sehingga membebankan kehidupan rakyat apabila pendapatan tidak lagi mampu menampung perbelanjaan kos sara hidup yang tinggi, tabungan terjejas, dan hutang isi – rumah melebar.

5. Lebih parah lagi, kadar jenayah berat yang membahayakan komuniti masyarakat semakin meningkat seperti merompak, membunuh, mencuri, menipu dan lain-lain. Masalah jenayah ringan seperti keruntuhan akhlak, merosakkan diri dan keluarga dianggap senarai yang dikemudiankan dan dipandang mudah. Oleh kerana negara kita juga berada dalam dunia, maka kita tidak terlepas daripada wabak ini. Sebabnya manusia sendiri yang melakukan kejahatan.
Firman Allah SWT:
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [ar-Rum: 41]

6. Kebanyakan manusia tidak pedulikan betapa mereka sangat berhajat kepada hidayah Allah Rabbi Al-‘Alamin (Pencipta alam), tidak sedar akan kelemahan diri sebagai makhluk ciptaan Allah yang tetap punya kelemahan. Namun seringkali mereka tidak mengaku salah malah mendabik dada mengaku paling bijak, sehingga melupakan petunjuk Allah Pencipta Alam, Yang Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap seluruh alam. Punca masalahnya apabila manusia meninggalkan petunjuk Allah yang bernama Islam.

Firman Allah SWT:
أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣
“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian oleh umat terdahulu kepada Rasul zamannya) mereka mencari lain daripada Agama Allah (Islam)? Pada hal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa (mengikut sifat naluri) dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan” [ali-Imran: 83]

7. Puncanya adalah meninggalkan Islam, lalu merosakkan diri sendiri apabila melawan ciri-ciri fitrah manusia, apabila memisahkan jasad daripada akal dan roh, memisahkan aspek kemasyarakatan, berpolitik, ekonomi dan lain-lain daripada agama, laksana memutuskan mata rantai yang menjadikannya tidak berfungsi dengan betul.

8. Ada pula yang cuba meninggalkan nas yang nyata dari al-Quran dan as-Sunnah, dengan menjadikan alasan maqasid syariah, siyasah syar’iyyah dan fiqh aulawiyat dan seumpamanya untuk mencari alasan meminggirkan Islam dalam kehidupan. Maka di cari lah pandangan dan tafsiran longgar dari kalangan Islam yang berfikiran sebegini untuk dijadikan hujah yang diulang-ulangi di atas nama Islam. Pada masa yang sama kalangan penentang Islam bersorak gembira menumpang sama menyebar-luaskan hujah sebegini tanpa sempadan, tanpa menyedari bahawa tindakan seperti itu adalah bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah yang mutawatir.

9. Akhirnya politik juga dipisahkan daripada agama, menjadikan urusan pemerintahan yang menjadi payung dan pengawas kepada cara hidup bermasyarakat terkeluar daripada kawalan petunjuk Allah Pencipta Alam dan terkeluar daripada peranan manusia sebenar. Fitnah berleluasa, yang akhirnya dikutip oleh “pelampau media” seolahnya tiada lagi pertimbangan dosa dan pahala; syurga dan neraka.

10. Di sinilah hikmahnya Islam menjadikan urusan negara adalah amanah yang terbesar dalam melaksanakan petunjuk dan perintah Allah, bukan pada nama dan slogan.

Firman Allah SWT:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.)” [An-Nisa’: 58-59]

11. Allah menjadikan kewajipan menegakkan pemerintahan yang adil kepada seluruh manusia dengan petunjuk dan pelaksanaan hukum syariat-Nya (yang mewajibkan kepimpinan orang-orang yang beriman dan para ulama’ yang diringkaskan dengan istilah Ulu Al-Amri, sehingga dikaitkan dengan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat menjadi teras kepada segala rukun iman) merupakan satu-satunya penyelesaian yang datang daripada Allah yang dinamakan Islam.

12. Islam berprinsipkan di atas asas-asas terpentingnya iaitu : aqidah tauhid, beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan berkonsepkan taqwa dan adil. 

13. Semua asas-asas ini adalah petunjuk Allah yang dibawa oleh semua para Rasul A.S. sehingga Nabi Muhammad S.A.W, rasul akhir zaman. Para rasul terdahulu yang berpeluang melaksanakannya telah membuktikan akan kebenarannya apabila diimani dan diamalkan telah mencapai kejayaan di zaman masing-masing.

14. Allah telah mengisahkan Nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S dan Raja Zulqarnain yang berjaya bersama Islam di zaman masing-masing. Allah juga menceritakan kemusnahan Kaum ‘Aad, Thamud, Babilon dan Firaun yang hancur musnah bersama tamadun kebendaannya yang kaya-raya dibina di atas jahiliyah yang penuh dengan kejahatan dan kezaliman kerana menentang para rasul. Malangnya manusia hari ini semata-mata menjadikannya sebagai tempat pelancongan di kawasan tinggalan sejarah tamadun kerajaan yang dimusnahkan kerana kezalimannya, tanpa mengambil iktibar dari peristiwa yang menjadi bahan sejarah ini. 

15. Walaupun mereka berada di bumi yang tidak ada sumber ekonomi dan kekuatan politik yang bertamadun kebendaan, mereka telah berjaya bersama Islam. Mereka berjaya membawa obor Islam dengan kejayaan di zaman keemasannya, mengumpulkan ilmu wahyu dan ilmu akal manusia yang ditapis daripada tamadun yang dicipta oleh berbagai-bagai kaum dengan mengambil kebijaksanaannya sahaja dan menolak kemungkarannya.

16. Mereka berjaya menjadikan jasadnya berakal, berilmu dan roh yang berhidayah, bersama dengan kemajuan kebendaan yang berkat, untuk melaksanakan perintah beribadat (hubungan dengan Allah dan mematuhi petunjuknya), berkhilafah (mentadbir politik, ekonomi dan lain-lain serta urusannya) dan beramanah (melaksanakan kewajipan syariat yang sempurna). 

17. Berpaksikan tujuan penciptaan manusia ini, maka di atas empat perkara asas iaitu (1) Tauhid, (2) Beriman pada hari Akhirat, (3) Taqwa, dan (4) Adil kepada semua; Islam telah berjaya memimpin dunia dan membina ketamadunan dalam tempoh beberapa abad keemasan sehingga tamadun Islam telah menguasai sebahagian besar benua daripada Timur Jauh sehingga Afrika Utara dan Selatan Eropah.

Hadirin-hadirat sekalian,
Bertunjangkan Aqidah tauhid

18. Aqidah tauhid mengesakan Allah sahaja, tuhan yang diibadatkan kepada-Nya dengan jasad, roh dan akal. Aqidah ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi tuhan apabila berkuasa memerintah negara, diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.

19. Dengan tegas, aqidah tauhid menolak kesyirikan secara menyeluruh. Bukan sahaja diharamkan beribadat menyembah berhala atau patung, termasuk juga diharamkan menyembah makhluk yang lain dan sesama manusia serta tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah. 

20. Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan pemimpin individu atau bertuhankan kelompok.  Islam menolak bertuhankan rakyat tanpa hidayah yang bertopengkan demokrasi yang kononnya suara rakyat adalah suara keramat, seperti tuhan yang diwarisi daripada demokrasi purba tetapi rakyat yang ditipu.

21. Islam juga menolak teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti tuhan atau memilih wakil rakyat secara menipu rakyat dan menjadikan rakyat sebagai hamba.

22. Islam juga menolak ideologi yang bertuhankan harta, tiba-tiba segala khazanah negara menjadi miliknya, boleh diambil dengan apa jua cara sekalipun dan mengunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram, sama ada secara Liberal Kapitalis atau Komunis dan Sosialis.    

23. Aqidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang boleh mengatasi undang-undang termasuk raja-raja atau ketua negara sehingga mengharamkan mereka berlagak menjadi tuhan, walaupun dia seorang Rasul.
Allah berfirman:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ ٧٩
“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya”)”. [ali-Imran: 79]

Firman Allah:
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗاۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٣١
“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” [at-Taubah: 31]

Firman Allah:
أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.)” [as-Syura: 21]

24. Aqidah beriman kepada Allah menjadikan politik, ekonomi dan segala urusan manusia tunduk kepada perintah Allah yang wajib bersifat adil.

Hadirin-hadirat sekalian,
Istiqamah Dengan Beriman kepada Hari Akhirat

25. Adapun aqidah beriman kepada Hari Akhirat menjadikan semua tindak tanduk manusia tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannya.

26. Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannnya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, menjadikan imannya tetap percaya adalah tidak terlepas dari hukuman di Hari Akhirat yang lebih berat.

Firman Allah:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا ٧١
“(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya (suratan amal , atau nabi atau pemimpin) ; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.)” [al-Isra’: 71]

Firman Allah:
وَعُرِضُواْ عَلَىٰ رَبِّكَ صَفّٗا لَّقَدۡ جِئۡتُمُونَا كَمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةِۢۚ بَلۡ زَعَمۡتُمۡ أَلَّن نَّجۡعَلَ لَكُم مَّوۡعِدٗا ٤٨ وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩
“Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.)”. [al-Kahfi: 48-49]

Memahami dan Berpegang Pada Konsep Taqwa Dalam Bernegara

27. Konsep taqwa menggantikan kebanggaan terhadap asabiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Taqwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana perbezaan bangsa, agama, harta, keturunan, pangkat dan jantina.
Firman Allah:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [ al-Hujurat: 13]

Hadirin-hadirat sekalian,
Pemerintahan Adil Kepada Semua

28. Konsep adil dalam Islam yang lahir daripada konsep taqwa adalah mutlak terhadap semua dan segala aspek kehidupan manusia, termasuk adil terhadap musuh sehingga dikaitkan dengan konsep taqwa. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan). [al-Maidah: 8]

29. Rasulullah S.A.W. menegaskan keikhlasannya menyelamatkan manusia bersama Islam kepada pemimpin-pemimpin Arab yang mahukan jawatan sebelum menang atau meminta cadangan kabinet bayangan sebelum menang.
Firman Allah:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَٰنِ وَإِيتَآيِٕ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡيِۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ ٩٠
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya).” [an-Nahl: 90]

30. Setelah Rasulullah S.A.W. selesai menegakkan negara yang dididik kepimpinannya dengan jati diri Islam, maka baginda mengutus surat kepada ketua-ketua kerajaan kuasa besar dan kecil dikelilingnya supaya menerima tawaran penyelesaian Islam.

31. Apabila Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan ketua-ketua kaum menerimanya, mereka semua dikekalkan di tempat masing-masing. Adapun yang menolaknya, diturunkan daripada jawatan dan digantikan dengan mereka yang beriman dan bertaqwa bersama Islam dengan jati dirinya mengikut acuan aqidah tauhid, beriman kepada Hari Akhirat, taqwa dan adil.

32. Inilah pendekatan yang wajib dilakukan oleh kita yang menyambung risalah Nabi Muhammad SAW ini. Tugas kita bukan selesai setakat menukar pemimpin, tetapi perlulah menukar jati dirinya dengan aqidah, syariat, akhlak dan pendekatan dengan prinsip dan konsep tersebut.

33. Maka pemimpin wajib bertukar sekiranya berdegil dengan prinsip dan konsep yang salah, demi menyelamatkan umat dan negara. Tegakkan Islam di dalam diri akan menyelamatkan negara. Manakala menegakkan negara tanpa jati diri Islamnya negara tetap tidak selamat.

34. Inilah konsep dan falsafahnya bernegara yang menjadi idaman untuk kita capai di Malaysia, sebagai satu wawasan yang berterusan hingga ke hari Kiamat.

B. PAS dan Siyasah mendepani PRU-14
35. Muktamar kali ini berlangsung dalam suasana parti politik dalam negara kita sarat membicarakan Pilihan Raya Umum ke -14 yang perlu diadakan sebelum penggalnya berakhir pada bulan Jun 2018 nanti.

36. Hiruk pikuk politik pilihanraya di kalangan parti-parti politik dalam negara kita ini menyebabkan semuanya teruja, sehingga dilihat oleh rakyat begitu galak mengagih-agihkan jawatan itu dan ini sekiranya menang dalam PRU-14 nanti. Memang itulah gayanya yang sedang berlaku di luar sana setiap kali sebelum sesuatu pilihanraya umum, menerusi politik moden – liberal – pragmatik – sekular.

37. Bagi PAS, kita ingin mengambil iktibar dari apa yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW kepada Bani ‘Amir ketika ditanya siapakah yang akan menjadi pemimpin dalam negara yang akan didirikan oleh Nabi SAW : “ ”.

38. Apa yang kita kesalkan ialah, ada juga di kalangan parti politik yang berlumba – lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini. Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini.

39. Tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan “Islam sebagai Agama Persekutuan”.

40. Sebagai sebuah parti yang besar dalam negara ini dan mempunyai jentera yang menyeluruh di serata negara, kita amat menyedari dan memahami realiti halangan dan kelebihan yang ada di hadapan kita, malah PAS amat menyedari kepelbagaian rakyat yang ada dalam negara bernama Malaysia ini.

41. PAS yakin bahawa dengan Malaysia didiami oleh masyarakat plural dan majmuk, berbagai latarbelakang agama dan budaya, dengan bahasa dan loghat yang berbagai-bagai, sudah tentunya kita mesti melihatnya sebagai satu kelebihan dalam merencanakan perubahan, pembangunan fizikal dan spiritual.

42. Rakan – rakan kita yang berada di Sabah dan Sarawak tentunya mempunyai begitu tinggi pengalaman dalam menguruskan hubungan kepelbagian etnik yang wujud sebegitu lama di sana, tentunya ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh kalangan masyarakat Malaysia yang lain.

43. Apa yang pentingnya ialah kita tidak tidur dan hanyut dengan politik moden yang meminggirkan panduan al-Quran dan as-Sunnah, atau yang hanya mengambil sekerat-sekerat dari ajaran Islam sehingga menjadi alat mainan kepada pihak yang terang dan nyata menjadi musuh kepada Islam dengan agenda pecah perintah dan penyelewengan ilmu yang dirancangkan terhadap umat Islam.

44. Ada pula dikalangan umat Islam yang terlalu teruja, sehingga tidak sedar menjadi biduk di papan catur yang dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap umat Islam, sedangkan umat Islam ingin kembali pada kehidupan beragama sebagai satu cara hidup.
Hadirin-hadirat sekalian,
B.1. Meneruskan Agenda Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

45. PAS akan meneruskan pendekatan dengan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini. Pendekatan ini bukan sahaja lebih berkesan terutama dalam masyarakat Malaysia yang bencikan budaya keras – kasar dan politiking melampau sehingga semua perkara dilihat dalam perspektif negatif dan penuh kebencian, sedangkan rakyat tidak berubah keadaan hidup mereka. Pendekatan ini juga menepati ciri muwajahah silmiyah yang kita amalkan, bahkan lebih menepati sirah perjuangan Islam.

46. Apabila mesej kita bawa menerusi PAS adalah bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam, maka konsep Dakwah Bil Hikmah yang mengutamakan damai atau disebut Muwajahah Silmiyyah hendaklah diutamakan.

47. Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah S.A.W. dengan firmanNya yang menjadi petunjuk sehingga akhir dunia ini:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang berdakwah (menyeru kepada mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! . Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. [Fussilat: 33-36]

48. Rasulullah S.A.W. menjadi contoh yang wajib diikuti, kerana melaksanakan kewajipan menyelamatkan manusia bersama Islam seberapa ramai. Ini menunjukkan contoh bahawa kumpulan Islam adalah lebih baik daripada yang lain. Ianya menjadikan Islam mudah diterima menjadi penyelamat yang diyakini, bukannya penjajah yang dibenci. Maka kedatangan Islam ke seluruh pelosok dunia dinamakan Futhuhat (pemecah belenggu kezaliman), bukannya Isti’amar (penjajah memperhambakan rakyat dan perampas hartanya). 

49. Kita mesti terus beristiqamah berpegang teguh dengan Islam, sehingga tidak berganjak daripada Islam menjadi dasar dan tujuan. Kita beramal dengan apa yang mampu dan berjuang dengan sabar bagi melaksanakan pelaksanaan Islam yang dihalang.

50. Berhikmahlah tanpa menyeleweng. Mendahulukan kemaafan di masa menghadapi lawan yang zalim sehingga setelah mencapai kemenangan dan berada dalam keadaan paling kuat. Inilah kebijaksanaan yang paling munasabah dengan konsep demokrasi yang mengizinkan dakwah seluas-luasnya dan seberapa ramai manusia.

51. Marilah kita menilai dengan hati yang tenteram dan jujur, mata yang melihat, telinga yang mendengar; bahawa pendekatan BPMS yang kita laksanakan ini mampu untuk meredakan ketegangan di akar umbi rakyat yang sebelum ini begitu kelam dengan suasana politik melampau yang akhirnya akan merugikan ummah.

B.2. Agenda Pemerkasaan dan Transformasi Imej PAS
52. PAS juga sedang melaksanakan pelan pemerkasaan parti terutamanya dari aspek mengukuhkan perjalanan dan organisasi parti, gerakerja yang lebih berperancangan, objektif mampu capai yang lebih jelas, dan pengukuhan imej PAS sebagai parti yang ingin menyumbang dalam pembinaan negara ini.

53. Agenda pemerkasaan dan pembinaan imej ini adalah suatu perubahan ke arah yang lebih baik sebagai parti yang besar dan mampu untuk memerintah dalam negara ini. Untuk itu, PAS juga mestilah berusaha secara berterusan untuk menggamit pengundi di pantai Barat, termasuklah pengundi dari kaum – kaum yang lain dari Melayu – Islam. Tentunya jelas bahawa mereka perlu lebih diberi ruang untuk mendengar mesej yang kita disampaikan dalam bahasa yang paling mudah. Tentunya peranan ahli dan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) wajar diperkukuhkan dan dibantu dengan sepenuhnya.

54. Sehubungan dengan itu juga, maka PAS bersama – sama rakan yang berada dalam Blok Ketiga melalui Gagasan Sejahtera ini akan terus dimantapkan dengan penyertaan kalangan rakyat awam, pimpinan masyarakat, mantan pegawai tinggi kerajaan, dan NGO sebagai asas untuk mendepani suasana politik yang semakin hangat ini.  Agenda yang lebih sistematik dan kemas mestilah dirangkakan sebaik sahaja selesai Muktamar kita pada kali ini.
Hadirin-hadirat sekalian,
B.3. Agenda Pemacuan Gelombang Tsunami Hijau
55. Tentunya untuk berdepan dalam PRU-14 nanti, kita akan terus memacu Gelombang Tsunami Hijau pada waktu dan saatnya yang paling sesuai, sebagai suatu panggilan kepada seluruh warga negara untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan secara harmoni dalam negara kita ini. Tiada siapa boleh memaksa atau mengugut kita untuk menyatakan pendirian, apatah lagi apabila ianya melibatkan strategi yang akan kita laksanakan.

56. Kita juga memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan kepelbagaian kaum, dengan mereka juga memahami keperluan masyarakat Islam untuk terus mengamalkan kehidupan beragama di tanah air mereka ini.

57. Kita tidak pernah memusuhi mana – mana kaum yang ada dalam negara kita ini kerana mereka juga adalah menyumbang kepada keharmonian yang berpanjangan di Malaysia. PAS hanya menentang sikap chauvinis dan perkauman sempit parti – parti tertentu ini sahaja. Apa yang penting ialah, kita menyerlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian dan melibatkan idea – idea bernas dan kritis dari rakyat untuk perubahan di Malaysia.
B.4. Agenda Pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS)
58. Seterusnya PAS juga akan melancarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) pada waktunya yang paling sesuai, sebelum menghadapi PRU-14 yang akan datang nanti. Pelan ini adalah merangkumi asas – asas kenegaraan yang ingin kita capai, objektif yang ingin dituju, termasuklah kaedahnya.

59. Secara umumnya, kita ingin membina sebuah negara yang mempunyai ciri Keharmonian Dan Keadilan Sosial, Ketelusan dan Kecekapan Urustadbir (Governance), Kemantapan Dan Kemapanan Ekonomi, Keberkesanan Sistem Pendidikan, Kecemerlangan Insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai asas panduannya sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

60. Perubahan melalui politik pilihanraya yang kita impikan pula mestilah dicapai tanpa konflik yang merosakkan rakyat. Keharmonian mestilah dipertahankan. Oleh yang demikian, politik kebencian, permusuhan kaum, chauvinis, wajar dielakkan.

61. Kita juga sedar bahawa ada juga kalangan yang mengaku beragama Islam, tetapi menolak kehidupan beragama, menyatakan bahawa agama adalah urusan peribadi dan sebagainya. Kita perlulah mendekati mereka, berbicaralah dengan mereka ini dengan hikmah, kerana itulah tugas yang semestinya kita laksanakan.
Hadirin-hadirat sekalian,
C. Isu – Isu Rakyat

62. Sekiranya kita meninjau di bawah, kita akan merumuskan bahawa kebimbangan rakyat dan prospek masa depan negara dipengaruhi oleh beberapa isu yang wajar kita tangani bersama. Antaranya adalah : (1) Masalah Sosial dan kebajikan, (2) Tekanan ekonomi dan kos sara hidup, (3) Tadbir urus dan rasuah, (4) Ancaman kedaulatan serantau.

C.1. Sosial dan kebajikan

63. Isu sosial dan kebajikan rakyat dalam negara ini juga mestilah terus menerus diperjuangkan oleh PAS, terutama dalam menangani isu peluang kehidupan yang lebih terjamin kepada generasi muda yang tentunya nanti akan menggalas tanggungjawab pentadbiran negara ini kelak.

64. Peluang pekerjaan, khidmat kesihatan, bantuan untuk mendapat pendidikan ; adalah antara perkara yang perlu ditekankan terhadap generasi anak muda, dan juga rakyat awam yang terjejas di luar sana. Sudah tentu hal ini adalah besar dan rumit, tetapi PAS akan terus memperjuangkan kebajikan ini menerusi Lajnah – Lajnah yang dipertanggungjawabkan oleh organisasi PAS di berbagai peringkat.

65. Permasalahan di kalangan rakyat desa dengan berbagai latarbelakang pekerjaan : petani, nelayan, pekebun kecil, peniaga kecil -  kecilan, kelompok industri kecil dan sederhana di desa, kakitangan sokongan dan lain lain mestilah terus didekati oleh PAS bagi membawa suara mereka ini.

66. PAS juga akan berterusan memperjuangkan falsafah dan dasar pendidikan negara yang holistik bagi melahirkan insan soleh dan masyarakat madani, pembinaan sistem keluarga yang sejahtera seimbang fizikal dan spiritual, menutup ruang – ruang pengaruh luar yang tidak sihat, dan memperkasa sistem perundangan dalam negara kita.

C.2 Ekonomi

67. Kita sepenuhnya percaya bahawa mengubah minda rakyat di Malaysia, dari aspek pembinaan ekonomi dan lain – lainnya juga perlulah mengikut acuan Islam kerana  acuan selain Islam untuk rakyat majoriti Islam seperti Malaysia akan berakhir dengan kegagalan. Di sinilah cabaran besar yang akan kita hadapi, dan ianya perlu dihadapi secara bersama oleh kita semua.

68. Pertama : kelemahan kita sendiri, di mana kita berdepan dengan ke tidak yakinan kita sendiri terhadap penyelesaian sistem ekonomi Islam; Kedua – kita belum sepenuhnya menggali, mengolah, dan memberikan cadangan yang benar – benar difahami dan praktikal serta dapat diterima oleh masyarakat yang ada dalam negara kita; Ketiga : kita teruja dengan pembangunan ekonomi Barat dan Timur Jauh, tetapi kita gagal memasukkan nilaian akhlak dan ibadah (iaitu ada perkiraan dosa – pahala) dalam kita melaksanakan aktiviti ekonominya.

69. Negara juga mestilah menerokai dan mempunyai strategi yang lebih praktikal dalam menguruskan sumber – sumber baharu hasil negara kerana sumber minyak dan gas tentunya akan berkurangan, dan banyak bergantung pada turun naik pasaran dunia.

70. Pembahagian yang jelas antara kepentingan membangunkan ekonomi rakyat di luar bandar mestilah diperhebatkan berbanding dengan segmen bandar, kerana merekalah yang paling terkesan dengan kegawatan ekonomi yang sedang dialami di waktu ini.
71. Untuk itu, PAS akan berusaha untuk mengemukakan pandangan membangunkan ekonomi masyarakat dan negara berasaskan Islam menerusi satu Jawatankuasa Khas yang akan diperkembangkan di kalangan rakyat dan berbagai pihak, selain dari keanggotaan pakar – pakar ekonomi dari PAS sendiri. Idea – idea itu pula mestilah praktikal dan mampu dicapai dalam meringankan masalah ekonomi rakyat, selain dari mencadangkan penyelesaian untuk berdepan dengan isu liberalisasi ekonomi di waktu ini.

72. Antara cadangan penyelesaian terhadap beberapa masalah ekonomi yang dialami oleh rakyat telah pun dibentang oleh PAS kepada rakyat menerusi pelancaran Dokumen Hijau.
C.3 Tadbir Urus dan Ketelusan

73. Persoalan tadbir urus, ketelusan, akhlak dan sebagainya dalam pentadbiran negara pada waktu ini adalah antara topik yang hangat diperkatakan kerana ianya adalah satu aspek yang sangat penting dalam pembinaan negara Malaysia.

74. PAS akan terus komited memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah dan pentadbiran yang telus dengan cara yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini. Selama puluhan tahun ini juga lah PAS telah menentang penyelewengan sumber dan dana negara dalam isu BMF, skandal matawang asing Bank Negara (forex), PKFZ, Skandal MAMINCO, Perwaja Steel, 1MDB dan lain lainnya, dengan cara kita sendiri.

75. Kekurangan integriti, akhlak dan kejujuran, adalah antara masalah yang wujud berakar umbi dalam negara ini. Ianya menyebabkan indeks persepsi rasuah yang buruk, sehingga menimbulkan krisis keyakinan ekonomi kepada persekitaran pelaburan dalam negara kita ini.

Hadirin-hadirat sekalian,
C.4.  Ancaman dan Cabaran Antarabangsa

76. Kita berada dalam dunia yang semakin maju tanpa sempadan dan terus bergolak dengan berbagai konflik serta peristiwa yang berlaku. Penjajahan waktu kini bukan sahaja dalam bentuk geografi, tetapi penjajahan ekonomi dan kuasa.

77. Pada masa yang sama kita melihat terdapat kecenderungan yang amat merbahaya apabila setengah pihak ini secara tersusun telah dan sedang meminggirkan kewujudan politik Islam, yang akhirnya menyebabkan kelangsungan kelompok yang “bermudah – mudah” () dan “ekstrem” () dalam beragama. Akhirnya semua ini menatijahkan kerosakan yang nyata di kala ini. Ini diburukkan dengan kepimpinan negara umat Islam yang mabuk kuasa – takhta – harta sehingga akhirnya umat Islam menjadi biduk di papan catur yang akan menjadi mangsa di makan oleh musuh.

78. Apa yang menjadi kebimbangan kita ialah, kesabaran umat Islam dan masyarakat antarabangsa berbagai etnik di seluruh dunia boleh menjadi tidak terkawal dan merebak kepada masalah lain yang lebih parah sekiranya kezaliman dan kekejaman terhadap umat manusia di merata tempat tidak dirungkaikan dengan segera.

Tindakan segera

79. Islam memberi penyelesaian dengan mendahulukan perdamaian dan mengambil langkah diplomatik dan diplomasi dalam merungkai konflik dari berlarutan.

80. PAS akan terus memperjuangkan isu kemanusiaan yang bertali arus berlaku dalam dunia tanpa sempadan ini dan penindasan terhadap etnik minoriti di mana jua dalam dunia ini, tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum, etnik, gender, dan persekitaran kita berada. Ianya juga memerlukan usaha dan tindakan pro-aktif yang drastik bagi memastikan penindasan ini tidak lagi berlaku di depan mata kita.

81. Sehubungan dengan itu, PAS akan berusaha bersama dengan berbagai agensi bantuan kemanusiaan yang ingin berperanan untuk menyampaikan bantuan makanan yang halal, air bersih yang berkekalan, tempat perlindungan, ubatan dan khidmat pemeriksaan kesihatan, pakaian, dan segala bentuk bantuan kemanusiaan.

82. Kerajaan Malaysia juga wajib bersama dengan negara-negara lain dan bekerjasama agar tidak membuka peluang kepada campur tangan kuasa besar dalam menangani isu ini yang akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar.

83. Mendepani suasana ini adalah satu tugas berat, dan ianya memerlukan kerjasama dan kesepaduan di kalangan umat Islam untuk mengharunginya.

Hadirin-hadirat sekalian,
PENUTUP
Marilah sama-sama kita beristiqamah dengan Islam. Marilah sama – sama kita yakin dengan janji Allah S.W.T. kepada sesiapa yang berjuang di jalan Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT :

لَّا يَسۡتَوِي ٱلۡقَٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ غَيۡرُ أُوْلِي ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَٰهِدِينَ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَٰعِدِينَ دَرَجَةٗۚ وَكُلّٗا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَٰهِدِينَ عَلَى ٱلۡقَٰعِدِينَ أَجۡرًا عَظِيمٗا ٩٥

Maksudnya :
“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar” [an Nisa’ : 95]

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan terimakasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan PAS Kedah, Petugas-petugas, Anggota Amal, pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), wartawan, dan semua pihak yang menghidupkan Muktamar Tahunan PAS ke 63 ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Saya RASMIKAN Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 ini dengan menyebut sabda Rasulullah S.A.W. :
سيروا على بركة الله .
وآخر دعوانا أن الحمدلله رب ا لعالمين .
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , ولله الحمد .

Kota Sarang Semut, Kedah
2  Syaaban 1438
29 April 2017

DOSA JARIAH KALIAN VS INFAQ MEREKA

Imam Syafiei menukilkan :-

"Katalah apa yg kau nak untuk mencela aku. Aku diam kpd musuh ku itu lah jawab, bukannya aku tak membalas tapi singa tak membalas salakan anjing2. Kabilah akan meneruskan perjalanannya, biar lah anjing2 menyalak sehingga puas hatinya, kerana salakannya tidak menghentikan rombongan tersebut, biarkan anjing menyalak kerana salakannya tidak mengatasi tuannya, biarkan anjing menyalak kerana suatu hari dia akan berhenti".

DOSA JARIAH KALIAN VS INFAQ MEREKA

Fitnah ke atas bbrp pimpinan terus berjalan, poster memaparkan kenderaan pimpinan di selitkan ke akhbar buat semarakkkan lagi api fitnah,semoga tangan pelaku sempat merafak maaf sblm nyawa di cabut.

Apakah kalian tdk membuat perincian harta pimpinan PAS itu dr mana dan ke mana perginya? Berapa nilai infaq kalian di bandingkan kpd mangsa nafsu buas kalian.

At Takiri sblm mencebur diri dlm politik telah lama berjaya sbg usahawan

INFAQ SI KAYA :  infaq kpd pendidikan beliau tdklah di war²kan spt kalian, sumbangan harta riak kuku hitam bising 1 negara, mengungkit bising sehingga tercabut zink bumbung markas!

DOSA JARIAH KALIAN: Menyebarkan dia jd kaya dgn hasil drpd menjadi ahli politik semata.

UMS juga terlibat dlm perniagaan sekian waktu

INFAQ SI KAYA: cemburu kalian tdk mampu di bandingkan dgn infaq beliau dgn institusi pendidikannya, Infaq sang sunan diam dan sunyi, sumbangan sang onar biarpun sebiji kurma, bisingnya 1 stadium bergema.

DOSA JARIAH KALIAN: Mencanang mungkar yg kononnya dia buat tetapi tanpa kalian berani tampil bersama bukti kukuh ke muka pengadilan, tetapi hanya tampil di muka buku.

Begitulah juga dgn U.N.T, belian kenderaan status pinjaman di jadikan modal anjing² menyalak.

INFAQ SI KAYA: sumbangan kpd islam tidak pernah dipinggirkan cuma tidak diwar-warkan. Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak ketahuan.

DOSA JARIAH KALIAN: Menyebarkan seolah-olah dia beli MPV tersebut dgn harga tunai spt anak muda AMK di Ampang yg beli rumah tunai 1.2 juta itu sedangkan si kaya itu berjerih membuat pinjaman bank utk kereta yg sedikit selesa.

Dosa jariah kalian makin menggunung, Jahilnya kamu tdk di didik, bijaknya kalian tdk berhidayah, ulamak jadikan musuh, munafiq jadikan sahabat...Azazil jadikan tuan.

Jangan Gagal Bermuhasabah.

Hassan Tsabitt II
K.S.Semut
#MAMPUCentre
#Lebai_walaun

Saturday, April 29, 2017

PAKATAN DAJJAL

Modus Operandi membina persepsi $90juta bakal di teruskan lagi bagi menjahanamkan kredibiliti, integriti dan membunuh karier politik pimpinan PAS.

Rafzi, begitu berani membuat dakwaan kpd 17 orang pimpinan PAS terlibat dlm skandal ciptaan musuh PAS.

Saya pernah bangkitkan soalan apakah Rafzi adakah agen hamno? Bagaimana dia blh katakan itu adalah dari sumber Sprm, dan  jika anda teliti, rafzi tidak lagi menyerang hamno sebaliknya mengambil tugas menyerang PAS (daripada hamno kah???).

Anda jangan terkejut, jika selepas ini pelbagai bukti akan di reka cipta dan pelbagai isu akan ditohmah kpd pimpinan PAS lagi kerana bagi mereka halal haram bukan pertimbangannya. Lihat sahajalah siapa penasihat mereka dan dari mana sumber kewangan mereka.
Mereka terlalu terdesak dgn kekuatan solid politik Islam PAS, maka berbagai saluran haram di gunakan.

Jangan terkejut jika adanya aliran ratusan ribu di dalam penyata kewangan pimpinan itu, maka akan ada laporan polis yg akan mengambil masa siasatannya yg menjangkau selesai selepas pru 14 - PAS akan K.O! Motif mereka ini hanya satu, MENJATUHKAN KREDIBILITI PIMPINAN PAS SEBELUM PRU14 dan tidak mustahil usai siasatan dibuat slps PRU14 berakhir, pimpinan PAS tidak akan disabitkan atas sebarang kesalahan pun.

Saya bangkitkan teori ini bukanlah kerana saya Nujum spt rafzi, tetapi keresahan ini di landaskan kpd situasi yg selari dgn bacaan terdahulu.

Kebenarannya, wallahuaklam. Jika mereka mempunyai kekuatan 3M (missionary, money & millitary)....Kita ada *ALLAH* penguasa sekalian alam.

Perancangan mereka bagaimana rakusnya cuba membunuh PAS, tidak cukup menaja Ngo pasma, di ikuti parti PANkhianat, di rekayasa $90juta, messenger lucah dan pelbagai mungkar di hadapkan...mereka sebenarnya sedang mendidik rakyat agar korup akhlak spt mereka. Tetapi tahukah mereka ini bahawa Perancangan ALLAH itu lebih hebat?

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Hasbiyallah, wani'mal wakil....

Hassan Tsabitt II
K.S.Semut
#MAMPUCentre

Friday, April 28, 2017

Tutup sekolah tahfiz cadangan habis cerdik?

Hj Idris Hj Ahmad
28/4/17

Peristiwa tragis yang menimpa kepada adik Mohd Thaqif  pelajar Maahad Tahfiz sehingga meninggal dunia perlu diambil iktibar oleh semua orang. Siasatan dan tindakan mesti diambil kepada mereka yang terlibat, bukan diarahkan tutup semua  sekolah tahfiz persendirian. Marah pejat, jangan bakar kelambu. Cadangan menutup semua sekolah tahfiz oleh Zainudin Maidin adalah  cadangan daripada manusia yang habis cerdik. Semua orang kenal Zainudin Maidin, makhluk yang kita kenal dulu, kini selamanya cukup elergik dengan institusi agama.

Sepatutnya kerajaan perlu berterima kasih kepada pihak persendirian yang membantu kerancakan pendidikan di negara ini.

Jika atas alasan kematian Mohd Thaqif maka disuruh tutup, bagaimana pula kejadian buli dan penderaan yang berlaku di sekolah aliran kebangsaan, malahan ada kes kematian di kem PLKN. Kenapa pula tidak ada cadangan supaya tutup sahaja sekolah dan PLKN?.

Antara rekod buli sehingga kematian seperti berlaku di Sekolah Menengah Teknik Cheras pada tahun 1998.  Sekolah Agama Datuk Kelana Petra Ampangan Negeri Sembilan  pada tahun 2004 dan Pelajar Kolej Vokasional Bachok. Kematian peserta PLKN di Kem Pelangi Muazam Shah pada tahun 2013. ١Ini hanya sekadar contoh.

Janganlah apabila berlaku di sekolah tahfiz, riuh satu dunia. Tapi kamu membisu dan pekak telinga apabila berlaku kepada sekolah aliran kebangsaan bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.   Pemikiran semacam inilah satu ketika dahulu yang menuduh Sekolah Agama Rakyat pusat melatih pengganas sehingga menarik balik bantuan perkapita.

Thursday, April 27, 2017

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan satu prosiding fitnah di Mahkamah Tinggi London dan menyerahkan saman terhadap Pengasas dan Editor Sarawak Report

Terkini
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan satu prosiding fitnah di Mahkamah Tinggi London dan menyerahkan saman terhadap Pengasas dan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, hari ini.

"Dalam saman yang dibuat oleh Abdul Hadi adalah untuk mendapatkan sejumlah wang ganti rugi dan satu perintah injuksi berikutan satu artikel di dalam website Sawarak Report Ogos lalu.

"Tohmahan tersebut nyata tidak benar dan jelas merosakkan serta menjejaskan reputasi seseorang seperti Abdul Hadi,"katanya ketika sidang media Pas Pusat, hari ini.

Terdahulu, portal tersebut melaporkan Abdul Hadi  mendapat RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai pertukaran untuk berkompromi dalam hal pendirian politik parti itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas akan saman Sarawak report isu RM90juta]

Tambah Takiyuddin lagi, pihak mereka ambil masa yang lama untuk kemukakan writ saman adalah untuk mengukuhkan kes.

"Sebelum saman, kami perlu mencari saksi untuk bina kes ini sebelum bawa ke pendakwa raya, sebab itu ia agak makan masa.

"Bagaimanapun, tempoh ini masih lagi dalam masa yang telah ditetapkan," katanya lagi.

Sementara itu, Takiyuddin mengharapkan agar dengan saman ini, tohmahan fitnah tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

" Tohmahan fitnah ini tidak akan dibiarkan sahaja tanpa dicabar serta untuk memperbaiki kembali reputasi beliau di Malaysia, Singapura, England dan Wales," tambahnya lagi.

P.s.Khadumb puak mu bila pulak nak saman razali Isu dana 1200j dari Zionist tu

Monday, April 24, 2017

Sembah Tahniah Pertabalan SPB YDPA Ke-XV

*KENYATAAN MEDIA*
*PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)*

1. Patik mewakili seluruh pimpinan dan ahli PAS merafak sembah takzim setinggi-tinggi tahniah KDYMM Sultan Muhammad V atas pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XV dan berdoa agar Tuanku dapat memerintah dengan jayanya.

2. Sesungguhnya Raja Berpelembagaan adalah payung kepada kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai ini. Naungan Tuanku bermakna rakyat dan kerajaan perlu mencurahkan taat setia agar kerukunan negara ini sentiasa terpelihara.

3. Keadilan adalah aspek utama dalam menunaikan pemerintahan yang menjadi suruhan dan pertanggungjawaban oleh Allah kepada wakil-Nya di muka bumi bagi menjalankan amanah kekhalifahan.

4. Patik dan seluruh rakyat jelata selama ini telah menjadi saksi serta menyanjungi kesantunan Tuanku mencemar duli dalam menyelami hal ehwal rakyat dan negara, dengan penuh pengharapan agar ia terus dilangsungkan sepanjang pemerintahan Tuanku.

5. Selaku penaung tertinggi agama Islam yang juga agama bagi negara ini, patik meyakini Tuanku adalah teladan untuk membawa mesej agama rahmat kepada sekalian alam ini tersemai ke bumi Malaysia dengan mengharmoni dan menyatukan kepelbagaian pada seluruh rakyat.

6. Semoga di bawah pemerintahan Tuanku, kepercayaan kepada Tuhan, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan akan mengukuh setia dalam ikrar rakyat Malaysia semuanya.

_"Inilah Penyelesaian Kita"_

*ABDUL HADI AWANG*
Presiden PAS
27 Rejab 1438H / 24 April 2017M

Sunday, April 23, 2017

Asal Usul PAS

Sempena Muktamar yg bakal brlangsung mnggu depan,disini ingin aku kongsikan sikit asal usul PAS..(mohon baca sampai hbis)
 
  Ramai yg tdak sedar bahawa PAS telah dtubuhkan oleh orang berbangsa Tionghoa,beliau dknali sebagai Haji Mansur JP..Nama sbenarnya ialah Haji Mansur Haji Hassan. Haji Hassan pernah disebut2 sbagai Haji Hassan Kwantung (Canton). Ayahnya beragama Islam,yakni Islam asal dari negeri China, berambut panjang bertocang. Rumahnya ditengah Pekan Bayan Lepas,Pulau Pinang..

  Haji Mansur JP mendirikan sistem Pendidikan Islam Pondok yg prtama di Pulau,tdak trmasuk Seberang Perai,di kawasan surau simpang 3 Bayan lepas,Kampung seronok dan Teluk kumbar..

  Haji Mansur JP brjawatan Naib Yg Dipertua Agung PAS yg pertama slepas penubuhan PAS pd tahun 1951,PAS pd masa itu ada dua org Naib Yg Dipertua Agung.
Beliau bermenantukan seorang Ulama terkenal di Pulau Pinang waktu itu,iaitu Haji Ahmad Badawi, Ayah kpd Tun Abdullah Ahmad Badawi.

  Ada kenyataan Menyebutkan bhawa Haji Ahmad Badawi sendri adalah Penaja Parti PAS yg mnubuhkan Pemuda PAS,serta dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS yg Pertama...

Semasa PAS hendak dtubuhkan bbrapa perjumpaan di adakan di Johor,Perak dan Kuala Lumpur,hasil dari Perjumpaan itu mereka berjaya mmbntuk Penaja utk mngusahakan prlaksanaan PAS.Antara mereka yg trpilih ialah:-
Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan(Pngerusi)
Ustaz Haji Ahmad Maliki (setiausaha)
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah (Angota)
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah (Angota)
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussien (Angota)
Tuan Haji Mansor JP (Angota) dan dua tiga Ulama lg yg mnjadi Angota dr Selangor dan Negeri Sembilan...
( cukup la stakat tu,xlarat nk taip dah)

  cuma akhir skli nk bgtau,Asal nama PAS.ialah PERSATUAN ULAMA SA-MALAYA,sblum dicadangkn oleh Ustaz Uthman Hamzah dri Gunung Smangol Perak ( bekas angota Hizbul Muslimin) kpd PERSATUAN ISLAM SA-MALAYA atau sbutan ringkasnya PAS...
Moga mmberi manfaat..

PAN Memang Mahu 3 Penjuru

Saya tertarik dengan respon Parti Amanah Negara apabila saya katakan Pan jangan masuk di kerusi PAS lawan Umno.
*Respon mereka mengesahkan sememangnya Pan adalah penyebab kepada 3 penjuru. Dan sememangnya mereka berhasrat dan berniat untuk berlaku 3 penjuru*
Jika 3 parti PAS, pkr dan dap kekal pada kerusi masing-masing pada pru ke 13 bertanding lawan BN maka tak akan berlaku 3 penjuru.
Tapi yang pasti Pan tentu mahu bertanding di kerusi tradisi PAS lawan umno bagi merelevenkan kehadiran mereka dalam politik iaitu pan nak ganti PAS.
PBBM juga mahu. Sebab itu dia mahu berunding kerusi dengan PAS.
Idea 2 penjuru yang PH jaja selama ini apa maksudnya?
Adakah maksudnya PAS jangan kacau kerusi dap lawan mca dn gerakan?
Juga PAS jangan kacau kerusi pkr lawan mca dan umno, manakala kerusi tradisi PAS pula sebanyak lebih kurang 80 kerusi lawan umno akan diagih-agihkan kalangan PAS, pan dan pbbm?
Begitukah maksud mereka?
Kalau itu maksud mereka ia bererti idea dua penjuru bertujuan mengecilkan size PAS dlm pertandingan pilihanraya.
Jika bn jatuh maka PAS hanyalah parti politik yang seumpama melukut di tepi gantang parti-parti pembangkang lain. Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak akan ke mana.
Sebab itu saya tegaskan
pan dan pbbm jangan bertanding d kerusi pas lawan umno iaitu 80 kerusi tradisi. Ia hanya akan menguntungkan UMNO.
Pan dan pbbm minta sahaja sebahagian kerusi dap dan pkr tandingi iaitu sebanyak lebih kurang 150 kerusi parlimen termasuk Sabah dab Sarawak. Itu akan menjadikan pembangkang satu lawan satu dgn bn.
Ia sangat senang untuk difahami.

Dr muhd
Ahad 23 hb April 2017

Friday, April 21, 2017

HATI HATI DGN GOLONGAN YANG MENOLAK ISLAM KERANA MEREKA ADALAH JELMAAN KABINET ARAB QURAISY YANG TIDAK BERIMAN

Apabila Nabi saw mengutarakan ajaran Islam sebagai cara hidup di Mekah maka ramai pemimpin dan ahli korporat Arab Quraisy yang kafir menentang ajaran Islam ini dan dakwah Rasulullah SAW kerana ianya bertentangan dengan wawasan dan gagasan serta potensi ekonomi negara yang sedang membangun.

Ulamak sirah menyatakan pemimpin kafir Quraisy dalam perdebatan di sidang DUN mereka (Darul Nadwah) sekiranya Islam yang dibawa oleh Muhmmad itu diterima maka.

1- Berhala terpaksa dimusnahkan dan diharamkan untuk diletakkan di dalam dan luar Kaabah sedangkan amalan meletakkan berhala di dalam dan di luar Kaabah telah menaikkan nilai harga berhala itu.

Menurut Ibnu Hisyam dalam kitab sirahnya berhala yg terdapat di dalam dan luar Kaabah berjumlah 360 buah berhala.

1- Sekiranya berhala diharamkan maka sumber ekonomi Mekah yang mewah dengan hasil jualan berhala akan hilang dan ramai pemimpin yang akan hilang sumber pendapatannya sekiranya ramai penduduk Mekah memeluk Islam dan mengamalkan akhlak Islam 

2- Sekiranya arak diharamkan oleh Allah kepada orang Mekah yang memeluk Islam maka hilanglah sumber pendapatan negara dan pemimpin yang lumayan. Menurut Ibnu Hisyam arak yang bermutu tinggi dan mahal harganya adalah dibuat di Mekah.

3- Sekiranya zina diharamkan maka tutuplah rumah rumah pelacuran kerana orang Mekah yg memeluk Islam akan berkahwin secara halal dan meninggalkan maksiat.

Maka hilanglah sumber pendapatan pemimpin yang berkepentingan.

Menurut ulamak sirah Abdullah b Ubay mempunyai khemah yang diletakkan dihadapan khemah itu perempuan cantik pekerja di dalam industri seks yang memberikan khidmat dengan bayaran atau hari ini lebih dikenali sebagai rumah pelacuran.

4- Sekiranya Islam diterima maka judi akan diharamkan akan ditutup segala kelab
atau zaman itu dinamakan "Nadi Al Maisir"
yang juga dimiliki oleh tokeh tokeh kafir
Quraisy yang kaya raya kerana ramainya penduduk Mekah yang memeluk Islam tidak lagi berjudi.

5- Sekiranya Islam dibenarkan bertapak menurut YB Abu Lahab maka orang miskin dan kaya akan sama tarafnya maka tiada
ruang untuk menekan yang miskin serta
menghambakan mereka sebagai hamba

6- Sekiranya Islam diterima menurut YB Abu Jahal maka tiada lagi monopoli peperangan kerana Islam menggalakkan silaturrahim dan perdamaian maka bisnes senjata akan ditutup.

Inilah antara sebab mengapa mereka para pemimpin ahli korporat yang berkepentingan
bermati-matian menolak perkembangan dan perlaksanaan syariat Islam di Mekah.

Kerana mengikut congakan dan teori pemimpin kafir Quraisy lagi besar kerosakan akhlak dan jauhnya manusia dari agama dan nilai moral lagi besarlah keuntungan yang di perolehi

Kerana itulah tolaklah mereka yang membelakangkan nilai agama dan hukum Islam malah mendahulukan ekonomi dgn alasan utk kesejahteraan rakyat sedangkan rakyat takkan terbela apabila agama itu dibuang sebagai agenda nombor dua.

YB Abu Jahal dan YB Abu Lahab pernah menggunakan alasan ini bersama YB yang lain yang berada dalam pimpinannya.

#Lebai_walaun

Sunday, April 16, 2017

AKUAN BERKANUN RAFIZI SEMAKIN MENYEMARAKKAN SOKONGAN PENGUNDI ISLAM KEPADA PAS

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkeyakinan, Akuan Berkanun (SD) yang dibuat oleh Saudara Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR, terhadap PAS sejurus selepas pembentangan RUU Persendirian bagi meminda Akta 355, bukan sahaja tidak menjejaskan PAS malah menambahkan lagi sokongan pengundi Islam kepada PAS. Pemerhatian awal PPP menunjukkan keyakinan pengundi-pengundi Islam kepada PAS sebenarnya semakin bertambah berbanding dengan sebelumnya.

Pendedahan yang dibuat oleh YB Pandan ini dilihat bertujuan untuk mengalih perhatian pengundi-pengundi Islam terhadap kejayaan PAS membawa RUU Persendirian tersebut di parlimen. Konspirasi Rafizi untuk mengalih perhatian ramai cuba dilakukan sejurus selepas usul itu dibentangkan oleh Presiden PAS, tetapi terencat apabila perbahasan usul tersebut ditangguhkan oleh Speaker Dewan Rakyat. Kemudian Rafizi dilihat cuba menggunakan saluran lain iaitu dengan membuat SD.

Usaha Rafizi menuduh PAS terlibat dengan penerimaan dana dari 1MDB ini adalah bertujuan untuk menenggelamkan kepentingan memperkasakan perundangan dan mahkamah syariah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Beliau telah melakukan cubaan awal dengan memanipulasikan dapatan kajian INVOKE yang cuba menyimpulkan masyarakat Islam tidak memerlukan usaha meminda Akta 355 ini. Kesimpulan beliau tidak berasas, apabila beberapa kajian termasuk oleh PEW International mendapati 86% masyarakat Islam menyokong usaha seumpama ini.

Setelah usaha memanipulasikan dapatan kajian tersebut dilihat hambar oleh pengundi-pengundi Islam, Rafizi berusaha pula untuk mengalih fokus pengundi-pengundi Islam dengan menuduh PAS menerima dana SRC dari akaun Perdana Menteri. Konspirasi beliau semakin menemui jalan buntu apabila pihak yang dituduh tidak mempunyai kaitan langsung dengan PAS, malah beliau sendiri menafikan ada menerima dana seperti yang dituduh. Penafian keras beliau sehingga mahu mengambil tindakan undang-undang sekaligus membersihkan PAS.

Tuduhan seumpama ini terhadap PAS telah dimulakan lebih awal oleh Tun Dr Mahathir, Sarawak Report dan Dato Husam Musa. Ia kemudian disambut oleh Rafizi dengan mendedahkan lebih lanjut sumbernya dan pihak yang terlibat dengan penerimaan dana itu. Apabila pendedahan Rafizi ini semakin dilihat 'mengarut', pengundi-pengundi Islam turut meyakini tuduhan seumpamanya sebelum itu juga adalah fitnah. Kegagalan Rafizi membuat 'finishing' setelah jalan ceritanya direka oleh beberapa pihak sebelumnya, menyebabkan imej PAS semakin menjulang.

Dengan kejayaan PAS membawa RUU Persendirian meminda Akta 355 di Parlimen, diikuti kegagalan Rafizi dan pihak-pihak tertentu sebelumnya untuk memalitkan PAS dengan skandal 1MDB, PAS kini semakin mendapat sokongan pengundi-pengundi Islam. PPP berkeyakinan, dengan episod-episod kebelakangan ini berkaitan RUU355 dan fitnah PAS menerima 'dedak' 1MDB, PAS semakin mendapat sokongan padu pengundi-pengundi Islam sekaligus akan menjayakan hasrat umat Islam di Malaysia melakukan Tsunami Politik dalam PRU akan datang.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Kaherah, Mesir
15 April 2017
18 Rajab 1438

Saturday, April 15, 2017

Fitnah kepada PAS

Dulu Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen YB Ust Nasrudin Hassan Tantawi beli Vellfire bukan main menyalak kuat budak-budak PAN dan PKR menuduh yang bukan-bukan sampaikan di ejek sebagai Ustaz Vellfire sedangkan dia beli atas pinjaman bank isterinya yang berkerja sebagai Guru Berijazah dengan peruntukkan AP sebagai Ahli Parlimen.

Begitu juga apabila Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Ustaz  Mohd Khairuddin At-Takiri hadiah Audi Q7 kepada isterinya hasil dari perniagaan produk kecantikan dan kosmetik .. macam-macam dijadikan bahan fitnah dan ejekkan Olih juak-juak PAN dan PKR.

Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS mendapat hadiah sebuah kereta dari anak muridnya untuk memudahkan TGHA bergerak kesana kesini untuk berdakwah dan menyampaikan kuliah agama dan juga melakukan tugasan sebagai Ahli Parlimen dan Presiden PAS, difitnah kononnya sebagai imbuhan membantu untuk mendapatkan projek.

Nah!!!  Seorang Ketua AMK peringkat Cabang sahaja yang baharu berusia 28 tahun yang tidak dikenali asal usulnya tetiba bukan sahaja memiliki kereta Vellfire dan Audi malahan kereta Mercedes, BMW dan Mini Cooper S lagi kau sampai disita pihak SPRM termasuk 8 akaun bank ratusan ribu ringgit milik beliau dan isteri dibekukan.

Kereta-kereta milik pemimpin-pemimpin PAS tidak kena sita pun oleh SPRM.

Tak cukup dengan itu ada rumah agam ala-ala Disneyland bernilai jutaan ringgit dan 2 lagi banglo mewah sekitar Lembah Kelang.

Mengapa tidak kedengaran sepatah haram pun ayat-ayat menyerang dan mengejek dari budak-budak PKR dan PAN???

Thursday, April 13, 2017

PEROSAK KETENTERAMAN ANTARA AGAMA

Memang patut disebut 'anak butir tahik' DAP ini. DAP mempamerkan peranannya mengepalai kempen menolak RUU355 memperkasa mahkamah syariah. Mereka yang paling ke hadapan. Sama ada di dalam Parlimen atau di luar Parlimen.

Habis institusi masyarakat cina dihasutnya hingga ia menjadi aliran popular di kalangan kaum Cina yg menyusahkan semua parti parti politik berteraskan masyarakat cina. Aliran yg dimainkan dengan segala propaganda dalam media berbahasa Cina.

Asalnya perjuangan mahu reformasi negara, hapuskan rasuah, keadilan, bersih, cekap. Itu semua perjuangan PAS juga. Setuju!

Tapi bila kaum cina bangkit mahu buat perubahan, disuntik propaganda yang rosak, prejudis kepada Islam, bencikan hak kepentingan orang melayu yang dijamin perlembagaan, mempertikai bidang kuasa Raja Raja Melayu.

Ia aliran yang tidak sihat mendorong hubungan kurang harmoni antara kaum dan agama. Angkara DAP.

Dari segi yg lain, DAP bertanggungjawab mencetus kesedaran baru di kalangan  orang Islam bahawa negara ini Agama Persekutuannya Islam, YDP Agongnya Ketua Negara dan Ketua agama Islam, Sultan Sultan dinegeri negeri Ketua bagi Agama Islam, Rukun Negara meletakkan Ketuhanan (Kepercayaan Kepada Tuhan) di kedudukan pertama.

Ia menimbulkan self realization (kesadaran diri) majoriti umat Islam bahawa negara ini 64% rakyatnya beragama Islam, manakala kaum Cina cuma sekitar 20% pelbagai agama.

Kita sangat tahu umumnya kaum Cina melalui persatuan persatuan persatuan kaum yang sangat berpengaruh sangat menghargai kepentingan hubungan yang harmoni dan hidup aman damai supaya makmur, boleh berniaga dan kaya serta hidup sejahtera dan gembira.

Tiba masa menolak politik kerosakan yang dibawa DAP.

Tiba masa umat Islam beri isyarat tsunami Islam. Tolak yang tunduk kepada kemahuan DAP.

Tanah air ini bukan DAP yang punya. Ia akan dipertahankan sebagai tanah tumpah darah kesemua rakyat Malaysia yang faham benar sejarah negara ini.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
13hb April 2017

Berilah sumbangan kpd perjuangan memenangkan Islam

Allahurabbi..

Rata - rata jamaah Masjid al-Fatah Kuantan tadi menangis dgn pengisian khutbah yg disampaikan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man :

1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas utk menangkan Islam.

2. Jika ditakdirkan kita tewas, jgnlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kpd kemenangan. Orang yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih,kerana itu adalah kehendak Allah.

3. Berilah sumbangan kpd perjuangan memenangkan Islam..

4. Dalam sebuah peperangan yg sgt penting di zaman nabi, nabi menyuruh semua sahabat2 menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakr menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang ahli jamaah yg kudung kedua dua tgn dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..

5. Si kudung kaki dan tangan pun menyumbang utk islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti dia bersedih, sedangkan org lain berjaga sampai lewat pagi utk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!

6. Perjuangan ibarat sebuah bangunan..semuanya saling memerlukan..siapa yg jadi atap, jgn komplen kpd lantai..yg jadi tangga jgn komplen kpd dinding..yg jadi tiang jgn komplen kpd tingkap..

Berjuanglah sahabatku ... CnP

Wednesday, April 12, 2017

Parti mana yang lebih penting?

RUU355 telah selesai dibentang, namun gendang makin kuat dipalu mungkin kerana pru semakin dekat.. sekarang pengundi perlu membuat keputusan bijak

1) PAS: istiqamah dengan perjuangan Islam tidak kira menang atau kalah dalam pilihanraya asalkan undang2 Islam berjaya ditegakkan
2) UMNO: tetap dengan pemikiran sekular..keutamaan adalah kemenangan dalam pilihanraya untuk meneruskan survival hidup ahlinya..sanggup melakukan apa sahaja untuk menang dalam pilihanraya

3) DAP: konsisten dalam menentang perjuangan Islam..kepentingan menang dalam pilihanraya untuk mencapai matlamat yang diimpikan

4) AMANAH: rapuh dalam mempertahankan perjuangan Islam, keutamaan adalah menjaga hati golongan non muslim..kepentingan menang dalam pilihanraya dan amat baik dgn Dap

5) PKR: longgar dalam mempertahankan agama Islam, lebih kearah menjaga perasaan golongan non muslim daripada agama Islam sendiri..keutamaan adalah menang dalam pilihanraya untuk membebaskan pemimpin mereka yang dipenjarakan.

6) BERSATU: lemah dalam mempertahankan perjuangan Islam.. keutamaan menjatuhkan kerajaan sedia ada atau DS Najib berjaya ditumbangkan

Sekarang pilihan di tangan anda dalam memilih parti  yang boleh membawa kejayaan didunia dan akhirat..

PAS Pilihan Ramai

Sekali Serban Dililit. 71

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_

1. PAS dikepong dari segenap arah. Serangan ke atasnya bertali arus. Fitnah dilemparkan ke arahnya bertubi-tubi. Namun pemimpinnya tenang sambil memacu perjuangan ini dengan langkah berhati-hati.

2. Islam menjadi agenda utama perjuangan PAS. Penyatuan ummah adalah usaha PAS secara berterusan untuk membina kekuatan.

3. PAS tidak hanya beraksi lincah di pentas politik tetapi perjuangannya diperkaya dengan *pengkaderan yang mantap* dan berterusan. Membina aqidah yang benar, fikrah Islami yang jelas dan syakhsiah yang soleh.

4. *Budaya politik matang dan sejahtera* yang menjadi pendekatan terkini PAS sangat menguja masyarakat terbanyak untuk menilai peranan dan keberadaan PAS ditengah-tengah khalayak.

5. Politik matang yang bercirikan *keteguhan prinsip perjuangan* dan *keterbukaan dalam variasi dakwah* membuatkan indeks penyertaan ahli baru PAS sangat memberansangkan.

Berikut adalah rekod penyertaan ahli baru yang telah diluluskan dan dicatat *sepanjang tahun 2017* ini.

i.  - January     *1951*
ii. - February    *5394*
iii - March        *5385*
iv - April           *7206*

Jumlah : *19,936*
Purata :  *4984* ahli baru sebulan.

6. PAS terus istiqamah dan melangkah yakin menuju destinasi dan mencapai matlamat perjuangan. Menang kalah itu urusan yang akan ditetapkan oleh Allah swt. Tanggungjawab kita ialah berjuang segigihnya untuk menjulang Syariat Islam dan  izzah ummah sekaligus menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama.

Sekian.

Puluhan tahun sudah Tok Guru mencurah ilmu

DR AZMAN IBRAHIM  12 APRIL 2017

PULUHAN tahun sudah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadikan sebuah perkampungan nelayan di tepi Pantai Marang, Terengganu sebagai medan ilmu yang meriah setiap pagi Jumaat.

Malah tak keterlaluan untuk saya katakan bahawa Kuliah Pagi Jumaat di Masjid Rusila adalah Kuliah Pagi Jumaat yang paling berjaya dan paling lama bertahan secara istiqamah di Malaysia.

Pekarangan Masjid Rusila akan berubah menjadi seperti pekan sehari bersaiz besar setiap pagi Jumaat.

Jam 9.00 pagi, Tok Guru akan setia menuruni tangga kayu rumahnya menuju ke Masjid Rusila demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ulama pemimpin ummah.

Rutin ini bermula dari pertengahan tahun 70-an lagi ketika sebahagian besar yang mencerca dan menghina Tok Guru sekarang belum lahir ke dunia.

Saya mula berkesempatan menumpang khazanah ilmu Tok Guru di Masjid Rusila pada akhir 80-an dan 90-an. Sungguh saya rasa sangat bertuah.

Pada tahun 1990, usai kuliah pagi Jumaat suatu hari, saya memberanikan diri memijak anak tangga rumah kayu Tok Guru untuk menziarahi seorang tokoh yang sangat saya kagumi ini.

Ternyata Tok Guru yang tegas di pentas ceramah adalah seorang yang sangat pengasih dan lemah lembut tutur katanya. Tok Guru sendiri yang hidangkan air dan bawa buah rambutan kepada saya walau ketika itu saya hanyalah seorang pelajar tingkatan 5.

Pelbagai kitab ilmu Tok Guru ajar. Dari kitab Mustika Hadis, Aqidah Muslimin, Sirah dan Tafsir. Tafsir al-Quran dah 2 kali khatam Tok Guru mengajar kuliah setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila. Dari zaman tali kaset sehingga zaman CD sampai terkini zaman siaran langsung guna fb.

Betapa luasnya lautan ilmu yang telah Tok Guru curahkan kepada khalayak yang ingin mengambil manfaat. Tapi akhirnya dari sebegitu banyak ilmu dan hikmah yang Tok Guru lantunkan melalui corong pembesar suara Masjid Rusila, kalimah *TAHIK* juga yang kamu minat.

Benarlah kata pujangga, seekor lalat yang pergi ke sebuah taman bunga yang indah penuh dengan bunga-bungaan tetap akan mencari najis, sampah sarap atau bangkai untuk ia hinggap. Tetapi seekor lebah akan tetap mencari sekuntum bunga untuk disinggahi dan dihisap madunya walau persekitarannya bukan taman yang indah.

Tuesday, April 11, 2017

KERANA KAMI TAHU SIAPA DIBELAKANG MEREKA

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PENYIARAN karikatur RUU355 oleh akhbar harian Nanyang Siang Pau yang berunsur penghinaan dan secara tidak langsung menyentuh sensitiviti agama bukanlah satu keterlanjuran. Sebaliknya ia adalah disengajakan, dirancang dan bermotif yang mewakili pendirian serta kepentingan politik pihak tertentu. Dalam erti kata mudah, PAS sebagai sasaran dalam isu tersebut tahu kalangan yang berangkara mengatur permainan sangat jahat ini.

Permohonan maaf hanyalah alasan lunak dalam mengisi plot-plot lanjutan menuju kepada banyaknya lagi sandiwara yang akan dioperakan, termasuk menggunakan pelakon tambahan berbayar dan sedia serta setia diperalatkan. Penyiaran karikatur itu sendiri menggambarkan betapa gelisah, kecewa, marah dan bebalnya mereka, selain peranan para pelabur dana, aset dan medium untuk menjayakan modul operasi tersebut.

Malangnya, mereka menjerumuskan diri ke kancah yang terlalu merbahaya dan melanggar sempadan secara melulu lagi emosi melibatkan agama dan kaum. Tetapi inilah selalunya modal pihak yang terdesak dan tersepit di mana pencerobohan sedemikian sememangnya untuk menzahirkan penentangan mereka. Namun ternyata mereka lupa bahawa keangkuhan cauvinisme dan rasisme mereka akhirnya akan membakar diri. Untuk memahaminya, imbas kembali kronologi berikut:

• *30 September 2005*: Akhbar Denmark, _Jyllands-Posten_ menyiarkan karikatur karya kartunis, Kurt Westergaard yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai pengganas dan tidak bermoral;
- Arab Saudi, Libya, Sudan dan Qatar bertindak menutup kedutaan mereka di negara itu
- Tujuh lagi akhbar iaitu di Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol meneruskan penerbitan sama sebagai sokongan moral kepada _Jyllands-Posten_
- Ikhwanul Muslimin lancar kempen memboikot barangan Denmark dan Norway
- Amir Jamaat Islami, Qazi Hussin memimpin ratusan ribu umat Islam Pakistan berdemonstrasi, tetapi beliau kemudian dikenakan tahanan rumah

• *3 Februari 2006*: _Guang Ming Daily_ juga melakukan tindakan sama. Atas desakan massa, akhbar itu digantung penerbitannya selama dua minggu oleh kerajaan;

• *4 Februari 2006*: _Sarawak Tribune_ menyiarkan lakaran kartun sama. Turut diselitkan rencana sinikal bertajuk “Cartoons: Not Much Impact Here”;
- Umat Islam Malaysia menunjukkan protes luar biasa hingga mengheret PM mengeluarkan kenyataan
- Pengurusan Sarawak Tribune terpaksa menghentikan penerbitannya dan premis akhbar itu dikawal pihak keselamatan. Kerajaan kemudian menggantung lesen penerbitannya.

Kini perangai sama sedang diperlakukan dengan menjadikan akhbar-akbar berkaitan sebagai proksi terhadap agenda terselindung pihak tertentu itu yang bersembunyi secara bacul dan pengecut. Mereka tidak akan berhenti melainkan sekadar ‘berdiam’ seketika, itupun seandainya umat Islam bangkit menunjukkan amaran dan ketegasan.

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"