Google Search :

google search:
Google

Thursday, June 2, 2016

PAS buat gimik potong pulut dengan keris

Pakai pakaian melayu dalam majlis rasmi pada abad ini pada Khalid Samad PAN adalah mabuk, ketinggalan zaman.

Tak apalah PAN tak suka. PAS merasa bangga dengan nilai budaya dan jati diri melayu yg diangkat martabatnya melalui perjuangan Islam.

Mungkin ada yg lebih suka pakai kot dan pakaian barat dimajlis rasmi. Itu hak anda.

Mungkin ada yang suka potong potong kek. Hak anda juga.

Seperti hak PAS untuk tonjolkan potong nasi pulut seperti dalam budaya melayu bila anak khatam Quran atau kahwin dan berkhatan.

Orang nak gimik potong kek dengan pedang tak ada masalah.

PAS nak buat gimik potong pulut dengan keris, orang luar sibuk buat apa?

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
2HB JUN 2016
PUTIK, KELANTAN SERAMBI MEKAH

Wednesday, June 1, 2016

KENALI YB DR ABDUL RANI OSMAN

Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rani bin Osman adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

🚩 KERJAYA

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. Beliau yang berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir telah membuka klinik tersebut semenjak sekian lamanya dan bertempat di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.

Perkhidmatan yang beliau sumbangkan amat dirasai dan dihargai penduduk Meru. Kini, klinik beliau diselia oleh beberapa orang doktor gantian dan pelatih justeru beliau kini merupakan seorang wakil rakyat.

🚩 MESRA RAKYAT

Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.

Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agama dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.

👍 Facebook : www.facebook.com/P.093SungaiBesar

💚 Intagram : https://instagram.com/PASSelangor

#PRKSungaiBesar
#SungaiBesar
#Selangor
#UndilahPAS
#P093 大港補選
#請投伊斯蘭黨

SETELAH 50 tahun merdeka tapi masih BUTA SEJARAH

Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka, pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api?  Adakah benar orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?

Memetik dari buku The Golden Chersonese and the way Thither, penulisnya Isabella L Bird telah mencatatkan bahawa senjata-senjata utama orang-orang Melayu ada keris, pedang (mengikut catatan Bird, jarang digunakan tetapi lebih kepada perhiasan), parang (juga untuk kegunaan harian selain daripada senjata) dan tombak-tombak bermata besi (menurut Bird, senjata yang memakan banyak nyawa ketika Perang Perak). Selain daripada senjata-senjata perang tradisional, bird juga mencatatkan kehadiran Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs. Bird dipetik sebagai berkata:

"The malay weapons consist of the celebrated kris with its flamed shape wavy blade, the sword, regarded, however, more as an ornament, the parang, which is both knife and weapon, the steel headed spear, which costs us many lives if the Perak war, Matchlocks, Blunderbusses and Lelahs, long hevay brass gun used for the defence of the stockade behind which the malays usually fight.they make their own gunpowder and uses cartridges made of cane."

Mungkin kepada yang sudah arif tentang terma-terma persenjataan moden, perkataan-perkataan ini mungkin tidak asing, namun bagi yang kurang pengetahuan tentang ilmu senjata, saya terpinga-pinga dengan istilah-istilah asing ini. Jika terma umum seperti Grenade Launchers, Machine Guns atau Bazooka mungkin juga pernah saya dengar tapi Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs?

Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing (locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.

Didalam buku Political and Statistical Account of  the British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:

"Their matchlocks, of which the Satengar, or Istengara Menangkabowe, is most esteemed, are long heavy unwieldy pieces: the barrels are formed by twisting a flat bar, of tough beaten iron, round a rod of the same, and beating it into a consistent hollow cylinder. The stocks of these pieces are not adapted for the shoulder, nor for taking an accurate and speedy aim, and a rest is absolutely necessary, from the great weight and length of the barrel. The Malays, in fact, scarcely ever fire without resting the muzzle, lowering, instead of raising it to their object, nor do they apply the butt to the shoulder. The locks for holding the Tunam, or match of coir rope, are generally of brass or copper, finely worked and ornamented. The European pieces, with locks, are most preferred, and now commonly used instead of the matchlocks."

Newbold seterusnya mencatatkan bahawa senjata-senjata api ini sememangnya tidak asing dengan orang-orang Melayu malah untuk melihat seorang lelaki melayu dengan senapang-senapang tersisip kemas ditangannya adalah bukan perkara yang aneh malah menjadi kelaziman. Cerobong mulut senapang-senapang ini selalunya diukir dengan ukiran-ukiran mulut harimau atau ular. Newbold seterusnya menyambung seperti berikut:

"Muskets, blunderbusses (Pemuras), and rifles are not uncommonly found in their hands. The barrels of the blunderbusses are frequently made by themselves, with muzzles in various fantastic forms, such as the mouth of a tiger or snake, and mounted with European locks. When going to war, a Malay considers himself completely armed with a kris, a golok, a badik (sort of knife), a chenankas, or pedang (sword), a musket and cartridges, or the tombak (spear), and a quiver of ranjows, or caltrops, at his back."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Roughly a century after firearms were invented by the Arabs, the Malays began making guns. Evidence of these activities were documented by W Linehan in his paper entitled Some Discoveries on the Tembeling. On the banks of the Tembeling river in Peninsular Malaysia, he found molds that were used to cast cannons in the 13th or 14th century.

According to the conqueror of Malacca,Alfonso d'Albuquerque, Malaccan gun foundries were as good as those in Germany. This could mean they were better than Portuguese ones but the most powerful guns in those days were made by the Ottoman Turks. When the Portuguese defeated Malacca, they found thousands of cannons including an extraordinarily large one which Alfonso sent to his Hindu ally the Zamorin of Calicut.Guns produced by Malay kingdoms were of varied quality.

The most powerful ones were no doubt made by the wealthiest sultanates. The best Malay cannons had no problem blasting the best European ships out of the water ; for instance the Dutch East Indies Company lost a battleship when they attacked Makassar in 1667 and another one in the 18th century when they attacked a Bugis stronghold in Bintan. Guns made by Makassar were of such high quality they were demanded by the Dutch as part of war reparation payments (even though the war was started by the Dutch).

MALAY FIREARMS are :
1. Pemuras (Malay Blunderbuss)
2. Istinggar (Malay Flintlock Musket)
3. Tarkul ((Malay Flintlock Pistol)

-------------------------------------------------------------------

Nota :

SETELAH 50 tahun merdeka tapi masih BUTA SEJARAH.

Terlebih dahulu ingin ditegaskan disini bahawa ini hanyalah untuk memberi perspektif lain dari apa yang kita pernah baca atau faham tentang sejarah melayu (Islam). Kerana selama ini kita hanya baca atau dengar apa yang di sogokkan oleh penjajah-penjajah yang telah menjajah kita sekian lama.
Sebenarnya kita bangsa melayu telah pun maju sebelum kedatangan penjajah-penjajah ini... Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris.

Kita bukanlah bangsa yang malas, yang hanya layak untuk tinggal di kampung-kampung sebagai petani. Kita bukan bangsa yang sentiasa sukakan hiburan. Sebenarnya kita adalah bangsa yang GAH, KUAT dan MASYHUR... yang berdagang dengan memiliki kapal-kapal dagang sendiri jauh lebih awal dari kedatangan orang-orang cina ke Semenanjung Tanah Melayu.

Kita telah pun berdagang hingga ke Benua Afrika dan Arab sebelum kedatangan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu. Malah Tanah Jajahan Melayu membawa hingga ke sempadan negara Cina.

Dengan membaca apa yg ada ini, maka dapatlah kita menilai semula dan BERTEKAD untuk mencapai semula zaman kegemilangan tersebut. Juga dapat kita mengkaji di mana silapnya hingga kita ketinggalan jauh terkebelakang dengan bangsa-bangsa yang datang menumpang dan terkemudian dari kita...

- Renung dan fikir2kanlah...

ADA APA DENGAN KOSTUM PENDEKAR

Mungkin ada yang menganggap pemakaian kostum pahlawan melayu sewaktu perasmian pemuda tadi hanya sekadar gimik biasa. Ada juga yang memandang lekeh dan tidak kurang yang menjadikannya modal untuk memfitnah. Biarlah apa orang nak kata. Tapi saya memiliki sudut pandang berbeza dari hal ini.

Pertama, pakaian tersebut bukan sekadar pakaian melayu biasa. Sebaliknya ia adalah pakaian 'pahlawan' melayu. Ia mengembalikan nostalgia semangat kepahlawanan pendekar dahulu kala yang tercatit dalam lipatan sejarah alam melayu.

Mungkin ramai yang sudah melupakan keagungan tamadun umat melayu dahulu kala. Dahulu, melayu memiliki 'empayar' sendiri yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka.  Kesultanan yang diasaskan seawal tahun 1262 masihi ini meliputi tanah melayu Malaysia, sebahagian Indonesia dan Thailand. Menurut riwayat, ia diasaskan oleh Parameswara.

Kesultanan Melayu Melaka adalah antara kuasa besar dunia yang disegani suatu masa dahulu. Walaupun cuba diserang oleh berbagai kerajaan seperti Siam dan Portugis, kerajaan ini berjaya bertahan lebih dari 3 abad. Melaka menjadi pusat tumpuan dunia dan pelabuhan yang pesat kegiatan ekonominya sehingga seorang pengkaji barat, Duarte Barbosa berkata :
“Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia”.

Apabila kita mengenang sejarah kesultanan melayu melaka, pastinya kita perlu menghargai jasa agama Islam yang telah berjaya mengangkat martabat orang melayu. Sebelum kesultanan ini, orang melayu diperintah oleh beberapa kerajaan seperti Srivijaya, Gangga negara dan Temasik tetapi tidak sehebat kesultanana melayu melaka. Puncanya adalah kerana meletakkan Islam sebagai asas politik dan pentadbiran negara.

Nama melaka sendiri berasal dari bahasa al-Quran iaitu Malqa (ملقى) bermaksud tempat pertemuan. Sememangnya kedudukan melaka sangat strategik di perairan yang menemukan kapal-kapal besar dan pedagang antara barat dan timur Asia. Satu lagi nama seakan melaka adalah malaga, berada di Sepanyol membuktikan tamadun Sepanyol yang berasal dari Islam, dahulunya dikenali sebagai Malaga. Ia juga adalah pusat kegiatan utama kerajaan Andalusia.

Perkara kedua yang menarik untuk diperhatikan adalah pakaian pendekar melayu kita seiras dengan kostum pasukan Jannisary Uthmaniah. Jannisary adalah skuad elit yang ditubuhkan oleh Sultan Murad 1 tahun 1383 bertujuan untuk melaksanakan misi-misi kerajaan Uthmaniah berprofil tinggi.

Uthmaniah adalah sebuah empayar Islam paling lama dan luas dalam sejarah. Ia diperintah oleh kaum Turki. Sebelum menerima Islam, kaum tersebut tidak dikenali tetapi selepas memilih Islam sebagai agama dan cara hidup, mereka membangun pesat sehingga berjaya menawan pusat pemerintahan kebanggaan Rom Byzantine, Costantinople.

Dipercayai skuad Janissary inilah yang dipilih Sultan Muhammad al-Fateh untuk menjadi tentera yang membuka kota Costantinople. Walaupun mereka berasal dari sekumpulan hamba, tetapi dengan Islam mereka melakar sejarah penuh bermakna.

Kebetulan atau terancang, pakaian yang dipilih oleh pimpinan pemuda sangat signifikan dalam tempoh pemerkasaan Islam hari ini. Walaupun ia hanya sekadar pakaian, tetapi cukup untuk mengimbau kegemilangan silam yang mampu menaikkan semangat untuk kembali gemilang seperti sebelum ini.

Apatah lagi dizaman Islam kembali bangkit hari ini, perlu ada semangat kepahlawanan untuk memimpin ummah lebih berani mencari identiti sebenar mereka. Bukan untuk berlawan atau bermusuh, tetapi sebagai lambang keberanian supaya orang Islam bangkit dari ketakutan yang selama menghantui minda.

Dengan keadaan Timur Tengah semakin kelam kabut dari sudut politik mahupun gerakan Islamnya, Turki bergelut antara kepentingan EU atau ummah, parti an-Nahdhah Tunisia pula menjadi gerakan Islam terkini dilanda serangan Islam demokrat, apakah kali ini pewaris empayar kesultanan melayu melaka pula akan memimpin umat dunia? Tegakkan Islam, dunia milikmu!

(Alang Ibn Shukrimun)

Pemuda PAS Bertekad Melebar Muafakat

Mohd Ghazali Ibrahim:
– Syahir Sulaiman*

_"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Ali Imran: 103)_

*Muktamar Penuh Gemilang.*

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke-57 telah dirasmikan dengan penuh gemilang. Kepimpinan utama DPPM segak mengenakan busana dan tanjak tradisional Melayu, di samping diserikan dengan pelbagai persembahan dan anugerah yang penuh bermakna.

Muktamar yang berlangsung di Kota Bharu Bandaraya Islam pada tahun ini mengangkat tema ‘Bertekad Melebar Muafakat’, bagi menegaskan betapa pentingnya Pemuda PAS terus mara melebarkan agenda #MuafakatRakyat dan meneraju agenda #PolitikSolusi berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, setelah berjaya melepasi fasa  #PengukuhanDalaman.

Di samping itu, pemilihan logo muktamar yang berbentuk ‘Rebana’ adalah simbolik kepada kesepakatan paluan bagi menyemarakkan semangat juang yang tinggi, agar setiap Pemuda PAS seiring-selangkah bersama rakyat untuk terus mara menuju ke gerbang jasa dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Bersesuaian dengan citra anak muda masa kini yang gemarkan perbincangan secara santai dan ‘trendy’, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh telah menggunakan beberapa #hashtag dalam menegaskan harapan dan agenda bertindak beliau kepada seluruh Pemuda PAS. Intipati ucaptama beliau mengandungi tiga elemen penting berikut, iaitu pertama “Cita-Cita Kita Bersama”, kedua “Kefahaman Kita Bersama”, dan ketiga “Tindakan Kita Bersama”.

*Pertama: Cita-Cita Kita Bersama (#OurVision).*

Sebagai permulaan, YB Ustaz Nik Abduh berkongsi tiga impian beliau untuk disambut oleh seluruh Pemuda PAS.

Pertama, Pemuda PAS berperanan besar bagi merealisasikan cita-cita murni bagi membentuk sebuah negara model berasaskan cara hidup Islam yang digagaskan PAS, melalui sebuah perancangan strategik yang dinamakan sebagai Wawasan Induk Negara (#WIN). Perancangan jangka masa panjang ini, bermula dengan fasa mendapatkan mandat rakyat melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (#BPMS), diikuti fasa Penyelesaian Permasalahan Utama Negara, seterusnya fasa Pembangunan Negara Model dan Mengeksport Malaysia ke persada antarabangsa.

Kedua, YB Ustaz Nik Abduh mengemukakan gagasan #MuafakatRakyat yang perlu dijuarai oleh Pemuda PAS, bertunjangkan agenda kolektif di atas kebenaran demi kepentingan rakyat. Berperanan besar untuk menamatkan kebergantungan rakyat kepada satu pihak sehingga menjadikan pihak tersebut angkuh dengan dominasi mereka, setiap perubahan perlulah bersifat institusional dan menyeluruh, bukan sekadar menjatuhkan individu tertentu. 

Ketiga, cita-cita besar bagi membebaskan Masjidil-Aqsa dengan memanfaatkan segala mekanisma yang ada ke arah kemenangan dan pembebasan bumi Palestin yang tercinta (#WaQudsah) dan seterusnya memainkan peranan untuk mewujudkan keamanan dunia dan serantau (#DuniaAman).

*Kedua: Kefahaman Kita Bersama (#OurBelief).*

Sebagai penghubung di antara cita-cita dan tindakan, YB Ustaz Nik Abduh menggariskan tiga elemen yang perlu difahami dan disepakati oleh setiap Pemuda PAS.

Pertama, beliau menegaskan bahawa seluruh Pemuda PAS wajib mempertahankan gagasan Kepimpinan Ulama’ yang telah dirintis oleh pimpinan terdahulu, dengan menggiatkan Pembudayaan Ilmu di kalangan ahli bagi menjamin kelestariannya.

Kedua, seiring dengan usaha untuk mentransformasi imej PAS, Pemuda PAS perlu bergerak berasaskan kaedah penyelesaian Islam. Dalam mengemukakan kritikan terhadap dasar kerajaan, Pemuda PAS telah mengambil ketetapan bahawa setiap kenyataan akhbar dan memorandum yang dikeluarkan oleh kepimpinan DPPM perlu mengandungi cadangan penyelesaian mengikut prinsip Islam dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS 'merestui' kezaliman UMNO malah mahu bergabung dengan UMNO/BN adalah fitnah yang tidak berasas. PAS konsisten menentang kezaliman yang berlaku dalam negara - perkara yang benar akan disokong, perkara yang salah akan tetap ditentang.

Ketiga, YB Ustaz Nik Abduh memperkemaskan komitmen dan iltizam PAS yang sangat beransur (tadarruj) dalam agenda pelaksanaan Undang-Undang Syariah, mengikut kerangka Demokrasi Berperlembagaan di Malaysia (#SyariahBerperlembagaan). Dalam hal ini, Pemuda PAS berpendirian bahawa Kerajaan Kelantan wajib melaksanaan agenda ini dengan penuh berhikmah di atas mandat yang diberikan rakyat. Terbaharu, tanggal 26 Mei 2016 telah menyaksikan Presiden PAS telah berjaya melunaskan tanggungjawab yang besar ini untuk membentangkannya di Dewan Rakyat.

Justeru seluruh Pemuda PAS diarahkan untuk mengambil segala usaha ke arah memberikan kefahaman kepada anak muda dan rakyat Malaysia terhadap keindahan Syariat Islam (#IndahnyaISLAM), seterusnya menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk membahaskan dan meluluskan Rang Undang-Undang ini dengan penuh adab dan keilmuan yang tinggi, ke arah pelaksanaan keadilan Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini.

*Ketiga: Tindakan Kita Bersama (#OurAction).*

Sebagai agenda tindakan bersama, YB Ustaz Nik Abduh telah mengarahkan seluruh Pemuda PAS untuk melaksanakan empat langkah utama berikut:

Pertama, memperkasa organisasi. Tiga sektor utama bagi merealisasikan misi ini adalah sektor Tarbiyah dan Perkaderan, Dakwah dan Anak Muda, serta Politik dan Pilihanraya. Di samping itu, beliau berhasrat untuk melihat lebih ramai figura anak muda PAS yang mempunyai pelbagai kepakaran untuk ditampilkan ke hadapan melalui kehebatan idea dan keterampilan agar terus menyinar bagaikan permata buat ummah.

Kedua, memperkemas sistem tarbiah dan pembinaan kompetensi. Pemuda PAS perlu memperbaiki kelangsungan program tarbiyah di semua peringkat, seterusnya memberi nilai tambah dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’, dan pemantauan pelaksanaan. Selain itu, agenda tarbiah mesti diselaraskan dengan baik berhubung aspek perkaderan pelapis dan pembangunan kompetensi bagi melengkapi elemen #Al-QawiyyAl-Amin sebagai pelapis kepada kepimpinan PAS dan negara kelak.

Ketiga, menjuarai hubungan anak muda. Pemuda PAS perlu memahami uslub dan sasaran dakwah, di samping memanfaatkan platform sentuhan dakwah (#touchpoint) untuk kita santuni generasi muda negara. Masih banyak ruang yang perlu diterokai (#untappedmarket) demi untuk berinteraksi dan membawa budaya yang berfaedah dalam ruang sosial anak muda. Penganjuran program TehTarikForMalaysia (#TT4M) perlu diperluaskan supaya isu penting negara dibincang secara santai dan berilmiah bersama anak muda. Selain itu, pembentukan Jabatan DHPP Muda diharapkan dapat menjadi jambatan untuk menarik sokongan golongan muda bukan-Islam terhadap perjuangan PAS.

Keempat, menguasai pengundi muda. Dalam aspek pendidikan politik anak muda, Pemuda PAS perlu memahami psikologi politik anak muda Melayu di bandar dan luar bandar, di samping menguasai segmen pengundi atas pagar. Manakala dalam aspek memenangi pilihanraya, pembinaan keterampilan tokoh pemimpin muda perlu bergerak seiring dengan persiapan jentera pilihanraya, dengan sasaran penguasaan 60% undi anak muda di setiap Parlimen dan DUN yang ditandingi pada PRU14 kelak insyaAllah.

Di samping itu, YB Ustaz Nik Abduh memberikan ikrar dan janji bahawa seluruh Pemuda PAS akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dalam PRU akan datang, sekiranya pucuk pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk mengambil kembali kerusi yang selama ini ‘dipinjamkan’ kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas (#OpsKembali).

*Agenda Bertindak.*

Sebagai penutup, YB Ustaz Nik Abduh merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan DPPM (#TeamPemuda) dalam membantu beliau mengemudi sayap penting Jamaah ini, seterusnya menyeru seluruh Pemuda PAS mengambil lima tindakan berikut: iaitu pertama, mengukuhkan kebergantungan kepada

Allah SWT (#PemudaIkhlas); kedua memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan (#TarbiahMantap); ketiga merapatkan ukhuwwah dan saf perjuangan (#JalinUkhuwwah); keempat melebarkan muafakat daripada Pemuda PAS kepada rakyat Malaysia (#MuafakatRakyat); dan kelima mengukuhkan peranan Pemuda PAS di peringkat antarabangsa (#DuniaAman).

_Jikalau kekanda mengangkat peti, pastikan benar muatnya barang;_
_Jikalau Pemuda bersatu hati, kerja yang sukar menjadi senang._

- Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM
- 31 Mei 2016

PERBAHASAN UCAPTAMA KETUA DPPM OLEH WAKIL TERENGGANU - PELAKSANAAN SYARIAH BERPERLEMBAGAAN

Oleh : Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz
Susunan : Zul Shawal

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".

*Mempertahankan dasar dan kepimpinan pas*

Memahami dasar PAS, dibina PAS diatasnya, digembeling seluruh daya dan upayanya untuk menjayakannya. Dicurahkan yang mahal dan yang murah demi kerananya. Dasar yang membentuk jati dirinya dan mewajahkan perwatakannya, ianya adalah Islam yang syumul, yang berpaksikan alQuran, asSunnah ijma' dan qias yang terang.

Islam yang merupakan satu-satunya cara hidup yang diredhai oleh Pemilik buana ini.
ان الدين عند الله الاسلام

ومن يبتغى غير الاسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الاخرة من الخاسرين
"Islam yang bukan sahaja berkait  dengan dunia bahkan akhirat, akarnya teguh berpasak ke bumi pucuknya tinggi menongkak akhirat".

Seperti ungkapan parajurit mulia Rub'ie bin Amir r.a:
نحن قوم ايتعثنا الله لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة رب العباد ومن جور الاديان الى عدل الاسلام ومن ضيق الدنيا الي سعة الاخرة
"Islam yang mencakupi politik, sosial, ekonomi bahkan seluruh aspek kehidupan, yang kita bukan sahaja diperintahkan hidup dengannya bahkan mati dengannya.

ولا تموتن الا وانتم مسلمون

Islam yang bukan bersifat eksperimental dan teori semata-mata bahkan telah terbukti adil dan benarnya secara praktikal, memenuhi 2/3 bumi dengan cahayanya. Mengubah bangsa Arab daripada hamba kepada raja, dari jiwa kebinatangan sehingga kepuncak kemanusiaan. Menganugerahkan kepada dunia tamadun ilmu, kemanusian dan kebendaan yang tidak ada tolak bandingnya.

Justeru Islam yang satu ini dikepung dan dihasadi sepanjang zaman.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ الْمُجْرِمِينَ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka)".

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya".

Kendati pun begitu, Islam yang sebegitu syumul dan mulia ianya didokong oleh manusia, justeru ia mengalami pasang surut, dan sesekali dipuncak sesekali dibawah.

Sabda Nabi S.A.W :
الا ان رحى الاسلام دائرة فدوروا مع الاسلام
"Ia bersifat sedemikian kerana bukan kerana kekurangan dan kelemahannya tetapi kerana kekurangan dan kelemahan pendokongnya yg seterusnya menguatkan musuh-musuhnya".

Namun ia tidak akan sekali boleh dipadamkan cahayanya dan dihapuskan petunjuknya.

Masakan begitu, padahal ianya datang dari sisi yang empunya langit dan bumi;

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32)هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
"Oleh kerana itulah kejatuhannya disusuli dengan kebangkitan, kehinaaanya diganti dengan kemuliaan, ianya adalah janji Rasulullah".

لا تزال طائفة من امتي ظاهرين علي الحق لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي الله بامره

Di rantau ini PAS adalah gerakan yang dijanjikan itu insyaallah. Memaktubkan Islam yang syumul serta bertunjangkan alQuran, asSunnah, ijma' dan qias menjadikan ia layak untuk dianggap sebegitu.

Justeru ia menempuh jalan yang panjang dan sukar sebagaimana yang dinyatakan Allah.

كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
"Jika sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) berupa matabenda  yang dekat, dan satu perjalanan yang sederhana jauhnya, nescaya mereka akan mudah menurutimu; tetapi ianya adalah perjalanan yang jauh dan dipenuhi ranjau dan duri".

Justeru juga ia diserang musuh dari luar dan dalam. Yang diluar merobek usahanya manakala yang dalam cuba merobek dan merosak dasarnya..

Memahami betapa PAS adalah jamaah harapan ummah di rantau ini, dan ia akan terus kekal berstatus begitu. Selagi dasar Islamnya utuh mendasari pergerakannya, maka mempertahankan dasar Islamnya adalah sepenting-penting tugas buat pendokongnya khususnya pemuda.

Pelbagai cara untuk merobek dasarnya telah, sedang dan akan terus berlaku. Sebahagiannya telah berjaya dikesan dan dinyahkan namun percayalah musuh terus mengintai peluang-peluang baru. Pemimpin boleh datang dan pergi namun dasar ini harus tetap mendasari PAS selamanya.

Kesungguhan pendokong PAS mempertahankan dasar Islam ini, terakam jelas tatkala gagasan kepimpinan ulama mulai dipraktiskan. Sekalipun ada antara  golongan yang menjadi perintis kepada gagasan ini, kini memjadi musuh terhadap apa yg mereka perjuangkan dahulu.

Namun gagasan ini jelas menjamin dasar Islam terus terpelihara dan subur. Memandu parti yang tercinta ini. Pertahan kepimpinan ulama bukanlah retorik semata, namun ianya berasaskan kepada pengalaman gerakan Islam seluruh dunia, betapa ulama walau ada kelemahan disana sini, sempurna dan maksum jauh sekali, namun kalangan mereka paling sedikit dan jarang yang menjual perlawanan.

Lihatlah apa yang berlaku pada Parti Alistiqlal di Moroco, Muslim League di Pakistan dan lain-lain, apabila bukan ulama yang memimpin mereka mulai menjual perlawanan. Mengubah dasar dan matlamat perjuangan, mengkhianati jerit perih orang-orang yang terdahulu.

Apakah pengalaman ini tidak memadai untuk mengajar kita mempertahankan gagasan kepimpinan ulama?

Lebih-lebih lagi setelah kita melihat ditahun-tahun kebelakangan ini, dengan segala badai ujian, cercaan yang datang. Kepimpinan kita bukan sahaja tidak menjual perlawanan, bahkan tegap kuat dengan prinsip dan dasar perjuangan.
Membujur lalu melintang patah, menjunjung padu perintah Allah.

Maka Terengganu dengan ini menyeru kepada seluruh perwakilan untuk pertahankan dasar dan kepimpinan ini sekalipon darah yang jadi taruhannya.

Sidang muktamirin yg dirahmati Allah.

Dalam memperkatakan tentang usaha PAS memartabatkan pelaksanaan syariah dengan menyulusuri lunas-lunas perlembagaan pula.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu memulakannya dengan memanjatkan syukur kehadrat Allah dan sekalung tahniah kepada seluruh kepimpinan dan pendokong pas di semua peringkat di atas kejayaan Tuan Guru Presiden membawa RUU bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad) , dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka  hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".

Semua yang berada di dewan yang mulia ini pastinya sedar dan ingat betapa kita semua membesar dalam suasana perundangan syariah asing di mata masyarakat.

Dihina dan dicaci oleh pemimpin negara yang kononnya kini dianggap negarawan. Ditakut-takutkan kepada yang bukan Islam dan pada si muslim diputar belit serta disembunyikan kebaikannya.

Namun dengan usaha yg berterusan, istiqamah dan sabar akhirnya membuahkan hasil.

Kini ianya mulai menggegarkan puncak tertinggi legaslatif negara, ianya benar-benar kejayaan dan sinar positif untuk perjuangan kita selama ini.

Salakan-salakan yang terus bersahutan dan berselang seli dengan suara katak dan buaya jangan dibiarkan terus menganggu usaha yang mulia dan murni ini.

Kita masih ingat bila mana RUU ini termaktub dalam agenda parlimen namun berakhir tanpa sempat dibaca dalam beberapa kali persidangan kita dikatakan bodoh dan dikencing umno.

Dan kini bila mulai dibaca dituduh bersengongkol dan nak masuk umno.

Kepala hotak dia...

Namun yg pasti baiah yg dilanggar mulai menzahirkan tulahnya. Kambing dan beriani tidak mampu menolak amarahnya.

Kepada mereka-mereka yg menentang dan membantah RUU ini, kita katakan betapa PAS yang kamu tuduh besikap seperti IS, mengetengahkannya dengan penuh prinsip dan berdasarkan perlembagaaan.

semua orang dibenarkan untuk mengamalkan apa yang dia percaya di atas nama kebesan beragama dan hak asasi manusia, namun apabila melibatkan kami kesemua yg dilaungkan itu lenyap dan sirna begitu sahaja. Kegilaan apakah ini?

Apakah tiap-tiap kali kamu bertindak kurang ajar sebegini kamu merasakan titisan buih lembut dari kami.

Jangan, jangan...sampai ianya bertukar menjadi gelombang dan ombak yang akan menghancurkan segala yg menghalang. Jangan sampai begitu, kerana kami pun tidak menyukainya dan kamu pun pasti berduka selamanya.

Justeru hormati hak kami ini sekurangnya diatas gagasan hak asasi manusia dan hak beragama yang kamu sendiri perjuangkan.

Marilah kita menjadi rakyat yang saling memahami dan hormat menghormati. Di sana ada sempadan, jangan skali-kali mencerobohnya.

Kepada seluruh ahli parlimen Islam walau apa pun parti yang diwakilinya, kita katakan bertaqwalah kepada Allah, bersatulah, demi Allah kamu tidak akan menemui alasan dihadapan Allah jika kamu menolaknya.

Bertindaklah dengan naluri Islam mu dan bukan pimpinan mu, ingatlah akan amaran Allah.

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ (166) وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا ۗ كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ  وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ
"Dan ingatlah ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
Dikala itu berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: jika sekiranya kami diberi peluang kembali kedunia smula nescaya kami akan berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka".

MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH

(BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"