Google Search :

google search:
Google

Saturday, June 4, 2016

Aqidah dan Perjuangan

petikan ceramah almarhum Ust Fadhil Noor dan TGHH.

Maksud aqidah dlm ayat itu pun si penulis tu tidak faham. Mungkin dia suka pilih sekerat-kerat dan kemudian ulas ikut cara faham sendiri. Ironinya kesimpulan yg dia buat sendiri "tempek" pada belakang org lain 😊

Dalam keghairah mewujudkan situasi panas utk memburukkan imej presiden Pas, dia lupa ada teks yg lengkap ttg ucapan tersebut yg menunjukkan sikap keterbukaan dan politik yg merentasi sempadan.

Seperkara lagi, penulis parti Amanah ini juga perlu baca buku yg dipetiknya secara kurang tepat iaitu " ikhtilaf yg diharuskan syarak " semula.

Pertama, buku tersebut judulnya الصحوة الاسلامية بين الاختلاف المشروع والتفرق المذموم"

Maksudnya "Kebangkitan Islam di antara Perselisihan yg diharuskan dan Perpecahan yg dicela".

Dalam buku ini, syaikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengkritik pihak yg menubuhkan berbilang parti di atas nama Islam kerana akan melemahkan kesatuan.

Lebih menarik lagi, beliau menggambarkan bahawa di sebalik perpecahan yg berlaku di kalangan umat Islam ada "tangan2 ghaib" yg mencaturnya.

Beliau membawakan kisah Yahudi yg bernama Syaz bin Qays (kalau tak salah sbb lama sgt baca buku ini dan masih ada dlm smpanan), yg pernah menghantar seorang pemuda Yahudi di Madinah utk turut serta dlm perkumpulan orang Islam dan membangkitkan semula kisah Perang Bu'ath yg pernah berlaku di atas kaum Aus dan Khazraj. Tujuannya ada agar umat Islam kembali berperang dan dia berjaya sehinggalah berita sampai kpada Rasulullah saw lalu baginda kembali menenangkan keadaan yg hampir membawa kpd peperangan saudara.

Di zaman ini pun ada "tangan2 ghaib" itu. Kita sudah sedar tapi saudara kita masih ada yg terbuai2 dgn angan2 masing2...

Friday, June 3, 2016

Jika bisnes kucar kacir, sales tak konsisten, JANGAN sibuk minta tolong sana sini

Dengarlah nasihat saya ini. Jika bisnes kucar kacir, sales tak konsisten, JANGAN sibuk minta tolong sana sini.

#Pertama:
Baiki dahulu diri sendiri dengan Allah swt. Merayu menangis minta tolong dengan Allah dahulu. Buatlah apa yang terdaya. Puasa nazar ke. Istigfar beribu kali ke. Selawat beratus kali ke. Solat taubat solat hajat sedekah zakat. Ngaji ke baca doa. Buatlah mana yang termampu. Biar mata bengkak lutut lebam. Biar tersengguk ngantuk masa pegang tasbih tu.

Ingat. Pergantungan UTAMA kita hanya pada Allah swt semata-mata.

#Kedua
USAHA ikhtiar cari jalan penyelesaian. Minta nasihat. Upgrade ilmu. Tambahkan usaha.

Ingat. Tiada manusia hebat di dunia ini. Yang hebat hanyalah ALLAH. Usah bergantung harap pada manusia, network, guru bisnes, team bisnes, kerana mereka semua manusia biasa. Dan manusia kerap mengecewakan manusia.

.
Sebelum ini saya pernah kongsikan cerita.
Bulan Nov-Dis 2015, saya putuskan semua hubungan dengan network saya. Saya putuskan bergantung harap kepada manusia.

Sebelum ni hati selalu berkata, "Aku kena berbaik dengan dia ni orang itu, sebab mereka akan bawa peluang bisnes." SILAP !

2 bulan saya hentikan bisnes.
1. Saya baiki amalan saya. Saya berbaik denagn Allah swt.

2. Saya baiki semula kesilapan utama saya iaitu kebergantungan kepada manusia lain especially network dalam bisnes. Now, dalam hati dan kepala ini hanya INGAT ALLAH ALLAH ALLAH sahaja yang akan gerakkan sesuatu, bukakan pintu rezeki, mudahkan semua urusan. Allah sahaja yang berkuasa ! Makhluk tiada apa-apa.

Alhamdulillah.
Di akhir Disember 2015, satu persatu peluang bisnes muncul dan Allah permudahkan semuanya. Banyak perkara magik berlaku. Memang magik. Namun Allah amat adil dengan saya. Di kala saya kembali lalai, Dia tarik sedikit. Lalu saya mula beringat dan jaga semula amalan dan hubungan dengan NYA.

#Ketiga
Berkhidmat kepada ibu-bapa dan menggembirakan hati mereka dengan apa yang mereka suka. Jika ibu anda suka cendol, belikan cendol. Ayah suka berkebun, selalu call buat-buat tanya pasal kebun dan hasil tanamannya. Balik kampung, minta ayah pack kan sedikit ubi daun kunyit (walaupun kat pasar rumah anda dah ada banyak).

Bonda Hayati telefon semalam dan pesan belikan tembikai merah sebiji. Maka saya pun pergilah pasar beli tembikai. Masa pergi hantar tembikai, teruslah saya duduk bersimpuh makan masakan bonda (sebab bonda saya suka orang makan masakannya).

All The Best Semua. 
Bisnes ini satu ibadah dan satu tarbiyah untuk kita menjadi manusia yang lebih baik. Teruskan berbisnes tawwww. =D
.

Dah bayar zakat banyak, tak payah hantar borang cukai

Sepanjang tempoh 10 tahun dalam kerjaya sebagai juruaudit, saya dapati ada 7 salah faham utama berkaitan cukai di kalangan pemilik enterprise.

1. Dah bayar zakat banyak, tak payah hantar borang cukai.

Memang ramai peniaga yang lebih sanggup bayar zakat banyak dari bayar cukai. Tapi cukai dengan zakat tak sama.

Zakat wajib untuk umat Islam. Cukai undang-undang dalam negara.

Zakat boleh mengurangkan pembayaran cukai, namun masih perlu hantar taksiran dulu.

Tidak buat taksiran cukai boleh dikenakan tindakan undang-undang. Walau bayar zakat banyak mana pun.

2. Dah rugi, tak perlu hantar borang tafsiran.

Mendaftar di LHDN dan hantar borang taksiran tiada kaitan dengan untung atau ruginya perniagaan kita. Perniagaan untung atau rugi tetap kena hantar borang taksiran.

Malahan jika rugi, lagiiii la kena hantar. Rugi tahun ini boleh ditolak dengan untung masa hadapan.

3. Berniaga online je, tak payah daftar ssm dengan lhdn.

Online ke offline, tetap perniagaan. Semua perniagaan perlu berdaftar.

Dropship pun perlu mendaftar sekarang.

Kalau dah gambar poslaju barang mengunung, update pulak status ‘barang baru sampai, dah 500 orang order’, memang saja nak suruh pegawai LHDN datang la kot.

4. Bila dah daftar nanti kena bayar cukai.

Selepas daftar di LHDN, kita perlu buat taksiran cukai. Belum tentu kena bayar lagi.

Taksiran cukai ni pengiraan dia tak sama macam penyata untung rugi kita. Perbezaan pengiraan ni boleh menyebabkan untung jadi rugi. Mungkin juga dari rugi jadi untung.

Macam yang diberitahu dalam poin no dua tadi, kalau rugi, tak perlu bayar cukai. Malahan boleh dibawa ke tahun hadapan untuk ditolak dari untung tahun depan.

5. Beli kereta boleh kurangkan cukai – mari beli Ferrari / bmw / Merz / Audi.

Beli asset memang ada kelebihan dalam cukai. Ia dipanggil elaun modal. Berbeza sedikit dari susut nilai / depreciation dalam perakaunan.

Tapi untuk kenderaan penumpang, ada limit juga. Untuk kenderaan baru yang bernilai kurang dari RM150,000, had yang dibenarkan ialah RM100,000 sahaja. Lebih dari RM150,000, amaun yang dibenarkan hanya RM50,000.

Maksudnya jika beli Audi A4 bernilai RM239,900, amaun yang dibenarkan untuk penolakan cukai Cuma RM50,000 sahaja. Sebab ia bernilai lebih dari RM150,000.

Tahun pertama boleh tolak 40% dan tahun kedua sehingga tahun keempat boleh tolak 20% untuk pengurangan cukai.

Takdelah kurang sangat kan.

6. Semua perbelanjaan pemilik, biar perniagaan bayarkan.

Habis segala perbelanjaan di ‘claim’ dengan perniagaan. Beli susu anak pun nak masuk akaun perniagaan juga. Ubahsuai rumah pun masuk akaun perniagaan.

Ini yang orang panggil merompak perniagaan sendiri.

Tak semua perbelanjaan boleh masuk dalam akaun perniagaan. Hanya yang berkaitan secara langsung dalam perniagaan boleh dimasukkan dalam perniagaan. Selain itu tidak dibenarkan dalam pengiraan cukai.

7. Kena kejar jika beli kereta atau rumah secara tunai.

Mungkin juga akan dikejar. Tapi jika ada bukti sumber wang tu dari mana, tak perlu risau.

Contohnya, tahun lepas ada keuntungan bersih RM150,000. Selepas buat pengiraan dan hantar tafsiran cukai, perlu bayar cukai dalam RM30,000. Selepas bayar ada untung bersih RM120,000.

Tengok pula dalam aliran tunai masih ada tunai RM100,000 selepas tolak kos operasi. Ada pula kawan terdesak nak jual rumah, RM90,000. Belilah rumah guna tunai RM90,000.

Sudah tentulah tiada masalah. Sebab cukai telah dibayar, dan untung memang lebih dari nilai rumah itu.

Cuma kenalah fikir mengenai perniagaan. Kalau dah 90% duit untung buat beli rumah, macam mana nak kembangkan perniagaan.

p/s: Contoh yang diberi cuma nak permudahkan penerangan. Apa yang anda hadapi tidak mungkin semudah contoh yang diberi.

Boleh share kalau rasa boleh bantu rakan peniaga yang lain.

Rezduan Bakar
Bukan peniaga, hanya pekerja biasa.

Thursday, June 2, 2016

Ulama Dan PAS Tak Dapat Dipisahkan

dsp boyz:

Intisari ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 55
Oleh
YB Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS

1. Allah berfirman:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ

Maksudnya: "Allah mengangkat orang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat."
Al-Mujadalah 11

dan firmanNya:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Maksudnya: "Hanya yang takutkan Allah itu di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama"
Fatir 28

2. Kita (para ulama) menjadi mata rantai perjuangan PAS.

3. PAS asalnya dinamakan Persatuan Ulama Se Tanah Melayu. Seorang perwakilan.dari Gunung Semanggol, Ustaz Osman berkata: 'Kalau letak nama itu, berapa ramai ulama yang ada?' Cadangan kemudiannya ditukar kepada Persatuan Islam Se Tanah Melayu.

4. Dewan Ulama telah ada sebelum wujudnya Majlis Syura Ulama. Ia adalah dewan kanan dalam pentadbiran PAS.

5. Soal hukum dibincang dalam Dewan Ulama.
Apabila ada isu, Dewan Ulama keluarkan kertas untuk dibincang, yang kemudiannya diambil keputusan oleh .PAS Pusat.

6. Contoh pada tahun 1971, cadangan untuk dibuat kerajaan campuran. Kerajaan campuran yang nisbahnya mewakili 1 dari PAS dan 3 dari Perikatan (Umno, MCA, MIC).

7. 14 garispanduan telah dibuat oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah.
Kita masuk dalam kerajaan dengan gagasan yang kita nak bawa. Ulama hadamkan perkara itu menurut syarak ketika itu. Inilah dewan yang saudara-saudara berada sekarang.

8. Kita beruntung kerana PAS disokong oleh para ulama. Tahun 1959, apabila PAS menang di Kelantan, sekitar 95 % ulama di Kelantan menjadi calon dan wakil rakyat.

9. Orang yang bawa PAS ke Kelantan ialah Ustaz Amaludin Darus. Beliau asalnya anggota bomba, datang ke Kelantan di Pasir Mas. Dia berjumpa tok-tok guru di Kelantan, untuk dapat kekuatan sehingga PAS bertapak di Kelantan.

10. Orang yang mengaji agama kebanyakannya sokong PAS walaupun ibubapa mereka Umno.
Kalau mengaji agama, ikut Umno, itu tak betul. Mengaji agama sinonim dengan PAS.

11. Pemimpin PAN pernah sebut: "Kami disertai oleh ulama luarbiasa. Mana mereka?"

12. Pondok-pondok pengajian Islam kuat sokong PAS. Ini kekuatan PAS.

13. Sanusi Junid, Mahathir Khir pernah tulis tentang 3 P-padi, pondok, PAS.
Dr Mahathir sewaktu menjadi PM pernah menyekat pendapatan per perkapita kepada pondok walaupun peruntukan itu tidaklah banyak.

14. Kita (PAS) hebat apabila ulama hebat, ikhlas dan menghayati ajaran Islam

كونو رعاة و لا تكون رواتا
Maksudnya: 'Jadilah kamu sebagai penjaga dan.jangan.jadi semata-mata pemberitahu'

Imam Malik berkata: 'Ilmu bukan hanya hafalan hadis tetapi ilmu adalah nyalaan cahaya dalam hati' iaitu beramal dengan ilmu.

Itulah yang saya sebut tadi:
انما يخشى الله من عباده العلماء

15. Ulama tidak boleh pisahkan ilmu dengan taat kepada Allah. Ulama kena jaga disiplin ilmu. Kehebatan ulama ialah pada amalnya.

16. Lihat Tuan Guru Hj Hadi contohnya. Lihat amalnya. Kita digelar candu wala', walaun dan lain-lain (istilah yang jahat). Kita tidak wala' jika pemimpin tidak wala' kepada Allah.

(إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ)
Maksudnya: "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
Al-Ma'idah 55

Kita taat pimpinan selama pimpinan taatkan Allah.

17. Jangan bangga dengan tulisan, buku, jawatan, kalau kita tidak wala', orang akan tinggalkan kita. Ulama mesti jaga akhlak.

18. Politik d Malaysia terasnya orang Islam. Unjuran penduduk Malaysia dijangka pada tahun 2030, orang Islam 70%. Orang Melayu pula dengan agama Islam seperti aur dengan tebing.

19. Dalam Perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu dikaitkan dengan agama Islam.
Syarat Melayu mesti Islam, walaupun jahat dan buat dosa.

20. Melayu sensitif dengan agama. Orang Umno suruh orang PAS buat kerja-kerja ibadah seperti solat jenazah, sembelih dan lain-lain, tetapi  tentang

politik payah lagi.

21. Allah minta kita bersabar:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
AalI Imran:200

22. Perjuangan bukan senang. Kisah seorang yang membuat kajian di Rusila. Beliau jumpa seorang tua, tanya tentang Haji Hadi. Jawabnya; " dokleh gi, sesat,  orang mandi kolam, abis ikut dia". Bila diberi dengar kaset Tok Guru, orang tua itu jawab: "alim tok guru ni" Lalu diberitahu itulah Tok Guru Haji Hadi.
Justeru, kita juga kena sabar hadapi mehnah dalam perjuangan.

23. Ada ustaz yang tidak ikut PAS,  atau aktiviti PAS, lebih laju dari mursyidul am (dalam memberikan pendapat)

24. Melayu kena diubah dengan ilmu. Ilmu, siapa yang beri? Tuan-tuanlah, walaupun makan masa lama. Dia bersama dengan Umno 40 tahun, takkan terus ikut kita lepas dengar ceramah 40 minit. Kalau tak zaman kita, zaman anak cucu kita.

25. Tugas ulama bangunkan manusia, hati manusia.
Berapa ramai pelajar cerdik yang dapat Phd tapi tak jadi manusia soleh. Mereka pegang jawatan hebat-hebat tapi dalam diri tak dibangunkan kemanusiaan. Ini lingkup.

26. Contoh dalam sejarah Kelantan, sewaktu awal PAS perintah. Seorang bernama Datuk Halim. Beliau sahaja dianggap profesional, yang lain ustaz-ustaz. Namun kita tanam ilmu sehingga dapat berkembang dengan baik.

27. Ada yang kata ustaz tak boleh bercakap tentang ekonomi. Kita bahagi-bahagilah tugas. Kalau kita nak persoalkan, bukan sahaja ekonomi, bahkan mereka yang bercakap isu lain, tapi ilmu agama mereka sendiripun teruk. contoh mudah fatihah yang wajib dibaca dalam solat belum tentu betul.

28. Kononnya ada yang tuduh Tok Guru Haji Hadi dapat duit RM30 juta dari Najib. Sila buktikan hitam putih.Tok guru pernah jadi MB Terengganu. Kalau mahu, Tok Guru boleh gunakan kedudukan itu untuk dirinya. Lihat apa yang tok guru ada dan buat. Ini fitnah.

29: Di peringkat akar umbi, pindaan perlembagaan PAS akan dibuat dengan menubuhkan dewan ulama kawasan, dengan 50 ahli sekurang-kurangnya di setiap kawasan.

30. Kehadiran ulama dalam mesyuarat penting. Jaga disiplin berjemaah. Ulama sudah ada ilmu agama, tambah dengan ilmu organisasi dan pentadbiran untuk perkasakan parti.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek

Pemuda PAS Pahlawan Ummah

Sekali Serban Dililit. 53
Oleh : Nasrudin Hassan At Tantawi

1. Tiba-tiba sahaja saya terasa diri ini semakin tua apabila saya diundang sebagai tetamu kepada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke 57. Asyik saya mendengar ucaptama YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz Ketua DPPM yang segak berpakaian pahlawan melayu. Suatu kelainan yang unik.

2. Biarpun suaranya bermelodi melayu klasik, YB Ustaz Nik Mohd Abduh seorang yang saya kenali sebagai tinggi nilai dan dalam makna olahan bicaranya. Saya suka membaca tulisannya dan tertarik dengan titah bicaranya. Benar, nada suaranya tidaklah tinggi berbanding suara saya dan rakan-rakan yang lain namun point yang disampaikan oleh beliau sangat mantap.

3. Hari ini saya mendengar ucapan beliau dan melihat bagaimana beliau berdiri gagah di stage utama Muktamar DPPM kali ke 57 sebagai Ketua DPPM, sedang muktamar DPPM kali ke 51,52,53 dan 54, di situlah saya berdiri menyampaikan ucaptama selaku Ketua DPPM waktu. Ertinya saya sudah menjadi orang tua kepada anak - anak muda yang bermuktamar pada hari ini.

4. Penampilan dan gimik berpakaian lagak pahlawan melayu itu menarik perhatian pelbagai pihak. Tidak kurang mereka yang _senak organ fikirnya_ melemparkan sinis dan penghinaan yang tidak bertanggungjawab. Mereka gagal mencapai mesej yang ingin dihantar oleh sayap penting parti Islam ini.

5. Pemuda bukan sahaja pewaris perjuangan tetapi mereka juga sandaran ummah untuk memastikan perjuangan ini terus dipertahan dan diperjuangkan mendepani cabaran ganas musuh-musuh Allah swt disepanjang zaman.

6. Pemudalah pahlawan jamaah. Pemuda jugalah pahlawan ummah. Jamaah dan ummah memerlukan pahlawan - pahlawan berani, hebat dan berprinsip untuk mengangkat izzah perjuangan Islam di tanahair ini.

7. Sememangnya Islam di Malaysia pada sepanjang sejarah kebangkitannya telah menyaksikan pahlawan - pahlawan melayu bukan sekadar tinggi ilmu persilatan mereka tetapi juga ilmu Islam untuk mendidik dan memimpin ummah.

8. Tuan Guru Hj Hassan Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tok Kenali dan ramai lagi tokoh pahlawan melayu yang bertanggungjawab mengembangkan Islam malah berdepan dengan penjajah dan bonekanya yang meragut kemerdekaan negara.

9. Saya percaya, semangat kepahlawan melayu Islam inilah yang sedang diterap oleh pemuda PAS Malaysia agar mereka berperanan besar untuk menjadi benteng kepada kemuliaan Islam yang sedang diasak tubi dari segenap arah mutaakhir ini.

10. Selayaknya negara berbangga dan rasa bertuah memiliki anak-anak muda berjiwa pahlawan sebegini. Bukan untuk menjadi petualang tetapi menjadi pejuang. Bukan untuk mengamuk derhaka tetapi menjulang pusaka perjuangan yang diwarisi dari Nabi Muhammad saw.

Selamat berjuang anak mudaku.

Sekian.

pemuda-pemuda PAS sebagai benteng terakhir umat Islam di Malaysia

*Teks Ucapan Penangguhan*

*Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin*
*Naib Ketua Pemuda*
*Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke 57*

بِسْمِ اللّهِ الرّحْمَنِ الرّحِيمِ

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ ﴿٤٢﴾
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ ﴿٤٣﴾
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

Jazaakallah Khairan Jaza’ saya rangkapkan buat al Fadhil Ustaz Kamal Syaari, Sdr Pengerusi Tetap.
Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda,
Seluruh saff EXCO DPPM,
Yang dihormati seluruh sidang muktamrin
Para pemerhati, wartawan dan semua yang hadhir

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .

Ikhwah yang dirahmati Allah sekelian.

Ingin saya mengingatkan kembali kepada muktamirin sekalian berkenaan muktamar dan juga isi yang telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda selama 2 hari ini. Tema Muktamar kita pada hari ini adalah, *Bertekad Melebar Muafakat* yang mana ia berteras kepada 3 elemen penting. Tiga elemen ini seharusnya ada kepada seluruh kepimpinan dewan pemuda pas sama ada di peringkat Pusat, Negeri, Kawasan mahupun cawangan. Bagi memastikan ianya berjaya, kita perlu ada *One mind, one direction* - *wehdatul fiqh, wehdatul amal*.

TIGA element tersebut: *cita-cita bersama (common vision), kefahaman bersama (common believe) dan tindakan bersama (common action)* perlu dihadamkan dan ditafsirkan dengan maklumat-maklumat dan penataan-penataan yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda dalam ucaptamanya.

Sepanjang 2 hari ini dilihat muktamirin dapat mengadaptasi seruan yang dinyatakan oleh ketua pemuda dalam ucapannya dan ini dizahirkan dengan *perbahasan-perbahasan yang segar, cadangan-cadangan yang membina*.
Walaupun ada rakan-rakan media yang menyatakan Muktamar kali ini kurang panas, tetapi *ketenangan ini seharusnya dibuktikan dengan kekuatan*. Kekuatan itulah bekalan untuk pemuda pas bawa balik ke peringkat Kawasan dan Cawangan.

Muktamirin yang dihormati sekalian,

Didalam kita bermuktamar dengan tenang pada 2 hari ini, kita jangan lupa dengan sahabat-sahabat seakidah kita di seluruh dunia. Peristiwa yang berlaku di *Aleppo, Syria* sehingga dikatakan Holocaust yang terbesar dalam sejarah hidup manusia. Lebih 250,000 ummat Islam yang mana sanak saudara kita, sedarah dengan kita telah jatuh ke bumi. Begitu juga dengan sahabat-sahabat di *Jamaat-e-Islami* yang mereka dijatuhkan hukuman bunuh kerana didakwa terlibat dengan perang 1971.

Kita juga dihujani dengan konflik-konflik dalaman negara kita terutamanya isu-isu yang bersifat kepada Islam liberal. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh Rank Corporation (Human Right Campaign) dimana *serangan pemikiran* ini ingin membawa pemikiran khususnya kepada anak-anak muda ini bahawa *Islam Liberal* dibolehkan dalam Islam. Akhirnya wujudlah golongan LGBT, G25, Comango dan transeksual  yang mana awalnya minority tetapi dikhuatiri menjadi majority pada suatu masa sekiranya ia tidak dikekang oleh *pemuda-pemuda PAS sebagai benteng terakhir umat Islam di Malaysia*.

Muktamirin yang dihormati sekalian,

Kita kena *Back-to-Basic, kita kena back to the drawing board*, kita kena check balik apa perkara-perkara yang perlu kita laksanakan. Sebab itu, diantara perkara yang dipertekankan oleh Ketua Pemuda adalah untuk kita melaksanakan *#TransformasiTarbiyyah /#TajdiddulTarbiyyah* yang dimana tarbiyyah kita itu *bukan bersifat eksklusif semata-mata, ia juga perlu bersifat insklusif*. Ia perlu melatari kepada seluruh golongan manusia. Kita juga perlu turun kepada anak-anak muda jalanan yang mereka juga mahu kepada tarbiyyah yang dibawa oleh Pemuda PAS. Tinggal lagi bagaimanakah cara dan gaya seni tari yang kita nak bawa untuk pemuda-pemuda ini. Saya serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan di peringkat Cawangan dan juga Kawasan.

Yang kedua, hashtag yang paling penting kepada Pemuda ialah *#Kaderasasi Pemuda*.  Kita kena lihat kebimbingan yang dirasai oleh kepimpinan Pemuda di peringkat Pusat adalah kebimbingan yang sama seharusnya dikongsi oleh kepimpinan di peringkat Kawasan dan Cawangan. Kita ambil contoh, seramai *4.2 juta yang masih lagi tidak berdaftar sebagai Pemilih, yang dimana 80% daripadanya adalah golongan muda*. Saya yakin dan percaya walaupun ia tidak dibuktikan lagi dengan satu kajian yang mendalam sebab kita tidak ada lagi kajian yang sebegitu rupa, saya rasakan yang DAP berada di driving seat apabila berbicara tentang daftar pemilih pengundi muda.

Sehebat-hebat kita bergegar bercerita tentang Akta 355, bercerita tentang tadhiyyah, bercerita tentang memegang kepada akidah perjuangan kepimpinan ulama dan sebagainya, *ia perlu dibuktikan kepada kerja kita untuk turun ke medan*. Walaupun pada hakikatnya hidayah itu bersifat zahir dan batin, hidayah yang bersifat zahir inilah yang kita perlu berusaha dan *KPI kita untuk mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi di lingkungan DUN dan juga kawasan Parlimen*.

PRN Sarawak telah membuktikan bahawasanya *Politik Persepsi tidak semestinya akan memenangkan sesebuah parti potilik dalam pilihanraya*. Walaupun orang melihat Datuk Seri Najib itu terlampau teruk imejnya sekarang, tetapi oleh kerana basis yang kuat di peringkat PBB disana, mereka dapat menguasai kerusi-kerusi DUN dengan tambahan kerusi yang lebih. Ia memberi cabaran kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak dan kita percaya dengan Ketua Pemuda yang berdiri gagah menyatakan semangat mereka. Walaupun mereka diuji dengan kekalahan ataupun ditangguhkan kemenangan, mereka akan menubuhkan 5 Dewan Pemuda Kawasan yang baru dan penambahan PASTI yang baru. *Ini kehebatan pemuda Sarawak yang seharusnya kita ambil bersama-sama semangatnya untuk kita turun ke peringkat Kawasan masing-masing*.

Yang terakhir, *innovasi* melalui *pendekatan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy)* yang bukan sekadar digunakan di peringkat-peringkat kerajaan mahupun swasta tetapi ia sebenarnya *adaptasi strategi Rasulullah SAW*. Strategi lautan biru yang dibuat oleh Rasulullah SAW apabila berpindah daripada bumi Mekah ke bumi Madinah mencari orang yang lebih mahu menerima Islam *(untapped market)* dan tempat yang kurang pesaingan *(less competition)*. Strategi inilah yang sepatutnya diambil di peringkat Kawasan. Strategi ini *berteraskan kepada inovatif dan kreativiti pemuda*. *Dua elemen itu tidak akan dapat diadaptasi sekiranya pemuda-pemuda PAS tidak rapat dengan Al-quran*.

*Berapakah helaian al-Quran yang pemuda baca pada hari ini dalam kesibukkan kita bermuktamar?*

Ini adalah muhasabah buat pemuda sekalian. *Kalau kita sebagai syababul islami, pemuda pas tidak rapat dengan Al-quran bagaimana Allah Taala nak menghidangkan hidayah kebijaksanaan untuk kita merangka strategi-strategi baru?*

Saya ingin membaca konotasi daripada Richard Branson, Pengasas kepada Virgin Group, *“There is no substitute for innovation. Original revolutionary ideas will always rise to the top."* Maksudnya tidak ada penggantian kepada kehebatan inovasi. Idea-idea asal dan idea-idea yang bekembang dari idea asal akan mengambil tempat yang tebaik di dalam pembikinan strategi. Saya menyeru kepada pemuda-pemuda Pas ingat balik apa pesanan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bilamana ada pelajar-pelajar dari Australia. Mereka bertanya apakah yang dibuat oleh Tuan Guru didalam memodenkan Kelantan? Tuan Guru menjawab dia *memodenkan Kelantan dengan memodenkan pemikiran rakyat Kelantan yang akhirnya menjadikan rakyat celik politik*. Rakyat Kelantan bila berada dimana-mana akan membawa Islam, yang kedua dimana-mana dia akan berkembang dengan baik. Ini nilai yang ditanam oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yg sewajarnya ditanam di peringkat pemuda sekalian.

Muktamirin yang dihormati sekalian,

Oleh demikian, *#AnjakanPemikiran*/ *#MindsetChange* perlu dilaksanakan dengan sewajarnya dan InsyaAllah *DPPM bersepadu membantu kalian semua*. Kita harapkan dengan kerjasama bersama ini akan membuahkan hasil yang lumayan di hadapan Allah SWT dan kepada rakyat.

AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar!

Solat Tarawih 8 atau 20?


1. Hukumnya sunat, tidak wajib. Tak buat langsung pun tak mengapa. Tak berdosa pun.

2. Ia adalah qiyamullail dlm bulan Ramadan. Oleh itu, kalau buat 2 rakaat sekalipun, lepas tu teringat air tebu di rumah, boleh balik rumah tanpa perlu ditambah rakaat. Memadai 2 rakaat tersebut. Tarawih tiada had rakaat sebenarnya.

3. Hormatilah keputusan AJK masjid anda atau pihak berkuasa sama ada 8, 20 atau apa sahaja.

4. Jikalau mereka tetapkan 20 rakaat, saya percaya mereka takkan sekat anda di pintu masjid jikalau anda lari seusai 8 rakaat.

5. Jikalau mereka tetapkan 8 rakaat, dan anda tambah 20, saya percaya mereka takkan tutup lampu / kunci masjid. Jika mereka lakukan juga, solatlah di rumah atau di mana2 yg sesuai. Jangan bergaduh.

6. Solat Tarawih, boleh dibuat di masjid, di rumah, berjemaah malah bersendirian. Mudah dan indahnya agama kita. Maka elok juga kita sekali sekala selang selikan cara tersebut. Supaya masyarakat terdidik dan terbiasa dgn kepelbagaian ini.

7. Tak perlu bergaduh bab solat tarawih. Macam lah kita tu rajin sangat solat selama ini.

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"