Suka saya terangkan sedikit secara ringkas perihal akta ini. Akta Laut 750 adalah satu akta yang digubal sebegitu, dilihat sebagai satu langkah licik kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih hasil seperti minyak dan gas yang berada melebihi tiga batu nautika dari pantai negeri-negeri pada ukuran air surut. Ia boleh menjadikan royalti tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun sumber petroleum dijumpai di perairan negeri itu.
Pas Terengganu bersikap sangat positif dan menerima dengan hati yang terbuka penyerahan memo ini dan begitu yakin bahawa ini adalah isyarat yang rakyat sangat mengharapkan Pas agar menjadi peneraju membawa rakyat kepada pemerintahan yang adil dan saksama. Disebalik tuduhan UG dengan Umno, rasuah RM90 juta yang kemudiannya ditarik balik seta merta, hudud dan sebagainya, Pas tetap dikunjungi oleh pihak-pihak yang tidak memandang tuduhan dan fitnah politik murahan itu sebagai sesuatu yang perlu dilayan. Sebaliknya merasa selesa dengan budaya politik matang dan sejahtera Pas sekarang. Pas insyaAllah akan tetap berkerjasama dalam perkara kebaikan untuk agama, bangsa dan negara.
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
7 Zulqaedah 1437 bersamaan 10 Ogos 2016