Google Search :

google search:
Google

Monday, October 10, 2016

RUU355 DAN DOKUMEN HIJAU

Ramai yang kritik PAS, tak ada agenda lainkah selain menegakkan hukum Islam? Sementalah kini musim PAS sedang berhempas pulas meyakinkan orang Islam untuk menyokong usul pindaan akta 355. Lagilah ramai yang pandang serong dengan menganggap PAS kolot; tidak ada benda lain dalam kamus perjuangan mereka selain dari hudud!

Nah! Beberapa hari lalu PAS telah keluarkan Dokumen Hijau. Dokumen ini memberi cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. Ini bukti PAS sedar dan prihatin masalah negara.

Perjuangan PAS nak membetulkan perundangan negara tidak membuatkan PAS menutup mata akan kepincangan lain dalam negara. Perjuangan PAS adalah holistik mengikut kemampuan semasa yang ada, mengambil inspirasi dari ajaran Islam sendiri yang bersifat syumul merangkumi setiap cabang hidup manusia.

Itu belum lagi diterangkan peranan PAS dalam pendidikan rakyat. Belum lagi dicerita penglibatan PAS dalam isu kebajikan, pengurusan bencana, kesedaran sosial, alam sekitar, isu perpaduan ummah, pengurusan krisis antabangsa dan sebagainya.

Kenapa perlu prejudis terhadap PAS? Sepatutnya jika benar PAS memiliki kekurangan, kita sebagai muslim sama-sama perbaiki dan menutup keaiban, bukan mengorek keaiban dan menjaja kepada umum; suatu tindakan yang tidak akan memajukan ummah.

Berbalik kepada Dokumen Hijau, inilah budaya politik yang PAS cuba bawa. Politik idea. Bukan politik kritik dan kutuk sahaja. Kerja mendedahkan penyelewengan dan salah urus kerajaan semata-mata tidak membawa negara ke arah yang lebih baik. Negara perlukan idea dan solusi. Rakyat perlu dididik untuk memilih pemimpin yang berwawasan dan membawa gagasan yang jelas, bukan beretorik dengan janji-janji kosong sahaja.

Kalau tidak mampu sekalipun membawa idea lain untuk selesaikan masalah negara, sekurang-kurangnya cubalah bincang idea PAS ini. Cadangkan pindaan-pindaan yang perlu dalam Dokumen Hijau jika perlu.

Sama juga dengan RUU pindaan akta 355 yang di bawa oleh Presiden PAS, kalau ada klausa-klausa yang perlukan penambahbaikan, cadangkan terus. Bukan terus menolak kerana mengandaikan sedikit masalah teknikal yang mungkin timbul.

Belajarlah berpolitik dengan matang. Kita orang Islam jangan ikutkan sangat nafsu musuh Islam.

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Sunday, October 9, 2016

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am baru parti itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.

*Bekas pesuruhjaya PAS Perlis dilantik Mursyidul Am baru*

_Pada 09-10-2016 07:10_
_Ditulis Oleh Nur Atiqah Abd Samad_

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS hari ini memutuskan untuk melantik bekas Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am baru parti itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.

Pelantikan itu dibuat selepas pemangku jawatan tersebut Datuk Ahmad Yaakob menolak untuk menerimanya ekoran komitmen terhadap kerajaan negeri Kelantan.

Menurut Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh, lantikan itu dibuat selepas mengambil kira alasan kukuh yang diberikan Ahmad, selain mahu individu lain yang dapat memberi nasihat kepada Kelantan.

"Mesyuarat Majlis Syura Ulama memutuskan pengganti kepada Datuk Haron Din adalah Haji Hashim Jasin dari Perlis.

"Pelantikan ini adalah cadangan daripada pemangku mursyidul am Datuk Ahmad Yaakob dan cadangan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

"Faktor yang menyebabkan Datuk Ahmad menolak untuk dilantik sebagai Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama dapat menerima alasan-alasan iaitu kesibukan beliau untuk mengurus kerajaan Kelantan. (Dan) memerlukan seorang Mursyidul Am yang boleh memberi nasihat kepada Kelantan," katanya kepada Antarapos selepas selesai bermesyuarat hampir dua jam.

Menyuarat tersebut turut disertai Ahmad dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hashim, 77, memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis selama 37 tahun iaitu bermula tahun 1971 sehingga 2008. 

Bekas ADUN Sanglang itu kini menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS. 

Ahmad sebelum ini menolak untuk mengambil alih jawatan tertinggi parti itu, dan mahu memberi laluan kepada individu yang lebih layak berbanding dirinya.

Kerusi itu kosong selepas Allahyarham Haron meninggal dunia pada 16 September lalu akibat komplikasi jantung, di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat.

Sebelum ini pemerhati politik berkata, Ahmad keberatan untuk menerima jawatan itu kerana dua penyandangnya sebelum ini, Allahyarham Haron dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah individu yang disegani dan ramai pihak meletak harapan yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang akan menggantikan mereka kelak.

Friday, October 7, 2016

PAN Mengesahkan Lagi Mereka 'Talibarut' DAP

Kenyataan akhbar Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad, di dalam Berita Harian yang menolak usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali dengan Akta 355, mengesahkan lagi peranan parti itu sebagai 'tali barut' DAP. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menilai alasan-alasan yang diberikan, yang kesemuanya dangkal semata-mata hanya untuk memuaskan hati 'tuan' politik mereka.

Pakar-pakar perundangan telah menjelaskan dengan panjang lebar, bahawa usul meminda Akta 355 tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, malah memperkukuhkan semangat federalisme kerana memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri. PPP melihat Pengarah Komunikasi PAN tersebut hanya mereka-reka alasan dengan menyatakan pindaan itu akan menggugat perpaduan negara kerana dikatakan tidak selari dengan perlembagaan.

Selain daripada itu, alasan yang dikemukakan beliau bahawa pindaan itu hanya akan memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman yang berkaitan hukum Taazir sebagai cadangan yang kurang bijak, secara jelas menunjukkan beliaulah yang jahil tentang ruh Perundangan Syariah. Biarkan Hukum Taazir adalah hukuman yang ditentukan oleh pemerintah, tetapi penggubalan undang-undang berkaitan Hukum Taazir tidak terlepas daripada ruh Perundangan Syariah dan peranan fatwa.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal juga apabila beliau memfokuskan usaha untuk mengangkat Mahkamah Syariah hanya dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran Mahkamah Syariah, dan pada masa yang sama menolak cadangan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut. Usaha meningkatkan kecekapan itu adalah selari dengan cadangan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah, malah PPP dimaklumkan perkara yang berkaitan dengan kecekapan itu telahpun dan sedang diusahakan oleh JAKIM sejak empat tahun lalu.

Jelas sekali, PAN sedang mencari seribu alasan untuk menolak usaha meminda Akta 355 ke arah memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah. Ketika seluruh umat Islam di negara ini mengalu-alukan usul tersebut yang turut disokong oleh para mufti, amatlah menjengkelkan bila PAN pula yang menolakkan. Tindakan mereka menolak usaha memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah akan dilihat oleh generasi sepanjang zaman sebagai 'talibarut' kepada pihak-pihak yang anti Perundangan Syariah.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

6 Oktober 2016
5 Muharram 1438

Isu tukar status tanah MADA: Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

MB Kedah ni tak pikiaq ka. Nasi adalah makanan utama rakyat Malaysia. Apa akan jd jika negara pengeksport beras menghentikan eksport beras ke negara kita?

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH

1. Kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa status 'Kedah Jelapang Padi' menyekat pembangunan negeri serta meletakkannya berkedudukan miskin, adalah kenyataan yang memalukan rakyat kedah.

2. Sewajarnya selaku ketua kerajaan, beliau perlu berbangga dengan sumbangan rakyat Kedah memenuhi permintaan beras negara, bahkan berikhtiar mempertingkat pengeluaran padi sehingga melebihi 30 peratus seperti yang disasarkan.

3. Persoalan untuk dihadapkan kepada Menteri Besar, apakah jaminan penukaran status tanah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); daripada "pertanian" kepada "industri" dapat memajukan negeri Kedah?

4. Mengikut laporan Statistik Kedah Sejahtera 2011, keluasan tanah tanaman Padi bagi Kedah adalah 108,693 hektar. Jika benar berlakunya pertukaran status tanah, berapakah keluasan tanah yang tinggal kepada MADA untuk tanaman padi?

5. PAS Kedah mencadangkan supaya diadakan satu kajian terperinci mengenai pembangunan ekonomi berhubung penggunaan tanah komersial kerana Kedah perlu juga mempertahankan 'food seceurity' negara.

6. Buat masa ini kerajaan disaran supaya melihat semula cadangan pembinaan kawasan industri untuk perkilangan kerana realiti ekonomi tidak menentu seperti ketidakstabilan nilai ringgit,  pemberhentian pekerja, penutupan kilang-kilang serta pelbagai kegawatan. Dikhuatiri pertukaran status tanah MADA umpama 'Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran'.

6. Mengalihkan lokasi pertanian padi sedia ada bukanlah kerja mudah. Kerajaan seharusnya mengoptimumkan kawasan industri sedia ada di negeri ini, di samping meningkatkan produktiviti.

7. Nasib para petani juga hendaklah difikirkan akibat pertukaran status ini menjadikan mereka hilang mata pencarian.

Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi
7 Oktober 2016.

Wednesday, October 5, 2016

Hormati Islam dan Tidak menentangnya

Sekali Serban Dililit. 53

*TOLAK DAP JOIN PAS:*
*Untuk Memimpin Perubahan*

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_

*Keputusan PAS dinanti*

1. Semua parti pembangkang sedang memerhati dan menanti keputusan PAS. Sebahagiannya menyatakan sukar membaca strategi PAS. Mereka menaruh harapan agar PAS menyertai barisan yang mereka bentuk untuk menentang UMNO dan BN dengan formula satu lawan satu.

2. Secara mikronya saya melihat mereka sedang mengalami gangguan delusi di pentas politik tanahair, barangkali kesan dari tindakan terburu-buru menubuhkan parti - parti baru yang kononnya akan membawa mereka menang cepat mengatasi UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

3. Justeru itu tidak pelik apabila mereka menyerang PAS bertali arus dengan tujuan mahu melunturkan pengaruh dan sokongan PAS. Mereka hina dan perkecilkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh bersaing dan seiring dengan mereka untuk menuju garis kemenangan pilihanraya umum ke 14 kelak.

*Hormati Islam dan Tidak menentangnya*

4. 1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada PAS. Kononnya PAS makan dedak UMNO, mesra UMNO, masuk perangkap UMNO, ditipu oleh UMNO dan sebagainya. Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada PAS. Namun realitinya, PAS tidak mudah untuk diperdaya oleh mana - mana pihak. Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu *Manhaj Perjuangan Islam yang dianut* dan *prinsip kebenaran yang didukung.*

5. Sebetulnya, PAS sangat berlapang dada dan mudah berkira bicara dengan mana - mana pihak asal sahaja dasar dan prinsip perjuangan Islamnya dihormati dan tidak ditentang. *Tiada yang lebih penting bagi PAS selain Islam.* Pemimpin dan ahlinya yang Istiqamah hanya meletakkan Islam sebagai _hadaf_ (matlamat semasa) dan redha Allah swt sebagai _ghayah_ (matlamat akhir).

*Gerakan Perubahan.*

6. Perubahan adalah suatu yang wajib dilakukan bagi membebaskan tanahair tercinta dari kemungkaran politik, kefasadan ekonomi, kebejadan sosial dan kerakusan pemimpin yang tamak haloba. Namun perubahan yang dimaksudkan mestilah ke arah yang lebih baik dan tiada yang lebih baik selain Islam.

7. Perubahan yang mahu dilakukan juga adalah perubahan total dengan *meruntuhkan jahiliah dan membina Islam serta keadilannya di atas runtuhan jahiliah.* Kita tidak boleh melakukan perubahan hanya pada ranting tapi mengekalkan dahan yang reput. Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliah kemudian membiarkan jahiliah baru terbina di atas runtuhan jahiliah lama.

*PAS Memimpin Perubahan*

8. PAS sudah berpengalaman menyertai pelbagai bentuk pakatan politik. Antaranya ialah  Perikatan, APU, CCC, Barisan Alternatif, PR dan kini Gagasan. Mengolah segala pengalaman yang dimiliki, PAS menegaskan secara muktamad bahawa kini sudah sampai masanya PAS memimpin perubahan. Suatu perubahan yang menuju Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara dan Keredhaan Allah swt.

9. Siapa pun boleh mengharapkan PAS sebagaimana mereka juga pada bila - bila masa boleh datang kepada PAS untuk menyertai gagasan memimpin perubahan ini. Syaratnya terlalu mudah malah senang untuk dihafal iaitu hormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

*DAP Menentang Islam*

10. Realitinya, DAP masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Maka polisi semasa PAS ialah menolak DAP dan mana - mana parti yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP. Justeru itu, sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama PAS ialah meninggalkan DAP dan datang kepada PAS dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah iaitu *menghormati prinsip perjuangan PAS* dan *tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.*

_Inilah Penyelesaian Kita_

Sekian.

KRONOLOGI SAMAN PAS KAW. SRI GADING MEWAKILI PASTI AL GHAZALI TERHADAP MAHADZIR

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Perbicaraan sebutan mahkamah kes saman Pas Sri Gading(PSG) terhadap Mahadzir Md Zili (MMZ) merupakan suatu hikmah yang besar kepada PSG ,kerana Allah SWT telah memberi kurniaan ilmu dan pengalaman melalui perbicaraan dan berkaitan langsung dengan undang-undang.

Dengan perbicaraan ini PSG dapat mempelajari dan mendalami sejauh mana kebersediaan PSG terhadap satu satu kes.

Disini ana cuba membawa shbt untuk meneliti kronologi ringkas kes sebutan hari 1 dan 2 .

HARI PERTAMA : 3 Oktober 2016 / ISNIN

Saksi Mr.Ng (Tuan Rumah) :
Saksi jelas menyatakan bahawa perjanjian pertama dibuat adalah dengan Dr Sukri dan membuat pengesahan.
Bukti ini kuat dimahkamah yang menyatakan bahawa pada asalnya perjanjian tuan rumah adalah dengan Dr Sukri.

Saksi kedua kes ini adalah Dr Sukri.
Ketiadaan dokumen perjanjian yang pertama membawa kita diasak oleh PF (Peguam Faiz) yang menunjukan bahawa rumah ini penyewanya MMZ bukan Dr Sukri.

Saksi ke tiga Ust Hashim
( Hari 1 dan 2) :

Rumusan yang ana perhatikan bahawa Peguam Faiz cuba membawa bahawa apa yang dituntut oleh Pas Sri Gading adalah kosong kerana banyak dokumen yang menyokong kepada tuntutan, tiada.

PA (Peguam Hj Abdullah) menekan semula dan memberi ruang kpd Ust Hashim menjelaskan bahawa kuasa pasti adalah dibawah Pas Sri Gading.

Sblm perbicaraan ditangguhkan, hakim memanggil peguam Pas Sri Gading dan MMZ ke kamarnya.

Apabila keluar, peguam Pas Sri Gading memaklumkan, hakim menasihatkan kes ini diselesaikan melalui perundingan.

Hari Ketiga- 5/10/2016.

Setelah berlaku perundingan, akhirnya, satu persetujuan dicapai ;
MMZ akan memulangkan semua peralatan Pasti (19 item) spt yg dituntut, dlm keadaan baik. Mana2 item yg rosak atau hilang akan diganti yg baru dan penggantian itu mestilah tidak kurang nilainya RM5k mengikut harga pasaran.

Kes ditutup.

Sekian.

BERISTIQOMAH SEHINGGA KEMENANGAN

Ulasan ;
Sebenarnya kita adalah pemenang kes ini kerana :

1) Kita tuntut hak kita yg sah disisi Islam, walaupun tak diakui disisi undang2.

2) Kita tuntut 2 perkara :

a) Rm20k.
b) Peralatan Pasti.

Kita menang, sbb tu peralatan Pasti terpaksa dipulangkan.
Kita tak dpt Rm20k, bukan sbb kita kalah, tapi maklumat tuntutan kita tak lengkap.Mahkamah mementingkan fakta, bukan andaian...

Jika kita kalah, kita takkan dpt apa pun tuntutan.

Kita telah menyelesaikan kewajiban menuntut hak Parti kita bila ditanya diakhirat nanti, sedangkan mereka akan bergelut diakhirat nanti memikul dosa2 penipuan ini.

Bersabarlah Wahai Pejuang, Sebenarnya Kita Mendapat Banyak Ilmu Yang Tak Ternilai Drp Kes Ini.

YDP PAS Seri Gading.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN.

Saturday, October 1, 2016

KEMBALI PADA MAHA PENCIPTA...

TGHA juga seperti kita, menunggu kehancuran sistem democrazy oleh Imam Mahdi.. Sbb tu dia dah tak join BERSIH sbb ianya takde hasil dan akan memburukkan lg keadaan.. Belajar dari sejarah lampau, Arab Spring diapikan2 oleh konco2 Roth, dan akhirnya negara yg hancur bertambah hancur.... Jgn kita terpedaya dgn Malay Spring..

Ingat! walaupun demokrasi penuh tipu muslihat, NAMUN kita boleh memanipulasinya sekadar yg mampu.. TGHA sedar akan hal ini.. Bayangkan kita ditempat beliau.. bolehkah kamu hancurkan sistem ciptaan Roth ini?? Sedangkan negara penuh maksiat dan rakyat bercerai berai? Dan hari2 kita gunakan sistem Roth? Bank,sistem riba etc.. Kemudian kamu dicaci maki kerana tak sokong Mahathir jatuhkan Najib? Mahathir tu nak selamatkan siapa sebenarnya?

DEMOKRASI adalah perjudian getir buat gerakan agama utk mendaulatkan Islam melaluinya. TGHA sedar akan hal ini.. Demokrasi adalah perangkap. Demokrasi adalah jerat. Kalau begitu bagaimana? Bagaimana mahu keluar dari perangkap yg memenatkan ini? KEMBALI PADA MAHA PENCIPTA...

Org ramai hatta orang Islam sendiri tak akan menyokong konsep NEGARA ISLAM jika mereka tak dijelaskan dgn baik apakah itu hukum Islam.

Non muslim tak jadi masalah. Mereka masih minoriti.
Jika org Islam khasnya org Melayu tak yakin dgn agama sendiri, bagaimana org bukan Islam nak yakin dgn undang2 Islam?

Katakan kita boleh pakai prinsipnya yg paling mudah, iaitu suara ramai. Bagaimana jika dlm 10 orang, sorang sahaja yg faham kalimah 'LAILAHAILLALLAH' dan yg lain tidak?

Jika 'bermain' demokrasi, adakah yg sorang itu akan menang? TIDAK SAMA SEKALI. Sebab itu jika 9 org tadi adalah org2 yg bodoh, maka negara akan diperintah oleh org2 yg bodoh dan undang2 bodoh.

Itulah DEMOKRASI. Maka tugas sebenar PAS ialah memasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' kepada hati semua umat Islam yg masih khayal dgn racun Freemason.

Jika majoriti org Melayu/Islam dapat dimasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' yg menjadi hak mereka yg hilang akibat racun penjajah, ke dlm hati mereka, nescaya tanpa perlu ceramah PAS yg berapi-api, mereka akan berbondong2 masuk ke dlm sistem Allah.

PAS perlu mengkaji senario politik global. Belajar apa itu Freemason dan Illuminati. DAN SIAPA PROKSI-PROKSI MEREKA DI SINI.

Dan mereka akan dapat melihat siapa lawan siapa kawan.

Inilah percaturan TGHA di akhir zaman... dan kini beliau sedang hebat dimaki oleh bani Melayu..

Neil

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"