Google Search :

google search:
Google

Wednesday, November 30, 2016

KENYATAAN PRESIDEN UMNO ITU SATU MUSLIHAT

Kenyataan Media PAS Kedah 30 Novembr 2016.

1) Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib bahawa hubungan tegang antara UMNO dan PAS kian mengendur adalah bersifat muslihat politik untuk cuba memerangkap PAS supaya mengikut rentak parti itu. Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa PAS sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara.

2) Apa yang sebenarnya berlaku ialah PAS sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan “amar makruf nahi mungkar” dalam apa jua situasi dan dalam berhadapan dengan sesiapa juga. PAS tidak pernah berkompromi dengan BN dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat dalam pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi angkara BN, isu 1MDB, kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu dalam negara mutakhir ini.

3) Keterbukaan PAS menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) tidak menjadikan PAS larut serta terjebak dengan politik berasaskan ideologi nasionalis, sosialis mahupun sekularis. PAS teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan halatuju politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum.

4) Jika Umno/BN sebagai parti yang memerintah mengumumkan bahawa mereka sudah memalu gendang untuk hadapi Pilihanraya Umum ke 14 dengan meletakkan sasaran menang 134 kerusi Parlimen maka PAS sebagai pembangkang juga lebih awal meletakkan sasaran untuk menumbangkan BN yang sudah terlalu lama berkuasa sehingga menyusahkan rakyat. Di Kedah, PAS bertekad untuk kembali mengambilalih pentadbiran Wisma Darul Aman.

5) Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung kini mungkin menjadi persidangan terakhir mereka sebagai kerajaan di Pusat jika PRU14 diadakan dalam masa terdekat. Sebenarnya, itulah doa dan harapan sebahagian besar rakyat Malaysia kini.

Dr Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah.

Monday, November 28, 2016

Pas sebuah jamaah Islam yg besar di Malaysia.

🌲Kalam Tarbiah🌲

Sahabatku...

PAS tidak sama dgn Jamaat Islami di Pakistan. Utk menjadi ahli Jamaat Islami seseorang mesti melalui empat tapisan baru sah jadi ahli yg dipanggil karkun.

Berbeza dgn PAS yg hanya meletakkan syarat Islam shj utk menjadi ahlinya.

Maka ramai Orang Menyertai pas dgn berlatar belakang dan fikrah yg berbeza dan tujuan yg pelbagai.

Ada dikalangan mereka menyertai PAS tanpa memahami tujuan sebenar perjuangan PAS. Sebagaimana termaktub dalam perlembagaan....

"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."

Namun ada yang masuk PAS dengan berbagai tujuan lain.

➡Ada yang masuk kerana ketokohan seseorang.

➡Ada yang masuk kerana benci kerajaan.

➡Ada yang pilih PAS kerana peluang berniaga, tidak kurang juga yang mahukan pengaruh.

➡Ada juga sertai PAS sebab ikut kawan.

➡Semestinya ada juga yang masuk sebagai agen musuh untuk melihat PAS runtuh.

Semua tujuan yang lain dari maksud apa yang termaktub dalam perlembagaan tidak akan mampu istiqamah hingga kemenangan.

Sedar atau tidak, tapisan Allah sedang dan akan terus berjalan sehingga hari kiamat. Sesi dahulu adalah tapisan, sesi ini juga tapisan, sesi akan datang terus ditapis!

👉mereka yang masuk PAS kerana taajub dengan seseorang, sudah pasti berundur bila Ust Fadzil Noor atau TG Nik Aziz meninggal.

👉Yang masuk PAS sebab benci kerajaan, sudah pasti meluat bila kerajaan beri kerjasama kepada PAS.

👉Yang memilih PAS untuk keuntungan peribadi, tidak teragak untuk tinggalkan PAS apabila difitnah teruk.

👉Yang mahu pengaruh, akan cari wadah lain jika gagal melebarkan pengaruh.

👉Yang ikut kawan, juga akan keluar jika kawan itu keluar.

👉Yang memang mahu PAS runtuh, mustahil akan duduk lagi setelah paku-paku dan skru dicabut satu persatu.

Mereka yang teguh dengan tujuan PAS tidak akan lari selagi tujuan itu tidak lari.

Tidak keluar walaupun tokoh sanjungan mereka cabut lari.

Tetap setia walau kawan jadi lawan atau lawan jadi kawan.

Tidak berganjak walau PAS tidak lagi popular.

Masih tenang walau tidak diberi mandat.

Terus semangat walau orang sekeliling tinggalkan PAS.

Dan akan semakin kuat berpaut apabila melihat ada org PAS sendiri  yang sedang mengkhianati PAS.

Namun berjagalah. Kadang-kadang tujuan asal boleh berubah di pertengahan jalan.

Yang asal pilih kerana Allah mungkin akan tergelincir setelah ditabur kenikmatan jawatan dan kemewahan.

Yang asal pilih kerana benci kerajaan juga boleh berubah setelah mengenali Islam dan mengikuti pengisian tarbiyah.

Tepuk dada, tanyalah iman. Apa matlamat sebenar kita bersama PAS?

Istiqamah sehingga kemenangan

LAJ TARBIAH PAS BAGAN SERAI
5 Syawal 1435h/21 Julai 2015

Thursday, November 24, 2016

SEKAT SEGERA KEKEJAMAN MYANMAR TERHADAP MINORITI MUSLIM ROHINGYA

1. Myanmar yang baharu hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak. Tindakan membunuh, menyiksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan.

2. Kelakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.

3. Tanpa campur tangan badan dunia dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Hazegorvina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani penyelesaian segera.

4. Junta tentera Myanmar mesti menyedari, disebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India. Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar.

5. PAS menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung. PAS juga menyeru seluruh umat Islam menggandakan munajat dan mengajak seluruh warga dunia mengutuk tindakan jahiliyah Myanmar.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
23 Safar 1438H / 23 November 2016

Wednesday, November 23, 2016

PAKATAN NEGARA-NEGARA ISLAM ASEAN PERLU DITUBUHKAN MENGHADAPI KEMELUT ROHINGYA

Isu Rohingya merupakan isu antarabangsa dan kemelut paling buruk kerana jenayah terhadap penduduk Rohingya tiada kesudahan. Walaupun parah, tiada reaksi dari para pemimpin anggota ASEAN. Hanya kedengaran bantahan di kalangan rakyat bawahan tapi tidak diendahkan.

Sebenarnya, pihak kerajaan ASEAN rata-ratanya mempunyai masalah dalam negara persis masalah Rohingya. Seperti Indonesia pernah mempunyai masalah dengan Timur Timor dengan berakhirnya tertubuhnya kerajaan Timor Leste pada 20 Mei 2002. Barangkali inilah tindakan paling aman yang dapat membendung masalah Indonesia-Timur Timor.

Namun, masalah Filipina dengan penduduk Moro tiada kesudahan. Bilangan penduduk Moro adalah satu pertiga dari jumlah penduduk Filipina. Angkatan bersenjata dari kalangan bangsa Moro menentang kerajaan Filipina tiada pula kesudahan. Justeru, Filipina menjemput Malaysia menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut Filipina-Moro. Akhirnya, Undang-undang Asas Bangsamoro telah digubal yang mengiktiraf kepimpinan Moro yang terhasil dari rundingan kerajaan Filipina dengan Kumpulan Pembebasan Bangsa Moro (MILF).

Namun, penyelesaian Filipina tidak juga reda. Malah, konflik merebak ke Lahad Datu, Sabah apabila kumpulan dari bangsa Moro yang mendakwa waris Kesultanan Sulu menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia. Muncullah satu kemelut baru dan konflik panjang antara Malaysia dan sebahagian kecil bangsa Morro. Masalah ini tidak selesai dan mengheret pihak tentera Malaysia menumpukan kawalan rapi di Sabah.

Begitu juga Selatan Thailand terutamanya wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani yang mempunyai kemelut dengan Kerajaan Thailand. Banyak kes sudah berlaku semenjak tahun 1960-an lagi dan paling parah pada 2004. Isu paling popular adalah penahanan penunjuk perasaan di bulan Ramadan yang berakhir dengan tragedi kematian ratusan penduduk Selatan Thailand. Isu ini bagaikan isu etnik yang saling berbalas serangan antara kerajaan Thailand dan pemberontak.

Dengan pelbagai masalah yang timbul di ASEAN, para pemimpin anggota ASEAN bersikap tunggu dan lihat. Lebih mencari titik persefahaman antara anggota ASEAN dari memilih sikap masuk campur urusan negara lain. Bahkan, rantau ini sudah mempunyai kes-kes peringkat antarabangsa membabitkan Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly sehingga mengundang campur tangan Amerika Syarikat.

Apabila timbul isu Rohingya, ia tentu sekali tidak menarik minat anggota ASEAN. Malah, isu Rohingya tidak masuk dalam agenda dalam Mesyuarat Anggota-anggota ASEAN. Namun, ini tidak bermakna negara-negara Islam boleh berlepas tangan dari isu Rohingya. Usah hanya diharapkan suara dari ASEAN. Negara-negara Islam yang merupakan anggota ASEAN boleh berpakat dan bersatu menjuarai isu Rohinggya.

Negara-negara Islam ASEAN yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei sepatutnya menubuhkan sekretariat atau badan keamanan untuk memastikan kaum Rohingya dapat pembelaan sewajarnya. Tindakan ini merupakan tindakan untuk menjamin keselamatan serantau. Bukan hanya menyediakan penempatan pelarian Rohingya sebagaimana amalan sedia ada.

Bayangkan jumlah penduduk Rohingya mencecah angka 1.4 juta orang merupakan bilangan yang ramai. Jikalau kesemua mereka merupakan pelarian, negara-negara ASEAN bakal mempunyai masalah bagi menampung bilangan yang ramai. Tindakan yang wajar adalah membela penduduk Rohingya agar dapat kekal di sana sekaligus mengelak penduduk Rohingya dari menjadi pelarian antarabangsa yang sudah mencecah angka lebih 800,000 orang.

Pakatan negara-negara Islam ASEAN sudah sepatutnya wujud kerana mereka bukan sahaja berkongsi agama, mereka juga berkongsi budaya hidup melayu. Malah, geo-politik Indonesia, Malaysia dan Brunei yang pernah diberi jolokan Kepulauan Melayu merupakan pakatan yang paling serasi dan kuat bagi menghadapi kemelut rantau ini termasuklah isu Rohingya.
Dr. Muhammad Atiullah bin Othman

Monday, November 21, 2016

Waspada wahai pengkhianat, kita ada akhirat

USTAZ ABD RAZAK MUTHALIB
18 November 2016

SIAPA pengkhianat yang tercatat dalam sejarah Islam? Ramai. Bermula semenjak zaman Rasulullah SAW, zaman sahabat, khalifah sehinggalah ke hari ini, pengkhianat tetap wujud. Namun, mereka muncul dalam pelbagai watak dan berlainan cerita.

Khianat zaman Nabi SAW

Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW wujud pasangan pengkhianat suami isteri yang terkenal, bahkan terpahat namanya dalam al-Quran. Itulah Abu Lahab, si pengkhianat yang dilaknat. Satu surah diturunkan memberi ancaman atas kejahatan yang dilakukannya bersama isteri ke atas Rasulullah SAW. Surah Al-Masad menjadi bukti.

Ada juga watak pengkhianat seorang wanita. Kisah Zainab binti Al-Harith juga tidak boleh dilupakan. Seorang wanita Yahudi yang mengambil kesempatan menghidangkan daging kambing yang dicampuri racun. Lalu Rasulullah SAW pun memakan bahagian paha yang menjadi kegemaran Baginda SAW. Turut makan bersama Baginda SAW ialah seorang sahabat bernama Basyar bin Al-Barra' bin Ma'rur.

Selepas menjamah daging tersebut, Baginda SAW memuntahkannya semula dan berkata: "Daging ini memberitahu ku yang ia beracun". Lalu, wanita Yahudi tersebut dibawa berjumpa Rasulullah SAW. Baginda SAW bertanya mengapa dia melakukan sedemikian? Zainab mengaku dia telah memasukkan racun dan berkata: "Aku berkata kepada diriku, sekiranya dia (Muhammad) seorang raja, aku boleh berehat daripadanya (selepas mati akibat racun), tetapi sekiranya dia seorang nabi, maka dia pasti memberitahu ku perihal racun tersebut".

Rasulullah SAW memaafkannya. Tetapi akhirnya beliau dibunuh sebagai hukuman kisas selepas kematian Basyar bin Al-Barra' akibat memakan daging beracun tersebut. (Rujuk: Al-Mubarakfuri, Al-Rahiq Al-Makhtum, (Riyadh: Dar Ibn Jauzi, 2000), m/s 383)

Lihatlah, peranan khianat boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak pernah memilih jantina. Walaupun Zainab binti Al-Harith seorang wanita, namun apabila kejahatan menguasai dirinya, apa sahaja ruang yang ada akan digunakan bagi memusnahkan orang-orang yang tidak disukai.

Banyak lagi siri-siri pengkhianatan terhadap Rasulullah SAW yang dilakukan oleh golongan Yahudi yang terdiri dari kaum Bani Qainuqa', Bani Nadhir, Bani Quraidhah dan juga Yahudi di Khaibar.

Ombak murtad era Abu Bakar

Semasa zaman pemerintahan Abu Bakar Al-Siddiq sebagai khalifah pertama, beliau juga menghadapi detik getir pengkhianatan yang dahsyat. Ombak murtad yang diharungi beliau begitu kuat. Islam menghadapi tentangan ibarat sebuah kapal di tengah samudera yang dilambung ombak dari arah kiri, kanan, depan dan belakang.

Bukan calang-calang orang yang sanggup dan berani mengemudi kapal dalam situasi begini. Namun, ALLAH mengurniakan kepada umat ini seorang nakhoda yang cerdas, tangkas, berani dan tegas. Setinggi mana pun gelombang murtad yang melanda ketika itu, beliau tetap berdiri teguh menghadapi dan memerangi mereka. Itulah Abu Bakar Al-Sidiq.

Ibn Jarir Al-Tabari di dalam Tarikhnya menggambarkan bagaimana peristiwa pengkhianatan dengan murtad ini berlaku. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, Musallamah Al-Kazzab di Yamamah, Al-Aswad Al-Unusi di Yaman, Thalihah bin Khuwailid dari bani Asad, telah murtad semuanya. Diikuti dengan murtadnya seorang wanita, Sajjah binti Al-Harith dari Bani Tamim di Semenanjung Arab. Gejala murtad ini merebak dengan pantas di dalam setiap kabilah seperti kabilah Qadha'ah, Al-Harith, Hawazin, Amman, Hadramaut dan Tuhamah.

Namun, perancangan teliti dan berbekalkan semangat serta tanggungjawab mempertahankan kesucian Islam, Abu Bakar Al-Siddiq bersama sahabat yang lain berjaya mengekang dan mematikan hasutan murtad ini.

Perjuangan Abu Bakar memerangi jenayah murtad di zamannya sentiasa menjadi sebutan apabila sejarah beliau diingati. Akhirnya, hayat khalifah pertama ini berakhir dengan tragedi pengkhianatan juga. Seorang pengkhianat Yahudi telah meletakkan racun di makanannya. Setahun selepas peristiwa ini, Abu Bakar pun wafat.

Najis khianat tetap wujud

Kesan perjuangan Abu Bakar dirasai khalifah kedua, Umar Al-Khattab. Pada era ini, pengkhianatan semakin reda. Umar banyak melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbirannya. Wilayah Islam juga dapat dikembangkan dengan luas. Islam menguasai negeri Syam, Iraq, Yaman, Mesir dan lain-lain lagi. Bahkan, di era ini juga panji Islam dapat berkibar megah hingga menguasai dua kuasa terbesar iaitu Rom dan Parsi.

Namun, najis khianat tetap wujud dan mengotori lantai riwayat hidup Umar Al-Khattab. Sejarah mencatatkan kisah tragis bagaimana hayat khalifah kedua ini berakhir di tangan seorang pengkhianat Majusi. Abu Lu'lu' telah menikam Umar Al-Khattab ketika beliau menunaikan solat Subuh. Si pengkhianat inilah yang= dijulang, disanjung dan dipuja oleh puak Syiah hingga ke hari ini.

Pengkhianatan era Uthman

Kapal Islam bertukar nakhoda. Uthman bin Affan mewarisi khilafah yang ditinggalkan oleh Umar Al-Khattab. Walaupun menara Islam berdiri megah dan semakin tinggi ketika ini, tidak bermakna ia sunyi dari tiupan angin pengkhianatan.

Muncul di era Uthman seorang lelaki berbangsa Yahudi yang telah meniup bara fitnah hingga meletusnya api kebakaran yang dahsyat. Abdullah bin Saba' atau disebut Ibn Al-Sauda' adalah watak lelaki pengkhianat yang jahat.

Menzahirkan keislamannya di zaman pemerintahan Uthman, tetapi menyembunyikan pengkhianatannya. Dalam diam-diam dia telah menyalakan api fitnah dalam kalangan umat Islam. Mempengaruhi umat Islam dengan menabur pembohongan di atas nama Islam. Menghasut umat Islam ketika itu untuk mempertikaikan kelayakan Uthman sebagai khalifah. Hasutannya membawa mesej bahawa Ali yang lebih berhak menjadi khalifah. Akhirnya apabila api fitnah yang ditiup oleh Ibn Sauda' ini menyala marak, penentangan secara terbuka berlaku dan membawa kepada tragedi pembunuhan Uthman bin Affan secara zalim.

Bacalah kisah Abdullah bin Saba' dan kita akan tahu bagaimana pengkhianatannya yang sangat dahsyat. Laman riwayat sahabat terpalit dengan kekotoran fitnah yang dilempar olehnya hingga membawa kepada pertumpahan darah. Manusia inilah yang sebenarnya menjadi pengasas kepada Syiah yang wujud sekarang tetapi cuba dinafikan oleh mereka. Namun, catatan sejarah ini tidak dapat dipadamkan lagi kebenarannya.

Tidak puas hati

Apabila Ali bin Abi Talib mengambil alih peranan khalifah, beliau juga tidak selamat dari kejahatan pengkhianat. Api fitnah yang dinyalakan si Yahudi Abdullah bin Saba' masih marak menyala. Dia dan pengikutnya masih tidak puas hati dengan hanya membunuh Uthman, tetapi sebenarnya ingin membunuh Islam sendiri dan melenyapkannya.

Golongan pengkhianat ini yang membunuh Uthman, tetapi kemudian mereka juga yang berpura-pura menuntut supaya pembunuh Uthman mesti dihukum. Menangislah mereka dengan tangisan air mata buaya di atas kematian Uthman. Mereka mencurahkan lagi minyak di atas api fitnah yang mereka sendiri nyalakan. Umat Islam ketika itu dihasut untuk bangkit menentang Ali bin Abi Talib kerana fitnah bahawa beliau tidak menuntut bela di atas kematian Uthman dan tidak berusaha mencari pembunuhnya. Padahal hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Ali bin Abi Talib terpaksa berhadapan dengan golongan ini. Kisahnya agak panjang untuk diceritakan di ruang yang terbatas ini. Pengkhianatan dan fitnah Abdullah bin Saba' dan pengikutnya inilah akhirnya mencetuskan sejarah hitam di era khalifah yang keempat. Perang Jamal, pembunuhan Zubair Al-Awwam, pengkhianatan khawarij, peristiwa Nahrawan dan hingga membawa kepada tragedi pembunuhan Ali bin Abi Talib. Khalifah keempat ini telah gugur di tangan si pengkhianat dari golongan Khawarij, Abdul Rahman bin Muljam.

Pengkhianat elit

Demikianlah kisah pengkhianatan yang tertulis dalam lembaran sejarah Rasulullah SAW dan empat khalifah utama. Ia tidak mungkin dipadamkan lagi. Kekal sebagai peringatan bahawa berwaspada dengan pengkhianat.

Pengkhianatan tetap berterusan diwarisi pelbagai watak di dalam suasana berbeza. Di zaman sekarang, pengkhianatan boleh berlaku dengan cara yang lebih elit. Mengaut keuntungan harta, menyeleweng khazanah negara untuk kemewahan diri dan sanak saudara, itu juga adalah pengkhianatan kepada amanah yang diberikan rakyat jelata. Waspada wahai pengkhianat. Kita ada akhirat!
Via-Sinar Harian
_______________________________________

MOGA PANKIANAT BACA ARTIKEL INI

Sunday, November 20, 2016

Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga

Keyataan Media PAS Kedah 20/11/2016.

1. PAS Kedah bersama rakan-rakan politik tidak akan memberi laluan mudah kepada BN mempertahankan kerajaan Negeri apatah lagi memperolehi majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

2. Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di konvensyen parti itu, yang mahu meraih majoriti dua pertiga dalam PRU14, adalah kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata. Ia dibuat hanya untuk menyuntik semula keyakinan kepada ahli-ahli Umno yang semakin bercelaru ekoran perpecahan besar yang melanda parti itu sehingga tertubuhnya parti Bersatu. Bukan rahsia lagi, para pemimpin Umno Negeri termasuk Ahmad Bashah sendiri terpaksa turun ke akar umbi untuk memujuk ahli-ahli supaya tidak meninggalkan parti.

3. Sejak diberi mandat semula pada PRU13, BN nampaknya masih kabur dalam merancang pembangunan ekonomi dan urustadbir negeri yang berkesan. Sebagai perbandingan terhadap kegagalan sasaran pendapatan kerajaan Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dicapai 92 peratus pada tahun 2010 dan 98 peratus pada tahun 2011. Sedangkan di zaman BN, sasaran hasil negeri yang berjaya dicapai pada tahun 2014 hanya 79 peratus, manakala 2015 sebanyak 55 peratus.

4. Sebagai kerajaan yang mendakwa mereka terbaik, BN sepatutnya mengemukakan cadangan bagaimana kaedah menjimat perbelanjaan disamping mengurang kebergantungan kepada kerajaan pusat menerusi hutang. Selain itu hendaklah berfikir bagaimana menambah rezab kerajaan bukan dengan mengurangkan milikan Negeri. Semasa Kerajaan PR dijatuhkan dahulu, kedah memiliki rezab sejumlah RM208.9juta (2013). Hari ini rezab Kedah tinggal RM43.31juta. Ke mana ia dibelanjakan?

5.Dalam persidangan DUN Kedah baru-baru ini, ADUN pembangkang, khususnya PAS, telah memperlihatkan mutu perbahasan yang tinggi, jitu dan memahami sepenuhnya isu pentadbiran kerajaan Negeri. Justeru, jika mereka diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui Kedah pada PRU14 nanti, ia tidak membawa masalah yang besar terhadap rakyat.

6. Semoga impian rakyat Kedah untuk melihat berlaku perubahan besar dalam kepimpinan kerajaan negeri akan dapat direalisasikan pada PRU14 nanti.

DR AHMAD FAKHRUDDIN BIN FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
20 November2016.

Thursday, November 17, 2016

Fitnah berterusan: Pejabat Presiden PAS Terima Komisen Lombong?

Cuba Kerja Kuat Sikit Lagi Wahai Pemfitnah.
Saya ada beberapa soalan buat puak pemfitnah dalam isu ini, dan saya sertakan juga jawapan sekiranya mereka tidak mampu jawab;

1. Kenapa tidak dedahkan gambar TGHH sedang solat?
Maklumat yang kami dapati adalah, Tuan Guru Presiden dijemput untuk solat hajat di tapak lombong ini. Lalu, kenapa tidak dimasukkan gambar TGHH tengah solat hajat tersebut? Kenapa hanya gambar TGHH melihat peta/pelan itu sahaja yang disebar sedangkan ianya dibuka dan ditunjukkan oleh individu lain dan TGHH hanya melayan sahaja melihat pelan tersebut.

2. Perjanjian ataupun 'surat aku janji' yang disebar tersebut diarahkan oleh TGHH?
TGHH tidak tahu menahu berkaitan surat perjanjian itu. Dan sekiranya ia benar wujud, maka kenapakah diwujudkan Pejabat Presiden PAS di Taman Melewar sedangkan PAS telah lama beroperasi di Pejabat Agungnya di Jalan Raja Laut.
Keduanya, siapakah Zuraidin Abdullah? Benarkah dia bertugas sebagai Pemegang Amanah Pejabat Presiden PAS? Tahún bila dia masuk bertugas? Wujudkah individu ini di Pejabat Presiden PAS tengan jawatan sedemikian?
Ketiganya, andai kata Surat Aku Janji ini benar wujud, maka naif sangatkah semua yang terlibat untuk menulis dengan jelas di dalam perjanjian tersebut "Pejabat Presiden PAS" ? Sengaja mendedahkan parti dan individu kepada risiko dan bahaya?

3. Projek ini luluskah?
Ia hanya diluluskan dalam mesyuarat JKSM sahaja iaitu Jawatankuasa Mineral yang dihadiri antaranya oleh wakil Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa wakil lain. Sedangkan kelulusan mutlak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) adalah ditolak. Ia tak lulus langsung.

4. Bila MMK tolak, apakah pemohonnya marah dan mengamuk?
Ya, inilah isu yang sebenarnya. Pemohon telah mengamuk akibat permohonannya ditolak dan telah meminta sebuah parti politik yang memang hidup dengan isu fitnah, untuk mencemarkan terus imej TGHH yang pada asalnya dijemput oleh mereka untuk solat hajat sahaja.

Bahkan, pemohon itu sendiri telah menyertai parti pecahan PAS tersebut sebelum daripada tersebarnya gambar TGHH tersebut.

Dan, yang penting juga untuk dinyatakan di sini adalah, pemohon telahpun mengugut untuk mencemarkan imej TGHH dengan gambar tersebut sejak sebelum Hari Raya Korban lalu lagi sekiranya permohonan lombong mereka ditolak oleh MMK.

5. Apapun, puak pemakan fitnah tetap percaya akan cerita tersebut dek kerana mendalamnya benci mereka kepada TGHH. Jadinya?
Sekiranya benar dakwaan puak pemfitnah, di mana bukti transaksi duit yang bernilai jutaan itu?

#mohon sebarkan agar fitnah kembali tidur. TQ

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"