Google Search :

google search:
Google

Monday, December 5, 2016

Politik Dakwah: Langkah Berani Tuan Guru Presiden PAS

1. Apabila tersebar sahaja gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang duduk sepentas bersama PM Najib Razak dalam Himpunan Solidariti Rohingya, terus pelbagai telahan dan andaian dibuat, bergantung kepada perspektif mana ia dilihat.? Samada daripada sisi positif ataupun negatif.
Bagi UMNO, ini adalah peluang terbaik mereka untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka pun bersama PAS membela isu ummat Islam Rohingya. Dalam suasana realiti politik semasa, UMNO perlu mengikut rentak tari pendirian PAS kerana mereka begitu takut kehilangan sokongan orang Melayu-Islam yang boleh menjadi penentu samaada kekal atau tumbangnya Kerajaan BN pada PRU 14 nanti.?

2. Bagi Pakatan Harapan pula, khususnya DAP dan PAN semestinya ini akan dijadikan modal serangan terbaru terhadap PAS.
Maka, dikeluarkanlah dalil oleh juak mereka bahawa adalah haram bersama pemimpin zalim, diungkit semula kisah Amanat Haji Hadi dan segala macam modal kitar semula.
Pada masa yang sama, di Konvensyen DAP para pemimpin PH bersuka ria berada sepentas dengan Tun Mahathir, mantan Presiden UMNO dan PM yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun.
Lawak bukan.?
Seandainya yang berada di atas pentas bersama PM Najib itu adalah Mohd Sabu, Lim Kit Siang atau Wan Azizah maka mereka pun pasti mendabik dada ini politik jiwa besar mereka.
Politik jenis apa sehingga tak boleh langsung duduk semeja antara pemimpin kerajaan dan pembangkang.?
Sebenarnya ada banyak sahaja gambar kemesraan pimpinan DAP bersama pemimpin UMNO, siap berpeluk dan mencuit pipi lagi.
Mungkin dalam benak pemikiran penyokong PH sudah dimind setkan  bahawa apa jua yang PAS buat tetap salah perlu diserang, manakala apa yang pemimpin PH buat semuanya benar, perlu dipertahan.
Mereka yang menyerang itu entah-entah, tidak mendengar pun isi kandungan ucapan Tuan Guru Presiden PAS.
Mereka hanya tahu menyebar, mengedit gambar untuk dijadikan bahan troll dan sajian kutukan perang politik persepsi di alam maya.

3. Bagi PAS, Himpunan semalam adalah medan Politik Dakwah kerana PAS tidak pernah memisahkan unsur Dakwah dan Tarbiah daripada Siasah (Politik). Politik Dakwah adalah Ciri Kedua dalam gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.
Tuan Guru Presiden PAS memanfaatkan sepenuhnya ruang yang diberikan untuk menyampaikan mesej dan pendirian PAS dalam isu Rohingya.
Ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanya 10 minit tetapi ianya jauh lebih berisi dan berfakta berbanding ucapan PM dan TPM yang berucap dengan nada lenggok suara seperti masih berada di atas pentas retorik Persidangan Agung UMNO yang baru selesai sehari sebelumnya.

4. Ucapan Tuan Guru Presiden PAS itu turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui TV arus perdana.
Beliau berucap di hadapan para Menteri, Menteri Besar, Mufti dan para penyokong Kerajaan dan NGO yang hadir.
Bukankah ini peluang dakwah percuma secara terbuka yang dimanfaatkan oleh PAS.?
Tidak ada pula kedengaran dalam ucapan Tuan Guru Presiden PAS itu yang mengampu, memuji mahupun membela UMNO.
Beliau hanya memfokuskan ucapan berkenaan isu Rohingnya sahaja.
Tuan Guru Presiden PAS memulakan ucapan dengan membaca firman Allah, Ayat 39-40 Surah Al Hajj yang bermaksud;

_"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu._
_(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."_

5. Seterusnya, Tuan Guru Presiden PAS menegaskan isu yang berlaku di Myanmar ini bukan sahaja memerlukan campur tangan Malaysia tetapi kesemua negara yang menandatangan piagam hak asasi manusia PBB, piagam Geneva, negara-negara ASEAN yang berjiran, anggota OIC, dan semua pejuang hak asasi manusia.
Kita kini berada di dunia langit terbuka, sebaran media yang memberi maklumat tanpa sempadan dan rasa perikemanusiaan.
Islam mendahului semua agama dan ideologi lain dalam mempertahankan hak asasi manusia.

6. Dalam satu persidangan di Belanda selepas Perang Dunia Kedua, mereka merujuk terjemahan Al Quran bagi menggubal undang-undang antarabangsa. Al Quran mengajar umat Islam menghormati hak orang yang dizalimi termasuk bukan Islam.
Dalam Surat At Taubah ayat 6 yang bermaksud,

_"Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui."_

7. Dalam hubungan antarabangsa, Islam mendahulukan perdamaian, maka langkah diplomatik dan diplomasi hendaklah didahulukan. Tuan Guru Presiden PAS mendesak Kerajaan Malaysia bersama Kerajaan negara lain campurtangan dalam menyelesaikan isu Rohingya ini dan juga suku kaum lain yang dinafikan hak kerakyatan oleh Kerajaan Myanmar.

8. Di mana rasa hati masyarakat antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar dunia.? Mereka campurtangan di Iraq kerana ada petroleum yang banyak, campurtangan di Afghanistan bagi membawa hasil Asia Tengah melalui Lautan Hindi. Mereka mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata sehingga mengenepikan kepentingan kemanusiaan. 

9. Umat Islam berhimpun atas nama kemanusiaan dan persaudaraan Islam. Perkara ini menebusi sempadan politik dan agama. Kita wajib bersatu dalam isu sebegini, kita boleh berbalah tetapi dengan beradab dan berakhlak. Kita perlu mewujudkan ummat yang bersatu, masyarakat madani sepertimana Firman Allah ayat 13 Surah Hujurat yang bermaksud;

_"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari Adam dan Hawa, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu berkenal-kenalan.."_

Taaruf dengan makna berkenalan dan membentuk masyarakat madani kerana satu negara dan satu kaum tidak boleh hidup bersendirian. Kita memerlukan makanan, pakaian, pengangkutan dan segala kemudahan yang tidak mungkin boleh dihasilkan oleh satu pihak sahaja.

10. Apa yang berlaku di Myanmar itu bukanlah masyarakat madani maka  masyarakat antarabangsa wajib campurtangan dengan mendahulukan diplomatik dan diplomasi kemudian langkah darurat yang perlu difikirkan bersama demi menyelamatkan mereka khususnya golongan wanita, orang tua, dan kanak-kanak. Jangan kita hari ini lebih sibuk menjaga hak binatang, hidupan liar lebih penting daripada manusia yang dibunuh dan diseksa. 

11. PAS melalui Tuan Guru Presiden PAS telah menyatakan pendirian tegas dalam isu ini. Semestinya kita mengharapkan Kerajaan bertindak lebih berani dan tegas kerana kuasa ada di tangan mereka.
PAS tidak pernah berdiam diri dalam isu ini, bahkan kita sudah beberapa kali berdemontrasi dan menyerah memorandum kepada Kedutaan Myanmar sejak beberapa tahun lalu.
Jadi, tak usahlah PAN bising kononnya isu ini 'dihijack' oleh parti tertentu.

12. Usul tergempar isu Rohingya oleh YB Kuala Terengganu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, tetapi PAS pula yang dipersalahkan kerana kononnya sebab tidak ada YB PAS bangun berdiri mempertahankan usul PAN.
Untuk makluman, isu penolakan usul itu dibangkitkan pada hari terakhir sidang sebaik sahaja pindaan usul RUU 355 dibacakan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Para Ahli Parlimen PAS hadir dalam sidang media bersama Tuan Guru Presiden di luar dewan pada ketika itu.
Lagipun sejak bila pula PAN masih berharap kepada pertolongan PAS.?

13. PAS memperjuangkan isu Rohingya ini sudah begitu lama semenjak sebelum wujudnya PAN lagi di atas muka bumi ini.
Boleh dikatakan hampir setiap kali sidang Parlimen, Tuan Guru Presiden PAS mengemukakan soalan isu Rohingya bahkan dalam ucapan perbahasan beliau juga turut menyentuh isu antarabangsa ini.
Maka, harapnya kepada PAN khususnya YB Kuala Terengganu yang bising isu 'hijack' ini sedarlah diri kerana kerusi yang dia  sedang wakili sekarang itu pun dimenangi atas tiket PAS bak kata pepatah Melayu, "ayam berkokok berderai derai, ekor sendiri bergelumang tahi".

_Catatan oleh;_
_Syed Ahmad Fadhli,_
_Pegawai Pusat Penyelidikan PAS_

Sunday, December 4, 2016

JAWAPAN KEPADA MEREKA YANG KELUAR DARI PAS LALU MENUDUH PAS NAK BERGABUNG DENGAN UMNO / BN

- baca sampai habis, baru tahu maksud perjuangan PAS.
In Shaa Allah.

Peringatan dari Firman Allah, ertinya;
"Hai orang-orang yang beriman! barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(TQS al-Maidah [5]: 54.

Ibnu Katsir mengatakan, mereka adalah orang yang berpaling dari menolong agama-Nya dan menegakkan syariah-Nya. Diterangkan pula oleh beliau, orang tersebut kembali dari kebenaran kepada kebatilan.
Cipta satu tanggapan atau persepsi negatif (tak kira betul atau tidak) kepada individu atau satu kumpulan supaya mereka dibenci atau tidak disokong lagi atau buatkan mereka berpecah belah, itulah cara perang saraf yang digunakan puak Yahudi zionis laknatullah menghancurkan kerajaan islam. Jangan kita ikut cara itu. Allah merekod segala-galanya.

Dah puluhan tahun PAS dituduh nak bergabung dengan BN tapi kesudahannya dalam PRK, PRN dan PRU, PAS tetap tentang dari dulu kini dan selamanya selagi mereka tak mahu menerima perjuangan PAS untuk melaksanakan pentadbiran negara kita ikut dasar islam termasuklah melaksanakan hukum—hakam Allah secara berperingkat dan berhikmah. Itulah yang membuktikan tuduhan kamu adalah satu perang saraf, menyebar persepsi jahat.

Allah tahu Firaun tidak akan beriman jika diberikan nasihat secara baik sekalipun, namun Allah tetap perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun pergi berdakwah kepadaNya (firaun) dengan lemah lembut.
Firman Allah di dalam Alquran, ertinya;
“Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut” (QS. Thaahaa: 43-44)

Ustaz Nasrudin Tantawi berkata: “Tak takutkah Tok Guru pergi berucap dalam majlis yang ada ramai pemimpn BN/UMNO tu, nanti orang kata nak bergabung, berUG lah".

”Bukan senang dapat undangan berucap depan pemimpin UMNO/BN, Ana kena pergi, Ana nak pergi”. Bukankah Rasulullah S.A.W. ada bersabda. Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi shallallahu‘alaihi wa sallam bersabda;
أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
“Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran (berkata yang baik), di hadapan penguasa yang zalim.” (HR. Abu Daud no. 4344, Tirmidzi no. 2174, Ibnu Majah no. 4011. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan).
"Ana nak pergi”, tegas Tok guru.
Tolong rujuk ucapan Tok Guru kepada pemimpin-pemimpin negara dalam majlis yang kamu ejek dan perlekeh berpakaian sedondon tu. (Alumnai pelajar Al azhar), Tok Guru suruh pemimpin kembali mentadbir negara ikut dasar Islam yang sebenar? Ke tak dengar pun? Ikut2 apa orang kata tok leh...
So, berdosakah Tok Guru nak ikut CONTOH sebagaimana perintah Allah kepada Nabi-nabiNya juga Rasulnya?

Dari dulu kini dan selamanya, In Shaa Allah PAS ditubuhkan untuk mengajak rakyat malaysia termasuk pemimpinnya supaya bersatu berhijrah dari pentadbiran juga berhukum-hakam Taghut kepada cara islam (Allah). PAS boleh bergabung dengan siapa sahaja yang bersetuju dengan dasarnya tapi maaf siapa yang menentang dasar islam, PAS tak boleh bersama dalam agenda politik, namun begitu dalam perkara kebaikan untuk semua rakyat PAS boleh bekerjasama dengan siapa sahaja. Kerana apa yang PAS tentang ialah kemungkaran atau kebatilan juga kuffar, musyirikin dan munafiqin yang menentang syariat Allah, bukan hanya kebaikan untuk umat sejagat.
Firman Allah, ertinya;
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya".
(A-li'Imraan 3:103)

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
(A-li'Imraan 3:104)

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar".
(A-li'Imraan 3:105)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul".
(Al-Mumtahanah 60:1)

"Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka)".
(Al-Mumtahanah 60:2)

QS. 3. Aali 'Imraan : 28.
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu)."

QS. 4. An-Nisaa' : 144.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?"

QS. 5. Al-Maa-idah : 57.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman."

Semoga kita semua mendapat panduan juga pengajaran darinya (Firman Allah). In Shaa Allah..
TAKBIR!!

Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya

Selesai HSUUR dalam 11.30 pagi.Himpunan yang dapat menghimpunkan banyak ngo Islam di Malaysia untuk sepakat dan bersetuju mengenai isu etnik Rohingya yang di tindas.Saya tidak berhajat menghurai siapa yang hadir di atas pentas.

Saya dan rakan-rakan/Jabatan Amal Malaysia yang bertugas di dalam dewan himpunan.JAM di tugaskan khas menjaga hadirin yang hadir dalam dewan yang di putuskan dalam meeting induk penganjur.Suatu penghormatan kerana di dalam meeting dan perhimpunan itu juga ada Polis,DBKL dan agensi-agensi beruniform kerajaan yang lain.

Semenjak dari bermulanya majlis pada jam 8.15 pagi,Pengerusi Majlis sudah menyebut 'Unit Amal'(mungkin dia tidak tahu sudah menjadi Jabatan Amal) mohon mengawal hadirin.Selepas beberapa ketika apabila di tengah-tengah majlis berjalan,nama Unit Amal lagi di sebut.Dalam pada ucapan dari ngo MC berhubung terus dengan Unit Amal untuk kelancaran kemasukkan hadirin yang masuk terlalu ramai.

Di bawah yang hadapan pentas utama berkumpul geng 'baju merah dato Jamal'.Bentuk tubuh yang besar dan sado,muka nampak garang namun bila berhadapan dengan kami JAM mereka juga tolong membantu untuk menenangkan geng mereka dan hadirin yang masuk berpusu-pusu.Ada ketikanya Dato Jamal sendiri berbincang dan berharap kami dapat membantu untuk mengawal hadirin.

Sehingga tamat majlis,kesemua JAM yang bertugas mengawal hadirin tetap teguh Istiqomah berdiri demi kelancaran hadirin yang masuk dan keluar.Semua dapat beri kerjasama dan hadirin nampak berpuas hati dengan tugasan kami.

Bila tamat majlis,kami perlu memegang tangan untuk melepaskan VVIP dan wakil-wakil ngo untuk turun dari pentas dan keluar dahulu,berlaku tolak menolak sedikit dari hadirin namun alhamdulillah keadaan terkawal.Tidak ada kata-kata celaan,ketegangan atau bergaduh kerana 'insiden' itu.

Tahniah pada semua Jabatan Amal Malaysia yang sebahagian besar dari Selangor dan Wilayah serta ada yang dari Pulau Pinang yang turun bertugas.Suatu 'dakwah bil hal' (dengan perbuatan) berjaya di tunjukkan hasil tarbiah daripada para ulamak dan pemimpin di dalam Pas

BerAmal Kerana Allah
Terus Istiqomah Bersama Islam
Ini Penyelesaian Kita

HIMPUNAN SOLIDARITI ROHINGYA : BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA.

1. Hari ini Presiden parti saya diberi peluang berucap dalam Himpunan Solidariti Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa.

2. Ucapan TG Hj Hadi Awang bukan sahaja di dengar oleh puluhan ribu hadirin namun turut ditonton secara 'live' di seluruh negara.

3. Saya duduk sebaris bersama-sama Dato' Takiyuddin Hassan dan sdr Ir Muhtar Suhaili As-Sarawaki betul-betul di belakang TG Presiden PAS. Dalam keadaan kesihatan Tok Guru yang kurang baik maka perlu juga berada berdekatan dengannya.

4. Tok Guru cukup tenang sepanjang masa sama ada sewaktu mendengar ucapan mahupun ketika menyampaikan ucapannya sendiri.

5. Peristiwa ini mengingatkan saya kepada peristiwa bersejarah yang pernah dilakukan oleh almarhum Ustaz Fadzil Nor yang duduk sepentas bersama Dr Mahathir Mohamad di atas isu yang melibatkan umat Islam di Palestin pada 9 Mei 2002.

6. Pada waktu itu, terdapat media cuba untuk menggambarkan bahawa ia adalah titik tolak kepada penyatuan UMNO dan PAS malah terdapat cadangan-cadangan agar PAS dan UMNO meneruskan perbincangan ke arah penyatuan parti Melayu di Malaysia.

7. Kedua-dua himpunan ini dilihat sama walaupun isunya berbeza namun ia dilihat sebagai ke arah penyatuan UMNO dan PAS.

8. Saya percaya kepada kebijaksanaan almarhum Ustaz Fadzil Nor dan TG Hadi Awang. Ustaz Fadzil Nor ada lenggok tersendiri yang sudah pasti tidak sama dengan lenggok TG Haji Hadi. Namun kedua-duanya ada pendekatan yang tersendiri.

9. PAS akan terus komited dan konsisten dengan dasar perjuangannya walaupun ada pihak yang semakin kuat mewiridkan bahawa PAS dan UMNO akan bergabung.

10. Himpunan Solidariti Rohingya membuka ruang kepada PAS untuk terus mendapat kepercayaan rakyat melalui budaya politik baharu yang lebih dekat dengan hati rakyat Malaysia.

Sekian. Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
4 Disember 2016.

Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama lain?

Posted on Friday, December 02 @ 15:47:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu parti yang benar-benar memperjuangkan Islam.

Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang dibuatnya sangat bagus. Sikap kematangan berpolitik harus menilai sesuatu dengan 'mata hati' bukan dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang Presiden PAS menekan dalam muktamar lalu politik matang dan sejahtera. Pasal itu sikap PAS dengan UMNO tidak seperti dulu, kini membuka ruang dakwah dan PAS tidak membangkang membabi buta. Ada perkara baik daripada UMNO perlu kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang pandangan dan pendapat politik.

Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk kepentingan Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.

Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah nabawiyyah.

Ada forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari tertipu dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk makluman anda sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat perseketaan Saidina Ali dan Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan berdasarkan banyak sumber. Jangan kita membaca satu sumber lalu kita menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan dalam membuat rumusan. Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan penulis sirah. Saya mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang saya simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup di sini.

Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.

Sebelum ini mereka berhujah kata mereka  lihat DAP buat pada Islam. Setelah DAP memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap tahun.

Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO yang nama sahaja Islam tetapi mereka perosak agama.

Saya telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6 juta untuk semua sekolah dan pendidikan Islam bagi tahun 2016.

Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh agama lain seperti KRISTIAN dsbnya?

Kenapa DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada sekolah-sekolah agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap MALAYSIAN-MALAYSIAN dimana semua agama mendapat peruntukkan sama?

Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada sekolah-sekolah agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?

Itu saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada pemimpin-pemimpin mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan bulanan 30k, 20k dan 15k melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.

Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?

Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak menghabiskan duit ke tempat lain.

Apa bezanya dengan DAP?

Haji Hassan Omar

Friday, December 2, 2016

Umno Kena Suluh Diri

ust Idris Hj Ahmad
2/12/16

Tidak perlulah merintis dan mengeluh setiap kali PAU mengenai nasib Melayu di negara ini

Umno perlu muhasabah kenapa Melayu masih ketinggalan walau pun Umno sudah 70 tahun wujud.

Selagi pemimpin Umno menganggap menjadi pemimpin untuk mengumpul kekayaan, bukan satu amanah maka inilah hasilnya

Tindakan Umno memalukan bangsa dan agama Islam di kaca mata bangsa lain dan agama lain.

Perlu ingat Melayu tidak akan selamat tanpa Islam. Pembawaan Umno yang hanya retorik dan menjadikan Melayu sebagai umpan ia tidak mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang.

Umno jangan ambil kesempatan dengan meniupkan emosi di kalangan orang Melayu supaya terus berpaut dengan Umno.

Sampai bila Umno hendak berlakon dipentas PAU untuk gambarkan Umno sebagai pembela Melayu

Umno jangan menyalahkan orang lain dan menuding jari ke pihak lain,  kenapa Melayu masih merempat di bumi sendiri.

Siapa yang menjadi broker dan orang  perantaraan  dalam syarikat bukan bumi untuk mendapat projek kerajaan. Semuanya sudah menjadi rahsia umum.

Siapa yang menjadi Ali Baba yang telah turun temurun sejak sekian lama. Berapa banyak syarikat Melayu dan usahawan sejati yang gulung tikar angkara permainan pemimpin Umno.

Suluh diri, muhasabah diri lebih baik daripada menyalahkan orang lain.

.

Thursday, December 1, 2016

Dap musuh Islam

Bukti 1

Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular.

Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2

Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Bukti 3

Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015.
Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4

DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar.
DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5

Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001.
DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia.
Malah DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6

DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7

DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8

DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9

DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10

Pimpinan DAP yang “Islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha Islamisasi.
Isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka  dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

ISLAM MESTI MEMIMPIN.

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"