Google Search :

google search:
Google

Sunday, December 11, 2016

Kedah..MELAYU MUDAH LUPA??? Koleksi Mahathir hina Islam

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

HINA DAN PECAT ULAMA'

Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNO terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini.

"Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).

Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

"Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

"Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

"Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

"Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

"Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

Allah kata (berfirman):
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"

(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):

"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"

"Ulama'  itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-

Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)
dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM  bagi umat Islam  berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir.

Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?

.

Roslan Alan at Saturday, October 29, 2011

Alkisah sekumpulan burung merpati

Tulisan khas untuk ahli PAS…
Baca la sampai habis...sedap cerita ni...

Satu masa dahulu, terdapat sekumpulan merpati yang terbang dibawah pimpinan seorang raja di kalangan mereka untuk mencari makanan.

Burung terkecil yang terbang di barisan akhir mengeluarkan bunyi memberitahu ia ternampak bijiran makanan tertabur di bawah sebuah pokok.

Kumpulan merpati tersebut berhenti dan turun untuk menikmati bijiran yang dijumpai.

Tiba-tiba ada benda berat terjatuh ke atas mereka.

Kumpulan merpati itu terkejut untuk mendapati mereka kini terperangkap di dalam satu jaring.

“Habislah kita kali ini. Maafkan saya. Saya tak patut suruh henti makan bijiran ini,” kata burung terkecil itu penuh kekesalan.
Kumpulan merpati itu bertambah panik apabila melihat pemburu burung sedang berlari ke arah mereka.

Raja burung merpati menyuruh semua anak-buahnya bertenang dan memberikan satu idea bijak.

“Mari kita memegang jaring ini dengan paruh kita dan terbang bersama jaring ini. Bersama, saya yakin kita dapat menahan berat jaring ini,” kata Raja burung.

Pemburu burung semakin menghampiri kumpulan merpati, tetiba kumpulan merpati terbang ke langit bersama jaringnya.

Pemburu burung terpegun dan marah kerana kehilangan semua hasil tangkapannya selepas susah payah menabur bijiran di lantai untuk menipu burung.

Kumpulan merpati tersebut terbang dan singgah di perkarangan satu masjid, di mana rakan Raja burung, seekor tikus menginap di sana.

Raja burung meminta tikus untuk menggigit jaring supaya anak-anak buahnya dapat melepaskan diri. Tikus memulakan kerja dengan sepenuh hati dan tidak lama kemudian, semua burung merpati bebas.

Mereka mengucapkan terima kasih pada tikus dan terbang semula ke langit bersama Raja burung dengan megah dan lebih bersatu padu – dan lebih bijak melihat mana satu perangkap, dan mana satu makanan sebenar.

Pengajaran: Tak kira betapa sukarnya cabaran yang kita terpaksa lalui di dalam jamaah kita, kita akan mencapai kemenangan sekiranya kita bersatu dan bersama-sama menghadapi masalah bersama.

Senyum.
~ TITM ~
#istiqamah
#berdiri_teguh_bersama_ulamak

PAS Pilihanku

1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 10 Disember 2016 telah bersetuju untuk meluluskan gerakerja penambahan keahlian PAS secara besar-besaran di seluruh negara.

2. Kempen ini dinamakan PAS PILIHANKU dan YB Dato' Iskandar Abdul Samad selaku Naib Presiden PAS telah dilantik sebagai Pengerusi manakala Jabatan Setiausaha PAS Pusat akan bertindak sebagai Jawatankuasa Perlaksana. Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS akan melaksanakan tugas sebagai Timbalan Pengerusi.

3. Kempen ini dijangka akan dilancarkan pada 21 Januari 2017 di Shah Alam dengan sasaran menghimpunkan 10,000 ribu anak muda.

4. Terdahulu, PAS telah melancarkan Pendaftaran Keahlian secara atas talian (online) pada 24 November 2016 yang lalu bagi mereka yang ingin memohon menjadi Ahli PAS Daftar Terus (Seumur Hidup).  Sila ketik (click) ke https://keahlian.pas.org.my untuk proses permohonan tersebut.

5. Pendaftaran secara atas talian ini telah mendapat sambutan yang sangat baik apabila kira-kira 800 borang permohonan telah diisi untuk menyertai PAS dalam tempoh 10 hari yang pertama sistem ini dilancarkan.

6. Borang permohonan juga boleh dimuat turun (download) melalui pautan di bawah ;
https://www.pas.org.my/keahlian/borang

7. Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Kaunter Pendaftaran Keahlian PAS dan Kaunter Daftar Pemilih mestilah dibuka di semua peringkat dalam setiap program yang melibatkan PAS bersama masyarakat.

8. Seluruh ahli PAS adalah diseru untuk terlibat dalam kempen ini. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Sekian. Wassalam.

"PAS PILIHANKU"

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Sekretariat Kempen PAS Pilihanku
11 Disember 2016

Saturday, December 10, 2016

Perang Mahathir Dan Istana..

Kita tidak boleh lupa bahawa Mahathir yang mengisytiharkan perang ke atas Almarhum Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, dan memanggilnya penyeludup. Sultan Ismail telah mengimport Lamborghini Diablo atas nama anaknya dan Mahathir merampas kereta apabila ia tiba di Lapangan Terbang Subang.

Sultan begitu murka dia meminta pegawainya untuk pergi ke pejabat Kastam di Subang dan mengambil kereta dengan paksaan. Pegawai Kastam hanya berdiri dan memerhatikan pegawai Sultan memandu kereta ke luar. Mahathir kemudian mengumumkan bahawa Sultan adalah penyeludup kerana dia tidak membayar apa-apa cukai ke atas kereta tersebut.

Sebenarnya Sultan dan Putera Mahkota dibenarkan sebilangan kereta bebas dari cukai. Dan Kerajaan Negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan yang memutuskan ini. Mahathir tidak jelaskan kepada rakyat tentang perkara ini. Sebaliknya beliau memberitahu rakyat bahawa Sultan Ismail Petra ayahanda Sultan Kelantan kini dan Agong adalah penyeludup.

Kerajaan Kelantan digugat dengan isu Lamboghini (1992)

Tambahan (lagi kepada melancarkan perang khianat terhadap jenayah raja yang saya nyatakan di atas – yang saya akan tunjukkan secara terperinci kemudian), adalah penampilan Mahathir pada konvensyen DAP hujung minggu lalu dan perjanjian dengan Lim Kit Siang serta Mahathir terlibat dalam Bersih dan kuning yang sedang digunakan sebagai identiti Bersih.

Kuning adalah warna diraja dan sebab kenapa Bersih menggunakan warna kuning pada tahun 2007 adalah untuk menunjukkan kesetiaan kepada Agong ketika itu (DYMM Sultan Terengganu). Pada tahun 2007, Bersih adalah sebuah gerakan untuk menyerahkan Petisyen Pilihan Raya kepada Agong dan kemudian terpulang kepada baginda untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan mengenainya. Hari ini, Bersih adalah mengenai untuk menewaskan Najib, Umno dan Barisan Nasional dan untuk memadam dominasi politik Melayu dan menggantikannya dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP.

Sebab DAP membubarkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan adalah supaya mereka boleh menendang PAS keluar dari gabungan itu. Dan sebab yang mereka lakukan ini adalah untuk menentang RUU355, yang melibatkan pindaan Syariah bagi Negeri Kelantan.

Anda tidak mahu mengundang masalah dengan Sultan ini: DAULAT TUANKU!

Sultan Kelantan adalah ketua agama Islam di negeri itu. Mengapa DAP, parti yang dikawal oleh orang-orang Kristian Evangelist, memberitahu Kelantan apa yang boleh dan tidak boleh lakukan mengenai undang-undang syariah di negeri ini? Kit Siang dan DAP telah melancarkan perang salib terhadap syariah sementara itu, mereka mengabaikan peranan dan kuasa Sultan Kelantan dalam perkara ini. Dan Mahathir telah menjadi Barua DAP, parti yang menganggap Islam sebagai musuh dan memberitahu Kelantan apa yang boleh dan tidak boleh buat.

Sebab itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan Sultan Kelantan Murka. Ditambah lagi dengan perkara-perkara lain dan Mahathir bernasib baik memandangkan hukuman mati tidak dikenakan kepadanya. Kita akan bercakap tentang punca utama kepada semua sebab-sebab mengenai mengapa Mahathir dibatalkan jemputan ke majlis pertabalan Agong selepas menerima jemputan sebelum itu.

Kerabat DiRaja Kelantan

Pada tahun 1975, Majlis Raja-Raja melantik Sultan Yahya Petra sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia mengantikan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah Kedah yang menamatkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Agong. Malangnya, Sultan Yahya tidak melengkapkan tempoh beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong. Beliau mangkat di Kuala Lumpur pada 29 Mac 1979. Beliau telah digantikan oleh anaknya – Tengku Ismail Petra yang kemudian memerintah sebagai Sultan Ismail Petra – kadang-kadang dikenali sebagai Sultan Ismail II Kelantan.

Sultan Ismail Petra berkahwin dengan Tengku Anis – anak perempuan Tengku Abdul Hamid dari Pattani dan Tengku Azizah (anak perempuan Tengku Seri Maharaja Muhammad Hamzah yang dinyatakan sebelum ini). Sultan Ismail Petra memerintah Kelantan dari tahun 1979 hingga 2010. Pada tahun 2009, beliau dimasukkan ke hospital dan terlantar di katil. Pada tahun 2010, Majlis Raja-Raja di Kelantan menyingkirkan Sultan Ismail Petra dari takhta dengan memihak kepada anak sulungnya – Tengku Muhammad Faris Petra yang kemudiannya memutuskan untuk memerintah sebagai Sultan Muhammad V Kelantan. (Orang Dua Belas)

credit Malaysia Today

Thursday, December 8, 2016

KERAJAAN PAS KELANTAN DIGUGAT DENGAN ISU LAMBORGHINI SULTAN KELANTAN (23 MAC 1992)

Sendiri mahu ingat la....

Dalam tahun 1992, usaha menggugat Kerajaan PAS Kelantan telah melalui tahap yang lebih mencabar apabila berita tentang kereta Lamboghini Daiblo 'dilarikan' oleh Sultan Kelantan didedahkan kepada umum.

Isu kereta Lamboghini ini telah berbangkit kerana permusuhan Umno dengan Istana Kelantan yang menyebabkan baginda Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bertindak membawa keluar kereta tersebut dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 Mac 1992, tetapi mula disensasikan pada 23 Mac 1992.

Serangan peribadi terhadap Sultan Kelantan ini berkait rapat usaha Umno menggugat Kerajaan PAS Kelantan yang dituduh oleh mereka menang kerana campur tangan Sultan Kelantan dalam politik kepartian.

Isu Lamborghini ini bermula apabila Sultan Kelantan bertitah kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dalam bulan November 1991 tentang hasrat baginda untuk membeli kereta tersebut dari Itali dengan wang baginda sendiri dengan dikecualikan cukai import.

Pada 2 Mac 1992, ketika kereta tersebut telah tiba di Subang, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Kastam enggan membenarkan kereta tersebut dikeluarkan dari Kompleks Kargo sehingga Sultan Kelantan membayar duti import yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

Usaha Sultan Kelantan untuk berunding dengan pihak kastam dan Menteri Kewangan telah gagal sehingga 16 Mac 1992, yang menyebabkan baginda bertindak pada 19 Mac 1992 untuk mengambil sendiri kereta tersebut di Kompleks Kargo Subang itu.

Isu Sultan Kelantan dimainkan oleh Umno sejak akhir 1990 apabila mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990 yang didakwa berpunca dari pergeseran Sultan Kelantan dengan Umno dan hubungan rapat baginda dengan pakatan PAS-APU.

Pada 1 Disember 1990, Perhimpunan Agung Umno telah meluluskan usul untuk menyekat Raja-raja Melayu dari terlibat dalam politik, yang diikuti oleh siri-siri penghinaan terhadap Sultan Kelantan seperti perhimpunan haram di hadapan Bangunan Umno Kelantan diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ibrahim Ali yang diikuti pula oleh kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Che Alwi Che Ahmad yang menuduh Sultan Kelantan berpolitik.

Far Eastern Economic Review pada 28 November 1991 melaporkan serangan Umno terhadap Sultan Kelantan dan Raja-raja Melayu secara terbuka di media.

Untuk melegitimasikan tindakan Umno terhadap Sultan Kelantan dalam usaha mereka menggugat Kerajaan PAS Kelantan ini, maka isu kereta Lamboghini ini menjadi senjata terbaik Umno.

Walaupun isu ini pada asalnya hanyalah isu pentadbiran antara Istana Kelantan dengan Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Kewangan, tetapi pada 23 Mac 1992, rakyat Kelantan dikejutkan oleh pendedahan kepada media kononnya Sultan Kelantan telah 'melarikan' kereta tersebut tanpa membayar cukai.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Mac 1992 ketika mengulas isu ini menyifatkan ia adalah satu penganiayaan terhadap Sultan Kelantan sekali gus memalukan Kerajaan PAS Kelantan, sedangkan sejak 2 hingga 21 Mac 1992 Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk berunding dengan Menteri Kewangan, tetapi ia tidak dilayan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 23/3/2016

credit Jebon Bon

Ini sudah melampau, kempen untuk boikot *PASTI*

Untuk orang PAS, kita mohon jangan hantar anak² ke sekolah IKRAM/PAN, hasil didikan di sini akan melahirkan khadam² DAP yang menolak hukum Allah.
RANGKAIAN SEKOLAH-SEKOLAH MUSLEH IKRAM / PAN

SEKOLAH RENDAH:
1.SRI Al-Azhar, Jitra, Kedah
2.SRI Al-Islah, Sg Petani, Kedah
3.SRI Al-Itqan, Bayan Lepas, P. Pinang
4.Sekolah Tahfiz Islah, Tok Bedu, P. Pinang
5.SRI Al-Furqan, Kuala Kangsar, Perak
6.SRI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
7.SRI Al Hidayah, Seri Iskandar, Perak
8.SRI Al-Amin, Gombak, Selangor
9.SRI Al-Amin,Taman Keramat, Kuala Lumpur
10.SRI Al-Amin Bangi, Selangor
11.SRI Al-Amin Kuching, Sarawak
12.SRI Hira’, Klang, Selangor
13.SRI As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan
14.SRI Hidayah, Johor Bharu
15.SRI Aman Kota Bharu, Kelantan
16.SRI Al-Amin Kuala Terengganu, Terengganu
17.SRI Al-Amin Dungun, Terengganu
18.SRI Al-Amin, Kemaman, Terengganu
19.SRI Al-Amin, Kerteh, Terengganu
20.SRI Al-Amin WP@Wangsa Maju
21.SRI Aman, Wakaf Bharu, Kelantan
22.Sri i-Musleh, Melaka
23.SRI Al-Amin Paya Besar, Kuantan
24.SRI Al-Amin Nilai
25.SRI Al-Amin Cheras Selatan
26.SRI Aman Machang, Kelantan

SEKOLAH MENENGAH:
1.SMI Al-Azhar, Jitra, Kedah
2.SMI Al-Islah, Sg Petani, Kedah
3.SMI Al-Itqan, Pulau Pinang
4.SMA Tahfiz Islah, Tok Bedu, P. Pinang
5.SMI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
6.SMI Al-Amin, Gombak, Selangor
7.SMI Hira’, Jeram, Selangor
8.SMI Al-Amin, Bangi, Selangor
9.Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan
10.SMI Hidayah, Johor Bharu
11.SMI Aman, Kota Bharu, Kelantan
12.SMI Al-Amin, Kemaman, Terengganu
13.SMI Al Amin Bestari d’Merlimau, Melaka

Pas 4 All

credit  Syam Woo Sung

Tuesday, December 6, 2016

Dekat Mana Salah TGHH Ustaz Idris Hj Ahmad

4/12/16
Apa masalahnya TGHH hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini. Ada yang kata munafik kepada Pas. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.
Persoalanya dekat mana yang salah TGHH?. Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya?. Adakah TGHH baca ayat Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul?. Adakah TGHH terkeluar tajuk? Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama?. Adakah Salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam. Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah. Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno.
Ada yang tafsir ayat "Jangan kamu cenderung dengan kezaliman". Seolah-olah TGHH sokong orang zalim, maka ia akan disambar oleh api neraka. Salah kerana TGHH duduk sebaris dengan PM, nanti akan disambar oleh api neraka. Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka.

Kesimpulannya, marah kerana yang pergi itu TGHH. Yang berucap itu pemimpin Pas, kalau pemimpin mereka Ok. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di "taqdiskan" (disucikan). Fahamlah dengan kaca mata Islam,bukan emosi. Rujuklah Quran, Sunnah, Sirah. Pas tidak akan tunduk kepada sesiapa. Selagi tidak bertentangan dengan Islam dan syariat Pas akan terus bekerja untuk menegakkan Islam. Pas tahu jalannya sukar dan jauh. Mereka yang ada agenda yang jahat akan terpelanting. Kalau Umno BN ada strategi dan ada agenda tersendiri,  Pas juga ada strategi dan tawakkal kepada Allah SWT. Perancangan Allah lebih hebat.

CUKUPLAH puluhan tahun menyusahkan dan menyulitkan ulama² seluruh dunia.
Org Islam jom lah solat fardhu BERJEMAAH di masjid² kita di seluruh daerah dan Dunia.
*Allah pasti bantu*

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"