Google Search :

google search:
Google

Tuesday, January 24, 2017

PAS PARTI YG PELIK

Pertama yang pelik bagi PAS ini ialah PAS dimusuhi oleh kedua-dua belah pihak. PAS dimusuhi oleh pemerintah dan PAS juga dimusuhi oleh pembangkang. Apa yang tak kena pada PAS ini? BN serang PAS dan bermati-matian. Blok pembangkang juga serang PAS siang dan malam. PAS pun bangkit bangun berhadapan dengan sesiapa sahaja di kiri dan kanannya yang cuba menikamnya. Peliklah PAS ini.

Dalam keadaan kawan dan lawan berjuang demi Putrajaya, PAS pula berjuang demi redha Allah. Orang lain kata PAS ini gila kerana berjuang untuk kalah. Yang peliknya, orang gila inilah yang sibuk mencatur gerakan massa. Orang tak gila pula sibuk mencatur kabinet bayangan, Orang gila inilah yang tidak duduk sebelum berlunjur. Orang tak gila pula  burung terbang dipipiskan lada.

Yang peliknya, dalam mengharapkan redha Allah, orang PAS-lah yang berjuang pelik-pelik. Orang lain berjuang apabila dihulurkan habuan. Ada duit minyak ada duit tambang. Ada bekal, ada makanan, ada upahan. Orang PAS pula turun ke medan sambil menghulurkan wang. Orang lain berjuang kerana rasa partinya akan menang. Orang PAS berjuang walaupun tahu partinya selalu kalah berjuang.

Peliklah PAS ini. Orang lain berimankan undi non-muslim penentu pemenang. PAS pula beriman dengan pertolongan Allah. Allah kata pertolongan-Nya dekat. Orang PAS yakin kemenangan itu semakin hari semakin dekat walaupun sudah menjangkau puluhan tahun. Inilah peliknya orang PAS. Mereka tak pernah ragu dengan janji Allah.

Orang lain mengangkat pakar yang berkiblatkan akal. PAS pula mengangkat pakar ilmu wahyu. Gahnya orang lain dengan kajian dan data yang bersumberkan hukum akal. PAS tidak. PAS dilihat lekeh kerana bersumberkan hukum wahyu. Orang lain sudah merasakan mereka telah jauh ke depan kerana akal. PAS pula yakin mereka sentiasa ‘evergreen’  kerana selari dengan wahyu.

Ya PAS memang pelik.  Orang lain takut menuntut syariah kerana takut hilang sokongan rakyat. PAS tegas dengan Islam. Kamu nak benci, bencilah. Kalau nak kalah, kalahlah. Orang PAS memang pelik. Ketegasannya gila-gila. Keyakinannya gila-gila. Pengorbanannya gila-gila. Kerja pilihanayanya gila-gila. Istiqamahnya gila-gila. Ini pelik orang PAS.

Puncak  segala kepelikan ini teringat aku akan hadis Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing,pelik). Dan ia akan kembali asing (pelik) pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing (pelik)".

..dR PAS..

credit My Freind

Adakah Rakyat Malaysia yg majoritinya Islam mahu Bukan Islam memerintah

Kedudukan kerusi parlimen dalam PH..

Kerusi parlimen PH sekarang..

Pan - 6      Islam 6..

Pkr - 28     Islam 16..
                  Bukan islam 12..

Dap - 37    Islam 2..
                  Bukan islam 35..

Jumlah Bukan Islam  = 47
Jumlah Islam = 24
Jumlah Keseluruhan = 71

Dalam PH, jumlah kerusi Bukan Islam dua kali ganda daripada kerusi Islam..

Nak bentuk kerajaan minima 112 kerusi dari 222..

Jadi PH perlukan 40 kerusi parlimen. Adakah PH mampu memperolehi 40 kerusi dan mampukah Ahli Parlimen Islam menjadi majoriti dalam PH..?

Adakah Rakyat Malaysia yg majoritinya Islam mahu Bukan Islam memerintah kamu..?

Apa akan berlaku jika kuasa politik org Melayu Islam hilang di tanah air sendiri..?

.dR PAS.

Sunday, January 22, 2017

Jemaah Islamiah

Buktikan PKR itu jemaah Islamiah atau PAN itu jemaah Islamiah yang lengkap dalam erti merangkumi seluruh aspek kehidupan.Atau buktikan Umno itu jemaah Islamiah atau apa apalah.cabaran ini ditujukan kepada mereka mereka yang menafikan PAS sebagai jemaah Islamiah dan mengganggap PAS cuma sebuah parti politik yang gagal memerintah Terengganu dan Kedah.

Buktikan juga di Terengganu tak ada peningggalan jasa PAS sampai hari ni, Tiada penghapusan tol jambatan Sultan Mahmud, tiada komplek pernigaaan Paka dan Bukit Kuang serta tiada pasar borong di Kemaman serta pasar Binjai.Itu sebagai tambahan saja tapi yang utama ialah buktikan samada PKR atau PAN atau Umno itu jemaah Islam yang lengkap dan besar sebelum mengatakan PAS tidak jaga Islam dan hanya sebuah parti poitik yang gagal.

PKR sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355 serta menekankan kepada keadilan Islam, tapi setakat mana tindakan PKR dalam menuju keadilan Islam itu, apakah dengan qazaf sahaja keadilan Islam itu tertegak? bagaimana pula kes sekedudukan antara perempuan Muslim dan lelaki kafir? Apakah itu tidak termasuk dalam keadilan Islam?

Bolehkah kita terima PKR sebagai jemaah Islam dengan penegasan mereka mengenai keadilan Islam tapi megambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355.Kalau RUU 355 itu melampau dan cuma usul persendirian, apa pula sumbangan PKR untuk menjaga Islam dari terus di hina oleh LGBT, Liberal dan gadis Islam terus dizinai oleh lelaki bukan Islam?

Begitu juga dengan PAN yang mendakwa progresif itu, di mana ciri ciri jemaah Islamiah yang dihendaki oleh Nabi terdapat dalam PAN? Adalah kerana mereka berbaik dengan DAP yang menentang Hudud itu sudah boleh diterima PAN sebagai jemaah Islamiah?

Umno pula sudah jelas menerima Islam separuh dan menolak separuh yang lain.Ibadat ibadat perseorangan Umno cukup hebat,Masjid masjid antara yang tercantik di dunia, tetapi bila tiba untuk perlaksanaan hukum, Umno kata Hukum ALLAH itu tidak boleh dipakai di Malaysia sebaliknya hukum penjajajah yang lebih bersifat yahudi dan nasrani sesuai digunakan di Malaysia.Jemaah Islam kah ini?Bolehkah mereka jaga Islam kalau besifat begini?Bolehkah anak gadis muslim diselamatkan dari dizinai oleh pemuda bukan Islam?

Cuba tanya diri kita sendiri, apakah jawabannya!

Untuk perhatian, setakat ini cuma PAS satu satunya yang memiliki ciri ciri jemaah islamiah yang lengkap serta satu satunya jemaah yang berusaha meletakkan had atau sempadan kepada anak gadis melayu dari dizinai oleh pemuda bukan Islam, samada berjaya atau tidak masih belum dapat dipastikan. Tapi itulah kedudukan terbaik kita setakat ini, mengaku atau tidak...
#Istiqamah

Friday, January 20, 2017

Pas baca masa depan demi perpaduan negara

Beginilah pandap yg gagal membaca politik masa depan. Kembali kpd konsep idea UG , kerajaan tanpa pembangkang yg d lontarkn oleh Tghh pd tahun 2008. Kmudian beberapa tahun selepas itu dgn idea Konsensus National oleh anwar dan Kerajaan Bersama oleh LKS. Ini tdk mengherankan kerana pandangan politik Tghh jauh k depan 10tahun malah anwar dan LKS juga telah lewat memahami. Ini kan pula pengikut mrk seperti pandap dan yg lain.

Baiklah, apabila senario d mana tiada mana2 blok yg memperolehi majoriti mudah samada PH, Pas atau BN maka keputusan stalemate berlaku. Ketika ini akan berlaku pinangan oleh blok PH dan BN kpd Pas. Adakah Pas akan membuat pilihan?

Sudah tentu ketika ini walaupun bil kerusi Pas tdk lah amat besar ttpi mengcukupi utk menentukan satu2 kjaan dpt d bentuk. Pas telah menjd kingmaker.
Berbalik kpd soalan Pas akan memilih pihak yg mana? Sudah tentu Pas tdk akan berpihak kpd BN atau PH ttpi d sinilah idea UG yg d lontarkn bertahun2 yg lalu akan d terima pakai. Semua pihak menjd kjaan. Sebuah kjaan campuran, kerajaan tanpa pembangkang ttpi masing2 boleh menjln kn semak dan imbang dgn memantau kerja2 diantara mrk.

Jika masih jugak PH dan BN tdk bersetuju, Pas d pimpin Tghh masih lg berupaya memberi penyelesaian dgn idea kerajaan teknokrat. Idea ini telah pun d lontarkan oleh Tghh beberapa tahun kebelakangan ini. Google lah utk mendpt penerangan lanjut.

PAS peneraju siasah negara.

Wallahua'lam
#Istiqamah

menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada parti chauvinist DAP

*HUBUNGAN PAS DAN PPBM SEMAKIN SUKAR DICAPAI*

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat hubungan kerjasama antara PAS dan PPBM semakin sukar dicapai berikutan desas-desus terbaru, ada persetujuan antara PPBM dan DAP untuk menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada parti chauvinist tersebut. Sekiranya desas-desus ini benar, PAS diyakini akan bertindak tegas untuk tidak lagi mewujudkan apa-apa hubungan kerjasama dengan PPBM.

Khabar angin mengenai adanya pakatan sulit antara PPBM dan DAP untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang ditiupkan oleh Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Pengerusi DAP, dalam portal berita Malaysia Outlook, 31 Disember 2016 yang lalu. Selain daripada itu, Lim Kit Siang juga dikatakan akan menjadi Menteri Kewangan mengikut pakatan tersebut.

Tunku Aziz di dalam portal berita yang sama, konsisten dengan dakwaannya malah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah menafikan tuduhannya. Dakwaan Tunku Aziz ini mulai memperlihatkan kebenarannya apabila Tun Dr Mahathir sendiri mengaku bahawa DAP memang meminta jawatan Timbalan Perdana dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh portal berita Antarapos semalam.

Perkembangan terbaru ini sememangnya mengejutkan, dan PPP yakin ia akan merencatkan sama sekali siri pertemuan antara PAS dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama. Buat masa ini, PAS sama ada melalui Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, belum membuat apa-apa keputusan untuk bekerjasama dengan PPBM. Yang ada ketika ini hanyalah siri-siri pertemuan dan program bersama untuk menerokai dan menjalin hubungan tersebut.

Dengan perkembangan terbaru ini, iaitu adanya pakatan sulit memberi DAP jawatan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, PPP yakin akan menutup terus ruang kerjasama antara PAS dan PPBM. PPP juga yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS akan menentang keras sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan-jawatan utama dalam kerajaan seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

20 Januari 2017
22 Rabiulakhir 1438

Bahtera PAS insyallah akan istiqamah terus berlayar menuju destinasi kita

Ramai dah sahabat-sahabat beri ulasan darihal kenyataan Rafizi berdasar kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI).

Sahabat saya MSO dalam postingnya terus menghukum PAS berdasar bacaan politik bergeliga Rafizi itu.

Itu hak masing-masing dan saya yakin PAS sedikit pun tidak terusik dengan dapatan yang "super" hebat itu.

PH dan Bersatu menang dan masuk Putrajaya. PAS kalah besar dan tersingkir dari Dewan Rakyat.

Apa pun sentimen anda pagi Jumaat ini saya mahu berkongsi satu pengalaman.

Sebelum PRU 2008 dulu saya ketika itu bertugas sebagai SU Akhbar Presiden PAS. Ketika itu fokus seluruh pimpinan dan ahli PAS adalah untuk mempertahankan negeri Kelantan yang kita menang dalam PRU 2004 dengan majoriti tipis.

Datanglah "pakar" PAS yang hari ni telah melompat ke Pan. Beliau ketika itu kira level separas Rafizi hari ini. Ber "geliga" dan pakar seba-serbi.

Beliau mohon untuk bertemu mata dengan Tuan Guru Presiden bagi membentangkan angka-angka dan bacaan politiknya mengenai PAS buat PRU 2008.

Tuan Guru setuju dan saya diajak bersama.

Lalu dibentangkannyalah hujah-hujah dan bacaannya. Berhelai-helai kertas diulasnya satu persatu di hadapan Tuan Guru. Dan Tuan Guru saya perhati tekun mendengar tidak langsung menganggu. Itulah Presiden kita " a good listener".

Ringkas cerita sama macam bacaan Rafizi PAS akan kalah teruk .... kalah semua kerusi atas pelbagai alasan termasuk kerana kononnya pendekatan yang terlalu keras, terlalu inklusif, tidak mesra pengundi dan berjela-jela lagi alasan yang disokong dengan angka-angka.

Saya yang mendengar turut gelisah.

Allah bayangkan kita kalah termauk di Negeri Serambi Mekah yang  ketika itu Almarhum Tok Guru MB nya.

Apa reakai Tuan Guru Presiden?

Beliau ucap terima kasih kepada doktor Phd berkenaan dan ambil maklum semua "point" nya. Namun kata Tuan Guru satu faktor penting yang beliau tersangat yakin yang malangnya tiada tempat dalam ulasan betjela-jela tadi adalah "bantuan Allah swt"!

Saya pula yang terpegun. Mana mungkin kita gerakan Islam boleh menidakkan elemen bantuan Allah swt ini.

Akhirnya sebagaima anda semua maklum, apakah prestasi PAS pada PRU 2008 itu?

Kita bertahan lebih kemas di Kelantan, menang dan membentuk kerajaan campuran di Kedah, Perak dan Selangor.

Malam keputusan PRU itu saya bertugas 24/7 di Pejabat Agung PAS. Satu demi satu keputusan diterima, meleleh air mata saya mengingatkan faktor penting yang dipegang kuat oleh Tuan Guru Presiden PAS, subhanallah.

Lalu tiggalah kajian "pakar" tadi atas kertasnya.

Kesimpulannya PAS tidak boleh berdiam diri. Programnya perlu dipertingkatkan. Bagi kita perjuangan ini bukan sekadar untuk buka pintu di Putrjaya tetapi lebih besar lagi untuk membuka pintu syurga Allah swt.

Biarlah Rafizi dan Pan seronok dengan kajian mereka. Kita pun sebenanya ada kajian kita yang jauh berbeza dari dapatannya itu tetapi tidak perlu dikeluarkan jika semata untuk berseronok-seronok.

Bahtera PAS  insyallah akan istiqamah terus berlayar menuju destinasi kita.
SAUDARA ROSLAN Sms

Tuesday, January 17, 2017

Pembangkang berpeluang cerah untuk menang dengan syarat Amanah dibubarkan

Oleh ahli tegar pembangkang:

Pembangkang berpeluang cerah untuk menang dengan syarat Amanah dibubarkan, kerana faktor2 berikut:-

1. Pas dan Dap tidak perlu berkerjasama kerana pasaran pengundi yang berbeza. Pas tidak akan bertanding kawasan Dap dan Dap hanya buang masa bertanding dikawasan Pas.

2. Jika Amanah dibubarkan, tidak akan timbul isu pertembungan 3 penjuru kerana pasaran pengundi antara Pas, PKR, Bersatu dan Dap yg berbeza. Ini berdasarkan fomula berikut:-

a. Pas-Pengundi majoriti Melayu.
b. PKR-Kawasan campuran.
c. Dap-Majoriti Cina.
d. Bersatu- Kawasan hitam dan kelabu, iaitu kubu kuat Umno terutama kawasan selatan.

3. Amanah adalah liabiliti kepada pembangkang kerana faktor berikut:-

a. Kebanyakan ahli Amanah  adalah bekas penyokong Pas berbanding Bersatu yang  memecahkan undi Umno.
b. Akar umbi melayu menentang parti Amanah kerana dilihat sebagai boneka Dap.
c. Amanah mungkin boleh menang dalam PRU andai bertanding dikawasan campuran atau majoriti cina tapi pastinya akan menimbulkan konflik dengan PKR dan Dap.
d. Andai Amanah berkeras untuk bertanding dikawasan Pas, pastinya akan memberi kelebihan kepada Umno, dan strategi 1vs1 diseluruh negara akan berkubur.

Oleh yang demikian, pemimpin dan ahli Amanah patut berlapang dada dan membuang rasa ego juga dendam untuk membubarkan parti dan menyertai parti-parti pembangkang yang lain.

Sekian, mohon mencadang.
#Istiqamah

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"