Google Search :

google search:
Google

Sunday, February 19, 2017

PINDAAN AKTA 355: SEBENARNYA..

Mereka takut bukan kerana isi pindaan akta ini. Ia kecil dan tak pun menyentuh mereka walau sedikit. Hidup mereka akan kekal aman seperti biasa.

Tetapi, yang mereka takutkan ialah kembalinya umat kepada Islam. Produk mereka tidak lagi akan laku dan laris. Sekular, liberal, kapitalis, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama semuanya akan menuju kubur dan dikambus.

Yang mereka takutkan ialah kesatuan umat Islam. Dengannya, perancangan buruk mereka ke atas umat Islam akan pecah terburai dan gagal. Itu baru UMNO sokong usul PAS di parlimen dan sokong H355. Bagaimana selepas ini jika orang-orang UMNO dan pemimpinnya mula menerima dan rela jika PAS menang lebih baik dan lebih besar sehingga 40 kerusi parlimen atau lebih? Bukankah kesatuan hati umat Islam itu besar kesannya untuk kesejahteraan Malaysia.

Saya sentiasa beriman sepenuhnya bahawa awlawiyat dan keutamaan adalah pada kesatuan umat Islam. Sekarang hampir terbukti bahawa usaha PAS membawa usul persendirian pindaan akta 355 di parlimen telah pun digerakkan dan didahului oleh sebuah kesatuan umat yang besar yang belum pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara.

Anda menuntut aulawiyat dan keutamaan dalam perlaksanaan syariat Islam? Nah, inilah aulawiyat perlaksanaan. Kesatuan umat di atas nama Islam. Membina kesatuan itu lebih sukar daripada melaksanakan syariah Islam. Hari ini PAS menghampiri kedua-duanya dengan izin Allah.

Saya mengimpikan kemenangan Islam yang disambut oleh PAS, UMNO dan seluruh umat Islam. Kemenangan hasil kesedaran, hormat menghormati, kasih sayang dan persaudaraan Islam tanpa rasa dengki, kecewa dan tewas oleh sesiapa pun. Begitulah penduduk Mekah dilayan oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam pada hari 'fathu Makkah' walaupun mereka masih lagi ahli syirik. Nah, inikan pula kita sesama umat Islam.

Yang tertinggi adalah iman dan ilmu. Iman yang bersinar menjelmakan taqwa. Ilmu yang banyak menjelmakan fiqh. Dengannya wujudlah para ulama yang bertaqwa dan faqih dalam ugama.

PAS sentiasa meninjau permasalahan umat dari semua sudut. PAS membina diri dan ahlinya dengan iman dan ilmu yang dituntut ugama.

Sekarang tiba masanya PAS menggabungkan kuasanya dengan kuasa umat Islam seluruhnya. Ia bukan angan-angan. Ia adalah tuntutan demi kekuatan dan kejayaan umat menuju ugama dan redha Allah.

Wednesday, February 15, 2017

200,000 PENYOKONG RUU 355 DIJANGKA SERTAI #H355


SALMIYAH HARUN | 15 Februari 2017.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 penyokong RUU 355 dijangka akan membanjiri Padang Merbok pada 18 Febuari ini sebagai menyatakan solidariti ummah terhadap pindaan akta itu yang akan dibentangkan pada Mac ini.

Pengarah Himpunan 355 Nasrudin Hassan berkata, jangkaan jumlah kehadiran penyokong pada hari itu nanti berdasarkan kepada gelombang rakyat yang dapat disaksikan dari seluruh negara.

Katanya, walaupun tapak Padang Merbok hanya dapat menampung sekitar 40,000 hingga 50,000 peserta tetapi pihak PDRM dan DBKL akan memberi kerjasama untuk membuat sekatan jalan di beberapa kawasan sekitar bagi menampung jumlah peserta.

"Kita minta kerjasama PDRM dan DBKL yang akan membuat sekatan jalan bermula di Jalan Parlimen bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengikuti himpunan itu nanti," katanya.

Bercakap di dalam sidang media di MyHarakah Bazaar, katanya seramai 2500 hingga 3000 anggota Unit Amal akan bertugas bagi membantu peserta himpunan.

Manakala seramai 2000 sukarelawan dan 500 skuad khas bagi memantau perjalanan program agar tidak berlaku provokasi dan perkara yang mencurigakan.

Himpunan yang dijangka akan bermula jam 2.00 petang Sabtu ini akan menampilkan seramai 21 pemidato bagi mengisi ruang program yang akan berakhir kira-kira jam 11 malam.

Antara tokoh dan individu yang dijemput iaitu Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengarah Yadiem Dr Yusri Mohamad, dan Pengerusi Kongres Rakyat Mohd Azmi Abd Hamid serta Datuk Dr Hassan Ali.

Manakala beberapa NGO yang akan mengambil bahagian pada sesi sebelah petang di himpunan itu antaranya, wakil Petubuhan Ayahanda Malaysia, Permata, Iktihad, Batas, Serikandi, Ameerah dan beberapa wakil Ahli Parlimen Islam.

Sekretariat himpunan turut mengadakan munajat perdana, solat Maghrib, Isyak berjemaah dan tazkirah kemudian diikuti pidato oleh tokoh-tokoh terkenal sehingga jam 11.00 malam.

"Para peserta digalakkan membawa sejadah, air wuduk, dan alas duduk. Saya ingatkan pemandu bas yang membawa peserta datang lebih awal supaya tidak berlaku kesesakan," kata Nasrudin. - HARAKAHDAILY 15/2/2017

Tuesday, February 14, 2017

LEBIH BAIK UMNO KEDAH JAGA RAKYAT, DARI CABAR PAS

Respon Ketua Pemuda PAS Kedah kpd persoalan yg dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Kedah.

1. PAS sebagai sebuah gerakan Islam sentiasa tegas dan istiqamah memegang prinsip, dan terbuka menerima rundingan demi kemaslahatan rakyat. Setiap tindakan PAS diikat dan dipertimbang dengan nilaian syarak melalui pendekatan yang hikmah.

2. Sekali lagi , desakan Ketua Pemuda Umno Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin supaya PAS Kedah menyatakan pendirian kerjasama dengan BERSATU, menunjukkan kekeliruan dan kedangkalan dirinya apabila tidak memahami perbezaan antara walak, kerjasama dan ikatan dalam politik. Malahan UMNO sendiri tidak berprinsip apabila masih takut menyatakan sokongan terhadap pindaan Akta 355 kerana takutkan MCA dan MIC serta parti komponen BN yang lain.

3. Mungkin serangan semberono Shaiful ini bertujuan menonjol menjadi calon PRU nanti atau mengampu pihak tertentu. Elok kiranya beliau urus partinya sendiri yang sedang menghadapi masalah keyakinan rakyat, perpecahan dalaman yang "parah", serta pentadbiran negeri Kedah yang lemah dibawah pemerintahan BN.

4. Ingin ditegaskan bahawa walak kami adalah kepada perkara dasar, di mana ia kewajipan semua ahli dan pimpinan serta peringkat organisasi dalam PAS. Ikatan atau _tahaluf_ pula tertakluk oleh keputusan hukum diputuskan Majlis Syura Ulamak PAS. Manakala dalam soal kerjasama atau _taawun_, ada keterbukaan diberikan parti, namun wajib dilakukan atas tujuan takwa dan kebaikan. Bahkan PAS Kedah hanya pernah sepentas dengan pimpinan Bersatu khususnya Dato' Seri Mukhriz hanya sekali dalam program Himpunan Derita Rakyat Kedah 2, akhir Disember tahun lepas.

5. PAS Kedah tidak memperalatkan mahupun memaksa mana-mana pihak, sebaliknya bertemu dan menjalin hubungan atas kerelaan dan kesedaran berkaitan kepentingan rakyat dan juga negeri. Ia sesuai dengan kewujudan serta peranan PAS sebagai parti politik dan dakwah.

6. Maka, tidak perlu Dato' Shaiful pertikai PAS Kedah yang sentiasa patuh kepada arahan tertinggi parti, kerana kesedaran bahawa keputusan yang dilakukan oleh Majlis Syura Ulamak berpaksikan nilaian syarak dan bersumberkan Alquran dan Sunnah yang menjadi rujukan parti PAS. Pemuda Umno Kedah jangan dilihat bersikap kebudak-budakan di mana hanya seronok dengan jawatan dan kebendaan, tetapi gagal memberikan idea bernas dalam melaksanakan tanggungjawab dan mandat yang diberikan rakyat, sehingga kemiskinan, pengangguran, jenayah dan masalah sosial masih "tegar" di negeri Kedah.

7. Umno-BN Kedah sebenarnya lemah, lesu dan dan gagal menunaikan mandat rakyat, selama 4 tahun memerintah kembali Kedah dan hanya tunggu dekat pilihanraya, baharu bergelut untuk turun menyantuni kehidupan rakyat. Selain kontang idea untuk memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, berlaku pembaziran dan pemborosan, isu air tidak berkesudahan, pengurusan tidak cekap, tanah hampir tergadai, kehidupan rakyat terbeban, janji PRU13 tidak tunai, isu peruntukan 30 juta 1 parlimen, dan banyak masalah lain sehinggakan Umno sanggup menggadai prinsip untuk menjaga kroni dan "tauke".

8. Sudah berkali saya ulangi, kelemahan pemerintahan Umno-BN Kedah tidak mampu menyaingi sepenggal PAS mentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Kampus Induk KUIN, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Bantuan Kafalah, program-program kem bina insan, Aman Central, Hotel Adya adalah antara kegemilangan di bawah Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sedangkan Umno terkenal dengan politik cantas, kroni, pembaziran dan ketirisan dalam pengurusan kewangan.

9. Eloklah Umno kedah uruskan masalah dalamannya dahulu, disamping menegaskan pendiriannya terhadap pindaan Akta 355 untuk mengangkat dan memartabatkan Mahkamah Syariah serta menunaikan janji PRU 13 yang masih belum terlaksana. Tempoh setahun ini, sudah pasti "durian runtuh" atau "projek atas angin" banyak akan diluluskan sebagai janji manis utk PRU 14 yang makin hampir.

10. Dewan Pemuda Pas Kedah mengajak seluruh rakyat untuk tidak terpengaruh dengan persepsi buruk yang sengaja dimainkan, tetapi hendaklah mendapatkan maklumat dari sumber yang betul. Pengalaman sepenggal memimpin kerajaan bersama rakan Pakatan Rakyat terdahulu memberikan kematangan PAS untuk kembali memerintah Kedah dan keyakinan bahawa panduan Islam, Iman dan taqwa mampu untuk mencegah penyelewengan, salahguna kuasa dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

*USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT*
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Monday, February 13, 2017

PAS PARTI YANG PELIK

-oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

Pertama yang pelik pada PAS ialah PAS dimusuhi oleh kedua-dua belah pihak. PAS dimusuhi oleh pemerintah dan PAS juga dimusuhi oleh blok pembangkang. Apa yang tak kena pada PAS ini? BN serang PAS bermati-matian. Blok pembangkang juga serang PAS siang dan malam. PAS ini dikelilingi oleh musuh. Adakah PAS tak pandai berkawan? Peliklah PAS ini kerana mengelak daripada manusia spesis kawan makan kawan.

Dalam keadaan kawan dan lawan berjuang demi Putrajaya, PAS pula berjuang demi redha Allah. Orang lain kata PAS ini gila kerana berjuang untuk kalah. Yang peliknya, orang gila inilah yang sibuk mencatur gerakan massa. Orang tak gila pula sibuk mencatur kabinet bayangan, Orang gila inilah yang tidak duduk sebelum berlunjur. Orang tak gila pula  burung terbang dipipiskan lada.

Yang peliknya, dalam mengharapkan redha Allah, orang PAS-lah yang berjuang pelik-pelik. Orang lain berjuang apabila dihulurkan habuan. Ada duit minyak ada duit tambang. Ada bekal, ada makanan, ada upahan. Orang PAS pula turun ke medan sambil menghulurkan wang. Orang lain berjuang kerana rasa partinya akan menang. Orang PAS berjuang walaupun tahu partinya selalu kalah berjuang.

Peliklah PAS ini. Orang lain berimankan undi non-muslim penentu pemenang. PAS pula beriman dengan pertolongan Allah. Allah kata pertolongan-Nya dekat. Orang PAS yakin kemenangan itu semakin hari semakin dekat walaupun sudah menjangkau puluhan tahun. Inilah peliknya orang PAS. Mereka tak pernah ragu dengan janji Allah.

Orang lain mengangkat pakar yang berkiblatkan akal. PAS pula mengangkat pakar ilmu wahyu. Gahnya orang lain dengan kajian dan data yang bersumberkan hukum akal. PAS tidak. PAS dilihat lekeh kerana bersumberkan hukum wahyu. Orang lain sudah merasakan mereka telah jauh ke depan kerana akal. PAS pula yakin mereka sentiasa ‘evergreen’  kerana selari dengan wahyu.

Ya PAS memang pelik.  Orang lain takut menuntut syariah kerana takut hilang sokongan rakyat. PAS tegas dengan Islam. Kamu nak benci, bencilah. Kalau nak kalah, kalahlah. Orang PAS memang pelik. Ketegasannya gila-gila. Keyakinannya gila-gila. Pengorbanannya gila-gila. Kerja pilihanayanya gila-gila. Istiqamahnya gila-gila. Ini pelik orang PAS.

Puncak  segala kepelikan ini teringat aku akan hadis Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing,pelik). Dan ia akan kembali asing (pelik) pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing (pelik)".

orang Islam perlu bersatu

kita orang Islam perlu bersatu..
Lupakan keinginan diri demi Islam..
PAS telah sediakan jalan melalui RUU355 untuk kita daulahkan kekuatan umat Islam..
Musuh Islam seperti komunis,liberal, sekular dan puak munafik akan terus berusaha dengan pelbagai cara untuk elakkan orang Islam bersatu...

Kita tidak akan hidup lama untuk berjuang di jalan Allah..
Himpunan RUU355 ini, mungkin kali terakhir buat diri kita..

Kibarkan panji atas nama Islam...

Mari hadir ke RUU355 ,himpunan utk menunjukkan bahawa umat Islam masih boleh bersatu..jangan biarkan maruah kita diperlekehkan(PAS peneraju kebangkitan UMMAH)
Bangsa Indonesia telah berjaya berhimpun sehingga 7 juta orang walaupun terpaksa berjalan kaki ratusan kilometer , kita lebih mampu dari mereka,usaha ke jalan Allah ?masa utk umat Islam bersatu dgrkn ucapan utk menaikkn semangat utk membela Islam https://www.youtube.com/watch?v=oQy7JN0--zQ

Sunday, February 12, 2017

Ridhuan Tee Bawa Hujah DAP Anti-Islam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.

Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular, katanya.

“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.

“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.

Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.

“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?,” soalnya.

Saturday, February 11, 2017

Bagaimana DAP menguasai Kerajaan di peringkat Persekutuan?


Persoalan itu dilontarkan oleh penyokong-penyokong PAS, PAN, PPBM & PKR peringkat akar umbi yang cuba untuk menghilangkan kebimbangan orang melayu. Umat melayu khususnya penyokong UMNO sangat bimbang jika kerajaan BN tumbang, maka kerajaan baru akan dikuasai oleh DAP....kata mereka.

Sedangkan hakikatnya penguasaan DAP cuma sekitar 50-60 kerusi sahaja...mana mungkin DAP bakal menguasai kerajaan pusat?

Pemikiran dangkal dan cetek itu perlu diperbetulkan dengan penjelasan berfakta.
Disini saya ingin tegaskan bahawa DAP tidak perlukan jumlah majoriti besar untuk menguasai kerajaan peringkat persekutuan. Mari kira renung beberapa kemungkinan yang boleh berlaku.

(1). Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah 112 dan keatas. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan? Jika PKR menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan. Parti manakah yang dominan dalam Pakatan? Sudah tentu DAP. Apakah jawatan yang selayaknya diberikan pada DAP? Adakah sebagai PM? TPM pasti dan tentunya salah satu Jawatan yang bakal diberikan pada wakil dari DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kenapa jawatan Speaker? Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan.

(2). Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & PKR 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada PKR. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri? Tentulah DAP.... Di Pulau Pinang usah diceritalah, DAP menguasai sepenuh malah hal ehwal agama islam pun mrk campurtangan. Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%. Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, PKR, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP.

Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:
(1). Jawatan TPM diterajui oleh DAP
(2). Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya.
(3). Speaker dewan rakyat milik DAP
(4). Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP
(5). CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP

Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Perak suatu ketika dulu dan MB Selangor kini yang langsung tiada agenda islam & melayu.

Bersediakah orang melayu menerima hakikat itu?
Relakah hak & maruah sebagai tuan tergadai lagi kerana Perak, Penang & Selangor menjadi bukti hak & maruah melayu semakin dihina dicaci & diketepi.


Orang melayu perlu yakin bahawa masa depan agama akan terus terpelihara jika memilih antara UMNO dan PAS sahaja. Tidak pada yang lain. Namun

Namun UMNO sudah lemah, hanya PAS sahaja parti yang belum dikuasai DAP...
Adakah anda sanggup biarkan PAS jatuh dan biarkan musuh Islam menguasai Islam??

*FIKIRKANLAH*

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"