Google Search :

google search:
Google

Monday, May 23, 2016

Bahtera Perjuangan

Dulu kita marah kpd pemimpin Umno yg marah pd kakitangan kerajaan yg tdk sokong Umno. Mereka kata kakitangan ini lawan kerajaan. Pada hal kita lawan parti bukan lawan kerajaan. Erti Lawan kerajaan ialah tdk laksanakan polisi kerajaan. Jadi guru tdk masuk kelas. Jadi pegawai tdk masuk pejabat. Ini baru lawan kerajaan. Berapa ramai org Pas yg dapat khidmat cemerlang walau pun aktif Pas. Ini bukti org Pas bukan lawan kerajaan.

Tiba2 hari ini ada pula manusia yg tiru  perangai segelintir pemimpin Umno tidak tahu beza antara program parti dengan program kerajaan. Majlis Perundingan Islam yg melibatkan tokoh agama drp Pas dan pertubuhan dakwah yg lain telah dituduh Pas membantu Umno. Kenapa tdk tuduh pula mereka yg terlibat PAC d Parlimen dan DUN ini membantu Umno. Kesian ya. Mungkin mereka ini kecil hati krn tdk pilih mereka kot.
Carilah hujah lain utk lawan Pas. Hdk lawan Pas biar nafas panjang .

Pemerhatian saya banyak yang tersungkur di kaki Umno bila tak mampu hdk lawan Pas. Pas tidak bimbang jatuh bangun dalam perjuangan. Bagi mereka yg menghayati perjuangan dan faham fitrah perjuangan akan tenggelam dan timbul dgn bahtera perjuangan Islam. Mereka yg tidak sabar akan terjun drp bahtera perjuangan. Terpulanglah,  kita tdk boleh paksa org mengikut perjuangan kita. Perjuangan kita utk persediaan mati.

Ustaz Idris Hj Ahmad.
16 syaban 1437/ 23/5/16 Isnin.

Sunday, May 22, 2016

virus "Zika"

Assalamu'alaikum war wab,

Kita telah sama-sama mengetahui melalui social media bahwa virus "Zika" telah sampai ke Singapura. Teringat Al-Faqir sewaktu Singapura dilanda penyakit atau virus SARS. Tatkala Al-Faqir pulang ke Tareem, Al-Faqir sampaikan khabar berita ini kepada Tuan Guru As-Saiyyidul Imam Al-Habib Hasan bin Abdullah bin Omar As-Syatiriy rahimahullah ta'ala, maka beliau berkata turunnya suatu penyakit ke kawasan atau negeri adalah sebab olah manusia itu sendiri. Manusia banyak lupa kepada Allah. Manusia banyak tingga solat 5 waktu. Manusia berani melakukan maksiat terang terangan. Manusia tidak mau membaca Al-Quran. Maka beliau (Al-Habib Hasan bin Abdullah bin Omar As-Syatiriy) menasihatkan agar jangan tinggal solat 5 waktu & usahakan solat 5 waktu dengan berjemaah, bacalah Al-Quran setiap hari walaupun satu muka surat, jagalah waktu antara 2 isyak yaitu antara maghrib & isyak, usahakan bangun pada pagi hari sebelum masuk waktu subuh & beribadahlah sehingga terbit matahari, jangan tinggalkan Ratib Imam Omar bin Abd Rahman Al-'Attas atau Ratib Imam Abdullah Al-Haddad.

Mudah-mudahan nasihat Al-Marhum Al-'Arif billah Al-Habib Hasan bin Abdullah bin Omar As-Syatiriy dapat mengingatkan kita semua akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah & sebagai ummat Saidina Muhammad SAW.

Ya Allah pelihara semua ummat Saidina Muhammad dari segala macam penyakit, bala, waba panyakit & sebagai. Ya Allah turunkanlah keamanan ke atas bumimu ini. Ya Allah pelihara umat Islam dari segala macam musibah. Ya Allah peliharalah Masjidil Haram, Masjidin Nabawi & Masjidil Aqsa. Ya Allah peliharalah kota Tareem, Ya Tareem wa ahlaha.

Ustaz Hasan Saifouridzal
Khadim Majlis Rasulullah Singapura

#darulmujtaba

KEBAS KAKI DAN KAITAN DENGAN KENCING MANIS

**Pesanan penting untuk orang yang selalu rasa kebas kaki. Satu lagi penerangan berkualiti dari Dr Pakar Jantung Dr Safari Elis dan info tambahan yang berguna dari Dr Safari Kasmiran. Tolong dengar, sebar dan komen divideo ini, untuk memastikan lebih ramai yang dapat maklumat ini.. mudah2an kita dapat kurangkan jumlah orang yang terpaksa dipotong kaki.. Nauzubillah..
~ Masalah kaki kebas..
~ Dua masalah orang kencing manis
~ Kenapa kena kerat kaki?
~ Salur darah kaki yang mudah tersumbat
~ Tanda-tanda salur darah kaki bermasalah
~ Hujung kaki sejuk macam ais
~ Kaki mula jadi hitam
~ Kerosakan yang kerap berlaku kepada orang yang kencing manis
~ Salah satu punca utama orang kencing manis kena potong kaki
~ Fungsi saraf dikaki yang sangat hebat
~ Kesan sensor kaki rosak
~ Bahaya berjalan atas batu refleksi
~ Orang kencing manis, mudah jatuh.. macam mana nak elak?
~ Tujuan "menguet" jari semasa berdiri lama
~ Tips bangun dari tidur **** penting
LINK YOUTUBE  : https://youtu.be/9n6p2UVAZrA

Membenci Kerana Tidak Faham

Semalam secara tidak sengaja , aku terserempak dengan seorang kawan yang memang tegar PAN ( Kuali hangit ) yang suatu ketika dulu aku pernah bersembang dengan nya mengenai politik semasa PAS-PAN . Dia memang penyokong Pas sebelum berubah angin kepada Parti PAN ( Kuali ).

Dalam perbualan yang dahulu , ternyata benci benar dia pada Tuan Guru Abdul Hadi Awang .

Kata beliau , " Haji Hadi tu bukan maksum , dia dah tua , dengan apa yang dia buat menunjukkan dia dah tak mampu nak jaga Parti , letak lah jawatan ! , tak larat bagi peluang orang lain ! "

" PAS bawah tok guru hadi awang ni dah jumud !!! BN dah nazak , pegi pecahkan PAKATAN RAKYAT ! PAS gila kuasa nak rebut kuasa gabung dengan UMNO , sambung nyawa UMNO ! Mana ada parti boleh menang lawan BN kalau gerak sendirian ?? "

" kita nak tawan putra jaya perlu kan undi cina , perlu gabung dengan DAP , tapi kerana pemikiran pimpinan baru ustaz2 muda ni lah yang rosak kan PAS , fikiran lebai otak jumud dan terkebelakang , orang2 ini lah yang rosak kan PAS , Tok Guru Hadi jadi pak turut penasihat2 ni "

Segala cercaan beliau selama ini tak pernah salah kan DAP dalam isu runtuhnya PAKATAN RAKYAT, yang salah hanya PAS . Hanya PAS punca segala nya , segala sakit hati dari runtuhnya PAKATAN RAKYAT dituju pada PAS .
PAS lah yang jumud .

- Namun segalanya kembali berubah -

Kali ini aku terserempak dengan sahabat aku ini kali ke dua , beliau menyapa aku dan tersenyum dan cepat-cepat panggil aku datang dekat .

Semacam ada sesuatu yang ingin dikatakan , selepas order air teh o , aku pasang telinga untuk dengar celoteh mamat ni .

Dia start membuka mulut , " Faisal , kali ini aku betul- betul hormat kat Tok Guru Hadi Awang , berdosa nya aku selama ni , aku maki dia teruk- teruk Sal padahal aku yang buta "

Aku agak terkejut , " Aik ?? Tiba2 je kau kata camni ? Kau sindir aku ke apa? Jawab aku .

Sambung nya lagi ,

" Begini Sal , selepas aku lihat apa yang dah berlaku hari ni , baru aku faham . Aku rakyat , bodoh2 aku pun , aku memerhati apa yang berlaku  Sal ..

Satu demi satu Allah tunjuk kan kat aku kebenaran yang Tok Guru Hadi Awang buat selama ni . Segala keputusan yang dah Tok Guru buat itu lah yang aku maki , aku hina dia macam2 .

Petunjuk pertama yang Allah tunjuk kat aku Sal ,  bermula dari PRN Sarawak baru2 ni kat situ lah aku nampak betapa goyah nya PAKATAN HARAPAN yang aku agung kan sangat selama ni ...

betapa bongkak nya DAP yang aku bela sangat selama ni .. aku muliakan DAP , aku maki dan hina kan Tok Guru Hadi Awang ...

Bayangkan Sal , masa PH bertanding PAS tak ada . Tapi betapa hancur nya pengurusan Pakatan Harapan yang berebut sesama sendiri buat aku kecewa , buat aku kenal siapa DAP .. sanggup rebut kerusi PKR .. sanggup ketepikan kawan sebab nak kuasa ..

Akhirnya semua tak dapat baiii !! Semua BN sapu !! Dulu PR goyah aku salah kan PAS , sekarang PAS tak de brooo ... jadi sape BERMASALAH ???  segala dalang selama ni semua timbul .. ! Yang bermasalah  keangkuhan DAP .. dengan PKR pun degil ????

Pasal isu nak turunkan NAJIB RAZAK , kau tau kan semua pemimpin pembangkang bising tak sabar2 nak turunkan Najib kan ?? Masa tu apa Tok Guru jawab ? Tok Guru kata kekalkan Najib , biar Najib selesaikan masalah . Time tu aku juga aku maki Tok guru dasar penjilat Najib kata aku .

Tupp2 keluar statement Anwar Ibrahim , pun setuju kekal kan Najib jadi PM .. Terpinga2 aku pemimpin idola aku jawab senada dngan Tok Guru Hadi . Kaji punya kaji baru aku paham Sal , sekarang nama Najib busuk .. kalau Najib turun sekarang , jawabnya PRU14  UMNO selamat !!

Baru aku cam , betapa jauh nya pandangan politik Tok Guru Hadi Awang ni .. ! Aku respect dia Sal !!!

Memang hanya bergabung je boleh kuat dan tawan Malaysia , tapi kalau bergabung dengan kawan yang degil dan sombong macam DAP , sanggup bertanding sama sendiri makin kuat ke makin lemah ??? Apa jadi kat Sarawak ? Rakyat makin tolak, 5 kubu kuat pun jatuh !

Dari tingkah laku terbaru DAP , baru aku terasa ... memang tepat sangat2 keputusan Majlis Syura Ulama Pas selama ni ...

Sekarang baru aku faham ,

Memang susah untuk tawan Malaysia jika sendirian ,

Tapi lebih susah tawan Malaysia tapi jatuhkan sesama sendiri !

PAS je jsangat berprinsip skang Sal !  Istiqomah lah !! , respect Tok Guru Hadi Awang  " 

Aku angguk khusyuk mendengar luahan panjang lebar mamat ni dengan nada bersemangat , tak dapat dia sorok mata nya yang berkaca .

Perhh dengan aku sekali jadi sebak , teringatkan TG Hadi Awang ..banyaknya cercaan dan fitnah terhadapnya , hanya kerana sudi memimpin kita semua . K bai :'/

Psstt :

DAP , PAN dan PKR semua dibelakang Tun Mahathir sekarang ??  PAS je tak mau ?? Tiba2 sampai surat dari penjara , ANWAR IBRAHIM pun tak setuju bhaii , pe cite ?? Buat orang Anwar masuk PAS aje laaaa abes cite !

Thursday, May 19, 2016

Kehilangan Wilayah dan Kemurkaan Sultan Abdul Hamid

MB Dan Exco Kemereh ....Kadok Pun Naik Junjong

Oleh:
Muhammad Sanusi Md Nor
YDP PAS Kawasan Sik

Bahagian 1.

Kedah kita ini negeri tua, sejarahnya terpanjang. Sejak abad ke 19 dan 20, kehilangan wilayah  semakin membesar, Kedah semakin mengecil. Kesan Perjanjian Inggeris- Siam (Perjanjian Bangkok) pada 10 Mac 1909, Kedah hilang sebahagian besar wilayahnya (Sadao, Satun, Saiburi, Pattalong, dan lain- lain hingga ke Phuket) yang kini termasuk dalam wilayah Thailand. Berpuluh ribu rakyat Kedah berbangsa Melayu beragama Islam kini menjadi rakyat Thailand. Terputus geografi , terpupus adat budaya dan beralih kesetiaan mereka itu dengan kita, gara-gara Siam dan Inggeris mahu memelihara kepentingan diri masing-masing dalam perdagangan dan memiliki kekayaan untuk diri dan negara-bangsa mereka.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni alMarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ternyata tidak tahu menahu tentang dealing Inggeris -Siam 'menjual' negeri baginda,  yang diusahakan sejak 1906 oleh Edward Henry Stobel (Penasihat Hal Ehwal Luar Siam) dan Ralph Paget (Duta Inggeris ke Siam) serta Sir John Anderson (Pesuruhjaya Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Petualang penjajah ini bersetuju bahawa beberapa ikatan Siam-British sebelumnya merugikan Siam dari sudut ekonomi (dan sudah pasti tidak menguntungkan British dari beberapa sudut lain).

Kehilangan Wilayah dan Kemurkaan

Kemurkaan Sultan Abdul Hamid kepada Inggeris dan  Siam diluahkan kepada penasihat Kewangan Siam - Williamson - yang mewakili Chulalongkorn dalam upacara penyerahan Kedah yang telah dikerat dan dicincang kepada Inggeris berasaskan kepentingan  ekonomi British-Siam  pada 15 Julai 1909 di Balai Besar Alor Setar. Titah baginda " Saya tidak akan memaafkan pihak yang menjual Negeri Kedah laksana menjual seekor kerbau".

Sejak itu, Kedah termasuk dalam kelompok Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, bersama Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor. Kedah dipaksa menerima seorang Penasihat British melalui satu perjanjian, sempadan negeri ditandai dengan batu garisan sempadan mengikut kaedah barat, dan penjajahan Inggeris pun bermula.

Penjajahan, Kemerdekaan dan Pemodenan Pentadbiran

Pemodenan pentadbiran awam negeri Kedah bermula dengan pelantikan pegawai-pegawai awam pada 1909 dengan penubuhan Kedah Sivil Sevice (KCS) yang kini sudah berusia lebih 100 tahun. Kedah seterusnya menyertai Malayan Union (1946-48), Persekutuan Tanah Melayu (1948-63) dan kini adalah sebahagian daripada Malaysia. KCS menjadi sebuah institusi penting kerajaan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menjalankan tanggungjawab pentadbiran negeri bagi pihak Sultan pemerintah yang tertakluk dibawah peruntukan Undang-Undang Negara Malaysia dan undang-undang Tubuh Negeri Kedah yang sedang berkuatkuasa.

Walaupun kerajaan bertukar tangan antara parti-parti politik, pentadbiran awam kerajaan negeri tetap berjalan seperti biasa, tertakluk dibawah konsep pemisahan kuasa antara Legislative (Perundangan - Parlimen dan DUN), Exsecutive (Pentadbiran -MB dan MMK) dan Judiciary (kehakiman- Mahkamah).

KCS bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peraturan semasa yang diputuskan oleh kerajaan (diketuai oleh MB dan dibantu oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) yang dibentuk oleh parti-parti politik yang memenangi pilihanraya.  Dengan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat, penggubal dasar kerajaan, akan menentukan pelaksanaan keputusan-keputusan dasar yang efisyen berlandaskan undang-undang untuk membangunkan negeri ini demi kepentingan rakyat dan negeri. Ketua kerajaan yang lemah akan menentukan arah sebaliknya.

Menteri Besar adalah Ketua kerajaan yang ditentukan oleh ramuan politik - Seandainya punyai gagasan, daya kawalan, punyai kemahiran serta kebolehan, berdaya kepimpinan, tinggi wawasan, berani, bijak, tegas dan amanah, akan memimpin negeri ini mencapai kegemilangan. Mencipta ruang dan peluang untuk bangkit semula daripada luka pengalaman sejarah yang pedih perit.

Ataupun  MB dan kerajaan bisa saja membuntuti penjajahan baru kapitalis, konglamerat, korporat dan keparat menjarah bumi kita ini, mencincang dan membahagi hasil mahsulnya sesama sendiri, umpama Siam dan Inggeris mengecilkan wilayah dan maruah kita- menjarum melalui perluasan kuasa pegawai dan penasihat yang memasung kuasa dan fungsi kerajaan (yang dipilih rakyat) kerana kebodohan dan kealpaan. Demikianlah negeri ini dan segala institusinya dibina oleh sejarah untuk menempuh perjalanan menempa sejarah baru pula.

Parti politik yang lemah akan mengirimkan ketua kerajaan yang kemereh kepada negeri ini. Keadaan bisa berubah dan diubah, kaduk pun boleh naik junjong.

Bersambung...

(Bahagian 2: Kekayaan Dari KeAzaman Menggila MemBakar Negeri Tercinta)

Bayar Hutang PTPTN melalui KWSP

AMARAN!
Pembayaran pinjaman PTPTN melalui KWSP hanya untuk yang tamat pengajian sahaja.

Saya ada 2 pinjaman PTPTN, diploma dan ijazah.Bayaran bulanan PTPTN secara online hanya untuk pinjaman sewaktu ijazah,dah tukar kepada Ujrah dengan bulanan Rm 130+, manakala pinjaman diploma dikira akaun berlainan, menyebabkan pinjaman diploma ada tunggakan sehingga kini RM 3,000+.

Maka hari ini, tak tau kenapa rasa macam takut sangat bila ajal dah sampai hutang masih banyak, then I decide nak keluarkan KWSP Akaun II untuk selesaikan pinjaman PTPTN bagi peringkat DIPLOMA. Saya cuma fokus pada penggunaan akaun II untuk selesaikan bayaran PTPTN sahaja tau.

1. Sila hubungi PTPTN di talian 03-2080.4455.
Laman sesawang : http://www.ptptn.gov.my/

Kenapa kene call? Sebab nak dapatkan tarikh mula & tamat tajaan beserta no pinjaman. Dan, tanyakan lah menganai pinjaman anda. Berapa baki?Berapa tunggakan? Kalau nak tengok online pun boleh sebenarnya.Kene rajin daftar dan penuhkan maklumat.

2. Seterusnya, KWSP. Sila hubungi KWSP di talian 03-8922.6000 bagi pendaftaran i-Akaun.

Untuk melakukan pengeluaran cepat dan mudah, kene ada i-Akaun untuk melakukan transaksi ya. Sekarang semuanya boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian.Hanya perlu dial sahaja. Jangan risau takut anda menyalah gunakan duit yang ada, sebab ada syarat untuk pengeluaran.

3. Langkah seterusnya pada gambar.
Laman sesawang :  http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home.

If view via handphone,kindly choose full version.

Penerangan pada setiap gambar.

4. Waktu saya call bahagian PTPTN, mereka ada berikan nombor pegawai untuk di hubungi. Jadi, setelah transaksi KWSP berjaya di lakukan di atas talian, maklumkan kepada pegawai PTPTN berkenan untuk memproses permintaan anda.

5. Tunggu SMS atau panggilan dari KWSP bagi urusan pengeluaran. Yang ni kene pergi kaunter/cawangan berdekatan sebab perlukan thumb print.

Itu sahaja setakat hari ini! Harap berjaya selesaikan hutang PTPTN ni. Yehuu!

PRK: Masa sudah singkat

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18hb Jun 2016 dan penamaan calon pada 5hb Jun 2016. Ini bermakna hanya tinggal kurang sebulan untuk usaha memenangi hati pengundi di kawasan tersebut sempena bulan Ramadan yang penuh dengan pelbagai program asas dan suasana ibadah.

Sehubungan itu, dan bertepatan dengan jiwa Ramadan yang bakal menjelang, PAS hanya akan memberi fokus kepada persiapan jentera pilihanraya dan penyusunan semua gerakerja pilihanraya bagi memenangi kedua-dua PRK ini.

PAS telah pun membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK ini. Sasaran PAS ialah BN, matlamatnya ialah menumbangkan BN bagi menghantar mesej bagi pihak rakyat bahawa BN yang diketuai sudah ditolak rakyat.

Tidak timbul untuk undur ke belakang daripada matlamat ini.

PAS menggesa blok pembangkang bersatu dalam menyokong calon PAS bagi menghantar isyarat yang kelas kepada Umno-BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa blok pembangkang sedia melupakan  perbezaan parti politik demi masa depan rakyat dan negara. Jika tidak, terpaksalah blok pembangkang bersedia melihat yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang manakala PM Najib terus tersenyum riang.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 Mei 2016

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"