Google Search :

google search:
Google

Tuesday, April 11, 2017

PENGHINAAN TERBUKA OLEH MEDIA YANG MENYENTUH SENSTIVITI UMAT ISLAM

*KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS PERAK *

Dewan Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa tindakan biadab Akbar Cina Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur monyet serta penghinaan terbuka media dengan menyentuh senstiviti agama Islam maka Pemuda PAS Perak ingin menyatakan beberapa perkara :

1. Karikatur tersebut jelas sekali amat mengganggu keharmonian kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama kerana karikatur tersebut telah mempersendakan dan menghina Presiden PAS yang bukan sahaja merupakan seorang Presiden Parti Islam di Malaysia malahan beliau juga merupakan Timbalan Ketua Persatuan Ulama Sedunia yang membawa imej agama Islam serta penganutnya tidak terhad hanya di Malaysia malah seluruh dunia.

2. Penghinaan seumpama itu bukan sahaja menyentuh senstiviti ahli PAS sahaja bahkan ia menyinggung perasaan semua umat Islam dalam dan luar Negara. Kebiadaban ini harus diambil tindakan agar tidak berterusan menghina Islam bahkan merosakkan keharmonian Islam dalam kalangan Non-Muslim.

3. Tidak bersetuju dengan pendirian ahli Parlimen PAS bukan bermakna mereka boleh menghina Islam  melalui media perdana secara terbuka. Tindakan ini jelas bermotifkan provokasi dalam melihat tindakbalas rakyat.

4. Ironisnya walaupun Nanyang Siang Pau yang bermula operasinya di Singapura,sudah 93 tahun dalam arus media berita, namun masih lagi tidak matang dan profesional dalam mengeluarkan sesuatu berita mahupun sisipan dalam akhbar sehingga menimbulkan marah masyarakat Muslim.

5. Pemuda PAS Perak mendesak agar satu permohonan maaf secara bertulis dikeluarkan syarikat berkenaan kepada seluruh umat Islam agar ia menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba menodai keharmonian Islam.

6. Pemuda PAS Perak tetap menghormati suasana hidup dalam masyarakat majmuk dan tindakan seperti ini tidak mencacatkan hubungan PAS dengan non –muslim kerana  kematangan PAS dalan dunia politik jelas berbeza dari parti lain.

_"Inilah Penyelasaian Kita"_
_"Sedia Memerintah"_

*Mohd Akmal Hj Kamaruddin*
*Ketua Pemuda DPPN Perak*

_13 Rejab 1428H / 11 April 2017_

Saturday, April 8, 2017

Adakah pembangkang tidak pernah bentang RUU persendirian?

Dalam rakaman khas beliau bagi mengutuk pembentangan huraian Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata:
“Now, every opposition (member) has the right to table a private member’s bill or opposition’s motion, but the question is, in the history of Malaysia, never has such motions been allowed to get onto the floor. In normal parliamentary democracies, yes, opposition members’ bills actually get the chance to be heard on the floor, but not in Malaysia.”

(“Sekarang, setiap Ahli Parlimen pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian atau usul pembangkang, tetapi soalannya ialah, dalam sejarah Malaysia, tidak pernah usul sebegini dibenar untuk dibentangkan. Dalam demokrasi berparlimen biasa, ya, Rang Undang-Undang Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya berpeluang untuk dibentangkan, tetapi tidak di Malaysia.”)

Dalam catatan muka buku beliau Khamis lalu juga Tony Pua menyebut:
“Opposition motions and bills have never made it to the House Floor for debate in the history of Malaysian Parliament, because BN controls what gets tabled, in collusion with the House Speaker.”

(“Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang tidak pernah dibenar untuk dibahaskan dalam sejarah Parlimen Malaysia, kerana BN mengawal apa yang boleh dibentangkan, melalui persepakatan dengan Yang Dipertua Dewan.”)

Hakikatnya, berdasarkan sejarah Parlimen Malaysia, sudah banyak kali Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang dibenar bukan sahaja untuk dibentangkan, malah untuk dibahaskan dan diundi juga.

Pada Isnin, 24 Oktober 1977, tiga Rang Undang-Undang Persendirian dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Ngan Siong Hing (Kinta) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka).

Dua Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Ngan Siong Hing serta yang dibahaskan dan diundi dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Rang Undang-Undang Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977.

Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Lim Kit Siang serta yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973. Perbahasan dan pengundian ke atas Rang Undang-Undang Persendirian ini diteruskan pada Selasa, 25 Oktober 1977.

Walaupun Tony Pua, yang dilahirkan pada 1 Ogos 1972, baru berusia lima tahun pada waktu itu, sangat pelik jika beliau, sebagai Setiausaha Publisiti DAP, tidak mempunyai team penyelidik. Lebih pelik lagi bila Lim Kit Siang, salah seorang Ahli Parlimen DAP yang mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian itu yang pada waktu ini adalah Ketua Ahli Parlimen DAP, tidak berbuat apa-apa untuk membetulkan Tony Pua.

Lebih teruk lagi jika Lim Kit Siang sendiri sengaja menyembunyikan fakta beliau pernah dibenar untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian dalam Dewan Rakyat.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pendedahan berunsur finah?


Dari Rfzi mewakili PH ...
Bertujuan mengubah isu Ruu355 yg berjaya dibentang oleh TGHH dari Pas dlm persidangan dewan Parlimen kelmarin..

Kesannya PH menerima kecaman yg paling hebat dari seluruh umat islam khususnya n seluruh rakyat negara ini umumnya....

Pembentangan usul dari TGHH serta dibantu oleh penyokong usul Dato Takiyudin teramat jelas kenapa mengapa n sbb yg paling praktikal

...sesuai dgn keadaan masa serta betapa perlunya Ruu355 ini dipinda demi utk kebaikkan n kesejahteraan umat islam dinegara ini....
Dari penjelasan yg panjang lebar.. org bukan islam yg tidak mahir bahasa melayu pun faham bahawa Ruu355 adalah khusus utk org2 islam n tidak ada kena mengena dgn kaum bukan islam ...

Bila semua ini dibentangkan ...
Maka fahamlah rakyat keseluruhannya ..
Bahawa kecelaruan yg berlaku diakhir2 ini adalah kerana isu ini disensasikan ..diolah..diubah bagi menakut2kan rakyat samaada islam n bukan islam...demi utk kepentingan politik sempit n politik rasis dari parti dab yg mengetuai PH....

Bila rakyat sedar ini adalah agenda provokasi jahat PH..maka pandangan n pendapat rakyat majoritinya ialah PH adalah satu gabungan parti politik yg akan membawa satu budaya yg akan merosakkan keharmonian n merenggangkan rakyat yg berbilang2 kaum dgn cara melaga2 satu bangsa dgn bangsa yg lain demi utk menguasai undi n demi utk mengejar cita2 keputrajaya.....

Dgn ini terpaksalah pemikir2 pakar2 stratigik n pakar2 perang saraf  PH yg mgkn mendapat bimbingan n tunjuk ajar dari rjem zonis mencari apakah agenda seterusnya utk menyekat pengaruh besar PAS n mencari ruang utk rakyat terus bersama dgn PH...

Maka utk itu diujudkanlah satu lagi isu yg dulu mendapat perhatian n kecaman rakyat yaitu 1MDB...
Utk mensensasikan lagi berita ini maka dikaitkanlah dgn parti yg mendapat perhatian n sokongan rakyat n umat islam melalui Ruu355 yaitu parti islam Pas....

Tuduhan yg "tergantung" yg tiada pangkal n tiada penghujung digunakan n penangguhan masa serta tindakan susulah digunakan agar isu ini diviralkan dlm masa n tempoh yg panjang.....

Betul atau tidak itu tidak penting ..yg penting Pas perlu dipalitkan dgn satu skandal yg menjijikkan supaya sokongan rakyat kpd PH dapat dirampas dari tangan Pas yg menjadi musuh utama PH..
manakala umnobn ada musuh no2..

Kita sebagai ahli n penyokong parti islam yakin segala fitnah dari gulungan2 anti islam ini akan kecundang ditengah jalan n rakyat serta umat islam akan menghukum parti2 politik yg dipimpin org2 yg rakus rasis yg berideologikan komunisma laberarisma sekular yg sesat lagi menyesatkan dlm pru14 yg akan datang ini.!!!!!.

Thursday, April 6, 2017

FITNAH PAS

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Bagi orang-orang yang berasal
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya.

Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan ‘Adios Harun Din’. Mereka tak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.

Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible - Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi issue - Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad - Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18thn - Penyokong DAP

Semua Isu nie disokong 100% oleh DAP. Malangnya melayu Islam kita di dlm PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan sokong DAP lalu menghina PAS, walaupun mereka nampak DAP adalah musuh Islam yang Nyata!!!!

SEBARKAN...SEBARKAN...SEBARKAN...

ANTARA 'UNTUNG' DALAM 'DITIPU'

Dalam kata PAS kena tipu,
Boleh nampak dalam BN tidak ada kesepakatan, kuasa melayu-Islam dalam UMNO sangat lemah hingga tidak berjaya menguasai BN.

Dalam kata PAS kena tipu,
1 MP, 3 ADUN DAP dan berpuluh ahli Dap rasa TERTIPU dan keluar parti.

Dalam kata PAS kena tipu,
MP dari Sarawak sudah memahami RUU 355 adalah sebagai hak orang Islam. Bukan Islam tak perlu bimbang dan tak perlu campur urusan.

Dalam kata PAS kena tipu,
Mufti Wilayah SS Dr. Zulkifli Al-Bakry menulis panjang lebar Bayan Linnas tentang Pindaan RUU 355. Menerangkan tentang keperluan menyokong dan mendaulatkan syariah.

Dalam kata PAS kena tipu,
Dakwah secara terbuka boleh disampaikan pada awam dan sebaran secara menyeluruh dan berterusan hingga di atas mimbar Jumaat sekalipun boleh menyebutnya tentang RUU 355.

Dalam kata PAS kena tipu,
Boleh nampak siapa yang usaha menaikkan Islam iaitu Pas dan siapa pula yang terus berselindung di sebalik nama Islam membuat onar iaitu melayu-Islam dalam PH + sekutu sekular dan liberalnya.

Dalam kata PAS kena tipu,
Dakwah TELAH, SEDANG dan AKAN tetap di teruskan dan terus berjalan. Samada ia berjaya di bentang atau tidak, PAS telah berjaya untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang betapa pentingnya memartabatkan mahkamah syariah masa kini.

Dalam kata PAS kena tipu,
ALLAH saw sudah berfirman orang yang berpegang pada agama Islam adalah golongan yang berjaya. Surah Al-Maidah ayat 56,
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya(maka berjayalah dia), maka sesungguhnya golongan(yang berpegang pada agama) Allah itulah yang pasti menang.

Dalam kata PAS kena tipu,
Mereka yang bersama kuffar nampak bersorak gembira lebih kerana bos mereka sangat gembira.

PAS diketawakan kerana DITIPU, tetapi alhamdulillah seluruh warga Malaysia berbilang agama dan bangsa mendiskusikan 'Syariat Islam' di pelbagai peringkat, dikaji siang malam, diwacanakan pagi petang, sedikit sebanyak semua dapat menghayati apa itu ISLAM. Hanya yang berhati buta sahaja terus menggelegak kepanasan.

Biarlah PAS diperlekeh, yang penting Pas sentiasa membaja benih2 dakwah kepada masyarakat, tanpa menghiraukan serangga2 perosak yang kebuluran.

Dan akhirnya, PAS telah mendapat UNTUNG besar dalam kerja dakwahnya, walaupun dikata DITIPU. Sebenarnya musuh lah yang TERTIPU dengan bayangan sendiri.

Kita tidak tahu adakah hari esok kita masih lagi hidup bernyawa? Jadi apa persiapan kita untuk menghadapi hari esok?

Biar hidup kita dihina penghuni bumi, asalkan mati kita dimuliakan Sang Pemilik Langit.

Tahniah PAS! Teruskan Perjuangan!

KENALI PENGKHIANAT, KENALI MUNAFIK!

#sokong_ruu355
#Lebai_walaun
#Istiqamah

Monday, April 3, 2017

PINDAAN AKTA 164 : MENCABAR AQIDAH ISLAM

Sekali Serban Dililit. 68

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_

1. Rang Undang-Undang Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [ Akta 164 ] akan dibaca kali kedua dalam sesi Dewan Rakyat kali ini. Akta ini telah menimbulkan krisis yang berpanjangan khusus melibatkan kes apabila salah seorang pasangan bukan Islam mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

2. Dua krisis terbentuk daripada kes tersebut;

Pertama, mereka yang memeluk Islam tidak diberikan hak untuk melakukan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil merujuk kepada Seksyen 51 dalam akta yang sama. Dalam masa yang sama, isu tersebut juga tidak dapat diselesaikan di Mahkamah Syariah meskipun mereka adalah sebahagian daripada orang Islam kerana asal perkahwinan mereka tertakluk dibawah Akta 164 dan proses perceraian mesti merujuk kepada akta yang sama.

Kedua, rantaian daripada masalah pertama adalah hak menentukan agama anak, sama ada memerlukan persetujuan kedua-dua pasangan atau cukup salah seorang daripada mereka. Isu penentuan agama anak lebih berat jika dibandingkan soal hak penjagaan anak yang turut mendapat perhatian ramai sebelum ini.

3. Umumnya, jika diteliti, pindaan Akta 164 memberikan hak kepada mereka yang memeluk Islam untuk melakukan petisyen perceraian. Namun, ironi sekali apabila dalam soal penentuan agama anak, pindaan tersebut seolah-olah mengambil langkah mundur ke belakang.

4. Pindaan tersebut meletakkan syarat penukaran agama anak mesti mendapat persetujuan "ibu dan bapa atau penjaga" berbanding sebelum ini hanya memerlukan persetujuan "ibu atau bapa atau penjaga".

5. Keadaan ini menimbulkan kecelaruan dan boleh menyebabkan semakan kehakiman yang rumit. Dalam kes Subashini v Saravanan pada 2007 yang selalu dijadikan rujukan kes, hakim Mahkamah Persekutuan ketika menghakimi kes berkenaan menjelaskan penukaran agama anak tidak memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak malah tidak bertentangan dengan

6. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Istilah 'parent' dalam Fasal (3), Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan ditafsir dengan 'by his father or his mother or his guardian'. Justeru, mengapa pindaan Akta 164 ini mesti mengambil langkah ke belakang?

7. Asasnya adalah kepada isu 'unilateral conversion' yang perlu dinilai dan diteliti secara menyeluruh. Mencadangkan pindaan Akta 164 untuk menyelesaikan kompleksiti isu tersebut jelas tidak menampakkan sikap berhati-hati pihak bertanggungjawab. Malah, pertindihan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil juga tidak kurang pentingnya.

8. Isu Pindaan Akta 164 ini turut melibatkan kepentingan agama Islam, agama rasmi persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan ia juga dilindungi dibawah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agung (YDPA). Maka, sewajarnya ia ditangani dengan lebih cermat. Justeru itu, pindaan Akta 164 ini wajar untuk  diteliti semula sebelum dibentangkan.

Sekian.

Akta RUU 164

Belumpun RUU 355 yang 100% hanya berkaitan masyarakat Islam negara ini di bahaskan, sudah ada kenakalan mencabar kesucian agama Islam di lakukan dengan cadangan perubahan ke atas Akta 164.

Tidak ada isu yang terlalu mendesak untuk mencadangkan Akta 164 di pinda mandulkan dlm sidang parlimen. Akta yang memberi perlindungan kepada anak-anak Muallaf ini mahu di rombak agar tunduk atau selari dengan undang-undang sivil. Apakala terjadinya pindaan ini, maka mahkamah syariah akan terus kelihatan kusam dan lembam!.

Pemikiran haprak mmg ingin melihat Islam sebagai kelas ke sepuluh jauh dari Sivil dan sekular sesat. Kebangsatan manusia muslim terhadap kesucian agama adalah sebagai perisai dan modal tambahan utk menyerang Islam. Mereka sama² berfikir dari lembah kumbahan jahiliyah moden bagaimana mensudutkan Islam sebagai cara hidup.

Sewajarnya Akta 164 ini tidak di usik sebagaimana Islam adalah agama rasmi dalam negara ini. Kesucian agama kami semakin di nodai dgn berbagai masalah murtad yang setiap hari kami kena hadapi...tidak cukupkah lagi kebangsatan yang ingin kamu bawakan?

Kami tidak pernah sekalipun mengusik apatah lagi menjentik agama kamu. Sebebasnya kamu mengusik agama kami, maka di mana wajarnya kami terus bertoleransi dgn kamu?

Wahai umat Islam, sampai bilakah ingin kamu gantungkan pengharapan kepada mereka yang hanya berpura-pura membela Islam? Sedarlah kamu dgn wayang drama kosmetik sahaja...Islam bukan sekadar sambutan Maulid, musabaqah Al Quran, sambutan Muharram dan lain-lain, cukuplah Jabatan Agama berpusing-pusing dgn isu maslahat mazhab, khilafiyah dan rutin harian. Jangan lagi di tambah kebangsatan baru yang di tempah. Di mahkamah syariah sudah berkontena kes tertunggak, jgn di tambahkan lagi masalah yg tdk sudah.

Kepada pencabul syariat Allah, perkataan paling baik utk anda ialah semoga di laknat!!!

Jgn gagal bermuhasabah.

Hassan b. Tsabitt II
#Lebai_walaun
#Istiqamah

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"