Google Search :

google search:
Google
Showing posts with label SELAMAT HARI GURU. Show all posts
Showing posts with label SELAMAT HARI GURU. Show all posts

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Wahai anakku
"Jangan sesekali kamu menyakiti hati gurumu, kamu tidak akan berkat sepanjang hidupmu". Itulah nasihat yang sering kali diucapkan oleh emak sewaktu menghantarku menaiki bas balik ke asrama. Nasihat itu seringkali diulang sambil membetulkan baju dan rambutku.

Aku membesar dalam suasana sangat menghormati guru kerana kata emak.  "Bila ilmu tidak berkat, maka banyak mana ilmu pun tidak berguna lagi"

Sewaktu aku menjadi pensyarah di UiTM. (.masa tu ITM ), aku tampalkan satu kertas di pintu bilikku " Separuh dari keberkatan ilmu terletak kepada anda menghormati gurumu, manakala separuh lagi ialah anda mengamalkan ilmu itu".

Guru ibarat mata air yang mengalir. Andainya mata air itu jernih, maka jernihlah air yang akan diminum oleh muridnya. Namun kalau ia keruh maka keruhlah air itu sepanjang sungai. Namun andai ada pelajar yang tidak jujur, ia mengeruhkan air yang diambilnya, tetapi ia tidak akan mengeruhkan air sungai seluruhnya. Maka guru perlu ikhlas dalam pengajarannya.

Setiap kali Aku ingatkan guruku yang telah meninggal dunia, akan aku titipkan al Fathah untuknya, kerana darinya aku menjadi insan yang berguna.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16hb Mei 2016.

#mantiip

SELAMAT HARI GURU

*Guru......*

dalam ajarmu ada harapan,
dalam tegurmu ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...
SELAMAT HARI GURU dan berbanggalah anda adalah seorang guru.

*Guru.....*

Bila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody,
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
*Garang* orangnya, itulah guru disiplin..
*Penyayang* orangnya, itulah guru prasekolah..
*Sabar* orangnya, itulah guru pendidikan khas..
*Sentiasa cool & tak pernah marah*, itulah guru kaunseling..
*Petah berucap*, itulah guru besar..
*Pelik orangnya*, itulah guru pendidikan seni..
*Gelap orangnya*, itulah guru pendidikan jasmani..
*Warak orangnya*, itulah guru agama..
*Sopan orangnya*, itulah guru pendidikan sivik..
*Berbahasa orangnya,* itulah guru Bahasa Malaysia..
*Berseni bahasanya*, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..SELAMAT HARI GURU..

Erti sebenar seorang cikgu
*C*: Cantik budi pekertinya.
*I*: Inovatif praktisnya.
*K*: Kreatif mindanya.
*G*: Garang semangatnya.
*U*: Unggul ilmunya

(Yang ni jangan marah......gurau2.....😝😝😝😝😝😝😝)
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..

SELAMAT HARI GURU.
*GURU PEMBINA NEGARA BANGSA*

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"