Google Search :

google search:
Google

Tuesday, February 28, 2017

AYUH BANGKIT SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA MEMBANTAH CAMPURTANGAN DAP DALAM URUSAN FATWA PENANG

Oleh: Zaharudin Muhamad

Saya baru memahami secara detail berkenaan campurtangan kerajaan negeri Pulau Penang yang dipimpin oleh YB Lim Guan Eng terhadap isu fatwa di Pulau Penang sewaktu berceramah bersama-sama dengan Al-Fadhil ustaz Fauzi selaku Pesuruhjaya PAS Penang, Ustaz Afnan Hamimi selaku Ketua Pemuda PAS Penang dan Asookan selaku ketua DHPP PAS Pulau Penang di sana semalam.

Setahu saya, tidak ada mana-mana fatwa di dalam sebuah negara demokrasi perlu mendapat izin daripada pihak berkuasa yang bukan Islam sama ada di negara Islam hatta di negara Barat.

Dalam kes Pulau Penang, saya melihat satu pencerobohan yang sangat serius terhadap kebebasan Islam bukan hanya terhadap kebebasan individu muslim, bahkan sekatan terhadap kebebasan Institusi Islam itu sendiri apabila fatwa dikawal oleh EXCO Pulau Penang yang majoritinya adalah non-muslim serta diketuai oleh seorang yang bukan Islam.

Bagi saya, campurtangan ini bukan lagi menjadi isu Pulau Pinang  bahkan ia menjadi isu orang Islam di Malaysia  yang majoritinya adalah muslim.

Saya berharap ada satu serahan memorandum besar-besaran perlu di adakan di hadapan Komtar bukan oleh orang Islam Pulau Penang sahaja, bahkan oleh orang Islam seluruh Malaysia.

Saya ucapkan tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Yusni Mat Piah dan ustaz Afnan Hamimi yang telah mengetuai delegasi PAS Pulau Penang membuat laporan polis terhadap sekatan itu yang dilihat sebagai bercanggah dengan perlembagaan perseketuan.

Tolong sebarkan, tolong bangkit wahai orang Islam seluruh Malaysia.

SUMBER:

*FB ZAHARUDIN MUHAMAD*

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"