Google Search :

google search:
Google

Monday, February 20, 2017

USTAZ NOR AZLI TALIBAN MENANG SAMAN KEATAS FITNAH YANG DILEMPARKAN KEPADANYA, "KELUAR PAS KAFIR"

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam telah menolak rayuan Ahmad Syihan Ismail ke atas keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan tuntutan Ustaz Norazli bin Musa kerana fitnah yang dilemparkan ke atasnya pada tahun 2015 dalam satu tazkirah pada bulan puasa. Dalam penghakimannya Hakim Yang Arif Dato Ahmad bin Bache bersetuju bahawa Plaintif iaitu Nor Azli Musa telah berjaya membuktikan 3 elemen penting iaitu kata-kata iatu adalah fitnah, ianya ditujukan kepada Plaintif dan ianya telah diterbitkan oleh Defendan. Mahkamah mendapati bahawa "cermah di Jelai semalam Nor azli taliban kata sapa keluar jemaah Islam PAS jatuh kafir" adalah satu fitnah kerana kata-kata yang asal adalah "barangsiapa yang keluar Jemaah Islam barang sejengkal maka akan keluarlah Islam dari tengkuknya". Defendan tidak pernah berada di dalam tazkirah tersebut. Hanya abangnya sahaja yang berada di dalam tazkirah tersebut. Kesemua 4 saksi Plaintif menunjukkan bahawa Ustaz Nor Azli bin Musa tidak pernah mengucapkan kata-kata yang disebar dan disiar oleh Defendan.

Dalam penghakimannya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan tiada campurtangan Mahkamah Tinggi diperlukan untuk melihat kembali keputusan Mahkamah Sesyen. Oleh yang demikian Defendan perlu membayar sebanyak RM50,000 sebagai gantirugi, kos sebanyak RM8,000 dan juga permohonan maaf di facebook dan juga di akhbar tempatan. Setakat hari ini Defendan masih belum lagi menyelesaikan apa-apa terma Penghakiman yang diperolehi oleh Plaintif.

Mahkamah Tinggi juga mendapati selepas penyebaran dan penerbitan kata-kata fitnah tersebut, Defendan telah berterusan menghina dan mencaci Plaintif melalui lama Facebooknya. Dalam pada itu, Defendan dalam pembelaan menafikan beliau mempunyai akaun laman Facebook. Tetapi tiada sebarang bukti yang dibawa oleh Defendan untuk menunjukkan bahawa akaun yang ddidaftar di bawah Ahmad Syihan Ismail adalah bukan akaun beliau.

FB Dinie Putra Norikmar

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"