Google Search :

google search:
Google

Wednesday, July 27, 2016

Khamsani Mat Sohor, pahlawan Amal sukar diganti

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN | 27 Julai 2016.

"Abang Sani, nampak letih sangat tu. Elok berehat dulu, bagi kat orang lain tugas tu, ambil cuti dulu," kata saya spontan kepada Sdr Khamsaini Mat Sohor ketika satu tugasan mengiringi pimpinan PAS di Pulau Pinang.

Beliau merupakan Pengarah Keselamatan Jabatan Amal Pulau Pinang yang diberi tanggung jawab mengiringi mana-mana pimpinan utama PAS yang hadir berprogram di Pulau Pinang. Kenderaan pacuan empat roda Pajero KAA1512 milik Jabatan Amal Pulau Pinang itulah yang menjadi 'kuda perangnya' ke mana-mana.

"Ustaz, saya ni kalau nak ikutkan sakit saya ni, lama dah kena rehat duduk di rumah. Tapi saya tak boleh. Saya akan turun bertugas jaga keselamatan pimpinan selagi saya mampu. Saya malu, saya baru sakit macam ni dah nak berehat. Tok Guru dan pimpinan lain tak pernah rehat, sakit depa lagi teruk dari saya," jawab beliau.

"Maksud saya, Abang Sani cuti sat dua tiga hari, bukan cuti terus. Lepas dah OK, bertugas balik," sambung saya memperjelaskan.

"Ustaz, minta maaf. Bukan saya tak mau dengaq nasihat ustaz. Tapi prinsip saya, dalam berjuang ni tak dak cuti, melainkan mati," jawab beliau lagi. Kali ini, suaranya sedikit tinggi, tegas nadanya. Matanya tepat memerhatikan saya. Saya terdiam. Hebat! Hebatnya akidah perjuangan insan begini.

Pernah diberitahu, beliau pengsan tersandar di salah sebuah surau, ketika rombongan pergi menziarahi jenazah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu. Sakitnya semakin merebak setelah beliau pulang daripada operasi gotong-royong membersihkan rumah mangsa banjir di Pahang Terengganu dan Kelantan awal tahun lalu. Begitu tinggi komitmennya kepada tugasan-tugasan Jabatan Amal.

Beliau juga orang yang bertindak pantas menyelamatkan kedua ayahanda dan bonda saya daripada diganggu oleh samseng-samseng, ketika ayahanda Datuk Ust Taib Azamudden Md Taib berceramah memberi taujihad kepada petugas-petugas PAS di dalam Pasti Teluk Kumbar tahun 2013 lalu.

Beliau hanya bekerja sebagai penjual cucur udang di pekan hari dan pasar malam. Walaupun beliau tidak mendapat pendidikan yang tinggi, namun kesemua anak-anaknya dihantar bersekolah di sekolah agama dan tahfiz. Wang sara persekolahan anak-anaknya hanyalah bersumberkan perniagaan cucur udangnya di samping kerja sampingan oleh isterinya.

Beberapa kali, beliau tidak berniaga kerana memenuhi tugasan sebagai pengiring keselamatan pimpinan. "Abang Sani tak berniaga ka hari ni? Isteri dan anak-anak macam mana?" soal saya kepada beliau, sengaja hendak tahu penerimaan keluarganya tentang penglibatannya secara aktif dalam tugasan Jabatan Amal.

"Ustaz, rezeki ni Allah yang tentukan. Betoi la kalau pikiaq logik akai kita, bila tak berniaga takdak la pendapatan. Tapi rupa-rupanya bila terlibat dalam perjuangan ni, Allah bagi rezeki tu kut lain. Ada, mesti ada punya. Cuma lambat dengan cepat ja. Saya tak pernah menyesai kalau tak berniaga sebab pi bertugas. Walhal, pelanggan saya sikit punya ramai ustaz. Ada yang buat tempahan untuk kenduri kahwin, untuk jamuan-jamuan. Saya tau, kalau saya pulun betoi-betoi cucoq udang ni, saya boleh hidup senang. Tapi saya tak buat. Buat apa hidup senang tapi tak terlibat berjuang Islam. Esok mati Allah tanya saya, hang buat apa atas dunia hari tu nak menangkan Islam? Apa saya nak jawab ustaz! Saya ni dulu banyak buat salah. Biaqlah nanti bila mati, saya boleh jawab depan Allah, inilah pengorbanan saya untuk menangkan Islam."

Allahuakbar, kelu lidah saya. Tepat dan padat jawapannya. Patutlah tidak pernah kelihatan di wajahnya rasa susah, rasa bimbang. Tinggi sungguh keyakinannya kepada janji Allah. PAS Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS juga beberapa kali memberi sumbangan meringankan bebanan beliau dan keluarganya sebelum ini.

Hari ini, 22 Syawal 1437 bersamaan 27 Julai 2016, sekitar jam 1.40 petang, insan hebat ini telah pergi menemui Pencipta buat selama-lamanya di Hospital Pulau Pinang, setelah beberapa tahun menderita sakit komplikasi hati. Seluruh warga PAS menangisi pemergiannya.

Abang Sani,hari ini kau telah ada jawapan untuk bertemu Allah SWT. Kau telah buktikan istiqamah memperjuangkan Islam hingga hujung nafasmu. Selamat 'berehat' buat selama-lamanya. Moga akhir hidup kita juga sepertinya, istiqamah! - HARAKAHDAILY 27/7/2016

Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Tuesday, July 26, 2016

MUTIARA KETUA DEWAN ULAMAK PAS PERAK

Saya tak pernah terasapun nak jadi VIP. Saya hanya bercita cita menjadi al-Murabithuun. Dipanggil saya datang disuruh saya pergi. Disuruh ke depan saya di depan, diarah ke belakang ke belakanglah saya. Diarah ke tepi saya ke tepi, disuruh ke atas ke bawah, di situlah saya.

Tika diarah saya menurut, tika diam saya memerhati, tika kelam saya mencari, tika dilambung hoyong hayang saya berpaut di tali nakhoda. Disuruh perang saya perang, diminta aman saya amankan, jika peluru datang kepada pimpinan, saya meluru menjadi benteng. Tika bertelagah nakhoda dengan yang lain, saya hanya ada satu nakhoda untuk dipertahankan.

Saya diasuh dengan fikrah harakah islamiyyah oleh para murabbi jemaah, saya ada pemimpin yang mengawal fikrah dan jalan bekerja bagi jemaah ini. Mereka mewarisi ke'khalifahah'an para nabi dan Rasul yang merintis dan menunjuk jalan perjuangan. Yang bercanggah dengan mereka saya simpangi, yang menongkah mereka saya betuli. Yang mencalarkan mereka saya perangi. Mereka rais saya mar'us, mereka imam saya makmum. Saya sanggup apa saja untuk memenuhi syarat saya sebagai mar'us, dicaci dimaki, dihina, disaman, ditangkap atau dipenjarakan. Mati belum masuk ke senarai kesanggupan kerana saya masih lemah. Tapi Allah akan tentukan bila masa itu sampai.

Mereka didulukan dalam apa jua situasi hatta yang bertembung dengan perasaan dan fikrah saya sendiri. Mereka tentu ada sebab musabab yang lebih baik dari saya. Di sana pasti ada barakah daripada Allah. Saya tidak akan bercakap lebih kuat daripada mereka, tidak mendahului perasaan saya didepan daripada arahan mereka. Saya dengar dan saya taat. Di akhirat saya mahu ditempatkan bersama himpunan para pimpinan yang adil dan bertaqwa. Saya mengharapkan jalan yang saya turuti di belakang mereka ini memberikan saya pahala dan beroleh rahmat syurga. 'Mereka' itu ialah Presiden dan para pembantunya. Yang menentang presiden, bukanlah dari kalangan 'mereka'.

Sungguh jln masih panjang. Sungguh manusia tidak maksum, sungguh mereka mungkin ada kesilapan. Jika belum bertemu syarat untuk hilang ketaatan, saya akan tetap di jalan kepatuhan. Saya hanya ada satu nakhoda, tidak dua tidak tiga. Lain daripada nakhoda adalah sahabat, pimpinan dan al-murabithun seperti saya juga.

Jika masuk PAS dengan hasrat mengawal dan menentukan jalan sendiri.
Sila ambil sedikit ruang untuk mengenali jantung hati jemaah ini.

Tuan Guru Haji Sidek Mohd Nor
Ketua Dewan Ulamak PAS Perak

Pas sedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain asalkan bukan dap dan pengkhianat

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas memilih untuk tunggu dan lihat berhubung perancangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk pakatan pembangkang yang baharu dalam masa terdekat.

Naib Ketua Pemudanya, Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata, pihaknya tidak mahu mengulas sesuatu yang masih belum menjadi kenyataan.

“Kita hanya akan respons isu pakatan baharu itu selepas ia wujud. Sekarang ini, Tun Mahathir pun pening bila nak buat, apa visi dan misi...jadi, kita tunggu dan lihat. Kita kena tunggu dulu kalau tidak kita bermain dengan andaian. Dalam politik, andaian ini berbahaya.

“Untuk blok pembangkang itu, kita masih terbuka. Kita tunggu apa yang berlaku. Jika Tun Mahathir menubuhkan parti yang baharu, kita lihat dulu apa komposisinya dan kalau perlu ada kerjasama, ia akan berlaku perbincangan yang lebih dalam di peringkat parti,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Pemuda Pas dan Pasti Wilayah Persekutuan, semalam.

Sebelum ini, Mahathir mengumumkan hasrat menubuhkan parti politik yang baharu dalam masa terdekat diikuti dengan pembentukan pakatan pembangkang yang baharu bersama parti-parti pembangkang sedia ada bagi menghadapi PRU14.

Ketika diminta mengulas kemungkinan bekas sekutunya, DAP dan bekas rakannya, Parti Amanah Negara (Amanah) bersama-sama dalam pakatan pembangkang yang baharu itu, ini jawapan Pemuda Pas.

“Kita ambil pendekatan yang tetap. Jika dalam pakatan itu adanya DAP, kita tidak akan bekerjasama dengan DAP. Jika ada Amanah, kita tidak akan kerjasama dengan Amanah. Jika tidak ada dua parti itu, pintu perbincangan terbuka,” katanya.

Menyentuh blok politik ketiga yang diumumkan partinya sebelum ini, Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya konsisten dalam memperkasakan blok politik tersebut bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO yang lain.

“Terbaharu, kita membuat program penerangan RUU 355 (Akta Mahkamah Syariah – bidang kuasa jenayah). Ada juga NGO di bawah kerajaan dan Alhamdulillah mereka juga bersama-sama menyokong RUU 355.

“Jadi, ini blok politik ketiga yang kita nak bawa. Satu blok politik yang membawa politik secara matang dan kalau boleh kita bekerjasama untuk kebaikan rakyat dan Islam, kita akan terus bekerjasama. Alhamdulillah kerjasama kita bersama Ikatan berjalan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan, kerjasama Pas dengan Umno bukan dari sudut politik sebaliknya hanya dalam perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat.

“Kita tidak akan ada kerjasama politik dengan Umno. Dalam PRU14 pun, kita tetap tidak akan bersama dengan Umno dalam blok politik.

“Kita tetap lawan Umno. Itu pesan kami kepada Datuk Seri Khairuddin (Abu Hassan). Kami konsisten dan tidak akan bekerjasama dengan Umno. Cuma taa’wun siyasi dengan Umno dalam sudut perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya ketika diminta mengulas peringatan Khairuddin.

Semalam, Khairuddin yang merupakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu mengingatkan Pas agar berhati-hati dengan setiap gerak-geri politiknya bersama BN demi menjaga reputasi parti Islam itu.

Monday, July 25, 2016

Henti paksa guru hadir program anjuran Umno.

HARAKAHDAILY | 25 Julai 2016.

Isu Arahan Terhadap Guru Agar Dipaksa Menghadiri Program Anjuran Umno Harus Dihentikan Dan Amat Dikesali

Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) melahirkan rasa kesal dan dukacita atas tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mengarahkan guru -guru hadir dalam perjumpaan bersama Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam 'Majlis Bicara AidilFitri Warga Pendidik Bersama Wanita Umno Negeri Johor' bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM, Parit Raja Batu Pahat, Johor pada 22 Julai baru-baru ini.

Persoalannya, mengapakah majis bicara warga pendidik bersama Menteri Pendidikan perlu menggunakan platform parti anjuran Wanita Umno Johor sedangkan profesionalisme bidang perguruan seharusnya boleh dibuat atas anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor atau Kementerian Pendidikan Malaysia?

Apa yang paling mendukacitakan senarai guru yang disasarkan telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat seolah-olah guru 'dipaksa rela' hadir ke program parti dan perlu 'menurunkan tandatangan' sebagai bukti hadir sedangkan masa itu boleh digunakan untuk berehat bersama keluarga pada cuti hujung minggu. Biasanya jika gagal untuk hadir, maka nama guru terbabit akan 'disenaraihitamkan' serta perlu menyatakan sebab ketidakhadiran. Walhal, segelintir guru memang ada urusan keluarga yang penting.

Mungkin juga ada guru yang 'tawar hati' untuk hadir tetapi apabila dibuat atas anjuran sebuah parti politik maka timbul rasa 'benci' atau tidak puas hati kerana program perjumpaan bicara warga pendidik yang matlamat awalnya sebegini baik bersama Menteri Pendidikan, tetapi malangnya dibuat atas platform politik.

Pendidik menegaskan bahawa apa sahaja program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendatangkan manfaat kepada guru dan pelajar serta hala tuju pendidikan negara disokong serta disambut baik tetapi jika sebaliknya maka teguran akan dibuat terhadap kementerian terbabit sebagai proses 'check and balance'.

Justeru, Pendidik mendesak Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia agar mengambil perhatian serius terhadap beberapa berikut sebelum kebencian warga pendidik semakin memuncak:

1. Guru bukanlah ‘robot’ yang boleh diarah sesuka hati sehingga hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang boleh membuat keputusan dalam memilih siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin atau wakil rakyat dinafikan. Tiada sesiapa pun boleh memaksa mana-mana guru agar mengikut arahan yang ‘tidak bertamadun‘ seperti ini.

2. Guru adalah insan yang berkhidmat untuk rakyat dan gajinya dibayar oleh rakyat, bukan dari duit poket Umno Barisan Nasional. Jadi, jangan paksa warga pendidik mengikut telunjuk pemimpin politik dan mencampuradukkan ‘pendidikan’ dengan ‘politik kepartian’ yang akhirnya akan merosakkan masa depan pendidikan negara”.

3. Sebagai penjawat awam, guru memang menjadi ‘pelaksana dasar ‘ dalam apa juga program pendidikan yang telah diputuskan tetapi dari segi hak mengundi dan memilih pemimpin yang mereka mahukan, tiada sesiapa yang boleh memaksa mereka. Hak ini dijamin dalam perlembagaan selaras dengan demokrasi yang diamalkan di negara kita.

4. Bebaskan guru dari sebarang ‘cengkaman politik’ yang cuba mengongkong minda dan jiwa para pendidik yang banyak berjasa dalam memacu hala tuju pendidikan negara di Malaysia yang tercinta selama ini. Cukuplah 59 tahun kita merdeka dan guru telah lama menjadi mangsa percaturan politik pemimpin yang 'rakus kuasa ' hingga memperlakukan guru secara 'zalim' termasuk sengaja menukarkan guru berjauhan daripada keluarga hanya kerana ‘dendam politik’ dan 'tekanan politik' Umno Barisan Nasional.

5. Kami menyeru agar semua warga pendidik, bangkit dengan penuh keberanian agar dapat ‘merobohkan tembok kezaliman’ yang telah lama membelenggu mereka selama ini sekian lama. Hanya dengan memahami hak mereka, sebagai warganegara Malaysia yang bebas menyokong mana-mana pertubuhan politik yang sah dan berdaftar di negara ini, maka guru dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih pemimpin mana yang mereka mahukan demi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta.

6. NGO Pendidik menyarankan agar mana-mana warga pendidik yang diugut atau menjadi mangsa 'salah guna kuasa' agar segera membuat laporan polis dan membuat pengaduan kepada Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) seberapa segera.

Pendidik tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada SPRM jika berlaku 'salah guna kuasa' yang mengongkong jiwa pendidik seperti ini sekiranya menerima laporan.

“Semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi kemuliaan dan hak-hak.” (Petikan dalam Artikel 1 Peristiyharan Hak Asasi Manusia Sejagat)

Normala Sudirman
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik)
AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat
25 Julai 2016/20 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 25/7/2016

Azmin sindir Shaari Sungib di Twitter

PETALING JAYA :
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menegur Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Saari Sungib di Twitter dengan bertanya sama ada dia ingin menjadi pengemis untuk jawatan Exco.

"@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke," tulis Azmin di laman Twitternya.

Kenyataan di Twitter itu ditulis selepas Saari dipetik sebagai berkata bahawa Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu menjelaskan mengapa beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan 'politik istana' dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Selangor terdiri daripada wakil dari PKR, DAP dan PAS walaupun Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu.

PAS masih mempunyai tiga wakil dalam exco kerajaan negeri kerana kerjasama antara PAS-PKR.

ADUN Hulu Klang itu berkata Azmin perlu meninggalkan PAS dengan menegaskan parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.

Saari berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad.

Saari keluar daripada PAS dan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar pada 2014 selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

Wednesday, July 20, 2016

ISU PILIHAN RAYA NEGERI P.PINANG: PENDIRIAN DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG

1. DPPN P.Pinang mengikuti isu ini dgn cermat dan berpendapat setiap tindakan kerajaan negeri perlu meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, bukan demi kepentingan politik individu atau kepartian.

2. Walaupun kerajaan negeri P.Pinang berhak membubarkan DUN mengikut saluran demokrasi, namun tindakan ini dilihat lebih kepada bermotifkan politik meraih populariti dan tidak mendahulukan kepentingan rakyat.

Politik begini jauh berbeza dengan politik Islam yang meletakkan kepentingan negara dan ummah mengatasi kepentingan individu dan kelompok tertentu.

3. Walau bagaimanapun, DPPN P.Pinang bersedia menghadapi segala kemungkinan samada berlaku PRN dalam waktu terdekat atau sebaliknya. DPPN P.Pinang telah mengadakan mesyuarat khas dan mengarahkan semua jentera pemuda di seluruh negeri bersiap sedia untuk menghadapi PRN. DPPN P.Pinang memberi kepercayaan penuh kepada PAS Negeri & Pusat untuk membuat keputusan berkaitan PRN ini dalam masa terdekat.

_Inilah Penyelesaian Kita_
_Bertekad Melebar Muafakat_

*Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden*
Ketua Pemuda PAS P.Pinang

21 Julai 2016

Bagaimana Amerika Syarikat jumpa bukti tapi Malaysia tak jumpa?

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat secara rasminya mengambil tindakan memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Peguam Negara AS Loretta E Lynch mengumumkan tindakan ini adalah untuk melucutkan dan mendapatkan kembali dana sebanyak USD 1 bilion berkaitan dengan 'konspirasi antarabangsa' mengubah dana haram yang diperolehi daripada 1MDB.

Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?

Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi.

Cuma pelik bagaimana Jabatan Keadilan AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpengkalan di Malaysia tapi tidak pihak berkuasa Malaysia.

Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?

Rakyat sedang melihat apakah kalian sedang bekerja untuk negara dan rakyat, atau individu tertentu?

Dan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, fikirlah apa langkah terbaik seterusnya buat anda dan negara.

PAS menggesa agar satu Suruhanjaya DiRaja Siasatan yang dianggotai termasuk ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan.

Siasatan harus menumpukan kepada dua aspek. Pertama, pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang salah. Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza.

Kedua, aspek penyelewengan seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika yang gagal disiasat pihak berkuasa negara, melibatkan pengubahan dana haram iaitu perpindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

Kedua-dua ni perlu disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja untuk menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Julai 2016

PAS TUNTUT TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT KES 1MDB

KENYATAAN MEDIA

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan tentang adanya penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat, melibatkan 'money laundering' iaitu pengubahan dan pemindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

2. Pendirian PAS sejak daripada awal kes 1MDB ini ialah siasatan telus dan menyeluruh perlu dijalankan dan disegerakan. Ini bagi memastikan jika benar ada penyelewengan dan salahguna kuasa, pihak yang bertanggungjawab dan terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Jika ia melibatkan pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap dan jangkaan pelaburan yang salah, maka penambahbaikan dan kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian.

3. Selaras dengan prinsip Islam dan terma universal iaitu 'innocent until proven guilty' (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah), maka PAS menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes yang semakin mendapat perhatian umum dalam dan luar negara ini. Inilah pendirian dan pegangan PAS dalam semua kes yang berlaku tanpa ada dwi-standard.

4. Suruhanjaya DiRaja hendaklah dianggotai oleh pakar yang berautoriti dan berkecuali termasuk 'ulamak yang pakar dalam bidang perundangan, ekonomi dan kewangan Islam. Dalam masa yang sama, PAS juga menolak campur tangan asing dalam urusan negara ini. Kita berharap Suruhanjaya ini akan dapat menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun menjadi polemik.

5. PAS bersama dengan seluruh Rakyat Malaysia yang prihatin berharap ada penyelesaian tuntas kepada perkara ini. PAS komited dalam membina Malaysia Sejahtera yang menjadikan 'good governance' (pemerintahan yang telus dan cemerlang)  sebagai asas utama dan teras negara.

Sekian, terima kasih.

"Inilah Penyelesaian Kita"

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

YB USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Bukit Gantang

21 Julai 2016 | 16 Syawal 1437H

KENAPA RASA PENING LEPAS MAKAN KAMBING ?

Kerana daging kambing pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti. Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.

Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi..dan anda juga boleh mengamalkan produk penyelidikan dari Dr azlan pakar herba,pemakanan dan keselamatan makanan,bagi merawat masalah darah tinggi dengan lebih berkesan.

Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak.

Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.

Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Khasiat dan kelebihan daging kambing:

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Sekian..Selamat mengamalkan makanan2 sunnah🐐🐏🐑
untuk info sila sms/whatsapp ke 013-209 3349

Monday, July 18, 2016

Khairul Idham Pawi "Raja Litar Basah

Itulah perkataan yang dapat digambarkan kepada Khairul Idham Pawi yang digelar dunia pada ketika ini sebagai "Raja Litar Basah" selepas menjuarai GP Moto3 Dunia Jerman di litar Sachsenring, semalam.

Bermula dengan kedudukan ke-20, Khairul dengan begitu yakin terus mengejar pelumba di hadapan sehingga ke kedudukan ke-7 sebelum terus mengungguli kedudukan teratas semasa perlumbaan yang berlangsung dalam hujan dan litar yang begitu basah.

Kebolehan Khairul Idham mengawal jenteranya dalam keadaan litar basah ini jelas membuahkan kejayaan yang begitu bermakna buat negara.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) begitu berbangga dengan kejayaan kali kedua anak muda ini yang begitu hebat di peringkat antarabangsa, setelah menjuarai GP Argentina awal tahun ini.

Kejayaan produk didikan Pasti yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Anak Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar Kali Ke-57 2016 ini jelas menunjukkan kebolehan anak muda Malaysia di persada dunia serta diiringi dengan komitmen dan akhlak yang begitu cemerlang sama ada di dalam atau di luar perlumbaan.

Terbukti, buat kali kedua beliau dengan sopan melarikan diri dari semburan arak Champagne  daripada 2 orang pelumba lagi yang meraikan kejayaan di podium, tanda beliau seorang yang istiqamah akhlaknya dengan pegangan Islam.

DPPM sekali lagi mengucapkan jutaan tahniah kepada Khairul Idham di atas kejayaan menjuarai GP Jerman ini dan mengharapkan pelumba-pelumba negara yang lain dalam pertandingan Kejuaraan Motosikal Dunia seperti Adam Norrodin dan Hafiz Syahrin terus menyinar untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam perlumbaan yang akan datang.

Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
(Pengarah Jabatan Kesenian, Budaya dan Sukan)
18 Julai 2016 | 13 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 18/7/2016

Sunday, July 17, 2016

Erdogan Bukan Seorang Nabi

Oleh: Muhammad bin Nashir al-Hazimi, terjemah ihsanul faruqi

"Aku heran dengan kelakuan sebagian orang yang kuat dalam berislam dan padanya ada kebaikan. Mereka menyerang Erdogan dan menuduhya sebagai sekuleris. Maka aku katakan pada mereka:

1). Wajib untuk kita membedakan antara HARUS untuk dikerjakan dan MEMUNGKINKAN untuk dikerjakan.

2). Erdogan mewarisi pemerintahan Turki yang sedemikian sekuler selama masa 70 tahun hingga masyarakat DIPAKSA hidup dalam kekufuran. Dan inilah realita yang nyata yang Erdogan jalani.

3). Tidak mungkin bagi seorang muslim yang taat dalam waktu sebelum 10 tahun terakhir untuk menunjukkan identitas keislamannya secara terang-terangan kecuali ia harus berhadapan dengan penjara.

Maka dalam keadaan terpaksalah Erdogan mengakui dirinya seorang sekeluris, Allah yang akan menilai niatnya, dan apa yang lakukan untuk agamanya. Erdogan telah mengubah Turki dari kekufuran di bawah paksaan menjadi kufur karena pilihan (negara tidak ikut campur-edt). Hingga orang-orang yang taat dengan keislamannya mendapatkan kemerdekaannya.

Adapun sekarang setelah Erdogan meraih kekuasaan, iapun menyatakan diri sebagai murid dari Najmuddin Erbakan. Semua tahu siapa beliau. Hari ini Erdogan berbahagia dengan dibangunnya masjid-masjid, maraknya halaqah-halaqah penghafal Alquran, dan pusat-pusat kajian keislaman.

Sesungguhnya Erdogan bergerak dengan kecerdasannya. Hingga ia bisa memberikan manfaat untuk agama dan ummatnya. Seorang laki-laki yang jika engkau melihatnya saat shalat, engkau tidak akan percaya bahwa ia adalah seorang pemimpin besar yang memiliki banyak urusan sehingga melalaikannya dari mengingat Allah dan khusyu' di dalam sholatnya. (Engkau dapatkan sebagian orang yang taat namun tiada kekhusyuan padanya padahal ia hanya punya sedikit urusan, bahkan sebagian lagi enggan berjamaah di masjid) inilah yang membuat Erdogan dicintai rakyatnya.

Akupun merasa Erdogan lebih taat dari kebanyakan orang yang taat, juga lebih besar semangatnya untuk memperjuangkan Islam. Dia mewarisi kesepakatan-kesepakatan masa lalu dengan Eropa dan Israel, yang ini sangat memberatkan hatinya. Namun ia adalah pemimpin yang bijak, menempatkan sesuatu dengan pertimbangan yang jernih. Ia terus berusaha untuk mengangkat belenggu penjajahan Yahudi di atas Palestina, terutama Gaza.

Aku berbicara banyak hal tentang kepemimpinan Turki saat ini. Dengan sigapnya mereka dalam membantu proyek-proyek keummatan, dan ikut memberi solusi mengatasi problema ummat Islam-Palestina, Suriah, Uyghur, Mesir, Rohingnya dan lain-lain. Ini merupakan realisasi dari ucapan Erdogan di Mahr Jan, dan aku hadir waktu itu. Ia berkata, "Kami bangga menjadi kader Najmuddin Erbakan yang telah berencana untuk mengabdi demi kepentingan bangsa Turki dan kaum muslimin."

Dari sinilah Erdogan akan menjalankan proyek keummatan meski jalan di hadapannya masihlah panjang.

http://www.risalah.tv/2015/11/erdogan-tetaplah-bukan-seorang-nabi.html?m=1

PKR - PAKAT DENGAN DAP


1.   Dulu PKR dengan bangganya pakat dengan DAP, sama sama usaha menyerang dan mewujudkan GHB dengan tujuan untuk memusnahkan PAS dan Memburukan kepimpinan PAS dari dalamdan dari luar.
2.  Kita para ponyokong dan Pemimpin PAS dah bagi tau, bahawa DAP adalah parti yang oppotunist yang sering mengambil kesempatan dan bila dirasakan orang yang diambil kesempatan itu sudah tidak bermaya dan tak ada pengaruh atau owang itu sudah tidak boleh ditundukan ikut kehendak mereka, maka DAP akan tendang dan tolaknya jauh jauh namun PKR bangga dan rela bersama dengan DAP berbanding PAS yang pernah membantu dan menolong DSAI disaat dia ditendang dan disingkir dari UMNO dengan tuduhan sex dulu.
3.   Namun demikian PKR akhir bersama DAP menendang keluar PAS dari Pakatan Rakyat (PR) dengan itu PR berkubur.
4.   Usaha DAP mengajak sekutu PH adalah untuk kepentingan mereka juga untuk memecahbelahkan PKR dan KINI usahanya hampir BERJAYA.
5.   Tak lama lagi PKR akan berpecah (In Sha Allah) yang akan tnggal bersama PKR mungkin hanya wawi, nurul izzah dan dsai, yang lain lain nampaknya lebih condong samada kepada LKS, LGE atau Madey.

#SelamatTinggalPKR.
#PengajaranBuatYangLupaDaratanDanLupaTuhan.

Saturday, July 16, 2016

PAS sedia berpakat tetapi tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia. Tidak ada tawar menawar dalam perkara akidah

PAS menegaskan parti itu tidak akan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) termasuk dengan parti baharu yang mahu ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti Islam itu berbuat demikian kelmarin.

Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, PAS tetap berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah iaitu boleh kerjasama bersama pihak lain, namun tanpa berganjak dan tidak ada sebarang tawar menawar dalam perkara membabitkan akidah Islam.

“Semua masalah wajib dipikul bersama serta wajib penyelesaiannya yang diimani secara ikhlas, bukan kerana merebut peluang dan kesempatan yang mengulangi jahat dan zalimnya pula.

“PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat.

“PAS sedia berpakat tetapi tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia. Tidak ada tawar menawar dalam perkara akidah sehingga menjual atau mengadai atau memberi percuma dalam perkara tesebut kepada pihak lain semata-mata kerana kemenangan dunia tanpa akhirat sehingga memberi wala’ (ketaatan) kepada musuh Islam atau pengkhianat,” tegasnya dalam satu kenyataan rasmi PAS lewat malam tadi.

Musuh Islam yang dimaksudkan Abdul Hadi dipercayai merujuk kepada parti DAP dan PKR, manakala pengkhianat dipercayai merujuk kepada PAN dan mereka yang zalim pula adalah Mahathir dan pasukannya.

Abdul Hadi berkata, matlamat PAS adalah menegakkan Islam maka PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut lalu memberi amaran kepada pihak yang mahu melanggar sempadan itu supaya jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.

Menurut beliau, mereka yang menyertai PAS hanya memandang wawasan keduniaan tidak akan boleh bertahan kerana perjuangan PAS memandang kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat.

“Allah menegaskan kepada mereka yang hanya inginkan kesempatan kemenangan yang cepat: “Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati adanya terlalu dekat dan satu perjalanan yang dapat dilihat pencapaiannya, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu),” katanya.

Justeru, Abdul Hadi mengulangi penegasan PAS tidak boleh disertai oleh mereka yang cuma menjaga hubungan dengan manusia dan harta benda menyebabkan ada yang keluar daripada PAS secara suka rela atau dipecat dan mencari atau mencipta bahtera yang lain menjadi si luncai yang terjun bersama labunya.

“Belajar dan faham daripada al- Quran dan Sirah Nabawiyyah dan para salaf soleh. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan pandangan jalanan atau ilmu daripada syaitan yang meredah langit terbuka tidak mengira dosa dan pahala.

“Teruskan Istiqamah, jangan diheret oleh musuh yang berpura-pura, yang mengheret kita daripada “Al-Siratol Mustaqim”. Jadikan cahaya Islam ini lampu penyuluh jalan mencapai matlamat walau pun jauh dan panjang, namun tetap selamat dan inilah juga cara mengenal kawan dan lawan secara berhemat,” tegasnya.

Tuan Ibrahim kelmarin mengejutkan ramai pihak apabila menggesa seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong PAS kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti cauvanis DAP.

Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam diam’ mendakwa PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan, penghinaan dan fitnah yang pernah dilemparkan DAP,PKR, PAN dan Mahathir ke atas parti itu.

Beliau turut memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan dengan DAP dan PKR dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.

“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” dakwa Tuan Ibrahim.

PAS disingkirkan daripada gabungan pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu disebabkan PAS enggan tunduk kepada desakan supaya berkompromi dalam beberapa isu membabitkan akidah Islam yang dianggap DAP dan PKR boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang.

DAP dan PKR kemudian bertindak menubuhkan Pakatan Harapan selepas membubarkan Pakatan Rakyat bagi membentuk gabungan baharu parti pembangkang yang turut dianggotai PAN.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan baharu parti pembangkang.

Mahathir pula semalam mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baharu kononnya untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan PAS bagi menumbangkan kerajaan Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berbuat demikian kerana berdendam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan memenuhi kepentingan peribadinya termasuk dalam pembinaan jambatan bengkok.

Mahathir bertambah marah dengan Najib apabila usahanya untuk menjadikan pengikut setianya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menemui jalan buntu.

Berikutan itu Mahathir dan kumpulan penentang dalaman UMNO bertindak meninggalkan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP, PKR dan PAN bagi mengkhianati parti terbesar kaum Melayu tersebut. – mynewshub.cc

Friday, July 15, 2016

Cubaan rampasan kuasa di Turki

Didoakan agar Turki kembali aman untuk kepentingan umat sejagat.

Semoga semua pihak kembali ke meja perundingan.

Semoga mereka yang berniat jahat seharusnya dibawa segera ke muka pengadilan dan hukuman yang setimpal.

Zionis antarabangsa dan kuasa besar dunia sememangnya ingin melihat Turki dihimpit oleh permasalahan dalaman dan luaran agar agenda mereka terus berjaya.

http://www.bbc.com/news/world-europe-36809083

https://www.rt.com/news/351343-turkey-coup-military-attempt/

Turkey coup attempt: Army group says in control - News from Al Jazeera
http://www.aljazeera.com/news/2016/07/turkey-military-blocks-bridges-istanbul-160715195444742.html#

https://www.google.com/amp/mobile.nytimes.com/2016/07/16/world/europe/military-attempts-coup-in-turkey-prime-minister-says.amp.html#

http://m.utusan.com.my/berita/
nasional/rampasan-kuasa-polis-turki-tahan-50-komander-tentera-1.303717

http://www.malaysiagazette.com/ms/dunia/rampasan-kuasa-di-turki-jambatan-utama-lapangan-terbang-ditutup

[16/7 05.47] Antang Dwidasono: [16/7 05.45] +62 877-8562-1341: Rakyat Turki
78 juta rakyat turki
81 propinsi
1.000 kotamadya
Turun ke jalan2 tolak kudeta
Allahu akbar
[16/7 05.46] +62 877-8562-1341: [02:24, 7/16/2016] +90 545 550 1462: Para pimpinan militer tdk dukung tsk. Rakyat turun ke jalan2

[02:26, 7/16/2016] +90 545 550 1462: Group tsk yg berontak. Para pimpinan militer tdk dukung tsk. Nmn tsk dpt perintah dr luar jalur resmi sdg diberrskan
[16/7 05.51] Antang Dwidasono: .[02:30, 7/16/2016] +90 534 073 6995: Istanbul: 1 kolonel dan 3 tentara ditahan aparat

[02:48, 7/16/2016] Suhartono: Polisi menangkap bbrp anggota militer yg kudeta
[16/7 05.58] Antang Dwidasono: 01.52:
Tentara Kudeta yang menduduki bandara Ataturk telah diamankan.

01.50:
Pemimpin Partai OPOSISI: Kami mendukung pemerintahan yang SAH. Kami tidak ingin kembali ke zaman KUDETA.

01.46:
Di jalan utama Vatan Caddesi, 4 tank telah berhasil dikeluarkan. Senjata yang ada di tangan tentara telah diamankan. Rilis resmi dari pemda Istanbul.

01.43:
Gelombang masyarakat Turki yang keluar rumah semakin membesar. Mereka mengarah ke lokasi yang diduduki sekelompok kecil militer.

01.41:
Seorang kolonel dan 3 tentara pendukung kudeta ditangkap kepolisian Istanbul.

01.40:
Di kantor-kantor pemerintahan yang diduduki kelompok kecil militer, mereka diusir oleh rakyat Turki. Tentara yang mendukung kudeta diarak keluar gedung.

01.37:
Angkatan Laut Turki TIDAK MENDUKUNG KUDETA.

01.35:
Di masjid-masjid dikumandangkan TAKBIR.

01.34:
Kudeta ini dilakukan oleh KELOMPOK KECIL MILITER. Militer Turki secara umum tidak melakukan kudeta dan TIDAK MENDUKUNG KUDETA. (sumber: tv)

01.31:
Pimpinan Tertinggi Militer Umit Dundar menyatakan Militer tidak mendukung kudeta.

01.29:
1) Kudeta ini dilakukan kelompok kecil militer.
2) Tidak semua Angkatan ikut serta, bahkan menolak.
3) Masyarakat Turki mayoritas menolak.
4) Para pimpinan politik, sekalipun oposisi ikut menolak kudeta.
5) Dicurigai dilakukan oleh pendukung "paralel yapı".
6) Jembatan Bosphorous sudah dibuka kembali.
7) Ada tembakan dan ledakan.
8) Posisi krusial di Istanbul dan Ankara.

C/P dari sumber page sahabat Erdogan.. InsyaAllah smoga kemenangan dipihak Erdogan

Parti baharu : PAS tidak akan naik bahtera kelam kabut

MARANG: PAS akan mengkaji secara teliti cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berhasrat menubuhkan parti politik baharu.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak akan bersama dengan ‘bahtera’ yang kelam kabut.

Menurutnya, PAS tidak akan terburu-buru dan akan berbincang secara terperinci melalui Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jawatankuasa Politik dan Majlis Syura Ulamak (MSU).

“Saya kena baca secara teliti cadangan itu. Saya tengok awal-awal lagi sudah dalam keadaan yang kelam kabut. PAS tidak akan naik ‘bahtera’ yang kelam kabut.

“Apatah lagi kita dapati kerjasama dengan parti-parti yang menentang perjuangan kita, menentang Islam.

“Pendirian kita adalah mengikut sempadan parti kita. Kita tak terburu-buru dan kita akan bincang secara terperinci.

“PAS ada Jawatankuasa Politik, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak. Jawatankuasa PAS Pusat itu secara umum, Jawatankuasa Politik itu dari segi strategi, Majlis Syura Ulamak pula melihat batas sempadan Islam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil media selepas menyampaian Kuliah Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan cadangan mana-mana pihak menubuhkan parti politik dibenarkan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

“Tubuh parti baharu ini hak masing-masing dalam negara demokrasi, termasuklah jika kerajaan benar parti komunis pun boleh tubuh, jika kerajaan benar parti Komunis tetapi diluluskan oleh kerajaanlah.

“Kita tidak boleh halang dari segi kitanya, kita bekerjasama mengikut sempadan kitalah. Kerjasama dalam perkara yang adil, perubahan yang baik.

“Jangan sentuh Islam. Dasar PAS, matlamat perjuangan PAS, agenda perjuangan PAS jangan disentuh. Itu jika ada orang cuba halang kita akan lawan termasuk Umno ke, DAP ke, PKR ke, Tun Mahathir ke siapa ? Itu sempadan dia,” tegasnya.

Thursday, July 14, 2016

KERJASAMA ULANGAN PAS & PAKATAN PEMBANGKANG: 4 FAKTOR PENGHALANG DAN SOLUSINYA

Oleh: Ibnu Noor

Terdapat 4 faktor penghalang untuk PAS menyertai gabungan pembangkang PH...

1. Kerjasama ulangan tidak memberi jaminan pemimpin2 PAS termasuk presiden akan dihormati, tidak dihina, tidak dicurigai dan direndah2kan oleh mereka...

2. Kerjasama ulangan tidak memberi jaminan PAS berjaya memperjuangkan hak rakyat dan keadilan dgn jayanya bilamana masih trdapat pemimpin PKR dan DAP trlibat/dikaitkan dgn rasuah/skandal...

3. Kerjasama ulangan tidak memberi jaminan dasar dan matlamat perjuangan Islam PAS akan diiktiraf dan dihormati, serta bebas utk dilaksanakan tanpa ugutan dan gangguan...

4. Kerjasama ulangan tidak menjamin PAS akan brtambah kuat bilamana wujudnya parti Amanah..parti Islam kedua hanya akan membuka ruang kpd siri pengkhianatan..

Maka, sebagaimana trdapat 4 faktor penghalang, dibawah disenaraikan 4 Solusi jika hendak mnjalinkan krjasama ulangan...

1. Mereka wajib menerima dan menghormati pemimpin2 PAS terutama presidennya, tanpa ada suara yg mnghina, mengeji & merendah2kan..

2. Mereka harus menapis, membersihkan dgn bertindak tegas trhadap pemimpin2 mereka yg terlibat/dikaitkan dgn skandal/rasuah..

3. Mereka wajib memahami, menerima dan menghormati dasar serta matlamat penubuhan PAS utk memperjuangkan Islam..

4. Amanah wajib dibubarkan jika benar2 mahu bersatu, dgn menyertai mana2 parti pembangkang sperti DAP, PKR atau PAS...

Fikir-fikirkan

_____________________________________

TAMBAHAN

1. PAS mempunyai dua KEISTIMEWAAN..
Pertama, kerana dasar dan matlamatnya untuk memperjuangkan Islam mengikut panduan al-quran dan as-sunnah...bilamana perkara asas ini dipelihara, maka wujud keistimewaan susulan yg kedua dlm PAS, iaitu kepatuhan dan ketaatan ahli2 PAS trhadap segala keputusan yg tlh dibuat oleh pngurusan tertinggi PAS, yg dipandu oleh ahli Dewan Syura (barisan ulamak dan akademik)

2. Sebagaimana ahli/penyokong/pendokong PAS boleh menerima dan mematuhi keputusan kepimpinan tertinggi PAS utk bergerak bersendirian seperti hari ini, maka begitu jugalah apa jua keputusan/ijtihad pimpinan trtinggi PAS selepas ini akan difahami seterusnya dipatuhi oleh seluruh ahli/penyokong dan pendokong PAS, insyaallah...

Wednesday, July 13, 2016

PAS tegaskan tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam

Apakah ada jalan keluar?

Bilamana tentera sudah tidak tahu mana satu musuh yang menjadi sasaran, lalu mereka menembak sesama sendiri.

Situasi tersebut ibarat keadaan parti politik di Malaysia hari ini yang lebih banyak menghalakan senjata kepada bukan sasaran sebenar. Akibat dari kecamuk ini, kekeliruan timbul - siapa ialah musuh sebenar?

Nampaknya musim melawaskan sudah tiba, di mana daun keguguran dan hasil sangat berkurangan bagi parti-parti politik di Malaysia. Barangkali inilah putaran politik negara sebagaimana putaran semua perkara.

Apakah harus kegawatan ini dibiarkan berterusan?

Negara perlu diselamatkan dari kerosakan yang sangat menakutkan sekarang.

Kedudukan kewangan negara yang kritikal, bebanan kos hidup rakyat yang meningkat, puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan, peruntukan kerajaan yang terpaksa dipotong, penyelewengan, pencucian wang haram, rasuah dan pembaziran di kalangan pemimpin utama negara yang semakin menjadi-jadi, isu kebejatan moral masyarakat yang makin menipis adalah antara ratusan isu besar yang memerlukan perhatian.

Sepatutnya semua menghalakan senjata kepada musuh sebenar, kerana sekuat mana musuh sebenar apabila semua serangan dituju kepadanya akan pasti tumbang akhirnya.

Namun, apa yang terjadi ialah masing-masing ingin menjadi hero bagi membuktikan ‘akulah yang berjaya menumbangkan musuh.’ Maka, sesiapa yang berpotensi menjadi hero mesti dihapuskan dahulu kerana masing-masing percaya bahawa diri sendiri sahaja yang layak menumbang musuh.

Setelah saingan dikalahkan, barulah senjata dihalakan kepada musuh sebenar. Inilah situasi terkini dunia politik tanah air.

Apakah musuh telah berjaya menyerap masuk dalam kem lalu menyamar sebagai kawan sehingga mencetuskan porak-peranda dari dalam sehingga masing-masing hilang kepercayaan antara satu sama lain?

Lihat sahaja kemelut yang berlaku dalam  PKR, PAS, PAN, DAP dan semua parti utama termasuklah juga apa yang berlaku dalaman BN khasnya Umno.

Di kalangan blok pembangkang juga tidak kurang hebatnya di mana ahli parti menyerang kepimpinan parti sendiri dan antara satu parti menyerang parti lain.

Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini. Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam. Inilah yang sedang dirasai rakyat teramai.

Persoalannya, apakah ada jalan keluar?

Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).

Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.

Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara. Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara.

Kedua ialah mencari titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

Namun, jalan kompromi ini tidak mudah.

Pertama, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.

Kedua ialah apakah perkara yang perlu dikompromi dan apa yang tidak boleh dikompromi?

Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan.

Dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.

Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti?

Bagi PAS, semua tahu bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.

PAS tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini.

Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada.

Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.

Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.

Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
13 Julai 2016

Saturday, July 9, 2016

DAP dan PELAMPAU AGAMA

1.  DAP dengan SENGAJA membuat TAKRIFAN yang SONSANG mengenai PELAMPAU Agama agar masyarakat Malaysia memiliki pengentahuan dan fahaman yang SALAH menegani perkataan PELAMPAU.
2.  Pembunuhan yang dilakukan oleh Penganut Budha Yang EXTREAMS di Myammar, DAP tidak klasifikasikan itu sebagai PELAMPAU - sebab itu kita dapati tidak ada satupun media milik DAP mengutuknya.
3.  Yahudi Zionis - dengan ganas membunuh anak anak dan wanita islam di Palestin, DAP juga tidak mengklasifikasikan sebagai PELAMPAU - sebab itu kita nampak DAP sangat membela  segala apa tindakan yahudi zionis itu bahkan DAP menjadikan YAHUDI ZIONIS sebagai MENTOR mereka.
4.   Kanak kanak dan orang tua Syiria di sembelih dibom, wanita dirogol sebelum disembelih dan dibunuh, pada DAP bukan satu perbuatan PELAMPAU, olek kerana itu kita dapati bahawa TIDAK ADA  media milik atau yang terpengaruh dengan DAP PERNAH MENEGURNYA - usahkandan jauh lagi dari memberi komen NEGETIF.
5.   'Go to Hell PKR" kata MP DAP - bukan PELAMPAU sebab itu kita dapati TIADA tindakan Displin diambil oleh DAP ke atas MP ini.
6.   Membuat TUDUHAN dan KAITAN PALSU terhadap PAS, bukan PELMAPAU pada DAP, sebab itu kita dapati DAP dengan sengaja mengupah dan memasang billboard FITNAH pada PRK Sg Besar tempuh hari.
7.   Bila Orang Islam mahu BERAMAL dan MEMPRAKTIKAN Undang Undang Islam, hukum  hakam Islam dan Peraturan Islam, MAKA YANG INILAH DAP COP dan GELAR  sebagai PELAMPAU + AGAMA - Sebab itu kita lihat  LKS dan LGE dan orang bawahanya begitu bersungguh-sungguh MENENTANG dan MENGAJAK lain non MUSLIM bangkit dan bangun MENENTANG bersama sama dengan mereka (biar berlaku apa yang disebut sebagai perperangan antara kaum di Malaysia DAP tetap tak pedulikanya MUNGKIN itulah MATLAMATNYA agar dengan bantuan SINGAPORE, YAHUDI ZIONIS dan LTTE mereka akan DAPAT Kuasai dan MEMERINTAH MALAYSIA).

#PELAMPAUpadaDAPpersisPELAMPAUpadaYAHUDIZIONIS.
#RakyatMintaKerajaanMENYEKATsebarangSERUANdanHASUTANdariDAP.

Apabila orang kenal apa itu Islam, mereka akan memilih Islam

Empat ke lima tahun lepas, saya diberi kesempatan melawat rumah Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, di waktu subuh buat kali pertama. Seperti yang diperkatakan ramai, akhirnya saya dapat melihat sendiri bahawa rumah Tok Guru berada benar-benar di tepi masjid.

Rumah Tok Guru tidak kelihatan sebagai sebuah rumah Menteri Besar, jauh sekali rumah seorang berada mahupun kaya. Hanya ada satu perkataan yang sesuai diungkapkan iaitu, "Ia kelihatan simple." Dalam simple itulah menyinarnya keakjuban hidup Tok Guru. Saya cuma sempat berjumpa Tok Guru di dalam masjid dan tidak sempat memasuki rumahnya.
Semalam, saya diberi peluang ke rumah Tok Guru Haji Hadi di Rusila. Berbeza dengan lawatan ke Pulau Melaka, lawatan ini tidak dirancang sama sekali. Ini kali pertama saya ke Rusila sebagaimana kali pertama saya bersua dengan sahabat lama di Facebook, Tuan Wan Z, seorang peguam terkenal di Terengganu.

Melihat rumah Ayah Chik, perkataan "simple yang menakjubkan" yang terpintas di Pulau Melaka kembali di minda. Rumah Ayah Chik juga benar-benar berada di tepi masjid.
Ketika menaiki tangganya yang usang lalu menjejakkan kaki buat pertama kalinya di ruang tamu rumah Ayah Chik, dan terlihat kerusi-kerusi kusyen yang sederhana buat tetamunya, satu soalan terus tercetus di minda, boleh ke siapa-siapa dengan taraf yang ada seperti Ayah Chik boleh hidup sedemikian?
Rata-rata manusia apabila tiba ke suatu tahap akan mula mengejar kesenangan. Rumah akan mula diubahsuai dan dihiasi dengan perabot yang sesuai dengan status dan egonya.
Tapi ini tidak kelihatan pada rumah manusia yang bergelar Presiden PAS, Ahli Parlimen dan Adun ini. Ruang tamunya cukup simple. Tanpa ego, tanpa status, cukup sederhana. Barangkali itulah yang paling menakjubkan pada seseorang yang bertaraf status Tok Guru. Dalam ke-simple-annya, terpancar cara hidupnya yang susah diikuti manusia biasa.

Ayah Chik tidak sihat ketika kami berjumpa. Tekanan darahnya amat rendah, katanya, menyebabkan beliau pening. Maklumlah, pagi tadi beliau baru menyelesaikan urusan rumah terbuka beliau. Meskipun begitu, Ayah Chik tetap melayan tetamunya yang kerdil ini.
Walaupun tidak sihat, namun minda Ayah Chik tetap tajam ketika menghuraikan masalah yang melanda di dunia.
Apa yang di sebalik persengketaan Sunni-Syiah dihuraikannya dengan deskripsi yang cukup mendalam dan berbeza dengan apa yang difahami di luar sana.

Siapakah di dunia Islam yang tidak membantu Palestin dan Hamas? Siapakah di dunia Islam yang mementingkan ekonomi dan sains dan teknologi sehingga memintas Amerika Syarikat? Siapakah yang menculik saintis dan siapa yang menghargai saintis?
Siapa yang melanggar nasihat Amerika dan membina senjata sendiri? Siapa pula yang malas sekadar ingin membeli senjata yang dibekalkan Amerika? Siapakah di dunia Islam yang betul-betul melawan Israel dan siapa yang tidak? Bagaimana Amerika berperanan, melalui saraf dan demokrasinya, untuk menghuru-harakan negara lain? Apakah kesilapan Ikhwan Muslimin? Mengapa Turki mengambil pendekatan berbaik semula dengan Israel dan Russia?

Jawapan-jawapan kepada semua soalan di atas, bolehlah sahabat rujuk kepada Tuan Wan Z dan saudara Naraza Muda, atau berjumpa dengan Ayah Chik sendiri untuk mendengar sendiri daripada mulutnya. Yang pasti, jawapan Ayah Chik akan mengejutkan minda-minda yang terpengaruh dengan maklumat-maklumat di media sosial.
Mengenai tentangan terhadap Islam, Ayah Chik menghurai mengapa sesetengah golongan terus menolak walaupun mereka sudah tidak beralasan dan tidak berhujah dengan memberikan contoh di Acheh. Seorang bukan Islam diberi pilihan memilih antara dua hukuman. 40 sebatan yang tidak melukakan kulit tapi dibuat di khalayak ramai dan denda penjara 4 bulan atas satu kesalahan yang sama. Akhirnya, bukan Islam itu memilih 40 sebatan di khalayak ramai.

"Mereka menolak sebab mereka tahu apabila orang kenal apa itu Islam, mereka akan memilih Islam. Itu yang mereka takut sebenarnya," kata Ayah Chik.
Mana-mana kerajaan yang zalim dan tidak melaksanakan amanah mudah diambil kesempatan oleh puak pengganas untuk melakukan huru-hara, kata Ayah Chik, seperti konflik Sunni-Syiah dan jarum saraf yang melagakan rakyat antara satu sama lain.
Di dalam konteks Malaysia, Ayah Chik mengeluh ketika memikirkan mengenai masa depan Malaysia.
"Negara dikurniakan dengan sumber yang terlalu banyak. Namun, semuanya habis dipulun. Ini pencuri berkuasa lawan pencuri tak berkuasa," kata beliau.
"Perjuangan kita melawan dasar bukan melawan individu. Ada yang hanya ingin menukar individu. Tapi kalau dasar tetap sama, tiada apa yang akan berubah. Jika mahu perubahan dasar perlu berubah," tambah Ayah Chik sambil menegaskan PAS tidak akan sesekali bersama Umno dan Barisan Nasional.
Teringat satu kata-kata Saidina Omar, kalau akhlak kita sama dengan musuh maka kemenangan akan tertangguh. Rasanya itulah yang Ayah Chik cuba nyatakan.

Mengenai keunikan PAS, Ayah Chik berkata PAS mempunyai Majlis Syura yang dipandu oleh al-Quran, Hadis, Qias dan Ijma'. Walaupun muktamar adalah kata pemutus tertinggi, Ayah Chik berkata keputusannya tetap perlu berlandaskan al-Quran, Hadis, Qias dan Ijma'.
Ayah Chik turut berbicara mengenai IS dan mengapa IS mudah menarik orang kepadanya. Berikut ialah jawapan Ayah Chik.

"Pengebom berani mati sengaja dipilih dari orang-orang yang bodoh dan tidak faham agama! Jihad apa lagu tu?" jawab Ayah Chik.

Setakat ini sahaja yang mampu tercatat oleh saya. Terlalu banyak yang dikongsikan oleh Ayah Chik dalam perbualan 2 jam tersebut. Lautan ilmu Ayah Chik terlalu luas untuk ditulis di dalam satu artikel. Malah kami yang mendengarnya lemas di dalamnya.
Ini sememangnya Hari Raya pertama yang cukup istimewa bagi saya. Terima kasih Tuan Wan Zainuddin Dsun Rjer serta Naraza Muda atas pengalaman yang berharga ini.
share post dari:Fb Timmy Say
7 Julai 2016

Friday, July 8, 2016

KITA BIARKAN NON MUSLIM JADI PENGHUNI NERAKA?

Kita abaikan tanggungjawab untuk menjelaskan islam kepada bukan islam. Ini bermakna islam hanya berlegar dikalangan muslim sahaja. Kebanyakan kita orang melayu berkawan dengan orang bukan islam tetapi hampir keseluruhannya tidak mendakwahkan islam kepada mereka. Kita seolah-olah seperti membiarkan mereka menjadi penghuni neraka.
Di akhirat nanti kita akan dipersoalkan dihadapan Allah kerana membiarkan mereka begitu sahaja walaupun duduk berdekatan, dengan menganggapkan mereka telah tahu tentang agama islam.
Allah memberikan amaran kepada kita yg mengabaikan jihad (dakwah). Allah Berfirman maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad); Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik derhaka”. ( At-Taubah: 24)
Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat berdakwah selama 13 tahun menyampaikan seruan islam kepada penduduk bukan islam, tetap bersabar, tabah menghadapi segala ujian, tidak berputus asa, tetap dengan tugas menyampaikan risalah dakwah.
Allah Berfirman maksudnya:
"Maka berilah peringatan kerana sesungguhnya kamu rasul pemberi peringatan, kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka (untuk terima ajaran islam) yang kamu sampaikan" (Surah Al-Gasyiyah: 21-22).
Allah Berfirman maksudnya:
"Dan sungguh Allah mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan maka bertasbihlah dengam memuji Tuhanmu dan jadikanlah kamu diantara orang yang bersujud"
(Surah Al-Hijr: 97-99)
Allah Berfirman maksudnya:
"Kadang-kadang orang kafir itu menginginkan seandainya mereka dahulu (didunia) menjadi orang muslim" (Surah Al-Hijr: 2)

Monday, July 4, 2016

Ayaq oh ayaq!!. BN Menang rakyat Kedah senang...


Dulu hampa marah PAS...Macam-macam hampa kata pasal SADA yg baru diwujudkan pada 2010 oleh kerajaan pimpinan PAS. Hampa kata SADA tu "Syarikat Ayaq Dato' Azizan". Hampa hasut rakyat Kedah benci kat PAS. Padahal, masalah ayaq ni adalah warisan BN selama 50 tahun depa perintah Kedah. Inftastruktur ayaq berada 15 tahun di belakang keperluan semasa. Rakyat bertambah, paip ayaq koi dok berkarat dan pecah. Ada pinjaman RM 1.9 bilion, hampa bedak buat projek ayaq sama2 hampa. Projek loji Padang Sanai yg patutnya RM60 juta last-last jadi RM160 juta. Projek loji bandaq baru RM40 juta hampa hentam sampai RM68 juta.
Yang ada untung macam rawatan ayaq di loji hampa swasta kat AUI- Vincent Tan punya...ayaq bocoq ka tak bocoq ka kena bayaq kat dia RM130 juta setahun. Perjanjian tak dan tamat, hampa sambung siap dah.
Ayaq di Langkawi hampa swasta kat Taliwork, modal RM1.30 juai RM0.50...rugi merapak! Tak pasai-pasai kena top up kat depa RM35-75 juta setahun sampai habih agreement. Tu pun nak sambung lagi...
Hampa kata BN Menang Rakyat Senang...esok raya, ayaq tak dak merata riti. Ni gambaq ayaq paip wuduk di masjid zahir asaq kemarin. Ada jugak la walaupun pekat, nak basuh muka pun tak gamak.
Dah hampa kata BN Menang rakyat senang, awat rakyat makin susah? Masalah ayaq pun tak buleh selesai jugak. Hampa kata hampa terra! Hampa kata hampa baguih! Hampa kata buleh settle! Hampa kata PAS lemah tak buleh selesai isu ayaq! Awat la ni lagi teruk?
Badrulhisham Exco jaga ayaq dok buat apa? Dok tunggu nak kautim dengan Vinvent Tan saja ka pasai AUI? Ha g kebaih duit mana buat komplek besaq2 atas tanah pak hang di Kola Nerang? Buat projek untuk diri ha g hang pandai, nak urus isu ayaq hang hampeh! Dasar UMNO/BN tak buleh harap! Hampa buat utang ayaq banyak2, hampa jadi kaya...rakyat kedah koi bertambah susah...Pi mampuih la UMNO woiii...
Esok nak raya...ayaq tak dak...UMNO mana UMNO? Kan hampa kata hampa terra... Hampa betoi2tarag ayaq acaq...mohong kuat, gabuih kuat, belagak pandai, bodoh sombong, kerja tak reti. Pooodahhh!

Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
AJK PAS Pusat
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kedah
YDP PAS Kawasan Sik

Jangan tolak kemungkinan Malaysia boleh jadi negara Kristian.

Sejarah membuktikan demikian.
Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.
Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.
Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.
Ada dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah ... Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.
Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?
Jadi apa mustahilnya Malaysia adalah sasaran seterusnya? Depa acah kita dengan isu kalimah Allah. Ada dah sikit-sikit orang Melayu yang murtad. Depa tuntut perlembagaan yang halang penganut agama lain sebar agama depa pada orang Islam dimansuhkan. Depa minta anak-anak lahir tak de status agama. Kita berlonggar depa ke depan lagi. Kita mati dalam iman, cicit kita belum tentu lagi.
Sedikit sikap hazar (berhati-hati) lebih baik dari selamba selamanya ....

Sunday, July 3, 2016

Hiroshima Sungai Buloh

Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buloh, Selangor. Anggaran Masa Letupan ialah pada pukul 3.45 petang yang mengorbankan 26 orang di samping 83 orang yang cedera. Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana dianggarkan sebanyak RM 935,688.18.

Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buloh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu semasa Perang Dunia kedua.
Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga 7 kilometer dari lokasi tragedi.

Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira 7 kilometer jauhnya dari kilang itu.
Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkah anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup?

Tragedi kilang mercun itu meninggalkan kesan sejarah besar kepada negara, sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini.

Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja SATU LETUPAN BESAR terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, LETUPAN KEDUA seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila LETUPAN KETIGA dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih 4 kilometer. LEBIH 20 LETUPAN kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak 8 kilometer!
Berpuluh-puluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar.
Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buloh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api.

Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu. Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.

Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh-puluh mangsa berlumuran darah merah, manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi.
Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu.

Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.
Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan (2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa.

Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah.

Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga buah rumah berhampiran kilang. Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.

Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah.

Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu. Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter!

Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya. Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.

Sehari selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buloh itu. Satu daripada mayat itu ialah seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa buah hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis juga menerima aduan mengenai kehilangan enam orang penduduk tempatan. Selain itu, 37 buah rumah dan kilang serta tujuh buah motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.
Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri. Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar.

Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur!
Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan. Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.

Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun!

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 orang anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.

Kemudian operasi diteruskan dengan anggota penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.
Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam keadaan yang mengerikan, iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksik masih tidak menghilang, malah semakin merebak kepada penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal oleh pihak berkuasa yang segera memadamkannya.
Kredit: v12gether.blogspot

Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah

ARKIB : 15/12/2010

SAYA dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu.
Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.
Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.
Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang:
‘‘PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.
Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.
“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita.
Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.
Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.
Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.
“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.
Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.
“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.
Tanpa menjelaskan siapa pihak yang bertanggungjawab itu, Wan Samsudin berkata, tugas PSMCK ialah untuk menyuarakan kembali perkara itu memandangkan ramai pihak mula terlupa tentang sejarah sebenar negeri Pulau Pinang.
“Sama ada pihak tersebut mahu menuntut semula Pulau Pinang atau tidak itu terserah kepada mereka.
“Kami suarakan perkara ini kerana tidak mahu sejarah negeri Kedah dan Pulau Pinang terus dilupakan,” katanya.
Namun bukan semua orang menyenangi dengan cadangan itu. Ada yang mengatakan jika itulah pandangannya maka Tanah Melayu harus dikembalikan kepada Orang Asli?
DAP sudah tentu tidak mahu menyerahkan Pulau Pinang kepada Kedah. Mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan pandangan dan cadangan itu. Pulau Pinang bagi DAP ialah kubu terkuatnya (sekarang).
Sejarah Pulau Pinang, sudah tentu mereka 100 peratus bersetuju, hanya bermula dari kolonial Inggeris, Francis Light. Bukannya dari kesultanan Melayu Kedah. Mereka juga percaya Raffleslah yang membuka Singapura. Bukan kesultanan Melayu.
Namun, cadangan Wan Shamsuddin itu mesti dipertimbangkan dengan wajar dan serius. Patik – Ahli Mahkota Kedah ini – berharap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dapat meneliti perkara ini sedalam-dalamnya.
Umumnya komen-komen yang diutarakan dalam siber bagi mencantas cadangan itu jelas memperlihatkan kedangkalan sejarah dan persejarahan di kalangan rakyat Malaysia. Pemikiran dan sikap mereka dalam hal ini bersifat kebudak-budakkan sehingga ada mengatakan bahawa jika kita hendakkan yang asal, mengapa tidak kembalikan Tanah Melayu kepada orang asalnya, Orang Asli.
Beberapa lagi komen menjurus kepada mencabar kedaulatan Malaysia – dari segi mengembalikan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, Thailand dan Sabah kepada Filipina.
Wan Shamsudin telah membangkitkan satu isu penting dalam sejarah dan persejarahan negara, bukan hanya kaitan Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana sekian lama, sejarah dan persejarahan Malaysia, sama ada sengaja atau tidak, wujud dalam keadaan pelbagai kelompongan.
Saranan Wan Shamsuddin perlu disokong lalu diteliti dan dihalusi implikasinya dari segi sejarah dan persejarahan pasca kolonial. Kita bukan menolak kedatangan Inggeris dan kuasa barat ke Alam Melayu. Apa yang penting ialah usaha berterusan memberi tafsiran dan konteks yang lebih wajar kepada alam dan geopolitik kesultanan Kedah.
Murad juga dalam kenyataan akhbarnya menyebut, perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.
Oleh itu, katanya tidak mustahil jika Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia dituntut sekarang. ‘‘Pulau Pinang boleh dijadikan satu daerah atau wilayah khas dalam Kedah jika ia dikembalikan kepadanya.”
Kata Murad, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu. ‘‘Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu telah terpendam. Jika Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu,” jelas beliau.
Bagi menjelaskan lagi senario sejarah ini, saya menyarankan Persatuan Sejarah Malaysia dapat mengadakan seminar seperti cadangan Wan Shamsuddin itu seberapa segera. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada hak kesultanan dan tamadunnya yang asal.
Kerajaan Pusat juga harus mengikuti perkembangan ini dengan teliti.
Bagi mendapatkan ruang bicara mengenai cadangan dan pandangan ini, Prof. Murad yang juga Ketua Kluster Penyelidikan Kajian Oksiden di Alam Melayu, Universiti Teknologi Petronas memberi analisis impirikal ringkasnya mengenai hal ini. Katanya cadangan itu membuka perbincangan yang penting bukan hanya dari segi kedaulatan kesultanan Kedah (yang tertua di dunia dan Malaysia), tetapi juga usaha berterusan mengeluarkan sejarah dan persejarahan Malaysia dari kepompong kolonial Inggeris.
Ikuti tulisan beliau:
DARI sudut Perlembagaan Persekutuan, cadangan Datuk Wan Shamsuddin itu tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Mengubah sempadan sesebuah negeri diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 1, Artikel 2, tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri terbabit dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Kita juga seharusnya tidak mengenakan sekatan pemikiran dan pergerakan untuk meluruskan masa lalu demi generasi masa depan. Kita maklum bahawa apabila Inggeris dan Belanda bertapak di Kepulauan Melayu, mereka melakarkan sempadan geopolitik. Ini membawa maksud mencampur tangan dalam hal ehwal masyarakat dan kerajaan Melayu.
Apa yang berlaku pada hakikatnya ialah pihak Inggeris telah campur tangan dalam hal-ehwal kesultanan Kedah. Dan campur tangan ini bermula lebih awal daripada Perjanjian Pangkor 1874.
Maka wujudlah nama-nama seperti Light, Scott dan Leith yang dikaitkan dengan sejarah Pulau Pinang dan seterusnya Malaysia. Maka pelbagai buku dan bahan tentang sejarah Pulau Pinang mengandaikan bahawa Pulau Pinang hanya mempunyai sejarah selepas mendaratnya Francis Light di Tanjung Penaga pada 11 Ogos 1786, dan seterusnya perjanjian pada tahun yang sama dan pada tahun 1800.
Akibat dari perjanjian-perjanjian tersebut, alam Melayu mula dikotak-katikkan – khususnya jajahan Kesultanan Kedah, kerajaan Melayu yang tertua di Malaysia dan kerajaan beraja yang tertua di dunia.
Jika kesedaran umum bahawa ‘segala-galanya’ bermula dari Melaka, maka kita memesongkan sejarah. Ini tidak semestinya kita mengetepikan Melaka yang merupakan asas kepada institusi dan sistem kerajaan di Malaysia kini.
Namun demikian, kesedaran ruang dan masa yang lebih awal dari itu amat kritikal sekali dalam penulisan sejarah negara dan perlu diketengahkan pada tahap akademik dan popular.
Dan apabila kita baca penulisan tentang sejarah Pulau Pinang, Kedah hanya dirujuk dalam konteks Sultan Kedah membuat perjanjian dengan Francis Light. Lebih dari itu, Kedah hilang dalam persejarahan Pulau Pinang.
Begitu juga dengan pelbagai penulisan tentang sejarah Kedah. Apa yang saya perhatikan ialah persejarahan Kedah setakat ini tidak memberi penekanan kepada Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Kesultanan Kedah. Persejarahan Kedah juga menjadi mangsa kepada perspektif kolonial, yakni, menerima sebagai hakikat bahawa sejarah Pulau Pinang asing dan berbeza dengan sejarah Kedah.
Persejarahan Kedah memandang sepi penempatan Melayu Pulau Pinang dan warisan Kedah di pulau itu kecuali salah satu kertas kerja Datuk Wan Shamsudin beberapa tahun lalu yang ada menyebut penempatan Melayu sebelum kedatangan Inggeris.
Malah akibat daripada perjanjian dalam tahun-tahun tersebut, perhubungan Kedah dengan wilayah-wilayah di Sumatera pun tidak ditonjolkan seolah-olah tidak ada kesepaduan tradisi, bahasa, agama dan budaya di antara Kedah dan wilayah-wilayah tersebut.
Beberapa tahun lalu dalam syarahan saya pada PSMCK di Alor Setar, saya menganjurkan bahawa sejarah dan persejarahan Pulau Pinang mesti lari dari sudut kolonial lalu mencadangkan bahawa ia dilihat dari perspektif negeri dan Kesultanan Kedah.
Cadangan Datuk Wan mempunyai implikasi kepada sejarah negara. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh luruskan persejarahan. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengubah geografi alam kita sendiri demi menerokai satu ruang lapisan sejarah yang telah disisih.
Asal usul negara bangsa Malaysia perlu dihalusi dan dibincangkan secara terbuka. Kenyataan-kenyataan yang tidak menggambarkan hakikat hendaklah ditangani sewajarnya demi masa depan.
Sebagai contoh, sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2007 dengan tajuk Malaysian Chinese and Nation-Building: Before Merdeka and Fifty Years After (Penerbit: Centre for Malaysian Chinese Studies, Kuala Lumpur) telah menyatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa bermula dengan pembukaan (founding) Pulau Pinang pada tahun 1786.
Bab satu buku itu yang bertajuk “State and Nation: An Overview and Malaysian Perspective,” menyatakan bahawa dari situ, perkembangan seterusnya telah menjurus kepada pembentukan satu politik.
Dalam perbincangan pembentukan Malaysia, buku itu menekankan kepada warisan undang-undang dan pentadbiran British sebagai asas kesamaan wilayah-wilayah di Malaysia (ms.10).
Wacana-wacana sebeginilah yang memesongkan sejarah dan persejarahan Malaysia. Apakah ia mengandaikan bahawa Malaysia tidak ada sejarah sebelum 1786?

Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, July 1, 2016

Penahanan Lim Guan Eng, Pas Kekal Berprinsip!

BackUtama  Artikel Dewan Pemuda PAS P.Pinang  Penahanan Lim Guan Eng, Pas Kekal Berprinsip!

CETAK E-MELButiran Diterbitkan: 01 Julai 2016 Ditulis oleh Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden

Oleh : Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden

PRINSIP POLITIK ISLAM
1. Mengikut prinsip Islam, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah (presumption of innocence). Inilah keindahan syariat Islam yang sebahagiannya ditentang keras DAP dan rakan sekutunya. Prinsip dan syariat Islam ini sebenarnya terpakai kepada semua orang Islam, samada ketika berhadapan dengan orang Islam sendiri mahupun orang bukan Islam. Prinsip inilah yang dipegang PAS dalam berpolitik, samada ketika susah atau senang, ketika menang atau tewas, ketika berhadapan dengan kawan atau musuh, mahupun ketika DAP berseteru dengan PAS. Prinsip adil terhadap semua pihak ini merupakan sebahagian pelaksanaan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dipraktikkan PAS.

KES DSAI
2. Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dituduh dengan kes liwat, PAS juga menyatakan bahawa DSAI tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah melalui proses perundangan syariah. Bahkan, PAS menerbitkan buku khas mengenai Qazaf bagi memahamkan masyarakat betapa perlunya kes DSAI disiasat dibawah perundangan syariah.

KES MB SELANGOR
3. Ketika krisis Menteri Besar Selangor yang tercetus daripada Langkah Kajang yang dirancang demi memuaskan nafsu politik kotor pihak tertentu, PAS mengambil sikap yang sama menyatakan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. PKR akhirnya akur dengan pendirian PAS ini apabila meminta maaf secara terbuka terhadap TSKI, setelah Langkah Kajangnya hanya tinggal langkah. Lanjutan isu tersebut, ketika pihak istana meminta PAS mengemukakan nama calon MB yang baru daripada PAS, PAS tetap mengemukakan nama Dato' Seri Azmin Ali sebagai salah seorang calon. Walaupun ketika itu PAS berhak mengemukakan calon daripada PAS sahaja. PAS bersikap adil terhadap PKR atas sifat ia rakan tahaluf PAS, walaupun peluang besar boleh digunakan oleh PAS ketika itu untuk menjadi MB.

KES PEMECATAN AHLI MAJLIS PAS P.PINANG
4. Di Pulau Pinang, ketika PAS masih berkawan dengan DAP, PAS mengambil sikap menyatakan bantahan terhadap pembangunan tanah (yang dilihat menindas rakyat) secara tertutup melalui penyerahan memorandum dan pertemuan empat mata Presiden PAS dengan Ketua Menteri Pulau Pinang. Presiden PAS tidak benarkan sesiapapun bersamanya dalam pertemuan beliau dengan Lim Guan Eng (LGE) di KOMTAR, demi memelihara hubungan sebagai kawan. Apabila tidak berhasil, PAS mengemukakan bantahan tersebut di medan muktamar tahunan PAS. Hasilnya, wakil PAS yang berucap dipecat serta-merta tanpa dipanggil membela diri. Wakil PAS tersebut membawa kes ini ke mahkamah bagi memohon semakan kehakiman. Walau bagaimanapun, mahkamah memutuskan tindakan pemecatan tersebut sah di sisi undang-undang. Walaupun terluka, PAS akur terhadap keputusan tersebut kerana berpegang kepada prinsip keadilan dan menghormati institusi mahkamah.

KES PELANTIKAN TERUS JKKK DIKALANGAN AHLI PAS
5. Apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak melantik secara terus ahli-ahli PAS Pulau Pinang dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tanpa melalui PAS, PAS menyatakan rasa tidak senang dengan keadaan tersebut kerana lantikan dibuat atas kapasiti parti, bukan individu. Lantikan atas kapasiti parti sewajarnya melalui organisasi PAS terlebih dahulu. PAS yang sepatutnya menyerahkan nama cadangan ahli untuk dilantik sebagai JKKK kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kerana PAS lebih mengetahui strategi dan keupayaan ahli-ahlinya. Rasa tidak senang tersebut disuarakan PAS di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan LGE (selaku Pengerusi PR) di KOMTAR. Namun apabila perbincangan mengenai JKKK ini diutarakan, LGE bertindak keluar daripada mesyuarat bersama semua wakil DAP yang hadir. Ditinggalkan wakil PAS dan PKR sahaja untuk membincangkan agenda JKKK, tanpa LGE mempengerusikan mesyuarat dan menjadi orang tengah. Sikap berlepas tangan LGE ketika itu dihadapi oleh PAS dengan penuh berhemah, tidak mensensasikannya sebagai peluru yang menyerang rakan, kerana menjaga hubungan sebagai kawan. Situasi ini dilaporkan kepada pihak PAS Pusat untuk tindakan lanjut, dalam ruang lingkup hubungan PR (ketika itu).

6. Tidak cukup dengan itu, apabila PAS mengisytiharkan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus melantik ahli-ahli PAS memegang jawatan JKKK, walaupun PAS telah mengarahkan ahli-ahlinya meletakkan jawatan JKKK. Pelik juga, disaat DAP mendakwa Kerajaan Negeri tidak terjejas tanpa penyertaan PAS, ahli PAS pula terus dilantik memegang jawatan JKKK. Majoriti ahli PAS yang dilantik tersebut, akur dengan arahan PAS supaya meletakkan jawatan. Namun sebahagiannya mengambil pendirian berbeza, kerana dihidangkan kemudahan dan peruntukan. Walaupun begitu, PAS tetap bertegas bahawa PAS tidak boleh bersama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah terbatalnya tahaluf siyasi dengan DAP, walaupun PAS kehilangan sebahagian ahlinya di Pulau Pinang yang memilih untuk terus setia bersama DAP.

PANDANGAN PAS TIDAK DIPEDULIKAN
7. PAS Pulau Pinang pernah menyatakan bantahan terhadap cadangan DAP untuk menggubal enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. PAS Pulau Pinang juga membantah penggunaan istilah 'kesaksamaan gender' supaya digantikan dengan istilah 'keadilan gender' yang lebih menepati Islam. Kedua-dua perkara ini dibantah PAS ketika mesyuarat bersama DAP dan PKR untuk merangka manifesto PR Pulau Pinang bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13. Namun, bantahan PAS tidak diendahkan, dua perkara yang dibantah PAS ini terus dilaksanakan. Walaupun demikian, sekali lagi PAS tidak mensensasikan perkara ini di media kerana memelihara hubungan kawan walaupun peluang terbentang luas. Sebaliknya PAS terus menggunakan saluran dalaman parti untuk terus menyatakan bantahan.

PAS TETAP MEMBANTAH
8. Semua bantahan-bantahan ini telah dibuat oleh PAS melalui wakilnya di dalam agensi-agensi kerajaan negeri yang berkaitan, mahupun di dalam pertemuan-pertemuan dengan pemimpin kerajaan negeri ketika PAS masih bersama PR di Pulau Pinang. Bantahan ini dibuat mengikut salurannya kerana sikap adil PAS terhadap rakan, tetap menyatakan kebenaran Islam walaupun kepada rakan. Setelah PAS tidak lagi bersama dalam PR di Pulau Pinang, barulah PAS bertindak menyuarakan bantahan secara terbuka khasnya di dalam isu pembangunan tanah di Pulau Pinang.

KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN
9. Walaupun demikian PAS diperlakukan di Pulau Pinang, diserang bertubi-tubi oleh LGE dan sekutunya, PAS tetap berpegang kepada prinsip keadilan politik Islam. Dalam isu pendakwaan LGE yang terkini, Presiden PAS tetap menegaskan bahawa LGE tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ust Mohd Fauzi Yusof juga meminta supaya LGE diberikan hak dan ruang untuk membela diri di mahkamah. PAS berpegang kepada prinsip membalas kejahatan dengan kebaikan seperti yang ditegaskan Presiden PAS di dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS baru-baru ini, berdasarkan ayat 33-35 surah al-Fussilat.

PENUTUP
10. Inilah bezanya politik yang berlandaskan kepada prinsip Islam bertuhankan Allah SWT berbanding dengan politik yang bergelumangkan nafsu serakah tamak kuasa bertuhankan akal. Akal menilai bahawa PAS akan rugi dan musnah dengan pendekatan berprinsip begini. Kepada yang bertuhankan akal, silakan dengan telahan yang kononnya bijak tinggi melangit. Namun sejarah dan pengalaman membuktikan bahawa yang berprinsip pasti menang, yang bertuhankan akal tersungkur ke bumi!

25 Ramadhan 1437H /

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"