Google Search :

google search:
Google

Wednesday, July 20, 2016

PAS TUNTUT TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT KES 1MDB

KENYATAAN MEDIA

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan tentang adanya penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat, melibatkan 'money laundering' iaitu pengubahan dan pemindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

2. Pendirian PAS sejak daripada awal kes 1MDB ini ialah siasatan telus dan menyeluruh perlu dijalankan dan disegerakan. Ini bagi memastikan jika benar ada penyelewengan dan salahguna kuasa, pihak yang bertanggungjawab dan terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Jika ia melibatkan pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap dan jangkaan pelaburan yang salah, maka penambahbaikan dan kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian.

3. Selaras dengan prinsip Islam dan terma universal iaitu 'innocent until proven guilty' (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah), maka PAS menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes yang semakin mendapat perhatian umum dalam dan luar negara ini. Inilah pendirian dan pegangan PAS dalam semua kes yang berlaku tanpa ada dwi-standard.

4. Suruhanjaya DiRaja hendaklah dianggotai oleh pakar yang berautoriti dan berkecuali termasuk 'ulamak yang pakar dalam bidang perundangan, ekonomi dan kewangan Islam. Dalam masa yang sama, PAS juga menolak campur tangan asing dalam urusan negara ini. Kita berharap Suruhanjaya ini akan dapat menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun menjadi polemik.

5. PAS bersama dengan seluruh Rakyat Malaysia yang prihatin berharap ada penyelesaian tuntas kepada perkara ini. PAS komited dalam membina Malaysia Sejahtera yang menjadikan 'good governance' (pemerintahan yang telus dan cemerlang)  sebagai asas utama dan teras negara.

Sekian, terima kasih.

"Inilah Penyelesaian Kita"

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

YB USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Bukit Gantang

21 Julai 2016 | 16 Syawal 1437H

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"