Google Search :

google search:
Google

Monday, July 25, 2016

Azmin sindir Shaari Sungib di Twitter

PETALING JAYA :
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menegur Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Saari Sungib di Twitter dengan bertanya sama ada dia ingin menjadi pengemis untuk jawatan Exco.

"@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke," tulis Azmin di laman Twitternya.

Kenyataan di Twitter itu ditulis selepas Saari dipetik sebagai berkata bahawa Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu menjelaskan mengapa beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan 'politik istana' dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Selangor terdiri daripada wakil dari PKR, DAP dan PAS walaupun Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu.

PAS masih mempunyai tiga wakil dalam exco kerajaan negeri kerana kerjasama antara PAS-PKR.

ADUN Hulu Klang itu berkata Azmin perlu meninggalkan PAS dengan menegaskan parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.

Saari berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad.

Saari keluar daripada PAS dan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar pada 2014 selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"