Google Search :

google search:
Google

Tuesday, July 26, 2016

Pas sedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain asalkan bukan dap dan pengkhianat

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas memilih untuk tunggu dan lihat berhubung perancangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk pakatan pembangkang yang baharu dalam masa terdekat.

Naib Ketua Pemudanya, Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata, pihaknya tidak mahu mengulas sesuatu yang masih belum menjadi kenyataan.

“Kita hanya akan respons isu pakatan baharu itu selepas ia wujud. Sekarang ini, Tun Mahathir pun pening bila nak buat, apa visi dan misi...jadi, kita tunggu dan lihat. Kita kena tunggu dulu kalau tidak kita bermain dengan andaian. Dalam politik, andaian ini berbahaya.

“Untuk blok pembangkang itu, kita masih terbuka. Kita tunggu apa yang berlaku. Jika Tun Mahathir menubuhkan parti yang baharu, kita lihat dulu apa komposisinya dan kalau perlu ada kerjasama, ia akan berlaku perbincangan yang lebih dalam di peringkat parti,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Pemuda Pas dan Pasti Wilayah Persekutuan, semalam.

Sebelum ini, Mahathir mengumumkan hasrat menubuhkan parti politik yang baharu dalam masa terdekat diikuti dengan pembentukan pakatan pembangkang yang baharu bersama parti-parti pembangkang sedia ada bagi menghadapi PRU14.

Ketika diminta mengulas kemungkinan bekas sekutunya, DAP dan bekas rakannya, Parti Amanah Negara (Amanah) bersama-sama dalam pakatan pembangkang yang baharu itu, ini jawapan Pemuda Pas.

“Kita ambil pendekatan yang tetap. Jika dalam pakatan itu adanya DAP, kita tidak akan bekerjasama dengan DAP. Jika ada Amanah, kita tidak akan kerjasama dengan Amanah. Jika tidak ada dua parti itu, pintu perbincangan terbuka,” katanya.

Menyentuh blok politik ketiga yang diumumkan partinya sebelum ini, Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya konsisten dalam memperkasakan blok politik tersebut bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO yang lain.

“Terbaharu, kita membuat program penerangan RUU 355 (Akta Mahkamah Syariah – bidang kuasa jenayah). Ada juga NGO di bawah kerajaan dan Alhamdulillah mereka juga bersama-sama menyokong RUU 355.

“Jadi, ini blok politik ketiga yang kita nak bawa. Satu blok politik yang membawa politik secara matang dan kalau boleh kita bekerjasama untuk kebaikan rakyat dan Islam, kita akan terus bekerjasama. Alhamdulillah kerjasama kita bersama Ikatan berjalan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan, kerjasama Pas dengan Umno bukan dari sudut politik sebaliknya hanya dalam perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat.

“Kita tidak akan ada kerjasama politik dengan Umno. Dalam PRU14 pun, kita tetap tidak akan bersama dengan Umno dalam blok politik.

“Kita tetap lawan Umno. Itu pesan kami kepada Datuk Seri Khairuddin (Abu Hassan). Kami konsisten dan tidak akan bekerjasama dengan Umno. Cuma taa’wun siyasi dengan Umno dalam sudut perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya ketika diminta mengulas peringatan Khairuddin.

Semalam, Khairuddin yang merupakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu mengingatkan Pas agar berhati-hati dengan setiap gerak-geri politiknya bersama BN demi menjaga reputasi parti Islam itu.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"