Kisah Sejarah Malaysia yang digelapkan dari pengetahuan umum...
Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk
membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati
oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru
yang tidak prihatin sejarah sendiri)...
1. Arwah Tun Razak
merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam
melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan
yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.
2. Dalam artikel ini, gua mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu
peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana
Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung
sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.
3. Dibawah
pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya
menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang
menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah
membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah
pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.
4.
Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan
projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara
Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan
dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.
5. Projek
tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta
(sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada
tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira
kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika
tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya
disiapkan.
6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega
Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga
sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah,
dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa.
7. Pada tahun 1977
kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi
direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem
Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia.
Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami
kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa
itu.
8. Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan
dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu
Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk
menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.
9. Kehancuran
pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program
pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan.
10. Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.
11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok
fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah
keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan
sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan
PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan
tanpa penglibatan pihak swasta.
12. Pada tahun 1986, Dr M mula
gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala
gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula
didagang jual kepada pemodal asing.
13. Tragedi PLUS pun berlaku
pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM
didalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang
mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh
Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan
kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk
rakyat.
14. UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut.
Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM
dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal.
15. Walaupun
366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana
kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk
membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum
ini.
16. Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk
rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion
untung atas angin kerana sistem konsesi beray sebelah yang tidak
berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung
semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada
Dr M dan proksi mereka.
17. Dan apa yang paling mengecewakan,
pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang
dana kerajaan sendiri pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM
sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana mereka UEM itu
menyiapkan PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos
yang melampau naik sehinga 70% dari kos estimated yang digubal oleh Tun
Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini.
18. Dr M malah memberikan
kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang
dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk
pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut.
19. Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga
kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion setahun dan terus meningkat
tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut...
20. Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selamna berpuluh tahun ini pergi?...
21. Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan
tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad
berpuluh tahun lepas... Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa
untuk membayar 'PAMPASAN', sesuatu yang sangat tak masuk akal...
22. Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu
legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di Lembah Klang
sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi
lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa...
23. Panjang lagi kisah ni cuma gua pendekkan bagi pembaca mudah hadam.
24. Sape yg bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau
share suruh bace ni... dan tanya balik kenapa negara Malaysia masa baru
nak bangun tahun 60-70an masih miskin dgn sumber yg tak banyak akan
tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya
PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh
kerajaan dan agensi JKR ni...
25. Tetapi bila Malaysia jd maju
kaya bawah DrM keadaan menjadi terbalik. Segala diswastakan dan dicaj
tol kutip hasil titik peluh rakyat... Kat mana logiknya?... Nampak sgt
DrM ni TIDAK AMANAH uruskan sumber negara...
credit to
https://www.facebook.com/mirovsky.mirovsky
No comments:
Post a Comment