Google Search :

google search:
Google

Tuesday, November 15, 2016

Penghapusan istilah bumiputera & bukan bumiputera seperti termaktub dalam perlembagaan

konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh 6 November lalu, DAP...membentangkan 22 dasar yang akan dilaksanakan jika pakatan itu menang pada PRU-14. Konvensyen turut dihadiri pimpinan PKR & Amanah.

Antara dasar yang dibentangkan ialah:

1. Penghapusan sekatan berkenaan tanah rezab Melayu.
2. Penghapusan istilah bumiputera & bukan bumiputera seperti termaktub dalam perlembagaan.
3. Pengagihan peruntukan pendidikan secara adil.
4. Penggubalan Akta Anti Lompat Parti.

Aku dari dulu cakap, kalau DAP dan sekutu-sekutu dia tak sentuh bab kepentingan Melayu, rasanya deme dah menang besar, bukan saja kat Perak ni, satu Malaya deme perintah. Tapi mereka terutamanya DAP sampai hari ini tak boleh menahan diri daripada mempersoal, memperlekeh dan memperkecilkan hak & kepentingan orang Melayu.

Kalau kita belek Perlembagaan DAP sendiri, dah digariskan terang-terang visi mereka untuk hapus istilah bumiputera dan bukan bumiputera. Nampaknya kali ini mereka nak menDAPkan perlembagaan negara pulak. Umum mengetahui kenapa wujud istilah bumi & non bumi dalam Perlembagaan yg semua kaum setuju ketika negara dibentuk dahulu. Ia berkisar penjagaan kepentingan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini. Penghapusan istilah ini seolah-olah mahu menidakkan atau menghapuskan terus kepentingan dan hak orang bumiputera yang tergaris dalam Perlembagaan. Lagipun dah enam dekad istilah ini wujud, kenapa tiba-tiba sekarang sibuk nak hapuskan?

Bab tanah rizab ini juga memang amat "diminati" DAP sejak sekian lama. Ada sebab kenapa Undang-undang tanah Rizab Melayu diwujudkan khususnya sekatan² urusniaga. Pertama, bagi melarang tanah² ini dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu; dan melarang apa-apa urusniaga persendirian (Private dealings) yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu di antara orang Melayu dan bukan Melayu.

penghapusan ini untuk memastikan tanah rizab Melayu akan lebih tinggi dan akan beri keuntungan kepada orang Melayu. Orang Melayu tak kaya sebab tanah rizab Melayu harganya murah,

itulah sebenarnya matlamat pengenalan undang² tersebut. Iaitu untuk cuba mengekalkan nilai tanah pada harga yang agak murah dan kompetetif bagi orang Melayu. Dan harga yang tidak terlalu tinggi ini bertujuan supaya orang Melayu tidak lekas tergoda melepaskan pegangan tanah mereka kerana tawaran harga yang tinggi. Selain itu, sekalipun transaksi jualan beri keuntungan kepada pemilik, maka akan ada orang Melayu dalam pasaran tersebut yang berpeluang untuk menjadi pembeli sekaligus mengekalkan status tanah tersebut sebagai Tanah Rezab Melayu. Sebab itulah harga Tanah Rezab Melayu selalunya akan mempunyai penilaian yang lebih rendah berbanding tanah bukan Rezab Melayu walaupun kedudukannya terletak bersebelahan.

Pendek kata, kita kena kembali kepada objektif kenapa undang² Tanah Rizab Melayu itu diwujudkan - untuk memelihara identiti Malayu dan memastikan pemilikan Melayu kekal zaman berzaman. Nampaknya ada usaha secara halus untuk menggagalkan matlamat polisi ini. Seolah-olah mahu memastikan orang Melayu dikeluarkan sedikit demi sedikit dari pasaran hartanah dan terus menerus dibiarkan tidak berupaya untuk membeli dan memiliki aset hartanah. So kepada Nga, jangan letak maruah dan kehidupan orang Melayu ini adalah pada harga sekeping tanah.

Bab nak agihan pendidikan secara adil ni aku malas nak ulas panjang, Rasanya korang pun tahu kenapa. Dulu pun pernah persoal kat Parlimen kenapa peruntukan Masjid/surau lebih besar berbanding rumah ibadat yang lain. Tengok betapa dia punya level rasis memang tahap dewa!

Bab deme nak wujudkan Akta Anti Lompat ini lawak sedikit. Punya berdegar2 gelar orang 'katak'. lompat keluar dari Pas pi masuk AMANAH yg DAP taja tu nak gelar apa pulak?

Ni la yg orang tua2 selalu sebut, berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"