Google Search :

google search:
Google

Sunday, January 22, 2017

Jemaah Islamiah

Buktikan PKR itu jemaah Islamiah atau PAN itu jemaah Islamiah yang lengkap dalam erti merangkumi seluruh aspek kehidupan.Atau buktikan Umno itu jemaah Islamiah atau apa apalah.cabaran ini ditujukan kepada mereka mereka yang menafikan PAS sebagai jemaah Islamiah dan mengganggap PAS cuma sebuah parti politik yang gagal memerintah Terengganu dan Kedah.

Buktikan juga di Terengganu tak ada peningggalan jasa PAS sampai hari ni, Tiada penghapusan tol jambatan Sultan Mahmud, tiada komplek pernigaaan Paka dan Bukit Kuang serta tiada pasar borong di Kemaman serta pasar Binjai.Itu sebagai tambahan saja tapi yang utama ialah buktikan samada PKR atau PAN atau Umno itu jemaah Islam yang lengkap dan besar sebelum mengatakan PAS tidak jaga Islam dan hanya sebuah parti poitik yang gagal.

PKR sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355 serta menekankan kepada keadilan Islam, tapi setakat mana tindakan PKR dalam menuju keadilan Islam itu, apakah dengan qazaf sahaja keadilan Islam itu tertegak? bagaimana pula kes sekedudukan antara perempuan Muslim dan lelaki kafir? Apakah itu tidak termasuk dalam keadilan Islam?

Bolehkah kita terima PKR sebagai jemaah Islam dengan penegasan mereka mengenai keadilan Islam tapi megambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355.Kalau RUU 355 itu melampau dan cuma usul persendirian, apa pula sumbangan PKR untuk menjaga Islam dari terus di hina oleh LGBT, Liberal dan gadis Islam terus dizinai oleh lelaki bukan Islam?

Begitu juga dengan PAN yang mendakwa progresif itu, di mana ciri ciri jemaah Islamiah yang dihendaki oleh Nabi terdapat dalam PAN? Adalah kerana mereka berbaik dengan DAP yang menentang Hudud itu sudah boleh diterima PAN sebagai jemaah Islamiah?

Umno pula sudah jelas menerima Islam separuh dan menolak separuh yang lain.Ibadat ibadat perseorangan Umno cukup hebat,Masjid masjid antara yang tercantik di dunia, tetapi bila tiba untuk perlaksanaan hukum, Umno kata Hukum ALLAH itu tidak boleh dipakai di Malaysia sebaliknya hukum penjajajah yang lebih bersifat yahudi dan nasrani sesuai digunakan di Malaysia.Jemaah Islam kah ini?Bolehkah mereka jaga Islam kalau besifat begini?Bolehkah anak gadis muslim diselamatkan dari dizinai oleh pemuda bukan Islam?

Cuba tanya diri kita sendiri, apakah jawabannya!

Untuk perhatian, setakat ini cuma PAS satu satunya yang memiliki ciri ciri jemaah islamiah yang lengkap serta satu satunya jemaah yang berusaha meletakkan had atau sempadan kepada anak gadis melayu dari dizinai oleh pemuda bukan Islam, samada berjaya atau tidak masih belum dapat dipastikan. Tapi itulah kedudukan terbaik kita setakat ini, mengaku atau tidak...
#Istiqamah

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"