Google Search :

google search:
Google

Tuesday, January 17, 2017

Pembangkang berpeluang cerah untuk menang dengan syarat Amanah dibubarkan

Oleh ahli tegar pembangkang:

Pembangkang berpeluang cerah untuk menang dengan syarat Amanah dibubarkan, kerana faktor2 berikut:-

1. Pas dan Dap tidak perlu berkerjasama kerana pasaran pengundi yang berbeza. Pas tidak akan bertanding kawasan Dap dan Dap hanya buang masa bertanding dikawasan Pas.

2. Jika Amanah dibubarkan, tidak akan timbul isu pertembungan 3 penjuru kerana pasaran pengundi antara Pas, PKR, Bersatu dan Dap yg berbeza. Ini berdasarkan fomula berikut:-

a. Pas-Pengundi majoriti Melayu.
b. PKR-Kawasan campuran.
c. Dap-Majoriti Cina.
d. Bersatu- Kawasan hitam dan kelabu, iaitu kubu kuat Umno terutama kawasan selatan.

3. Amanah adalah liabiliti kepada pembangkang kerana faktor berikut:-

a. Kebanyakan ahli Amanah  adalah bekas penyokong Pas berbanding Bersatu yang  memecahkan undi Umno.
b. Akar umbi melayu menentang parti Amanah kerana dilihat sebagai boneka Dap.
c. Amanah mungkin boleh menang dalam PRU andai bertanding dikawasan campuran atau majoriti cina tapi pastinya akan menimbulkan konflik dengan PKR dan Dap.
d. Andai Amanah berkeras untuk bertanding dikawasan Pas, pastinya akan memberi kelebihan kepada Umno, dan strategi 1vs1 diseluruh negara akan berkubur.

Oleh yang demikian, pemimpin dan ahli Amanah patut berlapang dada dan membuang rasa ego juga dendam untuk membubarkan parti dan menyertai parti-parti pembangkang yang lain.

Sekian, mohon mencadang.
#Istiqamah

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"