Google Search :

google search:
Google

Saturday, February 25, 2017

SIAPA NURUL HAQ SHAHRIR, MAJLIS DAKWAH NEGARA UNTUK 'FATWAKAN' RUU355 LANGGAR SYARIAH?

Tiba tiba sahaja Free Malaysia Today menerbitkan artikel 'Usul Hadi Langgar Syariah,    Kata Bekas Pakar JAKIM' bertarikh 25 Februari  2017 yang memuatkan pandangan seorang yang bernama Nurul Haq Shahrir yang dijenamakan sebagai seorang 'pakar'.

Sepantas kilat hari yg sama juga tulisan itu dimuatkan dalam Blog Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.  Malah sempat artikel yg panjang lebar  itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dalam masa sehari sahaja. Begitu bersungguhnya!

Pakar berkenaan dikatakan salah seorang ahli panel 'transformasi undang undang Islam' di bawah Majlis  Dakwah Negara. 

Majlis Dakwah  Dakwah Negara ini salah satu organisasi di bawah Yayasan Dakwah Islamiah  Malaysia,  YADIM. 

Saya telah cuba mencari apa apa maklumat di alam maya jika pernah memuatkan apa apa tentang individu yang bernama Nurul Haq Shahrir yg mendapat perhatian  istimewa dari Lim Kit Siang ini. Malangnya tiada.

Tinjauan ke laman Majlis Dakwah Negara juga tidak menemui namanya.  Maka tidaklah boleh kita menganggap pandangannya mewakili Majlis Dakwah Negara.  Malah beliau disebut 'Bekas Pakar JAKIM' menunjukkan beliau bukan lagi seorang kakitangan dari JAKIM.

Malah pandangannya bahawa RUU 355 melanggar syariah adalah sangat pelik, ganjil dan bercanggah  dengan pendirian JAKIM,  YADIM malah Majlis Dakwah Negara sendiri.

YADIM melalui artikel di laman rasminya bertajuk antara lain "Pindaan Akta 355 tak rampas hak penganut agama lain ", " Pindaan Akta 355: Usaha Mengangkat Martabat Mahkamah Syariah " dan "Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pandangan" adalah jelas menegaskan pendirian YADIM yg merupakan induk kepada Majlis Dakwah Negara berhubung soal Pindaan Akta 355.

Dalam satu artikel di laman Islam dan Melayu  bertajuk "Majlis  Dakwah Negara Syor Kerajaan Laksana Undang Undang Jenayah Islam" memuatkan  pandangan Pengerusi  Majlis Dakwah  Negara  sendiri, Prof.  Emeritius Dato' Dr.  Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Laman Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  menyiarkan penjelasan pelbagai persoalan  tentang RUU 355 , yang memuatkan soal jawab oleh Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam usaha memberi faham kepada rakyat  mengapa RUU355 perlu disokong.

JAKIM sendiri terlibat aktif dalam siri penerangan berhubung Pindaan Akta 355.

Hampir kesemua mufti negeri negeri dan wilayah di Malaysia kecuali Mufti Perlis menyatakan sokongan kepada Pindaan Akta 355.

Hampir  kesemua NGO berkait profesion kehakiman syariah,  pegawai mahkamah,  para peguam muslim,  peguan syarie mendokong pindaan Akta 355.

Tiba tiba nama yang tidak dikenali yg membawa pandangan ganjil yg bermaksud "Pindaan Akta 355 Langgar  Syariah" yg dilonjakkan dan diberi publisiti oleh Free Malaysia Today dan sepantas kilat diterjemahkan ke bahasa Inggeris pada hari yang sama dimuat naik ke blog Lim Kit Siang,  Pengerusi DAP, ketika umat Islam semakin mengenali sikap DAP yg anti kepada usaha memperjuangkan Islam.

Siapa yang sonsang sebenarnya sekarang?

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
26 Februari 2017

3 comments:

  1. Yg songsang si munafik lah..yg kaper dh tentu tpi yg islam lgi teruk termasuk mufti perlis

    ReplyDelete
  2. Yg songsang si munafik lah..yg kaper dh tentu tpi yg islam lgi teruk termasuk mufti perlis

    ReplyDelete
  3. Aku dari dulu tak berkenan dgn nurul haq sharir ni memandai buat fakta dan hukum yg bercanggah dengan islam....

    ReplyDelete

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"