Google Search :

google search:
Google

Monday, October 10, 2016

RUU355 DAN DOKUMEN HIJAU

Ramai yang kritik PAS, tak ada agenda lainkah selain menegakkan hukum Islam? Sementalah kini musim PAS sedang berhempas pulas meyakinkan orang Islam untuk menyokong usul pindaan akta 355. Lagilah ramai yang pandang serong dengan menganggap PAS kolot; tidak ada benda lain dalam kamus perjuangan mereka selain dari hudud!

Nah! Beberapa hari lalu PAS telah keluarkan Dokumen Hijau. Dokumen ini memberi cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. Ini bukti PAS sedar dan prihatin masalah negara.

Perjuangan PAS nak membetulkan perundangan negara tidak membuatkan PAS menutup mata akan kepincangan lain dalam negara. Perjuangan PAS adalah holistik mengikut kemampuan semasa yang ada, mengambil inspirasi dari ajaran Islam sendiri yang bersifat syumul merangkumi setiap cabang hidup manusia.

Itu belum lagi diterangkan peranan PAS dalam pendidikan rakyat. Belum lagi dicerita penglibatan PAS dalam isu kebajikan, pengurusan bencana, kesedaran sosial, alam sekitar, isu perpaduan ummah, pengurusan krisis antabangsa dan sebagainya.

Kenapa perlu prejudis terhadap PAS? Sepatutnya jika benar PAS memiliki kekurangan, kita sebagai muslim sama-sama perbaiki dan menutup keaiban, bukan mengorek keaiban dan menjaja kepada umum; suatu tindakan yang tidak akan memajukan ummah.

Berbalik kepada Dokumen Hijau, inilah budaya politik yang PAS cuba bawa. Politik idea. Bukan politik kritik dan kutuk sahaja. Kerja mendedahkan penyelewengan dan salah urus kerajaan semata-mata tidak membawa negara ke arah yang lebih baik. Negara perlukan idea dan solusi. Rakyat perlu dididik untuk memilih pemimpin yang berwawasan dan membawa gagasan yang jelas, bukan beretorik dengan janji-janji kosong sahaja.

Kalau tidak mampu sekalipun membawa idea lain untuk selesaikan masalah negara, sekurang-kurangnya cubalah bincang idea PAS ini. Cadangkan pindaan-pindaan yang perlu dalam Dokumen Hijau jika perlu.

Sama juga dengan RUU pindaan akta 355 yang di bawa oleh Presiden PAS, kalau ada klausa-klausa yang perlukan penambahbaikan, cadangkan terus. Bukan terus menolak kerana mengandaikan sedikit masalah teknikal yang mungkin timbul.

Belajarlah berpolitik dengan matang. Kita orang Islam jangan ikutkan sangat nafsu musuh Islam.

_(Alang Ibn Shukrimun)_

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"