Google Search :

google search:
Google

Sunday, December 4, 2016

HIMPUNAN SOLIDARITI ROHINGYA : BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA.

1. Hari ini Presiden parti saya diberi peluang berucap dalam Himpunan Solidariti Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa.

2. Ucapan TG Hj Hadi Awang bukan sahaja di dengar oleh puluhan ribu hadirin namun turut ditonton secara 'live' di seluruh negara.

3. Saya duduk sebaris bersama-sama Dato' Takiyuddin Hassan dan sdr Ir Muhtar Suhaili As-Sarawaki betul-betul di belakang TG Presiden PAS. Dalam keadaan kesihatan Tok Guru yang kurang baik maka perlu juga berada berdekatan dengannya.

4. Tok Guru cukup tenang sepanjang masa sama ada sewaktu mendengar ucapan mahupun ketika menyampaikan ucapannya sendiri.

5. Peristiwa ini mengingatkan saya kepada peristiwa bersejarah yang pernah dilakukan oleh almarhum Ustaz Fadzil Nor yang duduk sepentas bersama Dr Mahathir Mohamad di atas isu yang melibatkan umat Islam di Palestin pada 9 Mei 2002.

6. Pada waktu itu, terdapat media cuba untuk menggambarkan bahawa ia adalah titik tolak kepada penyatuan UMNO dan PAS malah terdapat cadangan-cadangan agar PAS dan UMNO meneruskan perbincangan ke arah penyatuan parti Melayu di Malaysia.

7. Kedua-dua himpunan ini dilihat sama walaupun isunya berbeza namun ia dilihat sebagai ke arah penyatuan UMNO dan PAS.

8. Saya percaya kepada kebijaksanaan almarhum Ustaz Fadzil Nor dan TG Hadi Awang. Ustaz Fadzil Nor ada lenggok tersendiri yang sudah pasti tidak sama dengan lenggok TG Haji Hadi. Namun kedua-duanya ada pendekatan yang tersendiri.

9. PAS akan terus komited dan konsisten dengan dasar perjuangannya walaupun ada pihak yang semakin kuat mewiridkan bahawa PAS dan UMNO akan bergabung.

10. Himpunan Solidariti Rohingya membuka ruang kepada PAS untuk terus mendapat kepercayaan rakyat melalui budaya politik baharu yang lebih dekat dengan hati rakyat Malaysia.

Sekian. Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
4 Disember 2016.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"