Google Search :

google search:
Google

Wednesday, August 10, 2016

DAP JANGAN BERFIKIRAN DANGKAL

*KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERAK*

1. Kenyataan DAP yang menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS dalam pemilihan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) jelas melihatkan sifat autokratik dan mahu bersikap diktator dalam pembangkang. Walaupun PAS tidak mempunyai apa-apa hubungan politik dengan parti tersebut, namun jelas menunjukkan bahawa DAP mahu menjadi 'taiko' atau 'Abang Besar' dalam pembangkang.
2. Dalam amalan demokrasi, sikap politik bukan hanya Bangkang atau Sokong sahaja. PAS berhak menentukan pendirian sendiri dalam menentukan sikap sama ada menyokong, membangkang atau berkecuali berdasarkan situasi politik.
3. DAP tidak wajar mempersoalkan atau mencampuri pendirian politik PAS. Ini sikap yang tidak matang dan tidak menghormati pihak lain yang tiada sebarang hubungan politik dengan mereka.
4. Tindakan ADUN PAS adalah menifestasi dari keputusan PAS Perak yang selari dengan pendirian PAS Pusat. PAS kini sedang membentuk blok baru politik yang mengajak rakyat kearah politik matang dan sejahtera.
5. Saranan dangkal DAP yang menyatakan PAS perlu kembali kepada UMNO hanya kerana berkecuali melihatkan tahap kematangan mereka. Tindakan berkecuali adalah pendirian PAS yang tidak bersama UMNO-BN dan PH sama seperti PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
6. PAS berjiwa besar dan tidak pernah kecewa dan sombong dalam menjaga prinsip parti dan dasarnya.
7. PAS juga tidak akan bersama dengan pemimpin yang mengkhianati amanat rakyat. Rakyat cukup jelek dengan mainan politik dan sikap pemimpin yang tamak kuasa serta mengutamakan kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat.
8. Komitmen PAS melalui amalan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (PMS) menzahirkan bahawa PAS sentiasa istiqamah memberi penyelesaian buat masyarakat serta usaha membina Malaysia yang lebih sejahtera.
_"Inilah Penyelesaian Kita"_
_"Bertekad Melebar Muafakat"_
_"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"_
*Mohd Akmal Hj Kamaruddin*
*Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak*
7 Zulkaedah 1437H / 9 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"