Google Search :

google search:
Google

Wednesday, August 3, 2016

Pindaan Akta 355 tiada kaitan non Muslim – Lim Guan Seng

KOTA BHARU :

Masyarakat bukan Islam di negeri ini dinasihat tidak terpengaruh dakwaan tidak berasas pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap pindaan Akta 355.

Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Lim Guan Seng berkata pindaan itu hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan.

Katanya pindaan yang dibawa anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen sebelum ini tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.

“Pindaan yang hendak dibuat hanya bagi meningkatkan taraf mahkamah syariah dan ia tidak kaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam.

“Kerajaan negeri sudah menjelaskan berkali-kali isu terbabit namun keadaan menjadi keliru kerana pemimpin MCA dan Gerakan pula cuba mengeruhkan keadaan,” katanya di sini.

Sebelum itu Guan Seng bersama lebih 35 kakitangan dan pegawai lantikan politik kalangan kaum Cina, India dan Siam mengadakan sidang media menjelaskan mengenai kekeliruan pindaan Akta 355.

Pada 19 Mac tahun lepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan melulus pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II.

Beberapa pindaan dibuat iaitu hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu.

Berikutan itu PAS membawa rang undang-undang persendirian Akta 355 ke parlimen bagi membolehkan pindaan dibuat untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"