Google Search :

google search:
Google

Thursday, August 11, 2016

Episod: SIAPA UTURN? PAS atau DAP?

Muktahir ini berkumandang lagi cakap2 kosong ("widespread suspicion") berkaitan parti PAS masih bersama DAP walaupun PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Ramai pentaksub dan pemuja ketuanan DAP menyerang PAS bersandarkan Jika PAS Haram bersama DAP di pulau pinang mengapa PAS bersama DAP di selangor?

Admin pening melihat keletah pemuja dan pantaksub ketuanan DAP dalam melihat kembali sejarah kerajaan PR di selangor, rentetan desakan terhadap MB supaya PAS disingkirkan dan ugutan2 terhadap beliau membarah setaip hari walupun tidak dilayan. Jom kita tengok siapa UTURN?

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/mahu-azmin-pecat-pas-atau-dap-keluar-1.446755

Mahu Azmin pecat Pas atau DAP keluar

Wartawan Sinar Harian

1 November 2015

Berikutan seorang perwakilan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh memecat wakil rakyat Pas daripada Kerajaan Selangor atau DAP sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu. Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong berkata, Pas sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan dan mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Mohamed Azmin untuk pecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari pentadbiran kerajaan negeri.

"Sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat Pas Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada Kerajaan Selangor. Katanya lagi

Apa komen MB selangor?

sumber http://www.astroawani.com/berita-politik/kedudukan-exco-pas-di-selangor-kekal-azmin-74194

Kedudukan exco PAS di Selangor kekal - Azmin

September 22, 2015 21:00 MYT

AZMIN: Anggota exco daripada PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor dan tiada sebarang perubahan dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri buat masa ini

Beliau berkata :

"Ia tiada kaitan dengan PAS dan pentadbiran negeri di Selangor...ini perancangan masa depan parti-parti politik untuk hadapi cabaran-cabaran semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wifi Selangorku di sini, hari ini.

Setelah desakan DAP tidak dipedulikan oleh MB azmin DAP akur dengan kenyataan bahawa selangor adalah sebuah kerajaan Pakatan  pembangkang termasuk PAS sebagai penyumbang kemenangan di selangor.

Kata2 U turn DAP dapat di lihat melalui kenyataan Tokong dinasty Lim

Sumber http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/11/15/dap-mahu-halang-pas-bermaharajalela-di-selangor/

DAP mahu halang Pas bermaharajalela di Selangor

| November 15, 2015

DAP masih kekal di Selangor dengan tujuan untuk memastikan Pas tidak membuat perkara-perkara jahat seperti dilakukan parti itu Kelantan.

DAP menegaskan parti itu kekal dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk menghalang Pas daripada terus bermaharajalela. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, kebersamaan parti lain untuk kekal di negeri itu juga adalah mahu memastikan Pas tidak membuat perkara-perkara jahat seperti yang dilakukan di Kelantan.

Amatlah dangkal kenyataan pemuja dan pentaksub ketuanan DAP jika mereka tidak melihat kembali sejarah sama ada PAS atau DAP patut malu dengan U TURN mereka. Dan janganlah pula ratib sdan wirid PAS ingin brrsama DAP di selangor

Dan jika kita amati apakah yang telah PAS lakukan kerja jahat di kelantan? Jika pembalakan haram tidakkan ianya juga berlaku di pulau pinang kawasan tanah rizab lerajaan negeri juga berlaku dan negeri lain? Atau pun kerja jahat PAS hendak mendaulatkan hukum syariah ISLAM di kelantan sesuai dengan tuntutan syaraq malah menyambung impian dan inspirasi Arwah TGNA mahu melihat Kelantan negeri pertama di malaysia menjalankan hukum patuh syariah? adakah itu sebenarnya kerja jahat PAS? Renung2kan lah

Ridsect Merecik Hawau
Nutral Analisys
11 Aug 2016 : 1915Hrs

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"