Google Search :

google search:
Google

Friday, August 26, 2016

Perisai PAS

Info Politik:

Sejak ditubuhkan tahun 1951 PAS telah melalui suka duka perjuangan. Travelognya amat panjang dan sangat berliku. Seumpama berjalan diatas bara api yang sentiasa membakar.

Episod fitnah terutama dari BN silih bertukar wajah, dakyah kuffar seluruh dunia diketuai Amerika Syarikat untuk memburukkan gerakan Islam seluruh dunia turut menjala perjuangan PAS.

PAS pernah dituduh pengganas, pemecah belah, rasis, ortodoks dan macam-macam lagi, apa sahaja label yang dirasakan dapat menjauhkan masyarakat dari perjuangan PAS akan ditampal kepada perjuangan PAS.

Namun inilah PAS, perjuangannya diatas dasar Islam, perjuangan Islam itu sarat dengan ujian. Namun ini hakikat yang telah pun diterima oleh para ahli PAS, kerana orang tak masuk PAS kerana duit tapi kerana Islam.

Rasanya dah habis segala jenis dan warna stiker buruk untuk ditampal kepada perjuangan PAS, PAS tetap berkemilau tidak terjejas dengan label keji yang ditampal oleh musuhnya, tidak rebah walaupun betisnya sentiasa disepak musuh.

Dakyah berlarutan sehingga kini, daripada musuh tradisinya hingga lahir pula pembenci-pembenci baru dan terkini, membawa pelbagai persepsi kepada PAS dan juga kepimpinannya.

PAS meniti perjalanan sirah perjuangan Islam terdahulu, semua dijadikan pedoman, dos demi dos ilmu disuntik kedalam jiwa ahli PAS, diambil setiap hari melalui program tarbiyyah menjadikan PAS sukar dijangkiti kuman yang akan mematikannya.

PAS pernah melalui zaman perpecahan ahli hingga melahirkan BERJASA, PAS digelar batu nisan kerana hanya tinggal 2 kerusi sahaja diKelantan, tapi hanya nisan tanpa jenazah didalamnya. PAS terus bangun dan bernadi mengubat luka dan melawan arus kuasa politik Malaysia.

Kini PAS ditimpa dengan gelombang yang hampir sama, perbagai andaian dan firasat karut terhadap PAS, nakal dan sinis, juga ada yang menggoda agar orang meninggalkan PAS, cakap-cakap bahawa PAS akan berkubur kini sunyi seperti suasana diperkuburan.

Namun PAS tetap terus bergaya dipentas politik Malaysia, mentarbiyyah ahlinya untuk menyedari ketegasan berprinsip akan berhadapan dengan ujian-ujian dalam bentuk terkini, dizaman kelajuan fitnah selaju tiupan angin, berdesup digelombang maya.

Namun Islam adalah agama Allah swt, tiada yang lebih tinggi dan hebat darinya, ia mampu menepis walau selajumana pun fitnah yang datang, perisai kebal ini tidak mungkin boleh ditembusi. Berperisai dengannya akan selamat, ini janji Allah swt.

"Setiap umat ada ajalnya", manusia adalah umat, tapi Islam bukan umat, ia adalah pelampung penyelamat, PAS jadikan Islam sebagai dasarnya dan mentarbiyyah ahlinya untuk memahami dan yakin dengannya. Dengan tarbiyyah inilah ahli PAS kenal mana yang terus selamat dan mana yang akan tenggelam.

"Aslim Taslam", ini keyakinan pimpinan dan ahli PAS, inilah tarbiyyah PAS, selagi pimpinan dan ahlinya yakin, InsyaAllah selagi itu PAS akan terus hidup, melainkan jika PAS buangkan dasar Islamnya dan ahlinya berjaya dijauhkan dari tarbiyyah, pada ketika itu kita akan saksikan PAS rebah.

Ustaz Rosli Abdul Jabar (URAJ)

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"