Google Search :

google search:
Google

Wednesday, August 10, 2016

Pas membawakan usul menolak Akta Laut 750

Hari ini, Pas Terengganu menerima kunjungan wakil sebuah parti politik pembangkang berserta wakil-wakil NGO di pejabat perhubungan negeri. Dalam kunjungan tersebut, mereka menyerahkan memorandum bagi meminta agar Pas membawakan usul menolak Akta Laut 750 melalui wakil-wakil rakyat Pas di sidang Dun Terengganu. Pas Kelantan telah meluluskan usul penolakan akta itu pada Disember 2015.

Suka saya terangkan sedikit secara ringkas perihal akta ini. Akta Laut 750 adalah satu akta yang digubal sebegitu, dilihat sebagai satu langkah licik kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih hasil seperti minyak dan gas yang berada melebihi tiga batu nautika dari pantai negeri-negeri pada ukuran air surut. Ia boleh menjadikan royalti tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun sumber petroleum dijumpai di perairan negeri itu.

Bagi makluman semua, Pas Terengganu telahpun cuba mengusulkan penolakan akta ini dalam sidang Dun Disember lepas, tetapi tidak diberikan tempat oleh YDP Dun Dato' Zubir Embong. Kami telah mencuba, tetapi halangan datang dari Umno. Mungkin hal ini tiada didalam makluman ramai yang menyebabkan wakil parti dan NGO itu menghantar memo ini. Saya kisahkan ia bagi mengelak persepsi yang Pas tidak sensitif dengan isu akta ini. Mana mungkin kami tidak sensitif sedangkan di zaman kami memerintahlah royalti untuk rakyat Terengganu ini ditarik oleh Umno secara zalim dan kejam.

Pas Terengganu bersikap sangat positif dan menerima dengan hati yang terbuka penyerahan memo ini dan begitu yakin bahawa ini adalah isyarat yang rakyat sangat mengharapkan Pas agar menjadi peneraju membawa rakyat kepada pemerintahan yang adil dan saksama. Disebalik tuduhan UG dengan Umno, rasuah RM90 juta yang kemudiannya ditarik balik seta merta, hudud dan sebagainya, Pas tetap dikunjungi oleh pihak-pihak yang tidak memandang tuduhan dan fitnah politik murahan itu sebagai sesuatu yang perlu dilayan. Sebaliknya merasa selesa dengan budaya politik matang dan sejahtera Pas sekarang. Pas insyaAllah akan tetap berkerjasama dalam perkara kebaikan untuk agama, bangsa dan negara.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
7 Zulqaedah 1437 bersamaan 10 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"