Google Search :

google search:
Google

Tuesday, August 9, 2016

HARGA PAS BUKAN 90 JUTA


Takde orang berjuang dalam PAS kerana nak duit, kalau ada pun tak lama akan duduk dalam PAS, lambat laun akan lari juga tinggalkan PAS sebab yang ditunggu tak kunjung tiba.

Dalam PAS ada orang kaya dan ada orang miskin, orang yang kaya biasanya masuk PAS setelah dia kaya, bukan dia kaya kerana dapat keuntungan dari PAS, malahan harta kekayaannya dihabiskan untuk perjuangan PAS.

Orang miskin pun begitu, bukan dia miskin setelah masuk PAS, biasanya memang dia dah sedia miskin, namun walaupun dia tahu masuk PAS tak jadi kaya, namun dia tetap juga berjuang dan berkorban apa yang mampu bersama PAS kerana dalam PAS banyak peluang untuk menabung bagi merebut kekayaan Akhirat.

Tak berbaloi 90 juta tu dengan pengorbanan ahli, 90 juta tu bukan bandingan lansung, semua ahli PAS tak pandang semua tu, kecuali orang yang diresapi hatinya dengan hasutan syaitan supaya menjual perjuangannya.

PAS dah membayar dengan harga yang tidak ternilai, demi membeli tawaran dari Allah, bukan sahaja duit malahan nyawa demi perjuangan Islamnya. Apalah sangat 90 juta dan Putrajaya tu jika dibandingkan dengan nyawa dan tawaran hebat dari Allah.

PAS tak terliur 90 juta tu, sebagaimana PAS tak terliur dengan Putrajaya yang tidak melaksanakan Islam. Kalau dapat duit tak dapat redha Allah, apapun jadi tak bernilai disisi Allah. Redha Allah bukan boleh jual beli, bukan boleh tebus dengan harta, bodoh sangat kalau orang kata "kita cari Putrajaya dulu, redha kita cari kemudian".

Bodoh, sebab dia ingat redha itu boleh dibeli setelah ada duit banyak dan dapat memerintah. Dia mungkin juga ingat nak cari redha macam nak cari barang kat pasaraya, ada duit, ada kuasa semua boleh dapat.

Kalau ada rm1 tapi bersama redha Allah jauh lebih bernilai dari 90 juta atau Putrajaya yang tiada bersamanya keredhaan Ilahi. Orang yang tuduh tu tak faham perjuangan PAS, dia ingat PAS macam parti lain yang sentiasa mengharapkan duit orang sampai berantakan.

Sejak dulu PAS bergerak dengan duit ahli dan penyokongnya. Ahli PAS korban tenaga, nyawa dan harta untuk mencari redha Allah, bukan korban redha Allah untuk dapatkan jutaan ringgit dan Putrajaya.
URAJ

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"