Google Search :

google search:
Google

Tuesday, August 9, 2016

Muslimat PAS gesa menteri perjelas 'terlalu Islamik'


Lajnah Pendidikan (LajPen) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merasa amat kesal sekiranya benar laporan yang menyatakan Menteri Pendidikan berhasrat untuk memastikan sekolah kebangsaan tidak menjadi terlalu Islamik rentetan daripada beberapa permintaan yang datang daripada golongan bukan Islam.

Berikut saranan dan komentar LajPen DMPM:
1. Islam sebagai agama rasmi negara termaktub di dalam perlembagaan. Jangan kerana memenuhi permintaan segelintir pihak, pihak kementerian mengambil sikap tolak ansur yang keterlaluan seterusnya menjadikan Islam ditolak beransur-ansur secara halus.

2. LajPen DMPM mendesak agar Menteri Pendidikan tersebut agar memberi penjelasan apakah maksud sebenar ungkapan 'terlalu Islamik' seperti yang dinyatakan. 
Sekiranya istilah itu tidak dapat dijelaskan dengan baik, maka ia benar-benar menunjukkan menteri tersebut hanya ingin menjaga hati bukan Islam, bukan bertindak menjaga agama yg dianutinya dan seluruh umat Islam khusus di negara ini.
Atau apakah Menteri Pendidikan sekadar ingin menjaga hati orang bukan Islam supaya undi mereka tidak lari daripada Barisan Nasional?

3. Dalam keadaan pelbagai pihak mempertikaikan hasil daripada Sistem Pendidikan Negara, malah menggesa agar sistem ini diperhalusi dan diperbaiki kembali dengan menjadikannya bersepadu, secara tiba-tiba, Menteri Pendidikan mengundur jauh ke belakang dengan menolak elemen kekuatan ajaran Islam sebagai cara hidup dan solusi kepada kebejatan sosial.

LajPen DMPM mendesak Menteri Pendidikan menjelaskan kembali isu ini dengan segera. Rakyat mahu memahami apa yang ada dalam kotak fikiran dan hati Menteri Pendidikan yang bertegas ingin memastikan sekolah kebangsaan tidak menjadi terlalu Islamik. Apatah lagi ianya berkait dengan isu doa semasa perhimpunan. Apakah doa dilihat terlalu islamik oleh menteri tersebut? Astaghfirullah li wa lakum.

PUAN NURUL FAIZA MUSA
Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 10/8/2016

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"