Google Search :

google search:
Google

Thursday, April 6, 2017

ANTARA 'UNTUNG' DALAM 'DITIPU'

Dalam kata PAS kena tipu,
Boleh nampak dalam BN tidak ada kesepakatan, kuasa melayu-Islam dalam UMNO sangat lemah hingga tidak berjaya menguasai BN.

Dalam kata PAS kena tipu,
1 MP, 3 ADUN DAP dan berpuluh ahli Dap rasa TERTIPU dan keluar parti.

Dalam kata PAS kena tipu,
MP dari Sarawak sudah memahami RUU 355 adalah sebagai hak orang Islam. Bukan Islam tak perlu bimbang dan tak perlu campur urusan.

Dalam kata PAS kena tipu,
Mufti Wilayah SS Dr. Zulkifli Al-Bakry menulis panjang lebar Bayan Linnas tentang Pindaan RUU 355. Menerangkan tentang keperluan menyokong dan mendaulatkan syariah.

Dalam kata PAS kena tipu,
Dakwah secara terbuka boleh disampaikan pada awam dan sebaran secara menyeluruh dan berterusan hingga di atas mimbar Jumaat sekalipun boleh menyebutnya tentang RUU 355.

Dalam kata PAS kena tipu,
Boleh nampak siapa yang usaha menaikkan Islam iaitu Pas dan siapa pula yang terus berselindung di sebalik nama Islam membuat onar iaitu melayu-Islam dalam PH + sekutu sekular dan liberalnya.

Dalam kata PAS kena tipu,
Dakwah TELAH, SEDANG dan AKAN tetap di teruskan dan terus berjalan. Samada ia berjaya di bentang atau tidak, PAS telah berjaya untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang betapa pentingnya memartabatkan mahkamah syariah masa kini.

Dalam kata PAS kena tipu,
ALLAH saw sudah berfirman orang yang berpegang pada agama Islam adalah golongan yang berjaya. Surah Al-Maidah ayat 56,
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya(maka berjayalah dia), maka sesungguhnya golongan(yang berpegang pada agama) Allah itulah yang pasti menang.

Dalam kata PAS kena tipu,
Mereka yang bersama kuffar nampak bersorak gembira lebih kerana bos mereka sangat gembira.

PAS diketawakan kerana DITIPU, tetapi alhamdulillah seluruh warga Malaysia berbilang agama dan bangsa mendiskusikan 'Syariat Islam' di pelbagai peringkat, dikaji siang malam, diwacanakan pagi petang, sedikit sebanyak semua dapat menghayati apa itu ISLAM. Hanya yang berhati buta sahaja terus menggelegak kepanasan.

Biarlah PAS diperlekeh, yang penting Pas sentiasa membaja benih2 dakwah kepada masyarakat, tanpa menghiraukan serangga2 perosak yang kebuluran.

Dan akhirnya, PAS telah mendapat UNTUNG besar dalam kerja dakwahnya, walaupun dikata DITIPU. Sebenarnya musuh lah yang TERTIPU dengan bayangan sendiri.

Kita tidak tahu adakah hari esok kita masih lagi hidup bernyawa? Jadi apa persiapan kita untuk menghadapi hari esok?

Biar hidup kita dihina penghuni bumi, asalkan mati kita dimuliakan Sang Pemilik Langit.

Tahniah PAS! Teruskan Perjuangan!

KENALI PENGKHIANAT, KENALI MUNAFIK!

#sokong_ruu355
#Lebai_walaun
#Istiqamah

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"