Google Search :

google search:
Google

Tuesday, April 11, 2017

PENGHINAAN TERBUKA OLEH MEDIA YANG MENYENTUH SENSTIVITI UMAT ISLAM

*KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS PERAK *

Dewan Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa tindakan biadab Akbar Cina Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur monyet serta penghinaan terbuka media dengan menyentuh senstiviti agama Islam maka Pemuda PAS Perak ingin menyatakan beberapa perkara :

1. Karikatur tersebut jelas sekali amat mengganggu keharmonian kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama kerana karikatur tersebut telah mempersendakan dan menghina Presiden PAS yang bukan sahaja merupakan seorang Presiden Parti Islam di Malaysia malahan beliau juga merupakan Timbalan Ketua Persatuan Ulama Sedunia yang membawa imej agama Islam serta penganutnya tidak terhad hanya di Malaysia malah seluruh dunia.

2. Penghinaan seumpama itu bukan sahaja menyentuh senstiviti ahli PAS sahaja bahkan ia menyinggung perasaan semua umat Islam dalam dan luar Negara. Kebiadaban ini harus diambil tindakan agar tidak berterusan menghina Islam bahkan merosakkan keharmonian Islam dalam kalangan Non-Muslim.

3. Tidak bersetuju dengan pendirian ahli Parlimen PAS bukan bermakna mereka boleh menghina Islam  melalui media perdana secara terbuka. Tindakan ini jelas bermotifkan provokasi dalam melihat tindakbalas rakyat.

4. Ironisnya walaupun Nanyang Siang Pau yang bermula operasinya di Singapura,sudah 93 tahun dalam arus media berita, namun masih lagi tidak matang dan profesional dalam mengeluarkan sesuatu berita mahupun sisipan dalam akhbar sehingga menimbulkan marah masyarakat Muslim.

5. Pemuda PAS Perak mendesak agar satu permohonan maaf secara bertulis dikeluarkan syarikat berkenaan kepada seluruh umat Islam agar ia menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba menodai keharmonian Islam.

6. Pemuda PAS Perak tetap menghormati suasana hidup dalam masyarakat majmuk dan tindakan seperti ini tidak mencacatkan hubungan PAS dengan non –muslim kerana  kematangan PAS dalan dunia politik jelas berbeza dari parti lain.

_"Inilah Penyelasaian Kita"_
_"Sedia Memerintah"_

*Mohd Akmal Hj Kamaruddin*
*Ketua Pemuda DPPN Perak*

_13 Rejab 1428H / 11 April 2017_

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"