Google Search :

google search:
Google

Thursday, May 19, 2016

2 penjuru di Sg Besar, 3 penjuru di Kuala Kangsar

Masalah 2 pilihanraya kecil di antara pembangkang:
1. Kedua-dua kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi yang ditandingi PAS sejak 1959, dan kerana itu, PAS tidak mungkin dapat mengundurkan diri.

2. PAN merasakan mereka adalah pengganti PAS di dalam Pakatan Harapan, dan oleh itu, mereka turut ingin bertanding untuk ‘test market’ dan terus dilihat sebagai pengganti PAS.

3. PKR, terutamanya Menteri Besar Selangor, tidak mahu berasa serba-salah siapakah yang harus disokong di Sg Besar sekiranya berlaku tiga penjuru, di mana dua pembangkang bertanding melawan BN yang bakal mengundang kekalahan.

Cadangan penyelesaian:

Selangor adalah kerajaan milik pembangkang. Sg Besar yang terletak di dalam Selangor sewajarnya dilihat sebagai medan pertempuran antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat yang diterajui BN.

Oleh itu, calon yang diturunkan di Sg Besar mestilah calon yang dapat dilihat sebagai mewakili kerajaan Selangor. Memandangkan kerusi itu sentiasa ditandingi PAS selama ini, maka pembangkang wajib memilih salah seorang Adun PAS daripada kerajaan Selangor untuk mewakili pembangkang bertandign di Sg Besar.

Semua pihak wajar menghormati keputusan ini kerana wakil PAS yang dipilih bukan sahaja mewakili PAS, tapi juga kerajaan negeri Selangor secara keseluruhannya. Sesiapa yang menyokong kerajaan Selangor perlu menyokong keputusan ini. Biarlah ini ditentukan melalui rundingan antara Menteri Besar Selangor dan PAS.

Dengan ini, PKR dan Menteri Besar Selangor tidak perlu pening kepala kerana tidak berlaku tiga penjuru di Sungai Besar – dan boleh menyokong sepenuh hati calon PAS yang mewakili kerajaan Selangor.

Situasi di Kuala Kangsar pula berbeza. Pembangkang tidak berkuasa di negeri ini. PAN boleh bertanding tiga penjuru di sini melawan PAS dan BN, bagi memenuhi keperluan mereka untuk ‘test market’ dan menunjukkan bahawa mereka ada kemampuan menggantikan PAS di dalam Pakatan Harapan.

Cadangan penyelesaian ini mampu menyelesaikan masalah (1), (2) dan (3) seperti yang disebut di atas.

Halangan:

Namun begitu, ego, keangkuhan dan juga misi tersorok puak tertentu yang lebih mementingkan agenda peribadi dan dendam akan menjadi penghalang terbesar kepada cadangan ini.

Rumusan:

Daripada kedua-duanya menyaksikan pertandingan 3 penjuru, lebih elok mengambil jalan tengah ini di mana hanya Kuala Kangsar akan berlaku pertandingan 3 penjuru manakala Sg Besar yang berada di negeri kekuasaan pembangkang sekadar pertandingan 2 penjuru – antara kerajaan Selangor yang diwakili seorang Adun PAS dan kerajaan pusat BN.

Sekadar cadangan syok sendiri. Nak buang boleh saja. Nak terima tak perlu bayar. Kalau tersinggung, tiada ganti rugi.

Oleh
Timmy Say

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"