Google Search :

google search:
Google

Tuesday, May 31, 2016

Penulis dan bahan bacaan

Dalam merancang karya yang mahu ditulis, ada beberapa perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Antaranya:

1.  Rangka kerja penulisan
- Bagi mengelakkan situasi nasib-nasib siap dan nasib-nasib terbit, kerja penulisan dirancang terlebih dahulu. Daripada logline tiga baris, kita kembangkan dengan meneliti plot, watak, latar tempat dan masa.

Kesemua elemen ini kemudiannya disatukan dalam jalan cerita yang juga sudah dirancang dahulu oleh penulis, baik dalam kepala mahupun di atas kertas. Tempat mahu hantar karya juga sudah dirancang sekali. Law of universal attraction. Kita beritahu diri sendiri, mahu tulis untuk penerbit mana dan isu bila.

2. Bahan rujukan yang mencukupi
- Sebelum proses menulis dimulakan, sediakan bahan rujukan penting awal-awal. Kenapa? Sebab kita nak elak situasi proses menulis terhenti separuh jalan, atas faktor tak cukup kajian tadi.

Macam kerja menulis yang kita selalu buat (laporan, minit mesyuarat, dll), kebanyakannya tersangkut apabila ada bahan yang tidak mencukupi. Kita terpaksa bangun dan dapatkan semula material ini.

Dalam hal pekerjaan harian, kita ada desakan yang tinggi. Jadi, nak tak nak kita siapkan juga. Menulis karya, satu-satunya punca desakan utama adalah kita sendiri. Masa tersangkut inilah segala macam rasa negatif suka muncul.

3. Kumpulan sokongan
- Atasi masalah rasa keseorangan menukang karya tadi dengan mencari kumpulan sokongan yang betul. Rakan seperjuangan. Apabila rasa 'down', terus hubungi kawan-kawan ini dan cari semula semangat yang sedang acah-acah goyah.

Sumber sokongan lain, mentor. Kadang-kadang, tanya khabar sahaja pun dah boleh berpanjangan dengan pelbagai tip yang boleh diaplikasi.

Keluarga yang mengetahui minat dan menyokong juga sangat membantu. Bercerita kepada mereka selalunya melegakan, sebab jarang kita tak dapat feedback jujur. Apabila kepala dah ringan, tangan mulalah laju nak menulis lagi.

Adios, jom sambung tulis.

Rahmah Mokhtar,
Awat mood melankolik semacam awal petang ni?

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"