Google Search :

google search:
Google

Thursday, May 19, 2016

PRK: Masa sudah singkat

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18hb Jun 2016 dan penamaan calon pada 5hb Jun 2016. Ini bermakna hanya tinggal kurang sebulan untuk usaha memenangi hati pengundi di kawasan tersebut sempena bulan Ramadan yang penuh dengan pelbagai program asas dan suasana ibadah.

Sehubungan itu, dan bertepatan dengan jiwa Ramadan yang bakal menjelang, PAS hanya akan memberi fokus kepada persiapan jentera pilihanraya dan penyusunan semua gerakerja pilihanraya bagi memenangi kedua-dua PRK ini.

PAS telah pun membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK ini. Sasaran PAS ialah BN, matlamatnya ialah menumbangkan BN bagi menghantar mesej bagi pihak rakyat bahawa BN yang diketuai sudah ditolak rakyat.

Tidak timbul untuk undur ke belakang daripada matlamat ini.

PAS menggesa blok pembangkang bersatu dalam menyokong calon PAS bagi menghantar isyarat yang kelas kepada Umno-BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa blok pembangkang sedia melupakan  perbezaan parti politik demi masa depan rakyat dan negara. Jika tidak, terpaksalah blok pembangkang bersedia melihat yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang manakala PM Najib terus tersenyum riang.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 Mei 2016

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"