Google Search :

google search:
Google

Thursday, May 19, 2016

Datuk Husam Musa

Boleh Percaya ke Pemecatan Husam Tak Betul. Husam Kecam PAS Secara Umum Itulah Yang Betul

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa terus berteka-teki mengenai parti mana yang ingin disertainya memandang 'penceraiannya' dengan parti Islam itu masih belum dimuktamadkan.

Malah, Husam berkata beliau kini masih lagi dalam tempoh bertenang memandangkan 'edahnya' bersama PAS berbaki 20 hari lagi.

“Saya dalam tempoh edah, jadi saya kena bertenang dan tidak boleh terburu-buru tetapi jangan risau saya tidak akan hampakan kalian semua. Tapi nak umum masa ini tidak boleh, saya kena tunggu tiga hingga empat bulan lagi," kata Husam.

Husam berkata demikian ketika dalam program Dialog bersama Husam Musa dengan tajuk 'Mara kehadapan' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Kuala Lumpur malam tadi.

Dialog tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila hadirin kelihatan bersesak di dalam dewan terbabit.

Dialog selama lebih tiga jam itu berlangsung agak hangat apabila rata-rata mereka tidak putus-putus bertanyakan kepada Husam bilalah beliau akan menyertai parti AMANAH atau tidak, selepas dipecat PAS.

ADUN Salor itu berkata, beliau akan menulis surat kepada presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pemecatannya yang didakwa tidak adil.

Menurut Husam, melalui surat itu juga beliau menuntut Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang membuat penjelasan mengenai beberapa pertuduhan yang dibuat terhadap dirinya.

Malah, Husam berkata beliau yakin dengan surat tersebut Jawatankuasa Displin PAS akan menarik balik pemecatan terhadap beliau.

"Saya yakin kerana PAS sudah beritahu bahawa ia adalah parti demokratik dan berteraskan keadilan Islam, jadi saya akan tulis surat kepada Presiden (Datuk Seri Hadi Awang) menyatakan pemecatan saya adalah tidak adil.

"Benda itu (surat penjelasan pertuduhan) dah siap tetapi nak sempurnakan ada kena tambah satu dua baris lagi, rasa malas pulak sebab tempoh (edah) itu ada lagi. Nak buat macam mana tiada ‘mood’, kalau ada nanti saya hantar," kata Husam.

Jelas Husam, tempoh di mana orang yang dipecat boleh ditimbang balik adalah dalam tempoh 40 hari.

Justeru, Husam berkata beliau yakin dalam tempoh tersebut pihak parti akan mempertimbangkan pemecatan beliau.

"Kalau saya sebut begitu (hendak masuk parti lain) hilang peluang saya (untuk kembali kepada PAS).

"Ada 20 hari lagi (untuk kemuka surat penjelasan) tetapi ceramah sebegini pun boleh dikira sebagai nasihat saya supaya perkara ini dikaji semula kerana apabila PAS kalah di Kelantan, siapa yang nak bertangungjawab?," kata Husam.

Husam sebelum ini tidak menjangka akan dipecat dari PAS sebaliknya hanya akan dipanggil oleh jawatankuasa disiplin bagi menjelaskan segala pertuduhan terhadapnya.

Dalam satu kenyataannya sebelum ini, Husam berkata akan merayu kepada Majlis Syura Ulama PAS bagi mengkaji semula keputusan yang dibuat ke atas beliau itu.

Namun perkara itu tidak pernah dilakukan beliau sehingga hari ini, kata Husam.

"PAS Pusat ada kuasa untuk membatalkan tindakan Jawatankuasa Displin kerana jawatankuasa ini berkepentingan dan tidak memanggil saya untuk memberikan keterangan. Jadi prosiding itu tidak betul," kata Husam.

Husam dipecat dari PAS pada 6 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"