Google Search :

google search:
Google

Saturday, May 14, 2016

Habib umar

Sebelum Al-Faqir pulang ke tanah air, sempat ana berjumpa dengan Habib Umar dan beliau ada banyak memberikan wasiat peribadi kepada ana dan ana rasa wajib untuk ana kongsikan kepada antum semua untuk dijadikan semangat dan pengajaran. Dalam banyak2 wasiatnya, ini sebahagian daripadanya:

1. Bukan hak kamu untuk mengutuk orang yang belum di beri hidayah sepertimu tetapi berdoalah agar mereka di beri hidayah lebih mulia dari apa yang Allah telah memberi kepadamu.

2. Jangan berharap dengan dakwahmu, semua orang akan mencintaimu kerana berjayanya suatu dakwah adalah apabila ada segelintir masyarakat yang membencimu. Rasulullah lagi dibenci oleh kaum Quraisy, apatah lagi kamu?

3. Jangan menyangka dakwahmu akan selalu sempurna(tiada kesilapan dalam pertuturan dan sebagainya) tetapi di dalam melakukan kesalahan itulah kamu akan dapat memperbaiki dakwahmu.

4. Seandainya ketika kamu pulang ke tanah air dan menjadi guru atau ulama besar, janganlah kamu berbangga dan sombong kerana jika Allah hendak kembalikan kamu kepada kejahilan, kun faya kun.

5. Berkhidmatlah kepada guru2 kamu dan masjid2 kerana ia dapat melatih egomu dan melahirkan perasaan rendah diri. Dan dari berkhidmatlah kamu akan mendapat berkat dan futuh dari guru2 kamu.

6. Hadirlah dan rebutlah semua majlis ilmu yang ada kerana ia dapat menghidupkan hati2 yang mati dan sekiranya di dalam majlis ilmu membincangkan tentang ilmu yang sudah engkau ketahui, anggaplah itu adalah kali pertama kamu mendengarnya, seakan2 kamu belum mempelajarinya.

Afwan minkum dari Al-Faqir Naufal Bagharib.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"