Google Search :

google search:
Google

Tuesday, May 31, 2016

Tips mencuba mendapat rezeki anak

Lama mencuba? Betulkah timing anda?
Mari baca.
1. Jangka hayat sperma : purata 72 jam
2. Jangka hayat ovum : purata 24 jam
3. Satu kitaran haid : purata 28 hari
4. Hari pertama kitaran haid : hari pertama keluar haid
3. Hari Ovulasi : Hari ke 13-15 dalam kitaran haid

Tips
====

1. PRE-CONCEPTION (PERSEDIAAN)
• pastikan anda dalam kondisi yang baik untuk mengandung
• sekiranya baru gugur, beri ruang 3-6 bulan untuk rahim bersedia
• sekiranya kandungan sebelumnya melalui C-Ser, beri ruang 2 tahun untuk rahim bersedia dan luka sembuh sepenuhnya bagi mengelakkan komplikasi
• makan supplemen folic acid sekurang-kurangnya sebulan sebelumnya
• kurangkan pengambilan kafein
• jangan stress

2. ANGGAR TARIKH OVULASI (TIMING)
• hari pertama darah haid keluar dikira Hari Pertama kitar haid. Catat tarikh ini.
• hari ovulasi kira-kira pada hari ke 13-15. Anggar tarikh ovulasi anda. Ingat, jangka hayat ovum hanya 24 jam. Jadi kena sharp-shoot tarikh ini.

3. AMBIL CUTI (BERTENANG)
• ambil cuti 3-5 hari jika anda dan pasangan hidup berPJJ. Salah seorang sahaja ambil cuti dan duduk bersama pasangan satu lagi dalam tempoh bercuti.
• waktu cuti perlulah jatuh sekitar tarikh ovulasi; jika jatuh pada hari minggu, panjangkan cuti pada hari ke 11-16.
• boleh juga ambil cuti Every Other Day (EOD) jika jarak perjalanan tidak begitu jauh (pagi jumpa pasangan dan petang balik semula) jika tak penatlah hehe
• lagi best jika dapat ambil cuti umrah 2 minggu pergi menunaikan umrah di Makkah, dan timing flight pergi-balik pada waktu ovulasi. Boleh doa depan Kaabah.

4. HUBUNGAN INTIM
• adakan hubungan intim sekurang-kurangnya setiap 72 jam (ingat, jangka hayat sperma ialah 72 jam atau kurang! Manakala jangka hayat ovum ialah 24 jam sahaja!)
• sebaiknya adakan setiap hari atau setiap selang sehari
• sasarkan pada tarikh-tarikh jangkaan ovulasi
• contohnya jika hari ke 11-16 kitaran haid jatuh pada tarikh 11hb - 16hb, maka adakan hubungan dalam tarikh tersebut. Lebih kerap lebih tinggi peluang.

5. BOOST-UP SPERMA BERKUALITI - untuk lelaki
• jangan minum alkohol!
• jangan merokok!
• berat badan sihat (elakkan obesiti)
• elakkan mandian rendaman air panas atau sauna

6. ELAKKAN PELINCIR JIKA BOLEH
• sesetengah pelincir mungkin boleh merencat atau membunuh sperma, maka peluang mungkin lebih rendah.

Cuba dan usaha untuk 6 bulan. Jika sudah berusaha mengikut timing yang betul namun tiada hasil, dapatkan konsultasi doktor O&G.

Semakin meningkat usia, tahap kesuburan berkurangan dan komplikasi ketika mengandung dan ketika bersalin semakin meningkat. Takpe. Kalau umur lebih 35 tahun, dapatkan konsultasi O&G. Jangan putus asa. Rezeki itu Allah tentukan.

Info diverifikasi oleh Dr Muhammad Izzat (Registrar O&G HKL)

Saya doakan anda yang sedang mencuba akan segera berjaya. Amiin.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"