Google Search :

google search:
Google

Saturday, May 14, 2016

40 tahun kuliah tafsir, ada siasatan - TG Abdul Hadi

40 tahun kuliah tafsir, ada siasatan - TG Abdul Hadi
HARAKAHDAILY | 13 Mei 2016.

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sepanjang beliau menyampaikan kuliah tafsir al-Quran di Masjid Rusila selama 40 tahun, tidak ada yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, walaupun ada pihak perisik tentera dan cawangan khas polis ditugaskan untuk menyiasat sepanjang kuliah itu disampaikan tetapi tiada kesilapan untuk diambil tindakan.

"Ada kalangan yang cuba buat siasatan khususnya pihak kerajaan dalam masa 40 tahun.

"Saya terima kedatangan perisik-perisik tentera dan cawangan khas polis yang sudah bersara, dan pihak-pihak yang lain yang datang meminta ampun dan maaf kerana mereka ditugaskan untuk mengkaji tafsir-tafsir saya kalau ada yang salah, yang menyalahi undang-undang nak diambil tindakan.

"Tak ada yang menyalahi hukum walaupun mereka menggunakan pasukan-pasukan dari Pusat Islam untuk mengkaji sekiranya ada kesilapan untuk diambil tindakan," ujarnya semasa berucap pada Majlis Khatam Tafsir Al-Quran kali kedua di Masjid Rusila, hari ini.

Bahkan, katanya ada dalam kalangan mereka yang berjumpa beliau meminta maaf setelah bersara kerana menjalankan tugas berkenaan.

"Alhamdulillah, saya maafkan mereka semua, mereka minta maaf dan kita maafkan semua dan sebahagian mereka sudah meninggal dunia," ujarnya dalam nada yang sebak. - HARAKAHDAILY 13/5/2016

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"