Google Search :

google search:
Google

Tuesday, May 17, 2016

SOALAN SAYA DI PARLIMEN

16/5/16 hingga 26/5/16
Soalan Lisan

1. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki terutamanya di bandar-bandar besar memandangkan Presiden CUEPACS berkata hampir 70 peratus penjawat awam yang berumur 40 tahun tidak mampu untuk memiliki rumah kerana tidak mampu dengan harga yang ditawarkan.
2. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa pemilik senjata api yang berumur 60 tahun ke atas perlu membayar sebanyak RM100 kepada hospital kerajaan untuk mengetahui tahap kesihatan pemilik senjata api, ini amat membebankan terutama orang kampung
.
3. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan Adakah pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM) bercadang untuk membuka kelas pengajian turath yang sistematik di setiap negeri sebagai usaha untuk melahirkan ulamak yang mampu meneroka sumber asal ilmu dan sijilnya pula diiktiraf oleh pihak kerajaan.

4. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan setiap tahun kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan fardu haji secara percuma, daripada manakah sumber kos itu diambil dan berapa ramaikah mereka yang telah berjaya menunaikan fardu haji percuma sehingga tahun 2015.
5. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah penyelesaian terhadap 50 unit kuarters guru Jalan Matang  Taiping yang telah siap hampir 10 tahun tetapi tidak diguna sehingga sekarang dan mengapa ianya tidak disewakan kepada siapa yang berminat.
6. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes tangkapan dadah yang ditangkap melibatkan anggota polis kerana membekalkan dadah di dalam lokap sejak tahun 2000 hingga 2015.
7.Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan setiap tahun kementerian menganjurkan pertandingan rekacipta dan inovasi sains di peringkat sekolah, berapakah produk yang telah dihasilkan daripada pertandingan tersebut yang telah dikomersial oleh pihak kerajaan atau swasta.
8. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah jumlah penerima Insentif Pengeluaran Getah (IPG)  telah diperuntukan sebanyak RM100 juta pada tahun 2015 dan penerima IPG bagi tahun 2016 dan adakah kerajaan tidak berhasrat menetapkan harga lantai getah pada RM 4.00.
9. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah siswazah pendidikan  yang masih  belum ditawarkan penempatan  di sekolah mengikut kursus pengajian hingga 2015,  dan adakah ianya berpunca daripada kegagalan membuat perancangan dan unjuran keperluan guru.
10.Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah bilangan majikan yang telah diambil tindakan kerana menggunakan khidmat pekerja asing tanpa permit kerja dan berapakah nilai denda yang diperolehi oleh kerajaan terhadap majikan yang  disabit kesalahan sejak tahun 2000 hingga 2015.

Soalan  Bertulis

1. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senaraikan  nama-nama   parti politik yang masih aktif dan sah berdaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan di negara ini.

2. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Laporan mengenai 1MDB memutuskan yang salah ialah Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Persoalannya bagaimana kedudukan Perdana Menteri sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, adakah  beliau  tidak mempunyai peranan untuk mengetahui perjalanan 1MDB dan tidak boleh menegur Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

3. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak belajar tahfiz semakin meningkat, adakah Maktab Rendah Sains Mara bercadang untuk membuka kelas tahfiz sains di seluruh negeri supaya dapat mengeluarkan teknokrat hafiz yang berkualiti.

4. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha dalam memperbanyakkan produk yang dihasilkan daripada getah sebagai salah satu cara untuk meningkatkan harga getah dan membela nasib 590,000 penoreh yang menderita akibat kejatuhan harga getah.
5. Idris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapakah rakyat yang memohon Rumah Mesra Rakyat mesti mendapat pengesahan keahlian Umno daripada ketua cawangan Umno seperti borang yang diedarkan di sebuah Pejabat Umno bahagian.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"