Google Search :

google search:
Google

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Wahai anakku
"Jangan sesekali kamu menyakiti hati gurumu, kamu tidak akan berkat sepanjang hidupmu". Itulah nasihat yang sering kali diucapkan oleh emak sewaktu menghantarku menaiki bas balik ke asrama. Nasihat itu seringkali diulang sambil membetulkan baju dan rambutku.

Aku membesar dalam suasana sangat menghormati guru kerana kata emak.  "Bila ilmu tidak berkat, maka banyak mana ilmu pun tidak berguna lagi"

Sewaktu aku menjadi pensyarah di UiTM. (.masa tu ITM ), aku tampalkan satu kertas di pintu bilikku " Separuh dari keberkatan ilmu terletak kepada anda menghormati gurumu, manakala separuh lagi ialah anda mengamalkan ilmu itu".

Guru ibarat mata air yang mengalir. Andainya mata air itu jernih, maka jernihlah air yang akan diminum oleh muridnya. Namun kalau ia keruh maka keruhlah air itu sepanjang sungai. Namun andai ada pelajar yang tidak jujur, ia mengeruhkan air yang diambilnya, tetapi ia tidak akan mengeruhkan air sungai seluruhnya. Maka guru perlu ikhlas dalam pengajarannya.

Setiap kali Aku ingatkan guruku yang telah meninggal dunia, akan aku titipkan al Fathah untuknya, kerana darinya aku menjadi insan yang berguna.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16hb Mei 2016.

#mantiip

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"